Uploaded by ESMALIANA BINTI MOHAMAD

5 6079986658046904517

advertisement
KURSUS
CMIE1423 PEMASARAN DIGITAL
SEMESTER 1 2020/2021
TAJUK
LAPORAN REFLEKTIF BICARA CEO
NAMA PENSYARAH
DR MUHAMAD AZRY BIN KHOIRY
NAMA
NOORSYARIL SHAH BIN NOORAZLANSHAH (A182743)
This study source was downloaded by 100000858384267 from CourseHero.com on 12-03-2022 21:10:01 GMT -06:00
https://www.coursehero.com/file/98859968/Laporan-Reflektif-Bicara-Ceodocx/
Isi Kandungan
PENDAHULUAN.................................................................................................................................1
PENGENALAN SYARIKAT................................................................................................................2
PEMASARAN DIGITAL......................................................................................................................5
KESIMPULAN.....................................................................................................................................6
This study source was downloaded by 100000858384267 from CourseHero.com on 12-03-2022 21:10:01 GMT -06:00
https://www.coursehero.com/file/98859968/Laporan-Reflektif-Bicara-Ceodocx/
PENDAHULUAN
Bicara CEO yang dianjurkan pada 29 Mei 2021 dengan tajuk ‘Pemasaran Digital dalam Era
Globalisasi: Peluang atau Ancaman?’ adalah anjuran di antara Malaysian Technology
Development Corporation (MTDC) dengan CESMED UKM.
Tetamu kehormat yang
dijemput bagi membicarakan tajuk tersebut adalah seorang usahawan wanita yang berjaya
dalam bidang ‘Green Bio-Technology’. Beliau adalah Puan Wan Sabariah Shuib, Chief
Operation Officer (COO) syarikat Nature Profusion Sdn Bhd. Moderator bagi bicara kali ini
telah dikendalikan oleh Dr Muhammad Azry Khoiry, Timbalan Pengarah, Pembangunan
Keusahawanan Pelajar & Penyelidikan, Pusat Pembangunan Keusahawanan & EKS UKM.
Dr telah menasihat siswa/siswi bahawa tidak semesti seorang graduan apabila telah tamat
pengajian perlu bekerja makan gaji, melibatkan diri sebagai seorang usahawan adalah salah
satu pilihan juga. Saya berasa amat teruja dan bersyukur kepada Allah SWT kerana diberi
kesempatan untuk menghadiri webinar ini dan mendengar bicara dari seorang usahawan
wanita berkenaan topik yang dinyatakan.
Puan Wan Sabariah memulakan bicara beliau dengan mengucapkan terima kasih kerana
dijemput untuk menceritakan latar belakang mengenai syarikat Nature Profusion Sdn Bhd
dan produk ‘antiseptic disinfectant’ yang dikeluarkan syarikat tersebut. Beliau juga
menceritakan pengalaman sebenar beliau dari mula menceburi perniagaan ini sehingga masa
kini serta cabaran dan dugaan yang dihadapi oleh beliau. Beliau merupakan seorang bekas
graduan Universiti Malaysia Terengganu dalam bidang Food Technology. Beliau dilahirkan
dan dibesarkan di Kedah dan menyambung pelajaran di Universiti Malaysia Terengganu.
Ayah beliau merupakan seorang kakitangan kerajaan (seorang Penghulu) dan ibu beliau
seorang rumah tangga. Ayah beliau suka agar anak-anaknya bekerja dengan Kerajaan selepas
tamat pengajian disebabkan bekerja dengan Kerajaan gaji adalah terjamin sehingga bersara.
Walau bagaimanapun, Puan Wan Sabariah sejak dari kecil (berumur 8 tahun) telah mula
menunjukkan minat dalam bidang perniagaan dengan membantu ibunya dalam menjual
aiskrim batang dan jambu potong, membantu jiran menjual pisang goreng dan menghantar
barang jualan ibunya ke kantin sekolah. Beliau tidak selesa dengan pekerjaan yang rutin
1
This study source was downloaded by 100000858384267 from CourseHero.com on 12-03-2022 21:10:01 GMT -06:00
https://www.coursehero.com/file/98859968/Laporan-Reflektif-Bicara-Ceodocx/
seperti bekerja dalam makmal dan beliau lebih suka kepada pekerjaan yang lebih mencabar
dan seterusnya menceburi dalam bisnes.
