1 TAJUK : IDENTIFY ANIMATION REQUIREMENTTUJUAN :Kertas penerangan ini bertujuan untuk membantu pelatih dalammenguasai pengetahuan dan kefahaman tentang elemen yang terdapat dalam storyboard, jenis rujukan animasi dan prinsip asas animasi.PENERANGAN/INFORMATION:1.Elemen StoryboardStoryboardmerupakan satu turutan gambar yang dihasilkan biasanya mengandungi arahan dan dialog yang mewakili shotyang dirancang untuk produksi filem, siaran tv dan animasi. Terdapat beberapa elemen dalam storyboardseperti:i)Camera WorkMerujuk kepada bagaimana kamera itu digunakan untuk merakam aksi dan scene di dalam sesebuah produksi. Terdapat beberapa teknik camera workyang biasa digunakan dalam storyboardiaitu: a)Over-the-shoulderShotdiambil dengan menjadikan bahu watak sebagai foregrounddi dalam scene. Biasanya bahagian bahu tersebut akan dijadikan out of focus untuk membolehkan penonton fokus kepada subjek utama dalam scene. b)Extreme Long Shot NO. KOD / CODE NUM.IT-055-3:2013-C03/P(1/4)Muka/ Page: 2Drpd/of: 17Kamera berada di kedudukan yang jauh dari subjek.Shotini digunakan untuk tujuan memperlihatkan hubungan watak dengan persekitarannya. Biasanya ia digunakan sebagai "establish shot" iaitu memperkenalkan penonton ke lokasi baru dan hubungan watak atau penempatan pada shot.c)Long ShotShotini lebih dekat dengan watak dan menunjukkan keseluruhan watak dengan beberapa ruang di atas kepala dan di bawah kaki.Kadang-kala disebut "full body shot".d)Medium ShotShotini memotong watak di antara lutut dan pinggang.Kadang -kala ia dipanggil "waist shot" dan tidak semestinya menunjukkan karakter dari pinggang. Shotini menunjukkan bahawa jarak kamera lebih dekat dengan watak daripada long shot.