Uploaded by ainamaisarahtwin123

Bab 1.2. Faktor kedatangan kuasa barat ke negara kita

advertisement
Bab 1.2. Faktor kedatangan kuasa barat ke
negara kita
1) Mengapakah dasar kuasa barat berubah selepas revolusi perindustrian.
[5m]
Dasar kuasa barat berubah selepas revolusi perindustrian kerana mereka perlu mencari
pusat perdagangan dan menguasai tanah jajahan untuk menguasai tanah jajahan yang
dapat membekalkan bahan-bahan mentah bagi keperluan kilang perusahaan mereka
secara berterusan. Revolusi perindustrian membolehkan barangan dikeluarkan secara
besar-besaran. Oleh itu, kawasan pasaran yang lebih luas perlu dicari untuk
memasarkan barang tersebut dan memaksimumkan keuntungan.
2) Bagaimanakah negara kita menyumbang kepada revolusi perindustrian. [5m]
Negara kita menyumbang kepada revolusi perindustrian dengan meningkatkan sistem
pengangkutan dan perhubungan, menjaga kebajikan pekerja, meningkatkan
produktiviti pengeluaran, menggunakan teknologi moden dan memberi lebih tumpuan
kepada perindustrian.
3) Bagaimanakah terusan Suez dapat mengembangkan kegiatan perdagangan di
Alam Melayu. [5m]
Pembukaan Terusan Suez yang menghubungkan Pelabuhan Said di Laut Mediterranean
dan Suez di Laut Merah telah mempercepat urusan perdagangan. Perdagangan di
antara Alam Melayu dan benua Eropah semakin bertambah dengan pembukaan terusan
ini.
4) Nyatakan cara kuasa barat meluaskan tamadun mereka. [5m]
Slogan "Beban Orang Putih" digunakan untuk sebar pengaruh dan tamadun mereka dan
mewajarkan tindakan mereka. Slogan Beban orang Putih bermaksud tanggungjawab
dan tugas mereka untuk membantu dan memberi kesejahteraan kepada wilayah yang
ditakluki. Kuasa Perancis pula menggunakan slogan Tugas Menyebar Tamadun kepada
penduduk dunia bukan Barat yang dianggap mundur.
Download