UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA PERMATANG PAUH PULAU PINANG TAJUK ESEI: PERPADUAN KAUM DALAM KALANGAN MASYARAKAT MALAYSIA DISEDIAKAN OLEH: NAMA : NUR BATRISYIA BINTI BADRUL ZAMAN NO. PELAJAR : 2022791699 KOD PROGRAM : HM115 KURSUS: P4HSM115A (REKREASI 1) DISEDIAKAN KHAS KEPADA: SIR MUHAMMAD NABIL BIN MD RAHIMI Maksud perpaduan ialah hubungan yang erat yang dapat diwujudkan dalam kalangan kaum yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara bersatu padu,ikhlas dan jujur.Perpaduan juga dapat membentuk seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama satu perasaan cinta dan bangga akan negara. Di Malaysia, terdapat pelbagai kaum yang boleh hidup bersama dengan aman dan damai. Antara kaum utama di Malaysia ialah Melayu, Cina, India Kadazandusun dan Iban. Perpaduan tidak akan tercapai sekiranya ada pihak yang cuba menekankan perbezaan antara kaum dan tidak bekerjasama. Selain itu, kepentingan mengamalkan perpaduan dalam kalangan masyarakat ialah dapat mewujudkan masyarakat yang harmoni. Kestabilan sesebuah negara adalah penting untuk pembangunan yang harmoni. Ini akan membolehkan masyarakat dan pemimpin berkumpul dan mengembangkan idea, yang akan membantu negara berkembang.Tambahan pula,dapat memajukan ekonomi negara apabila perpaduan kaum dapat dikekalkan.Sebagai contoh,rakyat Malaysia akan bersatu padu bagi memastikan negara terus maju dan menggembeleng tenaga memulihkan ekonomi negara. Oleh itu, rakyat Malaysia amat diharapkan agar asas perpaduan yang telah lama bertapak mampu diperkukuhkan dan diperkasakan lagi. Di samping itu,kebaikan perpaduan kaum antara kalangan masyarakat Malaysia ialah dapat menarik pelabur asing untuk dating melabur di Malaysia. Sesetengah orang dari negara lain sanggup melabur di negara kita kerana ia adalah tempat yang selamat untuk berniaga. Kedatangan pelabur asing ini juga akan membuka peluang pekerjaan kepada rakyat. Kerajaan juga akan dapat meningkatkan pendapatan daripada kutipan cukai daripada keuntungan syarikat yang berpangkalan di luar Amerika Syarikat. Apabila dalam kalangan masyarakat Malaysia adalah kaum yang sama, ia menunjukkan pemimpin kita boleh menangani masalah negara dengan betul. Ini akan meningkatkan imej Malaysia di mata negara lain. Seterusnya,usaha-usaha memupuk perpaduan kaum di kalangan masyarakat Malaysia adalah dengan mengadakan aktiviti gotong-royong.Aktiviti gotong-royong merupakan saluran dan peluang kepada masyarakat di sesuatu Kawasan perumahan untuk bertemu dan mengenali antara satu sama lain.Sebagai contoh,aktiviti gotong-royong yang boleh dijalankan ialah membersihkan Kawasan perumahan,taman permainan dan sebagainya.Selain itu, meraikn sambutan perayaan kaum-kaum di Malaysia secara bersama-sama.Melalui aktiviti kunjung-mengunjung yang dilakukan akan dapat mengeratkan silaturahim antara jiran serta rakan daripada pelbagai kaum.Sebagai contoh,sambutan Hari Raya Aidilfitri,Tahun Baru Cina,Deepavali merupakan perayaan utama yang boleh diraikan oleh seluruh masyarakat pelbagai kaum. Kesimpulannya, perpaduan merupakan anugerah yang tidak ternilai harganya. Terdapat banyak negara di dunia yang menghadapi konflik atau perang saudara kerana prejudis antara kaum yang berbeza.. Kita sering mendengar tentang pertempuran dalam berita di mana ramai orang telah meninggal dunia, seperti orang tua dan kanak-kanak. Keadaan ini tidak berlaku di Malaysia kerana masyarakat kita saling menghormati antara satu sama lain.Oleh itu,kita hendaklah mengekalkan perpaduan dan bekerjasama supaya negara kita menjadi lebih maju.