Uploaded by shuhana

SEJARAH PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI

advertisement
KURSUS AJ 21203 SEJARAH MALAYSIA 1900-1957
PELAJAR
: FISABELLAH JOHN
NO. MATRIK
: YA 2012-2076
PENSYARAH
: ENCIK EKO PRAYITNO JOKO
SEMESTER
: 1 SESI 2016/2017
SOALAN 3
Bincangkan sejarah pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia
dan bagaimanakah Kerajaan British mengurustadbir kaum Cina dan
India sebelum Perang Dunia Kedua.
2.0 PENGENALAN
PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA
Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis
hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian
budaya, bahasa, agama dan adat resam. Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku
disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap perubahan
struktur politiknya. Sebelum abad ke-18 dan ke-19, masyarakat Malaysia tidak begini
coraknya. Sebaliknya boleh dikatakan bahawa, semenanjung Tahan Melayu ketika itu
didiami oleh orang Melayu dan Orang Asli bersama sebilangan kecil bangsa atau kaum lain.
Tetapi kini coraknya telah berubah dan wujudlah pembentukan masayarakat majmuk.
J.S.Furnivall merupakan orang pertama yang mengemukakan konsep masyarakat
majmuk berdasarkan kajiannya di Indonesia dan Burma. Menurut Furnivall (1967:54),
masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama,
bahasa dan adat resam yang tersendiri. Walaupun pelbagai kaum berganding bahu di bawah
sistem politik yang sama tetapi kehidupan mereka adalah berasingan dan interaksi sosial
dalam kalangan mereka amat berkurangan dan hubungan mereka hanya terbatas kepada
hal ekonomi dalam jual beli. Pembahagian tugasan dilakukan atas garis-garis ras.
Idea Furnivall mengenai masyarakat majmuk telah banyak dibincangkan oleh tokohtokoh sosiologi yang terkemudian. M.G. Smith merupakan salah seorang yang telah
memberikan satu analisis yang panjang lebar mengenai konsep ini. M.G. Smith juga
menganggap masyarakat majmuk sebagai masyarakat yang mempunyai pelbagai budaya,
perpecahan sosial dan perselisihan. Dari segi politik pula, masyarakat majmuk dikuasai oleh
satu kelompok minoriti yang mempunyai kebudayaan yang tersendiri. Smith juga
berpendapat bahawa masyarakat wujud atas dasar konflik dan paksaan, bukannya atas
dasar nilai bersama. Selain daripada Furnivall dan Smith, P.L. Van Den Berghe juga
memberikan sumbangan terhadap perbincangan mengenai konsep masyarakat majmuk.
Beliau membezakan kemajmukkan sosial iaitu masyarakat dipecahkan kepada kelompok
korporat dan bukannya budaya daripada kemajmukkan budaya iaitu wujud daripada
beberapa kelompok etnik.
Ketiga-tiga tokoh ini menekankan konflik dan perpecahan sebagai unsur ketara
dalam masyarakat majmuk. Pendirian ini amat bertentangan dengan pendekatan fungsional
yang mendakwa bahawa masyarakat majmuk wujud atas dasar konsensus dan nilai
bersama. Oleh yang demikian, tidak hairanlah beberapa kritikan mengenai idea atau teori
masyarakat majmuk juga datang daripada ahli fungsional. Walau bagaimanapun, teori ini
mempunyai kelebihannya iaitu salah satu percubaan untuk membentuk satu teori secara
umum mengenai hubungan ras. Teori ini cuba memasukkan pentingnya unsur ras dan etnik
ke dalam satu rangka dasar berbentuk konseptual dan merupakan satu syarat asas untuk
memahami sifat hubungan ras.Sebelum abad ke-18, penduduk di Tanah Melayu dan
kepulauan borneo ketika itu didominasi oleh orang Asli, orang Melayu dan kaum
bumiputera Sabah dan Sarawak. Migrasi daripada luar juga berlaku tetapi jumlahnya terhad.
Selain itu, terdapat juga kaum pendatang daripada Sumatera, Indonesia. Tetapi tidak
menjejaskan corak masyarakat ketika itu kerana kaum pendatang ini adalah daripada
rumpun bangsa yang sama (James P. Ongkili, 1985:4).
