Nota Sejarah Islam Sem 2 Tema 1 SOALAN : JELASKAN CIRI-CIRI MASYARAKAT JAHILIYYAH SEBELUM KEDATANGAN ISLAM DI SEMENANJUNG TANAH ARAB. Perkataan jahiliyah berasal daripada perkataan jahala yang membawa maksud bodoh atau Pengenalan sesat. Pada zaman ini, masyarakat Arab hidup dalam kekufuran, kemaksiatan, keangkuhan serta mundur dalam ilmu pengetahuan. Masyarakatnya yang hidup tanpa berlandaskan undang-undang dan tidak mempunyai agama yang sebenar serta tidak mengesakan Allah. Zaman jahiliah bermula selepas berakhirnya era Saba peringkat ke-3, dan berakhir setelah turunnya Al-Quran pada tahun 610 Masihi. Antara ciri-ciri masyarakat jahiliah sebelum kedatangan Islam dapat dilihat melalui aspek politik. Masyarakat Arab Jahiliah merupakan masyarakat yang ketinggalan dari segi politik iaitu tidak mempunyai struktur politik yang tetap kecuali di Makkah. Mereka menjalankan pentadbiran tetapi tidak mempunyai sistem perundangan yang sistematik. Cuma terdapat satu peraturan iaitu membalas dendam dan berperang bagi menyelesaikan pelbagai pertikaian dan masalah yang berlaku. . Pentadbiran dikuasai oleh masyarakat hadri yang terdiri dalam kalangan kabilah yang berpangkat dan berkuasa. Konsep musyawarah tidak diamalkan dalam politik masyarakat jahiliyyah sebaliknya kabilah yang berpengaruh dan kuat akan menguasai pemerintahan. Keadaan politik ketika itu dikatakan tidak stabil kerana masyarakat arab jahiliah berpecah dan berperang sesama sendiri khususnya antara Arab Selatan (Arab Qahtan) dan Arab Utara ( Arab Adnan) . Jelaslah, masyarakat jahiliah yang tidak mempunyai sistem pentadbiran dan perundangan yang kukuh telah menyebabkan berlaku peperangan sesama sendiri. Isi 1 Ciri-ciri masyarakat arab jahiliah yang seterusnya dapat dilihat melalui aspek ekonomi. Isi 2 Huraian Contoh Penegasan isi Pada zaman arab jahiliah, Kota Makkah telah muncul sebagai pusat perdagangan yang terkenal Huraian di Tanah Arab. Aktiviti pengembaraan perdagangan telah dijalankan bagi mengembangkan perniagaan mereka. Mereka memonopoli dan mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda daripada penjualan berhala. Perdagangan dan perniagaan yang dilakukan oleh masyarakat Arab adalah berasaskan riba, judi dan banyak unsur penipuan dalam perniagaan. Masyarakat Arab Hadari terlibat dengan aktiviti perdagangan dan perniagaan yang mana Kota Contoh Makkah telah mucul sebagai pusat perdagangan di semenanjung Tanah Arab. Bagi kaum Badwi mereka menjalankan aktiviti menternak binatang dan bercucuk tanam dan dalam masa yang sama sering merompak hasil dagangan yang melalui padang pasir . Jelaslah, masyarakat jahiliah menjalankan aktiviti ekonomi yang tidak sihat telah menindas orang-orang miskin dan menjadikan orang kaya bertambah kaya. Penegasan isi Selain itu, ciri masyarakat Arab jahiliah dapat dilihat dalam aspek sosial. Isi 3 Sistem sosial yang diamalkan oleh masyarakat arab jahiliah ialah berasakan sistem kabilah. Huraian Kehidupan mereka ditunjangi sistem kabilah yang membahagi-bahagikan mereka kepada beberapa unit tertentu. Pembentukan bermula dari satu keluarga yang tinggal di dalam khemah, seterusnya membentuk kumpulan masyarakat yang dikenali dengan ihai. Melalui sistem kabilah ini masyarakat Arab Jahiliah hidup secara berkelompok mengikut kabilah masing-masingb iaitu tiada penyatuan yang menyeluruh dalam kalangan orang arab jahiliah. Setiap individu sangat bermegah-megah dengan kabilahnya (semangat assabiyah yang Nota Sejarah Islam Sem 2 Tema 1 menebal) dan memandang rendah pada kabilah-kabilah lain sehingga sentiasa berperang sesama sendiri untuk mencari nama dan pengaruh. Mereka juga mempunyai akhlak dan moral yang amat rendah. Di Makkah, kaum Quraisy merupakan kaum yang dominan iaitu Bani Hasyim dan Bani Contoh Umayyah yang mana kedua- dua puak ini sering bersengketa dan berperang antara satu sama lain. Mereka sering melakukan amalan buruk sebagai contoh, menanam bayi perempuan hidup-hidup, berkahwin tanpa had dan batas, status wanita amat hina dan kegiatan zina serta pelacuran berleluasa. Status seseorang individu dalam masyarakat arab jahiliah ditentukan oleh kedudukan kabilah dan akhlak buruk mereka membawa kepada kesesatan. Penegasan isi Akhir sekali, masyarakat arab jahiliyah dapat dilihat melalui aspek agama dan Isi 4 kepercayaan. Masyarakat arab jahiliah berpegang pada ajaran agama dan kepercayaan nenek moyang. Ajaran ini berkait rapat dengan konsep paganisme, syirik dan kufur kerana ianya tidak Huraian berlandaskan kepada ajaran agama yang disampaikan oleh nabi-nabi terdahulu. Mereka juga menyelewengkan ajaran yang dibawa oleh para rasul dan nabi sebelum kedatangan Nabi Muhammad saw. Agama yang diamalkan oleh masyarakat arab ialah agama samawi dan agama ardhi. Agama Samawi ialah agama yang diturunkan dari langit oleh Allah kepada para nabi terdahulu manakala, agama Ardhi pula ialah agama yang dicipta oleh manusia itu sendiri. Kepercayaan mereka ialah mengamalkan kepercayaan yang diamalkan oleh nenek moyang mereka secara turun-temurun. Agama Wathani merupakan antara agama yang paling banyak dianuti oleh masyarakat Contoh jahiliyyah yang mana mereka telah mengukir pelbagai bentuk berhala untuk disembah. Di sekeliling kaabah sendiri telah diletakkan 360 buah berhala antaranya dikenali sebagai alLatta, al_Uzza dan banyak lagi. Jelaslah, bahawa masyarakat arab jahiliah juga mempunyai agama dan kepercayaan yang karut dan telah diselewengkan dan bertentangan dengan fitrah beragama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Penegasan isi Jelaslah bahawa, masyarakat arab jahiliah memperlihatkan keruntuhan tamadun dari segi Kesimpulan moral, akhlak dan lain-lain. zaman ini telah berakhir setelah turunnya agama Islam dan kitab suci al-quran yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw sebagai pedoman dan petunjuk. Nota Sejarah Islam Sem 2 Tema 1 SOALAN : BINCANGKAN PERUBAHAN MASYARAKAT JAHILIYAH SELEPAS KEDATANGAN ISLAM DI SEMENANJUNG TANAH ARAB. Konsep jahiliyah berasal dari bahasa Arab iaitu jahala yang bermaksud bodoh dan sesat. Masyarakat jahiliyah merupakan masyarakat yang jahil dalam nilai-nilai agama, akhlak dan Pengenalan kemasyarakatan dan tidak mahu mengabdikan diri kepada Allah SWT. Kedatangan agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW, membawa perubahan yang besar kepada masyarakat jahiliyah. Dakwah baginda akhirnya membawa pembentukan kerajaan Islam di Madinah dan Nabi Muhammad s.a.w di lantik sebagai ketua negara. Antara perubahan masyarakat jahiliyah selepas kedatangan Islam di Semenanjung Isi 1 Tanah Arab ialah dari segi agama dan kepercayaan. Selepas kemunculan Islam, masyarakat Islam mengamalkan kepercayaan iaitu Huraian mentauhidkan Allah sebagai Tuhan yang esa dan mengakui kerasulan Nabi Muhammad SAW sebagai nabi yang terakhir. Ini kerana sebelum kedatangan Islam, masyarakat arab di Madinah mengamalkan agama dan kepercayaan tahyul yang mana banyak ajaran buruk diamalkan. Al-Quran menjadi asas panduan dalam kehidupan masyarakat Islam yang mana di dalamnya meliputi pelbagai aspek kehidupan manusia ke arah kebaikan. Segala patungpatung berhala telah dimusnahkan manakala masjid yang dibina merupakan pusat ibadah, dakwah dan pentadbiran negara Islam Madinah. Contoh Contohnya, masyarakat Islam melakukan perkara yang disuruh seperti menunaikan solat dan berpuasa serta meninggalkan perkara yang dilarang seperti berzina dan minum arak. Mereka juga mengamalkan prinsip-prinsip rukun Iman dan rukun Islam dalam kehidupan mereka dan meninggalkan amalan syirik sebelum ini. Kesannya, masyarakat Arab Islam menyembah Allah dan mentaati segala perintahnya serta Penegasan tidak melakukan lagi perkara-perkara kufur yang bertentangan dengan ajaran Islam dan isi dakwah Islam semakin berkembang. Seterusnya, perubahan masyarakat Arab selepas kedatangan Islam ialah dari segi Isi 2 sosial. Kedatangan Islam telah membawa kepada perubahan akhlak masyarakat Islam Madinah kepada perkara-perkara yang baik serta mempraktikkan akhlak yang diajarkan oleh syariat Huraian Islam dalam kehidupan mereka. Ini menyebabkan semangat assabiyah yang diamalkan ketika zaman jahiliyah dahulu dihapuskan yang mana Nabi Muhammad s.a.w memperkenalkan konsep penyatuan ummah yang dapat diamalkan oleh masyarakat Madinah. Semua penduduk Madinah sama ada Islam atau bukan Islam akan bersatu padu memajukan dan mempertahankan negara Madinah. Kaum wanita juga dianggat martabatnya dan tidak lagi dianggap hina yang mana mereka diberi peluang untuk mendapatkan hak yang sama dengan kaum lelaki. Akhlak yang ditonjolkan oleh masyarakat jahiliyah adalah seperti hormat-menghormati, Contoh bertolak-ansur, berkasih-sayang antara satu sama lain seperti yang termaktub dalam Piagam Madinah. Malahan mereka turut berganding bahu menentang musuh Islam dalam Perang Badar, Perang Uhud dan banyak lagi. Kesannya, masyarakat Islam tidak hidup berpuak-puak dan mewujudkan persekitaran yang Penegasan isi harmoni serta mampu melahirkan masyarakat yang bertamadun . Nota Sejarah Islam Sem 2 Tema 1 Selain itu, perubahan masyarakat jahiliyah selepas kedatangan Islam ialah dari segi Isi 3 ekonomi. Islam telah memperkenalkan dasar ekonomi mengikut syariat Islam yang mana dasar Huraian tersebut telah berjaya menghapuskan amalan-amalan yang berunsurkan kejahilan. Nabi Muhammad s.a.w juga menggalakkan umat Islam menceburi bidang pertanian, penternakan dan perniagaan