Uploaded by NORSYAFIQAH BINTI DAUD KPM-Guru

Kertas Kerja Gotong Royong Perdana

advertisement
Kertas Kerja
Gotong Royong Perdana
Peringkat Sekolah
JULAI 2018
Anjuran:
SEK KEB SERTING HILIR KOMPLEKS
Dengan Kerjasama
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SKSHK,
1.0 PENDAHULUAN
Sistem pendidikan masa kini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi
matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang berilmu, berketrampilan
dan berkeperibadian yang unggul. Kebersihan persekitaran dan bilik darjah merupakan salah satu
faktor yang dapat membantu memenuhi perlaksanaan matlamat tersebut. Penyediaan
persekitaran yang kondusif adalah merupakan tanggungjawab yang perlu dititikberatkan oleh
sesebuah institusi pendidikan.
Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memberi perhatian terhadap tahap kebersihan
sekolah melalui pettandingan 3K. Persekitaran sekolah yang bersih dan ceria dapat membantu
mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan efektif.
Sehubungan dengan itu, pihak sekolah melalui Jawatankuasa 3K (Keselamatan,
Kesihatan dan Kebersihan) telah merancang untuk menganjurkan satu aktiviti Gotong-royong
Perdana bersama pihak PIBG bagi memenuhi matlamat yang telah diterapkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia. Aktiviti ini diharapkan dapat memberikan pendedahan dan amalan kepada
pelajar tentang betapa pentingnya menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah terutamanya bilik
darjah. Di samping itu, aktiviti ini akan membolehkan pelajar menerapkan nilai-nilai murni
dalam diri mereka.
Antara aktiviti yang dirangka akan dilaksanakan meliputi aspek pembersihan kawasan
longkang, kawasan pengumpulan sampah, keceriaan kawasan sekitar sekolah serta
menghapuskan kawasan pembiakan nyamuk aedes bersama pihak Jabatan Kesihatan Daerah
yang akan dijemput hadir untuk memberikan perkhidmatan `fogging` atau menyembur asap di
sekitar sekolah.
Adalah menjadi harapan agar para pelajar, ibu bapa, guru serta warga SKSHK akan
memperoleh manfaat daripada aktiviti ini dan seterusnya memenuhi serta mencapai matlamat
3K.
2.0 OBJEKTIF
2.1 Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti sekolah sebagai institusi yang bersih,
indah, selamat dan ceria.
2.2 Melaksanakan amalan kebersihan bagi mencapai kepuasan yang maksimum.
2.3 Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu antara pelajar, ibu bapa,
pendidik dan warga sekolah dalam melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan
penglibatan semua pihak dalam program kebersihan sekolah.
2.4 Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah dan ibu bapa terhadap
kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang telah
disediakan.
2.5
Menggembleng tenaga dan idea yang bersepadu dalam merealisasikan keberkesanan
aktiviti.
3.0 TARIKH PROGRAM/AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN
Tarikh cadangan : 26 JULAI (KHAMIS)
Tempat
: Kawasan sekitar SKSHK
Masa
: 2.30 – 4.30 ptg
Pakaian
: Pakaian sukan
4.0 CADANGAN AKTIVITI & SKOP TUGAS
4.1
Pembersihan Longkang

Tugas membersihkan longkang ini dilakukan adalah untuk melancarkan aliran air
yang melalui kawasan tersebut agar tidak tersumbat. Selain itu sebagai satu usaha
untuk menghalang pembiakan nyamuk aedes yang dikhuatiri akan memberi kesan
kepada pelajar khususnya yang berada di sekolah.
4.2
Taman sains

Kedudukan taman sains yang berada di antara blok kelas dan pejabat merupakan
kawasan tarikan bagi pelajar dan pelawat yang datang ke sekolah ini. Melalui
kerja gotong-royong di kawasan kolam ini, ibu bapa, guru-guru dan para pelajar
akan membersihkan kolam dan kawasan di sekitarnya.
Koridor bangunan
4.3