Pada awal abad ke-18, perubahan dalam struktur mAsyarakat berlaku di Malaysia
disebabkan oleh fenomena migrasi dari luar yang berlaku akibat faktor penarik yang ada di
bumi mahupun faktor penolak di negara asal masing-masing yang bertanggungjawab
mencernakan perubahan yang berkekalan sehingga ke hari ini. Struktur masyarakat di
Malaysia berubah adalah disebabkan migrasi daripada luar dan juga faktor penolak dan
penarik. Migrasi ini berlaku sedikit demi sedikit sebelum penjajahan barat, tetapi berleluasa
setelah penjajahan berlaku. Aktiviti ekonomi dan perladangan menjadi faktor utama dalam
aktiviti migrasi daripada luar terutamanya daripada China dan India.
Menurut B.W. Andaya dan L.Y Andaya (1983:159), masyarakat Cina daripada negara
China sebenarnya ingin keluar daripada hidup penuh dengan kemiskinan dan penderitaan.
Oleh itu, mereka terpaksa keluar berhijrah sehingga ke Tanah Melayu. Kemasukan buruhburuh Cina ke Tanah Melayu melalui beberapa cara yang dikenalpasti diusahakan oleh orang
Cina sendiri yang telah menetap lama di Tanah Melayu melalui sistem tiket yang sangat
popular. Menurut W.L. Blythe (1953:3), bilangan buruh Cina yang berhijrah memang ramai
dan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Namun angka yang tepat sukar ditentukan
kerana ketiadaan dokumen yang sah dan kemasukan secara haram ke Tanah Melayu.
Kemasukkan masyarakat Cina ke Tanah Melayu menunjukkan bermulanya proses
pembentukan masyarakat majmuk daripada pengaruh masyarakat Cina yang semakin
bertambah. Pengaruh masyarakat Cina ke Tanah Melayu telah mengubah corak dan sistem
sosial Alam Melayu dan juga masyarakat Melayu ketika itu. Kedatangan masyarakat Melayu
ke Tanah Melayu akhirnya telah membentuk satu masyarakat baru iaitu Baba Nyonya dan
Cina Muslim. Wujudnya golongan baru ini membawa kepelbagaian atau kemajmukkan
masyarakat di Malaysia dan mengambarkan keunikannya pada pandangan masyarakat luar.
Migran kedua terbesar selepas China adalah kelompok daripada India. Kebanyakan
mereka berasal daripada India Selatan iaitu dari Negapatam dan Madras. India juga
mengalami masalahnya tersendiri yang menyebabkan penduduknya berhijrah ke luar.
Suasana di negara itu yang dilanda kemiskinan dan kebuluran yang mendorong
penduduknya berhijrah keluar ke negara-negara lain termasuk ke Tanah Melayu ketika itu.
Migran India datang sejak pembukaan Pulau Pinang oleh Inggeris. Pada waktu itu bilangan
mereka masih kecil dan bertambah setelah Inggeris berjaya benguasai negeri-negeri
Melayu.
Selain migran daripada negara China dan India, Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak
juga menjadi tumpuan daripada masyarakat luar seperti dari Indonesia dan Ceylon. Namun,
bilangan mereka jauh lebih rendah berbanding dengan buruh daripada China dan India.
Kebanyakan pendatang Indonesia berasal daripada Jawa, Kalimantan (Banjarmasin),
Celebes, Timor dan Sulawesi serta beberapa bahagain kepulauan yang berhampiran dengan
Selat Melaka.. Pendatang daripada Indonesia juga berbilang suku kaum dan etnik antaranya
orang Jawa, Bugis, Minang dan Banjar. Menurut S.N. Arseculeratne (1991:8), pendatang dari
Ceylon kebanyakannya terdiri daripada kaum Sinhalese. Mereka datang dari kawasan pantai
selatan negara tersebut. Mereka datang dengan jumlah yang agak ramai selepas abad ke-19
berterusan hingga abad ke-20. Kedatangan berterusan ini disebabkan penjajahan British di
Ceylon. Faktor ekomoni adalah bukan faktor utama penghijrahan mereka, sebaliknya
mereka ingin mencari rezeki yang lebih berbanding apa yang mereka dapat di negara asal
mereka (S.N. Arseculeratne,1991:10).
