Uploaded by Farah Azlina

FAQ-Net Energy Metering

advertisement
NET ENERGY METERING (NEM)
1. Apa itu Net Energy Metering (NEM)?
Net Energy Metering (NEM) adalah satu skim yang diperkenalkan Kerajaan sebagai
pemangkin kepada perkembangan Tenaga Boleh Baharu di Malaysia.
NEM membolehkan pengguna menjana elektrik dari sumber tenaga boleh baharu seperti
solar di mana pengguna akan menggunakan tenaga tersebut untuk kegunaan sendiri (self
consumption) dahulu.
Sekiranya ada tenaga yang berlebihan, ia akan dijual kepada syarikat pembekal elektrik
seperti TNB atau SESB. Komponen utama dalam pemasangan NEM adalah seperti di
bawah:-
u
Panel solar photovoltaik (PV)
Meter dwi-­‐arah (bi-­‐directional meter)
x
y
Bekalan dari TNB
v
Inverter
Meter
(net meter)
wBeban (load)
(excess
)
2. Apakah sasaran dan kuota bagi Skim NEM?
Sasaran untuk pelaksanaan NEM adalah sebanyak 500MW sehingga tahun 2020 atau
100MW untuk setiap tahun. Nisbah peruntukan kuota pada setiap tahun adalah seperti
berikut:
Kategori
Semenanjung
Malaysia
Sabah
Domestik
20 MW
4 MW
Komersil
35 MW
4 MW
Industri
35 MW
2 MW
Jumlah
90 MW
10 MW
3. Kenapa NEM dilaksanakan?
Tujuan NEM dilaksanakan adalah untuk :
i.
membantu perkembangan tenaga boleh baharu di Malaysia
ii.
mempelbagaikan sumber tenaga (energy mix) di Malaysia
iii.
membantu pengguna mengurangkan bil elektrik melalui penjanaan dari sumber
tenaga boleh baharu dan penggunaan sendiri (self consumption)
iv.
memberi peluang kepada penjana bebas untuk menjual tenaga elektrik kepada TNB
4. Apakah peranan TNB
TNB selaku syarikat utiliti nasional menyokong penuh inisiatif kerajaan berkaitan NEM. TNB
berperanan sebagai pembekal tenaga kepada pengguna dan pada masa yang sama
menerima lebihan tenaga yang disalurkan oleh pengguna yang telah mendapat kelulusan
untuk skim NEM.
5. Badan kerajaan manakah yang mengawalselia NEM?
NEM dikawalselia oleh Suruhanjaya Tenaga. Sementara Sustainable Energy Development
Authority (SEDA) pula telah dilantik sebagai Ejen Pelaksana (Implementing Agency).
6. Bagaimana NEM dilaksanakan?
1. Pengguna yang berminat perlu melantik Syarikat Pemasang Solar (Service Provider)
dan Orang Kompeten yang berdaftar dengan ST.
2. Bagi sistem solar PV berkapasiti melebihi 12kW, pengguna perlu mendapatkan
kelulusan dari TNB terlebih dahulu melalui kajian teknikal (NEM Assessment Study atau
NEMAS). Kadar untuk NEMAS tertakluk kepada kapasiti penjanaan oleh pengguna.
Pengguna NEM yang mempunyai kapasiti 12kW dan ke bawah tidak perlu menjalani
kajian NEMAS dan boleh memajukan permohonan terus kepada SEDA untuk
mendapatkan kuota. Sila rujuk laman web ST dan SEDA untuk keterangan lanjut
mengenai proses NEM di laman web www.SEDA.gov.my atau www.ST.gov.my.
3. Setelah menjalankan NEMAS dengan TNB, pengguna perlu memajukan permohonan
kepada SEDA untuk mendapatkan kuota/kelulusan NEM.
4. Setelah mendapatkan kuota NEM dari SEDA, pengguna NEM akan menandatangani
kontrak NEM dengan TNB.
5. Pengguna NEM perlu menggunakan satu jangka dwi-arah (bi-directional meter) untuk
mendapatkan bacaan tenaga import dan eksport tenaga ke TNB. Pengguna NEM perlu
menukar meter mereka kepada meter dwi-arah sekiranya meter sedia ada tidak
mempunyai keupayaan itu. Kos penukaran meter akan ditanggung oleh pengguna
sendiri.
6. TNB akan membuat bacaan eksport dan import dari meter dan akan mengeluarkan bil
penggunaan tenaga elektrik secara bulanan. Bil tersebut akan merekod bacaan import
dan eksport kepada pengguna.
7. Apakah perbezaan di antara NEM dan Self Consumption?
Mekanisme NEM membolehkan pengguna menjana elektrik dari sumber tenaga boleh
baharu seperti solar di mana pengguna akan menggunakan tenaga tersebut untuk
kegunaan sendiri (self consumption) dahulu.
