Uploaded by Mohd Ariff Azfar Jamil

Kepentingan Kesedaran Tanggungjawab Sosial ( 3 Cabang)

advertisement
Kepentingan kesedaran tanggungjawab sosial
Terbahagi kepada tiga cabang:
INDIVIDU (MELAHIRKAN CIRI-CIRI KEMPIMPINAN DALAM KALANGANGENERASI MUDA)
Ciri pertama yang perlu ada dalam diri seorang pemimpin yang baik adalah mempunyai
jati diri yang kuat dan berintegriti tinggi. Seperti mana yang kita ketahui,sesebuah organisasi
bergantung kepada prestasi pentadbirannya yang diketuai oleh seorang pemimpin. Sekiranya
pemimpin tersebut mempunyai jati diri yang kuat dan jelas, pasti organisasi di bawahnya
dapat bekerja atau melaksanakan tugas dengan baik dan memenuhi aspirasi yang ingin dicapai.
Sebagai contoh, seorang pemimpin itu telah menetapkan satusasaran pada tempoh masa tertentu
dan bekerjasama dengan setiap ahli yang terlibat untuk mencapai sasaran tersebut. Tetapi apabila
berlaku satu halangan, sasaran tersebut kekal dantidak berubah seperti lalang yang ditiup angin.
Dalam erti kata lain, pemimpin yang mematuhi undang-undang seperti tidak mengambil
rasuah, mereka akan patuh dan kekalpendirian untuk menjalankan amanah di atas kepercayaan
yang diberikan bukan sogokan pihak tertentu. Persis kata peribahasa, bumi dipijak, langit dijunjung.
Jelasnya, pemimpin yang berintergriti tinggi dan jati dirinya kuat adalah ciri pemimpin yang berwibawa.
Seterusnya, berketrampilan menarik dan kemas juga adalah salah satu ciri pemimpin yang
baik. Imej merupakan satu perkara penting dalam aspek kehidupan kita kerana fitrah manusia suka
melihat kepada sesuatu yang cantik dan menarik. Lebih-lebih lagi dalam zaman media sosial di mana
pemimpin perlu sentiasa kelihatan segak dan bersedia jika disapa oleh ahli masyarakat. Ketrampilan
tinggi juga dapat menunjukkan keyakinan diri pemimpin tersebut kepada kakitangan atau ahli
di bawah pimpinannya. Hal ini kerana, individu yang tidak berkeyakinan tidak suka menanggung risiko
dan lemah apabila membuat keputusan. Pemimpin
yang
berkeyakinan
tinggi
mampu
membuatkan orang sekelilingnya menaruh harapan atau kepercayaan terhadap kemampuanya.
Tuntasnya, berketrampilan tinggi juga adalah ciri pemimpin yang berwibawa.
Di samping itu, pemimpin yang baik dan berwibawa seharusnya mempunyai
kemahiran berkomunikasi yang tinggi. Berbalik kepada peranan sebagai seorang pemimpin adalah
untuk memimpin ahli di bawahnya untuk melakukan sesuatu dengan baik. Oleh itu,kemahiran
komunikasi yang baik dapat membantu satu arahan, penjelasan dan teguran disampaikan
dengan baik serta diterima juga dengan baik. Dari sudut pemimpin negara pula, kemahiran
berkomunikasi adalah penting dalam menyampaikan hujahan supaya difahami oleh rakyat
apabila sesuatu isu dibincangkan. Bayangkan jika seorang pemimpin perlu berunding dengan
delegasi daripada negara asing tetapi tidak mempunyai kemahiran komunikasi yang baik,
negara kita mungkin akan menanggung akibatnya. Dengan kemudahan yang kita nikmati hari
ini, golongan pemimpin seharusnya menguasai bahasa yang lazim digunakan di peringkat global
seperti Bahasa Inggeris. Bak kata pepatah, yangelok itu budi, yang indah itu bahasa. Kemahiran
komunikasi yang baik menunjukkan seorang pemimpin itu baik dan berwibawa.
Akhir sekali, ciri yang perlu ada dalam diri seorang pemimpin yang baik dan
berwibawa adalah mengamalkan nilai-nilai murni dalam setiap aspek kehidupan. Sebagai seorang
individu, kita sebenarnya mempunyai pengaruh untuk mengajak orang sekeliling kita melakukan
perkara yang baik. Apatah lagi seorang pemimpin yang menjadi sanjungan dan diperhatikan oleh
ramai orang seperti ahli keluarga dan ahli organisasi. Apabila pemimpin menunjukkan tauladan yang
baik secara tidak langsung akan memberi aspirasi kepada pengikutnya untuk melakukan
perkara yang sama. Persis kata mutiara, “ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi”. Sebagai
contoh, seorang pemimpin membiasakan diri menerimarasuah dan hadiah atas pengaruh dan
kuasanya. Apabila pekerja di bawah pemimpin tersebut melihat perilaku yang salah dibiasakan maka
mereka akan turut melakukan perkara yang sama. Kesannya, kerja tidak semenggah tetapi gaya
hidup mewah. Intihannya,
pemimpin yang mengamalkan nilai murni dalam kehidupannya
merupakan ciri penting sebagai seorang pemimpin yang berwibawa dan baik.
