Menurut kitab Taurat yang didakwa telah diubah oleh pendeta Yahudi, bangsa Yahudi berasal dari Ur, Mesopotamia dan hal ini telah ditepis kebenarannya oleh sejarawan yang telah sepakat mengatakan bahawa hal ini adalah rekaan semata-mata dan mereka mendakwa bahawa sejarah awal bangsa Yahudi telah dikesan dalam sejarah Mesir kuno iaitu pada zaman Nabi Musa a.s. Sejarah Yahudi baik sebagai bangsa mahupun agama bersumber daripada fakta sejarah kitab suci yang dikenali sebagai Alkitab (kitab Taurat) disertai dengan bukti sumber lain seperti artifak kuno, kronologi kerajaan serta arkib buku dan arkeologi. Sejarawan terkadang memandang enteng fakta sejarah yang berupa kitab suci itu. Sejarah dan mitos muncul dalam pembahasan sejarah Yahudi sebagaimana munculnya dunia kuno. Selain itu, secara akademik sejarah Yahudi bersumber dari kitab Yahudi (Tanakh). Tambahan pula, untuk memahami Yahudi sebagai agama dapat direspon dengan kitab Taurat lainnya termasuk Al-Qur’an. Menurut kitab Taurat, Yahudi berawal dari peristiwa hijrah dan perjanjian. Peristiwa hijrahnya Ibrahim dari kota Ur di Chaldea (Babylonia) yang nyatanya terletak di Mesopotamia ke daerah Kanaan (kini dikenali sebagai Palestin) sekitar tahun 2000 S.M. merupakan awal hijrah Yahudi. Namun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa kitab Taurat telah diubah oleh tangan pendeta Yahudi kerana terdapat terjemahan Epik Gilgamesh yang dimasukkan ke dalam Taurat namun tidak dinyatakan sumber aslinya. Oleh itu, asalusul bangsa Yahudi yang dinyatakan dalam kitab Taurat adalah tidak dapat diterima. Usaha penyelidikan yang dilakukan oleh arkeologis di Ur tidak dapat mengesahkan dakwaan pendita-pendita Yahudi seterusnya tidak ada bukti yang dapat mengesahkan bahawa bangsa Yahudi berasal dari Ur. Ahli-ahli arkeologis British telah menemui sebuah kompleks gergasi berhampiran bandar purba Ur yang mana kawasan ini merupakan tempat asal Ibrahim yang dikatakan dalam kitab Taurat mempunyai kaitan dengan bangsa Yahudi. Penggalian di tapak yang berusia 4000 tahun (sama usia dengan Ibrahim) itu menimbulkan kemungkinan penemuan hubungan langsung dengan Ibrahim. Objek indah dari kawasan itu termasuk peninggalan Ur dan gambar mozek kini disimpan di Muzium British. Menurut Buku Kejadian (kitab Taurat) Ibrahim dilahirkan di sebuah bandar yang dipanggil Ur, Chaldea sebelum melakukan perjalanan ke Tanah Suci (Kanaan). Namun tidak jelas sama ada bandar berkenaan terletak dalam kawasan tamadun Mesopotamia Ur dan perlu ditegaskan, kitab Taurat (yang telah diubah suai isi kandungannya) tidak dapat dijadikan sumber sejarah bagi bangsa Yahudi kerana penyelewengan yang dilakukan oleh pendeta Yahudi selepas kewafatan Nabi Musa a.s. Jelas terbukti bahawa pendeta Yahudi hanya memperalatkan Taurat kerana pendeta Yahudi hanya menurut ayat Taurat yang memberikan mereka keuntuungan dan meninggalkan yang merugikan mereka. Menurut Ben Gurion, sejarawan Yahudi, bangsanya berasal dari Palestin (Mesopotamia). Beliau menyatakan bangsa Yahudi terpaksa melarikan diri terutamanya di Asia Tengah dan Eropah apabila berlakunya zaman pembinaan empayar Rom, sekitar 70 SM. Sepanjang sejarah Yahudi, Yahudi telah berulangkali secara terus atau tidak terus diusir dari kedua-dua tanah air asal mereka, dan kawasan yang mereka menetap. Pengalaman ini sebagai keduadua imigran dan emigran telah membentuk identiti Yahudi dan amalan keagamaan dengan berbagai cara, elemen penting dari sejarah Yahudi. Sejarah telah menyaksikan bahawa bangsa berketurunan Kanaan merupakan bangsa terawal yang pernah menduduki bumi Palestin. Mereka berasal daripada Semenanjung Tanah Arab dan berhijrah ke Palestin sejak 4500 tahun tahun dahulu. Sejak itu, bumi Palestin dikenali sebagai Bumi Kanaan kerana dominanisasi bangsa tersebut di sana.Rakyat Palestin yang wujud sekarang ini berasal dari keturunan Kanaan, iaitu bangsa dari masyarakat timur laut Mediteranian yang dikenali sebagai Filistin dan dari bangsa Arab yang berkahwin campur dengan Filistin. Walaupun Palestin sentiasa diperintah oleh pelbagai bangsa dan kumpulan dalam beberapa tempoh, namun rakyatnya yang asal terus duduk di situ dengan aman. Oleh itu, hipotesis yang mendasari keasalusulan bangsa Yahudi dari Palestin adalah tidak berasas. Rujukan Halim, I. A. (2017). Agama Yahudi sebagai Fakta Sejarah dan Sosial Keagamaan. Religious, 1(2), 136-137. https://doi.org/10.15575/rjsalb.v1i2.1392 Unknown, D. O. (n.d.). Khabarkini. Blogspot.com. Retrieved December 27, 2022, from http://khabarkini2.blogspot.com/2013/04/penyelidik-dakwa-temui-tempat-lahir.html Siapakah Yang Lebih Berhak Terhadap Bumi Palestin menurut kacamata Islam ? Palestinkini. (n.d.). Palestinkini - Suara Peduli Palestin. Retrieved December 27, 2022, from https://palestinkini.info/?p=560