ATURCARA MAJLIS 8.00 pagi : 8.30 pagi : : : : : : Kehadiran Ibubapa/ahli PIBG Pendaftaran Ucapan aluan pengerusi majlis Bacaan doa Ucapan Pengerusi PIBG Ucapan Guru Besar MESYUARAT AGUNG KALI KE-22 Jamuan AGENDA MESYUARAT AGUNG Ucapan Pengerusi Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung yang lalu Membentangkan dan menerima laporan tahunan Membentangkan dan menerima penyata kewangan yang berakhir 31.12.2020 Memilih Jawatankuasa baru Memilih 2 orang Juruaudit Membahaskan Usul-usul Hal-hal lain Ucapan Penangguhan 1 SENARAI AJK PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-22 Pengerusi : Pn. Nor Anisa Tor binti Abdullah (GB) Naib pengerusi : En. Zairulhasnan bin Shafii (GPK 1) Setiausaha : Pn. Hasmaniza binti Muhammed Pendaftaran : Pn. Marhamah binti Udin Pn. Hasmaniza binti Muhammed Buku program : Pn. Hasmaniza binti Muhammed Pn. Marhamah binti Udin Cenderahati : Pn. Nurul Nadiah binti Ahmad Nazri Persediaan tempat : En. Zairulhasnan bin Shafii En Mohd Azhar bin Azman Pn Norma binti Dollah Pengerusi majlis perasmian : Pn. Salina binti Mohamed Pengerusi mesyuarat : YDP PIBG Backdrop &Siaraya : Pn Nurulhuda binti Ab Aziz Pn Nurul Nadiah binti Ahmad Nazri Pencatat minit : Pn. Hasmaniza binti Muhammed Jamuan : Pn Shuhaila binti Che Hassan Pn Nurulhuda binti Ab Aziz 2 KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-21 Tarikh Masa Tempat : : : KEHADIRAN 11 Mac 2020 (Rabu) 2.00 petang Dewan SK Jeram Bungor : BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 NAMA PN NOR ANISA TOR BINTI ABDULLAH EN MANAB BIN HARUN EN MOHD SAMSOL BIN MOHD JALAL EN AHMAD ZAMRIE BIN MOHD DILY EN ABDULLAH BIN YUSUF PN NOR HAMIZAH BINTI AB LATIP PN ANITA BINTI SALLEH PN SALMAH BINTI ISMAIL PN ANI NORAINI BINTI MOHAMAD PN SALINA BINTI MOHAMED EN MD HIRWAN BIN ZAINI CHE JONAIDI BIN CHE GHANI PN LINA BINTI MAMAT PN MARHAMAH BINTI UDIN PN NOORFAZLINA BINTI KAMIS EN MOHD ZAINODDIN BIN ISMAIL EN JAMALUDDIN BIN MAT PN HASLIZA BINTI HASAN PN HASMANIZA BINTI MUHAMMED PN SHARINA BINTI CHE MAN EN ZAIRULHASNAN BIN SHAFII EN MANSOR BIN CHE MAN EN ZULKIFLY BIN MAT ATAN EN ABDULLAH BIN MUSTAFA PN NOOR HIDAYAH BINTI KAMARUZZAMAN 3 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN IBUBAPA & GURU SESI 2020/2021 Penasihat Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Naib Setiausaha Bendahari : Pn Nor Anisa Tor binti Abdullah : En. Manab bin Harun :En. Md Hirwan bin Mohd Zaini :Pn. Hasmaniza binti Muhammed :Pn. Salina binti Mohamed :En Che Jonaidi bin Che Ghani Ahli Jawatankuasa : En. Zairulhasnan bin Shafii Pn. Noorfazlina binti Kamis Pn. Marhamah binti Udin En. Mansor bin Che Man En. Mohd Samsol bin Mohd Jalal Pn. Siti Haidah binti Mohd Dily Pn. Sharina binti Che Man En. Mohd Zainodin bin Ismail Pn. Nor Hamizah binti Ab Latip Juru Audit : 1. Pn Nurul Nadiah binti Ahmad Nazri 2. En Ahmad Zamrie bin Mohd Dily 4 MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-21 SEK KEB JERAM BUNGOR 27200 KUALA LIPIS PAHANG TARIKH MASA TEMPAT : : : 11.03.2020 (Rabu) 2.00 PETANG DEWAN SK JERAM BUNGOR 1. Ucapan Pengerusi Majlis Pengerusi Majlis memberi salam dan mengalukan kedatangan kepada perasmi dan semua penjaga yang dapat hadir pada hari ini. Pengerusi menjemput En. Mohd Zainodin bin Ismail untuk membacakan doa. Seterusnya menjemput YDP PIBG Encik Manab bin Harun untuk memberi ucapan. 