Setelah kemasukan migran daripada luar, bermulalah proses pembentukan
masyarakat majmuk yang berbilang kaum seperti sekarang. Proses pembentukan
masyarakat pada mulanya sukar kerana berbeza fahaman, amalan, ras dan etnik serta
kehidupan seharian. Banyak konflik yang berlaku dalam proses pembentukan ini seperti
peristiwa 13 mei 1969. Apabila konflik berlaku dalam masyarakat majmuk, konflik
berkenaan mengikut garisan pemisah ras, bukan garisan kelas. Pengambilan pekerja buruh
daripada luar di buat secara tetap sudah pasti akan menimbulkan masalah sosio-ekonomi
dan politik yang lebih membimbangkan dan bagi mengelak pembentukan masyarakat
majmuk pelbagai etnik atau heterogeneous seperti mana yang cuba dielak oleh negaranegara Eropah Barat dan Telok (Weiner, 1990:143).
Campur tangan Inggeris di Tanah Melayu bermula apabila Francis Light menduduki
Pulau Pinang pada Ogos 1786, menyebabkan kemasukkan migran secara besar-besaran
daripada luar. Dalam jangka masa yang panjang semasa pemerintahan kolonial British di
Malaysia iaitu selama lebih satu ratus lima puluh tahun bermula 1786 hingga 1957. Antara
tahun itu, Malaysia telah diduduki oleh Jepun semasa perang dunia kedua. Walau
bagaimanapun, jangka masa singkat itu dianggap tidak mempunyai signifikan yang besar
kepada komposisi dan mobiliti penduduk. Masyarakat homogenis Melayu Tanah Melayu
telah
mengalami
transformasi
kepada
masyarakat
heterogenios
Malaysia
yang
mengandungi etnik-etnik Melayu, Cina dan India sebagai komponen utamanya.
Setelah kemasukan migran dari luar akhirnya lahirnya kelompok dari keturunan Cina
dan India yang berasimilasi dengan budaya tempatan seperti kelompok Baba-Nyonya yang
berketurunan Cina dan kelompok Chitty yang berketurunan India. Asimilasi bangsa juga
turut berlaku apabila perkahwinan antara orang asing dengan penduduk tempatan, maka
wujud beberapa sub-kategori penduduk berdarah campuran seperti kelompok Peranakan,
kelompok Syed dan lain-lain. Kini kebanyakan penduduk Malaysia mempunyai darah
kacukan Melayu-Arab, Melayu-India, Melayu-Cina dan lain-lain.
Pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia bermula apabila kemasukan migran
daripada luar. Proses ini berterusan sehingga penjajahan British di Tanah Melayu. Oleh itu,
wujud masyarakat berbilang kaum, ras, etnik dan bangsa di Malaysia. Kehadiran kelompokkelompok ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan budaya, adab resam,
bahasa dan latar berlakang kebudayaan yang berlainan. Kemajmukan masyarakat Malaysia
menjadikan negara ini menjadi tarikan masyarakat luar.
3.0 PEMERINTAHAN BRITISH DI TANAH MELAYU
Secara rasminya kedatangan British di Tanah Melayu bermula pada tahun 1786
setelah Francis Light menduduki Pulau Pinang dan perluasan wilayah sehingga ke Seberang
Perai berlaku dengan termeterainya perjanjian pada tahun 1800. Kedatangan kuasa Eropah
ke Tanah Melayu dengan misi serampang tiga mata iaitu untuk mengembangkan agama
Kristian (gospel), mencari kekayaan (gold) dan mencapai kemegahan (glory). Bagi
memastikan kelangsungan penguasaan politik dan ekonomi, pihak British telah
melaksanakan dasar “pecah dan perintah” dalam pentadbiran. Peranan pentadbiran British
dalam mewujudkan masyarakat berbilang kaum dan dasar diskriminasi juga telah
menyumbang kepada berlakunya kepincangan perpaduan antara kaum terbesar di Tanah
Melayu iaitu kaum Melayu, Cina dan India.
