Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt wrt, selamat sejahtera. Terima kasih kepada Pengerusi Majlis. Yang diraikan Cikgu Muhammad Nor bin Shakroni , Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kemedak , Yang berusaha ......................................................... Pegawai Pelajaran Daerah Segamat , Yang dihormati barisan guru besar, guru besar Daerah Segamat , Yang dihormati ..................................................... Yang Dipertua PIBG SK Kemedak, para dif-dif jemputan, , guru-guru, rakan-rakan serta hadirin yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Allah SWT Yang Maha Berkuasa kerana dengan limpah kurnianya dapat kita bersama-sama meraikan Majlis Sulaman Kasih Junjungan Budi yang sangat bermakna dan penuh erti pada hari ini. Hadirin yang dihormati, Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan , yang pastinya setiap perpisahan pasti amat menyedihkan. Hari ini, kami berasa terharu dan sedih kerana bakal kehilangan seorang Guru Besar yang amat kami sayangi dan kasihi. Pada kami, Cikgu Muhammad Nor bukan sahaja sebagai seorang Guru Besar tetapi ibarat seorang bapa dalam sebuah keluarga SK Kemedak ini. Hadirin yang dikasihi, Memory is a way of holding onto, the things you love, the things you are, the things you never want to lost. Itulah Guru Besar kita, Cikgu Muhammad Nor bin Shakroni, lembut, tenang namun tetap tegas dalam melaksanakan tanggungjawabnya. Itulah butir-butir kata yang dapat digambarkan mengenai beliau. Beliau bukan sahaja penyayang, melakukan tugas dengan hati yang tulus, malah mementingkan kebajikan murid . Beliau juga seorang yang berhati murni dan senantiasa memberikan yang terbaik buat para pelajar. Sikap beliau yang boleh dibawa berbincang, 'easy going' dan tidak lokek untuk memberikan bantuan apabila diperlukan serta sentiasa berusaha mempermudahkan sesuatu urusan adalah kualiti peribadi yang perlu dicontohi dan diteladani oleh kita semua terutama warga SKK, Sekolah Kebanggaan Kita, Sekolah Kesayangan Kita. Hadirin yang dirahmati Allah sekalian, Pada kesempatan ini, saya sebagai wakil murid SK Kemedak merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Cikgu Muhammad Nor bin Shakroni yang tidak pernah mengenal erti jemu mentadbir sekolah ini dan mengorbankan waktu demi kami murid-murid SK Kemedak . Kami berdoa semoga Allah SWT akan melimpahkan rahmat-Nya kepada beliau. Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Benar kata pepatah Melayu, yang patah akan tumbuh, yang hilang akan berganti, namun yang hilang tidak akan sama dengan yang berganti. Walau bagaimanapun, yang hilang akan tetap diingati, kekal abadi , tersemat di hati. Saya juga berharap agar hubungan silaturrahim antara Guru Besar dengan anakanak didik dan warga SK Kemedak akan terus terjalin erat. Sesungguhnya jasa dan budi yang ditabur tidak dapat dibalas dan tentunya akan dikenang sampai bila-bila. Buah pauh delima batu, Anak sembilang di tapak tangan; Walau jauh beribu batu, Hilang di mata, di hati jangan. Asap api embun berderai, Patah galah haluan perahu; Niat hati tak mahu bercerai, Kehendak Allah siapa tahu. Salam kemaafan kami hulurkan, Semoga kemesraan terus berpanjangan; Ilmu diberi harap halalkan, Semoga perjuangan kami mendapat keberkatan. Sekian, terima kasih. Wabillahi taufik walhidayah, assalamualaikum wrt