Daurah Kisah-Kisah al-Quran Siri 1 Syaari Ab Rahman, Tadabbur Centre MENELADANI PERJUANGAN SARAH R.A. ISTERI NABI IBRAHIM A.S. Disediakan oleh : Syaari Ab Rahman, Sarjana Pengajian al-Quran dan al-Sunnah UKM “Bersuamikan seorang Nabi (Ibrahim), bersahabat dengan seorang Nabi (Luth), menyambut kelahiran seorang Nabi (Ismail), mengandung dan mendidik seorang Nabi (Ishaq), dihormati tiga Malaikat dari tujuh petala langit, kesetiaannya memikul beban dakwah bersama suaminya di Ur dan karamahnya ketika berdiri seorang diri di hadapan Firaun Mesir yang gilakan perempuan, sama hebat dengan kisah kecantikan dan kebangsawanannya. Sungguh kisah Sarah sangat mirip dengan Khadijah isteri Rasulullah SAW. Setia hingga ke hujung hayat. Berhampiran pula liang lahad. Semoga Allah merahmati Sayyidah Sarah Radhiyallahu ‘Anha.” -Syaari Ab Rahman- Objektif Pembelajaran 1. Mendekati kisah perjalanan hidup Sarah R.A. berdasarkan kitab Perjanjian Lama dan ahli-ahli sejarah1 2. Memahami nas hadis-hadis sahih mengenai Sarah dan memetik ibrah darinya 3. Memahami nas ayat-ayat al-Quran mengenai Sarah dan memetik ibrah darinya Sarah2 Menurut Perjanjian Lama (Israiliyyat) dan Sejarah 1. Puteri raja Harran yang hidup di zaman tamadun Mesopotamia, seorang yang berdarah bangsawan dari Dinasti Isin atau Larsa. Meskipun begitu, Sarah Lebih gemar bersendirian, berjalan dan bertemu rakyat bawahan. 2. Isteri pertama Nabi Ibrahim (dikatakan jarak dengan Nabi Ibrahim sekitar 10 tahun). Selepas Sarah, isteri Ibrahim ialah Hajar (Hagar), Qanturah (Keturah) dan Hajun. 3. Ibu kepada Nabi Ishaq dan ibu tiri kepada Nabi Ismail (abang kepada Ishaq dengan jarak 13 tahun) 4. Perempuan mandul, tidak memiliki anak (Genesis 11 : 30) 1 Ia bertujuan untuk memahami kedudukan kisah Sarah dalam al-Quran dan al-Sunnah yang sangat selektif dan tidak dibentangkan secara menyeluruh kisah Sarah. Telah menjadi hikmah al-Quran dan al-Sunnah dalam penceritaannya untuk menitikberatkan ibrah berbanding perincian kisah itu sendiri 2 Nama “Sarah” jika ia berasal dari bahasa Arab, ia bermaksud “kegembiraan”. Jika ia berasal dari bahasa Ibrani, ia bermaksud “pemerintah wanita” (Amirah). 1 Daurah Kisah-Kisah al-Quran Siri 1 Syaari Ab Rahman, Tadabbur Centre 5. Ketika ia (Abram) memasuki Mesir, dia berkata kepada isterinya, Sarai, “aku sangat mengetahui bahawa engkau adalah perempuan yang amat cantik” (Genesis 12 : 11) Perjalanan Hidup Sarah3 NO TAHUN LAHIR JANGKAAN PERISTIWA (SEBELUM UMUR MASIHI) SARAH 1921 HARRAN Kelahiran 1921-1911 1-10 tahun Diasuh dalam keluarga bangsawan 1911-1900 11-20 tahun Puteri raja yang suka merenung kejadian alam dan (HARRAN) 1900 20 tahun mengunjungi rakyat bawahan di Harran • (UR) Menikah dengan Ibrahim (berusia 30 tahun) di Harran. • Ibrahim diutuskan sebagai Rasul ke Ur. Bersama suaminya berjuang menghadapi regim Namrud. • Kemudian, berhijrah ke Palestin bersama Luth (selepas peristiwa suaminya dihumban ke dalam api). 1900-1870 20-50 tahun • (PALESTIN) Berumahtangga selama 30 tahun tanpa zuriat. Melakukan kerja dakwah di tanah Kan’an, Palestin. • Datang musim kemarau4, lalu mengikut Ibrahim ke Mesir. 