Sekiranya penjanaan tenaga digunakan sepenuhnya untuk kegunaan sendiri dan tiada
tenaga yang dieksport ke grid TNB, ia dikenali sebagai self consumption. Pengguna
perlu mendaftar dengan ST untuk mendapatkan Lesen Penjanaan sekiranya penjanaan
melebihi 72kW.
Sila rujuk laman web ST di laman web www.ST.gov.my untuk permohonan Lesen
Penjanaan.
Self Consumption
NEM
8. Apakah perbezaan di antara NEM dan Feed-in Tariff (FiT)?
Mekanisme NEM membolehkan pengguna menjana elektrik dari sumber tenaga boleh
baharu seperti solar di mana pengguna akan menggunakan tenaga tersebut untuk
kegunaan sendiri (self consumption) dahulu. NEM mengunakan 1 meter dwi-arah (bidirectional). Had kapasiti penjanaan adalah sebanyak 1 MW.
Sekiranya ada tenaga yang berlebihan, ia akan dijual kepada syarikat pembekal elektrik
seperti TNB atau SESB. Tempoh kuatkuasa NEM adalah apabila kontrak NEM atau
kontrak bekalan elektrik biasa ditamatkan atau terbatal.
Sementara itu, mekanisme Feed-in-Tariff (FiT) membolehkan tenaga elektrik yang
dijana dari sumber boleh baharu (solar, biomas, biogas dan mini-hydro) dijual kepada
syarikat utiliti dengan harga premium dengan kadar tetap pada tempoh yang telah
ditetapkan. FiT menggunakan 2 bilangan meter yang akan merekod bacaan import dan
eksport. Had kapasiti penjanaan adalag sebanyak 30MW.
Net Energy Metering
9.
Feed-in Tariff
Bagaimana pengiraan bil untuk pengguna NEM?
Contoh pengiraan bagi pengguna NEM domestik:
a) Bil penggunaan tenaga sebulan = 400kWh
b) Bil Penggunaan (RM) = RM125.50 (mengikut tarif elektrik sedia ada termasuk caj lain
seperti GST)
c) Penjanaan tenaga solar sebulan = 100kWh
d) Penjualan tenaga ke TNB sebulan (RM) = 100kWh x 31sen = RM31.00
e) Jumlah bil = (b) – (d) = RM125.50 - RM31.00 = RM94.50
Selepas tempoh tersebut, kredit NEM akan kembali kepada sifar (zerorized).
10. Bagaimana cara untuk memohon untuk skim NEM?
Anda boleh merujuk kepada pihak ST dan SEDA untuk mendapatkan maklumat lanjut
mengenai proses untuk memohon skim NEM.
11. Berapakah kadar untuk NEM?
Kadar untuk NEM adalah berdasarkan kepada Displaced Cost dan dibahagikan kepada dua
iaitu:
Sambungan ke grid
Voltan Rendah
Voltan Sederhana
Kadar NEM
RM0.31
RM0.238
12. Bagaimanakah caranya untuk saya mendapatkan khidmat syarikat pemasang solar?
TNBES Sdn Bhd, salah sebuah anak syarikat TNB boleh memberikan perkhidmatan
pemasangan sistem Solar PV untuk pengguna. Layari laman web TNBES di
www.tnbes.com.my untuk maklumat lanjut. Senarai pemasang solar juga boleh diperolehi
dari laman web SEDA di www.SEDA.gov.my
13. Siapakah yang layak untuk permohonan NEM?
i.
ii.
iii.
iv.
v.
Anda adalah pengguna TNB sedia ada (mempunyai akaun elektrik di TNB)
Anda adalah pengguna TNB yang tiada tunggakan bil elektrik dan tidak mempunyai
sejarah kecurangan/kecurian elektrik atau melanggar Akta Bekalan Elektrik 1990
Anda perlu memenuhi semua keperluan teknikal yang telah diberikan oleh TNB
sebelum membuat pemasangan solar
Anda perlu menjalankan kajian teknikal (NEM Assessment Study atau NEMAS)
sekiranya kapasiti penjanaan adalah melebihi 12kW. Kajian teknikal akan
dilaksanakan oleh TNB.
Kadar untuk pelaksanaan NEMAS adalah berdasarkan kapasiti penjanaan seperti
berikut:
Kapasiti
>12kW – 180kW
>180kW – 425kW
>425kW – 1MW
Kadar NEM
RM1,000
RM5,000
RM8,000
14.
Berapa lamakah tempoh sah Kontrak NEM?
Kontrak NEM akan berkuat kuasa pada tarikh kontrak ditandatangani oleh kedua-dua
pihak. Kontrak NEM akan terus berkuat kuasa melainkan jika ditamatkan oleh salah satu
pihak atau apabila kontrak elektrik utama dibatalkan
15.
Jika saya salah seorang Feed-in Approval Holder (FiAH) adakah saya boleh memohon
untuk NEM?
Ya, boleh, mengikut kelayakan yang telah ditetapkan.
Download