MPU 3182: JURNAL FALSAFAH DAN ISU SEMASA SEMESTER 2 2019/2020 JOURNAL FALSAFAH DISEDIAKAN OLEH: NAMA MOHD DANIAL AMIN BIN JALINI NO MATRIK 70473 PROGRAM WA21 (KAJIAN POLITIK DAN PEMERINTAHAN NAMA PENSYARAH ENCIK DICK LEMBANG ANAK DUGUN TARIKH PENGHANTARAN 30 JUN 2020 1 Abstrak Falsafah dan isu semasa merupakan tajuk dan suatu subjek yang menarik kepada seseorang individu ini. Hal ini kerana, kajian ini mengenai kebenaran atau reality yang menjadi asas kepada kehidupan setiap Individu. Tujuan pembelajaran falsafah ini adalah memahami idea-idea dan pemikiran-pemikiran yang pernah muncul dalam sejarah dunia. Dalam jurnal ini membincangkan atau membahaskan enam tajuk penting yang meliputi Pengenalan falsafah, falsafah dalam kehidupan, logik, Psikologi dan sisiologi (insan), Metafizik dan Epistemologi. Dalam keenamenam subjek ini membincangkan tentang bagaimana cara mendapatkan idea, bagaimana cara berfikiran dengan kritis, mencari kebenaran dan lain-lain. Melalui pembelajaran falsafah ini mampu meningkatkan pengetahuan dan mudah untuk memperolehi ilmu. Akhir sekali, Pembelajaran falsafah ini mampu membuka minda masyarakat untuk terus maju dalam apa jua cabaran dan situasi serta mampu mengembankan pemikiran yang baik. ISI KANDUNGAN BIL TAJUK MUKA SURAT 1. ABSTRAK 2 2. KANDUNGAN 2 3. PENGHARGAAN 3 4. PENGENALAN ILMU FALSAFAH 3-8 5. FALSAFAH DALAM KEHIDUPAN 8-13 6. LOGIK 14-18 7. PSIKOLOGI DAN SOSIOLOGI 19-25 8. METAFIZIK 26-29 9. EPISTEMOLOGI 30-34 10. RUJUKAN 35-39 2 PENGHARGAAN Terlebiih dahulu saya mengucapkan syukur alhamdulillah kepada illahi kerana dengan limpah dan kurnianya saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Saya juga mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pihak yang membantu memberikan sokongan serta dukungan sepanjang jurnal ini dijalankan. Ucapan terima kasih juga saya ucapkan kepada Pensyarah iaitu sir Dick Lembang anak Dugun penyelaras dan penasihat akademik kerana memberikan sokongan dan dukungan dalam menjayakan jurnal ini. Hal ini kerana, beliau telah memberikan tunjuk tunjuk ajar dan bimbingan yang sangat berkesan kepada semua pelajar Program Politik dan Pemerintahan (WA21). Selain itu, penghargaan juga kepada semua rakan dari program Politik dan Pemerintahan yang banyak membantu saya dalam tugasan ini dengan memberikan cadangan dan idea serta peranan pihak Center for Academic Information Service (CAIS) kerana memberikan pinjaman kepada peralatan yang saya perlukan. Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang membantu saya secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan tugasan jurnal ini. Jurnal 1: Pengenalan Ilmu Falsafah Pengenalan Falsafah merupakan satu perkataan yang memberikan pelbagai maksud mengikut individu yang mendalami tentangnya. Manakala, Falsafah dari perkataan Greek Philosophia yang bererti cinta dan hikmah adalah adalah satu disiplin ilmiah yang mengusahakan kebenaran yang umum dan asas. Falsafah juga pengetahuan tentang pengertian yang dianggap sebagai ilmu tertinggi yang menjadi dasar ilmu-ilmu lain. (Kamus Dewan Edisi Ke Keempat). Menurut Abdul Rahman dan Zakaria Kasa (1986) belajar falsafah merupakan satu ilmu yang mempelajari mengenai sebuah proses memahami aktiviti-aktiviti berfikir manusia, dan falsafah itu sendiri adalah aktiviti berfikir. Oleh itu Philosophy membawa maksud love of knowledge or wisdom Tujuan falsafah ini adalah untuk berfikiran baik serta untuk mendapat kebenaran. Falsafah juga dapat melatih manusia untuk berfikir secara logic ataupun kritis dalam menjalankan sesuatu benda ataupun pekerjaan.Secara terminologinya berbeza mengikut pandangan ahli falsafah iaitu menurut Aristotle kajian mengenai hakikat zat sesuatu (being as being) dan penyebab utama (first principle). Selain itu, falsafah juga 3 mempunyai fungsi dan matlamat antaranya adalah memberikan ajaran tentang moral dan etika yang berguna dalam hidup, sebagai contoh setiap manusia perlulah berdisiplin, beradab dan beretika agar kehidupan terus maju serta aman dan Sentosa. Bukan itu sahaja malah, menjelaskan tentang cara hidup, pandangan hidup serta pandangan dunia. Selanjutnya, untuk mempelajari falsafah adalah seseorang itu dapat berfikir secara baik dan sistematik. Hal ini demikian, kerana apabila berfikiran secara sistematik seseorang individu itu mampu memberikan idea-idea yang bernas dan mengetahui kebaikan dan kelemahan sesebuah idea pemikiran yang dikeluarkan melalui daripada pembelajaran falsafah. Falsafah juga amat peting disebabkan dengan pemikiran yang logik akal. Oleh itu, seseorang individu itu mampu menentukan kesimpulan dan keputusan yang dilakukan serta menilai hujah-hujah dan bukti untuk membentuk sesuatu idea itu. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN. Falsafah Pendidikan kebangsaan merupakan suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Peranan yang digariskan dalam falsafah Pendidikan kebangsaan ialah peranan sekolah begitu besar melahirkan pelajar dan guru yang cemerlang. Sekolah merupakan institusi formal kepada para pelajar, hal ini kerana pelajar akan memperolehi ilmu pengetahuan dan kemahiran asas serta menjadi tenaga mahir di negara kita pada masa akan datang. Penerapan dan penghayatan nilai-nilai murni terus mekar dijiwa pelajar dan sentiasa ingin memajukan diri. Peranan (FPK) yang seterusnya adalah kepimpinan, menurut kata Wilson Corcoran (1998), segala kejayaan dan kegagalan pelajar terletak pada pihak sekolah iaitu guru besar dan guru-guru. Guru merupakan nadi utama sekolah dan pengerak kepada kejayaan murid-murid untuk membentuk pelajar yang cemerlang. Selain itu, guru perlulah berfikiran kreatif dan berinovasi bagi membentuk visi dan misi sekolah berlandaskan FPK. Di samping itu, penganjuran programprogram disekolah juga perlu diterapkan bagi memupuk nilai-nilai murni seperti kempen membaca buku serta mengadakan kuiz-kuiz mingguan. Hal ini dapat memupuk semangat kerajinan dalam mengulang kaji pelajaran, menyiapkan kerja sekolah dan membuat latihan. 4 RUKUN NEGARA Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum dengan adanya penglibatan orang Sabah dan Serawak. Malaysia kini sudah berusia 62 tahun kemerdekaan. Negara Malaysia juga mempunyai ekonomi negara yang baik dan pesat di asia tenggara ini. Hal ini disebabkan oleh, penglibatan orang Melayu, Cina, India, Orang Sabah dan Sarawak yang berbilang kaum turut menyumbangkan ekonomi kepada negara. Rukun negara secara rasminya diisytiharkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong IV Pada 31 ogos 1970. Rukun negara ini dibentuk adalah untuk tujuan perpaduan kaum yang disebabkan oleh peristiwa 13 mei 1969 yang melemahkan semangat perpaduan. Penghayatan dan penerapan Rukun Negara amat dititikberatkan oleh setiap pelajar mahupun para guru serta masyarakat. Prinsip Rukun Negara sebenarnya adalah satu falsafah dan ideologi negara yang menjadi dasar kesatuan perpaduan bangsa serta padoman kepada kehidupan semua masyarakat pelbagai kaum dan budaya di negara ini. Tujuan utama Rukun Negara dibentuk adalah untuk membentuk perpaduan yang kukuh dalam kalangan rakyat Malaysia. Melalui Rukun Negara, masyarakat mampu hidup dalam aman damai dan Sentosa serta mampu memupuk semangat perpaduan kaum. Objektif penubuhan ini juga adalah untuk membina masyarakat yang maju dalam bidang sains dan teknologi. Terdapat lima prinsip Rukun Negara antaranya adalah Kepercayaan Kepada Tuhan, Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan UndangUndang, Kesopanan Dan Kesusilaan. Kepercayaan kepada Tuhan merupakan rukun negara yang pertama. Hal ini demikian kerana, kepercayaan amatlah penting untuk membentuk suatu bangsa dan negara yang berdaulat. Ketiadaan agama mampu meruntuhkan keperibadian sendiri serta meruntuhkan bangsa dan negara. Di Malaysia agama islam merupakan agama rasmi tetapi juga agama lain bebas diamalkan. Oleh itu, pegangan ajaran agama amat penting dan prinsip ini telah dipilih dalam prinsip rukun negara yang pertama. Prinsip kedua ialah Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara. Setiap rakyat Malaysia perlulah taat setia, jujur kepada raja iaitu Yang-diPertuan Agong dengan tidak menderhaka kepada raja. Prinsip yang ketiga pula ialah Keluhuran Perlembagaan iaitu undang-undang yang tertinggi di Malaysia untuk menjaminkan keadilan, kerjasama, kesepakatan kepada kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri. Tambahan pula, ia juga menjamin hak asasi, kebebasan sosial dan keadilan untuk semua rakyat Malayia. Prinsip yang 5 keempat pula adalah Kedaulatan Undang-Undang iaitu setiap negara undang-undang mempunyai undang-undang agar dapat mewujudkan suasana yang aman dan makur. Undang-undang juga dicipta agar masalah sosial dapat dibedung dengan berkesan. Setiap orang sama tarafnya disisi undang-undang tanpa sebarang diskriminasi. Prinsip kelima pula adalah Kesopanan Dan Kesusilaan iaitu setiap masyarakat hendaklah mempunyai moral dan akhlak yang baik dan harus dibina sejak kecil lagi. Oleh itu, prinsip yang terakhir ini mengajar kita untuk lebih brdisiplin dalam setiap tanggungjawab dan sentiasa menghormati orang lain. Penerapan ideologi rukun negara ini menyatukan masyarakat Malaysia yang berbilang suku, kaum,bangsa dan agama serta menerapkan nilai-nilai patriotism dan taat setia kepada negara. Sebagai contoh, Malaysia mempunyai pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain. Penyerapan nilai-nilai ini menyebabkan setiap individu bertolak ansur antara satu sama lain dengan mengelakan perkara-perkara negatif yang tidak berlaku yang menggangu ketenteraman orang ramai yang akhirnya membawa kepada campur tangan pihak ketiga dalam hal-ehwal negara yang akan membawa kepada neokolonialisme. Walaupun negara Malaysia mengejar ekonomi, penghayatan rukun negara dalam setiap individu amatlah penting. Secara umunya, ideologi rukun negara diperkenalkan pada 31 0gos 1970 demi merapatkan jurang antara semua kaum dan menjamin kemakmuran,keamanan dan kesejahteraan. Penghayatan dan penerapan Rukun Negara menjadikan sebuah masyarakat lebih berdisiplin, hal ini demikian kerana, setiap maksud didalam Rukun Negara tersebut membawa maksud yang membina kepada bangsa dan negara serta mampu meningkat pemikiran yang kritis. Sebagai contoh maksud untuk Kepercayaan Kepada Tuhan adalah sebagai bangsa dan negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada tuhan. Hal ini kerana, Rukun Negara ini mampu menyedarkan rakyat atau masyarakat bahawa pentingnya agama dan kepercayaan kepada tuhan dalam kehidupan seseorang. Oleh itu, Rukun Negara bukan hanya dilafazkan dalam ikrar sahaja malahan semua masyarakat perlu menghormatinya dan perlu dipraktikkan agar tidak mengabaikan 5 prinsip rukun negara. Rukun Negara juga adalah prinsip kemajuan untuk negara kita sendiri agar mencapai perpaduan kaum yang harmoni serta sejagat. 