TEKS PENGACARA MAJLIS PROGRAM JOM KE SEKOLAH SK SRI DARUN 2019 TARIKH : 18 FEB 2019 1 UMUM KETIBAAN VIP MEGUMUMKAN KETIBAAN, YANG BERBAHAGIA ___________________________________, DENGAN DIIRINGI BARISAN PENTADBIR SK SRI DARUN. 2 NYANYIAN LAGU SEMUA GURU, MURID DAN TETAMU KEHORMAT DIMINTA UNTUK BERSEDIA DAN BERDIRI TEGAK BAGI MENGHORMATI NYANYIAN LAGU KEBANGSAAN;NEGARAKU, LAGU SABAH TANAH AIRKU DAN LAGU SEKOLAH. 3 BACAAN DOA MENERUSKAN ATURCARA MAJLIS, DIPERSILAKAN ______________________________ UNTUK MEMBACAKAN DOA BAGI MEMBERKATI PROGRAM KITA PADA PAGI YANG CERIA INI. TERIMA KASIH DIUCAPKAN ATAS PIMPINAN BACAAN DOA SEBENTAR TADI. 4 IKRAR RUKUN NEGARA SETERUSNNYA BAGI MENGETUAI BACAAN IKRAR JOM KE SEKOLAH MAJLIS MENJEMPUT _______________________________. DIPERSILAKAN. TERIMA KASIH DIUCAPKAN ATAS PIMPINAN BACAAN IKRAR YANG PENUH SEMANGAT SEBENTAR TADI. 5 UCAPAN ALU-ALUAN INDAH BERBALAM SI AWAN PETANG BERARAK MEGAH DI TANJUNG BIDARA PEMANIS KALAM SELAMAT DATANG UCAPAN SALAM PEMBUKA BICARA YANG BERBAHAGIA _____________________________ _____________________________ YANG BERUSAHA ENCIK MOHD USAL BIN ABDUL MUMIN GURU BESAR SEK KEB SRI DARUN YANG DIHORMATI ENCIK _______________________________ YANG DIPERTUA SEK KEB SRI DARUN YANG DIHORMATI ENCIK SILVESTER DADI PENOLONG KANAN PENTADBIRAN YANG DIHORMATI ENCIK JOSEPH JAMIL PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID YANG DIHORMATI ENCIK JAMANIE UBONG PENOLONG KANAN KOKURIKULUM BARISAN PEGAWAI-PEGAWAI POLIS, AHLI JAWATAKUASA PIBG, RAKAN-RAKAN GURU SERTA PARA PELAJAR SEKALIAN. SELAMAT SEJAHTERA DAN SALAM NEGARAKU MALAYSIA, PUJI DAN SYUKUR KEHADRAT ILAHI DI ATAS LIMPAH DAN KURNIANYA KITA BEROLEH KESIHATAN YANG BAIK UNTUK BERKUMPUL DI DEWAN HARAPAN INI BAGI MENJAYAKAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH SK SRI DARUN BAGI TAHUN 2019. PROGRAM JOM KE SEKOLAH INI MERUPAKAN PROGRAM KOLABORATIF ANTARA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA DAN POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) DALAM USAHA UNTUK MENANGANI PERMASALAHAN DISIPLIN DAN SALAH LAKU MURID. 6 UCAPAN ALU-ALUAN GB & BACAAN PERUTUSAN SETERUSNYA, MAJLIS MEMPERSILAKAN EN. MOHD USAL BIN ABD MUMIN UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN ALU-ALUAN BELIAU SEKALIGUS MEMBACAKAN PERUTUSAN YB DR. MASZLEE BIN MALIK (MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA) SEMPENA PROGRAM JOM KE SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN BAGI TAHUN 2019. DIPERSILAKAN. PIHAK MAJLIS MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA EN. MOHD USAL BIN ABD MUMIN, ATAS KESUDIAN MEMBACAKAN PERUTUSAN YB DR. MASZLEE BIN MALIK (MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA) SEBENTAR TADI. 6 UCAPAN PERUTUSAN PDRM GURU-GURU DAN PELAJAR SEKALIAN, TANPA MEMBUANG MASA, SAYA MENJEMPUT ________________________________, GURU DISIPLIN SK SRI DARUN UNTUK MEMBACAKAN PERUTUSAN KETUA POLIS NEGARA. DIPERSILAKAN. TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA ________________________________, ATAS BACAAN PERUTUSAN KETUA POLIS NEGARA SEBENTAR TADI. 7 UCAPAN VIP & RASMI KALAU TUAN PIKAT KENARI JANGAN PATAHKAN BATANG JERAMI KEPADA ___________________________________ HORMAT DIBERI MOHON RASMIKAN MAJLIS KAMI / INI UNTUK ITU, MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MENJEMPUT __________________________________________________ UNTUK MEMBERIKAN UCAPAN DAN SETERUSNYA MERASMIKAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH, SK SRI DARUN BAGI TAHUN 2019. DIPERSILAKAN. 8 GIMIK PELANCARAN SETERUSNYA MAJLIS MEMPERSILAKAN _____________________________ BAGI MENGIRINGI _____________________________ UNTUK MEMOTONG REBEN SEBAGAI TANDA PERASMIAN MAJLIS. DIPERSILAKAN. 9 UCAPAN PENGHARGAAN MAJLIS MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA ____________________________ KERANA SUDI MEMBERIKAN UCAPAN DAN SETERUSNYA MERASMIKAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH SK SRI DARUN 2019. 10 SESI FOTOGRAFI SEBAGAI TANDA KENANG-KENANGAN, MAJLIS MENJEMPUT ____________________________, TUAN GURU BESAR, YDP PIBG SERTA GURU-GURU UNTUK TAMPIL KE HADAPAN BAGI SESI FOTOGRAFI . DEMIKIAN TADI SESI FOTOGRAFI. 11 PENUTUP DENGAN INI, BERAKHIRLAH SUDAH PELANCARAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH SK SRI DARUN BAGI TAHUN 2019. SEKIAN TERIMA KASIH. PIHAK SEKOLAH MENJEMPUT ______________________________, PEGAWAI-PEGAWAI POLIS, AJK PIBG, BARISAN PENTADBIR DAN GURU-GURU UNTUK MENIKMATI JAMUAN DI KANTIN SEKOLAH. DIPERSILAKAN.