dengan mengadakan pelbagai kemudahan seperti pasar bagi merancakkan lagi ekonomi di Madinah. Banyak -tanah terbiar telah diusahakan dengan pelbagai tanaman dan pasar-pasar berdekatan masjid dibina untuk kemudahan aktiviti jual beli. Malahan kegiatan penjualan berhala telah dihapuskan bagi memastikan perkara syirik tidak lagi dilakukan oleh masyarakat Arab Islam. Melalui penghapusan riba, penipuan yang bersifat berat sebelah antara golongan pembeli Contoh dan penjual dalam aktiviti jualan yang bertujuan untuk mengaut keuntungan secara berlebihan tanpa batasan yang menyebabkan berlakunya kezaliman terhadap golongan miskin. Kesannya, ekonomi masyarakat Islam meningkat dengan pesat malahan kota Madinah Penegasan menjadi tumpuan pedagang dari luar kerana sistem ekonomi Islam yang diperkenalkan isi membawa kepada ekonomi yang adil untuk semua. Perubahan yang terakhir ialah dari segi politik Isi 4 Masyarakat Islam Madinah mengamalkan sistem pemerintahan yang teratur dengan Huraian berlandaskan sumber yang utama iaitu Al-Quran dan Hadis. Nabi Muhammad s.a.w telah memperkenalkan suatu perlembagaan bertulis pertama di dunia iaitu Piagam Madinah yang menjadi teras utama bagi pembinaan sebuah negara Islam Madinah. Dalam sistem pentadbiran Islam, konsep musyawarah yang mana pentadbiran dan pengurusan berlandaskan sistem perbincangan dan perundingan dalam menentukan sesuatu keputusan dan tindakan. Ini menyebabkan tiada istilah mentadbir negara menggunakan kuasa mutlak oleh pemerintah ketika itu. Malah, baginda akan berbincang bersama para sahabat bagi mendapatkan persetujuan yang adil tanpa berat sebelah. Piagam Madinah yang digubal merupakan undang-undang yang mengadungi 47 fasal perlu Contoh dipatuhi oleh semua penduduk Madinah sama ada Islam atau bukan Islam. Malahan sesiapa yang melanggar akan diusir keluar kerana boleh menggugat keharmonian dan keamanan negara seperti yang berlaku kepada orang Yahudi Bani Quraizah yang bersekongkol dengan Musyrikin Mekah menentang orang Islam. Kesannya, pentadbiran Islam Madinah membawa kepada satu bentuk pemerintahan yang Penegasan isi sistematik dalam menguruskan sesebuah negara. Kesimpulannya, Islam telah menukar cara hidup masyarakat jahiliyah daripada menyembah Kesimpulan berhala kepada menyembah Allah dan meninggalkan akhlak buruk. Islam juga telah membawa masyarakat jahiliyah kepada sebuah masyarakat yang bertamadun . Syiar Islam telah berkembang hingga luar Tanah Arab kesan daripada dakwah dan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Nota Sejarah Islam Sem 2 Tema 1 SOALAN : SEJAUHMANAKAH AGAMA WATHANI MENDOMINASI AGAMA DAN KEPERCAYAAN MASYARAKAT JAHILIYYAH. Agama merupakan satu pegangan suci individu dalam masyarakat dan terbahagi kepada dua iaitu agama Samawi (langit) yang diturunkan oleh Allah S.W.T melalui para nabi dan kitab. Pengenalan Manakala agama Ardhi ialah agama yang dicipta dan direka oleh sesetengah manusia. Kepercayaan pula merupakan amalan turun-temurun yang diamalkan oleh nenek moyang mereka. Masyarakat jahilliyah mengamalkan pelbagai agama dan kepercayaan dalam kehidupan mereka sebelum kedatangan Islam. Agama Wathani Memang tidak dinafikan bahawa agama Wathani iaitu agama ciptaan manusia telah mendominasi agama dan kepercayaan masyarakat jahiliah dimana masyarakat jahiliah menganggap bahawa berhala-berhala yang dibina sebagai Tuhan. Agama Wathani ini telah diperkenalkan oleh Amru bin Luhai rentetan peristiwa apabila beliau sembuh daripada penyakit setelah mandi di sungai Syam. Sehubungan itu, penduduk Mekah telah menyembah berhala untuk mendapat restu dalam kehidupan mereka dan semakin dianuti ramai kerana mereka percaya segala berhala yang diukir merupakan perantara dengan Tuhan. Malahan kegiatan penjualan berhala merupakan antara kegiatan ekonomi masyarakat jahiliyyah kerana mendapat sambutan dan keuntungan. Sebanyak 360 buah berhala telah dibina dan diletakkan dikeliling kaabah yang mana mereka akan menyembah berhala-berhala ini untuk mendapatkan restu dan pertolongan. Berhalaberhala ini diukir daripada kayu, perak, batu dan emas iaitu antara berhala yang terkenal ialah Al-Uzza, Al-Manat, Al-Latta. Kesimpulannya, agama Wathani sememangnya telah mendominasi kepercayaan masyarakat jahiliah apabila perniagaan penjualan berhala banyak dijalankan oleh masyarakatnya sehingga lahirnya ramai pengukir berhala seluruh Tanah Arab. Isi 1 Agama Majusi Isi 2 Huraian Contoh Penegasan Isi Walau bagaimanapun, terdapat agama lain yang turut dianuti oleh masyarakat jahiliah seperti Huraian agama Majusi. Agama Majusi diasaskan oleh Zoroaster di Parsi. Penganut agama ini tidak mempercayai kewujudan Allah S.W.T dan para nabi. Mereka juga tidak mempunyai kitab dan mendakwa segala yang dibawa oleh nabi adalah palsu. Agama ini mengarahkan penganutnya supaya menyembah matahari dan api. Hal ini kerana, mereka percaya terdapat dua tuhan iaitu Tuhan Kebaikan (cahaya) dan Tuhan Kejahatan (gelap gelita). Malahan, bagi menjamin bahawa mereka didampingi oleh Tuhan Kebaikan, mereka akan menyalakan api di rumah mereka dan ia juga merupakan agama ciptaan manusia. Ajaran yang dibawa oleh agama Majusi ialah dengan menggalakkan perkahwinan antara ibu Contoh dan anak serta adik beradik. Antara mereka yang terawal memeluk agama Majusi ialah Zuzarah dan anaknya Hajib Bin Zuzarah. Tegasnya, walaupun agama Majusi tidak mempunyai kitab suci, tetapi masih ada masyarakat jahiliyah yang mengamalkannya kerana percaya dengan kuasa api dan matahari. Penegasan Isi Agama Hanif Isi 3 Selain itu terdapat juga segelintir yang memeluk agama Hanif iaitu agama samawi yang Huraian dibawa oleh Nabi Ibrahim A.s dan disebarkan di Mekah setelah membina Kaabah. Agama ini tidak mempunyai kitab tetapi mempunyai suhuf yang berupa helaian sahaja dan para penganutnya digelar Hunafa. Amalan yang dilakukan ialah seperti bersembahyang, mengerjakan ibadat haji dan berpuasa yang merupakan perkara asas dalam kehidupan Nota Sejarah Islam Sem 2 Tema 1 manusia yang disuruh oleh Allah s.w.t . Mereka meninggalkan amalan tradisi jahiliah seperti minum arak, berjudi, makan bangkai, makan darah dan sebagainya. Antara tokoh yang menganut agama ini ialah Waraqah bin Naufal dan Nabi Muhammad s.a.w. sendiri. Walau bagaimanapun agama ini telah diselewengkan daripada ajaran yang sebenar iaitu ada penganutnya yang telah mencampur aduk dengan amalan penyembahan berhala. Hal ini kerana mereka terpengaruh dengan agama wathani yang kebanyakannya dianuti oleh masyarakat jahiliyyah yang lain. Walau bagaimanapun agama ini telah diselewengkan daripada ajaran yang sebenar iaitu ada Contoh penganutnya yang telah mencampur aduk dengan amalan penyembahan berhala. Hal ini kerana mereka terpengaruh dengan agama wathani yang kebanyakannya dianuti oleh masyarakat jahiliyyah yang lain. Jelaslah bahawa penganut agama Hanif ini menentang ajaran dan kepercayaan yang dianuti Penegasan oleh masyarakat jahiliah sebelum kedatangan Islam tetapi akhirnya juga turut diselewengkan isi oleh pengikutnya. Agama Yahudi Isi 4 Agama Yahudi adalah antara agama kitab yang dianuti oleh penduduk Tanah Arab yang Huraian berasal dari Palestin dam mula bertapak di Madinah apabila masyarakat Palestine mula mendiami Hijaz dan Yaman. Agama ini berasal daripada ajaran yang disampaikan oleh Nabi Musa A.S melalui kitab Taurat. Namun penganut agama Yahudi mula menyelewengkan isi kitab tersebut sehingga seolah-olah agama tersebut khusus untuk mereka sahaja. Hal ini kerana semasa Nabi Musa menyebarkan dakwah, pelbagai keistimewaan orang Yahudi terima bagi membuktikan bahawa agama ini merupakan agama yang sebenar Allah. Keistimewaan yang mereka terima membawa kepada sifat riak dan tamak dalam kalangan orang Yahudi. Agama ini lebih bersifat perkauman dimana sebahagian besar daripada penganutnya Contoh berbangsa Yahudi itu sendiri. Justeru mereka memandang rendah pada manusia lain kerana mendakwa bahawa bangsa Yahudi adalah anak Tuhan dan dianggap mulia. Jelaslah bahawa walaupun agama Yahudi telah terpesong daripada ajaran yang sebenar dan tidak berkembang dalam kalangan masyarakat arab yang lain. Kepercayaan tahyul dan karut Penegasan Isi Isi 5 Masyarakat jahiliah juga mempunyai pelbagai bentuk kepercayaan tahyul dan karut yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. Secara asasnya, mereka mempercayai kuasa sihir, Huraian ilmu nujum dan petanda-petanda yang berkaitan nasib. Mereka mempercayai bahawa roh orang yang mati akan menjadi burung dan penting bagi seseorang yang ingin memulakan perjalanan jauh untuk memerhatikan arah burung terbang Contoh di hadapan rumahnya. Sekiranya burung tersebut terbang ke kiri, maka itu membawa petanda buruk sebaliknya jika burung tersebut terbang ke kanan maka itu memberi petanda yang baik. Terdapat juga amalan tahyul untuk mengesan sifat curang para isteri. Seseorang lelaki yang meninggalkan isterinya dalam tempoh masa yang lama akan mengikat tali pada sebatang pokok, sekiranya tali itu terbuka apabila dia pulang, maka isteri telah berlaku curang. Jelaslah bahawa, kepercayaan yang ditanam dalam diri masyarakat jahiliah pada waktu itu Penegasan adalah tidak berasas dan karut semata-mata dan menimbulkan ketegangan masyarakat. Isi Kesimpulannya, agama Wathani merupakan agama yang paling banyak dianuti oleh masyarakat jahliah disamping agama lain. Mereka berada dalam kesesatan, kekufuran dan Kesimpulan syirik kepada Allah