Uploaded by i97munirah

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS BILANGAN 3 2022-2023

advertisement
SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA PASIR BESAR
KM 1, JALAN PALONG, 73420 GEMAS, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
MESYUARAT PANITIA SAINS
BILANGAN 3 2022/2023
TEMPAT
:
BILIK GERAKAN SK PASIR BESAR
TARIKH
:
17 FEBRUARI 2023
HARI
:
JUMAAT
MASA
:
2.45 PETANG
“AKADEMIK PERTAMA, DISIPLIN UTAMA, KOKURIKULUM TERNAMA”
1
SEKOLAH KEBANGSAAN (FELDA) PASIR BESAR
73420 GEMAS
NEGERI SEMBILAN
MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS BILANGAN 3 2022-2023
Tarikh
: 17 Februari 2023
Hari
: Jumaat
Masa
: 2.45 petang
Pengerusi
: Puan Zarina binti Zainal
Tempat
: Bilik Gerakan SK (f) Pasir Besar
Kehadiran
: 7 orang
1. Puan Zarina binti Zainal (Guru Penolong Kanan Kurikulum)
2. Puan Aishah binti Abd Wahab (Ketua Panitia Sains)
3. Puan Nurasiah binti Hashim
4. Puan Khursiah binti Kamarudin
5. Puan Aspalela binti Abdul Rashif
6. Puan Norazirah binti Muhamod
7. Puan Ainur Munirah binti Hasan
Tidak hadir :
1. Farawahida binti Muhammad (Kebenaran Guru Besar)
Agenda :
1.0 Perutusan Pengerusi
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran ahli panitia.
1.2 Pengerusi juga mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh
semua ahli panitia sepanjang sesi akademik 2022/2023
1.3 Pengerusi juga mengingatkan untuk meningkatkan prestasi panitia untuk sesi yang
akan datang.
1.4 Pengerusi juga menyarankan panitia dapat membuat lebih banyak aktiviti yang
melibatkan ramai murid.
2
2.0 Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat yang lalu
2.1 Pembentangan minit mesyuarat Panitia Sains bilangan 2/2022-2023.
2.2 Pengesahan minit mesyuarat Panitia Sains bilangan 2/2022-2023 disahkan tanpa
pindaan.
Cadangan : Puan Aspalela binti Abd Rashif
Sokongan : Puan Khursiah Binti Kamarudin
3.0 Perkara berbangkit
3.1 Mesyuarat memaklumkan bahawa penyemakan peralatan dan radas sains masih
lagi belum dilaksanakan. Tindakan diambil dalam tempoh masa terdekat.
Tindakan : Semua guru Sains
3.2 Mesyuarat memaklumkan bengkel menjawab soalan Sains belum dilaksanakan.
Tindakan akan diambil dalam tempoh terdekat.
Tindakan : Guru Sains Tahap 2
4.0 Pembentangan isu/ laporan / kertas kerja
4.1 Laporan aktiviti panitia
4.1.1 Mesyuarat memaklumkan bahawa pembelian kertas A4 telah dibuat
sebanyak RM 24 untuk kegunaan PdPC.
4.1.2 Mesyuarat memaklumkan baki PCG Panitia adalah sebanyak
RM683.43
Makluman
4.2 Analisis PBD semester Akhir 2022/2023
4.2.1 Mesyuarat memaklumkan tentang 6 tahap penguasaan yang menjadi
fokus utama dalam pencapaian PBD murid iaitu tahap penguasaan 1
mengingat kembali, tahap penguasaan 2 memahami, tahap penguasaan
3 mengaplikasikan, tahap penguasaan 4 menganalisis, tahap
penguasaan 5 menilai dan tahap penguasaan 6 mereka cipta.
4.2.2 Mesyuarat memaklumkan untuk aliran tahun 1 daripada 59 orang
murid, masih terdapat 1 orang murid berada dalam tahap penguasaan 2,
manakala 14 orang murid telah mencapai tahap penguasaan 6.
4.2.3 Mesyuarat memaklumkan untuk aliran tahun 2 daripada 62 orang
murid, masih terdapat 1 orang murid berada dalam tahap penguasaan 2,
manakala 14 orang murid telah mencapai tahap penguasaan 6.
3
4.2.4
4.2.5
4.2.6
4.2.7
Mesyuarat memaklumkan untuk aliran tahun 3 daripada 65 orang
murid, 11 orang murid telah mencapai tahap penguasaan 6.
Mesyuarat memaklumkan untuk aliran tahun 4 daripada 57 orang
murid, 16 orang murid telah mencapai tahap penguasaan 6.
Mesyuarat memaklumkan untuk aliran tahun 5 daripada 41 orang
murid, 18 orang murid telah mencapai tahap penguasaan 6.
Mesyuarat memaklumkan untuk aliran tahun 6 daripada 82 orang
murid, 22 orang murid telah mencapai tahap penguasaan 6.
Makluman
4.3 Analisis UASA 2022/2023
4.3.1 Mesyuarat memaklumkan bahawa keputusan Ujian Akhir Sesi
Akademik untuk aliran Tahun 4 mencatatkan 4 orang gred B, 7 orang
gred C, 17 orang gred D dan seramai 28 orang murid daripada 57
orang gagal.
4.3.2 Mesyuarat memaklumkan bahawa keputusan Ujian Akhir Sesi
Akademik untuk aliran Tahun 5 mencatatkan 7orang gred C, 16 orang
gred D dan seramai 18 orang murid daripada 41 orang gagal.
4.3.3 Mesyuarat memaklumkan bahawa keputusan Ujian Akhir Sesi
Akademik untuk aliran Tahun 6 mencatatkan 2 orang gred A, 4 orang
gred B, 23 orang gred C, 20 orang gred D dan seramai 33 orang murid
daripada 82 orang gagal.
Makluman
4.4 Pengagihan guru mengajar Sains tahun 2023/2024
4.4.1 Mesyuarat memaklumkan bahawa Puan Zarina dan Puan Aishah masih
dikekalkan untuk mengajar Sains Tahap 2.
4.4.2 Mesyuarat memaklumkan bahawa Puan Ainur Munirah dan Puan Nur
Asiah dan Puan Khursiah masih dikekalkan untuk mengajar Sains
Tahap 1.
4.4.3 Mesyuarat memaklumkan Puan Aspalela dan Puan Farah Waheda
mengajar Sains Pra sekolah dan Puan Nor Azirah mengajar Sains di
PPKI.
Makluman
4
5.0 Hal-hal lain
5.1 Mesyuarat memaklumkan untuk membersihkandan memurnikan keadaan Bilik
Sains.
Tindakan : Penyelaras Bilik Sains
6.0 Penutup
6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang bersama-sama
sehingga selesai mesyuarat.
6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang.
Disediakan oleh :
………………………………..
Jawatankuasa Panitia Sains,
Sekolah Kebangsaan Felda Pasir Besar,
73420 Gemas, Negeri Sembilan.
Tarikh: 17 Februari 2023
5
Download