Bagi yang membersihkan di kawasan ini, mereka akan membersihkan sampah di
sekitar koridor bangunan di tingkat dua. Seterusnya di kawasan bendera, di
bahagian tapaknya perlu disimenkan untuk mengukuhkan kedudukan tiang
bendera tersebut.
4.4
Mengecat dan Memasang papan tanda

Bagi memberikan kesan keceriaan pada sekolah, di bahagian perhiasan pokok
bunga di sekitar pondok keselamatan dan sekitar sekolah akan dicat menggunakan
warna-warna yang terang. Selain itu, papan tanda yang telah ditempah akan
dipasang di kawasan pintu masuk sekolah dan pejabat.
4.5
Mussolah

Agihan tugas di sekitar mussolah ini meliputi longkang, kawasan perhiasan
seperti pokok bunga dan bahagian dalaman musollah itu sendiri seperti susunan
sejadah dan telekung (sekiranya ada) serta kawasan di sekitar tempat wuduk
(lelaki dan perempuan).
4.5
Kelas/Tingkatan

Setiap kelas/tingkatan akan diagihkan mengikut guru-guru dan wakil dari ibu
bapa disamping akan dibantu oleh beberapa kumpulan pelajar dari beberapa kelas
untuk membersih dan menceriakan setiap kawasan yang telah ditetapkan.
5.0
JAWATANKUASA AKTIVITI DAN KUMPULAN
MENGIKUT AGIHAN KAWASAN
BIL.
KAWASAN
Longkang/ batu bata
KETUA DAN KUMPULAN YANG
TERLIBAT
1. Ust Zahari B Ahmad
1.Dibahagian sekitar kantin
1.
dan BLOK C
2. Wakil PIBG
2.Dibahagian sekitar belakang
PPKI
1. En Tamrin B. Ibrahim
2.
Taman sains & Lanskap
1. En Kamaruddin B. Abd Aziz
3.
Kawasan Koridor
2.
(wakil PIBG)
1. En Aizuddin B. Mohd Jonet
4.
Mengecat
2. Wakil PIBG
1. Ustazah Siti Khuzaimah Bt Mohd
Fozi
5.
Mussolah
2. Wakil PIBG
Agihan Tugas mengikut kawasan.
Bil
Kawasan/Kelas/Tingkatan
1.
Blok A
( Bahagian Dewan, mural dan sekitar)
2.
Blok B
(Kantin dan sekitar)
Blok C
3.
6.
7.
8.
(Taman sains dan ppki)
Mengecat pagar sekolah
Ketua dan Kumpulan Terlibat
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
Hj Muhd Yatim Marjiko
Cik Siti Norlaila
En. Mohd Khizam
Pn. Sofina Babu
Pn. Nur Rahilah Wahap
Pn. Nur Hafinaz Haslin
En. Aman Shah
Pn. Noryati
Pn Hjh Saedah Hj Osman
Pn Khaleeza
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
Pn Zamiah Mohd Shahar
En. Kamarubahrin Buang
Cik Mimi Zakila
Nur Hidayah Mustafa
Pn. Kasmah
Pn. Nurulhuda
Pn. Nuraishah Durah
Pn. Kasmah
Pn. Siti
Cik Sakinah
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
En. Muhammad Asyraf Malek
Cik Quzaimah Mustafa
Pn. Zulaina Johari
Norsila saat
Nadia Nadhirah Saharum
Pn. Noorliza
Haziq Husaini Anuar
En. Aizuddin
1.
2.
3.
4.
5.
6.
En Syamsul Azuan
En Juzaimi B. Zakaria
En. Zainal Yahaya
En. Ruslan Abd Manap
