SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP TERSANG SATU KERTAS KERJA HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2022 SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP TERSANG SATU 27600 RAUB, PAHANG DARUL MAKMUR. KERTAS KERJA : HARI SUKAN NEGARA 2015 PANITIA / KELAB / PERSATUAN : UNIT KOKURIKULUM TARIKH : 13 OKTOBER 2022 HARI : KHAMIS 1. PENDAHULUAN / LATAR BELAKANG Sambutan Hari Sukan Negara telah di isytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Ia telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, mantan Perdana Menteri Malaysia pada 24hb Mac 2015. Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation). Oleh yang demikian, Hari Sukan Negara dijadikan agenda nasional yang selari dengan matlamat negara ke arah Wawasan 2020. Sambutan Hari Sukan Negara bakal diisi dengan pelbagai aktiviti sukan dan riadah untuk memastikan setiap lapisan masyarakat mengambil bahagian dalam meraikan Sambutan Hari Sukan Negara tersebut yang akan diraikan secara serentak di seluruh pelusuk tanah air. Semua pihak melalui penglibatan sektor awam, swasta dan rakyat keseluruhannya akan berganding bahu menganjur dan menyertai program dan aktiviti sukan dan kecergasan pada hari berkenaan. Hari Sukan Negara ini adalah penting di dalam usaha kerajaan menggalakkan rakyat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif memandangkan peratusan masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah iaitu pada kadar sekitar 40 peratus berbanding dengan 50 hingga 60 peratus di negara maju. Budaya sukan melalui amalan gaya hidup cergas dan aktif pada masa yang sama dapat membantu menurunkan kadar penyakit kronik dikalangan rakyat Malaysia. 2. MATLAMAT / OBJEKTIF Program ini diharapkan dapat mencapai objektif-objektif yang telah digariskan sama ada secara individu atau berkumpulan yang dalam mencapai perkembangan kognitif, fizikal, emosi mahu pun rohani secara menyeluruh dan bersepadu. Antara objektif-objektif lawatan tersebut ialah: 2.1 Menerapkan budaya sukan dikalangan rakyat. 2.2 Memupuk semangat perpaduan dikalangan rakyat. 2.3 Pembangunan ekonomi negara melalui pembangunan industri sukan. 2.4 Meningkatkan pengetahuan sukan dikalangan rakyat. 2.5 Mengiktiraf rakyat Malaysia yang terlibat dalam aktiviti membangunkan sukan diperingkat akar umbi. 3. TEMPAT 3.1 4. KUMPULAN SASARAN 5. 6. SK LKTP TERSANG SATU Semua murid dan guru. TARIKH/ MASA/HARI 13 Oktober 2022 7.45 pagi – 12.30 tengahari Khamis KESIMPULAN Harapan kami semoga program Hari Sukan Negara ini dapat mencapai setiap objektif yang telah digariskan. TENTATIF PROGRAM MASA AKTIVITI 7.45 pagi Guru ambil kehadiran murid di kelas masing-masing 8.00 pagi Murid berkumpul di tapak perhimpunan Nyanyian 1.Negaraku 2.Negeri Pahang 8.15 pagi Bacaan Doa Senamrobik Walk-a-thon 9.15 pagi Rehat murid tahap 1 dan tahap 2 9.45 pagi Pembahagian Kumpulan murid di tapak perhimpunan Guru ‘set – up’ tempat permainan 10.00 pagi Mini Game Murid Lelaki Tahap 2 – Penalti futsal – Sepak raga bulatan Perempuan Tahap 2 – Penalti futsal – Shoot bola jaring Lelaki & Perempuan Tahap 1 – Boling padang – Bola beracun – Penalti futsall – Isi air dalam botol Mini Game Guru Lelaki & Perempuan 12.30 tengahari Perasmian Penutup – Petanque PEMBAHAGIAN TUGASAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP TERSANG SATU 1. Pembahagian kumpulan murid di tapak perhimpunan Hijau Merah Kuning Biru - Rohaya - Nor Hasiah - Sarina - Wan Irmiza 2. Set up tempat permainan Boling padang Bola beracun Penalti futsal Isi air dalam botol -Yahya,Abdul Wahab,Rohayu Dollah,Siti Nadiah -Mohd Fikri,Siti Roshaizah,Nor Ilmiah, Roshaizai -Syafiq,Asrul Hazli,Suhaila,Wan Nor Eili Syairah -Mohd Afiq,Zaleha,Kishalini,Norazira 3. Dokumentasi & Gambar -Norhilwani,Noria 4. Senamrobik – Herniza,Noriza,Faradila, Rohayu Mat Noor 5. Pengacara /Kawalan Murid /Alatan – Mohd Rushdi Disediakan oleh, Disahkan oleh, ........................................... (MOHD FIKRI BIN AZMAN) Setiausaha Kokurikulum, Sek Keb LKTP Tersang Satu, Raub,Pahang. ........................................................ (ELLY NORDIANA BINTI HJ. NOH) Guru Besar, Sek Keb LKTP Tersang Satu, Raub,Pahang.