S.W.T. Namun selepas kedatangan Islam, wujud perubahan dalam corak kehidupan masyarakat jahiliah ke arah lebih baik dan berakhlak dari aspek rohani dan jasmani. Nota Sejarah Islam Sem 2 Tema 1 SOALAN : BINCANGKAN KEPIMPINAN NABI MUHAMMAD S.A.W SEBAGAI SEORANG NEGARAWAN. Nabi Muhammad SAW diputerakan pada 12 Rabiulawal berketurunan Quraisy dan dilantik Pengenalan sebagai nabi ketika berusia 40 tahun selepas menerima wahyu yang pertama pada 601M. Baginda menjalankan dakwah secara sulit selama 3 tahun dan secara terbuka selama 10 tahun di kota Makkah. Baginda bukan sahaja sebagai nabi malahan pemimpin negara yang disegani dan mampu menubuhkan kerajaan Islam pertama di dunia iaitu Madinah. Kepimpinan baginda dapat dilihat sebagai pemimpin masyarakat Isi 1 Pelbagai langkah yang diambil oleh baginda untuk menyatukan semula masyarakat di Madinah melalui konsep penyatuan ummah. Puak Aus dan Khazraj bergaduh disebabkan oleh hasutan orang Yahudi telah berjaya disatukan. Baginda juga telah mengeratkan lagi hubungan dalam kalangan masyarakat Islam sendiri menerusi usaha gigih mempersaudarakan orang Ansar dan Muhajirin yang mana kaum Ansar membantu kaum Muhajirin dengan memberi tempat tinggal, harta dan sebagainya. Malahan, penyatuan masyarakat Madinah antara orang Islam dan bukan islam turut berlaku yang mana semua penduduk Madinah dianggap satu ummah dan terikat dengan Piagam Madinah. Sebagai contoh baginda berjaya mengekalkan perpaduan masyarakat Madinah dengan menyeru mereka bekerjasama dan bantu membantu mempertahakan kota Madinah seperti yang termaktub dalam penggubalan Piagam Madinah malahan semangat assabiyah iaitu hidup berpuak-puak tidak lagi diamalkan oleh masyarakat Madinah. Jelaslah bahawa, kepimpinan baginda dapat dilihat apabila berjaya menyatukan penduduk Madinah menjadi masyarakat yang hidup harmoni dan bersatu padu sama ada Islam dan bukan Islam. Huraian Selain itu, Nabi Muhammad juga merupakan pemimpin politik Isi 2 Contoh Penegasan isi Sebagai pemimpin politik, baginda telah meletakkan Islam sebagai asas dalam Huraian pemerintahan baginda. Kebijaksanaan baginda terserlah apabila berjaya menggubal Piagam Madinah dan seterusnya membentuk negara Islam yang pertama di dunia iaitu Madinah. Selain itu, konsep musyawarah melalui Majlis Syura juga turut diamalkan iaitu baginda sentiasa berbincang dengan para sahabat yang terdiri daripada kaum Ansar dan Muhajirin dalam merangka dasar-dasar negara. Malahan sebagai pemimpin negara juga baginda turut menghantar wakil mengadakan hubungan diplomatik dengan negara luar. Contohnya, para sahabat seperti Saidina Abu Bakar, Umar Al-khattab, bersama Rasulullah Contoh mentadbir negara dan sentiasa memberi idea dalam pentadbiran, ekonomi, ketenteraan dan lain-lain. Diperingkat antarabangsa pula, baginda dianggap diplomat yang berjaya kerana menghantar perwakilan ke Habsyah, Mesir dan Parsi seperti Amru al-As ke Syam. Jelaslah bahawa, kepimpinan baginda membawa kepada pengiktirafan sebagai pemimpin Penegasan isi politik dan juga Madinah sebagai negara Islam oleh negara luar. Seterusnya kepimpinan baginda terserlah sebagai perancang ekonomi yang berjaya. Isi 3 Ini kerana, baginda telah memperkenalkan dasar ekonomi baru berlandaskan syariat Islam Huraian menggantikan dasar ekonomi jahiliyah. Baginda menggalakkan orang Islam bergiat aktif dalam pertanian dan perniagaan yang mana sebelum ini ekonomi Madinah dimonopoli oleh orang Yahudi. Dasar ini telah menghapuskan ekonomi masyarakat jahiliyah seperti Nota Sejarah Islam Sem 2 Tema 1 penipuan, riba dan penindasan dihapuskan bagi membentuk ekonomi yang adil untuk semua orang malahan penjualan patung berhala turut dihapuskan kerana bercanggah dengan Islam. Nabi juga juga berusaha membangunkan ekonomi Islam dengan menggalakkan tanah-tanah terbiar diusahakan malahan pasar-pasar berdekatan masjid turut dibina untuk memudahkan aktiviti jual beli dijalankan. Contohnya, telaga-telaga air milik orang Yahudi yang asalnya dimiliki orang Islam telah Contoh dibeli dan dikuasai semula oleh orang Islam malahan tanah-tanah orang Islam sebelum ini digadaikan kepada Yahudi di tebus semula. Baginda turut memperkenalkan cukai perniagaan yang dikenali sebagai usyur dengan kadar yang rendah bagi merancakkan ekonomi penduduk Madinah. Jelaslah, perubahan ekonomi yang dilakukan oleh baginda membawa impak besar apabila ekonomi Madinah bertambah maju dan ramai pedagang luar datang ke kota Madinah Penegasan isi Akhir sekali, baginda merupakan seorang panglima tentera . Isi 4 Baginda menunjukkan mutu kepimpinan yang tinggi dalam bidang ketenteraan iaitu Huraian menjadi pemimpin bagi 27 ekspedisi ketenteraan yang disertai. Baginda juga telah menerapkan etika peperangan yang mana tentera Islam tidak boleh membunuh kanakkanak dan wanita kecuali memberi ancaman kepada Islam. Selain itu tidak boleh memusnahkan harta benda, alam sekitar. Baginda telah menyediakan beberapa latihan ketenteraan seperti kemahiran memanah dan berkuda bagi memantapkan daya ketahanan dari segi fizikal dan mental. Sebagai panglima perang, baginda turut mendengar idea dan pandangan para sahabat dalam merangka taktik dan strategi perang bagi mencapai kemenangan melawan musuh Islam. Contohnya baginda berjaya merangka strategi ketenteraan yang membawa kejayaan Contoh kepada pasukan Islam seperti dalam perang Badar walaupun ketika itu tentera Islam mempunyai 313 orang tetapi mampu mengalahkan musyrikin Mekah yang terdiri daripada 1000 orang. Jelaslah bahawa, baginda merupakan pemimpin tentera yang hebat dan digeruni oleh pihak Penegasan musuh kerana berjaya merangka taktik dan strategi peperangan yang membawa kejayaan isi kepada tentera Islam dalam setiap siri peperangan. Jelaslah bahawa Nabi Muhammad SAW bukan sahaja seorang nabi dan rasul tetapi juga Kesimpulan merupakan negarawan yang disegani. Ketokohan baginda dalam pelbagai aspek membawa kepada perkembangan syiar dan tamadun Islam. Malahan asas pentadbiran yang dilaksanakan oleh baginda turut diteruskan oleh para sahabat ketika memimpin negara Islam selepas kewafatan baginda. Nota Sejarah Islam Sem 2 Tema 1 SOALAN : HURAIKAN KANDUNGAN PIAGAM MADINAH YANG MERUPAKAN PERLEMBAGAAN NEGARA ISLAM MADINAH. Piagam Madinah merupakan perlembagaan bertulis yang pertama di dunia dan telah digubal oleh Nabi Muhammad SAW pada tahun 622M bersamaan tahun 1H. Kandungan piagam mengandungi 47 fasal iaitu bahagian pertama mengandungi 23 fasal yang Pengenalan menerangkan tanggungjawab dan hubungan antara orang islam iaitu Muhajirin dan Ansar. Bahagian kedua pula mengandungi 24 fasal yang berkaitan dengan hak dan tanggungjawab orang Yahudi terhadap negara Islam Madinah. Tujuan Piagam Madinah ini dibuat bagi mewujudkan satu masyarakat yang harmoni, mengekalkan perpaduan dan keamanan. Antara isi kandungan Piagam Madinah yang dapat dilihat ialah dari aspek politik. Isi 1 Nabi Muhammad SAW merupakan ketua negara, ketua hakim dan ketua agama yang tinggi Huraian dan unggul bagi kerajaan Madinah. Baginda telah diiktiraf oleh semua penduduk Madinah sama ada Islam ataupun bukan Islam. Sebagai ketua hakim, baginda menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh masyarakat Madinah seperti perselisihan kaum berdasarkan hukum Allah SWT dan keputusan baginda sendiri dengan adil dan musyawarah. Institusi kehakiman dan keadilan dibentuk untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam masyarakat Madinah. Selain itu, segala dasar-dasar politik dan pentadbiran perlu dilaksanakan melalui konsep musyawarah seperti mana yang termaktub dalam Piagam Madinah. Sebagai contoh, Fasa 1 menjelaskan bahawa Nabi Muhammad sebagai pemimpin negara Contoh yang telah berjaya menggubal Piagam Madinah yang wajib dipatuhi oleh semua penduduk Madinah. Kepimpinan baginda sebagai ketua negara turut mendapat pengiktirafan negara Arab yang lain. Jelaslah bahawa Piagam Madinah yang digubal membawa kepada satu bentuk Penegasan pemerintahan yang cekap dan sistematik kerana adanya garis panduan lengkap mengikut isi acuan Islam. Selain itu, isi kandungan Piagam Madinah merujuk kepada aspek sosial. Isi 2 Penduduk Madinah terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama yang mana mereka sering Huraian hidup berpecah belah dan bertelagah. Justeru itu, untuk membina sebuah negara berdaulat, seluruh rakyat perlu disatukan melalui konsep penyatuan ummah seperti yang terkandung dalam piagam Madinah. Hal ini dapat dilihat apabila seluruh penduduk Madinah sama ada Islam mahupun bukan Islam dianggap satu ummah dan mempunyai tanggungjawab yang sama terhadap negara. Dalam hal ini, semangat assabiyah telah dihapuskan dan digantikan dengan konsep penyatuan ummah iaitu mereka saling menghormati, tolong-menolong, bekerjasama dan sebagainya demi memastikan negara Madinah berada dalam suasana yang aman dan damai. Sebagai contoh, terdapat banyak fasal yang menyatakan tentang hubungan sosial diantara Contoh masyarakat Madinah antaranya fasal 2 iaitu bahawa penduduk Madinah sama ada orang Islam atau bukan Islam ialah satu ummah. Tegasnya, Piagam Madinah berjaya menyatukan semua penduduk Madinah dan menjalinkan hubungan yang erat sesama mereka membawa kepada keharmonian kaum. Aspek pertahanan juga merupakan antara isi kandungan Piagam Madinah Penegasan isi Isi 3 Nota Sejarah Islam Sem 2 Tema 1 Semua penduduk Madinah tanpa mengira Islam dan bukan Islam bertanggungjawab Huraian