Selain itu, kedatangan British turut menyebabkan masalah ekonomi dalam
masyarakat pluralisme yang berlaku dengan jelas melalui pentadbiran pecah dan perintah
yang dilaksanakan dalam pekerjaan harian penduduk pelbagai kaum di Tanah Melayu.
Akibatnya, kedatangan pihak British sesungguhnya hanya sekadar mengaut keuntungan di
Tanah Melayu dan manfaat yang seharusnya diperolehi kaum pribumi dinafikan misalnya
keuntungan pertanian, penguasaan tanah, hasil perlombongan, kemudahan pendidikan dan
infrastruktur perbandaran. Inilah manfaat yang sepatutnya dinikmati penduduk pribumi
tetapi dinafikan oleh pihakcolonial Britis.
4.0 DASAR YANG DIJALANKAN DI TANAH MELAYU
Semasa tempoh penjajahan, British telah membuat dan melaksanakan pelbagai
dasar yang meliputi aspek sosial, ekonomi, dan politik.Dalam melaksanakan dasar-dasar
penjajahan, secara langsung ataupun tidak langsung telah mengubah wajah asal Tanah
Melayu. Justeru itu, pada bahagian ini kami akan membincangkan dasar-dasar yang
dilaksanakan British sehingga mengubah sistem kehidupan masyarakat Melayu. Hakikatnya,
semua dasar yang dilaksanakan oleh British adalah berasaskan dasar ‘pecah dan perintah’.
Walaubagaimanapun, berbeza dengan negara-negara lain, dasar pecah dan perintah yang
dilakukan oleh British di Tanah Melayu bukan melalui paksaan. Dasar ini dilakukan secara
berhati-hati dan perlahan-lahan seolah-olah ianya berlaku secara semulajadi.
Sehubungan ini, dasar pecah dan perintah (Divide and Rule) yang digagaskan oleh
kerajaan British di Tanah Melayu telah menyebabkan masyarakat yang terdiri daripada
pelbagai kaum berpecah dan dimanipulasikan mengikut kepentingan British.Kaum-kaum
utama yang wujud pada masa itu yang terdiri daripada tiga rumpun utama iaitu Melayu,
Cina dan India dikelaskan mengikut jenis pekerjaan dan sistem pendidikan yang berbezabeza.Melalui dasar ini, orang melayu ditempatkan di kawasan luar bandar yang kebanyakan
mencari rezeki dengan menjadi nelayan dan petani.Manakala kaum Cina pula menetap di
kawasan bandar dan menguasai segala aktiviti ekonomi serta melibatkan diri dalam bidang
perlombongan yang begitu mnguntungkan.Masyarakat India pula tinggal dan bekerja di
pinggir bandar di kawasan ladang-ladang sebagai penggerak utama industri perladangan
pada waktu itu.
Masyarakat petani berbangsa Melayu, peniaga Cina dan juga buruh ladang
berketurunan India pada ketika itu merasa curiga antara satu sama lain serta tidak
berkomunikasi secara langsung disebabkan oleh taktik kotor yang diterapkan oleh British.
Seterusnya, dasar ini telah menyebabkan perpaduan dan perasaan saling ingin hidup
bersama tidak berlaku di Tanah Melayu. Secara keseluruhannya, pelaksanaan dasar pecah
dan perintah telah menjadi strategi yang paling berkesan dan efektif untuk menghalang
kumpulan kecil di TanahMelayu untuk berinteraksi secara natural sesama kaum pada ketika
pemerintahan British yang menjadi tonggak utama goyahnya perpaduan antara kaum.
5.0 PEMERINTAHAN BRITISH DI TANAH MELAYU KEPADA KAUM CINA DAN
INDIA SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA
Jurang perbezaan ekonomi dan sosial kalangan kaum di Malaysia sering dikatakan
akibat dasar pecah dan perintah oleh penjajah Inggeris.Terdapat dua keadaan yang
memungkinkan keadaan ini iaitu British sengaja memisahkan kaum-kaum bagi mengelakkan
dan menyekat sebarang usaha penyatuan yang membawa risiko penentangan terhadap
penjajahan dan Inggeris perlu mengekalkan penduduk peribumi di kampung-kampung serta
mengekalkan aktiviti pertanian orang Melayu bagi memastikan bekalan makanan penduduk
Tanah Melayu tidak terjejas.Tindakan membawa masuk pekerja asing adalah bagi
mengelakkan penduduk pribumi meninggalkan aktiviti pertanian.Akibat daripada dasar
pecah dan perintah mengakibatkan ketidakseimbangan ekonomi antara kaum, interaksi
sosial yang terpisah-pisah dan kemuncaknya telah berlaku rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.
