Uploaded by farhanjohar

1. kertas kerja solat berjemaah

advertisement
SK LAHAR KEPAR, 13200 KEPALA BATAS, SPU, P.PINANG
KERTAS KERJA PROGRAM SOLAT FARDHU BERJEMAAH
(PERINGKAT SEKOLAH)
“ BERSAMA MENUJU KEJAYAAN “
TAHUN 2019
1.0
PENDAHULUAN
Menunaikan solat berjemaah merupakan satu tuntutan penting ke atas orang Islam,
terutamanya kaum muslimin. Jika solat itu diwajibkan ke atas setiap muslim maka solat
berjemaah pula seakan bonus berganda untuk setiap muslim. Mereka yang menunaikan
solat berjemaah dijanjikan pahala yang berlipat ganda oleh Allah SWT berbanding solat
bersendirian. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “ Solat berjemaah melebihi solat
bersendirian dengan 27 darjat ( atau 27 kali ganda )” hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim.
Berdasarkan kelebihan dan kepentingan solat berjemaah ini, Panitia Pendidikan Islam SKLK
telah menjadikan solat zohor berjemaah bagi murid tahun 3 – 6 setiap hari sebagai aktiviti
wajib bagi murid. Program ini amat perlu bagi melatih serta menunaikan kewajipan sebagai
muslim yang mukallaf untuk menunaikan solat fardu setiap hari.
Besar harapan pihak sekolah serta waris untuk melihat anak dapat solat dengan betul dan
bertanggungjawab dalam melaksanakan perintah Allah SWT untuk kebahagiaan di dunia
dan di akhirat.
2.0
MATLAMAT
Melahirkan generasi yang cintakan solat berjemaah merupakan matlamat utama pihak
SKLK. Murid dilatih dan dibimbing untuk menunaikan tuntutan agama dengan mendisiplinkan
diri mereka untuk terus solat berjemaah.
3.0
3.1
OBJEKTIF
Melahirkan warga sekolah yang memiliki sahsiah diri yang mulia, berbudi pekerti,
berhemah dan cintakan ajaran Islam melalui amalan solat berjemaah.
3.2
Melatih murid agar lebih positif, mempunyai keyakinan diri dan berani kehadapan
melalui latihan menjadi imam dan bilal.
3.3
Mewujudkan suasana keakraban, kemesraan, keseronokan dan kasih saying antara
guru dan murid.
3.4
Melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi rohani, intelek dan sosial.
4.0
BUTIRAN PROGRAM
Program ini diadakan pada ketentuan berikut :
Hari
: Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis
Masa
: Solat Zohor
Tempat
: Surau An-Najihin
5.0
SASARAN PROGRAM
Program ini melibatkan
5.1
Murid tahun 3,4,5 dan 6.
5.2
Guru beragama Islam
6.0
METHOD / STRATEGI PELAKSANAAN
Semua murid tahun 6 akan berkumpul di surau setiap hari Isnin hingga Khamis selepas
selesai kelas tambahan PDCA manakala murid tahun 3 hingga tahun 5 mengikut jadual yang
telah ditetapkan. Solat zohor akan dipimpin oleh imam yang bertugas.
# Rujuk jadual imam dan jadual solat pada lampiran yang disediakan.
7.0
SUMBER KEWANGAN
Tidak berkenaan
8.0
ANGGARAN PERBELANJAAN
Tidak berkenaan
9.0
JAWATANKUASA PELAKSANA
Pengerusi
: Pn. Hasnah Binti Abdul Halim
Naib Pengerusi 1
: En. Azlizam Bin Salleh
Naib Pengerusi 2
: Pn. Noor Ashikin Binti Abu Bakar
Naib Pengerusi 3
: En. Zulkifli Bin Bakar
Naib Pengerusi 4
: Pn. Suhaida Bin Zakaria
Penyelaras
: Pn. Rosmaria Binti Rasli (Penyelaras Surau)
Pen. Penyelaras
: Pn. Monazawati Binti Mohamad (KP Pendidikan Islam)
Setiausaha
: Pn. Che Fathaiyah Binti Md Saad
Ahli jawatankuasa
: En. Mohd Ridzuan Bin Kamarudin
Pn. Norazura Binti Arshad
Pn. Siti Nur Aini Binti Sabudin
Pn. Nurul Huda Binti Hassan
Pn. Amnah Binti Aziz
10.0
PENUTUP
Semoga apa yang dirancang berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama yang baik
dan padu daripada warga SKLK. Moga keberkatan dan rahmat Allah juga kekal berterusan
bagi murid-murid melaksanakan solat zohor secara berjemaah dan seterusnya dapat
mengimarahkan surau An-Najihin. Apa yang penting adalah kesungguhan pelajar itu sendiri
untuk melibatkan diri dengan aktiviti yang telah disusun untuk mereka.
Disediakan oleh,
Disemak oleh,
…………………………..
…………………………..
(CHE FATHAIYAH BT MD SAAD)
(ROSMARIA BT RASLI)
Disahkan oleh,
……………………………
(HASNAH
BT
ABDUL
HALIM)
Setiausaha,
Program Marilah Menuju Kejayaan,
Surau An-Najihin
Penyelaras,
Surau An-Najihin
Guru Besar,
SK Lahar Kepar
Download