6 FALSAFAH SEJAHTERAH. Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum, bangsa dan agama, keunikan Malaysia terserlah dengan wujudnya pelbagai kaum dan budaya antaranya Melayu, cina, India dan lain-lain. Maksud sejahterah menurut kamu dewan adalah keadaan sejahtera, keamanan dan keselamatan, ketenteraman di dunia dan di akhirat (Kamus Pelajar Edisi Kedua). Rakyat Malaysia dapat hidup aman dan damai serta Bersatu padu, bekerjsama berdasarkan prinsip-prinsip rukun negara yang di buat pada tahun 1970. Hal ini kerana, bagi mengelakkan peristiwa 13 mei 1969 yang berlaku perselisihan dan pergaduhan (Abdul Rahman Embong, (2010) dengan mewujudkan perpaduan kaum. Langkah ini dilakukan oleh kerajaan adalah untuk menggelakkan daripada berulangnya peristiwa 13 Mei 1969 . Perpaduan amatlah penting bagi membentuk kesejahteraan negara Malaysia, rakyat Malaysia berperanan penting bagi mencapai perpaduan dalam negara. Sebagai contoh, rakyat perlu Bersatu menerima perbezaan antara satu sama lain, dan tidak mengungkit isu-isu perkauman, adat istiadat dan agama bagi mencapai kesejahteraan dalam Masyarakat di negara kita. Selanjutnya, Rukun negara menjadi panduan kepada masyarakat agar hidup harmoni dan hormat menghormati dengan pelbagai kaum, budaya dan agama di negara ini bagi mengekalkan keamanan serta membentuk kesejahteraan. Kesimpulannya, Falsafah merupakan satu ilmu yang mempelajari mengenai sebuah proses memahami aktiviti-aktiviti berfikir manusia, dan falsafah itu sendiri adalah aktiviti berfikir secara rasional dan kritis. Ilmu falsafah amatlah penting kepada semua golongan agar memahami sesuatu benda yang dipelajari dalam kehidupan. Falsafah pendidikan kebangsaan (FPK) menerangkan mengenai memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Hal ini juga kerana, pendidikan awal kanak-kanak diterapkan sejak dibangku sekolah lagi untuk membina tingkah laku yang baik dalam kalangan pelajar. Guru juga menjadi contoh (Role model) kepada para pelajar agar mampu membina pelajar yang bijak dan cemerlang serta berfikiran rasional seperti tokoh-tokoh ahli falsafah iaitu Aristotle agar mampu membina bangsa serta memajukan negara. Rukun Negara juga merupakan satu ilmu falsafah yang patut diterapkan dalam kalangan masyarakat agar perpaduan kaum di 7 Malaysia sentiasa hidup dalam aman dan damai serta tiada perpecahan dan perbalahan. Jurnal 2: Falsafah Dalam Kehidupan Falsafah merupakan satu perkataan yang memberikan pelbagai maksud mengikut individu yang mendalami tentangnya. Manakala, Falsafah dari perkataan Greek Philosophia yang bererti cinta dan hikmah adalah adalah satu disiplin ilmiah yang mengusahakan kebenaran yang umum dan asas. Falsafah juga pengetahuan tentang pengertian yang dianggap sebagai ilmu tertinggi yang menjadi dasar ilmu-ilmu lain. (Kamus Dewan Edisi Ke Keempat). Menurut Abdul Rahman dan Zakaria Kasa (1986) belajar falsafah merupakan satu ilmu yang mempelajari mengenai sebuah proses memahami aktiviti-aktiviti berfikir manusia, dan falsafah itu sendiri adalah aktiviti berfikir. Fung Yu-Lan (1966), Menurut beliau, seseorang ahli falsafah harus berfalsafah dengan memikir secara relektif terhadap kehidupan, kemudian menyatakan pemikirannya secara sistematik. Maka, semua teori kehidupan dan alam semesta, serta ilmu adalah hasil daripada pemikiran relektif tersebut. Falsafah dari perspektif agama pula adalah prinsip-prinsip akidah, ilmu dan amal adalah merangkumi beberapa perkara iaitu mengenal tuhan, memahami fenomena alam dan diri sendiri serta menghayati cara hidup yang baik. Hal ini kerana, setiap insan perlu mengenali sang penciptanya supaya hidup terus diberkati dan perjalanan hidup yang baik. Setiap insan diajar mengenai fenomena alam di dalam subjek sains seperti kejadian siang dan malam, gempa bumi dan sebagainya. Ilmu berkaitan fenomena alam ini amat penting bagi mengajar kita rasa bersyukur kepada sang pencipta serta meningkatkan daya imaginasi dan kreativiti. Menurut tokoh falsafah iaitu Aristotle menegaskan falsafah yang sebenarnya adalah falsafah pertama iaitu metafizik yang lebih dikenal didalam kalangan ahli pemikir Yunani dalam bidang ketuhanan. Metafizik merupakan cabang falsafah yang pertama dan banyak menerangkan tentang sifat-sifat yang mutlak ataupun secara fizikalnya. Manakala menurut Thomas Aquinas (1225-1274) falsafah adalah alat bagi menetapkan kebenaran ketuhanan sekadar yang dicapai oleh akal manusia. 8 CABANG-CABANG ILMU FALSAFAH DAN FALSAFAH TEORITIKAL (NAZARIYYAH). Cabang ilmu falsafah dapat diklasifikasikan kepada empat cabang iaitu metafizik, epistimologi, aksiologi dan logik. Metafizik adalah salah satu cabang falsafah iaitu yang berkaitan dengan kajian sifat dan asal usul mengenai reality mutlak. Istilah ini berasal daripada nama tajuk Meta ta physica (selepas fizik) dalam karya Aristotle “Prinsip Pertama” .Secara terminologinya berbeza mengikut pandangan ahli falsafah iaitu menurut Aristotle kajian mengenai hakikat zat sesuatu (being as being) dan penyebab utama (first principle). Menurut takrifan Kamus yang jauh melangkau alam fizikal atau kebendaan. Maka pengertian metafizik adalah berkaitan dengan perkara yang keluar daripada fizikal yang berkaitan alam, jiwa, roh dan kehidupan, sebagai contoh kewujudan alam adalah satu hakikat walaupun tidak dapat dibuktikan. Selain itu, Epistemologi pula merupakan cabang falsafah yang mengkaji ilmu pengetahuan iaitu merupakan satu bidang perbahasan yang membincangkan perihal ilmu. Epistimologi mempersoalkan tentang apakah itu ilmu, bagaimana kita memperoleh ilmu dan lain-lain. Teori epistemologi yang berlandaskan empirisisme dan rasionalisme yang merupakan mazhab paling berpengaruh. Descartes, Leibniz dan Spinoza menggunakan model rasionalisme (demonstrasi formal dalam logic dan metamatik tanpa pemerhatian atau eksperimen). Secara umumnya epistemology mempunyai dua pemikiran iaitu mazhab idealisme dan juga materialisme. Menurut mazhab idealisme berpendapat ilmu didapati daripada pemikiran rasional atau pengalaman yang subjektif. Manakala berlandaskan mazhab materialisme pula menekankan pendekatan ilmu daripada kefahaman kepada kesedaran. Falsafah estetika merupakan kajian deria atau nilai hubungan ciri sedemikian dengan emosi ataupun pertimbangan yang mengaitkan antara sentiment dan cita rasa. Hal ini kerana, falsafah dan estetika sangat berhubungan rapat dengan kesenian ini disebabkan nilai estetika itu adalah kesenian. Perkataan estetika dalam bahasa Yunani ialah aisthesis iaitu hal-hal yang berkaitan dengan pacaindera ataupun kepekaan. Menurut Alexander Baumgarten (1714-1716) iaitu seorang ahli falsafah daripada jerman yang memperkenalkan maksud aesthesis itu. Selanjutnya, Estetik juga adalah hal yang membincangkan tentang keindahan kesenian, perkembangan seni dan sebagainya, estetika juga merupakan antara 9 bidang yang terdapat di dalam sosiologi, antropologi dan psikologi. Manakala falsafah psikologi merupakan masyarakat sebagai kajian sainstifik manusia minda dan tingkah laku. Hal ini demikian kerana, dengan adanya pembelajaran dan pengetahuan psikologi ini mampu mampu membaca tingkah laku yang dipamerkan oleh manusia serta sifat-sifat seseorang manusia, sebagai contoh tingkah laku manusia adalah berlari, menari, menangis dan sebagainya. Ahli falsafah menggunakan psikologi ini sebagai suatu kajian yang saintifik yang berbeza dalam menjalankan penyelidikan mengenai topik sosial. Falsafah ini merupakan falsafah teoritikal yang terdapat didalam cabang-cabang falsafah (Nazariyyah). Manakala, ontologi berasal dari bahasa Yunani yaitu Ontos berarti yang berada (being) dan Logos berarti pikiran (logic). Mengikut ahli falsafah ontology adalah pengajian kewujudan (existence) atau kejadian (being). Ahli ontology sentiasa berubah mengetahui makna apabila kita mengatakan kewujudan sesuatu. Aksiologi pula bermaksud cabang etika mengkaji perkara seperti nilai-nilai moral, prinsip moral dan tingkah laku. Aksiologi ini dapat dibahagikan dengan dua bahagian iaitu etika (kelakuan dan adat resam) dan estetika (kecantikan dan seni). Istilah etika diperolehi daripada perkataan Yunani (ethos) yang bermaksud dengan adat resam dan kelakuan. Aksiologi juga merupakan cabang falsafah yang mempersoalkan yang baik atau yang beruk benara atau salah. Akhir sekali, ialah logik iaitu perkataan yang berasal dari Yunani yang menerangkan hubungan antara ideaidea dan memberi alasan bagi jawapan yang diberi. Logik ini dapat dibahagikan kepada dua iaitu logik induktif dan logik deduktif . Logik induktif ialah bermula dengan butiran khusus, kemudian membuat kesimpulan umum. Manakala, Logik deduktif pula bermaksud bermula dengan kesimpulan umum kemudian mencari contoh-contoh yang relevan bagi menerangkan kesimpulan ini. Menurut Plato (427 347 SM). Pendidikan merupakan satu proses untuk membentuk individu yang berakhlak mulia. Dengan adanya logik maka terciptanya suatu pemikiran yang lebih teratur, sebagai contoh, wujudnya kemahiran berbahas dalam diri seseorang dimana seseorang itu mampu menetapkan pendiriannya sendiri dan mempertahankan perkara logik yang ia perolehi. 