mempertahankan kota Madinah daripada ancaman luar terutamanya pihak Musyrikin Makkah. Setiap penduduk Madinah tidak boleh bersubahat dengan pihak musuh dan sekiranya berlaku mereka akan dikenakan tindakan seperti yang berlaku keatas orang Yahudi Bani Quraizah yang bersekongkol dengan musyrikin Mekah dalam siri peperangan antaranya ialah Perang Uhud, Khandak dan lain-lain. Selagi mereka menjadi penduduk Madinah, mereka terikat dengan undang-undang Madinah dan perlu mematuhinya. Dalam fasa 44, sesiapa yang menganggotai Piagam Madinah ini wajib mempertahankan Contoh kota Madinah daripada pihak musuh. Sekiranya ada dalam kalangan penduduk Madinah yang bersubahat atau mengadakan perjanjian dengan pihak musuh, mereka akan dikenakan tindakan iaitu diusir dari kota Madinah. Jelaslah bahawa Piagam Madinah berjaya melahirkan semangat cinta akan negara dan Penegasan isi memastikan keselamatan serta keamanan negara terjamin. Akhir sekali, isi kandungan Piagam Madinah juga menyentuh aspek agama Isi 4 Penduduk Madinah diberikan kebebasan beragama yang mana mereka berhak menganuti Huraian agama masing-masing iaitu kaum Yahudi atau mana-mana golongan yang bukan Islam terjamin keselamatan mereka selagi taat kepada Piagam Madinah. Mereka bebas mengamalkan ajaran masing-masing tetapi mereka tidak boleh menyebarkan agama mereka kepada penduduk Islam Madinah. Islam menjadi agama rasmi Madinah dan segala bentuk penyembahan berhala dihapuskan kerana ia dianggap syirik dan menyekutukan Allah. Kebebasan beragama yang dilaksanakan memperlihatkan bahawa undang-undang yang digubal memberi keadilan kepada semua penduduk untuk mendapatkan hak mereka. Sebagai contoh, fasal 25 yang terkandung dalam Piagam Madinah menyatakan bahawa Contoh kaum Yahudi bebas memeluk agama mereka sebagai mana kaum muslimin bebas memeluk agama mereka. Usaha-usaha dakwah Islam dipergiatkan melalui pembinaan masjid dan wakil diplomatik dihantar ke kawasan lain bagi menjalankan usaha-usaha dakwah secara tidak langsung. Tegasnya , penduduk Madinah mempunyai hak dan kebebasan beragama dan kepercayaan Penegasan isi masing-masing selagi dan dakwah Islam telah berkembang luar dari kota Madinah. Kesimpulannya, Piagam Madinah membuktikan kebijaksanaan Nabi Muhammad dalam menyatupadukan penduduk Madinah walaupun berlainan bangsa dan keturunan. Selain Kesimpulan itu, piagam ini juga telah menjadikan kota Madinah sebagai sebuah negara Islam yang berdaulat. Madinah menjadi negara yang kuat kerana mempunyai sistem pemerintahan yang sistematik turut menjadi ikutan dan turut diguna pakai oleh pemerintah-pemerintah negara lain. Nota Sejarah Islam Sem 2 SOALAN : BINCANGKAN STRUKTUR PEMERINTAHAN PUSAT DAN WILAYAH PADA ZAMAN KHALIFAH AR-RASYIDIN ABAD KE-7 MASIHI. Kerajaan Khulafa’ al-Rasyidin terbentuk secara rasmi pada tahun 632 Masihi apabila Abu Bakar al-Siddiq dipilih oleh umat Islam sebagai khalifah yang pertama. Kerajaan yang diperintah oleh empat orang sahabat Nabi Muhammad iaitu Khalifah Abu Bakar al-Siddiq, Pengenalan Khalifah Umar al-Khattab, Khalifah Uthman bin Affan dan Khalifah Ali bin Abi Talib. Gelaran ‘Khulafa Al-Rasyidin’ digunakan kerana mereka meneruskan dasar kepimpinan Nabi Muhammad SAW. Oleh itu, terdapat beberapa struktur pemerintahan pusat dan wilayah sewaktu zaman Khulafa’ al-Rasyidin pada abad ke 7 masihi. Antara struktur pemerintahan pusat pada zaman Khalifah al-Rasyidin ialah Isi 1 pembentukan institusi khilafah. Institusi khalifah bermula dengan pelantikan Saidina Abu Bakar al-Siddiq menggantikan Huraian Nabi Muhammad SAW sebagai ketua negara Islam Madinah yang baharu yang mana pelantikannya melalui proses musyawarah dan bai’ah serta tidak berdasarkan kepada keturunan. Malahan, khalifah merupakan individu yang paling berkuasa kerana berperanan sebagai ketua eksekutif dan kehakiman, panglima tertinggi angkatan tentera Islam serta mengetuai pentadbiran kerajaan. Walaupun bebas dari sebarang kawalan dalam bentuk perlembagaan atau badan politik, namun kekuasaannya tidak bersifat mutlak dan autokrasi kerana Al-Quran dan As-Sunnah merupakan panduan yang membimbing dan mengawal segala tindakannya. Buktinya, khalifah boleh membuat ‘ijtihad’ sekiranya terdapat perkara penting yang tidak Contoh terkandung di dalam Al-Quran dan Hadis. Semasa zaman pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab, Majlis Syura ditubuhkan secara rasmi dan berfungsi sebagai badan penentu dasar-dasar negara. Kesannya, pemerintahan dapat dijalankan dengan lebih teratur disebabkan oleh Penegasan isi kepimpinan khalifah yang unggul. Struktur pemerintahan pusat yang seterusnya ialah Majlis Syura merancang dan Isi 2 melaksanakan segala bentuk pentadbiran. Majlis Syura merupakan badan perundangan yang dianggotai oleh sahabat-sahabat Nabi Huraian Muhammad SAW dan mereka yang berpengalaman dilantik sebagai badan penasihat khalifah. Ia menjadi tempat rujukan kepada Khulafa al-Rasyidin dalam urusan pentadbiran negara dan juga sebelum sesuatu keputusan dan tindakan penting dilaksanakan. Keputusan yang dibuat ialah berdasarkan kepada suara pungutan majoriti yang mewarisi perkara yang dipraktikkan pada zaman pemerintahan Nabi Muhammad SAW. Kerajaan pusat bertanggungjawab menerangkan dan melaksanakan dasar-dasar negara Contoh yang mana keputusan diputuskan melalui Majlis Syura seperti pemilihan gabenor, panglima-panglima tentera, serangan-serangan, menjaga keamanan, perbelanjaan negara dan lain-lain. Jelaslah bahawa pentadbiran pusat berjaya membawa kemajuan dan keamanan di Penegasan seluruh wilayah naungan Islam. Malahan melalui penubuhan Majlis Syura, segala isi keputusan dapat dicapai melalui persetujuan semua pihak tanpa berlaku sebarang perbalahan . Tema 1 Nota Sejarah Islam Sem 2 Selain itu, struktur pemerintahan di peringkat wilayah diketuai oleh Gabenor. Tema 1 Isi 3 Gabenor yang mengetuai wilayah akan melaksanakan tugas-tugas seperti yang Huraian dilakukan oleh Khalifah di peringkat pusat dibantu oleh pegawai-pegawai. Gabenor dibantu oleh pegawai-pegawai jabatan yang dilantik dibawah penyeliaan gabenor. Mereka akan diberi senarai tugasan dan tanggungjawab serta batas-batas kuasa masingmasing. Harta mereka akan disenaraikan oleh gabenor untuk mengelakkan pertindihan dan penyelewengan kuasa serta rasuah dan sebagainya. Pada zaman Khalifah Abu Bakar As-Siddiq, wilayah Islam telah dibahagikan kepada 10 wilayah antaranya Makkah, Taif, Yaman, Bahrain dan lain-lain yang mana setiap wilayah ditadbir oleh seorang gabenor. Jawatan pegawai-pegawai yang dilantik ialah Amil yang membantu mengutip hasil Contoh negara, Kadi sebagai hakim, pengurus pentadbiran kehakiman serta menguruskan wakaf disamping jawatan Kitab Al-Diwan (setiausaha), Sahib Baitulmal (Pegawai Perbendaharaan Negara), Sahib Al-Syurtah (Pegawai Polis) dan sebagainya. Jelaslah bahawa, pelantikan pegawai-pegawai yang cekap dapat meringankan tugas Penegasan isi gabenor selain melicinkan pentadbiran di peringkat wilayah. Akhir sekali, struktur pemerintahan diperingkat wilayah ialah mengikuti struktur Isi 4 pemerintahan di peringkat pusat. Kerajaan wilayah tidak boleh bertindak sendiri tanpa kebenaran kerajaan pusat. Hal ini Huraian kerana kerajaan wilayah adalah tertakluk di bawah kerajaan pusat sepenuhnya dan perlu mematuhi segala arahan kerajaan pusat. Kegagalan kerajaan wilayah untuk mematuhi arahan pusat biasanya akan dikenakan tindakan iaitu pemecatan gabenor atau pegawai kerajaan. Malahan, kerajaan wilayah juga mempunyai tanggungjawab yang besar terhadap kerajaan pusat. Namun, kerajaan pusat perlu memajukan dan membangunkan kerajaan wilayah dengan membangunkan sektor pertanian dan perdagangan dan kemajuan untuk penduduk setempat. Misalnya tanggungjawab kerajaan wilayah untuk membantu kerajaan pusat ialah Contoh memungut cukai, bantuan ketenteraan untuk menentang musuh, menjaga keselamatan dan sebagainya. Oleh itu, pemerintahan wilayah sentiasa dipantau oleh Kerajaan Pusat bagi memastikan Penegasan kecekapan dalam pentadbiran serta tidak berlakunya pemberontakan di wilayah-wilayah isi Islam. Kesimpulannya, sistem pentadbiran yang dipraktikkan pada zaman Khulafa’ Al-Rasyidin adalah sistem yang dikemaskinikan daripada sistem pentadbiran zaman Rasulullah s.a.w. Kesimpulan Struktur pemerintahan menjadi lebih sistematik dan naungan wilayah Islam bertambah luas sehingga menyebabkan negara lain tunduk hormat terhadap pemerintahan Islam. Nota Sejarah Islam Sem 2 Tema 1 SOALAN : BINCANGKAN CIRI-CIRI SEBAGAI SEORANG KHALIFAH. Institusi khalifah sangat penting dalam pemerintahan Islam kerana ia merupakan lambang pembinaan sebuah negara Islam sebenar yang berpandukan al-Quran dan Sunnah. Ia ialah contoh pemerintahan terbaik sebagai panduan untuk seseorang pemimpin atau pemerintah Pengenalan bagi membentuk sebuah negara yang bertamadun. Sejarah khalifah bermula selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW iaitu apabila Abu Bakar al-Siddiq dilantik sebagai khalifah pertama, diikuti oleh tiga orang sahabat iaitu Umar bin al-Khattab, Uthman bin Affan dan Ali bin Abi Talib. Seterusnya empayar Islam terus berkembang melalui corak pemerintahan khalifah yang dilaksanakan iaitu zaman Bani Umayyah, Abbasiyyah, Turki Uthmaniyyah. Isi 1 Antara ciri-ciri seorang khalifah ialah jujur dan amanah dalam apa jua yang dilakukan. Khalifah perlulah amanah dalam melaksanakan tugas yang telah diberikan. Hal ini dapat Huraian memberikan