Selepas tamat pengajian dalam bidang Food Technology, beliau telah menyambung pelajaran
ke peringkat Ijazah Sarjana (Master) dalam bidang Food Science di UPM. Waktu di Semester
pertama pengajian Master, beliau telah memohon memasuki Program Keusahawanan ‘FRIM
MTDC Bio-Entrepreneurship Graduate Program’ oleh pihak Kerajaan. Beliau terpanggil
untuk menyertai program ini disebabkan dari penelitian beliau semasa di universiti, terdapat
ramai professor yang mengkaji dan berjaya menghasilkan produk teknology yang berkualiti
dan telah berjaya memenangi beberapa anugerah di mana sesetengahnya daripada Geneva
dan Diamond Award. Tetapi sedihnya, setelah produk tersebut dipatent, ianya terus disimpan
di dalam almari. Pihak kerajaan berasakan ini satu usaha yang tidak produktif di mana duit
berjuta telah dibelanjakan untuk kajian dan akhirnya produk tersebut tidak dikomersialkan.
Beliau menceritakan bahawa produk Malaysia yang dihasilkan adalah di peringkat
pertengahan hingga ke peringkat tinggi kualitinya apabila beliau membawanya ke negara
Australia, China, Jepun dan Thailand. Antara sebabnya kerana produk-produk tersebut telah
menerima beberapa pengiktirafan dari pelbagai agensi seperti Persijilan Halal.
PENGENALAN SYARIKAT
Puan Wan Sabariah menceritakan bahawa sebelum syarikat beliau diwujudkan, seramai 144
orang graduan telah dipanggil untuk temuduga bagi mengikuti kursus keusahawanan selama
10 minggu di Bangi, Selangor. Rata-rata peserta kursus termasuk beliau adalah pelajar yang
mempunyai latar belakang pendidikan Sains dengan sedikit atau tiada pengetahuan mengenai
keusahawanan. Pihak FRIM telah mendedahkan peserta dalam bidang teknologi sains dan
MTDC dari segi kewangan. Selepas tamat kursus, para pelajar telah disaringkan dan hanya
40 orang telah berjaya untuk ke peringkat seterusnya di mana sebanyak 10 buah syarikat
sendirian berhad telah diwujudkan oleh MTDC iaitu 3 buah syarikat mengeluarkan produk, 4
buah syarikat dalam bidang tisu culture dan bakinya dalam bidang perkhidmatan.
2
This study source was downloaded by 100000858384267 from CourseHero.com on 12-03-2022 21:10:01 GMT -06:00
https://www.coursehero.com/file/98859968/Laporan-Reflektif-Bicara-Ceodocx/
Syarikat Nature Profusion Sdn Bhd adalah syarikat spinoff dari ‘award plant & herbal based
anti MRSA technology’ untuk dikomersial yang diperolehi dari FRIM yang memberi
sokongan kepakaran dan bantuan dari segi teknologi manakala pihak MTDC memberi dana
operasi dan latihan keusahawanan.
Syarikat Nature Profusion Sdn Bhd telah ditubuhkan pada tahun 2009 dengan produk dalam
bidang ‘natural and organic based antiseptic and disinfectant’. Syarikat ini telah mengambil
masa selama 2 tahun bagi mendapatkan persijilan-persijilan tertentu sebelum ianya boleh
dipasarkan kepada orang ramai. Visi dan Misi syarikat adalah: Visi
-
‘To be a leader in natural and organic based antiseptic and
disinfectant industry.’
Misi
-
‘To offer an alternative to current chemical based antiseptic and
disinfectant products.’
Syarikat Nature Profusion Sdn Bhd mempunyai tiga orang ‘Co-Founder’ dan pengarah
sebagaimana berikut: 1. Encik Mohd Ramdan Bin Parman – Chief Executive Officer
2. Dr Mastura Binti Mohtar – Chief Technology Director
3. Puan Wan Sabariah Binti Shuib – Chief Operating Officer
Syarikat ini mengeluarkan produk dalam antiseptic dan disinfectant dengan brand ‘Ciera’,
‘Ciera Pro’ dan ‘Ciera Junior’ dan sehingga kini telah dapat dipasarkan di dalam dan luar
negara. Antara negara di mana produk ini dipasarkan termasuk Dubai, Australia, Thailand,
Singapura dan China. Manakala di Malaysia, produk Ciera boleh didapati di pasaraya besar
antaranya Giant, Aeon dan Tesco.
