Uploaded by NeyloMylo

CTU 152

advertisement
Objektif Kajian
Antara objektif kajian ini adalah yang pertama,mengenal pasti fungsi teknologi maklumat dan
komunikasi. Kemudian, dapat mengetahui jenis-jenis penyalahgunaan teknologi maklumat dan
komunikasi serta yang terakhir sekali, mengenal pasti kesannya terhadap peradaban manusia.
Penggodam Maklumat
Pada era pasca kemodenan ini, kemunculan penggodam juga merupakan salah satu penyalahgunaan
teknologi maklumat dan komunikasi yang semakin berleluasa hari berganti hari.
Secara amnya, penggodam maklumat didefinisikan sebagai seseorang yang mempunyai kemahiran
yang tinggi serta berpengetahuan terperinci dalam bidang komputer. Namun, mereka menggunakan
kemahiran mereka untuk mengeksploitasi atau menceroboh sistem kompuuter yang diingini
mereka, yang mana perbuatan tersebut adalah tidak beretika dan boleh dikategorikan sebagai
penjenayah siber.
Terdapat tiga jenis utama penggodam maklumat yang perlu kita ketahui agar kita tidak
menyalahanggap kesemua jenis penggodam adalah penjenayah siber yang tidak beretika. Antaranya
ialah, penggodam bertopi putih, bertopi kelabu serta bertopi hitam.
Perubahan masa kini yang teramat pantas hasil daripada ledakan teknologi yang berjaya mengakses
maklumat tanpa batasan dengan hanya di hujung jari.
Oleh itu, boleh disimpulkan bahawa maklumat juga telah menjadi penggerak dan penentu masa
hadapan, akan tetapi telah disalahgunakan oleh pihak-piha yang tidak bermoral serta mementingkan
diri.
Pandangan Manusia Terhadap Agama
Teknologi maklumat dan komunikasi juga telah memberikan kesan yang negatif kepada pandangan
manusia terhadap agama. Menurut Irsyad al-Fatwa ke-26, media massa malah merupakan salah satu
punca yang telah menjadi pendorong kepada terjadinya gejala murtad dikalangan umat Islam.
Menurut kajian saintifik, tempoh masa yang digunkan untuk melayari internet lebih banyak
berbanding masa yang diluangkan kepada aktiviti keagamaan menyebabkan pegangan agama
mereka kurang teguh.
Individu yang meluangkan masa melayari internet lebih mudah mempunyai pandangan bersifat
pluralistik terhadap agama. Pandangan liberal seperti ini adalah tidak bersesuaian atau secara
kasarnya adalah bercanggah untuk pemikiran seseorang yang menganut agama bersifat monoteisme
seperti agama Islam.
Tidak dinafikan bahawa teknologi maklumat dan komunikasi juga berupaya untuk mengubah
pandangan serta perspektif individu terhadap agama anutan mereka.
Jika tidak dibendung dengan sewajarnya, ia akan berkemampuan untuk menghakis serta mengubah
paradigma tauhid, syariah malahan akhlak umat islam di serata dunia.
Oleh itu, kita wajarlah sentiasa merujuk sesuatu maklumat di laman sesawang yang berautoriti agar
dapat mengambil kira kesahihannya sebelum membuat spekulasi yang memakan diri.
Download