kepercayaan kepada rakyat dan tidak menimbulkan rasa syak wasangka kepada khalifah serta terhindar daripada pemberontakan rakyat. Khalifah juga mestilah menjalankan urusan pentadbiran berlandaskan syariat Islam dan menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai contoh atau “role model”. Di samping itu, khalifah perlu jujur dan amanah dalam menguruskan hal negara tidak menggunakan harta dan kuasa untuk kepentingannya sendiri serta tidak mengharapkan balasan rakyat. Hal ini dapat dilihat pada zaman pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan yang mana beliau Contoh tidak menggunakan sumber baitulmal untuk kepentingan peribadi, sebaliknya telah menginfakkan hampir sebahagian besar hartanya kepada baitulmal untuk membangunkan Islam. Oleh itu, golongan bawahan atau orang miskin tidak tertindas apabila harta dari baitulmal Penegasan diagih-agihkan kepada rakyat secara jujur dan amanah tanpa penyelewengan serta isi meningkatkan kesetiaan rakyat terhadap pemimpin. Sebagai pemimpin tertinggi negara, salah satu ciri yang perlu ada bagi seorang khalifah Isi 2 ialah mestilah berilmu . Ilmu ini membolehkan seorang khalifah memutuskan sesuatu hukum dan membuat keputusan Huraian yang tepat terhadap masalah agama dan duniawi. Dalam hal ini, khalifah bukan sahaja memerlukan ilmu agama yang mantap, tetapi juga memiliki ilmu keduniaan seperti ilmu perundangan, kewangan, sosial dan sebagainya. Dengan kata lain, khalifah hendaklah bertutur dengan baik, membaca dan menulis. Ilmu tersebut akan membantu khalifah untuk melicinkan urusan pemerintahan dan pentadbiran malahan akan dipandang tinggi oleh rakyat dan masyarakat luar. Contoh dapat dilihat semasa pemerintahan Khalifah Harun ar-Rasyid yang mana beliau Contoh seorang mempunyai ilmu yang tinggi bukan hanya ilmu agama malahan juga ilmu duniawi. Beliau juga sentiasa memastikan semua umat Islam mendalami agama dan berusaha mempelajari ilmu lain antaranya matematik, astronomi, sains dan sebagainya melalui usaha penubuhan Baitul Hikmah. Ketokohan beliau membawa kepada lahirnya tokoh-tokoh ilmuan Islam dalam pelbagai bidang yang mana secara tidak langsung membuka mata masyarakat luar terhadap kehebatan Islam. Oleh itu, ilmu amat penting bagi seorang khalifah untuk mentadbir negara dengan sistematik Penegasan isi dan terancang supaya menjadi negara yang maju serta dicontohi oleh negara lain. Ciri-ciri keadilan amat penting bagi seorang khalifah sebagai pemimpin. Isi 3 Setiap percakapan, perbuatan atau tindakan haruslah berpaksikan al-quran dan sunnah. Huraian Seorang pemimpin yang adil ialah pemimpin tidak mengambil kesempatan atas kedudukan dan kuasa mereka iaitu tidak menindas rakyat. Keadilan akan mewujudkan kesejahteraan dan Nota Sejarah Islam Sem 2 Tema 1 keharmonian yang mana rakyat akan berasa gembira apabila hak mereka tidak dirampas. Sebagai seorang khalifah, setiap tindakan yang diambil tidak boleh ada pilih kasih dan menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Keadilan ini jelas dilihat pada zaman pemerintahan Umar Abd Aziz yang mana beliau telah Contoh mengagihkan sumber baitulmal kepada mereka yang layak sehingga tiada lagi penduduk yang miskin. Hal ini menunjukkan semua penduduk mendapat hak yang sewajarnya dan tidak berasa ditindas oleh pemimpin. Setiap anggota masyarakat sama ada Islam atau bukan Islam akan mendapat keadilan yang Penegasan isi sewajarnya terutama apabila melibatkan perundangan. Ciri lain sebagai seorang khalifah ialah kredibiliti dan ketokohan. Isi 4 Ketokohan yang ada perlu mempunyai keperibadian yang tinggi selaku pemimpin negara. Ini Huraian kerana, sokongan rakyat bergantung kepada khalifah itu sendiri dalam pentadbirannya. Ia juga dapat memberi pengaruh yang kuat daripada rakyat dalam mentadbir negara. Kepercayaan yang diberikan oleh rakyat, beliau dapat menjalankan pentadbiran yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW dengan cekap dan sistematik. Hal ini dapat dilihat semasa pemerintahan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq apabila ketokohan beliau menyebabkan beliau dipilih sebulat suara oleh masyarakat dengan cara bai’ah mengganti Rasulullah SAW. Lebih-lebih lagi beliau juga merupakan sahabat yang paling rapat dan dipercayai oleh baginda Nabi SAW sepanjang baginda memimpin dan mentadbir negara Islam . Pemerintahan khalifah yang bermula pada zaman khulafa’ ar-Rasyidin hingga zaman Uthmaniyah memperlihatkan syiar Islam semakin terbesar hasil daripada bakat dan ketokohan yang ada sebagai seorang pemimpin hebat.. Seorang yang bijaksana juga antara ciri-ciri seorang khalifah Contoh Penegasan isi Isi 5 Setiap pemimpin perlu memiliki sifat bijaksana untuk merancang sesuatu perkara sesuai Huraian dengan keadaan ketika itu. Kesilapan dalam membuat keputusan akan membawa kesan buruk kepada umat dan negara Islam. Keputusan yang dibuat perlulah mendapat persetujuan oleh para sahabat dan sewajarnya khalifah perlu bijaksana menangani segala perkara yang berlaku. Hal ini dapat dilihat ketika zaman pemerintahan khalifah Umar al-Khattab, kebijaksana beliau Contoh terserlah apabila bertindak membahagikan wilayah Islam kepada beberapa bahagian dan melantik pegawai yang bertugas untuk menjaga wilayah masing-masing dengan melantik gabenor, setiausaha, dan ketua-ketua jabatan bagi melicinkan lagi pentadbiran. Ini kerana, pada ketika itu wilayah Islam bertambah luas dan memudahkan khalifah memantau setiap wilayah agar tidak berlaku sebarang pemberontakan. Tindakan yang bijaksana diambil oleh khalifah secara tidak langsung melicinkan pentadbiran Penegasan isi peringkat pusat dan wilayah. Kesimpulannya, dalam melaksanakan tanggungjawab mentadbir negara Islam, khalifah mesti Penutup menjadikan al-Quran dan as-sunnah sebagai pedoman dan panduan seperti semasa pemerintahan Nabi Muhammad SAW. Kepentingan seorang ketua negara dalam Islam tidak hanya dari aspek ilmu tetapi juga mengutamakan akhlak yang ada pada diri seorang pemimpin. Nota Sejarah Islam Sem 2 Tema 1 SOALAN : SUMBANGAN TOKOH UMAR AL-KHATTAB MEMBAWA KEPADA ZAMAN KEGEMILANGAN UMAT ISLAM. JELASKAN PERNYATAAN INI. Khalifah Umar Al-Khattab merupakan khalifah Islam yang kedua selepas kewafatan Saidina Abu Bakar As-Siddiq memerintah selama 10 tahun. Nama sebenar beliau ialah Umar bin AlKhattab bin Naufal bin Abdul Uzza dan berasal daripada Bani Adiy berketurunan Pengenalan bangsawan Quraisy. Beliau dilahirkan pada tahun 548 M di Mekah dan wafat pada 644 M bersamaan 23 H. Pemilihan Umar al-Khattab sebagai khalifah melalui wasiat dilakukan kerana ketokohan beliau dalam bidang agama. Bukan itu sahaja, beliau juga terkenal sebagai pemuda yang berani, tegas, berterus terang dan mempunyai pemikiran yang tajam. Digelar al Faruq kerana berupaya memisahkan antara hak dan batil. Sumbangan Umar Al-Khattab dapat dilihat melalui dasar perluasan tanah jajahan dan pembahagian wilayah Pada zaman pemerintahan khalifah Umar, kegiatan memperluaskan tanah jajahan telah pun berlaku dengan begitu pesat berbanding zaman sebelumnya. Kegiatan perluasan kuasa ini berkembang ekoran penubuhan Diwan al-Jund pada 20 hijrah iaitu Jabatan Ketenteraan yang membentuk tentera sukarela dan tentera tetap. Perkembangan Islam yang semakin meluas dengan pembukaan negara-negara Islam yang baharu telah memerlukan kepada pentadbir bagi menguruskan sebuah negara. Khalifah Umar telah membahagikan kerajaan Islam yang semakin meluas kepada beberapa wilayah demi kelicinan pentadbiran Islam. Khalifah Umar dikatakan berkebolehan dalam memilih pegawai-pegawai yang cekap bagi memastikan pentadbiran yang sistematik. Antara kawasan tanah jajahan yang baru dibuka adalah seperti Syria, Iraq, Mesir dan Palestine. Kawasan ini dibahagikan kepada lapan wilayah iaitu Khufah, Basrah, Syam, Jazirah, Mausil, Yaman dan Bahrain. Setiap wilayah ini akan ditadbir oleh seorang Gabenor dan dibantu oleh pegawai-pegawai tentera, Pegawai Cukai dan Pegawai Perbendaharaan. Mereka hendaklah mengisytiharkan harta mereka bagi menggelakkan daripada menerima rasuah dan penyelewengan. Perkembangan Islam yang meluas ke beberapa wilayah baharu bukan sahaja menjadikan empayar Islam besar bahkan agama Islam dapat disebarkan kepada penduduk yang menetap di wilayah-wilayah tersebut. Penubuhan Baitulmal dan Majlis Syura secara rasmi Isi 1 Di samping penubuhan jabatan baharu dilaksanakan, Khalifah Umar juga telah memantapkan lagi sistem pengurusan negara iaitu dengan mengambil beberapa langkah seperti menubuhkan Baitulmal yang mana ianya merupakan institusi kewangan yang bertanggungjawab menyimpan, memelihara dan mengawal penggunaan harta negara. Penubuhan Baitulmal dibuat secara rasmi dan teliti yang mana beliau melantik pegawai pungutan iaitu Amil yang layak sahaja. Seterusnya penubuhan Majlis Syura secara rasmi yang berperanan sebagai tempat perbincangan masalah yang berhubung dengan politik, ekonomi, sosial dan kebajikan serta masalah dalaman dan luaran negara turut dibuat. Majlis Syura ini terbahagi kepada dua jenis iaitu Majlis Syura Am dan Majlis Syura Tertinggi yang dianggotai oleh sahabat nabi seperti Uthman bin Affan, Abdul Rahman bin Auf, Ali bin Abi Talib dan lain lain. Bagi hal-hal yang kurang penting, khalifah Umar mengadakan perbincangan di masjid. Sumber pendapatan negara yang disimpan di Baitulmal diperoleh daripada zakat, ghanimah, al-fai’, jizyah, usyur dan kharaj. Hasil negara ini akan disalurkan kepada