Uploaded by Ely Salwana Mat Surin

Kertas kerja Taklimat Ancaman Hidupan Liar UKM

advertisement
KERTAS CADANGAN TAKLIMAT MENGHADAPI ANCAMAN BINATANG
BERBISA DAN HAIWAN LIAR DI TEMPAT KERJA
TAJUK PROGRAM
Tajuk:
Taklimat Menghadapi Ancaman Binatang Berbisa dan Haiwan Liar di Tempat Kerja
(Tindakan kawalan dan pencegahan)
Tarikh:
8 Mac 2023 (Rabu)
Tempat:
Auditorium Teknologi Multimedia Fusion, Institut IR4.0, Akademia Siber Teknopolis,
UKM
Anjuran:
Jawatankuasa Risiko dan Keselamatan, Institut IR4.0 dengan kerjasama Pusat
Pengurusan Risiko, Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (ROSH-UKM) dan
Bahagian Keselamatan UKM
TUJUAN
Tujuan kertas cadangan ini ialah untuk memohon pertimbangan dan kelulusan untuk
mengadakan Taklimat Menghadapi Ancaman Binatang Berbisa dan Haiwan Liar di
Tempat Kerja. Taklimat ini merupakan salah satu pengisian program yang dirangka
oleh Jawatankuasa Risiko dan Keselamatan IIR4.0 yang bertujuan untuk memberi
penekanan tentang kesedaran, tindakan dan penyelesaian kepada masalah
ancaman hidupan liar di tempat kerja, memberi pendedahan berfokuskan kepada
keselamatan diri, pencegahan dan persediaan yang diperlukan apabila berhadapan
dengan hidupan liar dan berbisa, mendidik peserta tentang tanggungjawab dan
kepekaan tentang kemungkinan berlakunya ancaman serta untuk melahirkan pekerja
yang peka kepada risiko hidupan liar di tempat kerja.
LATAR BELAKANG PROGRAM
Konflik antara manusia dengan haiwan bukanlah suatu perkara baharu. Punca utama
konflik tersebut disebabkan oleh kemusnahan habitat, pembahagian habitat,
pembalakan, pemburuan haram dan pembangunan tidak terancang yang tidak
mengambil kira kehadiran hidupan liar di kawasan berkenaan. Umum mengetahui
bahawa kampus induk Universiti Kebangsaan Malaysia yang terletak di Bangi
merupakan kampus yang dibina dalam kawasan Hutan Simpan Bangi dan kini dikenali
sebagai Hutan Simpan Kekal Universiti Kebangsaan Malaysia. Dikelilingi dengan
habitat asal haiwan-haiwan ini, warga UKM seringkali diganggu dengan kehadiran
mereka terutamanya monyet, ular, babi hutan, anjing dan serangga berbisa seperti
tebuan dan lebah. Haiwan itu juga bertindak agresif apabila sering menggali sampah
sarap di dalam tong sehingga kawasan bangunan menjadi kotor. Penemuan ular di
kawasan bangunan juga menimbulkan kerisauan dan kekecohan dalam kalangan
warga UKM dan memberikan trauma yang lama terutamanya kepada mangsa yang
terlibat. Taklimat Menghadapi Ancaman Binatang Berbisa dan Haiwan Liar di Tempat
Kerja ini merupakan program anjuran Jawatankuasa Risiko dan Keselamatan IIR4.0
dengan kerjasama Pusat Pengurusan Risiko, Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan
(ROSH-UKM) dan Bahagian Keselamatan UKM yang akan dijalankan dalam suku
pertama tahun 2023. Objektif program ini adalah untuk memberi penekanan tentang
kesedaran, tindakan dan penyelesaian kepada masalah ancaman hidupan liar di
tempat kerja. Taklimat ini akan disampaikan oleh wakil dari Bahagian Keselamatan
UKM dan bakal disertai oleh kakitangan dan pelajar IIR4.0 serta terbuka kepada
seluruh warga UKM.
OBJEKTIF PROGRAM
1) Memberi penekanan tentang kesedaran, tindakan dan penyelesaian kepada
masalah ancaman hidupan liar di tempat kerja
2) Memberi pendedahan berfokuskan kepada keselamatan diri, pencegahan dan
persediaan yang diperlukan apabila berhadapan dengan hidupan liar dan
berbisa
3) Mendidik peserta tentang tanggungjawab dan kepekaan tentang kemungkinan
berlakunya ancaman serta untuk melahirkan pekerja yang peka kepada risiko
hidupan liar di tempat kerja
SASARAN
1. Kakitangan dan pelajar IIR4.0 serta seluruh warga UKM
IMPLIKASI KEWANGAN
Anggaran Perbelanjaan.
Bil
Perkara
Kuantiti
Jumlah
Jumlah
1
Saguhati Penceramah
1 x 2 jam
RM 400.00
RM 400.00
2
Makanan
Minum
pagi
IIR4.0
dan
jemputan)
40 org
RM 7.00
RM 280.00
(warga
tetamu
JUMLAH KESELURUHAN
RM 680.00
Anggaran Pendapatan.
Bil
1
2
Perkara
Unit
Jumlah
Institut IR4.0
RM 400.00
RM 400.00
Kutipan sumbangan
RM 280
RM 280.00
JUMLAH KESELURUHAN
RM 680.00
Jumlah keseluruhan kos bagi Taklimat Menghadapi Ancaman Binatang Berbisa dan
Haiwan Liar di Tempat Kerja adalah sebanyak RM 680.00.
ATUR CARA TAKLIMAT
Sila rujuk Lampiran I
JAWATANKUASA
Bil
1
2
3
4
5
Nama
Dr. Ely Salwana Mat Surin
Mohamad Syahmi Shahril
Siti Norazimah Ahmat
Zaina Nabila Zainol Mahdzir
Nur Adilah Shahli
J/Kuasa
Penasihat
Penyelaras
Urusetia
Urusetia
Urusetia
PENUTUP
Sehubungan dengan itu, mohon untuk meneliti dan menerima kertas kerja ini dan
seterusnya meluluskan untuk mengadakan Taklimat Menghadapi Ancaman Binatang
Berbisa dan Haiwan Liar di Tempat Kerja. Taklimat ini dijangka dapat meningkatkan lagi
kesedaran, persediaan dan pengetahuan tentang tindakan wajar yang perlu diambil
dalam menghadapi ancaman haiwan liar dan berbisa di tempat kerja.
Disediakan oleh:
Mohamad Syahmi bin Shahril
Ahli Jawatankuasa Risiko dan Keselamatan,
Institut IR4.0
Disemak oleh:
Dr. Ely Salwana Mat Surin
Penyelaras Jawatankuasa Risiko dan Keselamatan,
Institut IR4.0
Lampiran I
Aturcara Taklimat Menghadapi Ancaman Binatang Berbisa dan Haiwan Liar di
Tempat Kerja
Tarikh/ Masa
Pengisian
8 Mac 2023 (Rabu)
9.00 am – 9.30 am
Pendaftaran peserta di Auditorium Teknologi
Multimedia Fusion, Akademia Siber Teknopolis
9.30 am – 9.35 am
Ucapan aluan dari YBrs. Dr. Ely Salwana Mat Surin
Penyelaras
Jawatankuasa
Risiko
dan
Keselamatan, Institut IR4.0
9.35 am – 11.35
Taklimat menghadapai ancaman binatang
berbisa dan haiwan liar di tempat kerja oleh
Wakil Bahagian Keselamatan UKM.
11.40 am
Minum Pagi/ Bersurai
Download