10 FALSAFAH PRAKTIKAL (AMALIYYAH). Falsafah praktikal mempunyai empat fungsi iaitu Etika (falsafah akhlak dan baik / buruk), Falsafah politik (falsafah kerajaan dan governan negara), Falsafah ekonomi (falsafah pengagihan kekayaan dan keadilan), Falsafah peradaban (falsafah perkembangan budaya dan tamadun manusia). Etika adalah salah satu cabang utama Falsafah yang merangkumi kelakuan betul dan kehidupan baik. Dalam karya Aristotle ada menerangkan mengenai etika yang bermaksud ilmu pengetahuan yang mempelajari masalah perbuatan atau tindakan manusia. Etika juga membantu manusia untuk melihat sikap yang ditonjolkan sama ada positif atau negatif. Sekiranya seseorang itu melakukan perkara yang tidak baik maka akhlaknya buruk dan tidak bermoral. Manakala, falsafah politik pula merupakan ilmu berkaitan dengan politik yang merujuk kepada negara kita. Politik juga adalah sangat penting kepada sesebuah negara, hal ini kerana politik adalah asas kepada sesebuah negara. Dengan mempelajari politik setiap insan mampu membuka minda dengan luas serta mampu mendisiplinkan diri. Selain itu, Ekonomi juga merupakan satu ilmu falsafah yang wajib dipelajari oleh setiap pelajar. Hal ini kerana, dalam bidang ekonomi seseorang itu akan tahu bagai mana cara mengagihkan kekayaan secara sama rata dan adil. Ekonomi adalah sangat penting bagi menjamin ekonomi terus meningkat dari segi pendapatan negara, infrastruktur dan lain-lain. Akhir sekali, adalah falsafah peradaban merupakan perkembangan budaya dan tamadun keamanusiaan. Tamadun akan terbentuk dengan adanya kemajuan kerohanian serta sopan santun bagi mencapai masyarakat yang mempunyai moral dan etika. Bagi membentuk sesuatu kaum masyarakat itu hendaklah berlakuan yang baik serta berfikiran yang luas, budi perkerti yang terpuji agar terbentuk bangsa masyarakat dan negara. KEMUNCULAN FALSAFAH-FALSAFAH BARU. Kemunculan falsafah-falsafah baru muncul pada abad ke-15-18-an. Kemunculan idea atau falsafah baru ini mampu memberikan impak yang besar kepada sejarah dunia pada hari ini. Antara factor yang menyebabkan kemunculan falsafah baru ialah komunikasi. Hal ini kerana, pada zaman industry perindustrian tersebut kemudahan-kemudahan banyak dicipta disebabkan komunikasi antara masyarakat mampu melahirkan pemikiran yang kritis serta mampu membentuk falsafah baru. Antara peralatan yang dicipta pada kurun ke -17 sehingga ke-18 ialah 11 enjin, mesin-mesin dan sebagainya dalam revolusi perindustrian. Teknologi sangat memainkan peranan yang penting dalam membentuk falsafah baru pada era revolusi perindustrian. Teknologi ialah rekaan sesuatu kemudahan atau infrastruktur yang disandarkan kemajuan dalam bidang sains dan kebolehan seseorang untuk mencipta mesin, enjin, jentera dan sebagainya. Sekiranya seseorang itu mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang sains kemudahan di tambah dengan keupayaan mencipta maka disitulah akan lahirnya teknologi. Dengan kemunculan teknologi mampu memudahkan urusan manusia dalam menjalani kehidupan seharian seperti menggunakan kaedah mesin dalam mengeluarkan sesuatu output.Penggunaan teknologi juga amatlah berguna, ini disebabkan sebelum pengenalan teknologi baru tenaga manusia digunakan dengan sepenuhnya dalam melakukan sesuatu kerja, bukan sahaja manusia malahan binatang serta air juga digunakan. Sebagai contoh, sebelum munculnya falsafah baru tenaga manusia digunakan untuk memacu bot untuk pergi ke suatu tempat, selepas munculnya falsafah baru iaitu teknologi, penggunaan enjin berkuasa wap dicipta mampu memudahkan tenaga manusia. Di samping itu, ialah falsafah organisasi. Organisasi ialah sekelompok orang tertentu ataupun kumpulan yang memiliki tujuan yang sama dan melakukan sesuatu kegiatan yang sama dalam satu kerja dan untuk mencapai tujuan yang sama. Dalam organisasi wujudnya kerjasama diantara kumpulan menjayakan sesuatu tugas, dan kumpulan tersebut juga mengatur gerak geri organisasi mengikut bahagian-bahagian tertentu. Setiap ahli mempunyai tugas yang berbeza di dalam organisasi. Sebagai contoh, di sekolah carta organisasi sekolah berlainan mengikut pangkat seperti guru besar memiliki tugas yang menyeluruh, diikuti dengan penolong kanan, penolong hal ehwal murid serta guruguru. Oleh itu, falsafah organisasi ini juga mendidik kita untuk melakukan setiap tugas di bahagian kita dengan bertanggungjawab dan amanah. Akhir sekali adalah, falsafah ekologi ini juga menerangkan ahli falsafah mula melihat persekitaran dan memperolehi ideologi melalui persekitaran. Ideologi sangat penting kepada hari ini disebabkan ideologi menerangkan kepentingan ilmu yang mampu mencorakkan sesuatu bangsa. Ekologi juga merupakan kajian yang mengfokuskan antara hubungan manusia dan juga organisma hidup dengan alam sekitar. Dalam hal ini, falsafah ekologi menerangkan manusia perlulah menghargai alam sekitar disebabkan kedua-duanya saling bergantungan. Jika satu musnah maka 12 sensaralah satu pihak diantaranya. Terdapat pelbagai jenis hidupan dimuka bumi ini antaranya tumbuh-tumbuhan, binatang, organisma yang kecil seperti bakteria dan lain-lain. Oleh itu, falsafah ekologi manusia haruslah bersifat mulia bagi memastikan keharmonian hubungan manusia dan alam sekitar serta bertujuan untuk pembangunan negara. Kesimpulannya, Falsafah dalam kehidupan adalah sangat penting kepada setiap individu. Hal ini demikian kerana, falsafah banyak memberikan sumbangan pemikir-pemikir serta memberikan tunjuk ajar dan membimbing masyarakat ke arah kebenaran. Dalam falsafah ini juga menerangkan falsafah teoretikal iaitu membincangkan tentang cabang falsafah metafizik (falsafah hakikat dan kewujudan), epistemology (falsafah ilmu dan kebenaran), falsafah psikologi (falsafah hakikat, sifat dan potensi keinsanan) dan estetik (teori perasaan dan kecantikan). Manakala, falsafah praktikal pula banyak menghuraikan tentang masyarakat iaitu bagaimana kemajuan dalam peradaban dan negara kepada individu. Kemunculan falsafah baru seperti falsafah teknologi mampu memberikan perubahan dan perkembangan kepada dunia seperti kerja menjadi lebih mudah disebabkan munculnya tokoh-tokoh yang mencipta mesin dan sebagainya. Tambahan pula, falsafah organisasi juga turut muncul dalam perkembangan falsafah baru, ia merujuk kepada cara sesebuah organisasi mengatur dan mengalihkan sesebuah kerja. Falsafah ekologi juga menerangkan tentang hubungan antara manusia dan juga persekitaran, yang mana falsafah menerangkan ilmu itu boleh diperolehi melalui persekitaran. 13 Jurnal 3: Logik Logik daripada perkataan Greek logos bermaksud, fikiran, idea, hujah, alasan atau prinsip adalah satu pengajian tentang prinsip-prinsip kesahihan tentang sesuatu samada secara inferens sesuatu yang sudah diketahui secara tidak langsung dan memaparkan sesuatu yang diketahui setelah dijalankan kajian. Menurut Edward de Bono logik adalah satu cara menjana maklumat daripada sesuatu keadaan , maklumat yang hendak dijana ialah sesuatu yang benar dan diterima akal. Berdasarkan tokoh ini, logik adalah suatu pemikiran yang cuba mencari maklumat, ilmu, fakta dan sebagainya untuk menerangkan realitinya yang dapat diterima pakai. Hal ini kerana, pemikiran logik adalah sangat penting untuk merancang sesuatu tugasan, pemikiran logik mampu memberikan idea yang positif serta mampu mengkaitkan sesuatu itu dengan kewujudan alam yang ada di bumi ini. Pemikiran yang logik juga mampu mempelajari hujah yang betul dan hujah yang salah berdasarkan fakta dan maklumat yang diperolehi. Menurut (Popkin & Stroll, 1993) Logik juga satu proses di mana untuk mencari maklumat, ilmu, data, dan fakta mengenai sesuatu yang mencari kebenaran yang betul atau salah dalam sesuatu perkara. Ilmu logik juga perlu dipelajari bagi memahami falsafah dan perkara-perkara yang berkaitan dengan analisis tentang sesuatu perkara atau apabila kita berhujah sesuatu isu dan sebagainya. Selain itu, manusia dapat memberikan penghujahan tentang kesimpulan sesuatu perkara dengan menggunakan premis. Premis adalah pernyataan bagi menyokong atau menyangkal sama ada sesuatu itu benar atau salah. Sebagai contoh, premis 1: setiap manusia perlu mandi untuk menjaga kebersihan diri, premis 2: Shazlin adalah seorang manusia, premis 3: Shazlin perlu mandi untuk menjaga kebersihan diri. Penghujahan adalah sesuatu yang mencadangkan atau membuat kesimpulan dari pernyataan yang dibuat, penghujahan juga tidak sama dengan pendapat, ini kerana penghujahan adalah mengikut turutan seperti premis satu, dua dan tiga. Penghujahan bermaksud perihal memberikan hujah tentang (sesuatu), pengemukaan pendapat berserta alasan tentang sesuatu keupayaan menurunkan fikiran dan perasaan ke dlm bentuk tulisan dan sesuatu persoalan(Kamus Dewan Edisi Keempat). Tujuan penghujahan dibuat adalah untuk membuat sesuatu keputusan, menusia mempunyai akal fikiran untuk berfikir membuat penghujahan menggunakan 14 akal sama ada penghujahan tersebut logik ataupun tidak logik. Setiap keputusan yang diambil perlulah rasional dan logik agar dapat di terima umum. Ahmad Atory Hussain (1991) menyatakan bahawa keputusan adalah dianggap baik jika ia berkesan apabila dilaksanakan. Situasi juga mempunyai peranan penting dalam membuat keputusan, setiap orang yang membuat penghujahan perlulah peka dengan persekitaran sekeliling agar hujah yang diberikan dapat dterima pakai. Antara ciri-ciri hujah juga adalah berfikiran terbuka. Hal ini kerana, seseorang yang berfikiran terbuka mampu mengeluarkan hujah yang baik dan kritis serta mampu diterima umum. Sebagai contoh, berhujah dengan menilai atau memberi alasan untuk menyokong atau menentang sesuatu pendapat. Selain itu, elakkan menggunakan hujah yang falasi, Hal ini kerana, penghujahan yang mengandungi falasi dapat mengelirukan dan tidak dapat di terima umum. Sebagai contoh, penghujahan tersebut bercanggah dengan yang sebenarnya dan mudah dikenal pasti serta tidak di terima umum. FALASI Falasi merupakan kesalahan yang sering berlaku dalam hujahan ataupun kesilapan cara berfikir dengan menyampaikan mesej yang tidak logik. Hal