2. Ucapan Pengerusi PIBG (Encik Manab bin Harun) Pengerusi PIBG mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli PIBG kerana sudi meluangkan masa memeriahkan Mesyuarat Agung kali ke-21 SK Jeram Bungor. Alhamdulillah kehadian ibu bapa / penjaga pada hari ini amat memuaskan. Pengerusi PIBG juga mengalu-alukan kehadiran mantan Pengerusi PIBG Sk Jeram Bungor iaitu En. Abdullah bn Yusof, bagi memeriahkan lagi mesyuarat agung pada kali ini. Terima kasih juga kepada Jawatan Kuasa Kampung (JKK) Jeram Bungor kerana turut memberi sumbangan kepada pihak sekolah untuk kegunaan murid-murid Sk Jeram Bungor. Pengerusi PIBG sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua Ibubapa/Penjaga dan AJK kerana sudi meluangkan masa menghadiri mesyuarat ini seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Sk Jeram Bungor kali ke-21. 3. Ucapan Guru Besar (Pn. Nor Anisa Tor binti Abdullah) Guru Besar memberi salam dan kata-kata aluan serta mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir. Beliau mengucapkan terima kasih kepada perasmi En Manab bin Harun merangkap Tok Empat MPKK Kg Jeram Bungor kerana sudi hadir untuk merasmikan Mesyuarat Agung PIBG pada kali ini. Guru Besar memaklumkan tentang perkembangan semasa sekolah setakat ini. Pertama, kelas bercantum bagi sekolah kurang murid SKM perlu dilaksanakan bagi sekolahsekolah yang mempunyai murid kurang daripada 30 orang. Kelas bercantum ini melibatkan murid-murid tahun 2&3 ditempatkan di dalam satu bilik darjah, dan tahun 4&5 juga 5 ditempatkan di dalam satu bilik darjah. Manakala, kelas tahun 1 dan 6 dilaksanakan seperti biasa iaitu tidak terlibat dengan percantuman kelas. Jumlah guru di Sk Jeram Bungor setakat hari ini adalah seramai 8 orang. Jika berlaku sebarang pertukaran guru, maka tiada guru ganti disediakan kerana faktor percantuman kelas ini tidak melayakkan sekolah menerima guru ganti. Guru Besar memaklumkan peratus pencapaian UPSR sesi 2019 iaitu 83.33%. Pada tahun ini pihak sekolah telah mengadakan mesyuarat kecemerlangan Ibubapa Tahun 6 sesi 2020 serta program motivasi murid tahap 2 bersama ibubapa. Kehadiran bagi program yang telah dilaksanakan ini amat memuaskan. Selain itu, ibubapa/ penjaga turut dimaklumkan oleh Guru Besar berkaitan pelaksanaan sistem peperiksaan masih diteruskan bagi murid-murid tahap 2 (tahun 4,5 dan 6), manakala peperiksaan bagi tahap 1 (tahun 1,2 dan 3) telah dimansukan dan digantikan dengan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Murid-murid akan dinilai oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran pdp di dalam bilik darjah. Makluman tentang HEM pula, berkenaan bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT), mengikut rekod 2019 ramai murid berjaya menerima bantuan ini. Namun, pada tahun 2020 hanya 4 orang murid sahaja yang layak. Pihak sekolah terpaksa akur dengan arahan kerajaan menetapkan pendapatan isi rumah yang layak menerima bantuan kerajaan adalah RM604.00 bersamaan RM151 nilai perkapita. Program sarapan percuma yang di war-warkan oleh kerajaan sebelum ini, hanya sebuah sekolah sahaja di daerah Lipis yang layak iaitu Sk Kuala Koyan (sekolah asli). Pihak sekolah telah menganjurkan program sarapan berbayar kepada murid yang tidak layak menerima bantuan RMT. Ini bagi memastikan murid-murid tidak mengabaikan sarapan pagi. Seramai 10 orang murid terlibat dan dikenakan bayaran sebanyak RM2.50/ hari. Jadual makan adalah sama dengan murid yang menerima RMT. Guru Besar turut memaklumkan Bantuan Awal Persekolahan juga perlu mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak kerajaan iaitu pendapatan isi rumah haruslah di bawah RM3000. Seramai 21 orang murid Sk Jeram Bungor layak menerima bantuan tersebut. Pihak sekolah telah menetapkan pada 12 Mac 2020 akan diadakan majlis penyerahan Bantuan Awal Persekolahan pada pukul 9.00-10.30 pagi. Selain itu, Guru Besar juga ada memaklumkan kepada ibubapa/penjaga berkaitan Biasiswa Yayasan Pahang. Pihak sekolah tidak mendapat sebarang maklumat tentang penyampain bantuan tersebut kerana murid-murid yang layak telah menerima di Kampung Kerambit semasa cuti sekolah. Syarat bantuan ini adalah pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2000 dan mestilah anak jati Pahang. 6 Menyentuh isu kebajikan murid-murid, Guru Besar menyeru ibubapa supaya mengambil berat pendidikan anak-anak dirumah dengan memantau setiap kerja rumah yang dibekalkan oleh guru serta memastikan unifom sekolah anak-anak adalah lengkap dengan lencana dan tag nama murid. Jika anak-anak sakit dan tidak dapat hadir ke sekolah, sila maklumkan kepada guru kelas masing-masing dan mendapatkan sijil cuti (MC) daripada klinik. Berkaitan isu keselamatan murid-murid pula, Guru Besar melarang penjaga memberi makanan/minuman diluar pagar sekolah terutama di tepi jalan raya kerana sangat berbahaya kepada murid. Selain itu perkongsian gelas minuman juga adalah dilarang kepada muridmurid bagi membendung penyebaran virus covid-19. Pintu pagar sekolah akan ditutup sepanjang sesi pembelajaran dan akan dibuka sehingga penjaga sudah bersedia untuk membawa murid-murid pulang ke rumah. Sebelum mengakhiri ucapan, Guru Besar memaklumkan kepada penjaga supaya menggalakkan anak-anak menyertai aktiviti Ko-Kurikulum di sekolah kerana cemerlang akademik sahaja tidak menjamin murid-murid menyambung pengajian di sekolah berasrama penuh pada masa kini. Mereka perlu mengimbangi antara pencapaian akademik yang cemerlang dengan penglibatan di dalam ko-kurikulum bagi melayakkan mereka memasuki mana-mana sekolah berasrama penuh. Antara aktiviti Ko-Kurikulum yang boleh disertai oleh murid-murid adalah pertandingan catur, pengakap, bola jaring, bola baling, olahraga dan pertandingan tilawah dan hafazan Al-quran. 4. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu.. 4.1 Setiausaha membentangkan minit mesyuarat yang lalu Cadangan pengesahan : En Zairulhasnan bin Shafii Sokongan : Che Jonaidi bin Che Ghani 5. Membentangkan laporan aktiviti tahunan PIBG 5.1 Setiausaha membentangkan laporan aktiviti tahunan PIBG sesi 2020/2021 - Seperti Lampiran – 7 6. Membentang dan mengesahkan penyata kewangan Bendahari membentangkan penyata kewangan yang berakhir pada 31.12.2019. - Seperti Lampiran – Pengesahan Cadangan : En. Mohd Samsol bin Mohd Jalal Sokongan : En. Md Hirwan bin Mohd Zaini 7. AJK PIBG bagi sesi 2020/2021 7.1 Pengerusi membubarkan AJK PIBG 2019/2020. 7.2 Memilih dan mengundi AJK PIBG yang baru di kalangan penjaga. AJK dari guru dilantik oleh Pn. Guru Besar. Pengerusi : Naib Pengerusi En. Manab bin Harun : En. Md Hirwan bin Mohd Zaini Setiausaha : Pn. Hasmaniza binti Muhammed Naib Setiausaha : Pn. Salina binti Mohamed Bendahari : En. Che Jonaidi bin Che Ghani Ahli Jawatankuasa : En. Zairulhasnan bin Shafii Pn. Noorfazlina binti Kamis Pn. Marhamah binti Udin En. Mansor bin Che Man En. Mohd Samsol bin Mohd Jalal Pn. Siti Haidah binti Mohd Dily Pn. Sharina binti Che Man En. Mohd Zainodin bin Ismail Pn. Nor Hamizah binti Ab Latip Juru Audit : 1. Pn Nurul Nadiah binti Ahmad Nazri 2. En Ahmad Zamrie bin Mohd Dily 8 8. Membahaskan Usul Usul yang telah dipersetujui oleh AJK PIBG: - Terdapat 2 usul daripada penjaga 1) Usul daripada En Manab bin Harun - Menaikkan kadar sumbangan yuran PIBG dari RM60.00 kepada RM70.00 mulai 2021 selepas mendapat kebenaran daripada Bahagian Pendaftaran JPNP. - Semua ahli mesyuarat telah sebulat suara BERSETUJU untuk menaikkan sumbangan dari RM60 kepada RM70 bagi setiap penjaga. 