RUTIN DAN JADUAL HARIAN DI PRASEKOLAH Jadual Waktu Prasekolah Masa 7.30 8.00 a.m 8.00 – 8.10 a.m 8.10 – 8.30 a.m 8.30 – 9.10 a.m 9.10 – 9.50 a.m 9.50 – 10.20 a.m 10.20 – 10.50 a.m 10.50 – 11.20 a.m 11.20 – 11.50 a.m 11.50 – 12.00 p.m Hari 30 minit 10 minit 20 minit 40 minit 40 minit 30 minit 30 minit 30 minit 30 minit 10 minit Rutin harian (BM) Perbualan pagi (BM) BM (Teras) BI (Teras) Rehat Bahasa Malaysia (Teras) Sosioemosi (Matematik) Refleksi Perbualan pagi (BI) Fizikal (Pen. Luar ) Awal Mate (MT) Rehat Bahasa Inggeris (Teras) BM (Teras) Fizikal (Teras) Rehat Kreativiti (MT) Awal Mate (Teras) Rehat Pendidikan Islam (Teras) Awal sains (MT) Refleksi BM (Teras) BI (Teras) Rehat Pendidikan Islam (Teras) Kemanusiaan (MT) Refleksi Selasa Rabu Khamis Jumaat sarapan pagi / Latih tubi bacaan Isnin Rutin harian (BI) Rutin harian (BM) Rutin harian (BI) Rutin harian (BM) Perbualan pagi (BM) Perbualan pagi (BI) Perbualan pagi (BM) BI (Teras) Awal Sains (MT) Kreativiti (MT) Interaksi Dalam Bahasa Inggeris Interaksi Dalam Bahasa Melayu Refleksi Refleksi Jadual harian adalah asas aktiviti yang berlaku pada setiap hari. Jadual kelas dan rutin harian mengambil kira keperluan perkembangan setiap kanak-kanak dapat membantu melancarkan perjalanan kelas serta mewujudkan suasana pembelajaran yang mengembirakan. Aktiviti rutin adalah penting dalam pendidikan prasekolah. Aktiviti rutin merangkumi aktiviti seperti pengurusan diri, perbualan pagi, refleksi sebelum balik, membaca doa dan makan semasa rehat. Aktiviti rutin mengambil lebih kurang 30% daripada masa prasekolah. Kandungan dalam aktiviti rutin merangkumi ke semua tunjang dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Rutin Pengurusan Diri Rutin Pagi Rutin Semasa Rehat Rutin Selepas Rehat Rutin Sebelum Pulang Pengurusan Diri • Murid datang awal ke prasekolah dan disambut oleh guru. • Murid menguruskan diri mereka sendiri seperti melakukan aktiviti membuka kasut dan stokin sebelum masuk ke dalam kelas. • Murid meletakkan kasut di rak kasut yang disediakan. • Murid memberi salam kepada rakan-rakan dan guru. • Murid meletakkan beg di tempat yang disediakan. • Murid melakukan aktiviti sendiri seperti membaca buku. Datang awal ke sekolah. Memberi salam kepada guru dan rakan –rakan. Menyusun kasut pada rak yang disediakan. Menyimpan beg di tempat yang disediakan Rutin Pagi • • • • • • • • • • Murid sarapan pagi. Guru mengambil kedatangan murid. Murid berkumpul di hadapan guru di ruangan “circle time”. Ketua kelas memberi salam kepada guru dan diikuti oleh murid lain. Murid membaca doa sebelum memulakan pelajaran dengan bimbingan guru. Murid mengucap dua kalimah syahadah dan berselawat. Guru bertanyakan kesihatan murid pada hari tersebut. Murid menyanyikan lagu “Negaraku” dan lagu-lagu yang telah dipelajari. Guru bertanyakan nama dan tarikh hari tersebut kepada murid. Murid menyanyikan lagu-lagu yang telah dipelajari Guru mengambil kedatangan murid Membaca doa sebelum belajar Nyanyian lagu “Negaraku” Circle time Semasa Rehat • Murid beratur masuk ke ruang makan. • Murid membasuh tangan sebelum makan. • Murid duduk di meja dan kerusi disediakkan sambil menunggu bacaan doa. • Seorang murid akan menjadi ketua untuk membaca doa sebelum makan. • Murid menjemput guru dan PPM makan bersama. • Murid makan bersama-sama dengan sopan dan tertib. Membasuh tangan sebelum makan Membaca doa sebelum makan Makan bersama rakan-rakan secara tertib. Selepas Rehat • • • • Murid mencuci tangan Seorang murid akan mengetuai bacaan doa selepas makan. Murid beratur untuk mengambil peralatan mengossok gigi. Guru mengawasi murid menggosok gigi di ruangan yang telah disediakan. • Murid meletakkan peralatan menggosok gigi di tempat yang telah disediakan. • Murid beratur untuk masuk ke ruang pembelajaran. • Murid masuk ke ruang belajar dalam keadaan berbaris dan senyap. Membasuh tangan selepas makan Beratur masuk ke ruang pembelajaran Membaca doa selepas makan Mengosok gigi Aktiviti di Bilik Darjah • Murid akan berkumpul di ruangan “cicle time”. • Guru menerangkan apa yang akan mereka pelajari pada slot berkenaan. • Guru melaksanakan aktiviti P&P bermula dengan set induksi, aktiviti pembelajaran dan penutup. • Aktiviti P&P dilaksanakan secara berkumpulan ataupun individu. • Aktiviti P&P tidak terikat di dalam kelas semata-mata dan digalakkan juga dilaksanakan di luar kelas. • Murid mengikuti aktiviti P&P dengan berdisplin. • Murid menyiapkan lembaran kerja yang diberikan oleh guru. • Guru memberi bimbingan kepada murid. • Guru mengawal kelas supaa sentiasa berada dalam keadaan yang baik. Sebelum Pulang • Murid memastikan meja dan kerusi disusun dalam keadaan yang baik dan kemas. • Murid mengambil beg mereka dan kembali semula ke ruang “circle time” • Guru melaksanakan aktiviti refleksi bersama murid tentang pembelajaran pada hari tersebut. • Murid mengucapkan terima kasih kepada guru dan rakan-rakan yang lain. • Murid membaca doa selepas belajar dan doa menaiki kenderaan. • Murid bebaris di hadapan pintu. • Murid bersalam dengan guru dan pembantu pengurusan murid. • Guru akan memastikan waris terdekat murid yang menjemput murid pulang. Membuat refleksi Menyusun meja dan kerusi dengan kemas Mengucapkan terima kasih kepada guru Bersalaman dengan guru dan rakan-rakan Beratur sebelum keluar kelas Rumusan Rutin di prasekolah merupakan satu pengajaran yang membentuk perilaku murid. Rutin ini dilaksanakan pada setiap hari dan menjadi amalan kemestian bagi murid prasekolah. Aktiviti ini penting dan dilihat sebagai satu usaha untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam diri seseorang murid. SEKIAN TERIMA KASIH