1870-1850 50-70 tahun Selepas peristiwa dengan raja Mesir5, Hajar (MESIR) berkhidmat sebagai khadam (pekerja perempuan muda) kepada keduanya. Menetap di Mesir, berdakwah dan membina kehidupan yang sangat baik di Mesir. 3 Sinta Yudisia (2017) dan pandangan penulis berdasarkan sumber Israiliyyat kemarau dahsyat menimpa Palestin, lalu Ibrahim membawa unta dan kambing-kambingnya ke Mesir (Kejadian, Bab 12, Fasal 10) 5 sumber sejarah menyatakan raja Mesir waktu itu ialah Sesostris III (Senustret III), iaitu salah seorang dari tujuh Firaun Dinasti ke 12 4 2 Daurah Kisah-Kisah al-Quran Siri 1 1850 70 tahun Syaari Ab Rahman, Tadabbur Centre • (PALESTIN) Kembali ke Palestin. Usia perkahwinan Ibrahim-Sarah sudah mencecah 50 tahun tanpa anak. • Sarah mengusulkan Ibrahim memerdekakan Hajar dan menikahinya. 1845 1843 75 tahun Hajar melahirkan Ismail. Turut disambut gembira (PALESTIN) oleh Sarah. 77 tahun • (PALESTIN) Sarah cemburu Hajar. Hubungan keduanya semakin retak sejak kedatangan Ismail. • Ibrahim diberi petunjuk untuk membawa Hajar dan Ismail ke Makkah. • Ibrahim pulang ke Palestin dan hidup bersama Sarah6 1833 87 tahun Ibrahim kembali ke Makkah menziarahi Hajar dan Ismail. Berlaku peristiwa pengorbanan. Rukun Islam kelima diasaskan 1831-1830 89-90 tahun • (PALESTIN) 1795 Ibrahim kembali ke Palestin meneruskan kehidupan dengan Sarah. • Luth diutuskan ke Sodom. • Ibrahim diziarahi para Malaikat. • Sarah mengandung Ishaq. 125 tahun Sarah menyaksikan anaknya Ishak bernikah dengan (PALESTIN) Rifqah (Rebecca) binti Bitaul pada usia anaknya 35 tahun 1794 126 tahun Selepas rumahtangga bersama Ibrahim hampir 106 (PALESTIN) tahun, akhirnya Sarah jatuh sakit selama dua hari. Sarah meninggal dunia. Dimakamkan di al-Khalil, Hebron, Palestin. 6 kesetiaannya kepada Sarah bukan sekadar beliaulah wanita pertama beriman (seperti Khadijah isteri Rasulullah), bahkan kerana perintah Allah untuk baginda meninggalkan Hajar dan Ismail. 3 Daurah Kisah-Kisah al-Quran Siri 1 Syaari Ab Rahman, Tadabbur Centre Sarah Menurut Pembentangan al-Quran 1. Wanita yang pertama sekali beriman kepada ajaran Nabi Ibrahim sebelum Luth mengikutinya (al-Mumtahanah, ayat 4) 2. Terdapat tiga kisah Sarah dalam al-Quran. - Surah Hud (11 : 69-73) - Surah al-Hijr (15 : 51-56) - Surah al-Dzariyat (51 : 24-30) 3. Dua surah menyebutnya secara jelas sebagai isteri Ibrahim iaitu surah Hud dan alDzariyat. Satu surah menyebut secara tidak jelas iaitu surah al-Hijr. Ketiga-tiga surah tidak menyebut namanya. 4. Kesemua penyebutan Sarah membabitkan babak yang sama di lokasi yang sama iaitu ketika Nabi Ibrahim diziarahi para Malaikat dalam rupa paras manusia semasa mereka dalam perjalanan menuju ke kaum Sodom untuk diazab Allah. 5. Ia berlaku ketika beliau sudah sangat tua dan mandul puluhan tahun. 