Uploaded by fikchannel

HSN 1

advertisement
SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP TERSANG SATU
KERTAS KERJA
HARI SUKAN NEGARA
PERINGKAT SEKOLAH
TAHUN 2022
SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP TERSANG SATU
27600 RAUB, PAHANG DARUL MAKMUR.
KERTAS KERJA
: HARI SUKAN NEGARA 2015
PANITIA / KELAB / PERSATUAN
: UNIT KOKURIKULUM
TARIKH
: 13 OKTOBER 2022
HARI
: KHAMIS
1.
PENDAHULUAN / LATAR BELAKANG
Sambutan Hari Sukan Negara telah di isytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan
Oktober setiap tahun. Ia telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun
Haji Abdul Razak, mantan Perdana Menteri Malaysia pada 24hb Mac 2015.
Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia
adalah satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia
sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation). Oleh yang demikian, Hari Sukan Negara dijadikan
agenda nasional yang selari dengan matlamat negara ke arah Wawasan 2020.
Sambutan Hari Sukan Negara bakal diisi dengan pelbagai aktiviti sukan dan riadah untuk memastikan
setiap lapisan masyarakat mengambil bahagian dalam meraikan Sambutan Hari Sukan Negara tersebut
yang akan diraikan secara serentak di seluruh pelusuk tanah air. Semua pihak melalui penglibatan sektor
awam, swasta dan rakyat keseluruhannya akan berganding bahu menganjur dan menyertai program dan
aktiviti sukan dan kecergasan pada hari berkenaan.
Hari Sukan Negara ini adalah penting di dalam usaha kerajaan menggalakkan rakyat menerapkan amalan
budaya hidup cergas dan aktif memandangkan peratusan masyarakat Malaysia yang aktif bersukan
masih lagi rendah iaitu pada kadar sekitar 40 peratus berbanding dengan 50 hingga 60 peratus di negara
maju. Budaya sukan melalui amalan gaya hidup cergas dan aktif pada masa yang sama dapat membantu
menurunkan kadar penyakit kronik dikalangan rakyat Malaysia.
2.
MATLAMAT / OBJEKTIF
Program ini diharapkan dapat mencapai objektif-objektif yang telah digariskan sama ada secara
individu atau berkumpulan yang dalam mencapai perkembangan kognitif, fizikal, emosi mahu
pun rohani secara menyeluruh dan bersepadu. Antara objektif-objektif lawatan tersebut ialah:
2.1
Menerapkan budaya sukan dikalangan rakyat.
2.2
Memupuk semangat perpaduan dikalangan rakyat.
2.3
Pembangunan ekonomi negara melalui pembangunan industri sukan.
2.4
Meningkatkan pengetahuan sukan dikalangan rakyat.
2.5
Mengiktiraf rakyat Malaysia yang terlibat dalam aktiviti membangunkan sukan
diperingkat akar umbi.
3.
TEMPAT
3.1
4.
KUMPULAN SASARAN

5.
6.
SK LKTP TERSANG SATU
Semua murid dan guru.
TARIKH/ MASA/HARI

13 Oktober 2022

7.45 pagi – 12.30 tengahari

Khamis
KESIMPULAN
Harapan kami semoga program Hari Sukan Negara ini dapat mencapai setiap objektif yang telah
digariskan.
TENTATIF PROGRAM
MASA
AKTIVITI
7.45 pagi
Guru ambil kehadiran murid di kelas masing-masing
8.00 pagi
Murid berkumpul di tapak perhimpunan
Nyanyian
1.Negaraku
2.Negeri Pahang
8.15 pagi
Bacaan Doa
Senamrobik
Walk-a-thon
9.15 pagi
Rehat murid tahap 1 dan tahap 2
9.45 pagi
Pembahagian Kumpulan murid di tapak perhimpunan
Guru ‘set – up’ tempat permainan
10.00 pagi
Mini Game Murid
Lelaki Tahap 2
– Penalti futsal
– Sepak raga bulatan
Perempuan Tahap 2
– Penalti futsal
– Shoot bola jaring
Lelaki & Perempuan Tahap 1 – Boling padang
– Bola beracun
– Penalti futsall
– Isi air dalam botol
Mini Game Guru
Lelaki & Perempuan
12.30 tengahari
Perasmian Penutup
– Petanque
PEMBAHAGIAN TUGASAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT
SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP TERSANG SATU
1. Pembahagian kumpulan murid di tapak perhimpunan
Hijau
Merah
Kuning
Biru
- Rohaya
- Nor Hasiah
- Sarina
- Wan Irmiza
2. Set up tempat permainan
Boling padang
Bola beracun
Penalti futsal
Isi air dalam botol
-Yahya,Abdul Wahab,Rohayu Dollah,Siti Nadiah
-Mohd Fikri,Siti Roshaizah,Nor Ilmiah, Roshaizai
-Syafiq,Asrul Hazli,Suhaila,Wan Nor Eili Syairah
-Mohd Afiq,Zaleha,Kishalini,Norazira
3. Dokumentasi & Gambar -Norhilwani,Noria
4. Senamrobik – Herniza,Noriza,Faradila, Rohayu Mat Noor
5. Pengacara /Kawalan Murid /Alatan – Mohd Rushdi
Disediakan oleh,
Disahkan oleh,
...........................................
(MOHD FIKRI BIN AZMAN)
Setiausaha Kokurikulum,
Sek Keb LKTP Tersang Satu,
Raub,Pahang.
........................................................
(ELLY NORDIANA BINTI HJ. NOH)
Guru Besar,
Sek Keb LKTP Tersang Satu,
Raub,Pahang.
Download