Uploaded by ulya zakuan

KERTAS KERJA KEM I LEAD new

advertisement
KERTAS KERJA
KEM KEPIMPINAN PELAJAR “I LEAD”
TARIKH
30 SEPTEMBER - 01 OKTOBER 2022
TEMPAT
DAMAI PARK RESORT KEDAH
(JMTI)
1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini bertujuan untuk mendapatkan pertimbangan dan kelulusan daripada pihak
pengurusan tertinggi JMTI bagi menganjurkan Kem Kepimpinan Pelajar “ I LEAD “ kepada
semua ahli Majlis Perwakilan Pelajar JMTI, Kelab Peers Facilitator & Kelab Binadwah
dibawah naungan JMTI yang akan dikendalikan oleh Unit Kaunseling JMTI.
2.0 PENGENALAN
Majlis Perwakilan Pelajar JMTI, Kelab Peers Facilitator & Kelab Binadwah adalah
merupakan kelab & persatuan yang diwujudkan bagi membantu pengurusan institusi. Para
pemimpin kelab & persatuan ini ini dikenal pasti dan diberikan latihan khusus dalam bidang
kepimpinan masing -masing. Pemimpin pelajar ini perlu dibekalkan dengan kemahiran
komunikasi agar penyampaian komunikasi berkesan dengan pelajar lain di institusi dan
berkeyakinan menyampaikan maklumat kepada orang lain. Selain itu, potensi mereka juga
perlu dipupuk agar mempunyai sahsiah yang baik dan terpuji dalam kalangan rakan
agar dapat dijadikan contoh dan model yang berguna
memandangkan mereka adalah
pemimpin pelajar
Kursus Kepimpinan Pemimpin “ I Lead ” perlu dijalankan untuk melengkapkan modul
latihan kepimpinan di samping menjalinkan kerjasama yang baik antara kelab & persatuan
dalam membantu menjalankan aktiviti pelajar di institusi. Jika kejelekitan antara pasukan
pemimpin sekolah adalah baik, maka mudah menjalankan aktiviti menolong di institut
sebagai satu pasukan yang bekerjasama dan bertoleransi antara mereka.
3.0 OBJEKTIF
Objektif kem kepimpinan pelajar dijalankan adalah bertujuan :Pemimpin sekolah dapat dilatih dalam pengurusan organisasi kepimpinan masing-masing.
i.
Memberi pendedahan kepada para pemimpin pelajar dalam pengurusan organisasi
dibawah seliaan masing-masing.
ii.
Melatih para pemimpin pelajar dalam berkomunikasi berkesan dalam organisasi.
iii.
Melatih para pemimpin pelajar agar memahami kepentingan & menentukan
perancangan dan halatuju organisasi masing-masing.
4.0 STRUKTUR ORGANISASI
Kem Kepimpinan Pelajar “I Lead ” dilaksanakan oleh Jawatankuasa yang mana ahli
jawatankuasa telah dilantik oleh Pengarah Program seperti di Lampiran A.
5.0 PELAKSANAAN PROGRAM
Kem ini akan berlangsung selama 2 hari 1 malam bertempat di Damai Park Resort Kedah.
Segala aktiviti dan pengisian yang bersesuaian sedang dirancang dan telahpun dimulakan
oleh jawatankuasa Kem Kepimpinan Pelajar “I Lead ”. Seramai 40 wakil kelab & persatuan
pelajar disasarkan terlibat dalam kem ini.
6.0 PERUNTUKAN
Kem Kepimpinan Pelajar “ I Lead ” ini memerlukan dari tabung amanah sebanyak
RM4200.00 peruntukan diperlukan. Hal ini demikian kerana kem ini diadakan di luar
kawasan JMTI. Para pemimpin pelajar akan menginap di kawasan kem yang disediakan
mengikut perancangan Unit Kaunseling JMTI.
7.0 PENUTUP
Kertas cadangan bagi pelaksanaan Kem Kepimpinan Pelajar “ I Lead “akan
dijalankan di pada 30 September 2022 & 01 Oktober 2022 yang mensasarkan 40 orang
pemimpin pelajar adalah diangkat bagi mendapatkan kelulusan. Adalah diharapkan kertas
cadangan ini mendapat sokongan dan kelulusan agar program ini dapat dilaksanakan
dengan jayanya.