MASYARAKAT (MENGAMBIL BERAT DALAM KALANGAN MASYARAKAT)
Tanggungjawab sosial menggambarkan hubungan antara individu dan masyarakat,yang menilai
untuk kepentingan masyarakat. Dan hari ini ramai pelajar menunjukkantanggungjawab sosial
yang ketara kepada kepentingan individu ciri-miring, mereka tidak menafikan bahawa
tanggungjawab sosial boleh apabila ia datang kepada kepentingan tertentu, dan sering yang
pertama dianggap keuntungan peribadi. Keadaan ini, kita tidak boleh hanya dinafikan, walaupun
pelajar-pelajar kolej yang bertanggungjawab secara sosial adalah berasaskan kepada tanggungjawab
ini pada kognitif, dan sosial adalah dedikasi tidak mementingkan diri sendiri sebagai langkah standard,
tetapi kedua-dua tanggungjawab kognisi boleh didamaikan. Bagaimana cara yang tepat pada
masanya untuk memperbaiki kolejtanggungjawab sosial untuk secara sedar melepaskan
kepentingan peribadi keperluan pematuhan secara sukarela masyarakat, yang diletakkan di hadapan
pendidik masalah segera.Kedua, pengukuhan tanggungjawab sosial pendekatan pendidikan kolej
Pelajar kurang tanggungjawab sosial untuk menghadapi fenomena ini telah menjadi lebih jelas dalam
keadaan semasa, pendidikan dan kolej latihan pengukuhan pelajar 'tanggungjawab sosial
adalah satu tugas yang penting dalam ideologi dan politik tanggungjawab pendidikan.
Memperkukuhkan sistem nilai teras sosialis pendidikan untuk membantu pelajaruntuk
mewujudkan orientasi nilai yang betul. Sistem nilai teras sosialis sosialisme diperjuangkan,
kolektivisme, nilai patriotisme adalah tema utama ideologi sosialis China, oleh itu, kita mesti
memberi bermain penuh kepada peranan saluran utama kursus teori ideologi dan politik, jadi
bahawa sistem nilai teras sosialis kandungan pendidikan ke bahan-bahan ke dalam bilik darjah,
ke dalam minda pelajar, membantu mereka untuk terus meningkatkan keyakinan diri dan
kebanggaan nasional, supaya pembangunan peribadi danpenggiatan semula negara berkait rapat
dengan menganggap misi bersejarah mereka. Memperkukuhkan pendidikan sivik untuk memupuk
hak-hak yang betul dan obligasi konsepitu. Mengukuhkan kolej pendidikan sivik, pertama, untuk
mengukuhkan Pendidikan kesedaran etika sosial, mengikut keperluan asas "Lima Cinta" moral sivik,
dan menggalakkan pelajar melakukan warganegara yang baik dalam masyarakat; kedua ialah
untuk mengukuhkan kesedaran tentang hak dan tanggungjawab pendidikan untuk membantu
pelajarmenjelaskan hak-hak dan makna dan kandungan kewajipan untuk memahami ciri-ciri hakasasi
dan tanggungjawab rakyat untuk menjalankan dan mengikuti prinsip-prinsip hak asasidan kebebasan
dalam usaha untuk membangunkan kesedaran mengenai hak-hak sivil dan memenuhi kewajipan;
Ketiga ialah untuk mengukuhkan pendidikan kesedaran negara, untuk menjadikan pelajar untuk
mewujudkan konsep kerajaan, mewujudkan satu pandangan kebangsaan kepentingan dan
melindungi kepentingan negara, keempat adalah untuk mengukuhkan demokrasi dan pendidikan
undang-undang, menggalakkan demokrasi dan kedaulatan undang-kolej undang-undang kesedaran
dan pemahaman hubungan yang wajar untuk mencapai kolej mengetahui,
undang-undang,
penggunaan satu objektif utama pendidikan undang-undang. Memperkukuhkan Humanistik
Pendidikan, kolej tanggungjawab sosial meletakkan warisan
budaya
yang
mendalam.
Memperkukuhkan pendidikan berkualiti kemanusiaan supaya pelajar boleh menghilangkan bukan
bertamadun, kasar pelajar-pelajar kolej pengaruh boleh memupuk cintakan nasib manusia, perasaan
yang mendalam tentang sejarah sosial negara dan semangat tanggungjawab. Memperkukuhkan
pendidikan berkualiti kemanusiaan pelajar kolej, adalah perlu untuk menggali sumber-sumber
tradisional Cina ideologi dan budaya, budaya tradisional faktor positif ke dalam pendidikan.
Kedua, meluaskan pengalaman, perhatian Kemanusiaan Pendidikan Profesional Pengajaran. Ketiga,
Pendidikan tersirat penekanan, supaya pelajar berasa pendidikan kemanusiaan dalam memupuk itu.