6. Ia berlaku selepas peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail di Makkah serta terasasnya rukun Islam kelima di sana 4 Daurah Kisah-Kisah al-Quran Siri 1 Syaari Ab Rahman, Tadabbur Centre NAMA NOMBOR SINOPSIS KISAH TADABBUR SURAH AYAT BERKAITAN SARAH Hud 69-73 (11) 1. Malaikat dan Ibrahim saling memberi salam 2. Ibrahim 1. Mengapa Sarah berdiri (qa’imah) ? menyediakan daging panggang seekor anak lembu 2. Mengapa disebut cucu iaitu Ya’qub ? 3. Ketakutan apabila tetamu tidak menjamah makanan 4. Malaikat AYAT 3. Mengapa suaminya disebut ba’li ? tenangkan bahawa mereka menuju kepada kaum Luth 5. Sarah ketawa gembira dengan pengumuman itu 4. Mengapa ditegur malaikat ? 5. Apakah isu yang menyebabkan 6. Malaikat mengumumkan Sarah akan mendapat anak dan cucu Malaikat menegur ? 6. Apa 7. Malaikat mengumumkan nama makna Malaikat doa dan dua anak ialah Ishaq dan nama cucu nama Allah kepada ialah Ya’qub Sarah sekeluarga ? 8. Sarah menyatakan kejutannya bahawa dia sudah sangat tua dan mandul serta suaminya sangat tua 9. Malaikat menegur Sarah dan mendoakan kebaikan 10. Ibrahim kembali berdebat mengenai kaum Luth Al-Hijr (15) 51-56 1. Malaikat memberi salam 1. Mengapa 2. Hanya babitkan Ibrahim sahaja. Tiada babak Sarah secara langsung 3. Tiada perincian jawapan salam, mengenai : menyediakan “kami” pada ayat Ibrahim iaitu kami sangat takut kepada kalian” hidangan, malaikat tidak jamah 5 Daurah Kisah-Kisah al-Quran Siri 1 Syaari Ab Rahman, Tadabbur Centre makanan, nama anak, kehadiran cucu 2. Kaitan ilmu dengan membesar 4. Ishak disifatkan dengan sangat dengan “orang-orang tua” berilmu meskipun masih sangat muda 5. Malaikat dan Ibrahim saling berbicara mengenai jangan putus asa 6. Malaikat mengumumkan juga mereka datang untuk mengazab kaum Luth AlDzariyat (51) 24-30 1. Malaikat dan Ibrahim saling memberi salam 2. Ibrahim meminta 1. Dalam surah Hud, Sarah ketawa apabila keluarganya diberitahu mereka menyediakan daging panggang ialah malaikat yang dari seekor anak lembu yang menuju gemuk Sodom. Dalam surah kaum 3. Ibrahim gerun apabila mereka ini, Sarah menepuk- tidak pun memandang ke arah nepuk wajah apabila hidangan diberitahu hamil. 4. Malaikat menjelaskan kedatangannya tujuan 2. Kalimah “fashakkat” untuk sebagai kalimah farid memberikan berita kelahiran anak kecil yang sangat berilmu (Ishaq) 5. Sarah menepuk-nepuk wajahnya dengan pengumuman dalam al-Quran 3. Makna al-Hakim dan al-Alim untuk Sarah aneh berkenaan sedangkan dia sangat tua dan sudah lama mandul 6. Pengumuman seterusnya kedatangan mereka untuk menuju kaum Sodom 6 Daurah Kisah-Kisah al-Quran Siri 1 Syaari Ab Rahman, Tadabbur Centre Kisah Sarah Dalam Hadis Sahih dan Athar Figure 1 : Pembetulan iaitu perkahwinan dengan Sarah berlaku sebelum kisah dakwah Nabi Ibrahim ُ َ َّ َ ْ َّ ْ َ َ ّ َ َّ اّلل َ َ َ َ َ َ َّ َ َّ ْ ِثن َت،ات ]89: قوله { ْإن َس ِقيم[ }الصافات،وجل عز ِ ات ِ ي منهن ف ذ ٍ لم يك ِذب إب َر ِاهيم عليه السَلم إّل ثَلث كذب. ن َ َ َ ُ َ ]63: َبل ف َعله ك ِبيهم هذا [ }األنبياء: {وقوله Tidak pernah Ibrahim “berdusta” kecuali tiga situasi. Dua di antaranya mengenai Dzat Allah, ّ iaitu ucapan beliau ( ِإ ْن َس ِقيمkemudian ia berkata, “Sesungguhnya aku sakit”), juga ucapan َ َ َ َ َ beliau “( َبل ف َعله ك ِبيهم هذاSebenarnya patung yang besar itulah yang melakukannya”). Dan yang ketiga semasa peristiwa berikut. ََ ً َ َ َ َّ َّ َ َ َ َ َ َ َ َ َ ََ َ َ َ َ َ اس ِ ، إذ أن عل ج َّبار ِمن الج َب ِاب َر ِة،وم وسارة إن ها هنا رجَل معه امرأة ِمن أحس نن الن ن: فقيل له ٍ بينا هو ذات ي: وقال، ُ َ َ َ َ َ َ ََ َ َ َ َ أخ ِت: قال هذه؟ ِ من: فقال،فأرسل إلي ِه ف َسأله عنها Nabi Ibrahim AS berhijrah bersama isterinya Sarah lalu memasuki satu kampung yang dipimpin oleh seorang raja dari kalangan raja-raja yang kejam7. Ada yang berkata kepada raja berkenaan; “Di sini telah ada seorang lelaki (Nabi Ibrahim) telah datang dengan seorang wanita yang sangat cantik”. Lalu raja itu menghantar utusan kepada Nabi Ibrahim kemudian 7 Raja Mesir mempunyai “penyakit” suka mengambil wanita-wanita yang sudah berkahwin. Baginya, wanita itu pasti dinikahi kerana kelebihan kelebihan tertentu. Dia mahukan kelebihan-kelebihan itu meskipun dengan jalan membunuh suami masing-masing 7 Daurah Kisah-Kisah al-Quran Siri 1 Syaari Ab Rahman, Tadabbur Centre ditanya: “Wahai lelaki (Ibrahim), siapakah wanita yang bersamamu itu?" Nabi Ibrahim berkata: "Dia adalah saudara perempuanku". َ َ َ َ َّ َ َ َ ََ َ َ ْ ِ فَل ت َك ّذب،وإن هذا َسأ َل ِ ْت فأخ ََيته َّأن ِك ُأخ ِت يت ،غيي وغ َي ِك ض مؤ ِمن ن ِ ليس عل وج ِه األر ن: يا سارة: فأن سارة قال Lalu (sebaik sahaja utusan raja pulang) Nabi Ibrahim kembali kepada Sarah dan berkata: "Sesungguhnya tidak ada seorang pun beriman di bumi (Mesir) ini selain aku dan engkau. Utusan raja tadi telah bertanya, aku telah memberitahu mereka bahawa engkau adalah saudara perempuanku. Maka janganlah kamu mendustakan perkataanku.” َ فأر َس َل إلي َها Kemudian raja menghantar utusan untuk membawakan Sarah dibawa menghadapnya. 8 (Dalam lafaz hadis yang lain, hadis Bukhari no. 2131, dinyatakan Sarah terlebih dahulu berwudhuk, bersolat dan berdoa ; ُ َّ َ ََ َ ََ ِ َ ََ َ ََ فقالت، فق َامت ت َوضأ َوت َصل،فأر َس َل ِب َها ِإلي ِه فق َام ِإلي َها Kemudian Sarah dibawa menghadap raja lalu si raja berdiri di hadapan Sarah. Sarah bangun berwudhu' lalu menunaikan solat, kemudian berdoa9 : َ َ ُ َ َ َّ َ َ ِ َ َ َ َ َ َّ َ َّ َ َ َ َ ل الك ِاف َر ِإّل َعل زو َِج فَل تسلط ع، َوأح َصنت فر َِج،ولك ِ اللهم ِإن كنت آمنت ِبك و ِبرس "Ya Allah, sesungguhnya Engkau mengetahui bahawa aku beriman kepadaMu dan kepada RasulMu dan aku memelihara kemaluanku kecuali untuk suamiku, maka janganlah Engkau satukan aku dengan orang kafir ini dan memenangkannya ke atas diriku") َ َُ ُ ََ َ َ َ َ َ َ ََ ب َيتن َاول َها َبي ِد ِه فأ ِخذ فل َّما دخلت عليه ذه 8 Sarah meyakini dia akan selamat sebagai Allah menyelamatkan suaminya semasa menghadapi Namrud dan semasa dihumban ke dalam api 9 Ini menunjukkan kebarangkalian Sarah meminta raja berkenaan memberi peluang kepadanya ke bilik air terlebih dahulu atau ruang tertentu untuk urusan wudhu, solat dan berdoa. Semasa menunggu giliran dipanggil semula bertemu raja, dikatakan seorang pekerja wanita perempuan kepada raja menenangkan Sarah. Beliau seorang wanita Qibti, bekas puteri mahkota Memphis yang ditawan Firaun dan dijadikan hamba dalam istana Firaun itu. Beliaulah