ini kerana, hujahan yang diberikan tidak mampu memberikan sokongan atau alasan yang munasabah kepada hujahan. Falasi juga dapat mengelirukan dengan hujah yang dikeluarkan tidak dapat di terima atau tidak disokong disebabkan kelemahan cara berfikir. Falasi juga mempunyai dua pembahagian iaitu falasi formal dan Falasi tidak formal, falasi formal adalah hanya berlaku dalam hujah deduktif dan premis hujah yang tidak menyokong kesimpulannya. Manakala falasi tidak formal pula adalah kelemahan yang terdapat dalam sesuatu hujah tetapi kelemahan ini tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan kaedah hujah. Antara faktor yang menyebabkan berlakunya falasi tidak formal ini adalah disebabkan hujah yang tidak cukup fakta ataupun tidak mempunyai fakta langsung. Hal ini kerana, hujah yang tidak menarik serta tidak mempunyai fakta tidak dapat memberikan sokongan atau alasan yang munsabah kepada sesuatu hujah menyebabkan hujah tersebut secara langsung ditolak. Antara jenis Falasi ialah Falasi penyimpulan tidak relevan (False Cause) Penyimpulan yang dikemukakan menyimpang dari tujuan. Sebagai contoh masalah pengangguran dalam negara disebabkan masalah ekonomi dunia. Disamping itu, falasi kejahilan adalah hujahan dianggap benar kerana tidak ada orang yang membuat 15 kritikan. Sebagai contoh, sajak yang dilontarkan oleh syami itu tidak ada mendapat sebarang kritikan negative, maka semua orang berpuas hati terhadap sajaknya itu. Deduksi dan Induksi Deduksi adalah cara penyampaian yang dimulakan dengan penyataan umum dan diikuti dengan penyataan yang khusus. Konsep deduksi ini adalah berbentuk piramid terbalik seperti pernyataan mengikut hierarki, yang paling atas dimulakan dengan umum serta dibawahnya khusus satu dan khusus dua. deduksi akan membuktikan suatu kebenaran baru berasal dari kebenaran-kebenaran yang sudah ada dan diketahui sebelumnya, malahan hujah deduksi juga apabila premis itu benar, istilah yang diguna pakai juga benar, maka pernyataan kesimpulan adalah benar. Sebagai contoh, Ela tinggal di Klang, Klang berada di Selangor, oleh itu, Ela adalah orang Selangor. Induksi pula ialah suatu pernyataan yang dimulai dengan khusus iaitu huraian ataupun kesimpulan atau rumusan yang umum berdasarkan hal atau andaian yang khusus. Induksi juga dikatakan piramid biasa dengan dengan pernyataan khusus ke pernyataan umum. Induksi juga merupakan fakta atau pendapat seseorang individu dalam membuat kesimpulan atau penghujahan. Induksi adalah berkait rapat dengan logik moden dalam membuat suatu hujahan, iaitu hujahan yang dibuat kadang betul dan kadang salah. Sebagai contoh, 70% pelajar UA tidak mahir dalam berbahasa inggeris, Sharul merupakan pelajar UA, jadi kemungkinan Sharul tidak mahir dalam berbahasa inggeris. Pernyataan ini adalah tidak benar disebabkan hujah yang diberikan tidak dapat membuktikan yang Sharul benar-benar tidak mahir berbahasa inggeris. Perbezaan kaedah deduksi dan induksi adalah sangat ketara melalui ayat yang digunakan dalam suatu penulisan. Hal ini demikian kerana, dalam pembuatan ayat deduksi, ia menegaskan pernyataan yang umum terlebih dahulu sebelum membuat yang khusus. Berbeza pula dengan induksi yang menggunkan kaedah khusus diikuti dengan umum. Melalui Teknik tersebut mampu membezakan yang mana deduksi dan yang mana induksi. Selain itu, Hujahan yang diberikan didalam deduksi adalah semestinya benar dan sudah diketahui umum dan berbeza pula dengan induksi iaitu hujahan yang diberikan kadang-kadang benar dan kadang-kadang tidak tepat. 16 METODOLOGI Metodologi ialah analisis teori dan sistematik kaedah yang digunakan untuk bidang pengajian. Biasanya ia merangkumi konsep seperti paradigma, model teori, fasa dan Teknik kuantitatif serta kualitatif. Metodologi juga dapat menerangkan penggunaan kaedah yang dipilih dalam menyelesaikan sesuatu kajian atau penyelidikan seperti reka bentuk kajian, subjek atau sampel kajian, prosedur kajian, prosedur pengambilan data serta prosedur penganalisisan data. Manakala menurut, The American Heritage Dictionary Of English Language, metodologi dapat didefinisikan sebagai analisis teoritis (berfikir atau pemikiran) mengenai kaedah yang sesuai untuk bidang pengajian atau kandungan kaedah dan prinsip tertentu kepada cabang pengetahuan. Menurut kamus Bahasa inggeris collins, metodologi adalah sistem kaedah dan prinsip yang digunakan dalam disiplin tertentu. Metod adalah bermaksud kaedah yang digunakan untuk mencapai sesuatu tujuan. Metod juga ditakrifkan dalam etimologinya sebagai cara, jalan atau kaedah yang berasal daripada perkataan Yunani (Methodos) melalui gabungan metha (melalui) dan (hodos) cara atau kaedah. Metod juga menerangkan cara, kaedah dan pendekatan sesuatu matlamat (Ghazali Darussalam 2001). Pendidikan juga adalah bermatlamatkan untuk melahirhkan insan yang bijak pandai serta mampu membangunkan bangsa dan negara. Pelbagai metod yang digunakan untuk penghasilan ilmu yang baik iaitu dengan peranan guru dalam mempelajari pelajar sama ada melalui kaedah formal ataupun tidak formal. Perkembangan ilmu pengetahuan ini juga bermula pada zaman Yunani disebabkan perubahan dari mitos-mitos menjadi lebih rasional. Padaa zaman Yunani terbentuknya ilmu yang mampu disusun secara sistematik. Pada zaman Yunani kuno juga dianggap sebagai zaman keemas an disebabkan manusia mula pandai menulis, menghitung serta bebas mengeluarkan pendapat dan idea. Hal ini kerana, memudahkan perkembangan ilmu tersebar secara menyeluruh. Pada zaman Renaissance pula iaitu pada abad ke-15 dan ke-16 yang banyak melahirkan tokohtokoh pemikir antaranya ialah Leonardo De Vinci serta ahli sains iaitu Copernicus dan Galileo. Pada zaman ini juga, Leonardo De Vinci terkenal dalam bidang kesenian iaitu pelukis, ahli muzik serta falsafah dan jurutera. Bukan itu sahaja, pada zaman renaissance juga perkembangan ilmu matematik juga diperkenalkan oleh Tartaglia dan Cardan. Tartaglia pula terkenal dengan ilmu matematik dengan mengukur 17 tembakan peluru mariam, manakala Cardan pula terkenal dalam penghasilan ilmu algebra yang diguna pakai sehingga ke hari ini. Akhir sekali, pada zaman Kontemporari iaitu pada abad ke 20 (zaman moden) munculnya teknologi yang canggih memudahkan manusia mencari dan memperolehi maklumat. Penutup Kesimpulannya, Logik merupakan sesuatu bukti sah yang dapat disampaikan dengan benar kepada semua manusia. Ilmu logik juga sangat penting untuk kehidupan manusia agar dapat berfikir secara terbuka dan dapat berfikir secara betul dalam menghasilkan sesuatu idea atau pendapat. Penghujahan pula, dapat mengajar manusia cara berfikir menggunakan akal dan baik agar hujah yang diberikan benarbenar logic iaitu dapat diterima umum. Manakala, Falasi merupakan kesalahan yang sering berlaku dalam hujahan ataupun kesilapan cara berfikir dengan menyampaikan mesej yang tidak logik. Induksi dan deduksi juga mempunyai pelbagai perbezaan iaitu induksi merupakan kualitatif manakala deduksi pula kuantitatif. Metodologi pula bermaksud analisis teori dan sistematik kaedah yang digunakan untuk bidang pengajian. Perkembangan ilmu yang menggunakan kaedah metod dimulai pada zaman Yunani sehingga zaman kotemporari. 18 Jurnal 4: Psikologi dan Sosiologi Psikologi berasal daripada perkataan Yunani bahasa Greek, psyche yang bermaksud jiwa, rohani atau mental. Psikologi merupakan istilah akademik dan disiplin gunaan yang melibatkan kajian saintifik tentang proses mental dan tingkah laku.. Psikologi juga bertujuan dalam bidang penyelidikan juga untuk menerangkan sifatsifat manusia seperti pemikiran, tindakan, perasaan manusia dan sebagainya. Manakala, John Watson (1919) pula menyarankan supaya definisi psikologi dikaji semula bagi membolehkannya dilihat dari segi tingkah laku yang berunsur objektif, iaitu yang boleh didaftarkan oleh sistem deria manusia. Daripada dua pandangan tersebut, psikologi moden boleh kita definisikan sebagai satu kajian saintifik tentang jiwa dan tingkah laku manusia. Selain itu, Psikologi juga mengkaji tingkah laku manusia seperti pergerakan, bercakap, berlari, makan dan sebagainya. Oleh itu, ilmu psikologi amatlah penting untuk semua individu kerana dengan adanya ilmu psikologi dapat membantu kita memahami diri kita sendiri dengan lebih baik serta mampu berhadapan dengan masalah yang kita hadapi dalam kehidupan seharian. Sosiologi telah diperkenalkan orang seorang tokoh iaitu Auguste Comte dalam bukuya Positive Philosophy. Istilah ini juga berasal daripada perkataan latin iaitu, sosio yang bermaksud berkongsi. Sosiologi juga merupakan kajian tentang masyarakat ataupun anggota masyarakat, Pendidikan sosiologi perlu diberikan kepada semua individu. Hal ini demikian kerana, semakin tinggi Pendidikan seseorang itu maka semakin terjamin kehidupan seseorang individu itu dalam masyarakat. Tujuan utama sosiologi adalah untuk mengetahui struktur asas manusia, mengenal pasti tekanantekanan yang melemahkan manusia dan mempelajari syarat-syarat bentuk kehidupan sosial manusia. Tambahan pula, sosiologi juga mempunyai dua perspektif iaitu Mikro yang bersifat kecil atau individu dan Makro bersifat besar dan berfokuskan kepada masyarakat dan organisasi. Sebagai contoh, menghisap rokok adalah pilihan individu dan memberikan kesan ke atas dirinya, manakala mikro pula, kes-kes jenayah, penyakit berjangkit da sebagainya. Oleh itu, ilmu sosiologi sangat penting untuk diketahui oleh semua individu atau masyarakat agar dapat mengeratkanhubungan silaturahim serta memajukan ekonimi negara. Insan ataupun disebut sebagai manusia adalah makhluk isitimewa kerana mereka boleh berfikir, menerima ilmu pengetahuan dan berkehendak. Hal ini kerana, 19 pembinaan insan baik mampu melahirkan masyarakat yang berkebolehan serta kreatif dalam melakukan sesuatu tindakan serta mampu memajukan negara. Allah telah menjelaskan bahawa asal kejadian manusia adalah daripada keturunan nabi Adam a.s. Nabi Adam yang telah diciptakan daripada tanah yang jelas dalam surah as-sajadah ayat 7” dia lah yang