NEGARA (MEWUJUDKAN RASA PERSEFAHAMAN)
Isu berkaitan hubungan pelbagai bangsa, agama dan budaya di negara ini seperti
pengenalan tulisan Jawi dan ucapan sempena sambutan perayaan sedikit sebanyak
mencerminkan betapa pentingnya usaha lebih serius serta konstruktif dalam mengurus
masyarakat berbilang bangsa. Masyarakat terdiri daripada pelbagai kaum, budaya dan agama
memang menjadi cabaran kepada kebanyakan negara khususnya dalam mengurus
kemajmukan sosial itu. Cabaran itu wujud, terutama dalam aspek membentuk
keharmonian,keamanan dan interaksi positif antara kaum, agama serta budaya, sekali gus
memerlukan pendekatan berhemah serta penuh rasa hormat.Sebagai negara moden yang melakar
masa depan lebih dinamik dan berusaha memposisikan diri sebagai negara maju,
cabaranberterusan dalam arus globalisasi dan pasca kemodenan menjadi realiti perlu ditangani sebaik
mungkin. Ini termasuk ancaman pelbagai krisis berbentuk penindasan dari segi ekonomi,politik dan
sosial serta isu berkaitan pencabulan hak kemanusiaan. Sekiranya tidak diatasi dengan baik dan
berhemah, ia akan menjadi halangan kepada proses pembinaan keharmonian dan perpaduan rakyat.
Ini termasuk ancaman pelbagai krisis berbentuk penindasan dari segi ekonomi, politik dan sosial serta
isu berkaitan pencabulan hak kemanusiaan. Sekiranya tidak diatasi dengan baik dan berhemah,
ia akan menjadi halangan kepada proses pembinaan keharmonian dan perpaduan rakyat.
Malaysia perlu dikenali bukan hanya makmur dari segi ekonomi dan pembangunan,malah
menjadi negara beridentitikan kepelbagaian agama, bangsa dan budaya, sekali gus dapat bersama
dalam suasana aman serta harmoni. Perpaduan nasional harus menjadi misi penting bagi negara.
Ia memerlukan kerangka bersifat komprehensif yang akan mampu menterjemahkan sebaik
mungkin wajah kerencaman masyarakat majmuk Malaysia. Keadilan, penerimaan dan toleransi perlu
menjadi nilai asas kepada kerangka perpaduan nasional ini. Nilai itu perlu digarap dengan
menjadikan Islam sebagai kayu ukur utama mendukung agenda perpaduan nasional dalam
konteks Malaysia. Selain melihat sifat Islam sebagai rahmatan lil alamin atau rahmah seluruh
alam, ciri agama bersifat sejagat sebenarnya amat penting dalam memastikan umat Islam kekal
menerajui usaha baik ini. Sejujurnya, perlu wujud kesedaran dalam masyarakat usaha membina
peradaban dan mencapai status kemajuan bagi Malaysia, terutama dalam merealisasikan
Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB)2030, seharusnya bertunjangkan persefahaman, tolak
ansur dan rasa hormat-menghormati. Kesantunan insan dalam mengurus perbezaan dalam
masyarakat pelbagai agama dan bangsa perlu dititkeberatkan. Ini realiti harus difahami dan
diterima semua pihak. Pendekatan integrasi menjadi tunjang agenda perpaduan negara
membolehkan masyarakat berbilang bangsa dan agama hidup bersama-sama dalam suasana
harmoni di samping mengekalkanidentiti dan ciri bangsa masing-masing.
Walaupun rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai penganut agama dan
mengamalkan budaya berbeza, sifat kebersamaan serta cintakan keharmonian dan keamanan perlu
ada bagi merealisasikan matlamat perpaduan nasional. Kesepaduan dalam rakyat sebenarnya lahir
daripada semangat penerimaan dan rasa hormat tinggi antara kaum dan agama. Justeru,
keutamaan harus diberi kepada usaha membina sikap penerimaan diiringi nilai keluhuran
budi pekerti dalam masyarakat. Keharmonian dan kesejahteraan dalam hubungan masyarakat akan
hanya dapat diwujudkan jika setiap individu mempunyai pemahaman baik terhadap peranan
masing-masing untuk menerapkan nilai murni dalam interaksi seharian. Hubungan baik dalam
masyarakat berbilang bangsa tidak boleh dijadikan taruhan oleh mana-mana pihak yang
mempunyai agenda peribadi atau kelompok tersendiri. Perlu ada belas kasihan kepada
rakyat
yang inginkan keamanan dan kestabilan negara agar berpeluang untuk meneruskan
kelangsungan hidup dengan selamat dan terjamin. Cukuplah kekacauan dan konflik di negara asing
sebagai pengajaran kepada kita.
Kesimpulannya, semua pihak perlu bertanggungjawab dalam menggalas kewajipan ini.
Pemimpin pelbagai peringkat, terutama harus senada dalam merealisasikan agenda perpaduan
negara. Persefahaman dalam kalangan pemimpin juga amat penting kerana melaluinya,
rakyat akan dapat isyarat yang jelas mengharmonikan hubungan masyarakat berbilang bangsa
dan budaya di negara ini adalah tanggungjawab semua warganegara.
Download