Disediakan oleh
Disemak oleh
Disokong oleh
____________________
_________________________
_____________________
(‘ULYA BINTI AHMAD ZAKUAN)
(MUHAMMAD RAHMUNI SHAHIN
BIN MOHD SUFFIAN)
(MOHD RAHIM BIN MUDA)
Pengarah Program
Institut Teknikal
Jepun-Malaysia (JMTI)
Presiden
Majlis Perwakilan Pelajar sesi
2022/2023
Institut Teknikal Jepun-Malaysia
(JMTI)
KB BPPL
Institut Teknikal
Jepun-Malaysia (JMTI)
Kertas cadangan ini telah diteliti dan dipertimbangkan untuk pelaksanaan Kem Kepimpinan Pelajar
“ I Lead ”di Damai Park Resort, Kedah pada 30 September & 1 Oktober 2022 adalah :
DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN
Catatan :
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
NORLIZA BINTI YAAKUB
Pengarah,
Institut Teknikal Jepun Malaysia
Tarikh :
LAMPIRAN A
STRUKTUR ORGANISASI
Penaung
Puan Norliza Binti Yaakub
Penasihat Program
En. Mohd Rahim Bin Muda
Pengarah Program
Puan ‘Ulya Binti Ahmad Zakuan
J/Kuasa Pendaftaran/Penginapan
En Muhammad Bin Baba Noor (Alumni JMTI)
J/Kuasa Keselamatan/Disiplin
En.Mohd Haikal Ezam Bin Azman (Alumni JMTI)
J/Kuasa Aktiviti
En Kartibeen A/L Narayan (Alumni JMTI)
J/Kuasa Makanan
Cik Fatimah Azzahraa Binti Mohd Yusoff (Internship)
J/Kuasa Kerohanian
J/Kebajikan
Cik Nuraina Fatihah Binti Rosli (Internship)
Cik Aishah Binti Mohd Fouzi (Internship)
Penceramah Jemputan
Cik Siti Zulaikha Binti Kelana
Cik Nor syahirah Binti Salim
Tuan Hj Muzafar Shah bin Mohd Shah
En Omar Bin Ismail (Alumni JMTI)
En.Suheari Bin Berianto (Alumni JMTI)
LAMPIRAN B
JUMAAT (30/9/2022)
Masa
Aktiviti
2.30 pm – 3.30 pm
: Pendaftaran & Ice Breaking di Damai Park Resort Kedah Kedah.
3.30 pm – 05.30 pm
: LDK 1 ( Helping Skills )
05.30 pm -6.30 pm
: Riadah Petang
7.00 pm -9.00 pm
: Solat/Makan Malam
09.00 pm – 11.00 pm
: Night Brief
SABTU (01/10/2022)
Masa
Aktiviti
6.00 am – 7.00 am
: Solat Subuh & Tazkirah Subuh
7.00 am – 7.45 am
: Senamrobik & Energizer
7.45 am – 8.00 am
: Sarapan
8.00 am – 10.00 am
: Talk ‘Persediaan & Keperluan Untuk Menjadi Seorang
Pemimpin Pelajar’ + Aktiviti Tambahan
10.00 am – 12.00 pm
: LDK 2 ( Menang )
11.00 pm – 12.00 pm
: LDK 3 ( Goal )
12.00 pm – 1.00 pm
: LDK 4 ( Bisikan Makmur )
1.00 pm
: Makan Tengahari, Bersurai
LAMPIRAN C
ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL
PERKARA
Makanan & Minuman
1.
2.
PEMBELANJAAN
JUMLAH
RM 22 x 2 x50
RM 2200.00
RM 1700.00
RM 1700.00
Penginapan & tapak sewaan
3.
Bunting
RM 200.00
RM
200.00
4.
Peralatan kursus
RM 300.00
RM
300.00
JUMLAH KESELURUHAN
RM 4200.00
Download