telah mencipta sesuatu itu dengan sebaik-baik nya memulakan ciptaan manusia daripada tanah (al-tin). Antara proses kejadian manusia adalah Nutfah, alaqah, mudghah, izham dan lahm, tulang dan nafkhrum dan lahm. Sifat insan adalah sentiasa bertanggungjawab agama dan bangsa dengan melakukan segala kebaikan dimuka bumi ini. Sifat insan kepada orang adalah sentiasa membantu sesama insan, bertolak ansur dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Bukan itu sahaja, insan juga perlu menjaga tumbuhan serta memelihara haiwan dan menghindari pencemaran alam seperti pencemaran bunyi asap dan alam sekitar. Di samping itu, Hakikat merupakan sesuatu yang sudah nyata dan tidak dapat dinafikan lagi kebenaran kenyataan. Sebagai contoh, kita mengetahui bahawa manusia memerlukan makanan untuk hidup. (Kamus Pelajar Edisi Kedua). Hal ini demikian kerana, kebenaran dapat membuatkan kehidupan lebih selesa, aman, Bahagia dan sejahtera. Kebenaran dapat ditunjukkan melalui sifat-sifat insan yang jujur dan berdisiplin dalam melakukan sesuatu perkara, walaubagaimanapun manusia mempunyai karenah serta perangai dan perlakuan yang pelbagai. Tambahan pula, sifat-sifat seorang insan mempunyai tiga ciri iaitu prinsip autonomi, prinsip keadilan dan juga prinsip Altruisme. Ketiga-tiga prinsip ini mempunyai perbezaan yang agak ketara, prinsip autonomi yang menerangkan bahawa kebebasan dalam memilih untuk melakukan sesuatu perbuatan atau sebaliknya. Sebagai contoh, Rizal memilih untuk tidak mengambil dadah kerana dia sedar bahawa dadah mendatangkan kesan yang tidak baik kepada dirinya. Hal ini kerana, kesedaran dalaman Rizal yang tinggi tidak mudah untuk dipengaruhi oleh sesiapapun. Selain itu, prinsip keadilan yang menyatakan bahawa, sebarang perbuatan dan kelakuan yang adil diri sendiri dan orang lain dan tidak merugikan diri dan orang lain. Sebagai contoh, Sir Dick merupakan pensyarah untuk subjek falsafah pelajar tahun 1 di Universiti Malaysia Sarawak, beliau melayani pelajarnya dengan adil tanpa mengira bangsa dan agama. Seterusnya, ciri yang terakhir ialah prinsip altruisme yang menyatakan bahawa, sebarang tingkah laku yang melibatkan orang lain. Sebagai contoh, Ustaz Ebit Liew dan kumpulannya 20 berkerjasama memberikan derma kepada golongan yang memerlukan tanpa mengira bangsa mahupun agama. Selain itu, insan sejahtera pula adalah insan yang bijak ataupun insan yang berilmu. Hal ini demikian, apabila seseorang itu berilmu maka ia dapat membezakan mana yang hak dan mana yang bathil serta baik atau buruk benar atau palsu. Dengan adanya insan sejahterah ini mampu membandingkan kehidupannya berlandaskan ilmu yang ia miliki. Hal ini disebabkan insan yang sejahtera memiliki otak yang kreatif pemikiran yang seimbang serta rasional dan baik budi pekertinya. Sebagai contoh, sentiasa berpandangan jauh, tidak mudah berputus asa serta sentiasa ingin perubahan yang lebih baik dan berguna di masa akan dating. Oleh itu, insan sejahtera amatlah penting untuk menjadi contoh kepada generasi yang akan datang agar dapat melahirkan generasi yang kreatif dan mampu memajukan ekonomi negara. Istilah Bahasa hakikat bermaksud Al-Haqq yang berarti kebenaran. Hal ini demikian, kerana dalam ilmu hakikat ia digunakan untuk mencari kebenaran. Setiap insan perlulah mencari kebenaran dalam kehidupan. POTENSI INSAN DALAM KESEIMBANGAN JERI. Setiap insan memerlukan keseimbangan dalam kehidupannya dari segi Jasmani, emosi, rohani dan intelek. Melalui keseimbangan ini kehidupan manusia lebih baik dan berkualiti dalam menjalankan kehidupan seharian. Keseimbangan ini mampu dicapai dengan memahami tugas dan tanggungjawab individu itu sendiri dalam pelajaran. Antara keseimbangan insan ialah Jasmani ialah unsur yang berkaitan dengan tubuh badan atau disebut fizikal. Unsur jasmani yang paling penting untuk dipertingkatkan adalah kesihatan dan kecergasan. Menurut Jenny (1961) dan Williams (1964) berpendapat bahawa Pendidikan jasmani memberi Pendidikan melalui aktiviti fizikal dan matlamatnya mempengaruhi semua perkembangan fizikal termasuk perkembangn mental dan sosial. Insan yang cemerlang memerlukan fizikal yang sempurna agar dapat melakukan aktiviti harian dengan baik seperti solat, berlari dan lain-lain. Selain itu, emosi pula ialah adalah apa-apa pengalaman sedar yang dicirikan oleh aktiviti mental yang sengit dan tahap keseronokan atau ketidakselesaan tertentu . Sebagai contoh perasaan sedih, saying, malu, takut dan sebagainya. Emosi juga berasal daripada Bahasa latin iaitu emovere yang bermaksud kecenderungan 21 bertindak merupakan hal mutlak dalam emosi. Manakala Muhammad Uthman Najati (1993), emosi merupakan bangkitan perasaan dan rasa dalaman hasil tindak balas seseorang terhadap sesuatu perkara, pengalaman dan peristiwa yang berlaku seperti emosi takut, marah, kecewa, gembira, suka dan kasih sayang. Antara emosi yang normal berlaku pada manusia adalah emosi marah iaitu apabila seseorang itu berasa tidak puas hati mencetuskan emosi yang marah. Setiap insan perlu mengawal emosi marah nya agar tidak mendatangkan keburukan dan merosakkan diri sendiri serta orang lain. Tambahan pula, emosi juga berfungsi sebagai meningkatkan daya ingatan seperti apa yang dipelajari didalam kelas mampu diingat dengan memori yang baik. Oleh itu , Setiap insan perlu memiliki emosi yang baik agar dapat meningkatkan keseimbangan diri dalam kehidupannya. Emosi yang baik mampu berfikir secara positif dan kreatif dalam sesuatu perkara serta mampu memiliki daya pemikiran yang kuat. Di Samping itu, adalah rohani. Rohani dalam maksud terhad adalah merujuk kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan roh. Rohani jga selalunya dikaitkan dengan perasaan dalaman manusia yang melibatkan emosi kendiri dan penaakulan strategik. Menurut kamus dewan (2005), kerohanian berasal daripada perkataan rohani atau roh iaitu bahagian dalam manusia yang mempunyai daya berfikir (berperasaan dan berkemahuan) atau jiwa (nyawa yang ada dalam tubuh manusia). Unsur rohani juga lebi menjurumus kepada kepada keagamaan seperti kepercayaan dan ketaatan kepada sang pencipta. Hal ini demikian, kerana rohani yang sempurna ingin dicapai oleh setiap individu seperti individu yang tekun beragama serta perbuatan yang baik dan mampu melahirkan individu yang berakhlak mulia.Tambahan pula, kepercayaan yang positif banyak menyumbangkan kepada kesejahteraan jiwa dan pandangan hidup yang baik. Oleh itu, setiap insan menginginkan kerohanian yang sihat agar mampu menjalankan kehidupan seharian dengan lebih sempurna serta kehidupan lebih lebih maju dan seimbang. Selanjutnya adalah Intelek iaitu kemampuan berfikir secara bijaksana, ataupun kebolehan melakukannya pada tahap yang tinggi. Hal ini demikian kerana, aspek intelek bukanlah hanya cemerlang dalam pembelajaran di sekolah tetapi intelek juga merangkumi keupayaan berfikir untuk hidup dan berdikari. Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (1990) insan yang seimbang dan harmonis dapat mengamalkan ilmu pengetahuan, berakhlak mulia, mempunyai kepercayaan yang teguh kepada 22 tuhan, berfikiran tenteram, sihat tubuh badan, hidup bermasyarakat dan cergas. Melalui Pendidikan seseorang insan mampu memperkembangkan bakatnya seperti berani bercakap dikhalayak ramai, mempunyai daya pemikiran yang baik dan sebagainya. Insan yang seimbang dari segi intelektual mampu berkeyakinan tinggi dalam melakukan sesuatu tugas secara kreatif dan memberikan idea-idea yang bernas. Sebagai contoh, guru-guru perlulah meningkatkan daya intelek pelajar (insan) dengan mengadakan pertandingan seperti catur agar pelajar (insan) mampu berfikiran kritis. Oleh itu, setiap insan menginginkan intelek yang seimbang agar mampu berfikiran positif dan kreatif serta mampu memacu perubahan yang drastik terhadap negara ini. KRISIS MANUSIA Krisis bermaksud suatu keadaan yang tegang dalam politik disebabkan sesuatu masalah yg serius, kekacauan atau keributan (dalam persatuan). Ekonomi keadaan ekonomi yg tidak stabil dan menyebabkan kehidupan menjadi sukar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua). Manakala menurut okun 2002 Krisis bermaksud emosi tidak seimbang akibat daripada keadaan kesakitan dari satu keadaan yang tidak diramal atau kesukaran dalam peralihan perkembangan. Krisis bermula apabila sesuatu konflik tidak dapat diselesaikan. Krisis kemanusiaan sering berlaku disebabkan oleh konflik yang berlaku seperti bencana alam, konflik bersenjata, buruh paksa, penghambaan dan sebagainya. Sebagai contoh, konflik bencana alam kemungkinan menjejaskan tempat tinggal dan dengan itu terdedah kepada eksploitasi. Krisis kemanusiaan ini juga sering disebut krisis pelarian seperti etnik Rohingya yang ditindas di negara mereka sendiri dengan kejam oleh tentera Myanmar sehinggakan melarikan diri ke negara Bangladesh dan Malaysia. Golongan pelarian ini juga terdiri daripada orang dewasa, remaja dan kanak-kanak. Perkara ini berlaku disebabkan oleh diskriminasi, ketidakpuasan hati, keganasan dan lain-lain. Krisis kemanusiaan yang paling menggemparkan dunia adalah di negara Iraq dan Syria (ISIS) yang menggamalkan penghambaan untuk tujuan peperangan dan menggunakan konsep paksaan. Tambahan pula, wanita dan kanak-kanak perempuan dijadikan hamba sebagai tujuan seksual iaitu penganut agama minority dijadikan sebagai hamba. Hal ini demikian kerana, sangat memberikan kesan dan cabaran yang sangat teruk kepada dunia dan boleh menyebabkan wanita serta kanak-kanak menjadi trauma disebabkan perbuatan yang zalim 23 DI samping itu, krisis kemanusiaan ini juga memberikan cabaran yang nasional dan global. Pertubuhan bangsa-bangsa Bersatu (PBB) perlulah menyuarakan soal krisis kemanusian di setiap persidangannya agar semua pihak bertanggungjawab untuk menyelesaikan perkara ini dengan segera. Kezaliman yang tidak berperikemanusiaan ini sangat mengancam nyawa seperti isu di Colombia, konflik bersenjata yang sangat kejam iaitu kanak-kanak terpaksa berdepan dengan risiko menjadi buruh paksa oleh