perkara seperti menyediakan kemudahan untuk masyarakat, kebajikan dan sebagainya. Jelaslah melalui penubuhan Baitulmal dan Majlis Syura secara telah rasmi berjaya memantapkan lagi pentadbiran khalifah Umar malahan kutipan sumber Baitulmal bertambah banyak dan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan baik. Huraian Huraian Contoh Penegasan isi Isi 2 Contoh Penegasan isi Nota Sejarah Islam Sem 2 Memperbaharui undang-undang pentadbiran tanah. Tema 1 Isi 3 Dalam bidang ekonomi, Khalifah Umar telah memperbaharui undang-undang pentadbiran Huraian tanah. Perluasan kuasa Islam dan pembukaan wilayah baharu di Iraq, Mesir dan Syria mendorong Khalifah Umar al-Khattab untuk melakukan pembaharuan terhadap sistem tanah. Di kawasan-kawasan yang baharu ini, segala tanah-tanah awam telah menjadi milik kerajaan tempatan dan segala hasil daripada tanah tersebut digunakan untuk menyediakan kemudahan awam. Tanah-tanah yang telah dimiliki oleh penduduk tempatan tidak dirampas tetapi dikenakan cukai kharaj (tanah). Tentera atau umat Islam dari kawasan lain tidak dibenarkan mengambil tanah di kawasan yang baharu ditakluki bagi memastikan tidak berlaku huru-hara melibatkan penduduk tempatan. Sebelum ini, tanah-tanah yang ditakluki dibahagikan kepada tentera yang menyertai ekspedisi ketenteraan. . Contohnya di wilayah Iraq, tanah-tanah yang tidak bertuan iaitu tanah safawi dijadikan Contoh tanah kerajaan dan diusahakan . Golongan bekas tentera iaitu golongan Ahl al-Ayyam dilantik sebagai pemegang amanah yang akan menyelia dan menguruskan tanah-tanah kerajaan . Undang-undang baharu ini telah memajukan ekonomi umat Islam pada zaman tersebut Penegasan disamping menambahkan lagi sumber pendapatan negara melalui kutipan cukai kharaj isi serta pembukaan tanah untuk aktiviti pertanian. Membentuk beberapa jabatan pentadbiran Isi 4 Bagi melicinkan pentadbiran, khalifah Umar al-Khattab telah menubuhkan beberapa Huraian jabatan seperti Jabatan Tentera, Jabatan Polis, Jabatan Percukaian, dan Jabatan Perbendaharaan Negara. Setiap jabatan diketuai oleh katib atau setiausaha. Langkah ini diambil oleh Khalifah Umar untuk memastikan jabatan tersebut dapat diiuruskan dengan adil oleh kakitangan yang telah dilantik serta mereka perlu melaksanakan tugas berpandukan Al-Quran. Hal ini kerana pertambahan penduduk pada zaman khalifah Umar memerlukan beliau untuk merangka suatu pentadbiran yang lebih khusus dan teratur strukturnya bagi mengelakkan penyelewengan dan pemberontakkan. Sebagai contoh, Jabatan Kehakiman diketuai oleh Kadi yang terdiri daripada kalangan Contoh ulama dan dilantik dengan syarat yang ketat seperti berilmu, berperibadi tinggi dan dikenali oleh masyarakat. Jabatan Kehakiman yang ditubuhkan diasingkan dari jabatan yang lain untuk menjamin keadilan. Selain kitu, beliau juga menubuhkan dua Diwan Tentera yang berfungsi merekod segala hal berkaitan dengan tentera. Diwan al-Kharaj pula dibina bagi menjalankan pungutan cukai terhadap mereka yang memiliki tanah pertanian. Pembentukan beberapa jabatan rasmi yang baharu pada zaman Khalifah Umar telah Penegasan isi mengukuhkan pentadbiran Islam di peringkat pusat dan wilayah. Zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab merupakan zaman kegemilangan Islam yang mana pada waktu itu bukan sahaja pelbagai kemajuan dalam ekonomi yang dapat Kesimpulan dilihat tetapi jumlah penganut umat Islam turut bertambah ekoran perluasan kuasa yang giat dijalankan oleh tentera Islam. Kewafatan Khalifah Umar al-Khattab pada 644 Masihi telah menamatkan pemerintahan beliau dan dipanggil zaman Kegemilangan Empayar Islam. . Nota Sejarah Islam Sem 2 Tema 1 SOALAN : BINCANGKAN SUMBANGAN KHALIFAH ABU BAKAR SEBAGAI PEMIMPIN ISLAM YANG BERKALIBER Khalifah Abu Bakar al-Siddiq dilantik sebagai pengganti Nabi Muhammad SAW pada tahun 11H selepas kewafatan Baginda. Beliau digelar al–Siddiq kerana beliau membenarkan segala peristiwa yang berlaku kepada Rasulullah SAW. Abu Bakar juga menjadi orang dewasa Pengenalan pertama yang memeluk agama Islam dan sentiasa bersama-sama Rasulullah SAW. Merupakan orang paling kanan di sisi Rasulullah SAW dan memerintah negara Islam selama dua tahun sebagai khalifah. Antara sumbangan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq sebagai pemimpin yang berkaliber Isi 1 ialah menentang golongan Ar-Riddah. Golongan Al-Riddah adalah golongan yang terdiri daripada golongan yang murtad, golongan Huraian yang enggan membayar zakat dan golongan yang mengakui diri sebagai nabi palsu. Mereka ini merupakan musuh Islam iaitu berusaha melemahkan pemerintahan Khalifah Abu Bakar. Antara mereka yang bertindak ialah Musailamah Al-Kazzab yang sentiasa memberi ancaman kepada umat serta negara Islam selepas kewafatan baginda Nabi Muhammad s.a.w. Jika tidak dibanteras akan menimbulkan huru hara dan ketidak ketenteraman dalam kalangan umat Islam sendiri apabila tindakan mereka yang enggan membayar zakat dan mendakwa mereka adalah nabi yang diutuskan oleh Allah. Khalifah Abu Bakar terpaksa mengambil tindakan ketenteraan bagi menghapuskan golongan Contoh ini. Sebanyak 11 pasukan tentera yang diketuai oleh panglima Khalid al-Walid dibentuk untuk memerangi golongan ini dari terus merebak ideologi dalam kalangan umat Islam. Jelaslah, Khalifah Abu Bakar telah berjaya membanteras golongan ini melalui ketenteraan yang Penegasan mana mereka bersetuju untuk kembali ke pangkal jalan dan akhirnya mewujudkan suasana isi aman dalam kalangan umat Islam. Selain itu, sumbangan beliau sebagai pemimpin yang berkaliber ialah memantapkan Isi 2 ketenteraan Islam. Sebelum kewafatan Rasulullah SAW, baginda telah membentuk pasukan tentera yang diketuai Huraian oleh Usamah bin Zaid ke sempadan Syam untuk menyerang Ghassan yang ketika itu berada di bawah jajahan Byzantine yang merupakan musuh Islam. Tindakan ini dilakukan kerana beberapa orang utusan nabi telah dibunuh dan penduduk Ghassan ditindas. Khalifah Abu Bakar mengambil keputusan untuk meneruskan rancangan ini walaupun tidak dipersetujui oleh sahabat-sahabat Rasulullah SAW kerana pada masa yang sama tentera Islam terlibat dengan peperangan menentang gerakan Ar-Riddah. Beliau tetap dengan keputusan dan telah mengarahkan Usamah bin Zaid untuk meneruskan Contoh gerakan ketenteraan dengan berupaya membahagikan tentera Islam yang dipimpin panglima perang yang hebat. Setelah berperang selama 40 hari, akhirnya tentera Islam memperoleh kemenangan disebabkan oleh semangat juang yang tinggi. Kesannya, pasukan tentera yang dibentuk oleh beliau telah menjadi tulang belakang dalam menjaga keselamatan negara dan umat Islam daripada ancaman musuh dan akhirnya menjadi angkatan tentera yang hebat. Penegasan isi Nota Sejarah Islam Sem 2 Seterusnya, antara sumbangan beliau ialah menentukan bakal khalifah. Tema 1 Isi 3 Sebelum kewafatan beliau, beliau sempat menamakan calon khalifah seterusnya iaitu Saidina Huraian Umar bin Al-Khattab. Beliau mengadakan satu rundingan bersama para sahabat yang lain tentang bakal pengganti beliau yang mana ketika itu beliau sedang gering. Malahan negara baharu sahaja pulih daripada masalah dalam negeri, kemunculan nabi-nabi palsu dan golongan yang enggan menbayar zakat. Walaupun pelantikan tersebut dibuat melalui wasiat, tetapi ianya telah dipersetujui oleh para sahabat dan umat Islam yang lain disebabkan ketokohan yang ada pada diri Umar Al-Khattab. Pada masa itu menurut pandangan beliau, orang yang paling layak memegang tampuk pemerintahan Islam hanyalah Umar sahaja bagi menangani saki baki musuh yang boleh memecahkan negara dan umat Islam. Beliau melantik Saidina Umar Al-Khattab sebagai khalifah yang kedua bagi mengelakkan Contoh berlakunya permasalahan dalam negeri. Sifat ketegasan dan keberanian yang ada melayakkan Saidina Umar Al-Khattab menjadi khalifah seterusnya. Ketegasan dan keberanian Umar akan dapat mengelakkan berlaku pemberontakan dan ancaman syiar Islam. Akhirnya, beliau berjaya mengukuhkan kedudukan politik Islam dan masalah pergolakan umat Penegasan isi Islam tidak akan berlaku lagi kerana Umar adalah pemimpin yang berkaliber Selain itu juga, antara sumbangan beliau ialah beliau mengambil langkah untuk Isi 4 mengumpulkan ayat-ayat suci Al-Quran. Semasa perang menentang golongan al-Riddah (Perang Al-Yamamah), ramai sahabat yang merupakan penghafal al-Quran terkorban. Keadaan ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan umat Islam yang mana akan terhapusnya al-Quran. Selain itu, mereka juga berasa bimbang berlakunya penyelewengan dalam al-Quran yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam iaitu mereka akan menghasilkan al-Quran mengikut acuan mereka untuk rujukan umat Islam . Sebagai contoh, Khalifah Abu Bakar menerima cadangan para sahabat untuk menubuhkan satu kumpulan khas menulis ayat-ayat al-Quran. Zaid bin Sabit dilantik untuk mengetuai usaha mengumpul dan menulis semula naskah al-Quran yang melibatkan ramai huffaz Al-Quran dan para sahabat yang pernah mengikuti kelas pengajian Al-Quran bersama Rasulullah SAW. Sumbangan Abu Bakar inilah merupakan asas kepada penghasilan al-Quran yang sebenar sehingga hari ini. Tindakan demikian, pengumpulan ayat-ayat suci Al-Quran ini telah berjaya menyelamatkan isi dan kandungan nashkah Al-Quran daripada tercemar oleh anasir-anasir musuh Islam yang boleh memesongkan akidah umat Islam. Huraian Contoh Penegasan isi