Hajar RA. Wallahu a’lam 8 Daurah Kisah-Kisah al-Quran Siri 1 Syaari Ab Rahman, Tadabbur Centre Apabila Sarah memasuki istana untuk mengadapnya, raja mulai mahu memegang tangan Sarah, tetapi tiba-tiba tangannya tertahan (tidak mampu digerakkan, mengeras penuh kesakitan). (Dalam lafaz hadis yang lain, hadis Bukhari no. 2131, dinyatakan berlakunya ; َ َفغ َّط َح َّت َر َك ض ِب نرج ِل ِه Maka tiba-tiba si raja itu terduduk sehingga kakinya terlipat) َُ َ َ َ ََ َ َ ادع: قال َ َف ُّ ْ اّلل ل َوّل أ اّلل فأط ِل َق فد َع ِت،ض ِك ِ Raja itu berkata, ‘Doakanlah aku kepada Allah, aku tidak akan lagi menyakitimu.’ Sarah pun berdoa kepada Allah, lalu dia pun terlepas (dari kesakitan yang dialaminya tadi).) َُ َ َّ َ َ َ َ َ َّ ََ َ َ ادع: قال َ َف،الثان َي َة َف ُأخ َذ مث َل َها َأو َأ َش َّد ُّ ْ اّلل ل َوّل أ فد َعت فأط ِل َق،ض ِك ِ ِ ِ ِ ثم تناولها Kemudian si raja cuba menyentuh kedua kalinya, tetapi tertahan seperti yang pertama bahkan lebih keras. Raja itu berkata, ‘Doakanlah aku kepada Allah, aku tidak akan menyakitimu lagi.’ Sarah pun berdoa kepada Allah, lalu si raja itu pun terlepas. (Dalam lafaz hadis yang berbeza, hadis Bukhari 2131 dinyatakan ada tiga percubaan dari raja berkenaan. Setiap kali percubaan dibuat itulah, Sarah berwudhuk, bersolat dan berdoa) َ ْ َّإنما َأ َتيتم،ون بإن َسان ْ َّإن ُكم َلم َت ْأت: قال َ َف،ض َح َج َبته َ َف َد َعا َبع ان ِِ ٍ ون بشيط ٍ ِ ِ Lalu si raja memanggil sebahagian pengawalnya, dan berkata, ‘Sungguh, kamu bukannya membawakan manusia kepadaku, tetapi syaitan.’10 َ فأخ َد َم َها َه اج َر (Gerun dan hormat dengan Sarah, akhirnya) Raja itu pun (menghadiahkan) menyerahkan Hajar kepada Sarah sebagai pelayan.11 10 Yang memberi ketakutan kepada raja ialah Dzat yang sama menimbulkan ketakutan kepada setiap yang melihat tubuh pemuda al-Kahfi dari luar pintu gua. 11 diberikan raja kedudukan terhormat kepada Ibrahim sekeluarga dan membenarkan baginda berdakwah di Mesir. Dakwah Nabi Ibrahim inilah melorongkan jalan kepada kedatangan Heksos dan seterusnya Yusuf meneruskannya agenda dakwah Nabi Ibrahim kelak (sebagaimana dialog baginda dengan rakan sepenjara mengenai ajaran Nabi Ibrahim di Mesir) 9 Daurah Kisah-Kisah al-Quran Siri 1 Syaari Ab Rahman, Tadabbur Centre َ َ ِ َ َمه َيا: فأو َمأ َبي ِد ِه،فأتته وهو ق ِائم ي َصل Kemudian Sarah menemui Ibrahim yang sedang menunaikan solat. (Selepas selesai solat) Ibrahim memberi isyarat, ‘Ada apa?’ َ َ َ َ َ َّ َ َ َ َوأخ َد َم َه، ْف َنحره،الفاجر اج َر أ نو، َرد اّلل كيد الك ِاف نر: قالت ِن ِ ن Sarah berkata, ‘Allah mengembalikan tipu daya orang kafir—atau orang fajir—itu ke leher mereka sendiri dan menyerahkan Hajar sebagai pelayan’.” َ َ َ ََ َ َّ لك ُأ ُّم ُكم يا َب ْت َم ِاء الس َم ِاء قال أبو هريرة ِت . ِ Abu Hurairah berkata, “Itulah ibunda kalian, wahai anak-anak air dari langit (Zam-Zam)”. Sumber : صحيح البخاري: البخاري |المصدر: أبو هريرة |المحدث: الراوي ]صحيح: [ |خَلصة حكم المحدث3358: الصفحة أو الرقم ) 2371( ومسلم،) 3358( أخرجه البخاري: التخري ج Memahami Isu Sarah Cemburukan Hajar 1. Lumrah kehidupan berpoligami, pasti ada terasa di hati. Surah al-Tahrim antara bukti ia juga berlaku sesama isteri-isteri Nabi SAW sendiri. Itulah tanda-tanda “manusiawinya” para Rasul dan isteri-isteri mereka. Kerana itulah mereka diteladani, bukan dikagumi sehingga melangit yang tidak boleh diikuti. 