kelompok bersenjata ini. Selanjutnya, isu pemerdagangan manusia juga merupakan salah satu punca krisis kemanusiaan. Hal ini demikian, kerana pemerdagangan manusia ini bukan suatu yang masalah yang baru, malahan masalah ini sudah lama berlaku. Pemerdagangan manusia ini terdiri dalam beberapa bentuk. Sebagai contoh, penjualan organ, buruh paksa, eksploitasi seks dan lain-lain. Dalam hal ini, target utama mereka adalah kanak-kanak dan wanita. Menurut SUHAKAM (Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, 2018) Malaysia merupakan tempat terkenal dengan pekerja asing atas sebab ekonomi oleh itu kumpulan pekerja ini terdedah menjadi mangsa pemerdagangan seks dan buruh. Justeru itu, krisis kemanusiaan ini menjadi ancaman atau cabaran kepada kemanusiaan diperingkat lokal, nasional dan global. Kesimpulannya, konsep insan (Psikologi dan sosiologi) dapat mewujudkan insan yang mempunyai matlamat hidup dan seimbang daripada semua pelbagai aspek. Psikologi telah menunjukkan bahawa dapat membantu seorang insan memahami diri sendiri dengan lebih baik serta mampu berhadapan dengan masalah yang dihadapi dalam kehidupan seharian dan mempunyai kelakuan diri yang seimbang. Sosiologi pula menunjukkan bahawa kajian terhadap seseorang insan, sifat-sifat insan yang perlu mempunyai hubungan sosial dalam kehidupannya. Sosiologi juga dapat memperlihatkan perwatakan seseorang insan itu seperti perlakuan yang baik atau buruk. Oleh itu, konsep insan sejahtera merupakan insan yang berilmu dan mempunyai potensi diri serta berkeupayaan seperti berbakat dalam pelbagai bidang. Insan sejahtera yang seperti ini mempunyai jati diri yang kukuh melalui pembangunan JERI yang dapat melahirkan insan yang berkeperibadian mulia, berkemahiran tinggi serta berfikiran kreatif (seimbang daripada pelbagai aspek). Insan yang sejahtera mampu dipertingkatkan dengan adanya JERI sebagai rujukan untuk kehidupan seharian. Tambahan pula, krisis kemanusiaan sangat memberikan impak 24 yang sangat berkesan kepada dunia. Hal ini disebabkan kezaliman yang mengancam diri manusia yang tidak berperikemanusiaan sehinggakan ada yang terbunuh. Oleh itu, semua pihak perlulah berkerjasama membendung perkara ini terus berlaku dari masa ke semasa agar tidak memberikan cabaran yang besar kepada lokal, nasional dan global. Semoga dengan itu hak asasi manusia tidak terancam dengan adanya sikap keprihatinan dan kepedulian daripada pelbagai pihak untuk membanteras gejala ini yang merosakkan dunia. 25 Jurnal 5: Metafizik Perkataan Metafizik mendapat Namanya daripada Bahasa Greek met. Ha yang bermaksud selepas dan physica yang bermaksud mengenai alam. Metafizik juga adalah suatu perkara yang membincangkan tentang hakikat realiti, kewujudan dan dunia yang sebenarnya yang di luar alam biasa atau yang tidak kelihatan seperti ghaib yang wujud di sekeliling kita dan bekerja untuk kita. Selain itu juga, metafizik juga yang berasal daripada dua perkataan Yunani iaitu meta dan physic yang membawa maksud sesuatu kejadian = After or behind or among or the study of the natural. Perkataan metafizik ini juga diperolehi melalui tajuk kolektif empat belas oleh Aristotle. Metafizik juga merupakan cabang utama ilmu falsafah yang harus dipelajari oleh setiap insan. Tambahan pula, meta bermaksud (melampaui, melebihi atau di atas). Manakala, fizik pula adalah alam bersifat fizikal . Oleh itu, metafizik bermaksud suatu yang melampaui Batasan fizikal. Metafizik juga menghuraikan apa yang kita tidak nampak tetapi kita dapat rasainya. Sebagai contoh, angin itu wujud tetapi kita tidak dapat lihat dan kita oleh rasainya sendiri seperti sejuk, alam pemikiran juga merupakan salah satu benda yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia.. Tambahan pula, metafizik juga merupakan satu cabang yang mengkaji perkaraperkara realiti seperti apakah itu alam semesta, adakah tuhan itu wujud, apakah itu kehidupan dan lain-lain. Bagi umat Islam alam ghaib ini menjadi sebahagian daripada rukun keimanan iaitu manusia harus mempercayaina adanya perkara ghaib di sekeliling kita. Sebagai contoh, malaikat, iblis, jin dan juga tuhan bersifat ghaib. Menurut Dr Jahid bekas pensyarah akademik pengajian islam Universiti Malaya, kepercayaan terhadap alam ghaib adalah tuntutan wajib diketahui serta difahami. Namun terbatas dengan had-had tertentu. Oleh itu, setiap insan perlu mempercayai alam ghaib dan kewujudan Allah S.W.T sebagai mana yang termaktub dalam AlQuran dan hadis. Hubungan Insan dengan Alam Insan ataupun disebut sebagai manusia adalah makhluk isitimewa kerana mereka boleh berfikir, menerima ilmu pengetahuan dan berkehendak. Insan juga adalah makhluk ciptaan Allah yang paling istimewa. Hal ini kerana, manusia adalah sebaikbaik kejadian yang dijadikan seperti berakal sempurna. Insan juga sangat dipertanggungjawabkan untuk menjaga alam semula jadi. Hal ini kerana, hubungan 26 manusia dan alam sekitar sememangnya saling melengkapi sekiranya salah satu musnah maka sengsaralah yang satu lagi. Menurut pemahaman melayu alam terbahagi kepada dua iaitu mikro kosmos iaitu diri manusia sebagai alam yang kecil yang meliputi fizikal, akal, roh, semangat dan lain-lain. Manakala makro kosmos yang meliputi alam sekitar dan alam ghaib (Muhammad ‘Uthman El-Muhammady, 2001). Alam yang dijadikan oleh sang pencipta sangatlah sempurna dengan serba lengkap dan tahu segala kelemahan atau kekurangan serta kekuatan alam. Oleh itu, setiap insan hendaklah mentadbir dan memerintah alam dengan sebaiknya, dan hindarkan diri dari merosakkan alam seperti berkelakuan tidak baik. Menurut Zainal kling (1955) ialah Allah mencipta alam untuk manusia, manakala paradigma melayu adalah mesra alam dan mementingkan keseimbangan. Setiap insan perlu bersyukur dan berfikir dengan bijak untuk menikmati nikmat yang diciptakan oleh tuhan agar tidak merosakkan alam dengan pembakaran terbuka, pembalakan hutan dan lain-lain. HUBUNGAN MANUSIA DENGAN TUHAN. Hubungan antara insan dengan tuhan sangatlah penting dalam kehidupan seseorang insan. Hal ini kerana, setiap insan perlulah mempercayai bahawa tuhan itu adalah wujud walaupun kewujudannya tidak dapat dikesan. Hubungan antara manusia dengan tuhan merupakan suatu kewajiban dan merupakan tujuan utama untuk ummat (manusia). Setiap insan perlulah patuh dengan segala yang diperintahkan oleh tuhan agar hidup sentiasa dirahmati. Hubungan yang baik antara manusia dan tuhan merupakan salah satu kejayaan ataupun kunci untuk Bahagia di dunia dan di akhirat. Manusia (insan) diciptakan oleh tuhan dimuka bumi ini adalaah sebagai khalifah agar dapat beribadah dengan sempurna untuk menjamin dirinya pada hari akhirat. Hal ini demikian kerana, manusia mempunyai dua sifat yang sering dilakukan iaitu kebaikan atau keburukan iaitu sifat positif dan negatif. Oleh itu, setiap insan perlulah mentaati segala perintah tuhan, ini merupakan tanda kesyukuran dan menghargai diatas ciptaannya yang kita miliki. Sebagai contoh, mempunyai tangan untuk bersedekah, mempunyai mata untuk melihat kebaikan, mempunyai telinga untuk mendengar ayat suci Al-quran serta bacaan kitab-kitab dan lain-lain. Selain itu, manusia juga dikehendaki untuk sentiasa menggingati Tuhan, hal ini kerana Tuhan adalah menjaminkan kehidupan seseorang itu pada hari akhirat sama ada syurga atau neraka. Tujuan penciptaan manusia adalah untuk beribadat kepada tuhan. Oleh itu, 27 setiap manusia perlulah menjalinkan hubungan dengan tuhan agar hidup sentiasa diberkat. PERKEMBANGAN ILMU METAFIZIK. Perkembangan metafizik pada abad ke-19 adalah menjadi sejarah sehingga ke hari ini disebabkan ahli sains yang tidak senang dengan pemikiran mistik dan tidak rasional masyarakat eropah. Perkembangan ilmu metafizik ini juga diperkenalkan oleh seorang tokoh yang terkenal iaitu Auguste Comte. Beliau mempunyai 3 tahap untuk masyarakat iaitu teologi, metafizik dan sains. Hal ini demikian kerana, dengan adanya 3 tahap ini mampu memberikan perubahan kepada pemikiran manusia dengan meningkatkan perkembangan metafizik. Teori dari segi teologi pula ialah pada tahap ini manusia mula menyedari bahawa sesuatu yang terjadi didunia ini adalah atas kehendak tuhan. Menurut beliau manusia bergantung pada pemikirannya. Zaman ini juga dibahagikan juga dalam tiga fasa iaitu Animisme, Politeisme dan monotheism yang terdapat dalam ilmu metafizik. Selain itu, tahap ke-2 ialah metafizik iaitu menempatkan hak asasi manusia di atas mana satu raja manusia. Tetapi ini adalah bersifat perseorangan membawa kepada kepercayaan yang abstrak. Pada tahap ketiga pula ialah sains iaitu manusia dapat menyelesaikan sesuatu hal itu tanpa merujuk kepada Tuhan. Terdapat dua belas sistem metafizik. Antaranya ialah ateisme sesuatu bentuk kepercayaan yang menafikan kewujudan tuhan. Ateisme juga berasal daripada Bahasa Yunani yang bermaksud tanpa tuhan. Kepercayaan ini sangatlah bertentangan dengan ajaran agama-agama yang lain disebabkan mereka tidak mengakui kewujudan tuhan dan tidak ingin untuk menyembah tuhan. Kedua pula adalah, Teisme iaitu kepercayaan kepada tuhan, percaya pada satu tuhan. Teisme ini percaya dengan keberadaan makhluk tertinggi dan dewa-dewa. Ketiga ialah monotheisme iaitu diertikan sebagai amalan atau kepercayaan dengan satu tuhan sahaja dan berkuasa penuh dan tidak perlu ada yang lain untuk membantunya. Agnostisme pula ialah fahaman yang berkata kewujudan tuhan mustahil untuk diketahui atau dibuktikan. Mereka yang mengamalkan fahaman ini menganggap bahawa tiada manusia yang tahu dimana keberadaan tuhan dan bukan disebabkan tidak tahu keberadaan tuhan mereka tidak mempercayainya, sebaliknya mereka mempercayai kewujudan tuhan. Selain 28 itu, politheisme pula merupakan penyembahan lebih daripada satu tuhan ataupu pemujaan banyak tuhan seperti dewa-dewa. Manakala monisme pula ialah sifat kesatuan atau ketuhanan kepada konsep contohnya kewujudan. Pluralisme pula adalah satu fahaman yang menyatakan semua agama adalah sama dan syurga boleh dicapai melalui mana-mana agama. Manakala