Kesimpulannya, sumbangan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq telah berjaya menyelesaikan masalah–masalah penting negara yang mengancam kedaulatan negara. Di samping itu, beliau Kesimpulan juga merupakan seorang khalifah yang amat berjasa dalam menyebarkan syiar Islam di luar Semenanjung Tanah Arab dan digelar “Penyelamat Negara Islam” walaupun memerintah dalam jangka masa singkat. Nota Sejarah Islam Sem 2 Tema 1 SOALAN : JELASKAN JENIS JIHAD YANG DITERAPKAN DALAM ISLAM SEJAK ZAMAN RASULULLAH S.A.W. Jihad adalah merupakan suatu kefardhuan bagi seluruh umat Islam dan menjadi kewajipan bagi mereka untuk menunaikan kefardhuan tersebut. Konsep Jihad dapat ditakrifkan dari perkataan Arab iaitu ‘jahada’. Perkataan ini membawa maksud penyerahan seluruh tenaga Pengenalan manusia untuk mendapat sesuatu yang diingini atau menolak sesuatu yang dibenci di sisi Islam. Jihad telah muncul sejak zaman Rasulullah s.a.w untuk menyebarkan dan mempertahankan Islam. Jihad nyawa dan tenaga diterapkan kepada umat Islam Jihad nyawa dan tenaga ini adalah merupakan jihad yang tertinggi Islam kerana jihad ini memerlukan pengorbanan jiwa dan raga sepenuhnya untuk berbakti kepada agama Islam khususnya. Kebiasaannya, jihad ini dikhususkan kepada lelaki yang memiliki tubuh yang sihat, tegap dan kuat yang mana ianya tertumpu di medan peperangan dan pertempuran yang mana tentera Islam yang terlibat dalam peperangan tersebut perlu sentiasa bersiap sedia kepada sebarang kemungkinan yang berlaku iaitu soal hidup dan mati mereka. Allah SWT telah menjanjikan syurga bagi mereka yang syahid yang gugur di medan peperangan. Hal ini meningkatkan semangat juang tentera Islam tanpa takut menghadapi ancaman pihak musuh yang akhirnya banyak membawa kemenangan tentera Islam. Antara peristiwa yang boleh dijadikan contoh ialah peristiwa Saidina Hamzah yang gugur di medan pertempuran di mana beliau sanggup berjuang bermati-matian tanpa rasa takut dalam peperangan Uhud semata-mata untuk memperjuangkan Islam daripada pihak Musyrikin Mekah. Tegasnya, umat Islam mestilah sentiasa bersedia tenaga dan kemampuan yang ada untuk melindungi agama Islam seperti yang pernah diperjuangkan oleh para sahabat pada zaman baginda SAW. Selain itu diterapkan juga Jihad harta Pengorbanan dari segi harta dan kewangan juga termasuk dalam jihad fisabilillah di sisi Islam. Pada kebiasaannya, jihad ini akan dilakukan oleh golongan bangsawan atau golongan kaya yang mampu dari segi harta untuk mempertahankan Islam. Golongan yang seperti ini akan menginfakkan harta dan wang mereka kepada baitulmal, membebaskan hamba yang dizalimi dan membantu ketenteraan Islam seperti membeli kelengkapan perang antaranya senjata, kuda, ubat-ubatan. Selain itu, mereka juga menginfakkan harta bagi pembangunan umat Islam sepeti pembinaan masjid, sekolah dan tempat pembelajaran bagi memajukan umat dan negara Islam. Seperti contoh, Saidina Abu Bakar al-Siddiq yang sanggup menyumbangkan seluruh hartanya demi menegakkan syiar Islam pada awal dakwah Rasulullah s.a.w , beliau sanggup membeli hamba-hamba dengan menggunakan wang beliau sendiri ketika itu lalu memerdekakan mereka apabila kaum musyrikin Mekah sanggup bertindak zalim terhadap mereka. Malahan dalam perang Tabuk, beliau juga turut menginfakkan segala harta untuk kegunaan dimedan perang melawan musuh. Impaknya, umat Islam telah terdidik dengan sikap suka membantu dan menyumbang harta untuk memastikan syiar Islam terus tersebar luas. Malahan jihad ilmu perlu ada dalam diri umat Islam Isi 1 Huraian Contoh Penegasan isi Isi 2 Huraian Contoh Penegasan isi Isi 3 Umat Islam juga telah disyariatkan untuk berjuang dalam bidang keilmuan yang mana setiap Huraian umat Islam perlu mendalami ilmu agama dan juga ilmu duniawi seperti ilmu sains, matematik, perubatan dan sebagainya. Umat Islam digalakkan untuk mempelajari ilmu yang membawa manfaat antaranya ialah ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah yang merangkumi Nota Sejarah Islam Sem 2 semua aspek kehidupan. Islam juga mensyariatkan umatnya berjihad dalam bidang keilmuan supaya agama Islam tidak dianggap ketinggalan, ‘kuno’ oleh agama lain dan dalam masa yang sama dapat bersaing. Sebagai bukti Islam amat menggalakkan jihad dalam bidang keilmuan ini apabila masjidmasjid dijadikan tempat penyebaran ilmu dan juga usaha-usaha penterjemahan dilakukan. Rasulullah s.a.w merupakan seorang yang bijaksana dan mempunyai ilmu yang luas dalam segala perkara bukan hanya ilmu agama sahaja. Munculnya tokoh-tokoh ilmuwan Islam yang tersohor dan termasyhur pada suatu ketika dahulu antaranya, tokoh ilmuwan dalam bidang Matematik ialah al-Khawarizmi, tokoh ilmuwan dalam bidang sains ialah Ibnu Sina, dan ramai lagi. Tegasnya, umat Islam tidak akan mudah diperlekehkan dan dipandang serong oleh golongan kafir dan berjaya mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang ilmu. Jihad akal fikiran juga diterapkan kepada umat Islam Jihad ini merupakan salah satu jihad yang dilakukan sejak zaman Rasulullah SAW dan para sahabat lagi. Bagi mereka yang tidak mampu atau tidak berpeluang untuk menyertai ekspedisi peperangan akan tetapi dapat memberikan idea-idea yang bernas dalam semua perkara sama ada dalam aspek pentadbiran, ekonomi, ketenteraan dan sebagainya. Setiap orang diberikan hak untuk mengeluarkan idea dan pandangan melalui konsep musyawarah yang diamalkan yang memperlihatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w dan khalifah tidak mentadbir negara dengan kuasa mutlak semata-mata. Ini dapat dilihat dalam peristiwa perang Khandak di mana Salman Al-Farisi telah berjihad dengan menggunakan akal fikiran untuk memberi idea yang bernas dengan menyusun strategi peperangan. Beliau mencadangkan kepada barisan ketenteraan Islam untuk menggali parit di sekeliling Kota Madinah bagi menghalang tentera musuh daripada memasuki Kota Madinah. Tentera Islam hanya perlu bertahan di dalam kota yang akhirnya membawa kemenangan kepada tentera Islam. Melalui jihad ini, para sahabat bersama dengan Rasulullah SAW sentiasa bermusyawarah menyumbang idea dan fikiran untuk membangunkan syiar dan negara Islam. . Kesimpulannya, jelas sekali sejak zaman Rasulullah SAW lagi pelbagai jenis jihad telah diperkenalkan kepada umat Islam. Sekiranya konsep jihad ini benar-benar diterapkan dalam diri setiap umat Islam, mereka mampu untuk menjadi umat yang tabah dan cekal untuk menjalani apa jua rintangan yang datang demi kepentingan syiar Islam. Tema 1 Contoh Penegasan isi Isi 4 Huraian Contoh Penegasan isi Kesimpulan SOALAN : BINCANGKAN STRATEGI DAN TAKTIK PEPERANGAN ZAMAN RASULULLAH SAW HIGGA ZAMAN KHULAFA AR-RASYIDIN. Nota Sejarah Islam Sem 2 Tema 1 Pada dasarnya Islam merupakan agama yang mementingkan keamanan dan kedamaian iaitu tidak menggalakkan peperangan. Setelah turunnya wahyu membenarkan umat Islam mengangkat senjata, Nabi Muhammad SAW telah membentuk angkatan tentera Islam yang dianggotai oleh golongan Muhajirin dan Ansar. Pada zaman Rasulullah SAW, peperangan dibahagikan kepada dua iaitu Sariah dan Ghazwah. Pelbagai strategi dan taktik dipraktikkan termasuklah menanamkan konsep jihad dalam diri tentera Islam bagi mencapai kemenangan. Pengenalan Antara taktik dan strategi yang dilaksanakan oleh tentera Islam dalam peperangan ialah menguasai tempat strategik. Isi 1 Strategi geografi boleh dianggap sebagai jambatan kepada rancangan peperangan, rancangan kempen dan rancangan operasi. Tentera Islam menggunakan taktik dan strategi dengan menguasai tempat strategik kerana strategi ini membolehkan pembentukan serta perlaksanaan rancangan-rancangan peperangan secara realistik dan mudah untuk mendapatkan sumber bantuan. Strategi menguasai tempat strategik seperti kawasan oasis, kawasan tanah tinggi secara tidak langsung memastikan tentera Islam berjaya melawan pihak musuh. Semasa perang Badar, walaupun jumlah tentera Islam seramai 313 orang berbanding dengan kaum Quraisy iaitu seramai 1000 orang, namun tentera Islam berjaya mengalahkan pihak musuh hasil daripada mereka menguasai kawasan oasis. Kawasan oasis amat diperlukan oleh kedua-dua pihak semasa di medan perang yang mana ianya merupakan sumber bekalan makanan kepada tentera di tengah kawasan panas. Jelaslah perancangan menguasai tempat stategik lebih awal telah memastikan pihak tentera Islam berjaya mengalahkan musuh yang dalam keadaan kehausan serta tidak bermaya. Selain itu, taktik mengepung dan menyerang secara bertubi-tubi juga turut diaplikasikan oleh tentera Islam bagi mengalahkan pihak musuh. Tentera Islam akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan mereka akan mengepung pintu-pintu utama sesebuah kota menyebabkan pihak musuh terkepung dan tidak boleh meminta bantuan daripada pihak luar. Serangan bertubi tubi juga menyebabkan pihak musuh tidak dapat bersedia untuk membalas serangan kerana sukar untuk mereka bertindak balas. Sebagai contoh, peristiwa pembukaan Kota Mekah umat Islam telah menggunakan taktik ini menyebabkan pihak Musyrikin Mekah mengaku kalah apabila mereka merasakan kedudukan mereka tidak selamat sekiranya mereka turut melancarkan serangan. Mereka akhirnya telah menyerah kalah kepada pihak Islam dan kemenangan apabila mereka terkepung iaitu tidak boleh melakukan apa-apa termasuklah meminta bantuan pihak luar. Melalui cara tersebut, umat Islam mencapai kejayaan menguasai kota Mekah tanpa berlakunya pertumpahan darah disebabkan oleh kebijaksanaan