UNIT PERSATUAN SAINS & MATEMATIK & PANITIA SAINS 2020 KERTAS KERJA PERTANDINGAN INOVASI ROKET AIR TAHUN 2020 SJKT LADANG BATU HAMPAR, 71300 REMBAU, NEGERI SEMBILAN 1.0 PENGENALAN Program ini bertujuan untuk memberikan inspirasi terhadap pelajar agar berusaha mencapai kecemerlangan dan berani menerokai bidang baru dalam sains dan teknologi. Program ini juga memberi pendedahan kepada pelajar kepentingan menguasai subjek sains dan teknologi serta memupuk minat melakukan eksperimen dalam mencapai kejayaan. Seterusnya, aktiviti ini yang dilaksanakan secara sistematik dan bersepadu secara tidak langsung mewujudkan peluang kepada para peserta mengembangkan kemahiran kognitif, afektif dan psikomotor masing- masing. 2.0 MATLAMAT Sesuai dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, maka program ini dirancang sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi dan intelek serta berpotensi untuk memberi sumbangan kepada kesejahteraan dan kemajuan diri sendiri, masyarakat, bangsa, negara dan agama. Meningkatkan semangat dan kecintaan pelajar untuk mendalami ilmu dan teknologi angkasa. Memberikan pendedahan kepada pelajar aplikasi sains dan teknologi dalam kehidupan seharian. Memupuk dan mencungkil bakat, daya kreativiti dan inovasi pelajar. 3.0 OBJEKTIF Program ini mengandungi beberapa objektif iaitu: 1. Membina modal insan pelajar yang cemerlang, seimbang dan gigih berusaha dalam melakukan kajian susulan. 2. Menghayati dan mengamalkan ilmu pengetahuan Sains dan Teknologi. 3. Mengeratkan kerjasama dan semangat sepasukan. 4. Memupuk semangat setiakawan dan keharmonian. 1 UNIT PERSATUAN SAINS & MATEMATIK & PANITIA SAINS 2020 4.0 ANJURAN Persatuan Sains & Matematik bersama Panitia Sains SJKT LBH 5.0 PELAKSANAAN PROGRAM Hari : Rabu Tarikh : 14.10.2020 Masa: 2.00 petang hingga 4.00 petang 6.0 KUMPULAN SASARAN Semua murid tahap 2, SJK(T) Ladang Batu Hampar 7.0 JAWATANKUASA PROGRAM Pengerusi : Pn. Saratha a/p Muniandy (Guru Besar) Naib Pengerusi : Pn.Sumati a/p Regunathan (GPK Kurikulum) Setiausaha : En.A. Jagan (Penyelaras ) AJK : Pn.S.Kalaivani : Pn.M.Kanchanah : Pn.P.Sathia Bamah : Pn.S.Kaladevi : Pn..B.Uma Mageswary 8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN Hadiah A) Johan RM 6.00 X 3 orang B) Naib Johan RM 5.00 x 3 orang C) Ketiga– RM 4.00 x 3 orang = RM 18.00 = RM 15.00 = RM 12.00 Jumlah Perbelanjaan = RM 9.0 PERUNTUKKAN -Wang Peruntukkan BKK = Perbelanjaan A, B, dan C 2 45.00 UNIT PERSATUAN SAINS & MATEMATIK & PANITIA SAINS 2020 10.0 ATURCARA MAJLIS 2.00 Murid dibahagikan mengikut kelas. 2.15 Murid –murid membuat roket air berdasarkan video. 3.15 Pelancaran roket secara individu 3.45 Keputusan diumumkan. 4.00 Bersurai 11.0 PENUTUP Kejayaan aktiviti ini amat bergantung kepada kerjasama semua pihak. Sokongan dan bantuan daripada semua pihak , secara langsung dan tidak langsung turut menyumbang kepada kejayaan aktiviti ini. Adalah diharapkan semua aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Disediakan oleh, Disemak oleh, ………………………………. (Jagan a/l Arumugam) Guru Penasihat Persatuan Sains & Matematik, Ketua Panitia Sains SJK(T) Ladang Batu Hampar 71300 Rembau, N.S 3 ………………………… ,