Uploaded by Gee Amigo

teks mc gb skk bersara

advertisement
Dalam Dewan
Ucapan
Ketibaan
Mengumumkan ketibaan Yg Diraikan Cg M. Nor bin Shakroni
diiringi oleh konvoi bermotosikal EDU BIKERS SEGAMAT.
Tarian
Pembukaan
Sidang hadirin, warga dewan yang dihormati sekalian..
Sebagai pembuka tirai majlis kita pada pagi ini, tn2 & pn2 akan
diserikan dengan persembahan tarian di bawah bimbingan Cg
Suzana bt Hussein..Dipersilakan
**********************************
Terima kasih diucapkan atas persembahan pembukaan yg
sungguh comel itu tadi.
***********************************
Dari dewan Aula Iltizam SK Kemedak kami bawakan kepada
anda Majlis Sulaman Kasih Junjungan Budi sempena persaraan
Cg Muhammad Nor bin Shakroni, GB SK Kemedak
Salutasi
Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t. dan Salam sejahtera.
1. Yang berbahagia, Tn Haji Abdul Rahman bin Kechik,
Pegawai Pendidikan Daerah Segamat
2. Yang diraikan,Yg Berbahagia Cg Muhammad Nor bin Shakroni
GB SKK
3. Yang berusaha, EN. Mohd Zaki bin yaacob,
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Perancangan) Segamat
4. Yang berusaha,Puan Sa’adiah binti Md Sa’at,
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Pembelajaran) Segamat
5. Yang Berbahagia, Tn Haji Abdul Rahman bin Ibas, Pengerusi
Majlis Guru Besar Daerah Segamat
6. Yang Berbahagia, En Mohd Salim bin Abu Bakar
Regional Controller Kompleks Kemedak
7. Yang dihormati, En Md Shahimfarizan bin Jumadi
YDP PIBG SKK serta AJK nya
1
8. Yang dihormati Pegawai2 dari Pejabat Pendidikan Daerah
Segamat
8. Yang Dihormati, Barisan Guru Besar Daerah Segamat
9. Yang Dihormati barisan pengurus ladang
10. Yg Dihormati, Cg Affizulnizam bin Jamalludin
GPK Pentadbiran SK Kemedak
11. Cg Muhadzir bin Ngadiran, GPK Hal Ehwal Murid
12. Cg Mohd Fauzan bin Mohd Yusof. GPK KO
13. Dif-dif jemputan
14. Rakan 2 guru, Para ibubapa
15. Seterusnya muid2 yang dikasihi sekalian
Kata Aluan MC
Hadirin yang dikasihi,
Alhamdulillah.. Bersyukur kita ke hadraat Ilahi, kerana atas
limpah rahmat dan keizinanNya jua dapat kita berkumpul di
majlis penuh gemilang dan bererti buat kita semua khususnya
lebih bermakna buat insan yang diraikan..
Kami bg pihak jawatankuasa sambutan pada pagi ini
menaglu2kan kehadiran tn2 dan pn2 ke Majlis Sulaman Kasih
Junjungan Budi sempena persaraan Cg Muhammad Nor bin
Shakroni, GB SK Kemedak.
Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara,
Assalamualaikum mulanya kata,
Sembah salam pembuka bicara.
Sarung ketupat berisi inti,
Dibawa budak sambil berlari,
Kehadiran semua sangat dihargai,
Moga majlis bertambah seri.
2
Bacaan Doa
Hadirin sekalian,
BAGI MEMBERKATI MAJLIS KITA PADA HARI YANG PENUH
BERMAKNA INI, MARILAH SAMA-SAMA KITA MENADAH
TANGAN MENGAMINKAN DOA YANG AKAN DIPIMPIN OLEH AL
FADHIL USTAZ HAMDI BIN ABDUL RAZAB. MAJLIS DENGAN
SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN.
**********************************
AMIN..AMIN..YA RABAL ALAMIN.
MAJLIS MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN
TERIMA KASIH KEPADA AL FADHIL USTAZ ATAS BACAAN DOA
ITU TADI.
Ucapan Wakil
Murid
Para hadirin yang dihormati,
Duduk sekawan si burung unta,
Tepi keramat di waktu malam,
Padamu tuan kami meminta
Kata azimat pembuka kalam.
Pihak majlis menjemput dan mempersilakan,
Saudari Nurul Sofea Amani bt Hasran
selaku wakil murid sekolah kebangsaan Kemedak untuk
menyampaikan ucapan. Majlis mempersilakan.
********************************
–
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kpd Saudari Sofea
Amani atas ucapan sebentar tadi.
Ucapan Wakil
Guru
Sidang hadirin yg budiman,
Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan, Yg Dihormati
Cg Affizulnizam bin Jamalludin, GPK Pentadbiran, selaku wakil
guru SK Kemedak untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan…
****************************************
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kpd Cg Affizulnizam bin
Jamalludin atas ucapan sebentar tadi.
3
Persembahan
Murid
TERBANG BEBAS SI RAMA2
TERATAI MEKAR DI TENGAH LEMBAH
MAJLIS PERSARAAN DIIRINGI IRAMA
PESEMBAHAN ZAPIN TURUT DIPERSEMBAH
HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN,
MAJLIS KITA PADA PAGI INI DISERIKAN LAGI DENGAN
PESEMBAHAN TARIAN ZAPIN WARISAN BUDAYA DARIPADA
MURID2 TAHAP 2 SK KEMEDAK ..DIPERSILAKAN..