5.1 PEMISAHAN TEMPAT TINGGAL DAN PETEMPATAN
Masyarakat tidak akan wujud tanpa kehidupan secara berkelompok. Mustahil
seseorang individu mampu menyediakan keperluan hidup tanpa bergantung pada individu
lain. Oleh itu kehidupan berkelompok membolehkan satu anggota masyarakat berinteraksi
dengan anggota yang lain dan bergantung hidup dengan anggota masyarakat yang
lain.Kesan daripada dasar penjajahan British yang pertamaiaitu pemisahantempat tinggal
dan penempatan. Pemisahan ini wujud akibat daripada dasar ‘pecah dan perintah' yang
diamalkan oleh penjajah British pada masa tersebut.Pemisahan ini juga menyebabkan kaum
Melayu,Cina dan India tidak berpeluang untuk berinteraksi dengan lebih kerap kerana
tinggal di wilayah yang berbeza.
Pada era ini pengenalan kaum didefinisikan mengikut tempat tinggal dan kegiatan
ekonominya iaitu kebanyakan kaum Melayu tinggal di kawasan luar bandar dan bergiat
dalam sektor pertanian.Sepanjang tempoh penjajahan British di Tanah Melayu, pihak British
selalu menegaskan supaya kependudukan dan budaya hidup orang Melayu tidak di ganggu.
British berpendapat supaya orang Melayu di kekalkan di kampung-kampung dan
mengamalkan cara hidup bertani,bertukang atau nelayan. Oleh itu, orang Melayu tidak di
galakkan berhijrah ke kawasan-kawasan perlombongan, ladang atau ke bandar untuk
bekerja dengan British.
Lokasi kaum Melayu pada zaman pemerintahan ini tertumpuh di negeri Terengganu,
Kelantan, Perlis, Kedah dan Pahang. Manakala, kaum Cina pula bergiat dalam ekonomi
moden iaitu berpusat di bandar dan kawasan yang pesat membangun terutamanya di negeri
Pulau Pinang, Selangor, Perak, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor. Kaum India pula
kebanyakannya tertumpu di Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.Pola
kependudukan ini secara tidak langsung telah memisahkan kelompok-kelompok etnik ini
dan menunjukkan ketidakseimbangan taburan antara etnik. hal ini telah merenggangkan
perhubungan dan interaksi serta memperkuatkan lagi perasaan kekitaan dan etnosentrisme
dalam kalangan anggota setiap etnik di Tanah Melayu. Keadaan ini seterusnya telah
menimbulkan prasangka, stereotaip dan mengekalkan kejahilan dalam kalangan etnik
terhadap golongan etnik yang lain.
5.2 PERBEZAAN TUMPUAN SEKTOR EKONOMI
Dariaspek ekonomi, dapat dilihat melalui kewujudan sistem ekonomi dualisme.
Sistem ekonomi dualisme merujuk kepada dua tumpuan ekonomi yang berbeza namun
ianya bergerak seiringan dengan garis etnik (Dipetik daripada Ekonomi Malaysia edisi kedua
: Chamhuri Siwar dan Surtahman Kastin Hasan, 1985).Dua bentuk eksploitasi ekonomi
utama yang dilakukan oleh penjajah ialah perlombongan dan perladangan getah.Kajian yang
di buat memperlihatkan Melayu ketika awal kemerdekaan agak mundur berbanding etnik
Cina. Malah etnik India dilihat agak mundur akibat Dasar Pecah Perintah yang diamalkan
oleh British pada ketika itu(Dipetik daripada Ekonomi Malaysia edisi kedua : Chamhuri Siwar
dan Surtahman Kastin Hasan, 1985). British juga telah menyusun kawasan-kawasan yang
tertentu untuk diusahakan oleh etnik-etnik tertentu di Tanah Melayu. Sebagai contoh, etnik
melayu di berikan kebebasan untuk melakukan apa sahaja mereka mahu dan mereka hanya
meneruskan ekonomi sara diri seperti bercucuk tanam, bersawah, ke hutan, ke laut
manakala golongan Melayu elite diberi peluang membantu pentadbiran British.