menurut, Chandra Muzaffar (2006) mendifinisikan Pluralisme sebagai kepelbagaian agama. Di samping itu, sainstisme pula ialah kekaguman yang berlebihan pada kemajuan sains dengan kaedah-kaedahnya yang saintifik menurut (Ahmad Saifuddin Amran 2009). Mekanisme ialah cara sesuatu bekerja atau cara sesuatu dibuat (Kamus Pelajar Edisi Kedua). Realisme merupakan sesuatu usaha memaparkan subjek dalam suatu karya bagaimana ia tampil dalam kehidupan seharian. Idealisme adalah sifat melihat atau mencita-citakan sesuatu dalam bentuk yang ideal. Manakala menurut, W.F Hocking pula, idealisme merupakan reality yang terdiri daripada idea-idea, fikiran-fikiran, akal atau jiwa dan bukanlah kekuatan atau kebendaan. Akhir sekali adalah nominalisme iaitu pandangan falsafah yang menafikan kewujudan alam semesta dan objek abstrak. Kesimpulannya, metafizik merupakan suatu cabang falsafah yang sangat luas. Setiap insan perlulah mempercayai alam ghaib yang wujud disekeliling kita. Metafizik juga adalah sangat penting untuk diketahui agar manusia mempercayai alam ghaib yang wujud disekeliling kita. Manusia perlulah menghargai alam hal ini disebabkan manusia hidup didalam alam. Oleh itu, manusia digalakkan tidak merosakkan alam yang menyebabkan kerosakan kepada dunia. Tanpa alam manusia tidak akan dapat hidup dengan aman. Manusia juga perlulah mempunyai hubungan yang baik dengan Tuhan agar hidup sentiasa dirahmati. Hal ini kerana, Tuhan itu maha mengetahui apa yang manusia inginkan dan tidak inginkan. Perkembangan ilmu falsafah adalah melalui pelbagai ilmu metafizik iaitu sistem-sistem metafizik yang mempunyai 12 sistem iaitu Monotheisme, Agnostisme, Politheisme, Monisme, Pluralisme, Saintisme, Mekanisme, Realisme, Idealisme dan Nominalisme. Setiap system ini menerangkan tentang fahaman-fahaman yang berbeza dari segi kepercayaan ataupun melakukan sesuatu tindakan. 29 Jurnal 6: Epistemologi Epistemologi berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud episteme iaitu pengetahuan dan logos yang bermaksud ilmu iaitu teori tentang pengetahuan. Epistemologi juga adalah salah satu cabang falsafah yang mengkaji tentang ilmu pengetahuan dan kepercayaan iaitu bagaimana cara individu itu mendapatkan ilmu serta bagaimana caranya menjadikan ilmu pengetahuan itu benar dan betul. Menurut oxford dictionary of Sociology (2009), epistemologi bermaksud ‘The philosophical theory of knowledge on how we know what we know’ ini bermaksud teori falsafah yang menerangkan tentang pengetahuan seseorang individu itu dengan bagaimana kita mengetahui dengan sesuatu benda itu. Pengetahuan ilmu sangatlah penting untuk kehidupan seharian. Hal ini demikian kerana, dengan adanya pengetahuan ilmu seseorang manusia itu mampu menyelesaikan sesuatu masalah dengan lebih cepat dan mudah. Sebagai contoh, bagaimana manusia mengenali barang-barang atau tumbuhan alam yang wujud disekeliling kita. Menurut, Dagobert D.Runes pula, epistimologi ialah cabang ilmu yang menerangkan tentang sumber, metode-metode dan pengesahan pengetahuan. Dengan adanya ilmu manusia mampu mengetahui barang-barang dan tumbuhan seperti bunga, individu yang mempunyai pengetahuan akan mengenali berbagai jenis bunga serta nama dan fungsinya. Dengan itu, Tegasnya bahawa ilmu amatlah penting untuk kehidupan kita seharian agar kita dapat mengetahui sesuatu kebenaran yang hakiki. Pada abad ke-18 munculnya perkembangan revolusi sains iaitu zaman Enlightenment atau zaman pencerahan di eropah. Zaman ini merupakan zaman kemunculan Gerakan intelektual yang wujud di eropah oleh pemikir-pemikir dalam bidang sains sosial iaitu politik, ekonomi dan sosial. Sebagai contoh John locke, Adam smith, Voltaire dan sebagainya. Kemajuan dalam bidang sains ini juga merupakan perubahan yang agak maju dari segi pemikiran masyarakat pada abad ke-18. Kemajuan ini juga dapat memperlihatkan ramainya sainstis yang terkenal sehingga ke hari ini iaitu sepeti Isaac Newton yang terkenal dengan teori graviti serta mencipta teleskop, John locke iaitu ahli falsafah dan pakar dalam bidang perubatan barat. Selain itu, dalam ilmu sains pula terbahagi kepada dua bidang iaitu sains tulin dan sains sosial. Sains tulin merupakan sains sebenar yang mengkaji benda-benda yang wujud di dunia ini, dalam sains tulin juga wujud pelbagai bidang seperti biologi, kimia, fizik, astronomi dan lain-lain. Sains sosial pula merupakan kajian atau pembelajaran 30 kemanusiaan di dunia ini dan juga lebih dikenali dalam kajian sosial. Bidang ini pula merangkumi, psikologi, sosiologi, ekonomi dan sebagainya. Melalui perkembangan revolusi sains maka tercetusnya cabang falsafah espistemologi melalui pemikirpemikir yang terkemuka. Selanjutnya, perkembangan ilmu ini juga dapat dilihat pada zaman renaisans iaitu banyak melahirkan semangat ingin tahu dalam kalangan masyarakat. Hal ini demikian kerana, pada zaman tersebut masyarakat bersedia untuk mengahadapi perubahan yang besar dengan ilmu pengetahuan. Sebagai contoh, kemajuan dalam ilmu sains ini iaitu seni bina, seni lukisan, sains dan sebagainya. Menurut Ziauddin Sardar (1990) menyatakan bahawa sains adalah alat yang asas untuk menyelesaikan masalah dalam peradaban. Tanpa kewujudan sains kita tidak dapat memelihara atau memnuhi peradaban kita seperti politik dan budaya. Oleh itu, perkembangan Revolusi Sains serta kesan-kesan epistemologi yang tercetus darinya mampu terlihat pada zaman pencerahan, renaissan dan melalui ilmu-ilmu sains daripada tokoh-tokoh yang teremuka. Tedapat pelbagai kaedah di dalam epistemologi antaranya ialah rasionalisme. Rasionalisme merupakan suatu penyelidikan ataupun uji kaji yang menyatakan akal adalah sumber utama pengetahuan. Akal juga merupakan kuasa tertinggi untuk berfikir dan manusia juga boleh dapat mengetahui, akal juga merupakan sumber ilmu yang mampu mentafsir pelbagai ilmu serta mampu menganalisis sesuatu benda baik atau buruk. Malahan akal juga adalah nur (cahaya) yang tuhan kurniakan kepada manusia. Rasionalisme ini juga diperkembangkan oleh tokoh-tokoh terkemuka iaitu Descartes, Leibniz dan spinoza. Rasionalisme juga wujud dalam dua aspek iaitu aspek agama. Dalam agama difahamkan bahawa tindakan ini adalah mengkritik ataupun suatu tindakan yang melawan pihak agama. Aspek yang kedua pula ialah aspek falsafah iaitu bertentangan ataupun berlawanan dengan epirisisme dalam teori pengetahuan. Selain itu, Kaedah yang kedua pula ialah empiricism iaitu teori yang menyatakan bahawa pengetahuan berdasarkan pengalaman persepsi deria. Empiricism juga menekankan pengalaman dan bukti dalam pembentukan sesuatu idea, Davic Hume (1711-1776) deria hanya memberikan sejumlah yang kecil kepada idea dan pengetahuan. Ahli empiricism menekankan bahawa minda manusia yang kosong dan manusia perlu mempelajari sesuatu itu berdasarkan apa yang ia hadapi (pengalaman). Kaedah ketiga ialah skepticisme iaitu berasal daripada Yunani skeptoi 31 yang bermaksud orang-orang yang mencari maklumat. Hal ini demikian, kerana skepticisme ini juga selalu dikatakan negative disebabkan tidak mempercayai banyak hal dan sentiasa mengkritik sesuatu hal. Sebagai contoh, mengapa hal itu boelh terjadi, bagaimanakah hal itu boleh terjadi dan lain-lain. Kaedah yang ke empat pula adalah wahyu dan tradisi. Wahyu merupakan perintah ataupun petunjuk yang diturunkan melalui kata-kata Allah SWT yang disampaikan kepada rasul. Manakala, tradisi pula merupakan sesuatu kebiasaan adat atau kepercayaan dalam turun temurun sesuatu yang sudah menjadi amalan dengan sesuatu masyarakat. (Kamus Dewan Edisi keempat). Kaedah kelima pula ialah intuisi dan ilham. Intuisi merupakan kemampuan memahami sesuatu tanpa melalui pemikiran yang rasional dan intelektual. Pemikiran ini merupakan pemikiran yang tidak diduga atau tidak dirancang. Sebagai contoh, fahmi tiba-tiba sahaja ingin makan ayam tetapi sesampainya di restoran fahmi teringin untuk makan sup daging. Tambahan pula, intuisi juga bermaksud daya untuk memahami atau untuk mengetahui sesuatu tanpa berfikir atau tanpa belajar dan ia semuanya melalui gerak hati. ( Kamus pelajar Edisi Kedua). Manakala ilham pula bermaksud sesuatu yang menggerakkan hati untuk melakukan sesuatu benda itu. Kaedah yang ke enam pula ialah keakrifan tempatan iaitu suatu ilmu yang dibentuk untuk menjelaskn sesuatu keadaan, budaya, ilmu atau komuniti disuatu Kawasan masyarakat. Keakrifan adalah terjemahan wisdom dalam Bahasa inggeris. Menurut Acknoff wisdom terletak ditingkat teratas di dalam piramid pengetahuan. Keakrifan tempatan ini juga sebagai contoh, pergi ke satu Kawasan kampung dan belajar budaya dan komuniti mereka. Kaedah yang terakhir ialah hikmah. Hikmah bermaksud kebijaksanaan atau adil dalam memutuskan sesuatu. Hikmah juga sering dikatakan sesuatu perbuatan yang dilakukan ada sebab-sebabnya seperti baik atau buruk. Kebenaran merupakan apa yang dikatakatan menepati kenyataan. Maksudnya adalah apabila kita berkata ini adalah sesuatu, maka ia menepati apa yang diperkatan sebagai contoh, apabila kita mengatakan itu adalah gelas, maka ia benar dan menepati apa yang diperkatakan. Manusia akan hidup lebih aman dan selesa apabila memperolehi kebenaran yang hakiki. Dalam teori kebenaran terdapat empat teori iaitu teori koresponden. Teori koresponden ialah teori ini berpendapat bahawa kebenaran adalah apa yang sepadan dengan realiti. Hal ini demikian, kerana suatu hal yang sepadan atau realiti adalah benar manakala suatu hal yang tidak tidak sepadan adalah 32 palsu. Sebagai contoh, manusia memerlukan makanan untuk meneruskan kehidupan hal ini merupakan ayat yang sepadan realiti. Teori kebenaran yang kedua adalah koheran. Koheran merupakan teori yang menekankan pernyataan yang dianggap atau dikatakan benar dan pasti apabila fakta tersebut tidak bertentangan dengan mana-mana idea yang sebelumnya. Pernyataan- pernyataan yang diberikan mampu memberikan pernyataan yang selanjutnya. Dalam teori koheren, perkara ini membuktikan berfikir secara logik mampu menyelesaikan pelbagai masalah dan memperoleh