MPU3313 Kesihatan dan Kesejahteraan 2 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) MPU3313 KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN 2 Prof Dr Sha’ari Abd. Hamid Prof Madya Raijah Rahim Rames Prasath Mahatam Rai Rosnida Abu Bakar Noor Asiah Md Noor Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) Pengarah Projek: Prof Dato’ Dr Mansor Fadzil Open University Malaysia Penulis Modul: Prof Dr Sha’ari Abd. Hamid Prof Madya Raijah Rahim Rames Prasath Mahatam Rai Rosnida Abu Bakar Noor Asiah Md Noor Open University Malaysia Penyederhana: Prof Dr Faridah Hashim Open University Malaysia Penterjemah: Norsiah Rahmat University Malaya Dibangunkan oleh: Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi Open University Malaysia Edisi Pertama, Disember 2016 Edisi Kedua, Disember 2017 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM), Disember 2017, MPU3313 Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada bahan ini boleh disalin semula dalam mana-mana cara tanpa kebenaran secara bertulis daripada Presiden Open University Malaysia (OUM). Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) Isi Kandungan Panduan Kursus Topik 1 ixăxiv Konsep Kesihatan dan Kesejahteraan 1.1 Pengertian Kesihatan 1.2 Pengertian Kesejahteraan 1.3 Ciri-ciri Gaya Hidup Sihat 1.3.1 Tanggungjawab Peribadi untuk Kesihatan dan Kesejahteraan 1.4 Pengaruh ke Atas Kesihatan dan Kesejahteraan 1.4.1 Faktor Penggalak 1.4.2 Faktor Pengukuh 1.4.3 Halangan kepada Kesejahteraan 1.4.4 Pengaruh Gaya Hidup 1.5 Manfaat Gaya Hidup Kesihatan dan Kesejahteraan yang Komprehensif 1.5.1 Peningkatan Kecekapan Kardiovaskular atau Jantung dan Saluran Darah 1.5.2 Peningkatan Tonus (Tone), Kekuatan, Fleksibiliti dan Ketahanan Otot 1.5.3 Peningkatan Kawalan Kendiri, Kecekapan Kendiri dan Harga Diri 1.5.4 Peningkatan Pengurusan Tekanan dan Pandangan dalam Kehidupan 1.5.5 Peningkatan Hubungan Interpersonal 1.5.6 Penurunan Kes Kematian dan Morbiditi Akibat Penyakit 1.6 Kesimpulan Rumusan Kata Kunci Rujukan Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) 1 3 5 6 9 13 14 16 17 18 19 20 20 21 21 22 22 22 24 25 26 iv Topik 2 Topik 3 Topik 4 ISI KANDUNGAN Dimensi Kesihatan dan Kesejahteraan I 2.1 Dimensi Kesihatan dan Kesejahteraan 2.2 Dimensi Fizikal 2.2.1 Apakah yang Dimaksudkan dengan Kecergasan Fizikal? 2.2.2 Membangunkan Program Kecergasan Kardiorespiratori 2.3 Dimensi Emosi 2.3.1 Kestabilan Emosi 2.3.2 Konsep Kendiri 2.4 Dimensi Spiritual 2.5 Dimensi Intelektual Rumusan Kata Kunci Rujukan 27 28 32 34 Dimensi Kesihatan dan Kesejahteraan II 3.1 Dimensi Sosial 3.2 Dimensi Pekerjaan 3.3 Dimensi Persekitaran 3.4 Dimensi Kewangan 3.4.1 Dorongan yang Membawa kepada Pewujudan Program Kesejahteraan Kewangan 3.4.2 Kesejahteraan Kewangan di Tempat Kerja Rumusan Kata Kunci Rujukan 49 50 56 60 65 66 Memahami Pemakanan dan Diet 4.1 Komponen Diet yang Sihat 4.1.1 Protein 4.1.2 Karbohidrat 4.1.3 Lemak 4.1.4 Vitamin 4.1.5 Mineral 4.1.6 Air 4.1.7 Cabaran Pemakanan untuk Kumpulan Khas 4.2 Diet yang Sihat Berbanding Diet Terapeutik 4.2.1 Diet yang Sihat 4.2.2 Diet Terapeutik Rumusan Kata Kunci Rujukan 71 73 74 75 77 80 82 83 84 86 86 89 94 95 95 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) 35 38 39 39 41 44 47 48 48 67 68 69 69 ISI KANDUNGAN v Topik 5 Mengekalkan Berat Badan 5.1 Konsep Asas Pengurusan Berat Badan 5.1.1 Indeks Jisim Tubuh (BMI ă Body Mass Index) 5.1.2 Komposisi Tubuh 5.2 Obesiti 5.3 Gangguan Pemakanan 5.3.1 Anoreksia Nervosa 5.3.2 Bulimia Nervosa 5.4 Teknik Pengurusan Berat Badan Rumusan Kata Kunci Rujukan 97 98 99 101 103 106 107 109 111 114 115 116 Topik 6 Pencegahan Penyakit 6.1 Kepentingan Pencegahan Penyakit 6.2 Penyakit Kardiovaskular 6.2.1 Memahami Jantung 6.2.2 Faktor Risiko yang Menyebabkan Penyakit Jantung Koronari (CHD) 6.2.3 Keseriusan Penyakit Jantung Koronari 6.2.4 Tanda dan Gejala Penyakit Jantung Koronari 6.2.5 Mencegah Penyakit Jantung Koronari 6.3 Memahami Kanser 6.3.1 Apakah yang Dimaksudkan dengan Kanser? 6.3.2 Jenis Kanser yang Biasa 6.3.3 Faktor Risiko Kanser 6.3.4 Tanda dan Gejala Kanser 6.3.5 Strategi Pencegahan Kanser 6.4 Memahami Diabetes Melitus 6.4.1 Penyebab Diabetes Melitus 6.4.2 Klasifikasi Diabetes Melitus 6.4.3 Faktor Risiko Diabetes Melitus 6.4.4 Pencegahan Diabetes Melitus 6.5 Osteoporosis 6.5.1 Faktor Risiko Osteoporosis 6.5.2 Strategi untuk Osteoporosis 117 118 120 121 122 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) 123 123 124 125 126 127 128 129 129 131 132 133 134 134 135 136 137 vi Topik 7 Topik 8 ISI KANDUNGAN 6.6 Penyakit Buah Pinggang 6.6.1 Penyebab yang Biasa bagi Penyakit Buah Pinggang 6.6.2 Tanda dan Gejala Penyakit Buah Pinggang 6.6.3 Faktor Risiko Penyakit Buah Pinggang 6.6.4 Pencegahan Penyakit Buah Pinggang Rumusan Kata Kunci Rujukan 137 139 140 140 141 145 147 148 Kesihatan dan Kesejahteraan Kewangan 7.1 Kesihatan dan Kesejahteraan Kewangan 7.1.1 Kepentingan Kesejahteraan Kewangan dalam Konteks Kesihatan Keseluruhan Seseorang 7.2 Cabaran Kesejahteraan Kewangan 7.2.1 Cabaran Ekonomi 7.2.2 Cabaran Lain 7.2.3 Faktor Penyumbang kepada Kelewatan Kedewasaan 7.3 Elemen Kesejahteraan Kewangan 7.4 Kecergasan Kewangan Rumusan Kata Kunci Rujukan 149 150 152 Insurans Perubatan dan Kesihatan 8.1 Apakah Insurans? 8.2 Asas Insurans 8.3 Insurans Hayat 8.3.1 Apakah Insurans Hayat? 8.3.2 Jenis Polisi Insurans Hayat 8.4 Insurans Perubatan dan Kesihatan 8.4.1 Jenis Polisi Insurans Perubatan dan Kesihatan 8.4.2 Faedah Polisi Insurans Perubatan dan Kesihatan 8.4.3 Pembaharuan Polisi 8.4.4 Pembatalan Polisi 8.4.5 Pengecualian 8.4.6 Membuat Tuntutan Rumusan Kata Kunci Rujukan 178 179 180 182 183 183 185 185 187 187 188 188 189 190 190 190 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) 155 156 157 159 165 170 173 174 175 PANDUAN KURSUS Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) PANDUAN KURSUS ix DESKRIPSI PANDUAN KURSUS Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan berhati-hati dari awal hingga akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan membantu anda memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah tempoh masa untuk anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan sepenuhnya. Sentiasalah rujuk Panduan Kursus secara berterusan semasa anda membaca kandungan kursus kerana ia dapat membantu dalam menjelaskan komponen pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas pandang. PENGENALAN MPU3313 Kesihatan dan Kesejahteraan 2 ialah salah satu kursus yang ditawarkan oleh Open University Malaysia (OUM). Kursus ini melibatkan 3 jam kredit dan harus dijalankan selama 8 hingga 15 minggu. KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN Kursus ini ialah kursus wajib bagi semua pelajar OUM. Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya fasih dengan keperluan pembelajaran kendiri dan mampu mengoptimumkan kaedah pembelajaran dan persekitaran yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan anda maklum dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus tersebut dikendalikan. PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN Berdasarkan piawaian OUM, seseorang pelajar itu perlu memperuntukkan 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Selaras dengan piawaian ini, kursus yang bernilai tiga jam kredit memerlukan masa selama 120 jam pembelajaran. Anggaran masa pembelajaran ialah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) x PANDUAN KURSUS Jadual 1: Anggaran Masa Pembelajaran Aktiviti Pembelajaran Jam Pembelajaran Mengambil bahagian dalam perbincangan awal dan memahami secara ringkas kandungan kursus 3 Memahami modul 60 Menghadiri 3 hingga 5 sesi tutorial 10 Penyertaan dalam talian 12 Ulang kaji 15 Menyiapkan tugasan, ujian dan peperiksaan 20 JUMLAH MASA PEMBELAJARAN 120 OBJEKTIF KURSUS Setelah mengikuti kursus ini, anda seharusnya dapat: 1. Menyatakan konsep kesihatan dan kesejahteraan; 2. Menghuraikan lapan dimensi kesihatan dan kesejahteraan; 3. Mengenal pasti diet mengikut piramid makanan; 4. Merancang strategi untuk mencegah penyakit yang biasa; 5. Membincangkan elemen kesejahteraan kewangan; dan 6. Membincangkan jenis insurans hayat termasuk perubatan dan kesihatan. SINOPSIS KURSUS Kursus ini terbahagi kepada lapan topik. Sinopsis bagi setiap topik disenaraikan seperti yang berikut: Topik 1 memperkenalkan pelajar kepada konsep asas kesihatan dan kesejahteraan, ciri-ciri gaya hidup sihat dan tanggungjawab peribadi untuk mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan. Sebagai pelajar, anda akan berpeluang untuk merancang meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan peribadi berdasarkan skor individu untuk gaya hidup sihat. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) PANDUAN KURSUS xi Topik 2 menumpukan kepada empat dimensi pertama bagi kesihatan dan kesejahteraan, iaitu fizikal, emosi, spiritual dan intelektual. Dalam topik ini, pelajar akan didedahkan kepada contoh aktiviti fizikal yang menyumbang kepada kesejahteraan fizikal. Diharapkan pelajaran ini akan membantu anda dalam merancang strategi untuk kesejahteraan emosi, mencapai sokongan spiritual serta mengetahui kepentingan dimensi intelektual bagi kesihatan dan kesejahteraan. Topik 3 menekankan empat dimensi lain bagi kesihatan dan kesejahteraan, iaitu sosial, pekerjaan, persekitaran dan kewangan. Ia juga menerangkan beberapa strategi untuk meningkatkan kesejahteraan sosial. Dengan ini diharapkan anda dapat mengenal pasti faktor yang menyumbang kepada kesejahteraan pekerjaan dan tanggungjawab peribadi anda untuk menggalakkan kesedaran terhadap alam sekitar. Akhir sekali tetapi tidak kurang pentingnya, pemahaman asas mengenai perihal pengurusan kewangan peribadi juga dinyatakan dalam topik ini. Topik 4 menjelaskan komponen diet yang sihat dan keperluan pemakanan khas untuk individu dalam kumpulan khas. Topik ini juga membincangkan cabaran yang dihadapi oleh kumpulan khas tertentu dalam memenuhi diet terapeutik. Diharapkan dengan mempelajari topik ini, anda akan dapat merancang diet berdasarkan keperluan peribadi. Topik 5 membincangkan konsep pengurusan berat badan yang berkaitan dengan indeks jisim tubuh (BMI ă body mass index). Anda akan dapat mengaitkannya dengan keadaan obesiti, anoreksia nervosa dan bulimia adalah akibat daripada gangguan pemakanan. Pada akhir topik ini, diharapkan anda dapat mencadangkan teknik untuk pengurusan berat badan yang ideal. Topik 6 mengetengahkan kepentingan pencegahan penyakit dan menggalakkan kesihatan dan kesejahteraan. Seterusnya, terdapat perbincangan mengenai penyakit tidak berjangkit yang biasa dikaitkan dengan pilihan gaya hidup. Diharapkan dengan mempelajari topik ini, anda akan dapat mengaplikasikan pengetahuan dalam merancang pendekatan pencegahan penyakit jantung koronari, kanser, diabetes melitus, osteoporosis dan penyakit buah pinggang. Di samping itu anda boleh mereka bentuk pelan peribadi anda sendiri untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan anda berdasarkan risiko diabetes dan osteoporosis. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) xii PANDUAN KURSUS Topik 7 memfokuskan kepada kesihatan dan kesejahteraan kewangan. Topik ini dimulakan dengan perbincangan tentang kesihatan dan kesejahteraan kewangan diikuti oleh cabaran yang dihadapi oleh golongan belia dalam mencari kesejahteraan kewangan. Kemudian, anda akan diperkenalkan kepada elemen kesejahteraan kewangan. Akhir sekali, anda akan mempelajari kecergasan kewangan. Diharapkan pada akhir topik ini, anda akan dapat membentuk pelan kecergasan kewangan anda sendiri berdasarkan pengetahuan yang diberi dalam topik ini dan topik lain. Topik 8 memberikan tumpuan kepada insurans perubatan dan kesihatan. Topik ini akan memberikan anda beberapa garis panduan berkaitan insurans dan elemen penting dalam pembelian insurans oleh individu dan syarikat. PANDUAN SUSUN ATUR TEKS Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda mengambil tahu susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda untuk merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan. Umumnya, susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti yang berikut: Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau capai setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap topik, anda digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan untuk memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan seperti ini akan dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan kandungan sesuatu topik. Semak Kendiri: Soalan diselitkan pada bahagian tertentu dalam topik. Soalan ini menguji kefahaman tentang maklumat yang anda telah baca. Jawapan untuk soalan ini biasanya terdapat dalam perenggan yang sebelumnya. Anda digalakkan menjawab soalan Semak Kendiri ini untuk menguji dan memastikan sama ada anda telah memahami kandungan sesuatu topik dan seterusnya menyediakan anda untuk menghadapi ujian dan peperiksaan kelak. Kebanyakan jawapan kepada soalan yang ditanya terdapat dalam modul itu sendiri. Aktiviti: Aktiviti juga diselitkan pada bahagian tertentu dalam topik untuk menggalakkan anda mengaplikasikan konsep dan prinsip yang anda telah pelajari kepada situasi sebenar. Aktiviti ini juga memperluaskan kefahaman kandungan yang dipelajari dengan menggalakkan anda melakukan sesuatu seperti berfikir secara mendalam, memberi pendapat, berbincang bersama rakan dalam kelas, merujuk kepada laman web, membaca artikel jurnal dan seumpamanya. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) PANDUAN KURSUS xiii Rumusan: Pada akhir topik, isi penting topik tersebut disenaraikan. Komponen ini membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula keseluruhan topik. Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap pernyataan yang disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan. Kata Kunci: Pada akhir topik, disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting yang digunakan dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat menjelaskan setiap perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan. Rujukan: Rujukan merupakan bahagian yang senarai buku teks, jurnal, artikel, kandungan elektronik atau sumber yang boleh ditemui yang berkaitan dan berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat dalam beberapa bahagian seperti dalam Panduan Kursus (pada bahagian Rujukan), pada akhir setiap topik atau akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagian yang berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut dan memperkukuhkan kefahaman anda. PENGETAHUAN ASAS Tiada pengetahuan asas diperlukan. KAEDAH PENILAIAN Sila rujuk myINSPIRE. RUJUKAN Donatelle, R., Snow, C., & Wilcox, A. (1999). Wellness: Choices for health and fitness (Ed. ke-2). Belmont, CA: Wadsworth. Edlin, G., & Golanty, E. (2010). Health and wellness (Ed. ke-10). Sudbury, MA: Jones & Bartlett. Hoeger, W. K., & Hoeger S. S. (2003). Lifetime physical fitness and wellness: A personalized program (Ed. ke-7). Belmont, CA: Thomson Wadsworth. Insel, P. M., & Roth, W. T. (2008). Core concepts in health (Ed. ke-10). Boston, MA: McGraw-Hill. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) xiv PANDUAN KURSUS Ismawati, S., Zainalabidin, M., & Golnaz, R. (2014). Healthy eating: The preventive factors among Malaysians. Journal of Economics, Business and Management, 2(4), 257261. National Coordinating Committee on Food and Nutrition, Ministry of Health Malaysia. (2010). Malaysian dietary guidelines. Dicapai dari http://dg. cnsoc.org/upload/affix/20140818104029708.pdf Payne, W. A., Hahn D. B., & Mauer, E. B. (2005). Understanding your health (Ed. ke-8). Boston, MA: McGraw-Hill. Pruss-Ustun, A., & Corvalan, C. (2006). Preventing disease through health environment: Towards an estimate of the environmental burden of disease. Geneva, Switzerland: WHO Press. Whitney, E. N., & Rolfes, S. R. (2002). Understanding nutrition (Ed. ke-9). Victoria, Australia: Wadsworth Thomson Learning. Williams, M. H., Anderson, D. E., & Rawson, E. S. (2013). Nutrition for health, fitness and sport (Ed. ke-10). New York, NY: McGraw-Hill. PERPUSTAKAAN DIGITAL TAN SRI DR ABDULLAH SANUSI (TSDAS) Perpustakaan Digital TSDAS mempunyai pelbagai sumber bercetak dan dalam talian untuk kegunaan pelajar. Perpustakaan digital komprehensif ini, yang boleh dicapai melalui portal OUM, menyediakan akses kepada lebih daripada 30 pangkalan data yang meliputi jurnal, tesis dan buku dalam format elektronik serta banyak lagi. Contoh pangkalan data yang ada adalah EBSCOhost, ProQuest, SpringerLink, Books247, InfoSci Books, Emerald Management Plus dan Ebrary Electronic Books. Sebagai pelajar OUM, anda digalakkan untuk menggunakan sepenuhnya sumber yang terdapat di perpustakaan ini. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) Topik 1 Konsep Kesihatan dan Kesejahteraan HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Membezakan antara kesihatan dengan kesejahteraan; 2. Menghuraikan ciri gaya hidup sihat; 3. Mengenal pasti tanggungjawab peribadi untuk mencapai dan mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan bagi individu; 4. Mengenal pasti faktor yang mencirikan keadaan kesihatan dan kesejahteraan individu; dan 5. Merumuskan manfaat bagi gaya hidup yang mengamalkan kesihatan dan kesejahteraan yang menyeluruh. PENGENALAN Mari kita mulakan pembelajaran modul ini dengan melihat pada konsep yang mungkin biasa bagi anda. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) 2 TOPIK 1 KONSEP KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN Rajah 1.1: Ucapan yang biasa disampaikan pada hari jadi Bagaimanakah anda rasa apabila seseorang menyampaikan ucapan mesra seperti yang digambarkan dalam Rajah 1.1? Apakah jenis mesej dan perasaan yang diungkapkan apabila kita mengucapkan sesuatu kepada seseorang? Kami pasti anda akan bersetuju bahawa mesej tersebut membayangkan harapan untuk kesihatan yang baik, kekayaan dan kebahagiaan yang melimpah-ruah. Ucapan sebegini mewujudkan rasa gembira dan meningkatkan interaksi sosial terutamanya pada majlis keraian seperti hari kelepasan, hari jadi, majlis perkahwinan dan perayaan lain. Beramah mesra yang disampaikan melalui ucapan menjangkaui jantina, ekonomi, status, kaum, agama, budaya dan usia. Renungkan masa ketika anda sendiri menyampaikan ucapan kepada seseorang dan begitu juga sebaliknya, anda mesti merasa gembira apabila ucapan tersebut dibalas. Ungkapan secara sedar atau tidak sedar ini menggambarkan nilai yang kita sematkan untuk mendapatkan kebahagiaan, kesihatan dan kemakmuran bagi diri kita sendiri serta orang yang kita sayangi. Mengambil kira perkara itu, hasrat yang diungkapkan dengan ucapan terutamanya adalah untuk menyampaikan kebaikan dengan cara yang mesra. Ucapan tersebut diakui sebagai salah satu elemen penting untuk perasaan sebenar bagi kepuasan dan kesejahteraan dalam kehidupan seseorang. Kandungan hasrat yang baik ini menggabungkan sekurang-kurangnya tiga elemen ă dalam kes ini, kebahagiaan, kesihatan dan kemakmuran yang diharapkan dikurniakan kepada penerimanya. Konteks sesuatu ucapan adalah Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) TOPIK 1 KONSEP KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN 3 menyampaikan harapan untuk keadaan fikiran yang menyeronokkan yang dimanifestasikan dalam bentuk perasaan kegembiraan dari segi psikologi, bebas daripada kelemahan fizikal dan pengumpulan kekayaan dalam bentuk kebendaan yang menandakan kemakmuran. Rumusan penting yang dapat disimpulkan daripada perbincangan tadi adalah kesejahteraan seseorang itu bergantung pada gabungan faktor. Oleh itu, kebahagiaan, kesihatan dan kemakmuran ialah elemen gabungan yang diingini untuk rasa kesejahteraan. Sukar untuk berasa gembira jika seseorang itu tidak sihat. Begitu juga, seseorang mungkin tidak dapat menikmati kemakmuran jika dia tidak gembira atau kurang sihat untuk menikmatinya. Dalam subtopik berikut, anda akan memperoleh penjelasan lanjut mengenai konsep kesihatan dan kesejahteraan sebagai komponen penting dalam kesejahteraan. Di samping itu, kandungan subtopik ini juga akan meliputi ciriciri gaya hidup yang sihat, tanggungjawab peribadi untuk mencapai dan mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan, faktor yang menyifatkan keadaan kesihatan dan kesejahteraan individu dan manfaat gaya hidup kesihatan dan kesejahteraan yang menyeluruh. Kami berharap anda akan menyukai topik pertama ini dan memperoleh banyak pengetahuan mengenai kesihatan dan kesejahteraan. Mari kita mendalami lagi pelajaran ini! 1.1 PENGERTIAN KESIHATAN Mari kita mulakan pembelajaran kita dengan melihat pada maksud kesihatan. Kemudian pada subtopik seterusnya, kita akan melihat pada konsep kesejahteraan. Diharapkan pada akhir kedua-dua subtopik ini, anda akan dapat membezakan antara kesihatan dengan kesejahteraan. Bagaimanakah anda mentakrifkan kesihatan? Seperti yang anda mungkin sudah ketahui, terdapat individu yang mungkin tidak mempunyai idea sebenar mengenai maksud „kesihatan‰, walaupun masing-masing boleh mengungkapkannya dengan cara yang unik dan tersendiri. Walau bagaimanapun, sesetengah orang memahami maksud kesihatan tetapi tidak dapat menyatakan konsep tersebut dengan jelas. Mari kita lihat definisi formal bagi kesihatan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO World Health Organization). Kesihatan ditakrifkan sebagai keadaan yang kesihatan fizikal, kesihatan mental dan kesejahteraan sosial adalah lengkap, dan bukan hanya tanpa penyakit dan lemah. WHO (2003) Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) 4 TOPIK 1 KONSEP KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN Seperti yang anda boleh simpulkan daripada definisi oleh WHO, keadaan sihat merangkumi lingkungan pelbagai faktor dan ia bukan sahaja bebas daripada penyakit. Sejak definisi ini ditetapkan oleh WHO, terdapat penerangan tambahan untuk membantu menjelaskan lagi kesihatan sebagai konsep dalam beberapa dimensi. Pada masa ini, ramai orang menghuraikan kesihatan sebagai dimensi pelbagai konsep yang merangkumi aspek yang berlainan dalam kehidupan peribadi. Sebagai contoh, Donatelle, Snow dan Wilcox (1999) menganggap konsep kesihatan sebagai keseimbangan antara dimensi sosial, fizikal, psikologi, intelektual, alam sekitar dan spiritual seseorang. Hari ini, kesihatan dianggap sebagai konsep yang dinamik dan sentiasa berubah serta sangat bergantung pada pilihan peribadi. Ini menunjukkan bahawa seseorang itu boleh mempengaruhi kesihatannya sama ada positif atau negatif melalui pilihan gaya hidup yang disukainya. Sebaliknya, terdapat individu pada hari ini yang masih terus bergelut antara memilih untuk menurutkan nafsu dengan tabiat negatif atau mengekalkan gaya hidup yang sihat. Komponen kesihatan ini akan diterangkan dengan lebih lanjut dalam subtopik berikutnya. AKTIVITI 1.1 1. 2. Berdasarkan definisi „kesihatan‰ oleh WHO (2003), kenal pasti status setiap ciri kesihatan berikut dalam kehidupan peribadi anda sendiri: (a) Kesihatan fizikal (b) Kesihatan mental (c) Kesejahteraan sosial Cari sebarang perbezaan utama antara definisi WHO dengan sumber lain mengenai maksud kesihatan. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) TOPIK 1 1.2 KONSEP KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN 5 PENGERTIAN KESEJAHTERAAN Sekarang mari kita meneruskan pelajaran dengan memberi tumpuan pada kesejahteraan. Sejak beberapa tahun, penemuan baharu dan inovasi teknologi telah meningkatkan literasi dan pemahaman mengenai nilai penting dalam aspek pencegahan dan penggalakan pemuliharaan kesihatan. Oleh itu, jangkaan daripada hanya untuk menjadi sihat kepada aspirasi untuk kualiti hidup yang lebih tinggi turut meningkat. Orang ramai tidak lagi menganggap bahawa menjadi sihat dan bebas penyakit bermakna budaya „menelan pil‰. Sebaliknya, mereka berharap untuk menjadi lebih kuat dan cergas serta berusaha dalam aktiviti sukan dan rekreasi fizikal sebagai jaminan kepada keadaan kesihatan yang unggul. Dari segi sejarah, konsep „kesejahteraan‰mula diperkenalkan pada awal tahun 1970-an untuk menggambarkan cubaan individu untuk menambah keadaan kesihatan yang sedia ada. Dunn (1977) pertama kali menggunakan perkataan kesejahteraan untuk menandakan proses aktif yang seseorang mula menyedari dan membuat pilihan peribadi secara sedar untuk mencapai keadaan yang lebih sihat dalam semua dimensi penting dalam kehidupan mereka. Edlin dan Golanty (2010) pula merumuskan dengan lebih lanjut konsep kesejahteraan sebagai pendekatan yang proaktif dan pencegahan yang direka bentuk untuk mencapai kesihatan fizikal serta fungsi sosial dan emosi yang optimum. Ia boleh dilihat sebagai komitmen dalam batasan dan potensi peribadi ke arah kesihatan yang optimum, tanpa semata-mata memberi tumpuan pada ketiadaan penyakit sahaja. Berdasarkan penjelasan terdahulu, diharapkan anda menyedari sedikit perbezaan antara kesejahteraan dan kesihatan. Ringkasnya, kesihatan adalah keadaan sihat sejahtera pada masa tertentu berdasarkan keupayaan seseorang individu untuk melaksanakan aktiviti asas dalam kehidupan harian. Kesejahteraan sebaliknya ialah proses aktif yang seseorang itu menyedari batasan peribadi dan membuat pilihan secara sedar untuk mendapat lebih kebebasan daripada kekangan terhadap kepuasannya untuk berjaya. Adakah anda bersedia untuk subtopik seterusnya? Kita akan meneroka ciri penting yang mencerminkan gaya hidup kesihatan dan kesejahteraan dalam subtopik berikutnya. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) 6 TOPIK 1 KONSEP KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN SEMAK KENDIRI 1.1 Berikan perbezaan antara kesihatan dengan kesejahteraan. AKTIVITI 1.2 Renungkan keadaan kesihatan anda sendiri dan jawab soalan berikut: (a) Apakah perkara-perkara yang anda bimbangkan tentang isu kesihatan peribadi? (b) Tuliskan beberapa contoh aktiviti yang mungkin anda lakukan untuk meningkatkan kesejahteraan peribadi anda. (c) Bandingkan jawapan anda bagi soalan-soalan tadi dengan rakanrakan sekuliah anda. 1.3 CIRI-CIRI GAYA HIDUP SIHAT Selepas membaca subtopik ini, kami berharap anda akan dapat menghuraikan ciri-ciri gaya hidup yang sihat. Sekarang anda telah mempunyai pemahaman asas mengenai konsep kesihatan dan kesejahteraan. Oleh itu, mari kita pertimbangkan pula ciri-ciri individu yang sihat. Sebelum kita teruskan, fikirkan tentang jenis kehidupan yang anda lalui sekarang dan apakah penambahbaikan yang anda harapkan untuk diri sendiri pada masa hadapan. Berkemungkinan anda akan memilih menjadi sihat walafiat, mempunyai lebih tenaga untuk menjalankan aktiviti harian dan bebas untuk mengejar impian anda selagi jangka hayat yang diberi Tuhan membenarkannya. Mengapakah kita perlu memilih gaya hidup yang sihat? Gaya hidup yang sihat menawarkan pilihan tingkah laku hidup yang memaksimumkan keadaan kesejahteraan, pengurangan risiko terhadap penyakit dan kematian awal. Pilihan untuk menjalani gaya hidup yang sihat boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor peribadi dan pengaruh luaran. Contoh faktor peribadi berkisar pada motivasi dalaman ke luaran, nilai peribadi, etika dan pengaruh budaya, kepercayaan agama serta takut pada penyakit yang mengancam nyawa. Sebaliknya, pengaruh luar yang mempengaruhi pilihan gaya hidup termasuklah Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) TOPIK 1 KONSEP KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN 7 faktor alam sekitar, politik dan sosioekonomi. Ciri-ciri gaya hidup sihat akan ditentukan oleh kesan tindak balas seseorang dalam membuat pilihan terhadap tabiat peribadi dan pengaruh luaran yang akan membentuk status kesihatannya. Apakah yang boleh seseorang lakukan untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat? Pilihan segera mungkin didorong oleh tahap lokus kawalan dalaman atau luaran seseorang berdasarkan keinginan untuk berubah. Seseorang dengan lokus kawalan dalaman yang teguh akan mendapat inspirasi daripada hasrat peribadi untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat, tanpa mengira sekuat mana pun halangannya. Sebaliknya, seseorang dengan perasaan lokus kawalan luaran mahu meninjau nilai ganjaran luaran atau pengesahan daripada sumber luaran dahulu sebagai alasan untuk melakukan perubahan. Kadangkala, pujukan daripada sumber luaran untuk bertindak mungkin kelihatan remeh atau tidak difahami dengan jelas. Contohnya, pemikiran tentang kesejahteraan yang idealistik selepas melihat seorang model yang kita kagumi atau membaca satu rencana mengenai strategi kesihatan dan kesejahteraan. Pada masa lain, keinginan boleh menjadi lebih kuat seperti memberi komitmen yang tinggi untuk mengubah amalan pemakanan kerana kecewa melihat bacaan berat badan pada penimbang. Walau apa pun motifnya, merapatkan jurang antara aspirasi dan pencapaian memerlukan komitmen yang tinggi dan pelaksanaannya secara beransur-ansur perlulah konsisten ke arah matlamat yang diingini. Manusia amat dipengaruhi oleh faktor sosial. Kebanyakan motif dan dorongan nafsu kita dipacu oleh pengaruh luar. Kita ingin kelihatan bagus dan berasa gembira terutamanya dalam lingkungan sosial. Ia sifat manusia biasa yang sentiasa peka mengenai imej badan. Namun seseorang yang telah meluangkan masa dan usaha untuk mengekalkan tahap kesejahteraan yang tinggi akan menonjolkan keyakinan diri dan tidak mudah merasa terganggu oleh pandangan negatif orang lain. Sifat sesuatu hubungan yang dijalin dengan orang lain serta penghargaan dan toleransi terhadap kepelbagaian ialah faktor penting untuk meningkatkan keadaan kesejahteraan. Boleh menerima jenaka dan mempunyai minda terbuka membantu untuk menyekat perkara negatif dan menggalakkan fikiran positif dalam individu. Tingkah laku kesejahteraan tersebut menyumbang kepada perkembangan kesedaran positif yang boleh mengurangkan tekanan dan mempunyai pengaruh penting ke atas kesihatan dan kesejahteraan seseorang. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) 8 TOPIK 1 KONSEP KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN Berdasarkan perbincangan tadi, kita dapat melihat bahawa pilihan gaya hidup boleh dipengaruhi oleh pelbagai keadaan yang terdiri daripada faktor peribadi kepada pengaruh luaran. Walau apa pun ciri-ciri sesuatu pengaruh, akhirnya, terpulang pada individu tersebut untuk bertindak. Yang berikut ialah beberapa garis panduan yang mencirikan pilihan gaya hidup yang sihat: (a) Makan diet yang seimbang dan berkhasiat; (b) Mengekalkan berat badan ideal; (c) Kerap bersenam; (d) Mampu mengawal tekanan; (e) Mampu menguruskan emosi yang berlebihan; (f) Rehat dan tidur yang mencukupi; (g) Mengekalkan keseimbangan yang baik antara pekerjaan dan aktiviti sosial; (h) Melibatkan diri dalam penyuburan spiritual atau ibadah menurut kepercayaan seseorang; (i) Mengelak daripada merokok, alkohol dan penyalahgunaan dadah rekreasi; (j) Menjalani pemeriksaan saringan kesihatan yang kerap untuk pengesanan awal ancaman kesihatan; (k) Mengutamakan keselamatan diri; (l) Melakukan usaha untuk peningkatan diri yang berterusan; (m) Mengekalkan pandangan yang optimistik dan positif terhadap kehidupan; dan (n) Menjadi pengamal yang aktif untuk persekitaran yang sihat. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) TOPIK 1 KONSEP KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN 9 AKTIVITI 1.3 Renungkan keadaan kesihatan anda sekarang. Seterusnya lakukan perkara berikut: (a) Senaraikan faktor sebanyak mungkin yang telah mempengaruhi status kesihatan anda sekarang. (b) Tuliskan „senarai hasrat‰ (wish list) peribadi yang boleh meningkatkan lagi keadaan kesihatan anda sekarang. 1.3.1 Tanggungjawab Peribadi untuk Kesihatan dan Kesejahteraan Mari kita meneruskan pelajaran. Dengan ini diharapkan anda akan dapat mengenal pasti tanggungjawab peribadi untuk mencapai dan mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan individu melalui subtopik ini. Perspektif utilitarian kesihatan dan kesejahteraan akan bersetuju dengan andaian bahawa orang ramai harus bertanggungjawab secara peribadi untuk meningkatkan kualiti hidup mereka. Sebagai alternatif, tunduk pada sentimen buruk seperti pemikiran negatif, berlengah-lengah dan perasaan „kasihan pada diri sendiri‰ hanya akan mengurangkan keadaan kesejahteraan. Dalam subtopik seterusnya, kita akan mengkaji beberapa ciri yang memberi impak terhadap tanggungjawab peribadi individu untuk kesihatan dan kesejahteraannya. Apakah ciri tersebut? Mari kita lihat Rajah 1.2 untuk mengetahui jawapannya. Rajah 1.2: Tiga sifat tanggungjawab peribadi untuk mencapai dan mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan dalam individu Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) 10 TOPIK 1 KONSEP KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN Sekarang mari kita lihat ketiga-tiga sifat ini dengan lebih lanjut. (a) Tanggungjawab Peribadi untuk Mengambil Tindakan Individu yang berusaha untuk mengekalkan kesihatan optimum selalunya dapat membezakan antara faktor risiko yang boleh diubah suai dengan faktor risiko yang tidak boleh diubah suai yang boleh mempengaruhi status kesihatan mereka. Apakah yang dirujuk oleh faktor ini? Mari kita lihat Jadual 1.1 untuk mendapatkan jawapannya. Jadual 1.1: Faktor Risiko yang Boleh Diubah Suai Berbanding Faktor Risiko yang Tidak Boleh Diubah Suai Faktor Risiko yang Boleh Diubah Suai Faktor Risiko yang Tidak Boleh Diubah Suai Merujuk kepada faktor dalam kawalan individu yang seseorang boleh mengambil tindakan untuk mengurangkan atau mengelakkan risiko kejadian buruk daripada berlaku seperti memilih untuk menahan diri daripada merokok. Merujuk kepada faktor yang bukan dalam kawalan individu seperti peningkatan pendedahan kepada penyakit tertentu kerana jantina atau akibat peningkatan usia. Kesedaran terhadap faktor risiko yang boleh dan tidak boleh diubah suai akan dapat membantu seseorang untuk menyesuaikan aktiviti fizikal. Aktiviti ini perlu padan dengan keupayaan peribadi dan batasan mereka apabila membuat pilihan secara sedar untuk memperbaiki keadaan kesejahteraan mereka. Melalui maklumat yang betul, mereka boleh memberi komitmen peribadi yang tinggi untuk mengubah suai gaya hidup mereka dan mengelakkan tingkah laku negatif yang akan menghalang usaha mereka untuk kesihatan yang optimum. Terdapat beberapa garis panduan untuk meningkatkan corak tingkah laku boleh diubah suai seperti yang berikut: (i) Melibatkan diri dalam senaman fizikal yang kerap dan berkesan; (ii) Tidak merokok atau terlibat dalam dadah rekreasi atau alkohol; (iii) Makan makanan yang berkhasiat; (iv) Mencapai keseimbangan yang baik antara kerja, peribadi, keluarga dan kehidupan sosial; Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) TOPIK 1 (v) KONSEP KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN 11 Menghindari daripada mengalami tekanan yang berlebihan; dan (vi) Penyokong bagi polisi dan program berorientasikan kesihatan dalam keluarga dan masyarakat. (b) Mengambil Berat terhadap Orang Lain Elemen sosial mempunyai potensi yang kuat untuk mempengaruhi pilihan kesihatan dan kesejahteraan seseorang. Individu yang mementingkan orang lain (people-centered) cenderung untuk menikmati rasa kesejahteraan yang lebih berbanding dengan orang yang menyendiri dari segi sosial (social recluses). Individu pertama tadi menghasilkan aura hubungan sosial dan mempunyai kecenderungan untuk lebih selesa dalam menyesuaikan diri pada perubahan situasi serta kekal komited kepada matlamat kesejahteraan mereka. Golongan ini juga menjadi model ikutan (role model) yang baik kepada orang lain yang mungkin ingin mengambil bahagian dalam aktiviti berorientasikan kesejahteraan tetapi malu untuk berbuat sedemikian. Individu yang baik menunjukkan sikap keprihatinan melalui kata-kata dan tindakan yang mencerminkan rasa hormat dan mengambil berat terhadap orang lain di sekeliling mereka. Selain itu, mereka cenderung untuk tidak menjadi pengkritik dan tidak memberikan nilai mereka sendiri dengan mengadili orang lain. Mereka mungkin akan lebih menyedari kelainan sosial dalam isu kesihatan dalam kalangan orang lain di sekeliling mereka. Mereka bertindak berdasarkan tanggungjawab sosial untuk menyesuaikan diri dengan individu yang berfikiran serupa dan bermatlamat sama. (c) Kesedaran terhadap Kesihatan dan Membuat Keputusan yang Baik Walaupun psikologi dianggap mempunyai pengaruh ke atas fisiologi, pencapaian tahap kesejahteraan yang tinggi tidak berlaku dalam sekelip mata dengan hanya berharap atau dengan menjadi positif mengenainya. Sesetengah orang yang ingin menjadi cergas dengan segera, mencari „laluan pintas‰ (shortcuts) melalui kaedah formula komersial „jalan pantas‰ (fast-track) yang selalu diuar-uarkan di pasaran. Kekecewaan bagaimanapun akan berlaku selepas beberapa ketika apabila gembargembur yang dijanjikan pudar dan mereka menyedari kebenaran tentang pepatah „kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya‰ (no pain, no gain) untuk mendapat manfaat daripada senaman dan kecergasan fizikal. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) 12 TOPIK 1 KONSEP KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN Individu yang berjaya mengekalkan keadaan kesejahteraan dalam sesuatu tempoh masa ialah orang yang secara sedar memilih untuk mengasingkan masa dan tenaga yang khusus untuk aktiviti yang membolehkan kesejahteraan dicapai mengikut kemampuannya. Perbezaan antara kegagalan dengan kejayaan dalam program mengekalkan kesejahteraan (terutamanya untuk jangka panjang) adalah kesedaran yang baik bagi keupayaan dan batasan peribadi. Pilihan maklumat berdasarkan fakta untuk menyokong proses membuat keputusan membantu mengekalkan minat dan ketahanan dalam aktiviti kecergasan dalam satu tempoh yang lebih lama. Kejayaan mana-mana program terutamanya pelan kecergasan adalah untuk mereka bentuk kursus peribadi yang sesuai dengan keperluan individu tersebut dan mengambil kira keadaan semasa tahap kesihatan dan kecergasannya. Untuk kejayaan pelaksanaan program kesejahteraan yang berkesan, seseorang perlu mempunyai keinginan mendesak untuk berubah atau menyesuaikan gaya hidup semasa untuk pilihan yang lebih sihat, yang dirancang dengan baik dan sepadan dengan individu tersebut. Untuk orang yang baru bermula, langkah persediaan yang baik adalah mendapatkan pemeriksaan kesihatan yang betul dan menyelesaikan apaapa isu lain supaya program yang dipilih akan dapat memberikan intensiti yang betul dan bermanfaat dari segi fisiologi. Biasanya pakar kesihatan dan kesejahteraan dapat memberi nasihat kepada orang yang baru bermula dengan pelan yang betul berdasarkan sumber yang ada dan juga keadaan kesihatan semasa mereka. Akhir sekali dan tidak kurang pentingnya, individu perlu mengumpul maklumat yang sesuai dengan membaca penulisan mengenai kesejahteraan. Selain itu, perundingan dengan pengamal kesihatan dan kesejahteraan juga penting bagi membuat keputusan berdasarkan maklumat untuk program kecergasan peribadi. Petua ini akan membantu anda untuk membuat keputusan mengenai rutin senaman dan kaedah pemulihan yang berkaitan, pengubahsuaian pemakanan, keadaan kesihatan semasa dan sasaran untuk mencapai kesejahteraan dalam jangka pendek dan jangka panjang. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) TOPIK 1 KONSEP KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN 13 AKTIVITI 1.4 1. Senaraikan lima contoh setiap faktor risiko yang boleh diubah suai dan tidak boleh diubah suai yang boleh mempengaruhi kesejahteraan seseorang. 2. Kenal pasti dua contoh fikiran negatif. Bincangkan bagaimana ia boleh memberi impak kepada kesejahteraan am seseorang. 3. Bincangkan berdasarkan dua contoh, bagaimana tingkah laku yang mementingkan diri sendiri dan suka menghukum boleh memberi impak kepada kesejahteraan am seseorang. 4. Syorkan strategi umum yang akan menggalakkan lebih ramai remaja mengambil bahagian dalam aktiviti kesihatan dan kesejahteraan. 1.4 PENGARUH KE ATAS KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN Sekarang kita sampai pada subtopik baharu yang melihat pada pengaruh ke atas kesihatan dan kesejahteraan. Diharapkan apabila selesai subtopik ini, anda akan dapat mengenali faktor yang mencirikan keadaan kesihatan dan kesejahteraan individu. Jelas sekali, terdapat banyak faktor yang mempengaruhi seseorang untuk mendapatkan kecergasan dan mengamalkan cara hidup yang sihat. Kebanyakan orang yang konsisten dalam usaha mereka untuk mengekalkan kesihatan, berbuat demikian dengan kepercayaan teguh untuk meraih pelbagai manfaat fizikal, psikologi dan sosial untuk diri mereka sendiri. Kemudian, terdapat pengamal kecergasan yang menjalankan aktiviti kecergasan selepas mendapat inspirasi daripada model peranan (role model) yang menawan. Masih terdapat individu yang melibatkan diri dalam aktiviti kecergasan semata-mata untuk membentuk tubuh mereka bagi menarik perhatian terhadap diri mereka. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) 14 TOPIK 1 KONSEP KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN Perlu diingat bahawa motif yang mempunyai kesedaran realistik adalah perlu untuk mengekalkan keseimbangan yang rasional antara jangkaan manfaat daripada mengambil bahagian dalam aktiviti sukan dan kecergasan dan risiko yang berkaitan dengan kesejahteraan diri. Di samping itu, mengambil bahagian dalam program kesejahteraan tidak semestinya melindungi seseorang daripada risiko penyakit dan tidak diberi kekebalan yang berkekalan terhadap semua penyakit utama. Cuma, kemungkinan untuk mendapat penyakit adalah sangat sedikit berbanding mereka yang mengabaikan terus kesemua aktiviti gaya hidup yang sihat. Dalam subtopik berikut, kita akan mengambil kira faktor tertentu yang menyebabkan orang menjadi mudah terdedah kepada penyakit, tanpa mengambil kira status kecergasan mereka. 1.4.1 Faktor Penggalak Apakah yang dimaksudkan dengan faktor penggalak? Faktor penggalak (pradispos factors) ialah ciri-ciri pada seseorang yang mendorong tingkah laku ke arah tabiat atau perbuatan tertentu. Terdapat lebih daripada 7 bilion orang di planet ini pada hari ini. Walaupun kita unik dengan cara tersendiri, kita juga sama dengan yang lain. Semua manusia mempunyai keperluan fisiologi yang sama, namun terdapat beberapa keunikan sosiobudaya dan individu dalam kalangan kita. Terdapat pepatah popular mengatakan kita merupakan hasil daripada masa lalu. Ciri-ciri unik kita terdapat dalam pelbagai cara yang dipengaruhi oleh faktor genetik yang diwarisi daripada nenek moyang kita. Ahli keluarga yang ada pertalian darah terutamanya adalah terdedah kepada penyakit tertentu yang diwarisi secara genetik. Sering kali ahli keluarga terdekat yang mempunyai penyakit kronik mewariskan kecenderungan genetik mereka kepada keturunan mereka. Ciri-ciri genetik boleh membawa risiko penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi, penyakit mental dan gangguan darah yang serius, misalnya, hemofilia dan talasemia. Berita baik adalah walaupun seseorang mungkin mempunyai kecenderungan genetik terhadap beberapa jenis penyakit kronik, mengikuti program kesihatan dan kesejahteraan menyeluruh yang direka bentuk dengan baik boleh mengurangkan risiko atau melewatkan bermulanya keadaan tersebut. Walaupun anda mungkin tidak dapat mengelak kecenderungan genetik anda untuk Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) TOPIK 1 KONSEP KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN 15 penyakit tertentu, anda masih boleh membuat perubahan terhadap gaya hidup untuk mengurangkan peluang mendapat keadaan tersebut. Contohnya, jika seseorang itu mempunyai sejarah keluarga diabetes, ia adalah langkah yang bijak untuk seseorang itu bermula awal dalam hidupnya untuk membuat perubahan gaya hidup yang sesuai sebagai strategi pencegahan bagi mengurangkan risiko diabetes pada kemudian hari. Selain daripada faktor genetik, secara semula jadi umumnya, tindak balas emosi seseorang dalam menangani kehidupan harian mereka juga mempunyai pengaruh besar ke atas hasil kesihatan dan kesejahteraan. Biasanya, orang yang sihat mempunyai daya tahan emosi yang lebih dan berupaya untuk kembali pulih dengan mudah selepas kejadian trauma emosi. Selain daripada pembawaan ini, keadaan sosial dan alam sekitar juga ialah faktor penggalak penting yang mempengaruhi kesihatan dan kesejahteraan. Sifat dan kualiti perhubungan interpersonal boleh mempengaruhi seseorang untuk berfikiran positif, penyayang dan menyesuaikan diri dengan baik. Namun, jika sebaliknya, ia boleh menyebabkan seseorang terlibat dalam aktiviti yang tidak sihat dan berisiko seperti keganasan, amalan heteroseksual, merokok dan alkohol serta penyalahgunaan dadah. Patuh kepada mentaliti secara berkelompok dan tekanan daripada rakan sebaya ialah beberapa contoh pengaruh sosial yang membentuk tindakan seseorang. Ia dipercayai bahawa kanak-kanak yang ibu bapanya ketagihan alkohol, mempunyai risiko yang lebih untuk turut ketagihan alkohol. Namun jika persekitaran sosial mereka diubah kepada menjadi lebih sihat dan positif, risiko itu boleh dineutralkan dengan mudah. Satu lagi faktor penggalak yang amat mempengaruhi pilihan kesihatan dan kesejahteraan ialah nilai, sikap dan kepercayaan yang diterapkan dalam diri seseorang dari awal zaman kanak-kanak. Kanak-kanak daripada ibu bapa yang mementingkan kesihatan lebih cenderung untuk memilih aktiviti sihat sebagai kegiatan rekreasi semula jadi mereka. Sebagai alternatif, kanak-kanak yang dibesarkan dalam keluarga yang adik-beradiknya mengalami obesiti dan mengamalkan pemakanan dan gaya hidup yang tidak aktif, akan lebih cenderung untuk mengekalkan amalan buruk ini apabila dewasa. AKTIVITI 1.5 Kenal pasti halangan yang anda mungkin hadapi sendiri dalam mengikuti pelan tetap kesihatan dan kesejahteraan dalam hidup anda. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) 16 1.4.2 TOPIK 1 KONSEP KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN Faktor Pengukuh Sekarang kita akan mengkaji peranan faktor pengukuh yang mempengaruhi kesihatan dan kesejahteraan. Adakah anda mempunyai sebarang idea apakah maksudnya? Faktor pengukuh untuk kesihatan dan kesejahteraan ialah elemen yang membantu untuk mempromosikan dan menggalakkan tingkah laku terhadap pilihan kesihatan dan kesejahteraan dalam kehidupan seseorang. Faktor pengukuh dianggap sebagai berlawanan dengan faktor penggalak kerana sifatnya memberi daya dorongan tambahan untuk meningkatkan peluang bagi ciri-ciri tertentu terjadi dengan mudah. Biasanya, galakan untuk bersungguhsungguh dengan program kesihatan dan kesejahteraan banyak dipengaruhi oleh faktor pengukuh. Contohnya, memaparkan gambar ngeri mangsa kanser pada kotak rokok akan membantu untuk mengukuhkan daya menahan diri daripada merokok. Beberapa faktor pengukuh mungkin disebabkan oleh motif luaran atau dalaman kerana ia boleh dikaitkan dengan pelbagai sebab peribadi untuk meneruskan program kesejahteraan. Contoh pemacu luaran mungkin kerana mahu kelihatan dan berasa menarik di mata rakan atau orang tersayang, kepada mematuhi kumpulan sosial tertentu yang memberi sokongan pada kepentingan kesihatan dan kesejahteraan. Begitu juga, orang yang merasa ganjaran dalaman didorong oleh komitmen peribadi untuk mengekalkan kesihatan mereka. Sebagai contoh, mari kita lihat pelari maraton (lihat Rajah 1.3). Apakah yang mendorong mereka untuk meneruskan larian mereka? Rajah 1.3: Pelari maraton mengalami runnerÊs high (pelari berasa keseronokan) disebabkan oleh pelepasan endorfin dalam badan mereka selepas berlari jarak jauh ă ini mendorong mereka untuk menamatkan larian mereka Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) TOPIK 1 KONSEP KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN 17 AKTIVITI 1.6 Kenal pasti sekurang-kurangnya lima potensi manfaat yang boleh mendorong orang dewasa untuk mengikuti program kesihatan dan kesejahteraan dengan kerap. 