2. Di zaman kebanyakan kes poligami hari ini berlaku dengan rahsia dan suami mengkhianati isteri tua, Sarah sebaliknya menjadi pelopor poligami kepada suaminya selepas hampir 50 tahun kedua-duanya saling berbahagia dan redha dengan ketentuan Ilahi. 3. Wajarlah Sarah cemburu kerana dia bersama Ibrahim dalam rumah itu bukan setahun dua bahkan hampir 50 tahun. Adalah lebih baik dipisahkan Hajar dan anaknya dari rumah itu. Zaman Hajar tiada anak dan dengan anak sangat berbeza buat Sarah. 4. Riwayat yang menyatakan Sarah menghalau Hajar sangat dipertikai kerana tidak bersesuaian dengan kemuliaan Sarah yang dibentangkan al-Quran kisahnya sebanyak dua kali. 10 Daurah Kisah-Kisah al-Quran Siri 1 Syaari Ab Rahman, Tadabbur Centre 5. Hampir 20 tahun, Sarah sudah memperlakukan Hajar dengan sangat baik, dari sejak menjadi khadamnya hinggalah kepada menjadi madunya (sebelum mendapat anak). 6. Ibrahim menikahi Hajar atas cadangan Sarah, bukan kemahuan Ibrahim. 7. Faktor utama ialah kesungguhan Sarah mahukan anak pewaris perjuangan, bukannya kepuasan nafsu badaniah. Jika kepuasan nafsu, Sarah sebenarnya sudah “menang” dalam hal kecantikan berkenaan. 8. Setelah Sarah wafat, baru Ibrahim menikahi Qantura dan Hajun. Ini bukti Ibrahim tidak pernah menduakan Sarah atau mengkhianatinya dalam diam semasa dia hidup. Sama seperti Nabi SAW dan Khadijah RA. 9. Kemuncak cemburu Sarah-Hajar itu membawa Ibrahim beristikharah lalu mengambil tindakan tegas memisahkan antara keduanya. Maka, Allah memberikan ilham kepada Ibrahim untuk ke Makkah. 10. Perasaan cemburu Sarah seumpama cemburu saudara-saudara Yusuf. Ia akhirnya menjadi “tentera Allah” untuk mewujudkan asbab lahirnya Nabi akhir zaman di bumi Makkah dari Bani Ismail. Perpisahan Sarah dan Hajar yang mencetuskan dua aliran kenabian teragung iaitu Bani Ishak / Israil dan Bani Ismail 11. Athar Ibnu Abbas dalam Sahih Bukhari menjelaskan lagi Hajar memahami pemergiannya ke “lembah kematian” di Makkah bersama Ismail kerana perintah Allah, bukan perintah Sarah. 12. Nas-nas al-Quran sendiri seperti surah al-Hajj (22) ayat 26 menunjukkan ia perintah Allah. Membumikan Karakter S-A-R-A-H Berdasarkan nas al-Quran, hadis dan Israiliyyat, dapatlah disimpulkan Sarah cemerlang dalam aspek spiritual, emosional, fizikal dan intelektual sekaligus. Dari sudut spiritual (S), beliau ialah wali Allah yang diberikan karamah selepas tawakkal yang tinggi. Dari sudut emosional (E), beliau setia bersama Ibrahim berumahtangga selama 100 tahun meskipun tiada anak meskipun kekadang diuji dengan cemburu. Dari sudut intelektual (I), beliau sangat mengambil berat dan kritikal dengan kebobrokan kaum Ur, kaum Firaun dan kaum Sodom. Dari sudut fizikal (P), beliau wanita tercantik pada zamannya dan masih mampu mengandung dan membesarkan anak pada usia 90 tahun ! 