kebenaran. Setiap manusia memerlukan makanan, Shazlin adalah manusia, maka shazlin memerlukan makanan untuk meneruskan kehidupan. Teori kebenaran yang ketiga ialah pragmatik. Pragmatik merupakan suatu cabang ilmu linguistik yang menkaji hal-hal yang merangkumi struktur Bahasa sebagai alat perhubungan yang melibatkan komunikasi pihak individu antara penutur dan pendengar atau penulis dan pembaca. Manakala menurut George Yule (1997) pragmatik bermaksud suatu kajian makna yang melibatkan dua pihak iaitu pengucap dan pendengar. Teori kebenaran yang terakhir adalah agama dan tradisi. Agama ialah kepercayaan kepada tuhan atau sesuatu kuasa yang ghaib seperti dewa serta apaapa institusi yang berkait dengan kepercayaan tersebut. Manakala tradisi pula bermaksud suatu hak yang tidak tertulis dalam masyarakat tetapi masyarakat mengamalkannya secara turun-temurun sejak sekian lama dan diwarisi oleh nenek moyang. Hal ini demikian kerana, agama dan tradisi merupakan teori kebenaran yang universal melalui kepercayaan sesuatu agama. Setiap manusia mempunyai ilmu pengetahuan tentang agama dan tradisi masing-masing untuk diperkembangkan. Sebagai contoh, teori-teori kebenaran agama dan tradisi membawa banyak kebenaran dalam kehidupan individu seperti agama dan tradisi sebagai petunjuk hidup kepada manusia yang benar dan harus diikuti. Epistemologi sangat berguna untuk kehidupan manusia. Hal ini demikian, kerana setiap manusia mempunyai akal fikiran dan sifat ingin tahu yang tinggi dalam diri mereka. Setiap agama pun menuntut setiap insan perlu menuntut ilmu dan mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam sesuatu perkara lagi-lagi dalam hal-hal agama. Ilmu adalah sangat penting kepada manusia agar tidak mudah untuk diperdaya oleh sesiapa pun. Hal ini kerana, dengan memperolehi ilmu manusia dapat menyelesaikan pelbagai masalah, kita juga sudah sedia maklum bahawa dalam 33 kehidupan kita seharian kita akan mengalami pelbagai masalah. Namun jika seseorang itu mempunyai ilmu yang tinggi ia mampu menyelesaikannya tanpa tindakan yang terburu-buru. Sebagai contoh, sentiasa berfikir positif dan tidak berputus asa dengan ujian yang datang. Selain itu, mempelajari epistemologi ini juga mampu melahirkan generasi yang bijak dan kreatif. Penjanaan ilmu yang berterusan mampu melahirkan insan yang bermoral. Hal ini demikian, kerana seseorang yang berilmu mampu memanfaatkan nilai-nilai murni serta sikap ingin terus maju dalam kehidupanya. Sebagai contoh, negara akan membangun dengan melahirkan insan yang bijak dan kreatif serta mampu memberikan kemudahan yang positif kepada bangsa dan negara. Kesimpulannya, epistemologi merupakan cabang falsafah yang mengkaji tentang ilmu pengetahuan dan kepercayaan iaitu bagaimana cara individu itu mendapatkan ilmu serta bagaimana caranya menjadikan ilmu pengetahuan itu benar dan betul. Manakala perkembangan revolusi sains mampu membawa kepada perubahan dan sumbangan kepada dunia seperti penciptaan-penciptaan oleh saintissaintis dan juga tokoh pemikir yang hebat. Perkembangan revolusi sains ini juga banyak amat membantu untuk kemajuan bangsa dan digunakan sehingga ke hari ini. Pelbagai kaedah yang digunakan untuk perolehan ilmu antaranya ialah rasionalisme, empiricism, scepticism, wahyu dan tradisi, intuisi dan ilham, keakrifan tempatan dan hikmah. Epistemologi juga menerangkan teori-teori kebenaran antaranya teori koresponden, teori koheren, teori pragmatic dan juga teori agama dan tradisi. Dalam teori kebenaran ini juga banyak membantu individu dalam mencari kebenaran antaranya dalam agama dan tradisi yang semua individu lakukan. Oleh itu, epistemologi adalah sangat penting untuk kehidupan manusia kerana, ilmu sangat penting dalam kehidupan setiap individu tidak kira bangsa dan agama. 34 Rujukan PENGENALAN FALSAFAH 1) Abdul Fatah Hasan. (2007). Mengenai Falsafah Pendidikan Thomas Aquinas. Siri pengajian Dan Pendidikan Utusan. https://books.google.com.my/books?id=XPn0MeukGgC&dq=thomas+aquinas +(1225-1274)+falsafah+keagamaan&source=gbs_navlinks_s 2) Abdul Rahman dan Zakaria Kasa (1986). Falsafah dan Konsep Pendidikan: edisi ketiga. Serdang: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd http://duniaparasarjana.blogspot.com/p/falsafah-pendidikan.html 3) Kamus Dewan Edisi Keempat. Bahasa Dan Pustaka. Kuala Lumpur. Tahun 2010. 4) Kamus Pelajar Bahasa Malaysia. Edisi Kedua: Kuala Lumpur Dewan: Bahasa Dan Pustaka 1987. 5) Mohamad Syamsul Izwan Bin Md Fauzi (2009, April, 10). Peranan Sekolah Dalam Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pegawai perkhidmatan pendidikan, Sekolah Kebangsaan Kampung Banyok, Sibu, Sarawak dari .http://bit.ly/money_crypto. http://cikgusyamsp.blogspot.com/2009/04/peranan-sekolah-dalammerealisasikan.html 6) Haryati Shafii, Sharifah Meryam Shareh Musa & Zakila Abd Rahman. (2009). Pembangunan Modal Insan Ke Arah Meningkatkan Kualiti Hidup Masyarakat. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Johor MALAYSIA. https://core.ac.uk/download/pdf/12007661.pdf 35 FALSAFAH DALAM KEHIDUPAN. 1) Abdul Fatah Hasan. (2007). Mengenai Falsafah Pendidikan Thomas Aquinas. Siri pengajian Dan Pendidikan Utusan. https://books.google.com.my/books?id=XPn0MeukGgC&dq=thomas+aquinas +(1225-1274)+falsafah+keagamaan&source=gbs_navlinks_s 2) Abdul Rahman dan Zakaria Kasa (1986). Falsafah dan Konsep Pendidikan: edisi ketiga. Serdang: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. http://duniaparasarjana.blogspot.com/p/falsafah-pendidikan.html 3) Dunia Para Sarjana. (2012). Maksud Falsafah dan Falsafah Pendidikan Lung. DiPerolehi dari http://duniaparasarjana.blogspot.com/2012/05/maksudfalsafah-dan-falsafah-pendidikan.html 4) Dunia Para Sarjana. (2012). Maksud Falsafah dan Falsafah Pendidikan Lung. DiPerolehi dari http://duniaparasarjana.blogspot.com/2012/05/maksudfalsafah-dan-falsafah-pendidikan.html 5) Jairdayatie Saifuddin. (2015). Pengenalan kepada falsafah. Diperolehi oleh https://www.slideshare.net/jairdayatiedina/pengenalan-kepada-falsafah 6) Kamus Dewan Edisi Keempat. Bahasa Dan Pustaka. Kuala Lumpur. Tahun 2010 7) Teratak Karya Agung. (2014). (Estetik Dalam Karya Agung) Alexander Baumgarten (1714-1716). Diperolehi dari; http://teratakhikayat.blogspot.com/p/estetik-dalam-karya.html LOGIK. 1) Ahmad Atory Hussain (1991). Pengurusan Organisasi. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2) Ahmad Yunus Mohd Noor, Qutrennada. (2017). Perkembangan Metodologi Pengajaran dan Pembelajaran Hadith di Negeri Kedah. Jabatan Usuluddin & Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Di 36 perolehi daripada http://ddms.usim.edu.my/bitstream/123456789/16296/1/1835-1-SM.pdf 3) DeBono, E., 1994, Parallel thinking: from Socratic thinking to de Bono thinking, Retrieved from : file:///C:/Users/user/Downloads/epdf.pub_de-bonosthinking-course.pdf 4) Popkin, R. H; Stroll A., 1993, Philosophy Made Simple, Retrieved from : https://ms.wikipedia.org/wiki/Logik#cite_note-PopkinStroll1993-1 5) Shuhairy Norhisham. (2019). Apakah Metodologi Kajian. Di Perolehi daripada https://www.pascasiswazah.com/apakah-metodologi-kajian/ Psikologi dan Sosiologi 1) Cetusan Minda. (2011). Konsep Emosi Menurut Perspektif Islam. Diperolehi daripada http://ciptaan-mulia.blogspot.com/p/pengenalan-emosi-didefinisikansebagai.html 2) Kamus Dewan Edisi Keempat. Bahasa Dan Pustaka. Kuala Lumpur. Tahun 2010. 3) Kamus Pelajar Bahasa Malaysia. Edisi Kedua: Kuala Lumpur Dewan: Bahasa Dan Pustaka 1987. 4) Norkhalid Salimin. (2011). Pendidikan Jasmani dan kesihatan Satu Definisi. Diperolehi daripada http://pendidikanjasmanikesihatansainssukan.blogspot.com/2011/03/pendidik an-jasmani-dan-kesihatan-satu.html 5) Okun. (1992). Definisi Krisis .Diperolehi daripada http://web.usm.my/mentor/download/pengenalan%20krisis,%20amarah,%20st res,%20krisis.pdf 37 6) Rahimah A. Hamid, Mohd Kipli Abdul Rahman dan Nazarudin Zainun. (2013). Kearifan Tempatan: Pengalaman Nusantara: Jilid 3 - Meneliti Khazanah Sastera. Perpustakaan Negara Malaysia. Universiti Sains Malaysia, 2013. 7) Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM). (2018). Pemerdagangan Manusia. Diperolehi dari https://www.suhakam.org.my/ms/human-trafficking/ METAFIZIK. 1) Chandra Muzaffar. (2006). Definisi pluralisme Agama. Diperolehi daripada https://www.thestar.com.my/opinion/letters/2006/06/18/what-pluralism-meansto-islam/ 2) Dr. Hj. Mohd Rashid Bin Md Idris. (2014). Idealisme dan Falsafah Melayu. Diperolehi daripada http://duniakaryaagungmelayukumpulan5.blogspot.com/p/idealisme-danfalsafah-melayu.html 3) El-Muhammady, M. U. (2001). Kosmologi Pada Para Fuqaha dan Ulama Sufiah. Di terbitkan oleh Pemikiran Melayu Dalam Kosmologi Melayu, Kuala Lumpur di peroleh daripada https://core.ac.uk/download/pdf/153212085.pdf 4) Kamus Pelajar Bahasa Malaysia. Edisi Kedua: Kuala Lumpur Dewan: Bahasa Dan Pustaka 1987. 5) Pakar Perubatan Naturopathic. (27 Jun 2020) . Naturopathic dan Metafizik. Diperolehi daripada https://pakarperubatannaturopathic.blogspot.com/p/duniametafizik.html 6) Zainal Kling, “Asas Ketuhanan Dalam Pemikiran Sosiopolitik Melayu”, dalam Tamadun Melayui, j. 2. Kuala Lumpur, 1993. 38 EPISTEMOLOGI. 1) Ackoff, R. L. “From data to wisdom.” Journal of Applied Systems Analysis 15 (1989), 3-9. 2) Dagobert D.R. (1962). Classic in logic, reading in epistemology, Theory of knowledge and dialectics. New York: Philosophical Library. 3) Farah Nadiya Abdulrahim. 2015. Definisi Pragmatik mengikut PengkajiPengkaji Luar. Diperolehi dari http://mte3012farahnadiyaabdulrahim.blogspot.com/2015/10/definisi-pragmatik-mengikutpengkaji.html 4) Kamus Dewan Edisi Keempat. Bahasa Dan Pustaka. Kuala Lumpur. Tahun 2010. 5) Kamus Pelajar Bahasa Malaysia. Edisi Kedua: Kuala Lumpur Dewan: Bahasa Dan Pustaka 1987. 6) Oxford Dictionary Of Sociology. 2009. 3rd Ed. New York: Oxford University Press 7) Sardan, Ziauddin. 1990 . Masa hadapan Islam: bentuk idea yang akan dating. Terj. Mohd Sidin Ahmad Ishak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 39