Impak dari pemerintahan British kita tidak dapat menafikan bahawa British
mengambil langkah yang sangat berhati-hati dengan memisahkan etnik ini dari bergaul
antara satu sama lain. Maka tidak hairanlah sehingga hari ini sentimen perkauman masih
kuat dan jurang ekonomi juga ketara antara tiga etnik utama ini.Tambahan pula, etnik di
Sabah dan Sarawak mengalami situasi yang hampir sama seperti mana etnik Melayu di
Semenanjung cuma perkembangan ekonomi di Sabah dan Sarawak masih tidak meluas
kerana faktor geografi yang berbukit –bukau menyukarkan pembangunan dilaksanakan.
Dalam hal ini, kadar kemiskinan juga turut bertambah disebabkan sistem etnik
ini.Sistem ekonomi penjajah tertumpu kepada perdagangan moden yang berasaskan
perusahaan getah dan perlombongan bijih timah. Sistem ekonomi ini berasaskan pasaran
bandar dan diletakkan di bawah kawalan British.Sistem ini banyak melibatkan kumpulan
etnik Cina dan India.Manakala sistem ekonomi tradisional ialah sektor pertanian di mana
komoditi utamanya ialah penanaman padi dan perikanan.Teknik pengeluaran, pemasaran,
dan tenaga kerja didominasi oleh etnik melayu dengan berteraskan budaya Melayu luar
bandar atau budaya Melayu tradisional.Secara tidak langsung, ekonomi dualisme ini telah
melambangkan agihan tenaga kerja mengikut tiga etnik utama di Malaysia.kegiatan
ekonomi yang berbeza ini telah mewujudkan jurang pendapatan yang berbeza anatara satu
kaum dengan kaum yang lain. Ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dan wujud
persaingan ekonimi secara tidak sihat.
5.3 PENGASINGAN SISTEM PENDIDIKAN
Pendidikan semasa zaman penjajahan British bertujuan untuk menyekat peluang
orang Melayu daripada mengembangkan bakat mereka dan untuk memisahkan mereka
daripada perkembangan sosio-ekonomi negara.Pada keseluruhannya, pendidikan di zaman
penjajahan British ialah bersifat bebas atau laissez-faire kerana terdapat lima jenis
pendidikan yang telah diwujudkan dan tidak mempunyai keseragaman, iaitu Inggeris,
Melayu, Cina, Tamil dan agama Islam.
Sehubungan itu, terdapat tiga peringkat pendidikan iaitu pendidikan British rendah
dan menengah dihadiri oleh kanak-kanak bangsawan Melayu dan hartawan Cina dan
India.Seterusnya, terdapat sekolah Melayu peringkat rendah dibantu oleh British dengan
matlamat menjadikan mereka sebagai petani yang lebih baik daripada ibu bapa
mereka.Peringkat yang ketiga ialah wujudnya sekolah vernakular Cina dan India yang
berdasarkan negara asal masing-masing.Setiap jenis sekolah tersebut mempunyai falsafah
dan hala tuju pengajaran dan kurikulum yang berbeza.
Selain perbezaan dalam aliran pendidikan, kerencaman sistem pendidikan juga dapat
dilihat
daripada
sudut
kurikulum,
sukatan
mata
pelajaran
serta
orientasi
matlamatnya.Sehubungan itu, aliran pendidikan Cina dan India, kurikulum, sukatan mata
pelajaran dan orientasinya berkiblatkan negara asal mereka.Keadaan ini menyebabkan
interaksi sesama mereka hanya berkisar dalam kalangan etnik yang sama.
Ini telah menyebabkan tiada keseragaman dari segi identiti dan fahaman kerana
negara China contohnya mengamalkan fahaman komunisme dan silibus yang diambil dari
Negara China mempunyai unsur-unsur komunisme tetapi lain pula dengan kaum lain yang
berteraskan fahaman yang lain. Selain it, tidak terdapat satu bahasa penghantar yang
seragam telah menyebabkan setiap kaum hanya tahu bercakap dalam bahasa ibunda
masing-masing sahaja.Ini telah menyebabkan timbulnya pelbagai masalah yang telah
menggugat perpaduan kaum.Ini telah memberikan satu impak buruk dalam pembentukan
perpaduan kaum di Malaysia.