Rasulullah SAW. Huraian Di samping itu juga, tentera Islam menggunakan taktik bertahan dalam satu pasukan. Tentera Islam turut menggunakan taktik ini dalam siri peperangan menentang pihak musuh iaitu mereka tidak akan keluar dari kubu mereka iaitu kota Madinah sebaliknya bertindak melindungi kota tersebut. Melalui taktik ini, tentera Islam hanya menunggu serangan pihak musuh terlebih dahulu dan barulah mereka melancarkan serangan balas. Taktik ini membingungkan pihak Musyrikin Mekah kerana mereka merasakan ada tipu muslihat oleh umat Islam dan sekiranya mereka menyerang akan membawa kekalahan. Contohnya dalam perang Khandak, tentera Islam telah menggali parit di sekeliling kota Madinah sebagai benteng pertahanan seperti yang diutarakan oleh Salman al-Farisi dari Parsi. Selepas itu mereka hanya bertahan dan menunggu musuh melancarkan serangan terlebih dahulu dan menunggu dalam keadaan berwaspada. Akhirnya, pihak Musyrikin Mekah telah berundur dari kota Madinah apabila pihak musuh tidak berani memulakan serangan terlebih dahulu. Contoh Penegasan isi Isi 2 Huraian Contoh Penegasan isi Isi 3 Huraian Contoh Penegasan isi Nota Sejarah Islam Sem 2 Tema 1 Taktik penyamaran dan tipu helah turut diguna pakai oleh orang Islam dalam peperangan bagi mengalahkan pihak musuh. Isi 4 Strategi mencari kelebihan dan kelemahan musuh juga merupakan faktor penentu kejayaan umat Islam dalam peperangan. Jumlah musuh dapat diketahui melalui unta yang disembelih di medan peperangan secara tidak langsung memudahkan tentera Islam melancarkan serangan yang paling sesuai. Tentera Islam turut menggunakan taktik penyamaran semasa di medan perang bagi mengaburi pihak musuh untuk melancarkan serangan ke atas pemimpin Islam. Huraian Rasulullah SAW bertindak memakai pakaian tentera yang sama dengan para sahabat sewaktu peperangan Uhud apabila umat Islam berada di ambang kekalahan yang menyebabkan kematian Mus’ab bin Umar yang disangka Nabi Muhammad SAW kerana beliau memakai pakaian baginda dan Rasulullah s.a.w memakai pakaian yang sama dengan tentera Islam lain. Contoh Cara peyamaran tersebut secara tidak langsung dapat melindungi Nabi Muhammad SAW yang menjadikan sasaran pihak musuh untuk membunuh baginda semasa tentera Islam diambang kekalahan. Taktik dan strategi yang terakhir ialah penubuhan bandar-bandar tentera. Penegasan isi Penubuhan bandar-bandar tentera ini bertujuan memperluaskan kegiatan dakwah Islamiah dan menjadi pusat penyebaran ilmu pengetahuan Islam. Bandar-bandar tentera ini juga berfungsi sebagai pusat pentadbiran di wilayah-wilayah sekitarnya serta menjadi tempat menyimpan alatan perang, menempatkan tentera, melancarkan serangan dan latihan ketenteraan untuk tentera Islam. Semasa zaman Khalifah Umar al Khattab, tentera Islam bertambah ramai dan wilayah takluk juga bertambah luas justeru itu lebih banyak bandar tentera ditubuhkan seperti di Iraq, Syria dan Mesir bagi menangkis serangan pihak musuh terutamanya Byzantine. Huraian Isi 5 Contoh Penubuhan bandar-bandar tentera secara tidak langsung telah membantu umat Islam Penegasan isi mengatur strategi dan taktik peperangan bagi melawan pihak musuh dikawasan-kawasan strategik. Jelaslah bahawasanya melalui taktik dan strategi peperangan yang digunakan telah membantu kepada umat Islam dalam setiap siri peperangan malahan tanah jajahan Islam juga Kesimpulan semakin luas. Kebijaksanaan pemimpin-pemimpin dalam mengatur taktik dan strategi peperangan untuk memastikan kemenangan berpihak kepada umat Islam. SOALAN : ISLAM MENGANJURKAN PERLUNYA ETIKA DALAM BERPERANG. BINCANGKAN PERNYATAAN INI Islam tidak menggalakkan peperangan, namun setelah turunnya wahyu yang membenarkan umat Islam mengangkat senjata baharulah umat Islam terlibat dengan perang. Nabi Muhammad SAW telah membentuk angkatan tentera setelah berjaya menubuhkah kerajaan Islam Madinah untuk mempertahankan negara, dari ancaman musuh. Pada zaman Rasulullah SAW, terdapat pelbagai etika peperangan yang dianjurkan dalam Islam yang perlu dipatuhi oleh tentera Islam. Pengenalan Antara etika peperangan yang dianjurkan dalam Islam ialah mentaati arahan ketua. Tujuan etika ini diterapkan adalah untuk memastikan segala perancangan yang dilakukan berkesan dan mencapai kejayaan yang mana arahan ketua perlu dipatuhi. Etika ini mempunyai hubung kait dengan disiplin yang telah diterapkan kepada anggota tentera. Ketidakpatuhan kepada ketua akan membawa kekalahan dalam peperangan. Hal ini kerana ketua adalah orang yang bertanggungjawab merancang strategi peperangan bagi mencapai kemenangan. Isi 1 Huraian Nota Sejarah Islam Sem 2 Contohnya, kekalahan tentera Islam dalam perang Uhud pada tahun 3H / 625 M antara umat Islam dengan Musyrikin Quraisy kerana tidak patuh pada arahan ketua. Pada peringkat awal, kemenangan berpihak kepada tentera Islam namun tidak bertahan lama apabila pasukan memanah melanggar arahan Nabi Muhammad SAW untuk bertahan. Seramai 40 ahli daripada pasukan pemanah meninggalkan kedudukan mereka untuk mengejar harta rampasan perang di bawah bukit Uhud yang akhirnya musuh berpatah balik dan menyerang balas. Jelaslah, ketidakpatuhan kepada arahan ketua akan membawa kekalahan di pihak tentera Islam. Selain itu, tidak menyeksa tawanan perang juga merupakan salah satu etika peperangan yang dianjurkan dalam Islam. Sewaktu Islam mengecapi kemenangan dalam peperangan, ramai tentera musuh menjadi tawanan tentera Islam. Islam tidak zalim, namun Islam telah mengenakan syarat untuk mereka bebas seperti denda kepada pihak tawanan iaitu setiap tawanan tersebut diminta bayar ganti rugi dalam peperangan. Jika tidak mampu, mereka hendaklah mengajar membaca dan menulis kepada 10 orang anak-anak umat Islam sehingga pandai. Contohnya, tindakan Rasulullah yang memberikan pengampunan terhadap tawanan ketika peristiwa pembukaan kota Mekah apabila mereka rela menyerahkan diri kepada Islam apabila merasakan yang mereka tidak akan menang menentang tentera Islam yang berjaya mengepung seluruh kota Makkah. . Hal ini jelas menunjukkan sifat keadilan dan belas kasihan Islam terhadap musuh-musuh Islam telah menarik minat pihak tawanan untuk turut memeluk agama Islam. Etika peperangan yang seterusnya dianjurkan dalam Islam ialah dilarang merosakkan harta benda, memotong pokok atau memusnahkan tanaman dan membakar rumah kecuali dalam keadaan darurat. Hal ini kerana Islam amat mementingkan keamanan dan kesejahteraan masyarakat yang mana tentera Islam dianjurkan supaya menjaga keadaan alam sekeliling supaya berada dalam sedia kala. Segala kemudahan yang ada adalah untuk kegunaan masyarakat setempat seperti rumah ibadat, sekolah, pasar dan lain-lain dan sekiranya dimusnahkan akan membawa kerosakkan dan kos untuk membaiki amat tinggi. Buktinya, semasa peristiwa Rasulullah SAW mengepung Kota Ta’if pada bulan Syawal tahun ke 8 Hijrah, harta benda musuh-musuh Islam tidak diusik sedikit pun. Tindakan ini membawa kepada tidak banyak kemusnahan semasa perang di Taif apabila penduduknya bersetuju untuk menyerah kalah. Ini selaras dengan anjuran Islam yang tidak suka kemusnahan dan kehancuran tetapi lebih kepada mempertahankan maruah agama dan negara. Di samping itu, tidak menyerang musuh yang menyerah diri di medan perang juga merupakan salah satu etika peperangan yang dianjurkan oleh Islam. Islam melarang umatnya memerangi orang-orang yang sudah menyerahkan kalah dalam medan peperangan. Hal ini kerana mereka tidak lagi dianggap sebagai musuh iaitu tidak memberi ancaman kepada Islam. Malahan tindakan mengejar musuh yang lari akan membawa bencana sekiranya ada tipu muslihat iaitu berlakunya serangan hendap. Sebagai contohnya, kisah diambil daripada pembukaan Kota Mekah, Rasulullah telah mengumumkan barang siapa yang telah menyerah diri dengan berlindung di rumah Abu Sufiyan (pemerintah Mekah) atau di rumah masing-masing ataupun di Masjidil Haram mereka tidak diserang, jika mereka ingkar, Akramah bin Abu Jahal dan pengikutnya akan membunuh mereka. Ini menunjukkan bahawa agam Islam mempunyai belas kasihan dan berperikemanusiaan walaupun musuh telah melakukan banyak kezaliman kepada umat Islam sebelumnya. Malahan orang tua, kanak-kanak dan wanita tidak diapa-apakan Orang tua, kanak-kanak dan wanita adalah golongan yang lemah dan mereka ini jarang terlibat di medan perang iaitu berada di barisan hadapan. Golongan ini tidak memberi Tema 1 Contoh Penegasan isi Isi 2 Huraian Contoh Penegasan isi Isi 3 Huraian Contoh Penegasan isi Isi 4 Huraian Contoh Penegasan isi Isi 5 Huraian Nota Sejarah Islam Sem 2 ancaman kepada masyarakat Islam dan tidak perlu diperangi berhabis-habisan. Mereka boleh dibunuh sekiranya mereka benar memberi ancaman kepada islam sekiranya tidak dikenakan tindakan bunuh. Contoh Setiap kali berlakunya siri peperangan, golongan ini dibebaskan tanpa syarat oleh tentera Islam. Mereka tidak dikenakan apa-apa tindakan sebagai salah satu cara menarik mereka memeluk agama Islam. Penegasan Tindakan sedemikian jelas memperlihatkan bahawa Islam tidak sewenang-wenangnya isi membunuh musuh lebih-lebih lagi mereka adalah golongan lemah Kesimpulannya, etika peperangan yang dianjurkan oleh Islam membawa kejayaan yang besar kepada umat Islam. Etika ini jelas dipratikkan zaman pemerintahan Nabi Muhammad Penutup SAW dan para sahabat seterusnya. Implikasinya Islam dapat disebarkan dengan lebih meluas dan dianuti oleh sebahagian besar penduduk dunia. Tema 1