Uploaded by d094013

K03213 20201005164113 Pengajian Kenegaraan Kuliah 1a

advertisement
PENGAJIAN KENEGARAAN
(HNP 3312)
KULIAH 1
KONSEP-KONSEP ASAS KENEGARAAN
Disediakan oleh:
Dr. Intan Suria Hamzah
intan.hamzah@fsk.upsi.edu.my
0134288513
14A-19
Jabatan Pengajian Kewarganegaraan & Kemasyarakatan (JPKK)
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Tanjung Malim, Perak
SUKATAN MATA PELAJARAN
KONSEP-KONSEP ASAS KENEGARAAN
1.
2.
3.
4.
Pengenalan
Konsep-konsep asas
Sistem kerajaan
Bentuk-bentuk kerajaan di dunia
PENGENALAN
Istilah kenegaraan Merujuk kepada perkara yang membincangkan berkaitan hal ehwal
sesebuah negara.
Terdapat beberapa perkara penting yang ditekankan dalam kursus ini –
1. Kefahaman mengenai latar belakang sejarah negara.
2. Dalam masa yang sama, kursus ini membina penghayatan yang wajib ada dalam
diri dan sanubari rakyat Malaysia.
3. Sebagai rakyat Malaysia, perkara tersebut akan digunakan sebagai pedoman dan
amalan hidup setiap warganegara Malaysia.
KONSEP-KONSEP ASAS
Kenegaraan
Kerajaan
• Berasal dari kata dasar ‘negara’
• Sekumpulan masyarakat politik yang tinggal di wilayah atau
kawasan boleh dianggap sebagai sebuah negara sekiranya
mempunyai ciri-ciri tertentu.
• Ciri-ciri tersebut termasuklah sempadan, penduduk, kerajaan dan
kedaulatan (SPKK).
• Merujuk kepada fungsi-fungsi yang terlibat dalam pengurusan dan
perjalanan hal ehwal sesebuah negara.
• Terdapat tiga badan kerajaan yang utama. Badan-badan kerajaan
tersebut termasuklah pentadbiran (executive), perundangan
(legislative) dan kehakiman (judiciary).
SISTEM KERAJAAN
1. Monarki
Sistem pemerintahan beraja.
Terdapat dua sistem beraja, raja
berkuasa mutlak dan raja
berpelembagaan. Lawan kepada
sistem ini adalah sistem republik.
2. Demokrasi
Sistem pemerintahan yang
dibentuk dari rakyat.
Pemimpin dipilih atas suara
ramai, biasanya menggunakan
kaedah piliharaya
4. Autokratik
Sistem pemerintahan dari seorang
pemimpin yang berkuasa mutlak.
3. Totalitarian
Sistem pemerintahan satu parti
politik yang ekstrem dan
memerintah sesebuah negara
secara total dan mutlak.
BENTUK-BENTUK KERAJAAN DUNIA
Kerajaan kesatuan
• Kerajaan pusat adalah pemerintah mutlak yang mentadbir seluruh negara.
• Contoh negara – Indonesia, United Kingdom dan banyak lagi.
Kerajaan konfederasi
• Pemerintahan kerajaan yang memberikan banyak kuasa kepada kerajaan
negeri.
• Tidak lagi di amalkan pada masa kini.
Kerajaan persekutuan
• Kerajaan yang mempunyai dua peringkat, negeri dan persekutuan. Di keduadua kerajaan tersebut mempunyai kuasa autonomi masing-masing.
• Contoh negara - Malaysia, Amerika Syarikat dan banyak lagi.
Download