Kewujudan sistem pendidikan dalam zaman Inggeris ini telah mewujudkan polarisasi
di Tanah Melayu.Penubuhan sekolah-sekolah vernakular yang berasaskan kepentingan
kaum masing-masing ini telah membawa pemisahan yang sangat ketara antara penduduk di
Tanah Melayu.Sistem pendidikan yang bersifat perkauman yang kuat ini menyebabkan
polarisasi di Tanah Melayu begitu ketara sekali.
5.4 FAHAMAN POLITIK BERBEZA
Di negara ini terdapat pelbagai parti politik yang berasaskan kumpulan etnik dan
setiap parti politik akan memperjuangkan kepentingan kumpulan etnik yang diwakilinya.
Politik perkauman ini boleh menimbulkan perasaan tidak senang hati dan mengukuhkan
semangat perkauman jika penyuaraan kepentingan etnik tertentu dibuat tanpa mengambil
kira kepentingan semua pihak. Jika isu perkauman seperti bahasa, kebudayaan, pendidikan,
agama, kerakyatan dan ekonomi dibangkitkan, maka tindakan ini tidak akan menyumbang
kearah masyarakat yang bersatu padu.
Sehubungan itu, struktur masyarakat Malaysia yang terdiri dari berbagai-bagai kaum
telah melahirkan banyak persatuan-persatuan politik sosial dan ekonomi yang berasakan
kaum masing-masing. Perkara ini telah memeperkuatkan lagi rasa syak wasangka di antara
satu sama lain kerana persatuan-persatuan ini hanya memperjuangkan kepentingan
kumpulan kaum yang diwakilinya sahaja tanpa menghiraukan kaum-kaum yang lain. Partiparti politik yang berbentuk perkauman seringkali mengeksploitasi perbezaan-perbezaan
yang wujud di kalangan kaum hingga menimbulkan rasa tidak puas hati yang ketara antara
satu kaum dengan kaum yang lain.
5.5 PERBEZAAN KEPERCAYAAN DAN NILAI
Sejak zaman pemerintahan Britishsehingga tahun 1969 terdapat pelbagai perbezaan
dari segi agama, bahasa dan kebudayaan dalam masyarakat di Tanah melayu.Setiap
kumpulan etnik mempertahankan kebudayaan dan adat resam mereka, mengutamakan
etnik mereka dan mungkin juga menganggap kebudayaan mereka sahaja yang terbaik. Hal
ini menyebabkan anggota etnik lebih mengutamakan kaum sendiri untuk mendapatkan
pekerjaan dan akhirnya akan mewujudkan polarisasi antara etnik. Selain daripada itu,
kewujudan akhbar yang pelbagai bahasa dengan mengutamakan kelompok etnik mereka
akan memperkukuhkan lagi perasaan kumpulan etnik masing-masing. Cabaran dari segi
kepentingan nilai ini akan mewujudkan masalah yang lebih besar jika fahaman
etnosentrisme itu dijadikan pegangan dalam masyarakat.
Sehubungan itu, perbezaan budaya dan agama merupakan salah satu lagi punca
berlakunya masalah perpaduan kaum di Malaysia. Kaum Melayu sebahagan besarnya
beragama Islam, kaum Cina beragama sama ada Buddha, Lao-Tze, Taoisme, Confucius
manakala kaum India beragama Hindu. Disamping itu, terdapat ramai juga yang beragama
Kristian.Setiap kaum pula mempunyai kebudayaan yang berlainan dan ini menambah lagi
masalah perpaduan kaum di Malaysia.
Masalah perpaduan ini bukannya bermula disebabkan agama yang dianuti oleh
kaum-kaum yang terdapat di Malaysia menggalakkan penganutnya memusuhi agama lain
tetapi ia berpunca dari sikap jahil terhadap agama-agama lain hingga banyak perkara yang
dilakukan secara tidak sengaja telah menyinggung emosi penganut agama lain.
Download