Syarikat mengamalkan bisnes plan yang flexible di mana sekiranya strategi untuk
memasarkan produk ke pasaran hospital didapati tidak berjaya disebabkan beberapa
kelulusan yang perlu diperolehi terlebih dahulu, telah membuat syarikat untuk menukar
strategi ke pasaran pasaraya besar.
3
This study source was downloaded by 100000858384267 from CourseHero.com on 12-03-2022 21:10:01 GMT -06:00
https://www.coursehero.com/file/98859968/Laporan-Reflektif-Bicara-Ceodocx/
Syarikat juga membuat research and development dalam produk yang hendak dikeluarkan
bagi mengetahui pasaran tempatan, pesaing yang terdapat dan kaedah pemasaran yang terbaik
bagi menjual produk. Dimaklumkan syarikat mengambil setahun membuat kajian dengan
sendiri tanpa menggunakan pihak ketiga dalam melaksanakan kajian produk. Dalam
membuat kajian produk, beliau memaklumkan telah menggunakan perpustakaan MATRADE
di mana di situ terdapat banyak maklumat dan data dalam pelbagai industry termasuk industri
‘eco based technology’.
Beliau dan pengarah yang lain sentiasa mengamalkan budaya kerja yang telus dan operasi
syarikat dilaksanakan secara terbuka di antara ketiga-tiga pengarah. Mengekalkan proses
kerja mengikut ISO di mana setiap file dan tugas mempunyai SOP yang teratur dan baik. Ini
amat membantu syarikat dalam mendapatkan dana daripada agensi Kerajaan dan
memudahkan proses untuk mendapatkan pengiktirafan persijilan produk dari negara luar
seperti Australia dan Jepun. Amalan berkomunikasi terus dan perkongsian maklumat juga
dilaksanakan supaya semua pengarah mengetahui status atau perkembangan syarikat dan
masa ke semasa. Dalam menguruskan perniagaan syarikat ini banyak dugaan yang dihadapi
seperti tahap keyakinan pihak berkepentingan luar samada supplier, agensi kerajaan, pembeli
memandangkan pada waktu permulaan perniagaan beliau dan pengarah lain adalah dalam
lingkungan umur dua puluhan. Walaupun begitu, mereka sentiasa tabah dan istiqomah dalam
menghadapi semua dugaan dan Insya Allah telah berjaya akhirnya.
Saya mendapati dalam perniagaan yang dijalankan oleh syarikat Natural Profusion
mempunyai perancangan perniagaan yang baik serta flexible yang boleh diubah mengikut
keadaan ekonomi dan pasaran pada sesuatu masa. Contoh seperti syarikat menukarkan
sasaran pelangan (pasaran hospital) kepada pelanggan pasaraya. Syarikat juga mempunyai
satu perancangan strategik pemasaran berkesan di mana produk syarikat dibuat kajian dari
segi kualiti dan pengiktirafan oleh beberapa agensi contoh Sijil Halal. Di samping itu juga,
syarikat melakukan kajian pasaran produk dan pesaing terdekat yang terdapat di Malaysia. Ini
dinyatakan oleh Pn Wan Sabariah yang membuat kajian menggunakan fasiliti perpustakaan
MATRADE dan telah mengambil setahun lamanya.
4
This study source was downloaded by 100000858384267 from CourseHero.com on 12-03-2022 21:10:01 GMT -06:00
https://www.coursehero.com/file/98859968/Laporan-Reflektif-Bicara-Ceodocx/
Syarikat mempunyai jaringan kerja keusahawanan yang baik di mana mereka bekerjasama
dengan agensi kerajaan seperti MTDC, FRIM, MATRADE, FMM, KPDNKK dan lain-lain
agensi yang berkepentingan. Kemahiran berkomunikasi dan mengekalkan hubungan baik
diteruskan oleh syarikat. Saya dapati pengarah syarikat mempunyai sikap positif dan
menghadapi segala rintangan dan bersikap ridha atas apa yang mereka hadapi atau berlaku ke
atas syarikat mereka. Dari mula perniagaan syarikat didapati berani mengambil risiko secara
bersama, toleransi antara mereka, inovatif, mempunyai harga diri yang tinggi dan kekuatan
rohani dalam mengharungi cabaran bisnes. Mereka jujur, amanah dan bertanggungjawab
dalam melaksanakan perniagaan dan bersyukur di atas setiap kejayaan yang dikecapi oleh
syarikat.
