Uploaded by INTAN ZULAIKHA BINTI SAMAD

INTAN ZULAIKHA BINTI SAMAD- (HNH) AKTIVITI 1-BAB3

advertisement
Terdapat beberapa ciri-ciri masyarakat, antaranya ialah berkelompok, berbudaya,
mengalami perubahan,berinteraksi,mempunyai kepimpinan dan mempunyai aturan sosialnya
dari segi susun lapis,kelas status dan kasta. Dalam suatu organisasi, kelompok atau masyarakat
pada umumnya pasti ada pemimpinnya. Bahkan, suatu masyarakat yang ingin berkembang
pasti tidak ada pemimpin namun juga bentuk dan jenis kepemimpinan yang mampu
menggerakkan dan memfasilitasi keperluan dan kepentingan masyarakat, sekaligus
menegakkan aturan utama yang telah disepakati oleh kelompok masyarakat tersebut.
Antara kepentingan masyarakat yang mempunyai kepimpinan dalam diri ialah kerana
pemimpin diharapkan mampu mengatur pola sosialisasi dan interaksi antara mereka dan yang
lebih penting lagi, manusia dapat berharap dengan kepemimpinan agar mampu mengatur
kehidupannya dengan lebih baik. Kita boleh melihat jangankan manusia, makhluk-makhluk
lain yang mempunyai kepimpinan seperti binatang dan lain-lain. Pendek kata, ketika ada suatu
komuniti, maka diperlukan kepemimpinan bahkan dalam posisi dua orang yang tetap
diperlukan seorang pemimpin diantara mereka.
Selain itu, masyarakat yang mempunyai kepimpinan ataupun lebih dikenali sebagai seorang
pemimpin berfungsi sebagai koordinator tertinggi dalam menguruskan aktiviti-aktiviti
kelompok. “Pemimpin” dituntut berperanan langsung di dalam pemutusan kebijaksanaan atau
penentuan tujuan-tujuan kelompok. Namun, pemimpin, tidak diharuskan untuk melakukan
sendiri semua aktiviti kelompok.
Kesimpulannya, masyarakat yang mempunyai cir-ciri kepimpinan dalam diri ini adalah
sangat penting dan perlu diterapkan dalam diri masyarakat pada masa kini supaya sesebuah
kelompok ataupun masyarakat itu akan sentiasa bersatu padu dan aman damai.
Download