11 Daurah Kisah-Kisah al-Quran Siri 1 Syaari Ab Rahman, Tadabbur Centre 1. SETIA SEHINGGA KE HUJUNG NYAWA (E) • Berumahtangga sehingga hampir 100 tahun, teman setia dakwah Khalil alRahman di bumi Ur, kemudian di bumi Kan’an, kemudian di bumi Mesir, kemudian kembali ke bumi Kan’an, bermusafir bersama, tiada yang mampu memisahkan keduanya sehingga di mana ada Ibrahim, di situ ada Sarah (melainkan peristiwa di Makkah) • Surah Hud menunjukkan Sarah kekal “berdiri” untuk berkhidmat kepada suaminya dan kekal “berdiri” untuk mengambil berat apa yang dibincangkan suaminya kerana bimbang risiko keselamatan nyawa keluarga mereka apabila Malaikat tidak menjamah pun makanan • Mengenepikan egoism diri, berjiwa besar dan berpandangan jauh demi adanya anak pelapis perjuangan. Sarah sanggup melakukan apa sahaja demi Ibrahim memperolehi zuriat yang ditarbiyahnya sendiri sebelum suaminya pergi mengadap Ilahi. • Ibrahim – yang wafat lebih lewat dari Sarah – berwasiat mahu dikebumikan bersebelahan dengan Sarah. Pemergian Sarah sangat diratapi. 2. ANUGERAH RUPA YANG CANTIK DAN TUBUH YANG SIHAT (P) • Kenyataan hadis sahih mengenai kecantikan Sarah bukanlah kebetulan • Tiga kali si raja Mesir mahu mendekati Sarah meskipun sudah “trauma” dengan dua kalimah peristiwa “kejang otot” menimpanya menunjukkan kecantikan Sarah meskipun sudah berumur • Lahirnya Yusuf dan sebelas saudara-saudaranya yang kacak dan tampan menunjukkan kelebihan genetik Sarah. • Tahan lasak kerana banyak berjalan dan berpindah bersama suaminya, Nabi Ibrahim yang menjadi Nabi paling banyak bermusafir dan berjalan • al-Quran merakamkannya masih mampu berdiri lama untuk berkhidmat kepada suami sepanjang pertemuan dengan Malaikat di rumahnya • mengandung, melahirkan anak, menyusu dan membesarkan anak pada usia 90-an yang logiknya waktu tulang sudah rapuh, semua rambut sudah putih! 12 Daurah Kisah-Kisah al-Quran Siri 1 Syaari Ab Rahman, Tadabbur Centre 3. RUHIYYAH DAN KARAMAH PARA WALI (S) • Kisah Sarah bukanlah kisah wanita yang berbangga-bangga dengan kedudukannya sebagai orang bangsawan keturunan mulia-mulia, bahkan kisah wanita yang tinggi kerohaniannya, kesufiannya, sentiasa berwudhuk dan bersolat sebelum berdoa sebagaimana disebutkan hadis sahih, sehingga dipilih Allah untuk diberikan karamah khusus sebanyak tiga kali di hadapan Firaun. • Fikirkan sejenak bagaimana karamah Sarah menundukkan bukan sekadar Firaun dan melemahkan tirani kuku besi di hadapan seluruh menteri-menteri dan pahlawan-pahlawannya, bahkan dewa-dewa pujaan jutaan rakyat Mesir seperti Osiris, Ra, Anubis, Hathor, Isis, Nepthys dan seluruh dewa dewi Sungai Nil dan dataran Mesir. • Bahkan, tindakan Nabi Ibrahim yang kekal bersolat untuk Sarah dan tidak meminta bantuan sesiapa ketika Sarah dipaksa bertemu raja menunjukkan dalamnya kefahaman suami pada keberanian isterinya memelihara maruah diri dan pertolongan Allah kepada isterinya. • Pastinya kisah ini menginspirasikan Musa kelak ! 