PEMASARAN DIGITAL
Di awal perniagaan, syarikat banyak melaksanakan pemasaran tradisional dalam memasarkan
produk mereka. Antara aktiviti pemasaran yang dijalankan seperti pengiklanan di akhbar
tempatan, mengedarkan brosur produk kepada orang ramai, membuka booth pameran produk
samada di dalam negeri atau di luar negara, serta membuat demo penggunaan produk kepada
pelanggan korporat atau syarikat besar. Didapati bahawa kos operasi pemasaran tradisional
adalah amat tinggi yang perlu ditampung oleh syarikat. Nasib baik terdapat geran yang
dikeluarkan MATRADE dan agensi kerajaan lain bagi membiayai aktiviti pemasaran ini.
Waktu itu, penggunaan platform bisnes online seperti Shopee masih baharu dan belum
digunakan sepenuhnya.
Pada waktu sekarang, pihak syarikat telah lebih menjurus ke arah pemasaran digital yang
didapati amat menguntungkan dan kos operasi adalah amat rendah berbanding pemasaran
tradisional. Syarikat tidak perlu mempunyai ramai pekerja dengan pemasaran secara digital.
Pemasaran melalui social media amat bermanfaat di mana syarikat berurusan terus dengan
pelanggan samada syarikat atau individu. Segala maklumbalas yang diterima terus dari
pelanggan dan peranan orang tengah dapat diketepikan atau dihapuskan. Syarikat tidak lagi
perlu membuat borang kajian kepuasan pelanggan untuk diedarkan samada di pasaraya atau
tempat tumpuan orang ramai. Dengan adanya FB dan Instagram syarikat dapat menerima
komen secara terus dari pelanggan. Segala maklumbalas yang yang diterima boleh dibuat
5
This study source was downloaded by 100000858384267 from CourseHero.com on 12-03-2022 21:10:01 GMT -06:00
https://www.coursehero.com/file/98859968/Laporan-Reflektif-Bicara-Ceodocx/
pembaikan dengan segera dan cepat.
Bagi mengekalkan pelanggan setia, syarikat
menawarkan produk berkualiti yang sentiasa dijaga dan dari masa ke semasa memberi
potongan diskaun kepada pelanggan setia. Penggunaan media social telah meningkatkan lagi
pendapatan syarikat terutama di masa PKP. Tempahan produk telah meningkat kepada 25 kali
berbanding sebelum PKP. Hingga di satu peringkat syarikat tidak dapat memenuhi
permintaan pelanggan disebabkan kelambatan mendapatkan bahan mentah dari supplier
dalam membuat produk.
KESIMPULAN
Syarikat pada masa kini masih mengeluarkan produk secara OEM di mana produk syarikat
dibuat oleh syarikat lain dan formula masih dipegang oleh syarikat. Syarikat dalam
perancangan terdekat akan membuat sebuah kilang supaya dapat membuat produknya sendiri.
Saya amat teruja dengan bicara Puan Sabariah dalam mengharungi dunia bisnes yang
bermula dari seorang wanita yang bujang dalam umur 24 tahun sehingga sekarang telah
berumahtangga dengan mempunyai seorang suami dan 3 orang anak tercinta. Ketabahan
beliau dan rakan-rakan beliau dalam bisnes produk ‘eco-friendly biotechnology’ yang mana
tidak ramai orang terlibat terutama bangsa Melayu amat mengagumkan dan patut dijadikan
idola setiap graduan seperti saya yang pada satu hari akan melibatkan diri dalam bidang
keusahawanan juga. Insya Allah.
Saya juga mendoakan agar segala perancangan yang disusunkan oleh Puan Sabariah dan
syarikat Nature Profusion Sdn Bhd berjalan dengan baik dan akhirnya mendatangkan manfaat
kepada syarikat dan rakyat umumnya. Amin.
6
This study source was downloaded by 100000858384267 from CourseHero.com on 12-03-2022 21:10:01 GMT -06:00
https://www.coursehero.com/file/98859968/Laporan-Reflektif-Bicara-Ceodocx/
7
This study source was downloaded by 100000858384267 from CourseHero.com on 12-03-2022 21:10:01 GMT -06:00
https://www.coursehero.com/file/98859968/Laporan-Reflektif-Bicara-Ceodocx/
Powered by TCPDF (www.tcpdf.org)
Download