JENIS KARANGAN: FAKTA 1.Faedah komputer kepada manusia 2.Kebaikan menyertai kokurikulum 3.Kebaikan menonton televisyen 4.Bersukan baik untuk kesihatan 5.Kebaikan mengumpul setem 6.Membaca amalan mulia 7.Faedah berkebun Isi Penting I – Ilmu M – Masa E – Eratkan J – Jasmani / Jauhkan Nyonya – Nilai murni Harum – Hiburan Baunya – Bahasa Isi Penting Ilmu – menambah ilmu pengetahuan Masa – mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah Eratkan – mengeratkan hubungan Jasmani / - menyihatkan jasmani Jauhkan - menjauhkan diri daripada gejala negatif Nilai murni – menyemai sikap _________ dalam diri seseorang Hiburan – memberi hiburan Bahasa – meningkatkan penguasaan bahasa Pendahuluan : Kebaikan menyertai aktiviti kokurikulum Kokurikulum adalah salah satu daripada aktiviti yang terdapat di sekolah. Aktiviti kokurikulum terdiri daripada persatuan, badan-badan beruniform dan permainan. Aktiviti kokurikulum dijalankan pada setiap hari Rabu di kebanyakan sekolah. Ilmu – menambah ilmu pengetahuan Dengan menyertai aktiviti kokurikulum, seseorang murid itu akan menambahkan ilmu pengetahuan. Contohnya, semasa berpersatuan muridmurid diajar tentang cara-cara mengendalikan persatuan. Masa/jauhkan – mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah / menjauhkan diri daripada gejala negatif Selain itu, dengan menyertai aktiviti kokurikulum seseorang murid dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah. Hal ini dapat mengelakkan seseorang murid itu terlibat dalam gejala yang negatif. Contohnya melepak, menghisap dadah dan sebagainya. Eratkan – mengeratkan hubungan Aktiviti kokurikulum juga dapat mengeratkan hubungan persahabatan dalam kalangan murid-murid serta menggalakkan amalan bekerjasama antara satu sama lain. Contohnya semasa permainan berpasukan, muridmurid berpeluang melakukan sesuatu aktiviti secara berkumpulan. Nilai murni – menyemai sikap berdisiplin dalam diri seseorang Aktiviti kokurikulum juga menyemai sikap berdisiplin dalam diri seseorang. Misalnya, seseorang murid perlu menepati masa dan patuh kepada peraturan permainan. Ini akan menyemai sikap baik dalam diri seseorang murid. Jasmani / - menyihatkan jasmani Di samping itu, dengan menyertai aktiviti kokurikulum seseorang murid dapat menyihatkan jasmani. Semasa menjalankan aktiviti permainan, badan kita akan berpeluh dan ini baik untuk kesihatan. Hiburan – memberi hiburan Aktiviti kokurikulum juga adalah sumber hiburan yang penting. Contohnya aktiviti permainan seperti bola sepak yang disertai oleh muridmurid dapat melapangkan fikiran setelah penat belajar. Bahasa – meningkatkan penguasaan bahasa Dengan menyertai aktiviti kokurikulum, seseorang murid itu akan berpeluang untuk meningkatkan penguasaan bahasa. Contohnya, semasa menyertai pertandingan-pertandingan seperti bercerita, berpidato dan berbahas, murid-murid secara langsung akan mengukuhkan penguasaan bahasa. Penutup Kesimpulannya, aktiviti kokurikulum mendatangkan banyak kebaikan kepada murid-murid. Oleh itu, murid-murid perlu digalakkan menyertai aktiviti kokurikulum agar mendapat banyak manfaat. Pendahuluan : Faedah-faedah berkebun Pelbagai aktiviti boleh dilakukan pada waktu lapang. Satu daripada aktivitinya ialah berkebun. Aktiviti berkebun yang kebiasaannya dilakukan ialah menanam sayur-sayuran atau menanam bunga. Ilmu – menambah ilmu pengetahuan Dengan berkebun, kita akan menambahkan ilmu pengetahuan dan pengalaman. Contohnya, semasa melakukan kerja-kerja membuat batas, menabur baja dan menanam anak benih kita akan mengetahui tentang cara-cara dan kaedah pertanian masa kini. Masa/jauhkan – mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah / menjauhkan diri daripada gejala negatif Selain itu, dengan berkebun seseorang itu dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah. Hal ini dapat mengelakkan seseorang murid itu terlibat dalam gejala yang negatif. Contohnya melepak, menghisap dadah dan sebagainya. Eratkan – mengeratkan hubungan Aktiviti berkebun juga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan serta menggalakkan amalan bekerjasama antara ahli-ahli keluarga. Contohnya semasa melakukan aktiviti berkebun bersama keluarga, kita berpeluang untuk bertukartukar pandangan antara ahli-ahli keluarga. Maka, suasana perbincangan yang harmoni dapat diwujudkan. Nilai murni – menyemai sikap berdisiplin dalam diri seseorang Aktiviti berkebun juga menyemai sikap berjimat cermat dan rajin dalam diri seseorang. Misalnya, kita tidak perlu lagi ke pasar untuk membeli sayursayuran jika kita mahir untuk menanam sayur-sayuran. Jasmani / - menyihatkan jasmani Di samping itu, dengan berkebun kita dapat menyihatkan jasmani. Semasa menjalankan aktiviti berkebun, badan kita akan berpeluh dan ini baik untuk kesihatan. Penutup Kesimpulannya, berkebun mendatangkan banyak kebaikan kepada kita. Oleh itu, jadikanlah berkebun sebagai amalan gaya hidup seharian. TAJUK SYARAHAN 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Faedah komputer kepada manusia Kebaikan menyertai kokurikulum Kebaikan menonton televisyen Bersukan baik untuk kesihatan Kebaikan mengumpul setem Membaca amalan mulia Faedah berkebun Yang saya hormati Pengacara Majlis, Yang Berusaha Tuan guru besar, panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru serta rakan sekalian. Selamat sejahtera saya ucapkan. Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah “Kebaikan Menyertai Aktiviti Kokurikulum”. Hadirin sekalian, Kokurikulum adalah salah satu daripada aktiviti yang terdapat di sekolah. Aktiviti kokurikulum terdiri daripada persatuan, badan-badan beruniform dan permainan. Aktiviti kokurikulum dijalankan pada setiap hari Rabu di kebanyakan sekolah. Dengan menyertai aktiviti kokurikulum, seseorang murid itu akan menambahkan ilmu pengetahuan. Contohnya, semasa berpersatuan murid-murid diajar tentang cara-cara mengendalikan persatuan. Selain itu, dengan menyertai aktiviti kokurikulum seseorang murid dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah. Hal ini dapat mengelakkan seseorang murid itu terlibat dalam gejala yang negatif. Contohnya melepak, menghisap dadah dan sebagainya. Aktiviti kokurikulum juga dapat mengeratkan hubungan persahabatan dalam kalangan murid-murid serta menggalakkan amalan bekerjasama antara satu sama lain. Contohnya semasa permainan berpasukan, murid-murid berpeluang melakukan sesuatu aktiviti secara berkumpulan. Hadirin sekalian, Kesimpulannya, aktiviti kokurikulum mendatangkan banyak kebaikan kepada murid-murid. Oleh itu, murid-murid perlu digalakkan menyertai aktiviti kokurikulum agar mendapat banyak manfaat. Sekian, terima kasih. Yang saya hormati Pengacara Majlis, Yang Berusaha Tuan guru besar, panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru serta rakan sekalian. Selamat sejahtera saya ucapkan. Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah “Kebaikan Menyertai Aktiviti Kokurikulum”. Hadirin sekalian, Kokurikulum adalah salah satu daripada aktiviti yang terdapat di sekolah. Aktiviti kokurikulum terdiri daripada persatuan, badanbadan beruniform dan permainan. Aktiviti kokurikulum dijalankan pada setiap hari Rabu di kebanyakan sekolah. Dengan menyertai aktiviti kokurikulum, seseorang murid itu akan menambahkan ilmu pengetahuan. Contohnya, semasa berpersatuan muridmurid diajar tentang cara-cara mengendalikan persatuan. Selain itu, dengan menyertai aktiviti kokurikulum seseorang murid dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah. Hal ini dapat mengelakkan seseorang murid itu terlibat dalam gejala yang negatif. Contohnya melepak, menghisap dadah dan sebagainya. Aktiviti kokurikulum juga dapat mengeratkan hubungan persahabatan dalam kalangan murid-murid serta menggalakkan amalan bekerjasama antara satu sama lain. Contohnya semasa permainan berpasukan, murid-murid berpeluang melakukan sesuatu aktiviti secara berkumpulan. Hadirin sekalian, Kesimpulannya, aktiviti kokurikulum mendatangkan banyak kebaikan kepada murid-murid. Oleh itu, murid-murid perlu digalakkan menyertai aktiviti kokurikulum agar mendapat banyak manfaat. Sekian, terima kasih.