BAHASA MELAYU PENULISAN BAHAGIAN/BILANGAN SOALAN Bahagian A : 1 soalan – mesti dijawab Bahagian B : 1 soalan – mesti dijawab Bahagian C : 2 soalan (Jawab 1 daripada 2 soalan) JUMLAH MARKAH Bahagian A : 10 markah Bahagian B : 15 markah Bahagian C : 25 markah Jumlah : 50 markah TEMPOH UJIAN 1 jam 15 minit KAEDAH PENSKORAN BAHAGIAN A ( Secara Analitikal ) Pemeriksaan analitikal iaitu skor diberi mengikut point(isi/ayat) yang telah ditentukan untuk satu-satu tugasan. Tiap-tiap point/isi/ayat ditentukan skornya Skor diberikan berdasarkan point/isi/ayat dalam respons calon tanpa mengambil kira respons secara keseluruhan. BAHAGIAN A (Secara Analitikal ) 02 markah Jawapan diterima tanpa kesalahan bahasa 01 markah Jawapan diterima tetapi ada kesalahan bahasa 0 markah Jawapan tidak diterima / calon tidak menjawab tugasan Bahagian A MEMINDAHKAN MAKLUMAT ( 10 markah ) Menulis ayat dengan peluasan subjek atau peluasan predikat dalam pelbagai situasi Memindahkan maklumat Soalan bergambar Bina lima ayat – (Tiada had bilangan patah perkataan tetapi terhad kepada 5 ayat sahaja) Bahan rangsangan – graf, carta, gambar bersiri/ tunggal, peta pemikiran, dll PENSKORAN JAWAPAN PERINGKAT 2 markah KRITERIA i. Penggunaan ayat yang gramatis dan menepati bahan grafik/tugasan. ii. Setiap ayat ada peluasan subjek/peluasan predikat. iii. Penggunaan kata dan kosa kata yang meluas dan sesuai dengan bahan grafik/tugasan. iv. Penggunaan ejaan dan tanda baca yang betul. 1 markah i. ii. iii. iv. Penggunaan ayat yang gramatis dan menepati bahan grafik/ tugasan. Setiap ayat ada peluasan subjek/peluasan predikat. Penggunaan kata dan kosa kata yang baik serta sesuai dengan bahan grafik/tugasan. Terdapat beberapa kesalahan ejaan dan tanda baca tetap tidak menjejaskan ayat. 0 markah i. Ayat tidak sesuai/tidak berkaitan dengan bahan grafik/tugasan. ii. Penggunaan kata/kosa kata yang tidak sesuai dengan bahan grafik/tugasan. iii. Tidak menguasai kemahiran ejaan dan tanda baca. 9 -10 Cemerlang 7 – 8 Baik 4 – 6 Memuaskan 1 – 3 PTM [10 markah] [ Masa dicadangkan : 15 minit ] CONTOH SOALAN Gambar di bawah menunjukkan cara-cara penjagaan kesihatan. Tulis lima ayat yang lengkap tentang cara-cara menjaga kesihatan berdasarkan gambar. CONTOH SOALAN [10 markah] [ Masa dicadangkan : 15 minit ] Gambar di bawah menunjukkan cara-cara penjagaan kesihatan. Tulis lima ayat yang lengkap tentang cara-cara berdasarkan gambar. menjaga MEMAHAMI ARAHAN SOALAN ATAU TUGASAN kesihatan CONTOH JAWAPAN Bersenam / senaman / 1. Beberapa orang pemuda melakukan senaman supaya badan sentiasa sihat dan cergas. ( 2 markah ) 2. 5 orang lelaki melakukan senaman supaya sentiasa sihat. ( 1 markah ) CONTOH JAWAPAN pemeriksaan doktor / periksa tekanan darah 1. Kita perlu melakukan pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan. ( 2 markah ) 2. Doktor itu sedang memberi rawatan kepada Pak Abu. ( 0 markah ) Tidak menjawab tugasan CONTOH JAWAPAN Mencuci tangan 1. Kita hendaklah mencuci tangan sebelum dan selepas makan. ( 2 markah ) 2. Kita Hendaklah Mencuci tagan sebelum dan salapas makan . ( 1 markah ) CONTOH JAWAPAN Menutup makanan 1. Makanan yang diletakkan di atas meja hendaklah ditutup dengan tudung saji. ( 2 markah ) 2. Kita mesti menutup makanan supaya tidak dihinggapi lalat ( 1 markah ) Tiada noktah CONTOH JAWAPAN Menjaga kebersihan 1. Kita perlu menjaga kebersihan rumah dengan membuang sampah ke dalam tong sampah. ( 2 markah ) 2. Kita perlu membuang sampah. ( 0 markah ) Jawapan tidak diterima / salah Terima Kasih