2) Usul daripada En Zairulhasnan bin Shafii - Pembinaan tandas di hujung blok pentadbiran / Tahun 6 bagi kemudahan murid dan guru. - Usul dibahas dan diterima dan akan dibincangkan lebih lanjut dalam mesyuarat AJK. 9. Hal-hal lain 9.1 En Md Hirwan mencadangkan supaya diadakan garisan kuning di kawasan sekolah bagi tujuan keselamatan murid-murid. Perlu kepada surat permohonan daripada pihak sekolah dan JKK Kg Jeram Bungor. 9.2 En Mansor mengucapkan terima kasih kerana ada pembaharuan di dalam AJK PIBG dari segi pemberian cenderahati kepada semua AJK pada tahun ini. Selain itu En Mansor mencadangkan kepada pihak sekolah supaya mewujudkan pili bomba di kawasan sekolah. 10. Ucapan Penangguhan 10.1 En. Md Hirwan (NYDP baru) Mengucapkan terima kasih kepada semua kerana memilih beliau sebagai NYDP PIBG pada tahun ini dan akan cuba melakukan yang terbaik. 9 10.2 Pn. Nor Hamizah (AJK baru) Mengucapkan terima kasih kepada semua kerana memilih beliau sebagai AJK PIBG pada tahun ini. Akan cuba memberikan komitmen yang baik. 10.3 En.Ahmad Zamrie (Juru Audit baru) Mengucapkan terima kasih kepada semua kerana memilih beliau sebagai Juru Audit PIBG pada tahun ini. Akan cuba memberikan komitmen yang baik. 10.4 Pn Nor Anisa Tor Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada semua ibubapa/penjaga kerana menyokong pihak sekolah dalam semua urusan. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua AJK kerana bergotong-royong menyiapkan projek menghias kantin sekolah. MESYUARAT DITANGGUHKAN PADA PUKUL 5.15 petang Disediakan oleh, Disahkan oleh, ........................................................ ................................... HASMANIZA BINTI MUHAMMED Setiausaha PIBG Sk Jeram Bungor MANAB BIN HARUN Pengerusi PIBG Sk Jeram Bungor 10 LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG SESI 2020/2021 BIL TARIKH AKTIVITI 1 13 Febuari 2020 26 Febuari 2020 2 3 18 Mac 2021 Mesyuarat AJK PIBG kali ke-3 sesi 2019/2020 Mesyuarat AJK PIBG kali ke-4 sesi 2019/2020 Mesyuarat AJK kali pertama sesi 2020/2021 LAPORAN KEWANGAN PIBG - SILA RUJUK LAMPIRAN 11 AHLI JAWATANKUASA INDUK PIBG SKJB BAGI SESI 2021/2022 Pengerusi : _________________________________ Naib Pengerusi : _________________________________ Setiausaha : _________________________________ Naib Setiausaha : _________________________________ Bendahari : _________________________________ Ahli Jawatankuasa : 1. _________________________________ 2. _________________________________ 3. _________________________________ 4. _________________________________ 5. _________________________________ 6. _________________________________ 7. _________________________________ 8. _________________________________ 9. _________________________________ 10._________________________________ 11._________________________________ 12._________________________________ Juru Audit : 1. _______________________________ 2. _______________________________ CATATAN 12 13 14