4. ANALITIKAL12 DENGAN ISU-ISU POLITIK DAN KETAMADUNAN BANGSA (I) • Sarah sangat berpengalaman melihat kuasa politik yang korup dan memerangi kebenaran. Beliau sudah melihat apa diperlakukan Namrud kepada suaminya. Sebab itu beliau memberanikan diri untuk bersuara di hadapan Firaun Mesir untuk “mengajar” mereka yang hidupnya hanya mahu memuaskan nafsu kebinatangan dengan menzalimi wanita-wanita. • Dalam surah Hud, Sarah ketawa gembira apabila Malaikat menjelaskan kedatangan mereka untuk menghancurkan kaum Sodom. Sebagai seorang yang sangat mahukan keturunan sehingga puluhan tahun menunggu sehingga menyuruh suaminya berpoligami agar adanya keturunan - Sarah sangat marah kaum Sodom, bangsa manusia yang diberikan kemajuan serba 12 Analitikal bermaksud proses menggunakan minda untuk mencari makna terhadap sesuatu yang berlaku dan tidak terburu-buru membuat keputusan, sentiasa memikirkan punca dan kesan kepada sesuatu peristiwa 13 Daurah Kisah-Kisah al-Quran Siri 1 Syaari Ab Rahman, Tadabbur Centre serbi dan terkenal, namun tidak menghargai anak dan keturunan sehingga sanggup melempiaskan syahwat sesama lelaki dan menjauhi perempuan. 5. HAMBA ALLAH YANG DIUJI DENGAN KEMANDULAN DAN KECEMBURUAN • Sangat redha dengan ketentuan Allah dan tidak pernah bersangka buruk dengan ketentuan-Nya sepanjang 50 tahun rumahtangga tanpa anak. Kesabaran dan ketabahan Sarah sehingga mendapat perhatian penduduk langit dan tiga malaikat diutuskan untuk memberikan berita gembira kepadanya atas lulusnya ujian kesabaran tanpa anak - wanita yang dihormati tiga orang Malaikat sehingga berita gembira kelahiran Ishak disampaikan secara terus dan tidak menerusi ilham seperti mimpi wahyu kepada Nabi Ibrahim sahaja. - Satu-satunya wanita yang dipertemukan dengan para Malaikat dengan segala kesempurnaan tubuh manusia pada Malaikat berkenaan. • Hamba Allah yang mengajar erti sebenar tawakkal iaitu melakukan apa jua cara agar janji Allah berlaku - Allah sudah menjanjikan Ibrahim dan Sarah bahawa beliau akan memperolehi anak (surah al-Saffat, 37 : 100-101). Sarah memahami Allah bukan sekadar memberi janji, bahkan menguji usaha dan ikhtiar dan jangan bergoyang kaki menunggu keajaiban. - Sarah mencadangkan Ibrahim menikahi Hajar sebagai salah satu cara janji itu berlaku. Jika Sarah tidak mencadang dan mendesak Ibrahim menikahi Hajar, tidaklah akan lahir keturunan para anbiya Bani Israil menerusi Ishak. • Sarah bukan malaikat atau bidadari dari syurga yang tiada langsung kelemahan. Beliau hanyalah hamba Allah seperti wanita lain. Ujian cemburu itu boleh berlaku kepada sesiapa. Namun, ujian cemburu itu tidak sedikitpun menggugat cintanya kepada Ibrahim. Kesan dari cemburu itulah, akhirnya Hajar dan Ismail mewujudkan Bani Ismail dan bangsa Arab di Makkah Wallahu a’lam 14 Daurah Kisah-Kisah al-Quran Siri 1 Syaari Ab Rahman, Tadabbur Centre Rujukan 1. Sarah Perempuan Penggenggam Cinta, Sinta Yudisia (2017) 2. Ensiklopedia Wanita al-Quran ; Kisah Nyata Perempuan-Perempuan Yang Diungkap Kitabullah, Imad al-Hilali (2019) 3. Perempuan-Perempuan Al-Quran, Fathi Fawzi Abdul Mu’thi (2015) 4. Kitab األرسار البَلغية ْف الفرائد القرآنية, Prof Dr Abdullah Abdul Ghani Sarjani (2012) 15