En. Nasaruddin
En. Tamrin Ibrahim
1.
2.
Pn. Suzi Ismail
Pn. Norasiah Ramli
Pra Sek
Surau
1. Pn. Siti Khuzaimah
2. Pn. Selawati
6.0
TENTATIF PROGRAM
MASA
AKTIVITI
2.30 ptg
Ketibaan Ibu bapa/Penjaga ke sekolah
2.45 ptg
Taklimat agihan tugas
3.00 ptg
Gotong–royong bermula
4.45 petang
5.00 petang
6.0
Hadirin berkumpul di kantin & majlis ucapan
dari YDP PIBG & Guru Besar Skshk
Jamuan dan majlis bersurai
SUMBER KEWANGAN/ANGGARAN PENDAPATAN
Sumbangan diperolehi daripada:
a) PIBG
7.0
= RM 360
ANGGARAN PERBELANJAAN
Makan dan minum RM 3 x 120 orang = RM360
Jumlah RM360
7.2 Anggaran perbelanjaan bagi peralatan
Bil
Peralatan
Harga
1.
Tin Cat ( Batu perhiasan )
Harga Seunit (1 x RM30.00)
Bil tin cat yang diperlukan=3 unit
3 unit x RM30.00 = RM 90.00
2.
Tin Cat ( Tiang garaj kereta )
Harga seunit ( 1 x RM20.00 )
Bil tin cat yang diperlukan=3 unit
3 unit x RM20.00 = RM 60.00
3
Berus Cat
Harga Seunit (1 x RM5.00)
Bil berus yang diperlukan=20 unit
20 unit x RM5.00 = RM 100.00
4.
Penggarit
Harga Seunit (1 x RM6.00)
Bil penyapu yg diperlukan=50 unit
50 unit x RM6.00 = RM 300.00
5.
Plastik Beg Sampah
Harga Seunit (1 x RM2.00)
Bil beg yg diperlukan=10 unit
10 unit x RM2.00 = RM 20.00
6.
Berus Sabut
Harga Seunit (1 x RM2.50)
Bil berus yang diperlukan=10 unit
10 unit x RM2.50 = RM 25.00
7.
Sabun Pencuci
Harga Seunit (1 x RM10.00)
Bil yang diperlukan=3 unit
3 unit x RM10.00 = RM 30.00
8.
Berus Longkang
Harga Seunit (1 x RM6.00)
Bil berus longkang diperlukan;
5 unit x RM6.00 = RM 30.00
9.
Pencedok longkang
Harga seunit ( 1 x RM8.00 )
Bil yang diperlukan = 4 unit
4 unit x RM8.00 = RM 32.00
Jumlah harga bagi peralatan yang diperlukan = RM685.00
JUMLAH KESELURUHAN PERBELANJAAN
(Makanan + Peralatan)
RM2, 160 + RM685.00 = RM2,485.00
JAWATANKUASA AKTIVITI
Penasihat
Pengerusi
Penyelaras
Bendahari
: Pn Juraida Bt Mat Jani
: Pn. Che Rahimah Bt Che Ibrahim
: En Haziq Husaini Bin Anuar (3K)
: Pn Zamiah Bt Mohd Shahar
Juruacara Majlis
: Ust Zahari Bin Ahmad
Protokol
Buku Program
: Pn Sofina Bt Babu
: Cik Norlaila Bt Abd Halim
Hjh Saedah Osman
Makanan
: Pn Khairunnisa Bt. Mahajjan
Peralatan
: En Aizuddin bin Mohd Jonet
En. Samsul Azuan B. Mohd Hashim
PA System
: En. Kamaruddin B Abd Aziz
Disiplin dan
: Pn. Noryati Bt. Atan
Keselamatan
En. Juzaimi B. Zakaria
Disediakan oleh
………………………………
(HAZIQ HUSAINI ANUAR)
Pengerusi 3K,
SK Serting Hilir Kompleks
72120 Bandar Seri Jempol.
Disahkan oleh,
………..…………………..
(PN JURAIDA BT MAT JANI)
Guru Besar,
Sk Serting Hilir Kompleks,
72120 Bandar Seri Jempol.
Download