KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin 50604 Kuala Lumpur Tel Fax Portal E-mel : 03 6204 6000 : 03 6204 6801 : ;pwpkl.moe.gov.my : ;pn.1ip@moe.gov.my Ruj. Kami : JPWPKL.600-2/1/25 Jld.2 (53) Tarikh : 25 Januari 2023 Seperti Senarai Edaran Tuan/Puan, ProSaiMEx2.0: PEMBINAAN MODUL CAKNA SPM 2023 BAGI MATA PELAJARAN FIZIK, KIMIA DAN BIOLOGI BIL.2/2023 Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Dimaklumkan bahawa Unit Sains dan Matematik, Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) di b awah Program Sains dan Matematik (ProSaiMEx) sedang menghasilkan Modul SPM 2023 berfokus kepada mata pelajaran Fizik, Kimia dan Biologi. Modul ini merupakan salah satu usaha untuk menambah bahan sumber rujukan bagi meningkatkan tahap penguasaan dan prestasi murid dalam mata pelajaran tersebut. 3. Sehubungan itu, guru dari sekolah tuan/puan (seperti senarai edaran) selaku ahli panel pembina modul, dimohon menghadiri program di atas pada ketetapan berikut: Tarikh Hari Masa Tempat 27 Januari 2023 Jumaat 8:30 pagi-12.30 tengah hari melalui google meet 4. Sebarang pertanyaan berhubung perkara di atas, pihak tuan/puan boleh menghubungi Encik Abi Nubli Akrami bin Ibrahim melalui talian 03-62046956. Perhatian dan kerjasama tuan/puan amat dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih. Sekian "WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030" "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" Saya yang men anah, it? (ABDU ZIZ BIN MD HASHIM) Ti an Pengarah Pendidikan Sektor Pembelajaran b.p: Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur "JPWPKL MERCU KEGEMILANGAN "