Uploaded by NUR BATRISYIA BADRUL ZAMAN

ESEI REKREASI

advertisement
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
PERMATANG PAUH PULAU PINANG
TAJUK ESEI:
PERPADUAN KAUM DALAM KALANGAN MASYARAKAT MALAYSIA
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA : NUR BATRISYIA BINTI BADRUL ZAMAN
NO. PELAJAR : 2022791699
KOD PROGRAM : HM115
KURSUS: P4HSM115A (REKREASI 1)
DISEDIAKAN KHAS KEPADA:
SIR MUHAMMAD NABIL BIN MD RAHIMI
Maksud perpaduan ialah hubungan yang erat yang dapat diwujudkan dalam kalangan kaum
yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara bersatu padu,ikhlas dan
jujur.Perpaduan juga dapat membentuk seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti
dan nilai bersama satu perasaan cinta dan bangga akan negara. Di Malaysia, terdapat
pelbagai kaum yang boleh hidup bersama dengan aman dan damai. Antara kaum utama di
Malaysia ialah Melayu, Cina, India Kadazandusun dan Iban. Perpaduan tidak akan tercapai
sekiranya ada pihak yang cuba menekankan perbezaan antara kaum dan tidak bekerjasama.
Selain itu, kepentingan mengamalkan perpaduan dalam kalangan masyarakat ialah dapat
mewujudkan masyarakat yang harmoni. Kestabilan sesebuah negara adalah penting untuk
pembangunan yang harmoni. Ini akan membolehkan masyarakat dan pemimpin berkumpul
dan mengembangkan idea, yang akan membantu negara berkembang.Tambahan pula,dapat
memajukan
ekonomi
negara
apabila
perpaduan
kaum
dapat
dikekalkan.Sebagai
contoh,rakyat Malaysia akan bersatu padu bagi memastikan negara terus maju dan
menggembeleng tenaga memulihkan ekonomi negara. Oleh itu, rakyat Malaysia amat
diharapkan agar asas perpaduan yang telah lama bertapak mampu diperkukuhkan dan
diperkasakan lagi.
Di samping itu,kebaikan perpaduan kaum antara kalangan masyarakat Malaysia ialah dapat
menarik pelabur asing untuk dating melabur di Malaysia. Sesetengah orang dari negara lain
sanggup melabur di negara kita kerana ia adalah tempat yang selamat untuk berniaga.
Kedatangan pelabur asing ini juga akan membuka peluang pekerjaan kepada rakyat.
Kerajaan juga akan dapat meningkatkan pendapatan daripada kutipan cukai daripada
keuntungan syarikat yang berpangkalan di luar Amerika Syarikat. Apabila dalam kalangan
masyarakat Malaysia adalah kaum yang sama, ia menunjukkan pemimpin kita boleh
menangani masalah negara dengan betul. Ini akan meningkatkan imej Malaysia di mata
negara lain.
Seterusnya,usaha-usaha memupuk perpaduan kaum di kalangan masyarakat Malaysia
adalah dengan mengadakan aktiviti gotong-royong.Aktiviti gotong-royong merupakan saluran
dan peluang kepada masyarakat di sesuatu Kawasan perumahan untuk bertemu dan
mengenali antara satu sama lain.Sebagai contoh,aktiviti gotong-royong yang boleh dijalankan
ialah membersihkan Kawasan perumahan,taman permainan dan sebagainya.Selain itu,
meraikn sambutan perayaan kaum-kaum di Malaysia secara bersama-sama.Melalui aktiviti
kunjung-mengunjung yang dilakukan akan dapat mengeratkan silaturahim antara jiran serta
rakan daripada pelbagai kaum.Sebagai contoh,sambutan Hari Raya Aidilfitri,Tahun Baru
Cina,Deepavali merupakan perayaan utama yang boleh diraikan oleh seluruh masyarakat
pelbagai kaum.
Kesimpulannya, perpaduan merupakan anugerah yang tidak ternilai harganya. Terdapat
banyak negara di dunia yang menghadapi konflik atau perang saudara kerana prejudis antara
kaum yang berbeza.. Kita sering mendengar tentang pertempuran dalam berita di mana ramai
orang telah meninggal dunia, seperti orang tua dan kanak-kanak. Keadaan ini tidak berlaku
di Malaysia kerana masyarakat kita saling menghormati antara satu sama lain.Oleh itu,kita
hendaklah mengekalkan perpaduan dan bekerjasama supaya negara kita menjadi lebih maju.
Download