NAMA: INTAN ZULAIKHA BINTI SAMAD NO MATRIK: D20211098574 TUGASAN: LAPORAN REFLEKSI Laporan Refleksi Program Kem Kaunseling “Akhlak Luhur Insan Terpuji” Program Kem Kaunseling ini diakadakan pada 17 Februari 2021 sehingga 19 Februari 2021. Proses penyediaan kertas kerja kem kaunseling ini dimulai dengan perbincangan bersama rakan sekelas bagi menjalankan program ini. Ia diteruskan dengan pengagihan tugas kepada beberapa bahagian. Saya sebagai salah seorang fasilitator bagi program ini. Ia terdiri daripada kalangan mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang mengambil kursus Pengantar Bimbingan dan Kaunseling Semester 1. Program Kem kaunseling yang dijalankan ini adalah bertujuan memupuk nilai-nilai murni yang perlu ada dalam diri seorang mahasiswa yang berkualiti. Program ini juga dianjurkan untuk melatih diri saya dan memberi contoh untuk mahasiswa agar berani untuk mengelola pelbagai program atau aktiviti yang dapat memberi manfaat kepada anggota masyarakat. Setiap program sudah pasti mempunyai kelemahan dan kekuatan. Antara kekurangan sebagai seorang fasilitator adalah kurangnya kerjasama dengan AJK aktiviti, penyediaan peralatan yang agak kelam kabut dan tidak teratur kerana tidak disediakan dengan lebih awal sebelum aktiviti bermula. Kelemahan semasa awal program dijalankan pula ialah komunikasi antara satu sama lain yang agak lemah. Hal ini kerana mempunyai sifat malu untuk bersuara jadi ia telah menyebabkan komunikasi yang kurang baik antara ahli kumpulan. Selain daripada kelemahan sebagai seorang fasilitator, terdapat juga kekuatan. Antaranya ialah, sebagai seorang fasilitator saya dapat memastikan semua peserta berada pada waktu yang tepat di tempat yang ditetapkan bagi melaksanakan sesuatu aktiviti. Refleksi diri terhadap aktiviti Pembelajaran Eksperiential dari aspek kesedaran kendiri meliputi kelebihan dan kekurangan diri. Antara kelebihan yang saya peroleh daripada program ini adalah dapat bekerjasama dengan ahli-ahli jawatankuasa yang lain bagi melaksanakan program ini. Sebagai seorang fasilitator saya akan berbincang antara satu sama lain sebelum bertindak untuk melakukan sesuatu tugasan. Terdapat juga kekurangan diri saya tidak bersedia dari segi mental sebagai seorang fasilitator jadi ia telah menyebabkan saya berasa sedikit kurang aktif kerana disebabkan keletihan dan juga emosional kerana pada awalnya tidak biasa untuk mengawal dan menguruskan pelajar dan program seperti ini. Selain itu, saya juga agak malu untuk berkomunikasi memberi arahan kepada peserta pada awalnya kerana tidak saling mengenali antara satu sama lain, tetapi hari demi hari saya sudah berasa selesa dan tidak lagi susah untuk berkomunikasi dengan mereka. Hubungan interpersonal dengan orang lain adalah semakin akrab. Hal ini adalah kerana saya sentiasa bekerjasama antara satu sama lain sama ada antara ahli jawatan kuasa program mahupun peserta. Program ini sudah terbukti dapat mengeratkan lagi hubungan antara mahasiswa dan juga pensyarah Pengantar Bimbingan Kaunseling. Walupun pada awalnya, saya agak kurang berkomunikasi tetapi apabila sudah selesa dan dapat menyesuaikan diri dengan keadaan saya telah meningkatkan lagi keberanian untuk bersuara seperti kreteria seorang pemimpin. Di samping itu, saya juga dapat memahami tanggungjawab menolong kerana sudah biasa bekerjasama antar ahli jawatankuasa berbincang, membuat persediaan dengan menyediakan peralatan, memberi arahan kepada peserta, membantu peserta yang kurang faham dan mahir untuk melakukan sesuatu perkara tersebut dan lain-lain. Jadi melalui ini, saya lebih memahami tanggungjawab menolong yang perlu ada dalam diri seorang guru bimbingan dan kaunseling. Dengan adanya tanggungjawab tolong menolong dalam diri, ia dapat mempercepatkan lagi kelancaran program berlangsung. Oleh itu, amalan tolong-menolong ini merupakan perkara yang sangat penting dalam menganjurkan program seperti ini. Kecintaan terhadap profesion perguruan juga turut hadir dalam diri saya setelah menganjurkan program Kem Kepimpinan ini. Sebagai artikek social,guru mempunyai tanggungjawab yang amat besar , bukan sekadar memberi pendidikan dan menyampaikan ilmu. Melalui program seperti ini, munculnya semangat untuk mendidik murid-murid dalam diri. Hal ini adalah kerana dengan menganjurkan program seperti ini saya sebagai bakal guru dapat mengetahu cara untuk menguruskan dan mendidik pelajar agar mematuhi segala arahan yang ditetapkan dan sebagainya. Sebagai seorang fasilitator saya dapat mempelajari untuk lebih mengutamakan kebajiakan, keperluan, dan keselamatan peserta. Oleh itu, secara tidak langsung saya telah berlatih untuk bertanggungjawab atas pelajar apabila saya sudah bergelar seorang guru suatu hari nanti. Pembinaan kendiri saya setelah mengikuti program ini adalah dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan pengamalan dalam melaksanakan kem kepimpinan ini. Saaya telah belajar banyak perkara sebagai seorang pemimpin seperti bercakap di khalayak ramai untuk memberi arahan kepada peserta. Saya juga belajar untuk saling bekerjasama antara satu sama lain,berbincang, menerima idea rakan-rakan jawatan kuasa lain, membuat keputusan bersamasama dan lain-lain. Dengan adanya program seperti ini, apabila saya sudah terbiasa mendidik peserta untuk sentiasa berdisiplin,oleh itu, saya juga merasakan bahawa saya sudah bersedia untuk menjadi seorang pendidik pada suatu hari nanti. Kesimpulannya, Program Kem Kepimpinan ini Berjaya mencapai matlamat objektif program ini dan ia perlu diteruskan bagi menerapkan nilai-nilai murni yang terpuji bagi mahasiswa UPSI yang bakal menjadi seorang guru bimbingan dan kaunseling pada suatu hari nanti. Dengan adanya program seperti ini sedikit sebanyak dapat memberi peluang kepada peserta untuk menunjukkan bakat kepimpinan mereka. Secara keseluruhannya, semua aktiviti yang dijalankan ini mempunyai impak positif yang tersendiri. Program seperti ini sangatlah praktikal dan memberi banyak imbuhan kepada para peserta dan mendidik menhadi seorang yang berdisiplin berpatutan dengan ciri-ciri guru yang beretika, Antara cadangan yang boleh saya bagi ialah supaya meningkatkan lagi aktiviti kumpulan yang boleh menguji bakat kepimpinan pelajar untuk menjadi seorang guru bimbingan dan kaunseling. Bukti