Uploaded by zulfah1980

Modul 5 minit anti dadah

advertisement
APA ITU DADAH?
Dadah adalah bahan psikoaktif yang mendatangkan kemudaratan kepada
kesihatan seseorang pengguna dari segi jasmani (fizikal). Rohani (mental
dan emosi) serta tingkahlaku apabila digunakan sama ada dimakan,
diminum,disuntik atau dihidu. Dadah tidak digunakan bersama perkataan
“penyalahgunaan’ yang lazim digunakan oleh orang ramai. Perkataan
penyalahgunaan adalah berlebihan (redundant) apabila digunakan bersama
istilah DADAH. Dalam hal ini ,perkataan “penggunaan” atau “penagihan”
adalah perkataan yang sesuai bagi menggambarkan pengunaan dadah.
Dadah mempunyai ciri ciri seperti brikut:
a. Mempunyai kesan paling ketara ke atas sisitem saraf pusat (otak dan
saraf tunjang)
b. Digunakan bukan untuk tujuan perbuatan dan penggunaanya adalah
dilarang
c. Diperolehi secara haram
d. Membawa kepada penggantungan fizikal dan psikologikal dan
Meningkatakan daya tahan terhadap dadah dan meninggkatkan daya
tahan terhadap dadah dan
e. Mendatangkan kesan-kesan buruk/bahaya ke atas kesihatan dan fungsi
social.
JENIS-JENIS DADAH
Dadah boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti berikut:
a.OPIAT terdiri daripada Heroin, candu dan kodein
b.KANABIS terdiri daripada ganja dan hashih
c.DEPRESEN terdiri daripada sadatif/hipnotik, jenis barbiturate dan bukan
barbiturate serta transquilizer
d.STIMULAN terdiri daripada jenis amfetamin dan kokain
e.HALUSINOGEN terdiri daripada lysergic acid diethylamine (LSD) dan meskalin
Takrif dadah tidak meliputi bahan-bahan pelarut seperti gam dan petrol,
termasuk alkohol dan tembakau walaupun bahan-bahan ini mempunyai
banyak persamaan dengan dadah dari segi kesannya.
Dadah bahaya……….
Dadah perosak bangsa…………
CIRI-CIRI PENAGIHAN DADAH
Dadah mewujudkan satu keperihatinan dengan keinginan, keperluan
dan nilai-nilai tersendiri berbeza sama sekali berbanding dengan
keadaan sebelum menagih. Kehidupan mereka (sosial, psikologikal
dan fizikal) bergantung kepada dadah secara total. Tumpuan utama
dalam hidup ini ialah kepada dadah dan wang serta hendak
mendapatkan bekalan. Ciri-ciri lain penagihan dadah termasuklah:
1-Toleran meningkat
2-Gejala tarikan
3-Merasa terdesak (gian) untuk mengambil dadah, lebih-lebih lagi
apabila cuba berhenti daripada mengambilnya
4-Tidak dapat mengawal kekerapan menggunakan dadah
5-Cenderung untuk menagih semula setelah berhenti
Apabila seseorang terjebak dalam dunia ddah, amat sukar sekali
untuk keluar dari jaringan dadah ini.
Dadah bahaya……….
Dadah perosak bangsa…………
KESAN-KESAN PENGGUNAAN DADAH KE ATAS
MANUSIA
Kesan pengambilan dadah terhadap manusia amat buruk sekali,
sama ada pengambilan dadah secara suntikan ataupun pengambilan
dadah melalui mulut.
Kesan-kesan buruk adalah seperti berikut:
KESAN PENGAMBILAN DADAH SECARA SUNTIKAN
1-Meningtis (Penyakit jangkitan otak)
2-Tetanus (Penyakit kancing gigi)
3-Endokarditis (Penyakit Jangkitan Jantung)
4-Aids, Hepatitis B, C dan D
5-Bisul, Kudis, Kurap dan pelbagai penyakit kulit lain
KESAN PENGAMBILAN DADAH MELALUI MULUT
1-Kerosakan paru-paru dan hati
2-Kerosakan sistem penghadaman (zat makanan tidak mencukupi)
3-Kerosakan buah pinggang
4-Otot-otot badan mengecut menyebabkan badan lesu dan tidak
bermaya)
5-Berat badan menurun
6-Kemungkinan akan lumpuh
PERBEZAAN ANTARA UBAT DAN DADAH
UBAT
Ubat memberi manfaat seperti menyembuh dan merawat penyakit.
Ubat tidak memberikan kesan yang tidak diingini atau kesan
sampingan yang minima seperti pening kepala, panas badan dan
mengantuk. Kesan ini akan hilang apabila pengambilan ubat tersebut
dihentikan.
Ubat ini tidak semuanya berupaya mempengaruhi otak dan minda
seseorang yang menggunakannya.
DADAH
Dadah tidak bersifat sedemikian tetapi memudaratkan kesihatan.
Dadah akan memberi kesan berbahaya yang berkekalan sebagai satu
tabiat yang berkekalan (withdrawal) walaupun pengambilan dan
penggunaannya dihentikan.
Semua jenis dadah memberi kesan mendalam terhadap otak dan
minda seseorang. Oleh itu, dadah dikenali sebagai bahan psikoaktif
dan penggunaannya tertakluk kepada Akta Dadah Berbahaya (ADB)
1952, pindaan 1982.
Assalamualaikuam Warahmatullahi Wabarakatuh dan
Selamat Sejahtera…
5y
Saya___________________________kelas_________
akan menyampaikan info 5 minit ANTI DADAH.
Tajuk pada hari ini ialah________________________.
Download