*****************************
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas pesembahan
TARIAN ZAPIN sebentar itu tadi
-Untuk pengetahuan para hadirin, persembahan tesebut adalah
di bawah bimbingan Cg Suzana bt Hussein
Ucapan YDP
PIBG
Hadirin sekalian..
Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Yg Dihormati
En Md. Shahimfarizan bin Jumadi, YDP PIBG SKK untuk
menyampaikan ucapan. Dipesilakan…
*************************************
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kpd En Md
Shahimfarizan bin Jumadi atas ucapan itu tadi.
Montaj 1
Hadirin sekalian,
Bak kata pepatah, Tak kenal maka tak cinta..
Tak lengkap rasanya majlis, tanpa mengenal empunya diri insan
yang dirai..
Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan, sebuah bingkisan
khas episode 1 rentetan memori perjalanan Yg Diraikan, Yg
Berbahagia Cg Muhammad Nor bin Shakroni ..Dipersilakan
****************************************************
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas persembahan
multimedia itu tadi
Ucapan PPD
Hadirin yang dikasihi,
Besar langit di tepi busut ,
Besar tak muat di dalam peti,
Besar hajat kami menjemput,
4
Besar niat di dalam hati
Untuk itu, majlis menjemput dan mempersilakan, Yang
berbahagia Tn Haji Abdul Rahman bin Kechik, Pegawai
Pendidikan Daerah Segamat untuk menyampaikan ucapan.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
***********************************
–
Majlis merakamkan setinggi2 penghargaan dan terima
kasih atas kesudian kepada yg Berbahagia Tn Haji Abdul
Rahman bin Kechik atas ucapan sebentar tadi.
Montaj 2
Hadirin sekalian,
Seterusnya, marilah sama-sama kita saksikan, bingkisan khas
episode ke 2 mengimbau kenangan ceritera kehidupan yg
diraikan Yg Berbahagia Cg Muhammad Nor bin Shakroni
..Dipersilakan
***********************************
–
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas persembahan
multimedia itu tadi. Hadirin sekallian.. paparan kedua2
bingkisan khas tersebut merupakan hasil sentuhan kreatif Cg
Ahmad Firdaus bin Mohd Razali.
Ucapan Yg
Diraikan
Hadirin yang dikasihi,
Jangan tertawan alpa duniawi,
Hanya indah serupa mimpi,
Duhai tuan kesatria dirai,
Hulurkan madah kata bersakti.
Kini, tibalah masa yang dinanti-nantikan.
Pihak majlis dengan sukacitanya menjemput dan
mempersilakan Yang Diraikan, Cg Muhammad Nor bin
Shakroni, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kemedak untuk
menyampaikan ucapan beliau. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.
*********************************
– Majlis merakamkan setinggi2 penghargaan dan terima
kasih kepada Cg M Nor atas ucapan sebentar tadi.
5
Penyampaian
Hadiah
Hadirin sekalian..
Majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian
cenderamata sebagai tanda kenang2an buat insan yang kita
raikan pada hari ini.
Dengan itu, majlis dengan rendah hati segala hormat dan
takzimnya sekalai lagi mempersilakan Cg M. Nor bin Shakroni
untuk tampil ke hadapan. Dipersilakan cg..
Untuk penyampaian cenderamata yg pertama dipersilakan…….
Seterusnya…………..
*********************************************
Begitulah tadi, sempurna sudah upacara penyampaian hadiah
khas buat yang diraikan.
Penutup Dewan
ADA PASANG ADA SURUTNYA
ADA PANGKAL ADA HUJUNGNYA
ADA HULU ADA HILIRNYA
ADA PERTEMUAN ADA PERPISAHANNYA
ADA HILANG ADA GANTINYA
ADA AWAL ADA AKHIRNYA.
Waktu terasa cepat berlalu. Tiada kata secantik bahasa untuk
menggambarkan beratnya hati melepaskan pergi. Namun, yang
tersirat telah pun tersurat. Kami mendoakan semoga Cikgu M.
Nor akan sentiasa sihat dan menikmati hari-hari bahagia
bersama keluarga tercinta.
Selamat bersara Cikgu. Segala kenangan akan terpahat menjadi
memori sepanjang zaman.
Terima kasih, terima kasih cikgu.
Hadirin sekalian, Dijemput para dif kehormat serta hadirin
sekalian, kita sama2 bergerak ke kantin untuk menikmati sedikit
jamuan. Dipersilakan…
Untuk pengetahuan semua…
Seusai sahaja jamuan, kita akan kembali semula ke dewan bagi
bersama2 di dalam majlis mengetik perakam waktu terakhir.
Baik..Sebelum ke kantin, kita adakan sesi bergambar bersama
Cg M. Nor. Trm Ksh
6
Punch out
Hadirin sekalian,
Kembali semula kita ke dewan bagi menyaksikan acara
mengetik kad perakam waktu terakhir Cg M. Nor Shakroni..
Dipersilakan..
Untuk itu, berakhirlah majlis kita pada hari ini. Pihak majlis
merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada
semua yang terlibat dalam menyempurnakan majlis kita pada
hari ini.
Selamat bersara Cg.. Trm Ksh cg…
Sekian.Assalammualaikum w.b.t
Sidang harin..murid2 yg dikasihi..
Mari sama2 kita berbaris di luar dewan, untuk sama2
menghantar tn GB pulang.
7
Download