1.4.3 Halangan kepada Kesejahteraan Adakah anda bersetuju bahawa kadangkala ia adalah amat sukar untuk membuat perubahan berkekalan kepada tabiat dan tingkah laku? Mengapakah sesetengah orang yang berjaya mengekalkan program latihan untuk jangka masa lama manakala yang lain cenderung untuk menyerah kalah selepas cubaan yang singkat? Bagaimanakah dengan anda? Dalam kategori manakah anda tergolong? Terdapat banyak nilai ketara dan halangan yang menghalang penggunaan tingkah laku gaya hidup sihat. Sebagai contoh, faktor ekonomi boleh menjadi penghalang utama untuk seseorang walaupun dia sangat bersemangat ke arah gaya hidup kesihatan dan kesejahteraan sebagai cara hidup. Seseorang dengan pendapatan sederhana akan mendapati ia mencabar untuk kerap menghabiskan wang untuk program kecergasan yang mahal atau perlu membeli pakaian khas untuk senaman. Bagi sesetengah orang, aktiviti kesihatan dan kesejahteraan dianggap sebagai pilihan kedua (sekunder) berbanding dengan keperluan fisiologi dan keselamatan. Di samping itu, ciri-ciri pekerjaan dan jadual kerja juga mempengaruhi kesinambungan rutin kesihatan dan kesejahteraan. Ramai orang yang bekerja syif secara bergilir mendapati sukar untuk mengikuti program senaman yang kerap, terutamanya disebabkan oleh gangguan ritma sirkadian (circadian rhythm) mereka. Selain itu, kawasan bandar telah dikenal pasti sebagai satu lagi faktor utama yang memberi impak kepada penyertaan dalam rutin kesihatan dan kesejahteraan. Kesesakan, pencemaran dan kekurangan langkah keselamatan ialah ciri-ciri utama yang banyak terdapat di kawasan bandar yang tidak menggalakkan aktiviti kecergasan. Taman permainan dan taman rekreasi adalah terhad kerana premium yang semakin meningkat pada ruang tanah. Kemunculan gimnasium dan kelab kecergasan komersial memang menyediakan suasana yang kondusif untuk kecergasan, namun tempat eksklusif ini lebih bersifat komersil dan menawarkan perkhidmatan untuk orang yang berkemampuan sahaja. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) 18 TOPIK 1 KONSEP KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN AKTIVITI 1.7 Bincangkan strategi-strategi yang boleh digunakan oleh pekerja syif untuk mengikuti program kesihatan dan kesejahteraan secara tetap. 1.4.4 Pengaruh Gaya Hidup Setakat ini, kita telah mempertimbangkan beberapa faktor yang boleh mempengaruhi perubahan tingkah laku positif untuk inisiatif kesihatan dan kesejahteraan. Dalam subtopik ini, mari kita mengkaji kesan pilihan gaya hidup peribadi yang menggalakkan tindakan atau melambatkan penyertaan dalam meningkatkan keadaan keseluruhan kesihatan dan kesejahteraan seseorang. Secara umumnya, pilihan yang dibuat seseorang mempunyai impak yang besar ke atas kualiti dan panjang usia kehidupan mereka. Contohnya, keputusan untuk menurutkan hati dalam bentuk tingkah laku berisiko yang boleh mengakibatkan kemudaratan walaupun dalam menjalankan aktiviti kesihatan dan kesejahteraan. Pilihan aktiviti fizikal yang tidak sesuai dan menurutkan hati dalam bentuk rekreasi yang ekstrem meningkatkan peluang kesan sampingan dan kemalangan yang mengejutkan. Risiko lain atau kesan yang tidak diingini dalam sukan termasuklah dadah untuk meningkatkan prestasi atau untuk rekreasi, merokok dan alkohol. Di samping itu, perubahan mendadak dalam tahap kecergasan seseorang yang beralih daripada gaya hidup yang tidak aktif kepada melakukan aktiviti fizikal yang mencabar, obesiti, terlibat dalam aktiviti seksual berisiko tinggi tanpa langkah keselamatan, permusuhan berlebihan dalam pertandingan, keagresifan tidak terkawal dan penyesuaian kurang baik terhadap tekanan juga boleh meningkatkan risiko kejadian berbahaya. Terdapat sesetengah orang yang mempunyai pemikiran berdelusi percaya bahawa mereka adalah kebal kepada kesan kesihatan yang negatif yang diakibatkan daripada tingkah laku berisiko mereka. Malangnya, kebanyakan mereka ialah orang yang kemungkinan akan ditimpa maut secara tiba-tiba pada suatu hari nanti. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) TOPIK 1 KONSEP KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN 19 AKTIVITI 1.8 1. Bincangkan kesan-kesan merokok yang menjejaskan kesihatan dan kesejahteraan. 2. Adakah anda bersetuju dengan ungkapan bahawa „kesihatan adalah kekayaan‰ (health is wealth)? Bincangkan pendapat anda dengan pelajar lain. 1.5 MANFAAT GAYA HIDUP KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN YANG KOMPREHENSIF Apakah manfaat daripada gaya hidup kesihatan dan kesejahteraan yang menyeluruh? Apakah yang boleh anda dapat daripada gaya hidup ini? Setiap dimensi aktiviti kesejahteraan menyumbang kepada set perubahan badan untuk faedah kesihatan keseluruhan seseorang. Kebanyakan gaya hidup positif yang dipilih seseorang pada hari ini akan menghasilkan faedah kesihatan jangka pendek serta menyumbang kepada kesejahteraan keseluruhan individu dan masyarakat. Misalnya, kecergasan fizikal yang disebabkan oleh senaman dan amalan pemakanan yang betul akan menambah baik kecergasan kardiovaskular dan membolehkan seseorang untuk terlibat dalam sukan berpasukan bersama rakan. Malah, ini akan meningkatkan rasa muhibah dan kemesraan dalam lingkaran sosial mereka dan membantu mengurangkan tekanan dan meningkatkan harga diri dalam kalangan ahli kumpulan. Jika anda menjadikannya sebagai rutin, kitaran ini akan menyebabkan tahap penyesuaian fizikal peribadi yang lebih tinggi selari dengan peningkatan kecergasan kardiovaskular dan meningkatkan paras tenaga. Tindakan anda juga akan membantu untuk mengekalkan budaya sihat dalam kalangan rakan dan keluarga anda. Usaha ini akan membawa ke arah mewujudkan masyarakat yang sihat dan bahagia. Terdapat senarai manfaat yang banyak yang seseorang boleh memperolehnya dengan mengekalkan kesejahteraan pada tahap tinggi. Sebahagian daripada manfaat ini disenaraikan dalam Rajah 1.4. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) 20 TOPIK 1 KONSEP KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN Rajah 1.4: Enam manfaat gaya hidup kesihatan dan kesejahteraan yang menyeluruh Enam manfaat tersebut diterangkan dengan lebih lanjut dalam subtopik berikutnya. 1.5.1 Peningkatan Kecekapan Kardiovaskular atau Jantung dan Saluran Darah Bolehkah anda menerangkan fungsi jantung? Prinsip fungsi jantung adalah mengepam darah melalui sistem peredaran darah untuk membolehkan oksigen sampai ke badan dan mengeluarkan bahan buangan daripada sel. Oleh itu, sistem kardiovaskular yang lebih baik akan mengekalkan fungsi ini dengan mudah sepanjang umur hidup seseorang dan membolehkan individu untuk berfungsi dengan tekanan yang minimum. 1.5.2 Peningkatan Tonus (Tone), Kekuatan, Fleksibiliti dan Ketahanan Otot Apakah kelebihan bagi tonus otot yang baik? Otot yang baik memberikan bentuk pada badan serta keupayaan untuk anggota badan bergerak dan bertindak untuk menjalankan aktiviti harian. Oleh itu, peningkatan kekuatan otot menyokong aktiviti ekonomi yang boleh meningkatkan kualiti hidup individu. Seseorang yang sihat fizikal selalunya membuat pilihan yang baik dalam kehidupan serta menikmati fleksibiliti dan ketahanan terhadap tekanan dan keletihan. Sistem muskuloskeletal yang terbentuk dengan baik juga melindungi badan daripada kecederaan akibat regangan dan terseliuh. Tulang dan sendi menyokong pergerakan badan, memberi ketangkasan dan kekuatan serta melindungi tubuh daripada kecederaan. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) TOPIK 1 1.5.3 KONSEP KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN 21 Peningkatan Kawalan Kendiri, Kecekapan Kendiri dan Harga Diri Orang yang mempunyai kawalan yang lebih baik terhadap kesihatan dilihat mempamerkan harga diri yang lebih tinggi dan mereka berasa gembira tentang diri mereka seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.5. Rajah 1.5: Seseorang yang mempunyai harga diri yang tinggi sentiasa berasa dirinya baik Perasaan kebaikan dan keyakinan diri seperti itu boleh memberi impak positif terhadap perkara lain dalam kehidupan seseorang dan juga orang lain di sekelilingnya. 1.5.4 Peningkatan Pengurusan Tekanan dan Pandangan dalam Kehidupan Seseorang yang sihat adalah lebih berkemungkinan untuk mempunyai pandangan positif terhadap kehidupan dan dapat mengawal tekanan dan mengubah persepsi yang membawa kepada tekanan yang tidak perlu. Di samping itu, seseorang itu juga mempunyai potensi untuk pulih dengan cepat daripada peristiwa yang penuh tekanan dan mampu berfikir dengan jelas mengenai pilihan untuk menghadapi tekanan. Orang yang ada keyakinan diri biasanya lebih bersedia untuk menghadapi cabaran dan rintangan dan melihat perkara itu sebagai peluang dan pengalaman untuk perkembangan diri. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) 22 1.5.5 TOPIK 1 KONSEP KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN Peningkatan Hubungan Interpersonal Tahukah anda bahawa hubungan interpersonal yang berjaya sering memerlukan dinamik sosial yang kompleks? Ini termasuklah pelbagai jenis kesejahteraan fizikal dan psikologi yang terdapat dalam individu. Faktor dalaman „rasa baik‰ adalah ramuan penting bagi seseorang untuk berusaha memaksimumkan daya tarikan sosialnya. 1.5.6 Penurunan Kes Kematian dan Morbiditi Akibat Penyakit Tahukah anda bahawa tahap kecergasan fizikal menyokong sistem imun berfungsi dengan baik? Sistem imun kita boleh melindungi badan kita daripada penyakit berjangkit. Malah, pengurangan bagi tahap tekanan dan rehat yang mencukupi, tabiat pemakanan yang baik dan senaman meningkatkan kecergasan kardiovaskular dan fungsi badan yang optimum yang boleh melambatkan permulaan serangan penyakit kronik. Segala bentuk perlindungan membantu untuk melindungi tubuh daripada kematian awal dan menggalakkan pemulihan sepenuhnya dengan cepat daripada penyakit. SEMAK KENDIRI 1.2 Huraikan manfaat gaya hidup kesihatan dan kesejahteraan yang komprehensif. 1.6 KESIMPULAN Tahniah! Anda telah berjaya menamatkan topik pertama. Dengan ini diharapkan anda telah memahami konsep asas bagi individu untuk menjalankan tanggungjawab peribadi terhadap kesihatan dan kesejahteraan dirinya. Topik seterusnya akan dikembangkan dengan lebih lanjut mengenai konsep kesejahteraan dan memberikan anda pandangan yang holistik mengenai lapan dimensi kesejahteraan, iaitu dimensi emosi, persekitaran, kewangan, intelektual, pekerjaan, fizikal, sosial dan spiritual. Dengan ini diharapkan pemahaman yang diperoleh daripada membaca modul ini akan memperkayakan intelektual anda dan pada masa yang sama, memperkasakan anda ke arah kesejahteraan peribadi. Semoga berjaya! Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) TOPIK 1 KONSEP KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN AKTIVITI 1.9 1. Lengkapkan soal selidik sejarah kesihatan peribadi ini: Sejarah Kesihatan Peribadi 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. Mempunyai mana-mana ahli keluarga (ibu, bapa, adik-beradik) yang mengalami penyakit koronari atau aterosklerosis sebelum umur 55? Ya ă 1 Tidak ă 3 Tidak tahu ă 2 Adakah mana-mana ahli keluarga anda mempunyai diabetes? Ya ă 1 Tidak ă 3 Tidak tahu ă 2 Adakah mana-mana ahli keluarga anda mempunyai osteoporosis? Ya ă 1 Tidak ă 3 Tidak tahu ă 2 Adakah mana-mana ahli keluarga anda mempunyai kanser? Ya ă 1 Tidak ă 3 Tidak tahu ă 2 Adakah mana-mana ahli keluarga anda mempunyai tekanan darah tinggi? Ya ă 1 Tidak ă 3 Tidak tahu ă 2 Adakah mana-mana ahli keluarga anda mempunyai kolesterol yang tinggi? Ya ă 1 Tidak ă 3 Tidak tahu ă 2 Adakah jumlah kolesterol anda 20mg/dl? Ya ă 1 Tidak ă 3 Tidak tahu ă 2 Adakah tekanan darah anda 140/90mmHg? Ya ă 1 Tidak ă 3 Tidak tahu ă 2 Adakah anda menjalani pemeriksaan kesihatan perubatan setahun sekali? Ya ă 1 Tidak ă 3 Tidak tetap ă 2 Adakah anda obesiti (>20 lb atau 9kg lebih berat daripada purata)? Ya ă 1 Tidak ă 3 Tidak tahu ă 2 Adakah anda merokok? Ya ă 1 Tidak ă 3 Tidak setiap hari ă 2 Adakah anda menilai diri anda sebagai seorang yang tidak aktif secara fizikal? Ya ă 1 Tidak ă 3 Tidak pasti ă 2 Pemarkahan untuk menilai risiko untuk mendapat penyakit kronik: 20 Risiko tinggi 21 ă 29 Risiko sederhana 30 Risiko rendah Sumber: Diadaptasi daripada Donatelle, Snow & Wilcox (1999) Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) 23 24 TOPIK 1 KONSEP KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN 2. Berdasarkan tahap skor anda, sediakan satu pelan tindakan untuk aktiviti gaya hidup sihat bagi diri andai. Bentangkan pelan anda di dalam kelas dan bandingkan pelan anda dengan orang lain untuk mengenal pasti persamaan dan perbezaan dalam pendekatan aktiviti dan keutamaan untuk kesejahteraan. 3. Ada yang mengatakan bahawa dengan meluangkan masa dalam 20 hingga 30 minit untuk bersenam secara tetap dalam seminggu secara prospektif boleh menghalang 20 tahun atau lebih daripada menjadi terlantar di atas katil semasa usia tua. Merujuk kepada kenyataan ini, berikan beberapa contoh daripada pengalaman hidup anda sendiri untuk menyokong atau menafikan kenyataan tersebut. Berdasarkan definisi oleh WHO (2003), kesihatan adalah keadaan yang kesihatan fizikal, kesihatan mental dan kesejahteraan sosial adalah lengkap; bukan hanya tanpa penyakit dan lemah. Kesihatan juga boleh difahami sebagai keadaan kesejahteraan hasil keseimbangan yang baik antara dimensi emosi, persekitaran, kewangan, intelektual, pekerjaan, fizikal, sosial dan spiritual seseorang. Kesejahteraan ialah proses aktif yang seseorang mula menyedari batasan peribadi terhadap kesihatan dan membuat pilihan secara sedar untuk mendapat lebih kebebasan daripada kekangan kepada kepuasan seseorang untuk menikmati kebahagiaan dan kejayaannya. Beberapa ciri gaya hidup yang sihat bagi individu termasuklah makan diet yang seimbang dan berkhasiat, mengekalkan berat badan yang baik, kerap bersenam, dapat mengawal tekanan, rehat dan tidur yang mencukupi, mengekalkan keseimbangan yang baik antara kerja dan aktiviti sosial, dapat mengurus emosi yang berlebihan, menjadi penyokong aktif untuk bagi persekitaran yang sihat dan lain-lain. Tanggungjawab peribadi untuk mencapai dan mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan pada individu termasuklah tanggungjawab peribadi untuk tindakan memulihkan kesihatan, mengambil berat terhadap kesihatan dan kebajikan orang lain dan merujuk kepada bukti untuk membuat keputusan mengenai kesihatan. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) TOPIK 1 KONSEP KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN 25 Kualiti kesihatan dan kesejahteraan individu dipengaruhi oleh faktor penggalak, faktor pengukuhan dan halangan untuk kesejahteraan. Beberapa faedah daripada gaya hidup kesihatan dan kesejahteraan yang menyeluruh termasuklah peningkatan kecekapan kardiovaskular atau jantung dan saluran darah, meningkatkan tonus, kekuatan, fleksibiliti dan ketahanan otot, mengurangkan kadar kematian dan morbiditi penyakit dan lain-lain. Berat badan ideal Kekuatan, fleksibiliti dan ketahanan Diet yang seimbang dan berkhasiat Kematian dan morbiditi Faktor penggalak Kesedaran Faktor pengukuh Kesejahteraan Gaya hidup yang sihat Kesihatan Halangan kepada kesejahteraan Membuat keputusan yang betul Harga diri Pengurusan tekanan dan pandangan Hubungan interpersonal Pilihan peribadi secara sedar Imej badan Senaman yang kerap Kawalan kendiri Tanggungjawab peribadi Kecekapan kendiri Tonus otot Kecekapan kardiovaskular atau jantung dan saluran darah Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) 26 TOPIK 1 KONSEP KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN Donatelle, R., Snow, C., & Wilcox, A. (1999). Wellness: Choices for health and fitness (Ed. ke-2). Belmont, CA: Wadsworth. Dunn, L. (1977). What high level wellness means. Health Values, 1(1), 9. Edlin, G., & Golanty, E. (2010). Health and wellness (Ed. ke-10). Sudbury, MA: Jones & Bartlett. World Health Organization (WHO). (2003). WHO definition of health. Dicapai dari http://www.who.int/about/definition/en/print.html Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) Topik 2 Dimensi Kesihatan dan Kesejahteraan I HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mengenal pasti lapan dimensi kesihatan dan kesejahteraan; 2. Merancang aktiviti fizikal yang boleh menyumbang kepada kesejahteraan fizikal; 3. Memilih strategi untuk mencapai keseimbangan kesejahteraan emosi; 4. Menggunakan sokongan kesejahteraan; dan 5. Menilai kepentingan dimensi intelektual dalam kesejahteraan. spiritual untuk meningkatkan PENGENALAN Mari kita mulakan topik ini dengan membaca petikan berikut daripada Benjamin Disraeli (rujuk Rajah 2.1). Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) 28 TOPIK 2 DIMENSI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN I Rajah 2.1: Benjamin Disraeli, bekas perdana menteri Great Britain (dari 1804 hingga 1881) Sumber: www.azquotes.com Apakah yang boleh anda simpulkan daripada petikan ini? Jelas sekali, petikan dalam Rajah 2.1 menyatakan kepentingan kesihatan. Namun adakah anda tahu bahawa ada dimensi lain yang sama penting dengan kesihatan dan kesejahteraan? Dimensi lain ini ialah dimensi fizikal, emosi, spiritual dan intelektual yang merupakan sifat penting untuk kesihatan dan kesejahteraan. Oleh itu, topik ini akan memberi tumpuan kepada empat dimensi ini ă fizikal, emosi, spiritual dan intelektual. Adakah anda bersedia untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang dimensi ini? Mari kita mulakan pembelajaran ini! 2.1 DIMENSI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN Kita mulakan subtopik ini dengan mempelajari lapan dimensi kesejahteraan. Diharapkan pada akhir pembelajaran, anda dapat mengenal pastinya. Adakah anda setuju bahawa kesihatan ialah sesuatu perkara yang lebih penting daripada pilihan individu, keluarga dan perhubungan sosial yang lain? Contohnya, jika pasangan seseorang itu mengidap penyakit yang serius, peluang individu tersebut untuk mendapat penyakit yang serius adalah bertambah sekali ganda (Stroebe et al., 2007). Ini kerana falsafah kesihatan holistik menekankan kepada penyatuan minda, semangat dan tubuh badan. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) TOPIK 2 DIMENSI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN I 29 Oleh itu, simptom keadaan sakit dan sesuatu penyakit mungkin boleh dilihat sebagai ketidakseimbangan bagi keadaan keseluruhan hidup yang bukan hanya merujuk kepada kepincangan pada bahagian tertentu tubuh badan. Sebagai contoh, fikirkan satu masa ketika anda mengalami sakit kepala. Walaupun sakit kepala boleh dikaitkan dengan kecederaan otak atau simptom penyakit lain, puncanya tidak lain, ia lebih kerap disebabkan oleh tekanan emosi. Ini mengakibatkan otot-otot pada leher atau kepala menjadi ketat. Otot yang mengecut ini meningkatkan tekanan darah di kepala, sekali gus menyebabkan sakit kepala. Kebanyakan orang melegakan sakit kepala dengan mengambil ubat analgesik atau mencari ubat alternatif lain seperti mengurut bagi melegakan kesakitan kerana ia boleh mengubah mekanisme fisiologi yang menghasilkan kesakitan. Sebaliknya, seseorang boleh menggunakan pendekatan holistik sebagai langkah pertama untuk menentukan punca tekanan, ketegangan, bimbang, marah atau kekecewaan dan kemudian merancang untuk mengurangkan tekanan emosi yang boleh menyebabkannya jatuh sakit. Kesihatan juga boleh ditakrifkan sebagai refleksi keupayaan anda untuk menggunakan sumber intrinsik dan ekstrinsik yang berkaitan dengan setiap dimensi kesihatan untuk mengambil bahagian sepenuhnya dalam aktiviti yang menyumbang kepada pertumbuhan dan perkembangan anda, dengan matlamat untuk merasai perasaan kesejahteraan semasa anda menilai kemajuan anda melalui kehidupan (Payne, Hahn & Mauer, 2005). Adakah anda sedar bahawa masalah sebenar kesihatan terletak dalam diri kita sendiri? Walaupun kebanyakan orang menyedari gaya hidup mereka yang tidak sihat seperti merokok, tidak aktif, diet yang tinggi lemak atau tekanan yang berlebihan, mereka seolah-olah berpuas hati selagi mereka fikir mereka bebas daripada sebarang simptom penyakit atau keadaan sakit. Oleh itu, mereka tidak akan mengubah gaya hidup mereka sehingga mereka menderita akibat masalah kesihatan yang besar seperti tekanan darah tinggi, diabetes atau masalah jantung. Itulah sebabnya betapa pentingnya kita mengenal pasti gaya hidup semasa kita untuk menentukan kesihatan dan kesejahteraan kita pada masa hadapan. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) 30 TOPIK 2 DIMENSI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN I Terdapat lapan dimensi kesejahteraan, iaitu fizikal, emosi, spiritual, intelektual, sosial, pekerjaan, persekitaran dan kewangan (rujuk Rajah 2.2). Walau bagaimanapun, bagi subtopik ini, kita akan membincangkan empat dimensi pertama dahulu, iaitu fizikal, emosi, spiritual dan intelektual. Rajah 2.2: Lapan dimensi kesejahteraan Penerangan mengenai empat dimensi ini yang kita akan lihat dalam subtopik seterusnya adalah seperti yang berikut: (a) Dimensi Fizikal Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada kesejahteraan fizikal seseorang atau individu termasuklah kecergasan fizikal, senaman yang kerap dan diet yang seimbang. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) TOPIK 2 DIMENSI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN I 31 (b) Kesejahteraan Emosi Kita boleh mengaplikasikan beberapa strategi untuk mencapai matlamat ini dengan cara kekal fleksibel dan berkompromi dalam usaha untuk menyelesaikan masalah. (c) Kesejahteraan Spiritual Adakah anda sedar bahawa dalam usaha menghadapi tekanan, satu lagi dimensi penting ialah aspek spiritual? Ia keupayaan seseorang untuk mengintegrasikan kepercayaan dan nilai dalam tindakan mereka. (d) Dimensi Intelektual Apakah yang boleh kita katakan tentang perkara ini? Dimensi ini ialah keupayaan seseorang untuk menyumbang idea, berfikir secara kritis dan mencari cabaran baharu. Ambil perhatian bahawa apabila kesemua dimensi kesihatan dan kesejahteraan ini disatupadukan dan berfungsi bersama-sama, seseorang itu akan mencapai tahap kesejahteraan yang tinggi atau kesihatan yang optimum. Sekarang, bagaimanakah kita mencapai kesejahteraan yang positif? Untuk mencapai kesejahteraan yang positif, seseorang mesti bebas daripada simptom penyakit seperti kesakitan, menjadi aktif, bersemangat dan mempunyai emosi yang sihat. Di samping itu, persekitaran seseorang (termasuklah pekerjaan, sekolah, keluarga dan masyarakat) dan dimensi kesejahteraan fizikal, emosi, intelektual, pekerjaan, spiritual dan sosial mereka juga perlu selaras antara satu sama lain untuk menghasilkan keharmonian. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, kesemua dimensi ini adalah saling berkaitan; setiapnya kerap memberi kesan kepada yang lain. Contohnya, seseorang yang emosinya rendah sering tidak mempunyai keinginan untuk bersenam, belajar, bersosial dengan rakan atau pergi ke masjid atau gereja dan mungkin lebih mudah terdedah kepada penyakit. Oleh itu, lapan dimensi kesejahteraan ini akan menunjukkan kepada anda bagaimana konsep itu jelas melebihi daripada keadaan tanpa penyakit. SEMAK KENDIRI 2.1 Nyatakan lapan dimensi kesejahteraan. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) 32 2.2 TOPIK 2 DIMENSI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN I DIMENSI FIZIKAL Subtopik ini memperkenalkan beberapa aktiviti fizikal yang boleh menyumbang kepada kesejahteraan fizikal. Diharapkan pada akhir subtopik ini, anda boleh merancang aktiviti fizikal anda sendiri dalam usaha untuk kekal cergas dan sihat. Mari kita pelajari dengan lebih lanjut mengenai dimensi pertama kesejahteraan, iaitu fizikal. Apakah yang dimaksudkan untuk menjadi individu yang sihat sejahtera secara fizikal? Individu yang fizikalnya sihat sejahtera ialah mereka yang aktif, kerap bersenam, makan diet yang seimbang, mengekalkan berat badan yang disyorkan dan meminimumkan pendedahan kepada pencemaran alam sekitar. Di samping itu, orang yang dalam keadaan fizikal yang baik juga mengelakkan dadah berbahaya dan merokok serta mendapatkan rawatan perubatan yang diperlukan dan mengambil bahagian dalam aktiviti yang membantu mencegah penyakit. Sememangnya, kecergasan fizikal yang baik/ideal mempunyai ciri-ciri ketahanan kardiorespiratori yang baik, kekuatan otot mencukupi yang dipertingkatkan, fleksibiliti dan komposisi tubuh badan yang betul. Oleh itu, orang yang fizikalnya cergas akan dapat menjalankan tuntutan biasa dan yang mencabar dalam kehidupan seharian dengan selamat dan berkesan. Bagaimanakah seseorang boleh mencapai keadaan sebegini? Kita akan melihat secara ringkas pada satu faktor besar yang menyumbang kepada kesejahteraan fizikal seseorang, iaitu kecergasan fizikal. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) TOPIK 2 DIMENSI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN I 33 Pada masa kini, kebanyakan orang mengiktiraf bahawa mengambil bahagian dalam program kecergasan akan meningkatkan kualiti hidup mereka. Sebaliknya, kita harus ingat bahawa meningkatkan kecergasan fizikal sematamata tidak cukup untuk mengurangkan risiko penyakit dan memastikan kesihatan yang lebih baik. Marilah kita kaji senario berikut: Jim Fixx (rujuk Rajah 2.3) ialah pengarang terkenal buku laris berjudul The Complete Book of Running. Beliau meninggal dunia pada usia 52 tahun kerana serangan jantung, walaupun beliau berlari antara 60 dan 80 batu seminggu. Rajah 2.3: Jim Fixx (dari 1932 hingga 1984) Sumber: www.allouteffort.com Beliau percaya bahawa kecergasannya yang berada pada tahap tinggi akan mengelakkannya mati akibat serangan jantung. Pada usia 36 tahun, Jim Fixx menghisap dua kotak rokok sehari, tidak mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal yang kerap dan keluarganya mempunyai sejarah penyakit jantung. Bapanya mengalami serangan jantung pertama pada usia 35 tahun dan meninggal dunia ketika beliau berumur 43 tahun. Jim Fixx mula meningkatkan tahap kecergasannya. Beliau mula berjoging dan berhenti merokok. Dalam beberapa peristiwa, beliau enggan untuk membuat ujian elektrokardiogram (ECG ă electrocardiogram) yang kemungkinan akan mendedahkan status kardiovaskular beliau. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) 34 TOPIK 2 DIMENSI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN I Kini, apakah yang boleh anda katakan untuk membuat kesimpulan kepada senario yang telah diberi? Ia menggambarkan bahawa program senaman itu sendiri tidak dapat membuat orang yang berisiko tinggi kebal terhadap penyakit jantung, walaupun ia boleh melambatkan permulaan serangan jantung. Apakah jenis senaman yang boleh anda amalkan untuk mencapai kecergasan fizikal? Mari kita lihat Rajah 2.4 yang memaparkan beberapa contoh. Rajah 2.4: Contoh latihan kecergasan fizikal Sumber: www.fitnesshealtytips.com Oleh itu, boleh dikatakan bahawa kesejahteraan fizikal memerlukan perlaksanaan program positif untuk mengubah tingkah laku bagi meningkatkan kesihatan dan kualiti hidup. 2.2.1 Apakah yang Dimaksudkan dengan Kecergasan Fizikal? Bagaimanakah kita boleh mentakrifkan kecergasan fizikal? „Kecergasan fizikal ditakrifkan sebagai keupayaan untuk memenuhi tuntutan permintaan biasa dan yang luar biasa dalam kehidupan seharian dengan selamat dan berkesan tanpa terlalu letih, dan masih mempunyai tenaga untuk aktiviti riadah dan rekreasi‰. (Hoeger & Hoeger, 2003) Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) TOPIK 2 DIMENSI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN I 35 Adakah anda sedar bahawa jika anda memilih untuk melakukan aktiviti fizikal sebagai cara hidup, anda tetap akan melakukan senaman untuk kekal cergas? Selain itu, apabila anda meneruskan aktiviti kecergasan fizikal, anda mungkin akan bertemu dengan orang lain yang sihat dan aktif. Melalui aktiviti ini, anda akan dapat menambahkan kenalan anda. 2.2.2 Membangunkan Program Kecergasan Kardiorespiratori Tahukah anda bahawa bagi semua peringkat umur manusia, penyesuaian kardiorespiratori boleh dicapai melalui pelbagai aktiviti? Ini benar selagi aktiviti yang anda pilih meletakkan tuntutan yang mencukupi pada jantung dan paruparu yang akan meningkatkan kecergasan fizikal. Aktiviti keluarga yang biasa seperti berenang, berlari, berbasikal, senaman aerobik, berjalan pantas, permainan kasut roda serta beberapa latihan berat badan akan menghasilkan kecergasan kardiorespiratori. Tanpa mengira usia atau had fizikal, anda boleh memilih pelbagai aktiviti yang menyeronokkan untuk meningkatkan sistem kardiorespiratori anda. Mari kita lihat syor oleh American College of Sport Medicine (ACSM) untuk mencapai kecergasan kardiorespiratori. Syor ACSM (2000) yang terkini adalah untuk memasukkan empat bidang utama (rujuk Rajah 2.5). Rajah 2.5: Empat bidang untuk mencapai kecergasan kardiorespiratori seperti yang disyorkan oleh American College of Sport Medicine Keempat-empat bidang ini dihuraikan dengan lebih lanjut seperti yang berikut: (a) Mod Aktiviti ACSM mencadangkan mod aktiviti bagi aktiviti fizikal yang berterusan menggunakan kumpulan otot yang besar, dan berirama dan aerobik secara semula jadi. Bolehkah anda namakan beberapa aktiviti ini? Antara aktiviti tersebut ialah berenang secara berterusan, berbasikal, aerobik, bola keranjang, berjalan dan berlari. Ambil perhatian bahawa tidak kira manaHak Cipta © Open University Malaysia (OUM) 36 TOPIK 2 DIMENSI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN I mana aktiviti berterusan yang anda pilih, ia perlulah menyeronokkan. Anda juga harus mempelbagaikan aktiviti anda untuk mengelakkan kebosanan. (b) Kekerapan Latihan Apakah yang dimaksudkan dengan kekerapan latihan? Kekerapan latihan merujuk kepada bilangan jumlah kali dalam seminggu seseorang perlu melakukan senaman. Jadi berapa kalikah yang dianggap sesuai? Adakah ia beberapa jam setiap hari atau setiap minggu? ACSM mengesyorkan bersenam tiga hingga empat kali seminggu. (c) Keamatan Latihan Berapa banyakkah usaha anda perlu letakkan dalam sesuatu aktiviti? Mana satukah anda lebih gemari ă berlari laju, berjoging perlahan atau berenang pada kadar yang selesa? Perlukah seseorang berpeluh dengan banyak untuk menjadi cergas? Keamatan ialah bilangan sesi senaman/latihan dalam seminggu; untuk kecergasan aerobik antara 50% dan 85% daripada julat kadar jantung anda adalah disyorkan. Tahap keamatan ini dipanggil sasaran kadar jantung (THR ă target heart rate). ACSM juga mengesyorkan orang dewasa yang sihat bersenam pada tahap intensiti antara 65% dan 90% daripada kadar jantung maksimum. Anda harus sedar bahawa perlu ada perbezaan besar antara anggaran kadar jantung maksimum dan kadar jantung maksimum sebenar anda. Contohnya, orang yang lebih muda seperti seseorang yang berusia 20 tahun dengan kadar jantung berehat 60 denyutan/minit, perlu mengambil bahagian dalam aktiviti berterusan bagi tempoh berpanjangan ketika bersenam pada THR 158 denyutan/minit. Bagi orang yang lebih tua seperti seseorang yang berusia 40 tahun dengan kadar jantung berehat 80 denyutan/min, perlu berfungsi pada THR 150 denyutan seminit untuk mencapai kesan latihan yang positif. (d) Tempoh Latihan ACSM mengesyorkan tempoh latihan haruslah antara 20 dan 60 minit bagi aktiviti yang berterusan. Mereka yang memilih aktiviti dengan keamatan rendah dengan julat antara 50% dan 60% daripada julat kadar jantung perlu mengekalkan aktiviti untuk tempoh yang lebih lama. Oleh itu, berjoging yang cepat dan berjalan kaki yang sederhana kelajuannya akan memerlukan jumlah masa yang berbeza untuk mencapai keberkesanan latihan. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) TOPIK 2 DIMENSI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN I 37 Kesimpulannya, kita boleh katakan seseorang yang mempunyai kesejahteraan fizikal berupaya untuk: (a) Bersenam secara kerap dan memilih diet yang seimbang; (b) Membuat pilihan berdasarkan maklumat mengenai ubat yang digunakan dan rawatan perubatan; dan (c) Mengekalkan gaya hidup yang menggalakkan kesihatan yang positif. AKTIVITI 2.1 Pilih program senaman oleh Leslie Sanson bertajuk Three Miles Fast melalui YouTube di http://goo.gl/24avKi. Lantik seorang pengajar dan mula bersenam untuk 15 minit pertama. Kemudian bincangkan kesan senaman ini dalam kumpulan. SEMAK KENDIRI 2.2 1. Kecergasan terdiri daripada empat komponen ă ketahanan kardiorespiratori, kecergasan otot, fleksibiliti dan komposisi tubuh badan. Bincangkan dengan mendalam daya ketahanan komponen kardiorespiratori dalam kesihatan fizikal. 2. Bincangkan manfaat kesihatan yang boleh dicapai melalui senaman secara sederhana dan kerap. 3. Tulis objektif untuk meningkatkan kecergasan dan kesejahteraan anda dan bentuk satu program kesejahteraan untuk masa depan. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) 38 2.3 TOPIK 2 DIMENSI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN I DIMENSI EMOSI Sekarang mari kita lihat satu lagi dimensi kesejahteraan, iaitu emosi. Dengan ini diharapkan setelah mempelajari dimensi ini, anda akan dapat memilih strategi yang sesuai untuk mencapai kesejahteraan emosi yang seimbang. Dimensi emosi kesihatan merangkumi keupayaan untuk menghadapi tekanan seperti kekal fleksibel dan berkompromi untuk menyelesaikan masalah. Sila ambil perhatian bahawa keupayaan kita untuk menghadapi tekanan akan berubah apabila kita semakin tua dan kita perlu mempelajari kemahiran baharu untuk mengurus emosi kita. Contohnya, orang muda yang dalam proses pertumbuhan dan perkembangan akan mengalami kelemahan emosi yang boleh membawa kepada perasaan penolakan dan kegagalan. Ini boleh menjejaskan produktiviti dan kepuasan diri (rujuk Rajah 2.6). Rajah 2.6: Ilustrasi kelemahan emosi Sumber: http://media.cagle.com Sebaliknya, dimensi kesejahteraan emosi melibatkan membentuk kesedaran dan menerima perasaan orang lain. Contohnya, orang yang emosinya baik dapat meluahkan dan mengawal perasaan mereka dengan berkesan, mengekalkan hubungan rapat, menangani konflik dan kekal teguh walaupun dalam keadaan tertekan. Ini sebahagian daripada proses berterusan untuk perubahan dan pertumbuhan belia. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) TOPIK 2 2.3.1 DIMENSI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN I 39 Kestabilan Emosi Bagaimanakah kita mengaitkan kesejahteraan emosi dengan kestabilan emosi? Jawapannya terdapat dalam definisi kesejahteraan emosi. Kesejahteraan emosi ditakrifkan sebagai keupayaan untuk memahami perasaan kita sendiri, menerima hadnya dan mencapai kestabilan emosi. Dengan kata lain, ia adalah keupayaan untuk meluahkan emosi yang sesuai, menerima perubahan dan menghadapi tekanan dengan cara yang sihat serta menikmati kehidupan walaupun berasa hampa dan kecewa. Sekarang, apakah yang boleh kita katakan tentang kestabilan emosi? Apakah maknanya? Kestabilan emosi adalah juga keupayaan untuk melihat kejayaan dan kegagalan dalam cara yang positif. Apabila kejayaan terbukti, orang yang emosinya sihat sejahtera memancarkan kegembiraan yang dijangka. Sebaliknya, apabila kegagalan dilihat akan berlaku, mereka bertindak balas dengan menggunakan sebaik-baik keadaan itu dan maju ke depan melangkaui kegagalan. Akhir sekali dan tidak kurang pentingnya, kesejahteraan emosi juga melibatkan kebahagiaan; ia dilihat sebagai keadaan minda dalam satu tempoh yang panjang yang meresap ke dalam pelbagai aspek kehidupan dan mempengaruhi penampilan kita. Dengan kata lain, ia bermakna kebahagiaan sebenar memberi isyarat yang mengecualikan seseorang daripada ketegangan dan kemurungan yang dihidapi oleh ramai orang. 2.3.2 Konsep Kendiri Sekarang kita akan membincangkan konsep kendiri dan harga diri sebagai sebahagian daripada kesihatan emosi. Pertama berkenaan definisi konsep kendiri. Adakah anda mempunyai apa-apa idea apakah maksudnya? Konsep kendiri adalah bagaimana seseorang menggambarkan dirinya sendiri secara dalaman; cara seseorang melihat diri sendiri. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) 40 TOPIK 2 DIMENSI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN I Konsep kendiri juga adalah perkara berkaitan maklumat yang anda mengetahui fakta mengenai diri sendiri. Bagaimanakah pula dengan harga diri? Harga diri adalah bagaimana perasaan anda tentang karakter dan kebolehan anda sendiri. Contohnya, sama ada anda suka hakikat bahawa anda gemar bercakap (tinggi harga diri) atau anda berfikir bahawa anda menjengkelkan (rendah harga diri). Oleh itu, bagaimanakah kita boleh mencapai keseimbangan kesejahteraan emosi? Beberapa amalan yang boleh membantu untuk meningkatkan kesejahteraan emosi anda adalah seperti yang berikut: (a) Mengenali konflik sebagai berpotensi sihat dan bukan menafikannya; (b) Bertanggungjawab ke atas tindakan anda; (c) Merenung kembali perasaan anda; (d) Menerima perasaan anda dan bukan menafikannya; (e) Menerima perasaan orang lain; (f) Mendapatkan sokongan dan panduan untuk perasaan dan emosi yang tidak terkawal; (g) Membina rangkaian sokongan sosial yang kukuh; (h) Mengamalkan tingkah laku kewangan yang positif untuk meningkatkan rasa selamat dan kestabilan emosi; dan (i) Menjadi seorang yang terbuka terhadap perkembangan peribadi dan profesional yang berterusan. Kita boleh rumuskan bahawa seseorang yang mempunyai kesihatan emosi akan: (a) Boleh menerima jenaka; (b) Mengenali perasaan sendiri dan meluahkannya dengan sewajarnya; (c) Berusaha untuk memenuhi keperluan emosi; dan (d) Bertanggungjawab terhadap tingkah laku sendiri. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) TOPIK 2 DIMENSI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN I 41 SEMAK KENDIRI 2.3 Berikan perbezaan antara konsep kendiri dengan harga diri. AKTIVITI 2.2 1. Perkembangan emosi memerlukan dua perkara, iaitu mengetahui tentang diri anda sendiri dan belajar daripada pengalaman baharu. Pertimbangkan senario berikut: Azman pelajar berusia 30 tahun. Beliau merasakan beliau ditarik ke dalam pelbagai arah yang berbeza. Kadangkala beliau berasa kehilangan dirinya sendiri atau tertanya-tanya jika beliau pernah mempunyai harga diri. Apakah yang beliau boleh lakukan untuk membantu emosi dirinya berkembang? Pilih aktiviti yang anda fikir boleh digunakan untuk memupuk perkembangan emosi Azman. Bincangkan rancangan anda dalam satu kumpulan. 2. 2.4 Bincangkan strategi-strategi yang boleh dilaksanakan untuk meningkatkan motivasi diri seseorang. DIMENSI SPIRITUAL Subtopik ini meliputi dimensi spiritual. Dengan ini diharapkan anda akan dapat menggunakan sokongan spiritual untuk meningkatkan kesejahteraan anda. Dimensi kesejahteraan spiritual merupakan satu lagi usaha selepas kesejahteraan emosi. Dimensi kesejahteraan spiritual melibatkan penerokaan makna dan tujuan dalam kewujudan manusia. Bagaimanakah kita mengenali orang yang mempunyai sifat spiritual? Kita boleh mengenali mereka dengan ciri-ciri asas mereka termasuklah perasaan terhadap kehidupan yang bermakna dan ada hala tuju, dan hubungan mereka kepada Penciptanya. Ciri-ciri ini kemudiannya membawa kepada kebebasan peribadi, doa, iman, kasih, mendekatkan diri kepada orang lain, keamanan dan mengutamakan kebajikan. Oleh itu, orang yang mempunyai dimensi kesejahteraan spiritual memiliki keupayaan untuk mengintegrasikan kepercayaan dan nilai mereka ke dalam tindakan seharian mereka. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) 42 TOPIK 2 DIMENSI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN I Sila ambil perhatian bahawa dimensi kesejahteraan spiritual berkait rapat dengan kepercayaan dan aktiviti keagamaan. Menghadiri aktiviti keagamaan atau meditasi akan bukan sahaja menghasilkan kesihatan yang lebih baik dengan mengurangkan kejadian penyakit kronik tetapi juga membantu kita menangani tekanan dengan lebih berkesan (lihat Rajah 2.7). Rajah 2.7: Animasi peringkat meditasi Sumber: www.meditationcartoons.com Malah, aktiviti keagamaan atau meditasi juga boleh memberi kesan yang positif ke atas gaya hidup sosial kita kerana ia boleh membantu kita mengatasi krisis dan memberikan kita teknik menghadapi krisis dengan lebih baik untuk menangani trauma masa depan. Selain itu, dalam dimensi spiritual, doa adalah teras kebanyakan pengalaman spiritual sebagai kaedah berkomunikasi dengan Pencipta kita. Walau bagaimanapun, bagi hasil yang berkesan, kita perlu menerima keberkesanan doa dan berdoa dengan ikhlas, rendah hati dan kasih sayang. Istilah utama lain di bawah subjek dimensi spiritual ialah altruisme. Apakah maknanya? Altruisme bermakna benar-benar mengambil berat terhadap kebajikan orang lain yang boleh meningkatkan kesihatan dan umur panjang seseorang. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) TOPIK 2 DIMENSI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN I 43 Adakah anda tahu bahawa altruisme ialah sifat yang sangat berkuasa? Ia begitu kuat sehinggakan walaupun menonton filem berunsur altruistik, ia akan meningkatkan pembentukan sistem imun yang membantu melawan penyakit. Apakah yang boleh kita amalkan untuk meningkatkan kesejahteraan spiritual kita? Ada beberapa amalan yang boleh diguna pakai untuk meningkatkan kesejahteraan spiritual anda, iaitu: (a) Mempunyai set kepercayaan yang boleh membimbing; (b) Menghormati kepercayaan dan nilai orang lain; (c) Hidup dengan cara yang konsisten dengan prinsip anda; (d) Meluangkan masa untuk berdoa dan meditasi; (e) Menyedari makna yang lebih mendalam terhadap peristiwa harian; dan (f) Meluangkan masa dengan alam semula jadi. Rumusannya, seseorang dengan kesejahteraan spiritual berupaya untuk: (a) Mengkaji nilai peribadi dan kepercayaan mereka sendiri; (b) Mencari sesuatu yang bermakna yang membantu menerangkan tujuan hidup; (c) Mempunyai tafsiran yang jelas tentang benar dan yang salah; dan (d) Mengakui kuasa semula jadi dalam alam semesta. AKTIVITI 2.3 1. Bentuk satu kumpulan dan duduk dalam bulatan. Sediakan latihan meditasi dengan memainkan muzik latar bunyi alam semula jadi selama 10 hingga 15 minit. Bincangkan pengalaman anda dengan ahli kumpulan. Kenal pasti tahap ketegangan dan tekanan anda. Akhir sekali, syorkan satu program pengurusan tekanan bagi kumpulan ini. 2. Apakah peranan agama atau spiritual dalam kesihatan kita? Setakat manakah spiritual perlu menjadi sebahagian daripada pertemuan klinikal antara pesakit dan tempat penjagaan kesihatan? Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) 44 2.5 TOPIK 2 DIMENSI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN I DIMENSI INTELEKTUAL Akhir sekali, kita telah sampai ke subtopik terakhir yang menumpukan kepada dimensi intelektual. Maka diharapkan dengan mempelajari dimensi ini, anda akan dapat menilai kepentingan dimensi intelektual dalam kesejahteraan anda. Apakah yang dimaksudkan dengan dimensi intelektual? Dimensi intelektual adalah keupayaan untuk memproses dan bertindak ke atas maklumat, menjelaskan nilai, kepercayaan dan membuat keputusan. Sebaliknya, kesejahteraan intelek merujuk kepada penyertaan aktif dalam pelajaran akademik, budaya dan aktiviti kemasyarakatan. Selain itu, pendekatan lain seperti menghargai dan memupuk kreativiti, rasa ingin tahu dan pembelajaran sepanjang hayat adalah juga sebahagian daripada kesejahteraan intelektual. Maka, individu yang mempunyai intelektual yang sihat bersikap terbuka kepada idea baharu, boleh berfikir secara kritis, mencari cabaran baharu dan lebih cenderung untuk mengekalkan kognisi yang baik walaupun mereka semakin tua. Dengan kata lain, apabila anda mempunyai dimensi intelek yang positif, anda tidak takut dengan fakta dan angka yang anda tidak biasa tetapi anda mengambil peluang untuk belajar sesuatu yang baharu. Anda mempunyai motivasi diri untuk meningkatkan kehidupan anda dari segi melanjutkan pelajaran atau perkembangan profesional dan pada masa yang sama berpegang pada idea dan falsafah anda sendiri. Tambahan pula, anda akan mendapat keyakinan diri yang menjamin bahawa anda boleh mengambil tempat anda dalam kalangan yang lain tanpa perlu melepaskan sebahagian daripada diri sendiri dan tanpa memerlukan orang lain untuk melakukan perkara yang sama. Mari kita lihat Rajah 2.8 yang menunjukkan anda contoh petikan motivasi kendiri. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) TOPIK 2 DIMENSI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN I 45 Rajah 2.8: Contoh petikan motivasi diri Sumber: https://s-media-cache-ak0.pinimg.com Apakah yang boleh kita lakukan untuk meningkatkan kesejahteraan intelektual kita? Yang berikut ialah beberapa amalan yang akan meningkatkan kesejahteraan intelektual anda: (a) Belajar untuk mempercayai keupayaan anda untuk membuat keputusan yang baik; (b) Mengiktiraf dan menghargai pembelajaran sebagai proses pembelajaran sepanjang hayat; (c) Mengembangkan kreativiti dan sumber penting; (d) Menilai dengan teliti apabila menerima maklumat daripada TV, Internet dan akhbar; dan (e) Menganalisis situasi secara kritikal dan menyelesaikan masalah. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) 46 TOPIK 2 DIMENSI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN I Rumusannya, orang yang mempunyai kesejahteraan intelektual dapat: (a) Berkomunikasi dengan berkesan secara lisan dan bertulis; (b) Melihat di sebalik sesuatu dengan makna yang lebih luas; (c) Mengikuti perkembangan isu semasa; dan (d) Mempamerkan kemahiran pengurusan masa yang baik. AKTIVITI 2.4 Renungkan pengalaman hidup anda ketika anda sakit teruk. (a) Huraikan bagaimana perasaan anda penyakit tersebut. tentang ciri dan tempoh (b) Bincangkan semua faktor yang anda fikir mungkin telah menyebabkan anda sakit. (c) Ringkaskan semua faktor yang menyebabkan anda semakin sihat. (d) Apakah yang anda fikir adalah faktor paling penting yang menyebabkan anda sakit? (e) Apakah yang anda fikir adalah faktor paling penting dalam proses penyembuhan anda? (f) Tulis jurnal reflektif anda berdasarkan kenyataan di atas. Sila ambil perhatian bahawa anda perlu memasukkan faktor seperti tekanan, masalah emosi dan pemakanan yang tidak baik. Anda juga boleh memasukkan faktor penjagaan perubatan, doa, ubat-ubatan alternatif dan faktor lain. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) TOPIK 2 DIMENSI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN I 47 Terdapat lapan dimensi untuk kesihatan, iaitu fizikal, emosi, spiritual, intelektual, sosial, pekerjaan, persekitaran dan kewangan. Dalam topik ini, kita telah membincangkan empat dimensi pertama ă fizikal, emosi, spiritual dan intelektual. Aktiviti fizikal yang menyebabkan kesejahteraan fizikal adalah kerap bersenam, mengambil diet yang seimbang, mengekalkan berat badan ideal dan meminimumkan pendedahan kepada bahan cemar alam sekitar. Beberapa strategi untuk mencapai keseimbangan kesejahteraan emosi adalah seperti yang berikut: Mengenali konflik sebagai potensi untuk sihat dan bukan menafikannya; Bertanggungjawab terhadap tindakan anda; Merenung kembali perasaan anda; Menerima perasaan anda dan bukannya menafikannya; dan Menerima perasaan orang lain. Sokongan spiritual untuk meningkatkan kesejahteraan ialah: Memiliki set kepercayaan yang boleh membimbing; Menghormati kepercayaan dan nilai orang lain; Hidup dengan cara yang konsisten dengan prinsip anda; Meluangkan masa untuk berdoa atau meditasi; Menyedari makna yang lebih mendalam terhadap peristiwa harian; dan Meluangkan masa dengan alam semula jadi. Dimensi kesejahteraan intelektual adalah keupayaan untuk memproses dan bertindak ke atas maklumat, menjelaskan nilai, kepercayaan dan membuat keputusan. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) 48 TOPIK 2 DIMENSI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN I Kepentingan dimensi kesejahteraan intelektual ialah dimensi kesejahteraan intelektual yang positif yang membuatkan anda lebih terbuka kepada idea baharu, boleh berfikir secara kritis, mendapatkan cabaran baru dan lebih cenderung untuk mengekalkan kognisi yang baik walaupun anda semakin tua. Altruisme Kesejahteraan fizikal Doa Kesejahteraan intelektual Kesejahteraan emosi Kesejahteraan spiritual American College of Sports Medicine (ACSM). (2000). Guidelines for exercise testing and prescription. Baltimore, MD: Williams & Wilkins. Edlin, G., & Golanty, E. (2010). Health and wellness (Ed. ke-10). Sudbury, MA: Jones & Bartlett. Hoeger, W. K., & Hoeger, S. S. (2003). Lifetime physical fitness and wellness: A personalized program (Ed. ke-7). Belmont, CA: Thomson Wadsworth. Payne, W. A., Hahn, D. B., & Mauer, E. B. (2005). Understanding your health (Ed. ke-8). New York, NY: McGraw-Hill. Stroebe, M., Schut H., & Stroebe, W. (2007). Health outcomes of bereavement. The Lancet, 370(9603), 1960ă1973. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) Topik 3 Dimensi Kesihatan dan Kesejahteraan II HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mengaplikasikan strategi untuk meningkatkan kesejahteraan sosial; 2. Menilai faktor yang menyumbang kepada kesejahteraan pekerjaan; 3. Merancang strategi untuk menggalakkan kesedaran alam sekitar; dan 4. Mentafsirkan kesejahteraan kewangan. PENGENALAN Masihkah anda mengingati lapan dimensi kesejahteraan? Bolehkah anda menyenaraikannya? Jawapannya ialah intelektual, kerohanian, pekerjaan, persekitaran, kewangan, emosi, sosial dan fizikal. Dalam topik sebelum ini, anda telah mempelajari empat dimensi pertama kesejahteraan, iaitu dimensi fizikal, emosi, kerohanian dan intelektual. Oleh itu, topik ini akan diteruskan dengan dimensi yang lain ă sosial, pekerjaan, persekitaran dan kewangan. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) 50 TOPIK 3 DIMENSI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN II Sebelum kita teruskan, mari kita renungkan sebentar. Adakah anda bekerja dan melanjutkan pelajaran anda pada masa yang sama? Bagaimanakah anda menguruskan antara kedua-duanya? Adakah anda menyedari bahawa dimensi kesejahteraan pekerjaan adalah penting bagi anda? Dimensi kesejahteraan pekerjaan adalah penting untuk orang dewasa yang bekerja. Ini kerana mereka perlu untuk mengimbangi antara pelajaran dan pekerjaan, keibubapaan dan tanggungjawab lain. Jadi bagaimanakah anda mengimbangi kehidupan anda dengan pelajaran anda, keluarga dan komitmen pekerjaan? Bagaimanakah pula kemahiran interaksi sosial anda? Adakah anda mampu untuk mengambil bahagian dalam perbincangan kumpulan? Sebagai pelajar jarak jauh, anda diharapkan untuk berkongsi idea, pengalaman dan pengetahuan dengan rakan kursus anda melalui interaksi di dalam bilik darjah atau perbincangan dalam talian. Oleh itu, kemahiran pekerjaan dan sosial ialah dua dimensi penting untuk dibincangkan dalam topik ini bersama-sama dengan kesedaran alam sekitar dan aspek kewangan. Ingatlah bahawa semua lapan dimensi ini adalah saling berkaitan dan mempengaruhi antara satu sama lain. Adakah anda bersedia untuk mempelajarinya dengan lebih lanjut? Marilah kita teruskan pelajaran ini! 3.1 DIMENSI SOSIAL Marilah kita mulakan perbincangan ini dengan melihat dimensi sosial. Diharapkan dengan mempelajari subtopik ini, anda akan dapat mengaplikasikan strategi untuk meningkatkan kesejahteraan sosial anda. Apakah yang kita boleh katakan tentang dimensi sosial? Dimensi sosial dihuraikan sebagai perhubungan yang anda ada dan bagaimanakah anda berinteraksi dengan orang lain. Dengan kata lain, dimensi ini melibatkan pembentukan perhubungan sihat, memupuk dan menyokong orang lain untuk memelihara hubungan ikhlas antara anda dan rakan atau orang lain di sekeliling anda. Oleh itu, subtopik ini akan meneroka kepentingan dimensi sosial terhadap kesihatan dan kesejahteraan terutamanya kepada golongan belia. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) TOPIK 3 DIMENSI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN II 51 Dimensi sosial menggalakkan kita untuk melibatkan atau menyumbang kepada alam sekitar dan masyarakat. Oleh itu, ia adalah lebih kepada saling bergantung antara anda dan alam semula jadi; anda akan merasakan bahawa anda lebih menyedari kepentingan anda dalam masyarakat dan kesan yang anda ada dalam pelbagai persekitaran. Pada masa yang sama, anda perlu melibatkan diri atau mengambil bahagian yang aktif dalam meningkatkan dunia kita dengan menggalakkan kehidupan yang lebih sihat atau gaya hidup sihat dan memulakan komunikasi yang lebih baik dengan orang lain di sekeliling anda. Jadi bagaimanakah anda mencapai perkara tersebut? Baiklah, untuk mencapai kesejahteraan sosial, anda perlu aktif mencari jalan bagi mengekalkan kecantikan dan keseimbangan alam semula jadi. Sambil kita teruskan pelajaran ini, anda mungkin menemui kuasa untuk membuat pilihan bijak bagi meningkatkan hubungan peribadi, kepentingan persahabatan dan akhirnya membina kehidupan tempat tinggal dan komuniti yang lebih baik. Bagaimanakah kita boleh mengembangkan kemahiran sosial peribadi kita? Adakah ia diwarisi daripada ibu bapa kita atau dibentuk melalui pengalaman hidup? Kemahiran sosial yang bersesuaian dikembangkan dan dipupuk sepanjang usia dewasa seseorang. Semasa proses menjadi belia, kita membina banyak interaksi dan membentuk perhubungan dengan rakan, rakan sekerja serta ibu bapa. Ini mungkin membolehkan seseorang untuk mengembangkan kemahiran sosial yang berkesan pada tahap yang lebih jauh daripada apa yang mereka telah capai sebelumnya. Oleh itu, bagi golongan belia mencapai kemahiran kesihatan sosial, mereka perlu memperbaiki pelbagai kemahiran sosial termasuklah kemahiran komunikasi yang berkesan, kemahiran mendengar dan kemahiran pengurusan konflik. Dengan kata lain, ia lingkaran penyesuaian sosial yang kita lalui secara semula jadi tanpa disedari ketika meningkat usia. Lingkaran itu bermula dengan interaksi keluarga, pengalaman di sekolah dan interaksi rakan sebaya yang memupuk perkembangan kemahiran sosial dalam kalangan belia (lihat Rajah 3.1). Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) 52 TOPIK 3 DIMENSI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN II Rajah 3.1: Lingkaran penyesuaian sosial yang memupuk perkembangan kemahiran sosial dalam kalangan belia Pada peringkat seterusnya, kita akan membina kemahiran sosial baharu dengan rakan kita apabila kita memasuki kolej. Interaksi di institusi yang lebih tinggi akan meningkatkan dimensi sosial kesihatan dalam kalangan pelajar, pensyarah dan lain-lain. Oleh itu, dimensi sosial memerlukan kita menghargai hidup dalam harmoni dengan rakan kursus dan rakan serumah, mencari perhubungan yang positif, saling bergantung pada orang lain dan membina kemahiran komunikasi yang baik. Kemudian, ini akan berkembang menjadi kesejahteraan sosial. Apakah yang dimaksudkan dengan kesejahteraan sosial? Pada asasnya, kesejahteraan sosial merujuk kepada keupayaan untuk berkomunikasi dan berhubung dengan orang lain dengan imej diri yang positif. Imej diri yang positif ini bermakna anda berkeyakinan, peramah, mesra dan penyayang terhadap orang lain. Di samping itu, keseimbangan anda sendiri dan memahami diri membolehkan anda untuk menghulurkan rasa hormat dan toleransi kepada orang lain. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) TOPIK 3 DIMENSI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN II 53 Sebaliknya, kesejahteraan sosial tidak hanya mengambil berat tentang diri seseorang tetapi juga kepentingan dalam kemanusiaan dan alam sekitar secara keseluruhannya. Orang yang menyesuaikan diri secara sosial akan secara sedar meningkatkan perhubungan peribadi mereka, memupuk kepentingan persahabatan untuk membina masyarakat yang penyayang. Dengan kata lain, penyesuaian pada kesejahteraan sosial akan meningkatkan kesejahteraan fizikal dan emosi anda. Hari ini, kita telah mempunyai satu istilah lain dinamakan „media sosial‰. Apakah yang diwakili oleh media sosial? Mari kita lihat Rajah 3.2 untuk mengetahui jawapannya. Rajah 3.2: Media sosial ialah mod komunikasi moden Sumber: http://wronghands1.wordpress.com Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) 54 TOPIK 3 DIMENSI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN II Bagaimanakah kita boleh meningkatkan kesejahteraan sosial kita? Yang berikut ialah beberapa cadangan amalan yang boleh meningkatkan kesejahteraan sosial kita: (a) Mewujudkan hubungan yang baik dengan orang lain dengan membina rangkaian sokongan sosial yang kuat; (b) Mengamalkan kemahiran komunikasi yang berkesan dengan orang lain; (c) Melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti dengan orang ramai daripada pelbagai penempatan; (d) Menyelesaikan konflik interpersonal dalam persekitaran yang sihat dan cara yang penuh hormat; (e) Berinteraksi dengan orang dari budaya, latar belakang dan kepercayaan yang lain; dan (f) Menghargai prinsip pengurusan masa. Kesimpulannya, kesejahteraan sosial ialah keupayaan seseorang untuk membentuk perhubungan dengan rakan dan orang lain. Individu seperti ini akan mempunyai kemahiran komunikasi yang berkesan, menyumbang kepada kebajikan bersama masyarakat, dan hidup dalam harmoni dan persekitaran yang sihat. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) TOPIK 3 DIMENSI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN II AKTIVITI 3.1 1. Menggunakan Penilaian Kesejahteraan Sosial Hettler (1976), jawab semua soalan berikut dan kongsi skor anda dengan rakanrakan sekuliah anda. Penilaian Kesejahteraan Sosial Dimensi kesejahteraan sosial melibatkan pembinaan, penyuburan dan penggalakan perhubungan yang memuaskan. Baca setiap pernyataan berikut dengan teliti dan beri respons secara jujur menggunakan skor berikut: Hampir selalu = 2 mata Kadang-kadang/ jarang-jarang = 1 mata Sangat jarang = 0 mata Penyataan Skor Saya menyumbang masa dan/atau wang untuk projek komuniti sosial. Saya komited kesukarelawanan. seumur hidup kepada aktiviti Saya mempamerkan keadilan dan kesaksamaan dalam berurusan dengan orang ramai. Saya mempunyai jaringan rakan-rakan rapat dan/atau keluarga. Saya berminat terhadap orang lain, termasuk daripada latar belakang yang berbeza daripada saya. Saya dapat mengimbangkan keperluan saya dengan keperluan orang lain. Saya dapat berkomunikasi dan bergaul dengan pelbagai orang. Saya mematuhi undang-undang dan peraturan masyarakat kita. Saya seorang yang penuh belas kasihan (compassionate) dan cuba untuk membantu orang lain apabila saya boleh. Saya menyokong dan membantu keluarga saya, kejiranan dan perjumpaan sosial di tempat kerja. Jumlah Dimensi Kesejahteraan Sosial Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) 55 56 TOPIK 3 DIMENSI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN II Skor (Mata) Deskripsi 15 hingga 20 Kekuatan yang cemerlang dalam dimensi ini. 9 hingga 14 Terdapat ruang untuk penambahbaikan. Lihat semula pada item yang skor anda ialah 0 atau 1. Apakah perubahan yang boleh anda lakukan untuk meningkatkan skor anda? 0 hingga 8 Dimensi ini memerlukan banyak lagi usaha. Lihat semula pada dimensi ini dan cabar diri anda untuk mula membuat langkah kecil ke arah perkembangan di sini. Ingatlah bahawa matlamatnya ialah kesejahteraan yang seimbang. 2. Bincangkan kepentingan media sosial kesejahteraan sosial dalam kalangan belia. dalam meningkatkan 3. Bincangkan kebaikan dan keburukan menggalakkan kesejahteraan sosial. media sosial dalam SEMAK KENDIRI 3.1 Kenal pasti enam faktor yang menyumbang kepada kesejahteraan sosial. 3.2 DIMENSI PEKERJAAN Sekarang mari kita beralih kepada dimensi keenam kesejahteraan, iaitu pekerjaan. Diharapkan dengan mempelajari dimensi ini, anda akan dapat menilai faktor yang menyumbang kepada kesejahteraan pekerjaan. Cuba renungkan soalan berikut mengenai diri anda: Adakah anda gembira dengan pekerjaan anda sekarang? Adakah anda rasa tertekan di tempat kerja? Apakah faktor yang menyumbang kepada tekanan anda di tempat kerja? Soalan ini berkaitan dengan dimensi pekerjaan. Marilah kita membincangkannya dengan lebih lanjut, bermula dengan definisinya. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) TOPIK 3 DIMENSI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN II 57 Kesejahteraan pekerjaan dihuraikan sebagai tuntutan rutin yang digabungkan dengan cabaran baharu dan tidak menentu yang menjadikan sesuatu pekerjaan itu menyeronokkan, bermakna dan memberikan ganjaran. Ia turut melibatkan pencarian kepuasan peribadi dan pengayaan dalam kehidupan seseorang melalui pekerjaan. Jika anda mampu mencapai kesejahteraan pekerjaan, anda akan menemui kepuasan hasrat peribadi dan memberi sumbangan kepada kesejahteraan institusi atau masyarakat amnya. Dengan kata lain, kesejahteraan pekerjaan adalah pekerjaan yang menyediakan kepuasan peribadi dan pengayaan dalam kehidupan seseorang. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO ă World Health Organization) (1994) menyatakan bahawa sehingga 58% daripada penduduk dunia menghabiskan satu pertiga daripada kehidupan dewasa mereka di tempat kerja. Kita menyumbang secara aktif kepada pembangunan dan kesejahteraan diri, keluarga kita dan masyarakat. Statistik ini bermakna kesejahteraan pekerjaan membentuk bahagian penting dalam keseluruhan perasaan kesejahteraan diri kita. Cuba untuk mencapai keseimbangan antara kerja dan aktiviti tidak berkaitan dengan kerja ialah kunci kepada kesejahteraan pekerjaan. Menguruskan tekanan di tempat kerja dan membina perhubungan yang berfungsi dengan rakan sekerja turut akan menyumbang kepada perasaan kesejahteraan pekerjaan anda. Kesejahteraan pekerjaan juga dilihat sebagai seseorang yang melakukan sesuatu sepertimana yang beliau mahu lakukan dalam kehidupan dan berasa selesa menjalankannya. Ini berkaitan dengan perkembangan peribadi dan profesional, kedudukan kewangan dan rancangan masa depan individu tersebut. Oleh itu, bagi ramai orang, persekitaran tempat kerja yang sihat yang menyumbang kepada perasaan kesejahteraan tidak semestinya terikat dengan gaji yang tinggi atau kedudukan yang berprestij. Gaji mungkin menjadi elemen yang paling penting bagi sesetengah orang tetapi kepada orang lain, ia lebih kepada nilai dan kreativiti atau komitmen kerja. Sebaliknya, bagi sesetengah orang, perkara yang paling penting adalah ganjaran dibandingkan pekerjaan kerana orang yang mempunyai kesejahteraan pekerjaan turut akan perlu memenuhi tuntutan di tempat kerja. Walau bagaimanapun, mereka juga boleh bersuara terhadap tuntutan permintaan ke atas mereka. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) 58 TOPIK 3 DIMENSI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN II Marilah kita beralih kepada isu utama dalam kesejahteraan pekerjaan. Apakah isu tersebut? Terdapat enam isu utama yang berkaitan dengan dimensi pekerjaan seperti yang diterangkan dalam Jadual 3.1. Jadual 3.1: Enam Isu Utama dalam Kesejahteraan Pekerjaan Isu Deskripsi Tekanan Keupayaan untuk mengendalikan tekanan yang anda hadapi setiap hari di tempat kerja. Ganjaran Situasi yang anda dapati secara peribadi memberikan manfaat. Kepuasan Persekitaran tempat kerja atau keadaan yang bermakna dan mewujudkan perasaan kepuasan peribadi. Perhubungan Keupayaan untuk mewujudkan dan mengekalkan interaksi dan perhubungan dengan orang lain di tempat kerja. Sumbangan Keupayaan untuk membuat sumbangan kepada kesejahteraan orang lain dan masyarakat yang akan membawa kepada perasaan kepuasan dan bermakna untuk menjadi ahli yang menyumbang kepada masyarakat. Keseimbangan Keupayaan dapat menyelesaikan semua kerja, di samping berseronok dan mengekalkan keseimbangan antara bahagian lain dalam hidup kita dan dimensi lain. Jadi, apakah faktor yang menyumbang kepada kesejahteraan pekerjaan? Bagaimanakah anda menggalakkan budaya kesejahteraan pekerjaan di tempat kerja anda? Bagaimanakah pula pengiktirafan daripada pegawai atasan atau majikan anda? Adakah mereka benar-benar menghargai sumbangan anda? Anda perlu mencari cara untuk melibatkan diri dalam aktiviti kreatif dan merangsang yang membolehkan anda untuk memaksimumkan kemahiran anda atau meluaskan kemahiran sedia ada dan mendapatkan kemahiran yang baharu. Anda juga boleh mengambil peluang untuk kemajuan dan pengiktirafan pencapaian. Tidak lupa untuk menggalakkan kerjasama dan interaksi dalam kalangan rakan sekerja yang memupuk semangat kerja berpasukan yang baik dan sokongan. Di samping itu, kesejahteraan pekerjaan akan membolehkan anda mencari jalan untuk meneroka kreativiti anda, kemahiran menyelesaikan masalah dan cara belajar lebih lanjut mengenai minat atau kepentingan peribadi anda dan dunia di sekeliling anda. Malahan, anda boleh mengikuti peristiwa semasa, mencari idea baharu dan memenuhi rasa ingin tahu intelektual anda yang membolehkan anda untuk terus berkembang. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) TOPIK 3 DIMENSI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN II 59 Walau bagaimanapun, kesejahteraan pekerjaan mungkin mempunyai kesan positif atau negatif ke atas kesihatan pekerja. Dalam keadaan sebenar, pekerjaan menyediakan pendapatan dan hasil kebendaan yang merupakan keperluan untuk hidup dan pada masa yang sama, turut mempunyai impak positif kepada kesejahteraan sosial, psikologi dan fizikal. Selain itu, tahap kesejahteraan pekerjaan yang tinggi akan menyumbang kepada pencapaian kebendaan dan objektif ekonomi yang akan memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan berprestasi tinggi di tempat kerja. Malangnya, sukar untuk memilih dan mendapatkan kerjaya yang secara peribadi dan kewangan adalah bermanfaat dan menyeronokkan. Oleh itu, berikut ialah beberapa cadangan untuk meningkatkan kesejahteraan pekerjaan anda: (a) Anda mungkin perlu untuk mencari apa jenis pekerjaan yang menarik minat anda. Adakah anda melakukan apa yang anda mahu dengan hidup anda? Pilih kerjaya yang selaras dengan nilai peribadi, minat dan kepercayaan. (b) Mempelajari cara untuk mencapai keseimbangan kehidupan kerja yang betul. Anda perlu memahami kerja anda dan gaya pembelajaran supaya anda boleh melaksanakan kedua-duanya secara bersendirian dan dengan orang lain. (c) Menyedari kekuatan dan kelemahan anda dengan meneroka bakat dan minat anda. Anda perlu berbincang dengan pengurus anda atau rakan sekerja apabila masalah timbul. Percayalah bahawa anda mempunyai kualiti pekerja yang baik dan dihargai oleh orang lain. (d) Komitmen untuk menyumbang kemahiran unik anda untuk perkembangan peribadi dan profesional (dengan cara yang bermakna dan bermanfaat). (e) Mengekalkan keseimbangan kerja dan kehidupan yang sihat dan mendapatkan peluang perkembangan profesional. (f) Akhir sekali, jangan lupa untuk mempunyai hobi/minat/aktiviti yang memberikan anda keseronokan yang bukannya aktiviti kerja. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) 60 TOPIK 3 DIMENSI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN II Rumusannya, untuk mencapai kesejahteraan pekerjaan, anda perlu memilih kerjaya yang selaras dengan nilai peribadi, minat dan kepercayaan. Oleh itu, mereka yang mempunyai kesejahteraan pekerjaan yang tinggi akan: (a) Terlibat dalam penerokaan idea baharu; (b) Menggalakkan rangsangan, perkembangan mental dan aktiviti intelektual; dan (c) Membuat perbezaan besar dalam cara mereka berurusan dengan keadaan kerana mereka menonjolkan imej dan tenaga positif yang boleh menjadi kuasa penyembuhan kepada orang di sekeliling mereka. Oleh itu, pilihan profesion, kepuasan kerja, pembangunan kerjaya dan prestasi peribadi ialah komponen yang paling penting dalam kesejahteraan pekerjaan. SEMAK KENDIRI 3.2 1. Berikan definisi kesejahteraan pekerjaan. 2. Nyatakan komponen yang paling penting dalam kesejahteraan pekerjaan. AKTIVITI 3.2 1. Secara berkumpulan, bincangkan strategi-strategi untuk meningkatkan kesejahteraan pekerjaan di tempat kerja anda. 2. Tulis satu jurnal reflektif mengenai pengalaman kerja anda dan kaitkannya dengan kesejahteraan pekerjaan. 3.3 DIMENSI PERSEKITARAN Sekarang mari kita beralih kepada dimensi persekitaran. Apakah yang dimaksudkan dengan kesejahteraan persekitaran? Adakah anda menyedari kepentingan kesejahteraan persekitaran? Sesungguhnya, ia penting untuk membawa kita kepada gaya hidup yang menghormati alam sekitar. Sekarang, mari kita membincangkan kesejahteraan persekitaran secara mendalam supaya pada akhir subtopik ini, anda akan dapat merancang beberapa strategi untuk meningkatkan kesedaran persekitaran. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) TOPIK 3 DIMENSI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN II 61 Pertama, apakah maksud kesejahteraan persekitaran? Kesejahteraan persekitaran dihuraikan sebagai gaya hidup yang sepatutnya saling menghormati dan dalam keharmonian dengan alam sekitar kita. Dengan kata lain, anda harus menyedari tentang had sumber asli bumi dan kesan tindakan kita terhadap alam sekitar. Orang yang mempunyai kesedaran persekitaran yang baik secara sedar memilih untuk hidup dengan cara yang melindungi persekitaran di sekeliling mereka. Walau bagaimanapun, dalam iklim hari ini, ramai orang mungkin masih tidak prihatin tentang apa yang mereka boleh lakukan untuk membantu kesejahteraan alam sekitar. Sebagai individu, anda tidak perlu menjadi ahli sesebuah organisasi. Anda boleh dengan mudah membantu dengan hanya menjalani kesedaran kehidupan pada alam sekitar. Bagaimanakah anda menyumbang kepada kesejahteraan persekitaran? Baiklah, anda boleh menyumbang dengan menekankan kepentingan hidup dalam persekitaran yang sihat dengan memastikan kesucian keadaan air, udara dan tempat tinggal. Pada masa yang sama, jika anda melihat seseorang membuang sampah merata-rata, apa yang anda perlu lakukan adalah hanya dengan sopan memberitahu orang itu yang anda tidak bersetuju dengan tindakannya. Anda boleh menyumbang kepada peningkatan kesihatan alam sekitar dengan terlibat secara aktif dalam program kitar semula komuniti anda dengan mendidik masyarakat mengenai kepentingan program ini, dan melaksanakan program kitar semula seperti mencari cara untuk menjimatkan penggunaan kertas di rumah dan tempat kerja anda. Jangan lupa untuk mengadakan perjumpaan dengan komuniti atau masyarakat anda untuk memastikan mereka menyokong dan terlibat secara aktif dalam program ini. Pastikan tong kitar semula yang terdapat di rumah dan di tempat kerja anda digunakan sebaik mungkin (lihat Rajah 3.3). Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) 62 TOPIK 3 DIMENSI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN II Rajah 3.3: Tong kitar semula Sumber: http://recyclingrangers.blogspot.com Kesejahteraan persekitaran juga termasuklah keupayaan untuk menggalakkan langkah yang meningkatkan taraf hidup dan kualiti kesihatan dalam persekitaran kita. Oleh itu, ia sebenarnya tanggungjawab peribadi, komuniti dan masyarakat kita untuk mendidik dan melindungi diri kita daripada bahaya alam sekitar. Ia penting untuk diambil perhatian bahawa kita juga perlu melindungi alam sekitar supaya kanak-kanak dan generasi akan datang dapat hidup dalam persekitaran yang lebih selamat dan bersih. Contohnya, jika kita mengambil kira masalah jerebu baru-baru ini yang menjejaskan alam sekitar kita, kebanyakan kita tidak menyedari bahayanya kepada kesihatan kita. Kita perlu mendidik orang ramai untuk mengambil berat terhadap keadaan ini bagi memastikan keluarga mereka dan kanak-kanak selamat daripada jerebu. Ini untuk mengelakkan sebarang penyakit kerana jerebu boleh menyebabkan pelbagai masalah pernafasan serta penyakit kulit (rujuk Rajah 3.4). Oleh itu, langkah berjaga-jaga dan penghakiman segera terhadap pencemaran alam sekitar boleh membawa kepada kesejahteraan alam sekitar. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) TOPIK 3 DIMENSI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN II 63 Rajah 3.4: Bahaya jerebu Sumber: https://s-media-cache-ak0.pinimg.com Pernahkah anda mendengar mengenai teori alam sekitar? Apakah maksudnya? Teori alam sekitar ialah teori yang dirumuskan oleh Florence Nightingale (pengasas kejururawatan moden) yang memberi tumpuan kepada penjagaan persekitaran pesakit untuk mencapai matlamat kesihatan dan menyembuhkan penyakit. Pada asasnya, fokus model ini dalam bidang kejururawatan adalah untuk mengubah persekitaran pesakit bagi mempengaruhi perubahan dalam kesihatan mereka. Florence Nightingale percaya faktor alam sekitar akan memberi kesan kepada kesihatan (seperti yang dinyatakan dalam teori tersebut). Contohnya, udara yang segar, air yang tulen, bekalan makanan yang mencukupi, saliran yang cekap, kebersihan pesakit dan cahaya terang (terutamanya cahaya matahari secara langsung). Sekiranya mana-mana faktor tersebut tidak mencukupi, pesakit mungkin kurang sihat. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) 64 TOPIK 3 DIMENSI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN II Walau bagaimanapun, beberapa aspek teori mungkin tidak relevan pada persekitaran hari ini. Tahukah anda tahu sebabnya? Misalnya, mari kita ambil cahaya matahari secara langsung dan pengudaraan yang baik. Nightingale menyebut pintu perlu ditutup dan tingkap dibuka untuk membolehkan cahaya matahari secara langsung dan memberikan pengudaraan yang baik. Walau bagaimanapun, dalam keadaan sebenar pada hari ini, semua pintu dan tingkap ditutup kerana kita menggunakan sistem penghawa dingin di hospital. Dalam keadaan yang tiada sistem penghawa dingin, tingkap dan pintu dibuka untuk membolehkan pergerakan bebas udara dan pengudaraan tetapi masih perlu diperiksa keberkesanannya bagi memastikan udara bebas daripada mikroorganisma. Dalam usaha untuk memastikan keselamatan persekitaran di hospital, semua sistem penghawa dingin, terutamanya di dewan bedah, perlu diperiksa secara berkala untuk mengesan jika terdapat sebarang mikroorganisma. Jadi, bagaimanakah kita meningkatkan kesihatan persekitaran? Yang berikut ialah beberapa petua untuk anda amalkan: (a) Anda boleh memilih untuk menunggang basikal dan bukannya memandu kereta; (b) Anda perlu menghargai dan menghormati alam semula jadi; (c) Anda perlu melindungi diri anda dan orang lain daripada bahaya alam sekitar. Ia mungkin daripada asap perokok, persekitaran yang bising, pencemaran udara dan air serta radiasi ultra ungu; dan (d) Anda perlu mempelajari isu alam sekitar. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) TOPIK 3 DIMENSI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN II 65 AKTIVITI 3.3 1. Secara berkumpulan, bincangkan isu kesejahteraan alam sekitar berikut: (a) Kesedaran mengenai had sumber asli muka bumi. (b) Menjimatkan tenaga seperti menutup suis lampu yang tidak digunakan. (c) Kitar semula kertas, tin dan kaca sebanyak mungkin. (d) Nikmati, hargai dan meluangkan masa di luar rumah dalam persekitaran semula jadi. (e) Jangan mencemarkan udara, air dan bumi jika anda boleh mengelakkannya. (f) Elakkan asap perokok. (www.definitionofwellness.com) Rancang aktiviti yang sesuai untuk setiap isu ini bagi meningkatkan kesedaran alam sekitar dalam kalangan komuniti/ penduduk. 2. 3.4 Bincangkan beberapa strategi untuk memupuk kesedaran alam sekitar dalam kalangan masyarakat anda pda hari ini. DIMENSI KEWANGAN Akhir sekali, marilah kita lihat dimensi kewangan. Diharapkan pada akhir subtopik ini, anda akan dapat mentafsirkan kesejahteraan kewangan. Adakah anda menyedari bahawa kesejahteraan kewangan ialah dimensi yang baru? Kewangan dianggap baru kerana ia dimensi terakhir bagi kesihatan dan kesejahteraan. Ia pada umumnya diterima sebagai dimensi kelapan selepas Zaman Kemelesetan pada bulan Disember 2007 hingga Jun 2008. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) 66 TOPIK 3 DIMENSI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN II Jadi, apakah yang dimaksudkan dengan kesejahteraan kewangan? Mari kita lihat definisi yang diberi oleh LiveLifeWell.co (2015). „Kesejahteraan dan kesihatan kewangan boleh ditakrifkan sebagai satu „keadaan‰, „tahap‰ atau „kualiti‰ kedudukan kewangan atau kekayaan seseorang. Kekayaan boleh diwujudkan, dikekalkan atau hilang dan akan turun naik dalam keadaan yang berubah-ubah‰. LiveLifeWell.co (2015) Keadaan yang berubah ini terdiri daripada pelbagai bentuk. Sesetengah daripadanya boleh dikawal manakala sebahagiannya tidak. Mengetahui ciri-ciri setiap satu daripada tekanan yang relevan dalam tempoh tertentu adalah amat penting. Idea ini adalah untuk membolehkan seseorang mengambil langkah yang secukupnya untuk meminimumkan pendedahan aset seseorang kepada kesan negatif tekanan persekitaran. 3.4.1 Dorongan yang Membawa kepada Pewujudan Program Kesejahteraan Kewangan Biro Penyelidikan Ekonomi Kebangsaan, Malaysia (NBER ă National Bureau of Economic Research) pada tahun 2014 menyatakan bermulanya kemerosotan ekonomi adalah pada bulan Disember 2007. Di Amerika, kira-kira 8.7 juta orang telah hilang pekerjaan dari bulan Februari 2008 hingga Februari 2010. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menguncup sebanyak 5.1%, menjadikannya Zaman Kemerosotan yang paling teruk sejak Zaman Kemelesetan. Di samping itu, Zaman Kemelesetan Besar menyebabkan: (a) Pengangguran dan guna tenaga tidak penuh (underemployment); (b) Kekurangan pekerjaan; dan (c) Kurang pendapatan, peningkatan kemiskinan. Kemelesetan ekonomi membawa kepada pecahnya „gelembung perumahan‰ dan pasaran saham jatuh menjunam serta penurunan dari segi kekayaan keluarga. Tekanan yang serius juga telah berlaku. Masyarakat menjadi tertekan akibat wang dan ini telah memberi kesan kepada mental dan fizikal pekerja, memberi impak terhadap kos yang berkaitan dengan kesihatan dan mengurangkan produktiviti dengan ketara. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) TOPIK 3 3.4.2 DIMENSI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN II 67 Kesejahteraan Kewangan di Tempat Kerja Tahukah anda bahawa penaksiran dapatan di tempat kerja menunjukkan masalah kewangan sebagai penentu utama tekanan kewangan dalam kalangan pekerja? Mereka yang mempunyai masalah kewangan tahap tinggi mengalami tahap tekanan kewangan yang lebih tinggi yang menyebabkan kemerosotan tahap kesejahteraan kewangan. Walau bagaimanapun, dapat diperhatikan bahawa dalam kalangan semua peramal, tekanan kewangan mencatatkan kadar kesan tertinggi (kesan negatif) pada kesejahteraan kewangan. Ia boleh dianggap bahawa mengurangkan tahap beban kewangan pekerja akan meningkatkan kepuasan mereka terhadap aspek kewangan. Di samping memenuhi tanggungjawab pengawalseliaan untuk memantau aktiviti pekerja perdagangan, beberapa syarikat menawarkan pendidikan kewangan dan program kesejahteraan untuk membantu meningkatkan keupayaan pekerja mereka dalam menguruskan kewangan peribadi mereka. Program kesejahteraan kewangan boleh membantu mengurangkan ketidakhadiran pekerja, menambah produktiviti dan meningkatkan kesetiaan pekerja. Kami pasti anda bersetuju bahawa masalah kewangan pekerja juga menjadi masalah majikan. Kesejahteraan kewangan dan tempat kerja yang menggalakkan boleh menjadi faktor jangka panjang dalam penyediaan penyelesaian yang meningkatkan produktiviti dan ketenangan fikiran. Pekerja yang mengalami kesejahteraan kewangan adalah lebih gembira dan berpotensi menjadi pekerja yang lebih produktif kepada syarikat. SEMAK KENDIRI 3.3 Nyatakan tiga faedah program kesejahteraan kewangan kepada pekerja. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) 68 TOPIK 3 DIMENSI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN II AKTIVITI 3.4 Baca Delafrooz, N., & Paim, L. (2013). Role of financial stress on relationship between financial problem and financial wellness among Malaysia workers. African Journal of Business Management, 7(20), 1966-1972 di http://goo.gl/MDdUMw. Dalam kumpulan empat orang, bincangkan hubung kait yang wujud antara masalah kewangan, tingkah laku kewangan, tekanan kewangan dan kesejahteraan kewangan. Kesejahteraan sosial adalah perhubungan dengan orang lain. Ia melibatkan pembinaan hubungan yang sihat, memupuk dan menyokong orang lain untuk memelihara hubungan yang sejati antara anda dan rakan anda atau orang di sekeliling anda. Sebahagian daripada strategi untuk meningkatkan kesejahteraan sosial merupakan membina hubungan yang baik dengan orang lain melalui rangkaian sokongan sosial yang kuat, mengamalkan kemahiran berkomunikasi berkesan dengan orang lain, berinteraksi dengan individu daripada budaya, latar belakang dan kepercayaan yang berbeza, dan menghargai prinsip pengurusan masa. Kesejahteraan pekerjaan adalah berkaitan dengan pekerjaan yang menyediakan kepuasan peribadi dan memperkayakan kehidupan seseorang. Beberapa faktor yang boleh menyumbang kepada kesejahteraan pekerjaan ialah pilihan profesion, kepuasan kerja, pembangunan kerjaya dan prestasi peribadi. Kesejahteraan persekitaran merupakan salah satu dimensi penting dalam kesihatan dan kesejahteraan. Ia menumpukan kepada kesedaran individu, komuniti dan masyarakat untuk mencegah bahaya alam sekitar. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) TOPIK 3 DIMENSI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN II 69 Sesetengah strategi yang boleh dilaksanakan untuk menggalakkan kesejahteraan alam sekitar ialah kempen kitar semula untuk mendidik dan melindungi kita terhadap bahaya alam sekitar, membentuk penghargaan kepada alam semula jadi dan menghormati segala spesies hidupan dalam alam semula jadi. Kesejahteraan kewangan ialah satu dimensi yang agak baru dan secara umumnya diterima pakai sebagai dimensi kelapan selepas kesan Zaman Kemelesetan yang bermula dari bulan Disember 2007 hingga Jun 2008. Ia boleh ditakrifkan sebagai keadaan, tahap atau kualiti kedudukan kewangan atau kekayaan seseorang. Kepuasan peribadi dan pengayaan Kesejahteraan sosial Kesejahteraan kewangan Kitar semula Kesejahteraan pekerjaan Program pendidikan kewangan dan kesejahteraan Kesejahteraan persekitaran Hettler, B. (1976). The six dimensions of wellness. Dicapai dari http://www. nationalwellness.org/?page=Six_Dimensions Hoeger, W. K., & Hoeger, S. S. (2003). Lifetime physical fitness and wellness, a personalized program (Ed. ke-7). Belmont, CA: Thomson Wadsworth. LiveLifeWell.co. (2015). Financial wellness. Dicapai dari http://livelifewell. co/category/wellness/wellness_financial/wellness_financial.php National Bureau of Economic Research (NBER). (2014). Economic report of the president. Dicapai dari http://www.nber.org/erp/2014_economic_report_ of_the_president.pdf Payne, W. A., Hahn, D. B., & Mauer, E. B. (2005). Understanding your health (Ed. ke-8). New York, NY: McGraw-Hill. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) 70 TOPIK 3 DIMENSI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN II Petiprin, A. (2015). Nightingale environment theory. Dicapai dari http://www. nursing-theory.org/theories-and-models/nightingaleenvironment-theory. php World Health Organization (WHO). (1994). Global strategy on occupational health for all: The way to health at work. Dicapai dari http://www. who.int/occupational_health/publications/globstrategy/en/ Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) Topik 4 Memahami Pemakanan dan Diet HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mengenal pasti komponen diet yang sihat; 2. Membezakan cabaran pemakanan untuk golongan tertentu; 3. Membandingkan antara diet yang sihat dengan diet terapeutik; dan 4. Merancang diet yang sihat. PENGENALAN Mari kita mulakan pelajaran kita dalam topik keempat ini dengan melihat petikan berikut (rujuk Rajah 4.1 dan 4.2). Rajah 4.1: Hippocrates (dari 460 hingga 370 SM) ă Pakar perubatan Yunani pada zaman Pericles Sumber: www.azquotes.com Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) 72 TOPIK 4 MEMAHAMI PEMAKANAN DAN DIET Rajah 4.2: Terri Guillemets (1973) ă Antologi petikan Sumber: www.vebidoo.com Pernahkah anda mendengar tentang kedua-dua petikan ini? Adakah anda faham maksudnya? Bagaimanakah ubat dikaitkan dengan makanan? Bolehkah badan kita benar-benar mendapat sumber tenaga daripada bahan api hijau? Bayangkan jika ini benar-benar berlaku dalam kehidupan! Bukankah ia satu yang menarik? Petikan tersebut adalah berkaitan dengan diet yang sihat dan pengambilan makanan yang sihat untuk meningkatkan kehidupan kita secara luar biasa. Topik ini akan meningkatkan pemahaman anda tentang pemakanan dan diet. Di samping itu, terdapat beberapa aktiviti berkaitan yang boleh membantu anda untuk lebih memahami topik ini. Sebagai orang dewasa yang bekerja, adalah sangat penting bagi anda untuk memahami maklumat asas mengenai pemakanan dan diet supaya anda mendapat manfaat daripada pengetahuan yang diperoleh. Adakah anda bersetuju bahawa makanan ialah sumber keseronokan? Ini pendapat sesetengah orang. Terdapat banyak sebab mengapa seseorang makan dengan cara yang tersendiri dan memang benar bahawa makanan bukan sahaja alat untuk kelangsungan hidup. Makanan boleh menjadi sumber keselesaan, simbol layanan yang baik serta petunjuk taraf sosial. Walau apa pun sebabnya, ingatlah makanan juga boleh menjadi punca kita mendapat penyakit. Jadi, bagaimanakah kita mengelakkan diri daripada mendapat penyakit disebabkan oleh makanan kita? Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) TOPIK 4 MEMAHAMI PEMAKANAN DAN DIET 73 Makanan pada umumnya adalah bagus tetapi ia juga boleh memberi masalah kepada anda. Jadi, bagaimanakah untuk kita kekal sihat? Pertama, anda perlu tanya diri anda, „Adakah saya makan dengan betul?‰ Seterusnya ialah kesedaran. Dengan meningkatkan kesedaran anda tentang makan dengan sihat, anda boleh mencegah diri anda daripada jatuh sakit. Ramai orang mengetahui peranan pemakanan dalam kesihatan dan mereka mahu makan secara berhemah demi kesihatan tetapi gagal menterjemahkan keinginan mereka melalui tindakan yang betul. Tabiat makan yang buruk merangkumi semua kumpulan umur. Pemakanan sihat ialah faktor yang semakin mendapat perhatian di kebanyakan negara disebabkan oleh peningkatan kes berat badan berlebihan dan obesiti, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia. Gaya hidup moden seperti makan lewat dan generasi muda bergantung pada makanan segera telah menyebabkan keadaan gangguan makan. Kementerian Kesihatan Malaysia telah melaksanakan pelbagai dasar dan kempen untuk menggalakkan tingkah laku pemakanan yang sihat dalam kalangan orang ramai. Antara kempen yang telah dijalankan ialah Kempen Cara Hidup Sihat, Kempen Kurangkan Pengambilan Gula dan Garis Panduan Pelaksanaan Pemakanan Sihat dalam Sektor Awam yang telah dilancarkan di peringkat kebangsaan. Versi yang telah disemak semula iaitu Garis Panduan Diet Malaysia (MDG) telah dilancarkan pada tahun 2010, terdiri daripada 14 mesej dan 55 syor untuk diet yang sihat. Objektif garis panduan ini adalah mempromosikan pemakanan yang sihat, senaman yang kerap dan penggunaan berkesan bagi maklumat pemakanan pada label makanan (Tee, 2011). Anda boleh mendapatkan salinan garis panduan ini untuk anda sendiri di http://goo.gl/eUrivj. Dalam usaha untuk makan dengan betul atau merancang pemakanan anda, anda perlu mengetahui komponen diet yang sihat. Oleh itu, topik ini akan mengajar anda cara untuk melakukan perkara ini dan kemudian, anda akan dapat memilih diet yang betul mengikut keperluan badan anda. Ingat: untuk meneruskan dan mengekalkan gaya hidup sihat, anda juga perlu bersenam! 4.1 KOMPONEN DIET YANG SIHAT Apakah yang anda faham mengenai komponen diet yang sihat? Adakah anda fikir bahawa dengan memakan sandwic tuna dengan beberapa hirisan timun di dalamnya dan minum segelas susu segar, anda akan mendapat komponen yang betul untuk diet yang sihat? Apakah nutrien penting yang terkandung dalam makanan tersebut? Mari kita periksa kandungan makanan berdasarkan piramid makanan yang sentiasa disyorkan oleh pakar pemakanan untuk diet yang sihat (rujuk Rajah 4.3). Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) 74 TOPIK 4 MEMAHAMI PEMAKANAN DAN DIET Rajah 4.3: Piramid makanan Sumber: www.healthworks.my Berdasarkan Rajah 4.3, adakah anda boleh mengenal pasti kandungan dalam makanan ini? Secara umumnya, badan kita memerlukan protein, lemak, karbohidrat, vitamin, mineral dan air yang boleh didapati dalam makanan yang kita makan. Ini disebut nutrien penting yang bermaksud anda perlu mendapatkan bahan ini daripada makanan yang anda makan kerana badan anda langsung tidak dapat menghasilkannya. Sekarang mari kita lihat nutrien ini dengan lebih lanjut dalam subtopik seterusnya. 4.1.1 Protein Tahukah anda bahawa protein ialah asas bagi struktur badan kita? Protein membentuk bahagian penting dalam komponen struktur utama badan (otot dan tulang) dan juga membentuk bahagian penting dalam darah, enzim, beberapa hormon dan membran sel (Insel & Roth, 2008). Apakah yang membentuk protein? Protein terdiri daripada rantaian asid amino. Asid amino seolah-olah „batu-bata‰ bagi badan di mana badan membentuk proteinnya sendiri. Dalam badan manusia, kita menggunakan 20 asid amino dalam pelbagai kombinasi untuk membina protein yang diperlukan untuk Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) TOPIK 4 MEMAHAMI PEMAKANAN DAN DIET 75 proses fisiologi supaya kita boleh terus menjadi sihat (Williams, Anderson & Rawson, 2013). Penyelenggaraan tisu badan adalah penting kerana tubuh badan sentiasa mengalami keadaan haus dan lusuh. Oleh itu, protein dan asid amino melakukan pembaikan yang berterusan. Apakah yang dimaksudkan dengan haus dan lusuh? Haus dan lusuh bermakna bahawa setiap hari tisu dan sel kita mati dan akan digantikan dengan yang baharu. Di samping itu, protein turut bertindak sebagai perisai. Ia akan mempertahankan tubuh daripada pelbagai penyakit. Apabila badan mengesan sebarang antigen akan menyerang, badan akan mengeluarkan antibodi dan molekul protein gergasi yang direka bentuk khusus untuk memerangi antigen. Di manakah kita boleh mendapatkan protein? Apakah jenis diet yang mengandungi protein? Protein dalam diet manusia datang daripada dua sumber utama, iaitu: (a) Protein haiwan (seperti telur, susu, daging dan ikan); dan (b) Protein tumbuhan (seperti bijirin, kacang [nuts], kekacang [beans] dan produk soya). AKTIVITI 4.1 Buat kumpulan kecil semasa sesi tutorial anda dan bincangkan kepentingan protein dalam diet mengikut kumpulan umur. 4.1.2 Karbohidrat Anda telah mempelajari bahawa protein membentuk struktur asas badan. Bagaimanakah pula dengan karbohidrat? Apakah peranan karbohidrat dalam badan kita? Mari kita lihat dahulu definisinya. Karbohidrat ialah gabungan unit gula dan sumber tenaga utama untuk badan. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) 76 TOPIK 4 MEMAHAMI PEMAKANAN DAN DIET Malah, setiap gram karbohidrat mengandungi empat kalori. Karbohidrat terjadi dalam tiga bentuk ă monosakarida, disakarida dan polisakarida. Saya pasti anda sudah biasa dengan glukosa. Tahukah anda bahawa glukosa ialah salah satu monosakarida yang paling penting? Ia membentuk gula dalam darah yang digunakan sebagai sumber utama tenaga tubuh badan. Di samping itu, ia satusatunya sumber tenaga untuk otak dan sistem saraf. Apakah yang akan berlaku jika otak dan sistem saraf tidak mempunyai tenaga yang mencukupi? Kekurangan glukosa boleh menyebabkan kelemahan, pening dan glukosa darah rendah (hipoglisemia). Glukosa darah yang rendah semasa bersenam mengurangkan prestasi dan ini boleh menyebabkan keletihan mental serta fizikal. Semua sel dan tisu dalam badan kita memerlukan karbohidrat. Tambahan lagi, ia juga penting untuk kesihatan usus dan penyingkiran bahan buangan. Malah, karbohidrat mudah ditukar kepada bahan tenaga apabila ia memasuki badan kita. Terdapat dua jenis karbohidrat, iaitu yang ringkas dan kompleks. Karbohidrat ringkas (juga dikenali sebagai gula ringkas) termasuklah gula yang terdapat dalam buah-buahan, sayur-sayuran dan susu serta gula yang ditambahkan semasa pemprosesan makanan. Bagaimanakah pula dengan karbohidrat kompleks? Karbohidrat kompleks (juga disebut kanji) termasuklah roti gandum penuh dan bijirin, sayur-sayuran berkanji dan kekacang. Kebanyakan karbohidrat kompleks mengandungi serat yang membantu kesihatan sistem penghadaman dan meningkatkan kepuasan makan (berasa kenyang), mengurangkan makan berlebihan dan kenaikan berat badan. Di samping itu, makanan yang tinggi serat membantu menurunkan kolesterol dan mengurangkan risiko penyakit jantung. Sekarang mari kita lihat fungsi karbohidrat. Apakah fungsinya? Adakah anda mempunyai apa-apa idea? Mari kita lihat Jadual 4.1 untuk jawapannya. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) TOPIK 4 MEMAHAMI PEMAKANAN DAN DIET 77 Jadual 4.1: Fungsi Karbohidrat Fungsi Deskripsi Memberi tenaga Karbohidrat adalah seperti sumber tenaga di dalam badan kita. Apabila anda makan makanan yang mengandungi karbohidrat, badan anda akan memecahkannya menjadi glukosa untuk penyerapan yang lebih baik. Protein simpanan Digunakan sebagai tenaga akibat kekurangan karbohidrat. Mengekalkan kesihatan penghadaman Serat ialah karbohidrat yang diperlukan untuk kesihatan penghadaman. Fungsi utamanya adalah membantu mencegah sembelit dan cirit-birit serta membantu anda berasa kenyang dengan lebih lama yang membantu dan mengelakkan anda daripada makan secara berlebihan. Merangsang pertumbuhan bakteria di dalam usus Karbohidrat yang berada di dalam usus anda akan merangsang pertumbuhan bakteria. Bakteria ini membantu memecahkan makanan supaya ia boleh digunakan oleh badan. Sesetengah bakteria melindungi usus besar daripada sel yang berbahaya seperti kanser. Makanan yang merangsang bakteria jenis ini dikenali sebagai probiotik. Probiotik sangat penting untuk kesihatan usus dan anda mungkin mahu mengambilnya dalam bentuk tablet atau cecair. Contohnya, minuman yogurt seperti Yakult atau Vitagen. AKTIVITI 4.2 Fikirkan satu resipi untuk makan tengah hari bagi memastikan anda mendapat bahagian karbohidrat yang mencukupi. Bincangkan dengan rakan-rakan sekuliah anda semasa tutorial dan kongsi dapatan anda. 4.1.3 Lemak Sekarang mari kita mengalih perhatian kita kepada lemak. Tahukah anda bahawa lemak juga dikenali sebagai lipid? Lemak disimpan di dalam badan kita mewakili tenaga yang boleh digunakan, membantu sebagai menebat badan, dan menyokong dan menjadi pelapik pada organ kita. Lemak dalam diet membantu badan kita untuk menyerap vitamin larut lemak (A, D, E dan K) serta menambah perasa penting dan tekstur kepada makanan. Di samping itu, lemak ialah bahan tenaga utama bagi badan semasa berehat dan aktiviti ringan. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) 78 TOPIK 4 MEMAHAMI PEMAKANAN DAN DIET Terdapat dua jenis lemak ă asid linoleik dan asid alfa-linolenik. Ia komponen penting dalam diet kita. Ia digunakan untuk membuat sebatian yang mengawal selia fungsi utama badan seperti mengekalkan tekanan darah dan kemajuan kehamilan yang sihat. Fungsi lemak diterangkan dengan lebih lanjut dalam Jadual 4.2. Jadual 4.2: Fungsi Lemak di Dalam Badan Fungsi Tenaga Penyerapan vitamin Penebatan Deskripsi Karbohidrat ialah sumber utama bahan tenaga di dalam badan kita. Kadangkala sistem badan kita beralih kepada lemak sebagai sumber tenaga sandaran apabila tiada karbohidrat. Beberapa jenis vitamin bergantung pada lemak untuk penyerapan dan penyimpanannya. Vitamin A, D, E dan K (disebut vitamin larut lemak) tidak boleh berfungsi tanpa pengambilan lemak harian yang mencukupi. Vitamin ini ialah bahagian penting dalam diet harian anda. Penyerapan vitamin ini boleh terjejas tanpa diet yang betul. Sel lemak, disimpan dalam tisu adipos, menjadi penebat pada badan anda dan membantu untuk mengekalkan suhu badan normal. Tisu adipos tidak selalunya boleh dilihat tetapi jika anda mempunyai berat badan berlebihan, anda mungkin dapat melihatnya di bawah kulit anda. Lemak disimpan mengelilingi organ penting untuk memastikannya dilindungi daripada pergerakan secara tiba-tiba atau impak luaran. Adakah anda menyedari bahawa kebanyakan lemak yang kita makan adalah „tersembunyi‰ dalam makanan? Ini kerana ia telah digabungkan semasa penyediaan atau kaedah memasak seperti menggoreng. Setiap jenis lemak terdiri daripada gabungan tiga lemak ă tepu, mono tak tepu dan poli tak tepu berdasarkan komposisi kimia. Ambil perhatian bahawa kita tidak akan mempelajari dengan lebih terperinci jenis lemak ini tetapi sebagai pengguna, kita perlu memberi perhatian kepada jumlah setiap jenis dalam diet kita kerana ia mempunyai peranan dalam penyakit jantung. Selain itu, jenis lemak berlainan mempunyai kesan yang berbeza ke atas kesihatan terutamanya tahap kolesterol dan risiko penyakit jantung. Lemak tepu dan lemak asid trans meningkatkan tahap darah lipoprotein ketumpatan rendah (LDL ă low-density lipoprotein). Ini kolesterol jahat yang meningkatkan risiko masalah jantung. Asid lemak mono tak tepu boleh didapati di dalam minyak Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) TOPIK 4 MEMAHAMI PEMAKANAN DAN DIET 79 zaitun atau minyak bunga kanola. Asid lemak jenis ini boleh meningkatkan lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL ă high-density lipoprotein) yang juga dikenali sebagai kolesterol baik. Bolehkah anda mengenal pasti antara lemak baik dan jahat? Mari kita lihat Rajah 4.4 untuk jawapannya. Rajah 4.4: Lemak baik dan lemak jahat Sumber: https://blogs.otago.ac.nz Lemak tepu didapati boleh menjejaskan kemampuan HDL untuk mencegah keradangan saluran darah dan mengurangkan keupayaannya untuk bertindak balas secara normal kepada tekanan, sekali gus mengurangkan risiko penyakit jantung. Jadi adalah penting untuk kita memilih lemak tak tepu dan bukannya lemak trans atau tepu. Bagaimanakah kita mengurangkan kedua-dua lemak tepu dan trans dalam diet kita? Cara terbaik adalah untuk mengurangkan pengambilan daging dan produk tenusu penuh lemak (susu penuh, krim, mentega, yogurt dan ais krim). Bagaimanakah pula dengan lemak trans? Adakah anda suka makan kentang goreng? Jika jawapan anda ya, harap pertimbangkannya semula kerana makanan bergoreng dengan minyak banyak, keropok, biskut dan makanan yang dibakar mengandungi lemak trans yang tidak begitu baik untuk kesihatan anda. AKTIVITI 4.3 Bincangkan hubung kait antara lemak baik dan jahat, dan bagaimanakah lemak ini boleh menyebabkan penyakit jantung. Kemudian, cadangkan cara-cara untuk mencegahnya. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) 80 4.1.4 TOPIK 4 MEMAHAMI PEMAKANAN DAN DIET Vitamin Apakah yang anda faham mengenai vitamin? Kita telah mendengar tentang semua jenis vitamin tetapi sejauh manakah kita memahami kepentingan vitamin dalam diet kita? Perlukah kita mengambil vitamin tambahan untuk memastikan kita mempunyai vitamin yang mencukupi? Ini soalan yang selalu diutarakan oleh ramai orang apabila mereka merancang untuk membeli vitamin tambahan. Sekarang, mari kita lihat butiran lanjut tentang vitamin. Pertama, definisinya. Vitamin ialah sebatian organik yang diperlukan dalam jumlah yang kecil untuk pertumbuhan normal, pembiakan dan mengekalkan kesihatan. Ambil perhatian bahawa vitamin tidak menjadi kalori tetapi bertindak sebagai koenzim. Dengan memudahkan tindakan koenzim, vitamin membantu memulakan pelbagai tindak balas badan termasuklah pengeluaran tenaga, penggunaan mineral dan pertumbuhan tisu yang sihat. Sebagai manusia, kita memerlukan 13 jenis vitamin, iaitu empat larut lemak (A, D, E dan K) dan sembilan larut air (C dan lapan vitamin B-kompleks seperti tiamin, riboflavin, niasin, vitamin B-6, folat, vitamin B-12, biotin dan asid pantotenik). Vitamin larut air diserap terus ke dalam aliran darah (Insel & Roth, 2008). Vitamin penting untuk melepaskan tenaga yang tersimpan dalam karbohidrat, protein dan lemak. Ia penting dalam pengeluaran sel darah merah dan mengekalkan sistem saraf, rangka dan imun. Sebahagian daripada vitamin tersebut bertindak sebagai antioksidan yang membantu memelihara sel sihat di dalam badan. Di manakah kita boleh mendapatkan vitamin dengan mudah? Lupakan vitamin di dalam botol di farmasi! Mari kita lihat sumber semula jadi. Vitamin banyak terdapat di dalam buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin. Malah, kulit kita menghasilkan vitamin D apabila terdedah kepada cahaya matahari dan bakteria usus kita turut menghasilkan vitamin K. Apakah yang akan berlaku jika anda tidak mendapat cukup vitamin? Kekurangan vitamin akan menyebabkan banyak masalah. Contohnya, kekurangan vitamin A boleh menyebabkan buta dan kekurangan vitamin B6 boleh menyebabkan sawan. Namun anda perlu ingat! Jika anda mengambil vitamin tambahan, ia juga boleh membahayakan anda! Misalnya, dos vitamin A yang tinggi menghasilkan toksik dan meningkatkan risiko kecacatan kelahiran Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) TOPIK 4 MEMAHAMI PEMAKANAN DAN DIET 81 manakala pengambilan vitamin B6 berlebihan boleh menyebabkan kerosakan saraf yang tidak boleh dipulihkan. Mari kita lihat Jadual 4.3 yang menunjukkan kepada anda vitamin larut air dan fungsinya. Anda mungkin mahu mengingati fungsi ini untuk memastikan anda mendapat dos yang mencukupi. Jadual 4.3: Vitamin Larut Air dan Fungsinya Vitamin Fungsi B1 (tiamin) Mengeluarkan tenaga daripada karbohidrat. B2 (riboflavin) Mengeluarkan tenaga daripada protein, lemak dan karbohidrat. Menggalakkan kulit dan mata yang sihat. Mengeluarkan tenaga daripada protein, lemak dan karbohidrat. Terlibat dalam pengeluaran kolesterol. B5 (asid pantotenik) Mengeluarkan tenaga daripada karbohidrat, lemak dan protein. B6 (piridoksin) Memecahkan protein. Membantu penghasilan sel darah merah. Membantu penghasilan sel darah merah, sel saraf dan bahan genetik (deoxyribonucleic acid atau DNA). Memecahkan karbohidrat dan lemak. Membantu penghasilan sel darah merah dan enzim serta mencegah kecacatan tiub neural. Memecahkan bahan DNA dan mengurangkan paras homosistin (tahap tinggi ialah faktor risiko penyakit kardiovaskular). Memecahkan lemak dan protein. Menggalakkan pertumbuhan dan sel saraf yang sihat. Membentuk kolagen (komponen penting di dalam kulit, salur darah, tulang dan gigi). Bertindak sebagai antioksidan, memberikan rintangan terhadap jangkitan dan menggalakkan penyembuhan luka. Meningkatkan penyerapan zat besi yang tidak berbahaya. B3 (niasin) B12 (sianokobalamin) Folat (asid folik) Biotin C (asid askorbik) Sumber: Carruthers (2006) Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) 82 TOPIK 4 MEMAHAMI PEMAKANAN DAN DIET Jadual 4.4 pula menerangkan vitamin larut lemak dan fungsinya. Jadual 4.4: Vitamin Larut Lemak dan Fungsinya Vitamin Vitamin A (retinol) Fungsi • Mengekalkan kulit dan mata yang sihat, meningkatkan penglihatan pada waktu malam dan dalam cahaya malap. Bertindak sebagai antioksidan, mempunyai peranan dalam pencegahan kanser. Vitamin D (kolekalsiferol) Menggalakkan tulang dan gigi yang kuat. Vitamin E (tokoferol) • Mengekalkan membran sel yang sihat. Bertindak sebagai antioksidan. Vitamin K (filokuinon) Diperlukan untuk pembekuan darah. Sumber: Carruthers (2006) AKTIVITI 4.4 Adakah anda fikir bahawa dengan mendedahkan diri anda kepada cahaya matahari secara langsung, anda boleh mendapatkan vitamin D yang mencukupi? Bincangkan kebaikan dan keburukan kaedah ini dengan tutor anda. 4.1.5 Mineral Mengapakah kita memerlukan mineral? Mineral ialah elemen penting untuk mengawal atur fungsi badan, membantu dalam pertumbuhan dan mengekalkan tisu badan serta membantu melepaskan tenaga. Ia juga kritikal dalam mengawal atur beberapa proses badan, termasuklah keseimbangan cecair, impuls saraf, pengecutan otot, fungsi jantung, pembekuan darah, sintesis protein dan sintesis sel darah merah. Untuk pengetahuan anda, terdapat kira-kira 17 mineral penting yang diperlukan oleh badan kita termasuklah kalsium, fosforus, magnesium, natrium, kalium dan klorida. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) TOPIK 4 MEMAHAMI PEMAKANAN DAN DIET 83 Mineral penting dibahagikan kepada mineral utama (mineral makro) dan mineral surih (mineral mikro). Kedua-dua kumpulan mineral ini adalah sama penting tetapi mineral surih diperlukan dalam jumlah yang lebih kecil daripada mineral utama. Contoh mineral makro ialah kalsium, fosforus, natrium, kalium dan magnesium, manakala mineral mikro terdiri daripada zink, zat besi, tembaga, selenium dan iodin. Bolehkah anda namakan beberapa contoh makanan yang mengandungi mineral? Contoh makanan yang mengandungi mineral ialah daging tanpa lemak (kaya dengan zat besi), produk tenusu (sumber terbaik kalsium). Sayur-sayuran berdaun hijau, kentang putih dan keledek, pisang dan buah-buahan lain juga mengandungi kalium. SEMAK KENDIRI 4.1 Namakan semua nutrien yang kita perlukan untuk kekal sihat dan berikan tiga contoh untuk setiap satu. 4.1.6 Air Kami pasti anda sedar bahawa air ialah komponen utama di dalam badan kita dan dalam makanan. Secara umumnya, manusia boleh mati jika tidak mendapat air untuk tempoh tertentu disebabkan dehidrasi. Badan kita terdiri daripada 50 hingga 60% air. Air membentuk bahan asas untuk darah, cecair penghadaman, air kencing dan peluh, dan terkandung dalam otot tanpa lemak (lean muscle), lemak dan tulang. Mengapakah kita memerlukan air? Badan kita memerlukan air untuk mengawal atur suhu badan; air memainkan peranan penting dalam hampir semua tindak balas biokimia tubuh badan. Walau bagaimanapun, ramai orang tidak pernah memikirkan secara serius tentang kepentingan air untuk badan mereka. Malah, ramai antara kita mendapatkan cecair daripada buah-buahan atau sayur-sayuran daripada meminumnya secara terus. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) 84 TOPIK 4 MEMAHAMI PEMAKANAN DAN DIET Yang berikut ialah beberapa fakta menarik tentang air untuk anda ketahui (Better Health Channel, 2015): (a) Kandungan air di dalam badan adalah lebih tinggi pada lelaki berbanding wanita dan berkurangan mengikut usia; (b) Kebanyakan orang dewasa matang kehilangan kira-kira 2.5 hingga 3 liter air setiap hari. Kehilangan air boleh meningkat dalam cuaca panas dan dengan senaman yang berpanjangan; (c) Orang tua kehilangan kira-kira dua liter sehari; (d) Orang yang menaiki pengangkutan udara boleh kehilangan kira-kira 1.5 liter air semasa tiga jam penerbangan; dan (e) Kehilangan air perlu diganti. Apakah risiko jika kita tidak minum air yang cukup? Pengambilan air yang tidak mencukupi boleh meningkatkan risiko batu karang dan jangkitan saluran kencing, terutamanya dalam kalangan wanita! Ia juga boleh menurunkan prestasi fizikal dan mental kita dan menyebabkan dehidrasi. Bagaimanakah anda tahu bila tubuh anda memerlukan air? Sedikit air kencing berwarna gelap boleh menjadi petunjuk bahawa anda tidak minum air yang mencukupi! Tahukah anda apakah penyelesaiannya? Minum banyak air (disyorkan lapan gelas sehari) kerana air kencing yang berwarna jernih atau pucat ialah petunjuk bahawa cecair mencukupi di dalam badan anda. 4.1.7 Cabaran Pemakanan untuk Kumpulan Khas Mari kita membincangkan cabaran pemakanan untuk golongan tertentu. Siapakah yang dikategorikan sebagai kumpulan khas? Mereka ialah kanakkanak dan remaja, pelajar kolej, orang tua, atlet dan wanita hamil. Secara umumnya, kumpulan orang dengan usia yang berbeza memerlukan jenis makanan yang berlainan. Contohnya, orang muda perlu memakan pelbagai jenis makanan. Kanak-kanak dan remaja, sering memerlukan galakan untuk makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Kumpulan ini biasanya suka mengambil makanan segera yang mengandungi lebih natrium dan bahan pengawet daripada makanan sihat yang segar. Perkara terbaik yang ibu bapa boleh lakukan adalah menyediakan pelbagai jenis makanan kepada kanak-kanak. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) TOPIK 4 MEMAHAMI PEMAKANAN DAN DIET 85 Pelajar kolej selalu memilih untuk mengambil makanan yang tidak sihat kerana aktiviti harian mereka. Sesetengah kolej menyediakan dewan makan atau medan selera yang tidak menawarkan makanan yang kaya dengan nutrien atau rendah lemak. Mereka juga suka mengambil makanan segera kerana kesibukan jadual mereka. Ambil perhatian bahawa nutrien tidak berubah begitu banyak seperti usia seseorang tetapi orang tua cenderung untuk menjadi kurang aktif dan mereka memerlukan kalori yang sedikit untuk mengekalkan berat badan. Oleh sebab perubahan yang berkaitan dengan usia berlaku dalam saluran penghadaman, badan mereka juga mempunyai masalah dengan penyerapan nutrien. Maka, mereka perlu mengambil makanan yang penuh dengan nutrien untuk memenuhi keperluan pemakanan bagi badan mereka. Untuk menjadi atlet elit memerlukan gen yang baik, latihan yang teratur dan bersesuaian serta diet yang betul. Pemakanan yang optimum adalah penting untuk prestasi yang terbaik. Aspek yang paling penting untuk atlet adalah meningkatkan keperluan tenaga mereka dan memastikan mereka minum air secukupnya semasa sesi latihan untuk kekal terhidrat. Yang berikut ialah beberapa garis panduan bagi atlet: (a) Atlet boleh mencapai prestasi yang terbaik dengan latihan yang kerap dan makan makanan yang seimbang yang merangkumi pelbagai jenis makanan; (b) Karbohidrat dan lemak boleh membekalkan tenaga untuk badan mereka; (c) Penggunaan lemak sebagai sumber tenaga bergantung pada keamatan dan tempoh senaman serta keadaan atlet tersebut; (d) Senaman akan meningkatkan keperluan protein untuk atlet; dan (e) Air ialah nutrien yang sangat kritikal untuk semua atlet. Jika air yang diminum tidak mencukupi, dehidrasi boleh berlaku dan menyebabkan kekejangan otot dan keletihan. Selain itu, keadaan ini akan meningkatkan risiko strok haba. Untuk membolehkan anda memahami jenis diet, perbincangan lanjut dalam subtopik seterusnya akan membolehkan anda melihat perbezaan antara diet yang sihat dengan diet terapeutik. Mari kita teruskan pembelajaran! Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) 86 TOPIK 4 MEMAHAMI PEMAKANAN DAN DIET AKTIVITI 4.5 1. Bincangkan dengan tutor anda diet yang sesuai untuk kanakkanak lelaki dan perempuan yang berusia enam tahun. Sediakan diet yang sesuai yang perlu diambil oleh kanak-kanak tersebut. 2. Buat dua kumpulan dan bahaskan dua pernyataan ini: 4.2 (a) Setiap kali anda makan atau minum, anda dikatakan sama ada mengundang penyakit atau melawannya. (b) Jangan kurangkan pengambilan makan makanan yang betul. makanan, sebaliknya DIET YANG SIHAT BERBANDING DIET TERAPEUTIK Sebelum kita tamatkan pelajaran kita tentang pemakanan dan diet, marilah kita membincangkan isu antara diet yang sihat dengan diet terapeutik. Diharapkan pada akhir subtopik ini, anda akan dapat membezakan antara diet yang sihat dengan diet terapeutik. 4.2.1 Diet yang Sihat Adakah anda sedar bahawa pemakanan yang sihat bukanlah mengenai mengehadkan diet anda, menjadi terlalu kurus secara tidak realistik atau menahan diri anda daripada makan makanan yang anda gemari? Sebenarnya, ia lebih kepada berperasaan hebat, mempunyai lebih tenaga, memperbaiki penampilan anda dan menstabilkan angin anda. Kita tahu bahawa makan dengan betul boleh membantu anda mengekalkan berat badan yang sihat dan mengelakkan masalah kesihatan yang tertentu. Namun apakah yang akan berlaku jika diet anda mempunyai kesan mendalam kepada angin (mood) anda dan kesejahteraan? Sebab itulah jika anda mahu kekal sihat, anda perlu mengambil diet yang sihat. Anda perlu makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran, memasak makanan di rumah dan mengurangkan pengambilan lemak dan gula. Dengan kata lain, ia akan membantu meningkatkan angin anda dan mengurangkan risiko terhadap masalah kesihatan mental. Jika anda telah didiagnosis dengan masalah kesihatan mental, makan dengan baik juga boleh membantu anda Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) TOPIK 4 MEMAHAMI PEMAKANAN DAN DIET 87 menguruskan gejala dan mengawal semula hidup anda. Ini menunjukkan kuasa yang ada pada makanan. Bagaimanakah kita memastikan diri kita mengikuti diet yang sihat? Anda tidak perlu menjadi sempurna dan menghapuskan semua makanan yang anda gemari untuk mendapatkan diet yang sihat yang akan membuahkan perbezaan pada cara anda berfikir dan rasa. Yang berikut ialah beberapa petua untuk merancang diet yang sihat (Robinson, Segal & Segal, 2015): (a) Petua Mudah untuk Berjaya (i) Sediakan makanan anda sendiri: Memasak makanan di rumah akan membantu anda menjaga pemakanan anda. Anda boleh memantau dengan tepat apa yang masuk ke dalam makanan anda. (ii) Buat perubahan yang tepat: Pilih makanan yang sihat hanya untuk diet anda. (iii) Mudahkan: Kira kalori anda; fikirkan diet anda dari segi warna, kepelbagaian dan kesegaran. Elakkan makanan yang dalam pek dan diproses serta pilihlah bahan yang lebih segar. (iv) Baca label: Berhati-hati dengan apa yang ada dalam makanan anda seperti jumlah gula dan garam yang tersembunyi dalam makanan berpek. (v) (b) Perasaan anda selepas makan: Ini akan membantu memupuk tabiat baharu yang sihat dan rasa makanan. Lebih banyak makanan sihat yang anda makan, anda akan rasa lebih segar selepas makan. Jangan makan makanan ringan kerana ia mengandungi lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Banyakkan Minum Air (i) Air boleh membantu dalam pembilasan sistem bahan buangan dan toksin kita. (ii) Anda boleh mengalami dehidrasi jika anda tidak minum air yang mencukupi dan tanda gejalanya ialah keletihan, kurang bertenaga dan sakit kepala. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) 88 (c) TOPIK 4 MEMAHAMI PEMAKANAN DAN DIET Kesederhanaan ialah Kunci Kejayaan (i) Ia bermakna makan apabila anda berasa lapar. (ii) Anda harus berasa puas selepas makan tetapi tidak terlampau kenyang. (iii) Dapatkan diet yang seimbang: Protein, lemak, serat, vitamin dan mineral untuk mengekalkan badan yang sihat. (d) (e) (f) Lebihkan Buah-buahan dan Sayur-sayuran Berwarna-warni (i) Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah rendah kalori dan padat dengan nutrien. Tumpukan kepada makan secara minimum lima hidangan harian buah-buahan dan sayur-sayuran yang disyorkan. (ii) Cuba makan pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna-warni setiap hari seperti buah-buahan dan sayur-sayuran dengan warna yang lebih terang yang mengandungi kepekatan yang lebih tinggi dari segi vitamin, mineral dan antioksidan. Anda boleh tambahkan buah beri pada bijirin untuk sarapan, buah-buahan untuk pencuci mulut dan makan snek sayur-sayuran seperti lobak merah, kacang pea atau ceri tomato dan bukannya makanan ringan yang diproses. Makan Lebih Banyak Karbohidrat yang Sihat dan Bijirin Penuh (i) Karbohidrat yang sihat (atau karbohidrat baik) termasuklah bijirin penuh, kacang, buah-buahan dan sayur-sayuran. Karbohidrat yang sihat dicerna perlahan-lahan, membantu anda berasa kenyang lebih lama dan menjadikan gula dalam darah dan tahap insulin anda stabil. (ii) Karbohidrat yang tidak sihat (atau karbohidrat jahat) ialah makanan seperti tepung putih, gula halus dan beras putih yang telah ditanggalkan semua bran, serat dan nutrien. Ia dihadamkan dengan cepat dan boleh menyebabkan kenaikan tinggi paras gula darah dan tenaga. Mengurangkan Pengambilan Gula dan Garam (i) Gula bukan sahaja menimbulkan masalah berat badan tetapi ia juga menyebabkan tenaga meningkat. Di samping itu, ia dikaitkan dengan diabetes, kemurungan dan peningkatan terhadap tingkah laku untuk membunuh diri bagi sesetengah orang. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) TOPIK 4 (ii) MEMAHAMI PEMAKANAN DAN DIET 89 Itulah sebabnya kita perlu mengurangkan jumlah gula-gula dan pencuci mulut yang kita makan. Walau bagaimanapun, ia hanya sebahagian daripada penyelesaian kerana gula juga tersembunyi dalam makanan seperti roti, bijirin, sup dalam tin dan sayur-sayuran, sos pasta, marjerin, kentang putar segera, makan malam sejuk beku, makanan rendah lemak, makanan segera dan sos tomato. (iii) Sodium ialah satu bahan lain yang sering ditambah kepada makanan untuk menambah rasa. Walau bagaimanapun, badan kita sebenarnya tidak memerlukan banyak sodium dalam pengambilan harian kita. (iv) Mengambil terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan menyebabkan peningkatan risiko strok, penyakit jantung, penyakit buah pinggang, hilang ingatan dan mati pucuk. 4.2.2 Diet Terapeutik Sekarang mari kita beralih kepada diet terapeutik. Apakah yang dimaksudkan dengan diet terapeutik? Diet terapeutik ialah pelan hidangan yang mengawal pengambilan makanan atau nutrien tertentu. Ia sebahagian daripada rawatan bagi keadaan perubatan dan biasanya diarahkan oleh doktor dan dirancang oleh pakar pemakanan. Diet terapeutik biasanya adalah pengubahsuaian diet biasa; ia diubah suai atau disediakan khusus untuk memenuhi keperluan pemakanan individu tertentu (Akademi Latihan IHSS, t. t.). Untuk modul ini, perbincangan mengenai diet terapeutik akan memberi tumpuan kepada diabetes, tekanan darah tinggi dan diet buah pinggang sahaja. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai penyakit lain daripada buku teks atau Internet. Mengapakah kita hanya memberi tumpuan kepada ketiga-tiga penyakit utama ini? Ini kerana ia penyakit biasa pada masa kini dan boleh memberi kesan kepada orang ramai pada semua peringkat umur. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) 90 (a) TOPIK 4 MEMAHAMI PEMAKANAN DAN DIET Diet Terapeutik untuk Diabetes Pertama, apakah yang dimaksudkan dengan diabetes? Diabetes ialah gangguan kronik yang dicirikan oleh glukosa dalam darah tinggi dan sama ada insulin tidak mencukupi atau tidak berkesan; bergantung pada jenis diabetes. Apakah fungsi insulin? Fungsi insulin adalah membantu dalam mengekalkan glukosa darah dalam had normal dan merangsang sintesis protein, sintesis glikogen dalam hati dan otot serta sintesis lemak (Whitney & Rolfes, 2002). Jadi, apakah yang dimaksudkan dengan diet diabetes? Dalam bidang perubatan, ia juga dikenali sebagai terapi pemakanan perubatan (MNT ă medical nutrion therapy) untuk pesakit diabetes. Ia mengenai pemakanan pelbagai jenis makanan berkhasiat dalam jumlah yang sederhana dan mengikut waktu makan yang tetap. Ia bukanlah diet terhad yang ketat tetapi MNT ialah pelan makanan sihat yang kaya dengan nutrien dan rendah lemak dan kalori. Malah, diet ini menekankan pemakanan buahbuahan, sayur-sayuran dan bijirin penuh; ia pelan pemakanan terbaik bagi semua orang untuk kekal sihat. Apakah makanan yang disyorkan untuk pesakit diabetes? Makanan yang disyorkan untuk pesakit diabetes adalah seperti yang berikut: (i) Karbohidrat yang sihat: Pesakit boleh mengambil buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh dan produk tenusu rendah lemak untuk mendapatkan karbohidrat ringkas. (ii) Makanan kaya serat: Ia penting untuk mengurangkan risiko penyakit jantung dan membantu dalam mengawal gula dalam darah. Contohnya, sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang, biji kacang, tepung gandum penuh dan bran gandum. (iii) Ikan: Pesakit boleh makan ikan sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Ikan boleh menjadi alternatif yang baik kepada daging tinggi lemak. Sebagai contoh, ikan kod, tuna dan halibut mempunyai jumlah lemak, lemak tepu dan kolesterol yang kurang daripada daging dan ayam. Ikan seperti salmon, tenggiri, tuna dan sardin yang kaya dengan asid lemak omega-3 yang boleh menggalakkan kesihatan jantung dengan menurunkan lemak darah yang dikenali sebagai trigliserida. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) TOPIK 4 MEMAHAMI PEMAKANAN DAN DIET 91 (iv) Lemak „baik‰: Kebanyakan lemak adalah berkalori tinggi. Walau bagaimanapun, makanan yang mengandungi lemak mono tak tepu dan poli tak tepu seperti avokado, badam, kacang pekan, walnut, buah zaitun, minyak kanola, minyak zaitun dan minyak kacang tanah boleh membantu menurunkan paras kolesterol anda. Ambil perhatian bahawa penyakit diabetes boleh meningkatkan risiko penyakit jantung dan strok dengan mempercepatkan pembentukan arteri tersumbat dan keras. Yang berikut ialah makanan yang anda perlu elakkan jika anda ada diabetes: (i) Lemak tepu: Produk tenusu tinggi lemak dan protein haiwan seperti daging lembu, hot dog, sosej dan bakon mengandungi banyak lemak tepu. Anda harus mengehadkan makanan ini untuk memastikan anda dapat kekal sihat. (ii) Lemak trans: Lemak ini boleh didapati dalam makanan ringan yang diproses, makanan yang dipanggang, lelemak dan marjerin, serta harus dielakkan sepenuhnya. (iii) Kolesterol: Sumber kolesterol termasuklah produk tenusu yang tinggi lemak dan protein haiwan yang tinggi lemak, kuning telur, kerang, hati dan organ lain dalaman haiwan. Itulah sebabnya mengapa anda harus mengehadkan pengambilan anda. (iv) Sodium: Sasarkan pengambilan kurang daripada 2,300mg sodium sehari. Sodium yang tinggi amat tidak digalakkan kerana ia boleh meningkatkan risiko untuk mendapat tekanan darah tinggi dan penyakit lain. (b) Diet Terapeutik untuk Tekanan Darah Tinggi (HBP High Blood Pressure) Sekarang mari kita lihat HBP. Tekanan darah tinggi atau hipertensi ialah satu penyakit. Walaupun ia biasanya tidak mempunyai gejala, HBP boleh memberi kesan pada kesihatan yang boleh membawa maut jika tidak dirawat dengan sewajarnya. Memakan diet jantung sihat adalah sangat penting untuk menguruskan tekanan darah dan mengurangkan risiko serangan jantung, penyakit jantung, strok dan penyakit lain. Persatuan Jantung Amerika mencadangkan menggunakan diet melalui Pendekatan Pemakanan untuk Menghentikan Hipertensi (DASH Dietary Approaches to Stop Hypertension). Ia pendekatan diet sepanjang hayat untuk tabiat pemakanan sihat yang menggalakkan atau membantu dalam mencegah tekanan darah tinggi. Diet DASH ini menggalakkan anda mengurangkan natrium (sodium) dalam diet anda dan makan pelbagai Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) 92 TOPIK 4 MEMAHAMI PEMAKANAN DAN DIET jenis makanan yang kaya dengan nutrien yang dapat membantu tekanan darah yang lebih rendah seperti kalium (potasium), kalsium dan magnesium (Mayo Clinic, 2015). Apakah diet yang terkandung dalam diet DASH? Berpandukan diet ini, apakah pemakanannya? Untuk kekal sihat, anda perlu mengikuti diet yang disyorkan untuk mencegah penyakit ini (rujuk Jadual 4.5). Jadual 4.5: Makanan untuk Mencegah Penyakit Tekanan Darah Tinggi Makanan Bijirin Deskripsi • Enam hingga lapan hidangan sehari. • Roti, bijirin, nasi dan pasta. Sayur-sayuran • Empat hingga lima hidangan sehari. • Tomato, lobak merah, brokoli, ubi keledek, sayur-sayuran dan sayur-sayuran lain yang penuh dengan serat, vitamin dan mineral seperti kalium dan magnesium. Buah-buahan • Empat hingga lima hidangan sehari. Hasil tenusu • Dua hingga tiga hidangan sehari. • Susu, dadih, keju dan produk tenusu lain ialah sumber utama kalsium, vitamin D dan protein. • Pilih produk tenusu yang rendah lemak. Daging tanpa lemak, ayam/ itik dan ikan • Enam atau kurang hidangan sehari. Kacang, biji kacang dan kekacang • Empat hingga lima hidangan seminggu. Lemak dan minyak • Dua hingga tiga hidangan sehari. • Daging boleh menjadi sumber yang kaya dengan protein, vitamin B, zat besi dan zink. • Badam, biji bunga matahari, kacang parang, kacang pea, kacang merah dan makanan lain dalam kumpulan kekacang ini merupakan sumber terbaik magnesium, kalium dan protein. • Lemak membantu badan anda menyerap vitamin dan membantu sistem imun badan anda. • Walau bagaimanapun, terlalu banyak lemak boleh meningkatkan risiko penyakit jantung, diabetes dan obesiti. Makanan yang manis • Lima kali atau kurang makanan yang manis dalam seminggu. • Apabila anda makan makanan yang manis, pilih yang bebas lemak atau rendah lemak seperti serbat, ais buah-buahan, gulagula jeli, gula-gula keras atau biskut rendah lemak. Sumber: Mayo Clinic (2013) Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) TOPIK 4 MEMAHAMI PEMAKANAN DAN DIET 93 Satu perkara penting yang perlu diingat: Minum alkohol terlalu banyak boleh meningkatkan tekanan darah. Diet DASH ini mengesyorkan lelaki dewasa mengehadkan minuman beralkohol kepada dua gelas atau kurang dalam sehari dan wanita hanya satu gelas atau kurang. Walau bagaimanapun, diet DASH tidak menyatakan penggunaan kafein. Pengaruh kafein terhadap tekanan darah masih tidak jelas. Namun kafein boleh menyebabkan tekanan darah anda meningkat buat sementara waktu. (c) Diet Terapeutik untuk Masalah Buah Pinggang Jika anda telah didiagnosis dengan masalah buah pinggang seperti penyakit buah pinggang kronik, anda mungkin perlu mengubah diet anda. Perubahan ini termasuk: (i) Mengehadkan cecair. (ii) Makan diet yang rendah protein. (iii) Mengehadkan garam, kalium, fosforus dan elektrolit lain. (iv) Mendapatkan kalori yang mencukupi jika anda kehilangan berat badan. Diet ini untuk mengekalkan keseimbangan tahap elektrolit, mineral dan cecair di dalam badan anda terutamanya apabila anda mempunyai penyakit buah pinggang kronik atau menjalani rawatan dialisis. Individu yang menjalani dialisis perlu mengikuti diet yang khas ini untuk mengehadkan bahan buangan yang terbentuk di dalam badan. Pengehadan cecair antara rawatan dialisis adalah sangat penting kerana kebanyakan orang yang menjalani dialisis membuang air kecil dalam kuantiti yang sangat sedikit disebabkan oleh kerosakan buah pinggang mereka. Tanpa membuang air kecil, cecair akan terkumpul di dalam badan dan menyebabkan cecair terlalu banyak di jantung, paru-paru dan pergelangan kaki, dan boleh menyebabkan komplikasi lain. SEMAK KENDIRI 4.2 Bezakan antara diet yang sihat dengan diet terapeutik. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) 94 TOPIK 4 MEMAHAMI PEMAKANAN DAN DIET AKTIVITI 4.6 1. Syorkan satu diet yang sesuai untuk pesakit dengan tekanan darah tinggi. 2. Rancang diet yang betul untuk pesakit diabetes. 3. Bincangkan kelebihan makanan organik berbanding makanan biasa. 4. Terangkan potensi faedah makanan yang diubah suai secara genetik untuk masyakat. Makanan bukan sekadar alat untuk kelangsungan hidup. Komponen diet yang sihat ialah protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air. Individu daripada kumpulan umur yang berlainan memerlukan jenis makanan yang berbeza. Kumpulan populasi khas termasuklah kanak-kanak dan remaja, pelajar kolej, orang dewasa, atlet dan wanita hamil. Pemakanan yang sihat adalah mengenai perasaan yang hebat, mempunyai lebih banyak tenaga, meningkatkan pandangan dan menstabilkan angin anda. Diet terapeutik ialah pelan hidangan yang mengawal pengambilan makanan tertentu atau nutrien. Diet terapeutik ialah pengubahsuaian diet yang biasa. Ia diubah suai atau disesuaikan untuk memenuhi keperluan pemakanan individu. Diabetes adalah gangguan kronik yang dicirikan oleh glukosa darah tinggi; sama ada insulin tidak mencukupi atau tidak berkesan dan bergantung pada jenis diabetes. Persatuan Jantung Amerika mencadangkan menggunakan diet DASH kerana ia diet pendekatan sepanjang hayat kepada tabiat pemakanan sihat yang menggalakkan atau membantu dalam mencegah tekanan darah tinggi. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) TOPIK 4 MEMAHAMI PEMAKANAN DAN DIET 95 Penting untuk mengekalkan keseimbangan tahap elektrolit, mineral dan cecair di dalam badan anda apabila anda mempunyai penyakit buah pinggang kronik atau menjalani rawatan dialisis. Air Lipid Antioksidan Lipoprotein ketumpatan rendah (LDL low-density lipoprotein) Asid amino Cabaran pemakanan Diabetes Diet yang sihat Diet terapeutik Glukosa Lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL high-density lipoprotein ) Masalah buah pinggang Mineral Protein Karbohidrat Tekanan darah tinggi (HBP high blood pressure ) Koenzim Vitamin Lemak Better Health Channel. (2015). Water: A vital nutrient. Dicapai dari http:// www.betterhealth.vic.gov.au/bhcv2/bhcpdf.nsf/ByPDF/Water_a_vital_ nutrient/$File/Water_a_vital_nutrient.pdf Blakely, T. (2013). A fat week: Debates about saturated fat that will not go away. Dicapai dari http://blogs.otago.ac.nz/pubhealthexpert/2013/10/29/afatweek-debates-about-saturated-fat-that-will-not-go-away/ Carruthers, F. (2006). The facts about vitamins and minerals. Dicapai dari http:// www.healthyfood.co.nz/articles/2006/december/the-facts-aboutvitaminsand-minerals Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) 96 TOPIK 4 MEMAHAMI PEMAKANAN DAN DIET IHSS Training Academy. (t. t.). Types of therapeutic diets. Dicapai dari http:// www.cdss.ca.gov/agedblinddisabled/res/VPTC2/9%20Food%20Nutrition %20and%20Preparation/Types_of_Therapeutic_Diets.pdf Insel, P. M., & Roth, W. T. (2008). Core concepts in health (Ed. ke-10). Boston, MA: McGraw-Hill. Mayo Clinic. (2013). DASH diet: Healthy eating to lower your blood pressure. Dicapai dari http://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/nutritionandhealthy-eating/in-depth/dash-diet/art-20048456 Mayo Clinic. (2015). Sample menus for the DASH diet. Dicapai dari http:// www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/nutrition-and-healthyeating/indepth/dash-diet/art-20047110?pg=1 National Coordinating Committee on Food and Nutrition, Ministry of Health Malaysia. (2010). Malaysian dietary guidelines. Dicapai dari http://dg. cnsoc.org/upload/affix/20140818104029708.pdf Robinson, L., Segal, J., & Segal, R. (2015). Healthy eating. Dicapai dari www.helpguide.org/articles/healthy-eating/healthy-eating.htm http:// Whitney, E. N., & Rolfes, S. R. (2002). Understanding nutrition (Ed. ke-9). Victoria, Australia: Wadsworth Thomson Learning. Williams, M. H., Anderson, D. E., & Rawson, E. S. (2013). Nutrition for health, fitness and sport (Ed. ke-10). New York, NY: McGraw-Hill. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) Topik 5 Mengekalkan Berat Badan HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan konsep pengurusan berat badan; 2. Mengenal pasti punca obesiti; 3. Membezakan antara dua jenis gangguan pemakanan; dan 4. Merancang teknik pengurusan berat badan. PENGENALAN Adakah anda gembira dengan berat badan anda? Adakah anda menimbang berat anda setiap pagi dan berasa tidak puas hati? Bagaimanakah anda rasa apabila anda melihat penimbang itu? Diharapkan anda tidak merosakkan penimbang itu, bukan seperti paparan kartun dalam Rajah 5.1! Rajah 5.1: „Bahaya pekerjaan‰ untuk penimbang berat Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) 98 TOPIK 5 MENGEKALKAN BERAT BADAN Adakah anda bersetuju bahawa kebanyakan orang berfikir mereka perlu berat lebih atau kurang daripada berat ideal mereka? Mengapakah mereka berfikir seperti ini? Ya, sebab utama perkara ini berlaku biasanya kerana penampilan mereka! Penampilan kita mempunyai kaitan yang sangat ketara untuk berat badan kita. Contohnya, saiz pakaian anda. Cuba ingat kembali saiz pakaian anda ketika berusia 20 tahun. Adakah ia sama seperti saiz anda sekarang? Jika jawapannya tidak, maka ada dua kemungkinan; sama ada saiz anda telah berkurangan atau bertambah. Jika saiz anda telah berkurangan, baguslah! Syabas untuk anda! Namun jika saiz badan anda telah bertambah, maka anda perlu renungkan pemakanan dan aktiviti fizikal semasa anda. Sebahagian besar daripada kita mempunyai imej kita sendiri atau persepsi bagaimana kita ingin dilihat, terutamanya jika ia melibatkan berat badan kita. Kadangkala kita perlu mengubah cara kita dilihat untuk memastikan kita mencapai imej yang kita mahukan. Perubahan mungkin diperlukan untuk mencapai berat badan yang ideal terutamanya untuk mencapai penampilan yang baharu. Penampilan fizikal seseorang boleh meningkatkan harga diri seseorang. Oleh itu, dalam perkara ini, kita akan membincangkan beberapa aspek berkaitan mengekalkan berat badan. Kami yakin anda setuju bahawa mengurangkan berat badan bukanlah tugas yang mudah. Jika anda gagal untuk mengekalkan berat badan ideal anda, berat badan anda yang hilang akan naik semula. Dalam usaha untuk memastikan anda memahami konsep pengekalan berat badan, kita akan melihat komponen asas pengurusan berat badan. Selamat belajar! 5.1 KONSEP ASAS PENGURUSAN BERAT BADAN Subtopik pertama ini membincangkan dua konsep asas pengurusan berat badan. Dengan ini diharapkan pada akhir subtopik ini, anda boleh membincangkan pengurusan berat badan dengan keluarga dan rakan anda. Dua konsep asas pengurusan berat badan ialah indeks jisim tubuh (BMI ă body mass index) dan komposisi tubuh. Bagaimanakah kita membezakannya? Mari kita cari jawapannya dalam subtopik berikut. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) TOPIK 5 5.1.1 MENGEKALKAN BERAT BADAN 99 Indeks Jisim Tubuh (BMI – Body Mass Index) Apakah indeks jisim tubuh (BMI)? Apakah maksudnya? Indeks jisim tubuh ialah indeks mudah untuk berat bagi ketinggian yang biasa digunakan untuk mengklasifikasikan orang dewasa yang kurang berat badan, berat badan berlebihan dan obesiti. WHO (2015) Bagaimanakah kita mengira BMI? Ia dikira menggunakan formula berat badan seseorang dalam kilogram dibahagikan dengan kuasa dua ketinggiannya dalam meter (kg/m2) (WHO, 2015). Rajah 5.2 menunjukkan anda formula untuk mengira BMI. Rajah 5.2: Cara mengira indeks jisim tubuh (BMI) Sumber: http://www.the-health-magazine.com Pada masa kini, terdapat banyak aplikasi komputer dan laman web yang boleh melakukan pengiraan untuk anda. Anda boleh mencuba salah satunya di laman web ini http://goo.gl/zURa85. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) 100 TOPIK 5 MENGEKALKAN BERAT BADAN Ambil perhatian bahawa mengira BMI untuk kanak-kanak dan remaja adalah lebih kompleks daripada orang dewasa kerana ia merangkumi kedua-dua jantina dan umur (Insel & Roth, 2008). Tahukah anda BMI digunakan sebagai alat saringan untuk mengenal pasti masalah berat badan pada kanak-kanak? Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC ă Centres for Disease Control and Prevention) (2015) telah membangunkan carta BMI pertumbuhan umur untuk kanak-kanak perempuan dan kanak-kanak lelaki yang boleh dirujuk untuk memberikan persentil mengikut jantina dan umur kanak-kanak atau remaja (Williams, Anderson & Rawson, 2013). Ini ditunjukkan dalam Rajah 5.3. Rajah 5.3: Persentil BMI bagi kanak-kanak dan remaja oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Sumber: http://nccd.cdc.gov BMI tidak mendedahkan apa-apa mengenai komposisi tubuh. Oleh itu, kita memerlukan satu lagi kaedah untuk menilai komposisi tubuh yang sebenar. Ini akan diterangkan dalam subtopik seterusnya. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) TOPIK 5 5.1.2 MENGEKALKAN BERAT BADAN 101 Komposisi Tubuh Apakah yang dimaksudkan dengan komposisi tubuh? Komposisi tubuh ialah apa yang membentuk tubuh manusia. Tubuh manusia terbahagi kepada jisim bebas lemak dan jisim tubuh (lemak). Jisim bebas lemak termasuklah tisu tanpa lemak seperti tulang, otot, air, tisu perantara, tisu organ dan gigi manakala lemak badan termasuklah lemak yang tergabung dalam saraf, otak, jantung, paru-paru, hati dan kelenjar mamari. Bagaimanakah kita mengira komposisi tubuh? Kita boleh melakukannya dengan menggunakan analisis komposisi tubuh. Analisis komposisi tubuh ialah ujian fizikal yang mengukur perkadaran pelbagai komponen tubuh badan seseorang. Dengan kata lain, ia prosedur penting dalam menentukan peratusan lemak badan anda. Jenis analisis komposisi tubuh yang paling biasa ialah BMI. Komposisi tubuh boleh ditukar untuk membaiki penampilan dan perasaan anda dengan mengekalkan diet yang sihat. Walau bagaimanapun, kita tidak akan meneroka dengan lebih lanjut bagi butiran komposisi tubuh dalam topik ini. Jika anda memerlukan maklumat lanjut mengenai perkara tersebut, anda boleh melayari Internet dan membaca mengenainya. Namun, perlu diingat bahawa fakta paling penting yang anda perlu tahu ialah faktor yang menyebabkan lemak badan yang berlebihan. Sebahagian besar daripada kita mendakwa bahawa kita mengikuti diet yang betul tetapi masih bertambah berat badan. Mengapakah begitu? Ini kerana berat badan dan komposisi tubuh kita ditentukan oleh pelbagai faktor yang mungkin berbeza daripada seorang individu dengan individu lain. Faktor tersebut boleh digolongkan mengikut genetik, fisiologi, gaya hidup dan psikososial. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) 102 TOPIK 5 MENGEKALKAN BERAT BADAN Keempat-empat faktor tersebut dijelaskan dengan lebih lanjut dalam Jadual 5.1. Jadual 5.1: Empat Faktor yang Menyebabkan Lebihan Lemak Badan Faktor Deskripsi Genetik Gen mempengaruhi saiz dan bentuk badan, agihan lemak badan dan kadar metabolisme. Gen yang anda warisi daripada ibu bapa boleh mempengaruhi berat badan anda tetapi gaya hidup yang anda amalkan boleh mengubahnya! Anda perlu ingat fakta ini. Fisiologi Faktor ini termasuklah metabolisme, hormon, sel lemak dan keinginan kuat terhadap karbohidrat. Perubahan pada diet boleh mengubah faktor ini daripada buruk kepada baik. Gaya hidup Makan dan aktiviti fizikal mempengaruhi berat badan kita. Majoriti orang dewasa dan kanak-kanak yang mempunyai berat badan berlebihan akan mengaku mereka terlebih makan, mengambil makanan yang tinggi lemak, tinggi kandungan gula dan tinggi kalori. Di samping itu, kemudahan teknologi moden seperti alat kawalan jauh, lif dan eskalator telah mengurangkan beberapa aktiviti fizikal harian kita. Untuk menjadikan situasi ni lebih teruk, kebanyakan kita mempunyai gaya hidup sedentari (tidak aktif). Gaya hidup sedentari ini menyebabkan peningkatan berat badan. Psikososial Makanan ialah alat yang sangat berkuasa untuk mengatasi emosi negatif dan tekanan. Sesetengah orang cuba mengalihkan perhatian mereka daripada masalah mereka dengan makan. Dalam sesetengah budaya, makanan telah digunakan sebagai simbol kasih sayang dan prihatin. Ia juga telah menjadi sebahagian daripada sambutan keraian bagi sesetengah budaya. Anda boleh melayari laman web yang disenaraikan untuk penjelasan lanjut mengenai empat faktor tersebut: (a) Research Chair in Obesity di http://goo.gl/nqq9wz (b) Harvard Health Publications di http://goo.gl/5gYwlJ SEMAK KENDIRI 5.1 Bentuk satu kumpulan yang terdiri daripada tiga atau empat orang dalam kuliah tutorial anda dan bincangkan faktor yang menyebabkan lemak badan berlebihan. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) TOPIK 5 5.2 MENGEKALKAN BERAT BADAN 103 OBESITI Sekarang mari kita lihat tentang obesiti. Diharapkan pada akhir subtopik ini, anda akan dapat mengenal pasti punca obesiti. Adakah anda sedar bahawa pemakanan yang sihat pada masa ini semakin diutamakan di banyak negara? Ini kerana kenaikan kadar berat badan berlebihan dan obesiti di seluruh dunia (lihat Rajah 5.4). Rajah 5.4: Berat badan berlebihan dan kadar obesiti di seluruh dunia Sumber: http://www.nbcnews.com Berat badan berlebihan dan obesiti telah mengubah cara kita melihat pemakanan. Peralihan pemakanan ialah istilah yang merujuk kepada perubahan dalam struktur diet, gaya hidup sedentari dan peningkatan pesat dalam kadar obesiti (Ismawati, Zainalabidin & Golnaz, 2014; Wan Nazaimoon et al., 2011). Berdasarkan laporan WHO pada tahun 2010, Malaysia telah dinilai sebagai Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) 104 TOPIK 5 MENGEKALKAN BERAT BADAN negara keenam dengan kadar obesiti tertinggi di Asia Tenggara (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2010). Adakah kita akan „mengekalkan‰ rekod ini? Sudah tentu tidak! Oleh sebab itu kita perlu menjalani gaya hidup sihat. Apakah yang dimaksudkan dengan berat badan berlebihan dan obesiti? Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO, 2015) mendefinisikan BMI melebihi atau sama dengan 25 sebagai berat badan berlebihan dan BMI melebihi atau sama dengan 30 sebagai obesiti. Ini digambarkan dalam Rajah 5.5. Rajah 5.5: Indeks jisim tubuh (BMI) untuk berat badan berlebihan dan obesiti Perlu diingat bahawa menjadi obes atau berat badan berlebihan bukanlah mengenai estetika tetapi lebih kepada berisiko tinggi mengalami masalah kesihatan. Beberapa masalah kesihatan yang berkaitan dengan isu berat badan diterangkan dalam Jadual 5.2. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) TOPIK 5 MENGEKALKAN BERAT BADAN 105 Jadual 5.2: Masalah Kesihatan yang Berkaitan Obesiti Masalah Kesihatan Penyakit jantung Penerangan Dengan meningkatnya BMI anda, begitu juga risiko masalah jantung. Masalah ini berlaku apabila plak terbentuk dalam arteri koronari atau arteri yang membekalkan otot jantung anda dengan darah dan mengurangkan aliran darah ke otot jantung. Plak yang terkumpul pada dinding bahagian dalam arteri anda diperbuat daripada pelbagai bahan yang beredar dalam darah anda. Ini termasuklah kalsium, lemak, kolesterol, bahan buangan selular dan fibrin, bahan yang terlibat dalam pembekuan darah. Ketika deposit plak berkembang, ia menyebabkan keadaan yang dipanggil aterosklerosis. Keadaan ini menyebabkan arteri menjadi sempit dan keras. Jika anda mempunyai berat badan berlebihan, anda mungkin mengalami tekanan darah tinggi, diabetes dan aterosklerosis. Kesemua syarat ini akan meletakkan anda pada risiko tinggi penyakit kardiovaskular. Obesiti boleh menyebabkan keadaan jantung anda mungkin tidak dapat mengepam darah yang mencukupi untuk memenuhi keperluan badan anda. Tekanan darah tinggi Tekanan darah adalah daya tekanan darah menolak ke arah dinding arteri. Jika tekanan meningkat untuk tempoh masa yang panjang, ia boleh merosakkan badan kita dalam pelbagai cara. Peluang mendapat keadaan ini adalah lebih tinggi jika anda obes. Strok Apabila anda mempunyai berat badan berlebihan atau obes, plak boleh dengan mudah terbentuk dalam arteri. Jika kawasan plak pecah, darah beku mungkin terbentuk dan keadaan ini boleh menyebabkan penyumbatan darah dan aliran oksigen ke otak. Risiko strok adalah lebih tinggi jika BMI anda lebih tinggi. Diabetes (Jenis 2) Diabetes dalam perkataan yang mudah bermakna tahap tinggi glukosa dalam darah kita. Bagi diabetes Jenis 2, sel badan anda gagal untuk menggunakan insulin dengan betul. Seseorang yang mempunyai berat badan berlebihan lebih cenderung untuk mendapat diabetes Jenis 2 jika mereka gagal menurunkan berat badan. Anda boleh melayari laman web ini untuk maklumat lebih lanjut mengenai masalah kesihatan yang berkaitan dengan obesiti di http://goo.gl/T16QGR. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) 106 TOPIK 5 MENGEKALKAN BERAT BADAN AKTIVITI 5.1 1. Bincangkan halangan untuk pemakanan sihat yang menyebabkan obesiti dalam kalangan rakyat Malaysia. 2. Jelaskan tindakan untuk menyelesaikan masalah ini. 5.3 GANGGUAN PEMAKANAN Marilah kita alihkan perhatian kita kepada masalah gangguan pemakanan. Kami berharap pada akhir subtopik ini, anda akan dapat membezakan antara dua jenis gangguan pemakanan (lihat Rajah 5.6). Pertama, mari kita lihat definisi gangguan pemakanan. Gangguan pemakanan boleh didefinisikan sebagai keadaan yang serius berkaitan dengan tabiat pemakanan secara berterusan yang memberi kesan negatif kepada kesihatan, emosi dan keupayaan anda untuk berfungsi. Rajah 5.6: Dua jenis gangguan pemakanan Seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.6, terdapat dua keadaan tabiat pemakanan melampau yang menyebabkan gangguan pemakanan. Pertama, seseorang yang makan terlalu banyak dan suka makan berdepan dengan risiko mengalami obesiti. Gangguan ini dikenali sebagai bulimia nervosa. Kedua, Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) TOPIK 5 MENGEKALKAN BERAT BADAN 107 seseorang yang enggan makan berisiko terhadap keadaan yang ekstrem yang dikenali sebagai anoreksia nervosa. Remaja dan wanita muda ialah kumpulan individu yang banyak mengalami gangguan pemakanan. Mengapakah gangguan pemakanan ini merbahaya untuk kesihatan kita? Kita akan melihat setiap gangguan ini secara dekat dalam subtopik seterusnya. 5.3.1 Anoreksia Nervosa Bagaimanakah kita mendefinisikan anoreksia nervosa? Yang berikut ialah definisinya untuk anda memahami maksud anoreksia nervosa. Anoreksia nervosa ialah gangguan yang kompleks yang mempunyai tiga ciri penting, iaitu keengganan untuk mengekalkan badan yang ideal dan sihat, takut mengalami kenaikan berat badan dan imej tubuh yang terherot (distorted). Rajah 5.7 menunjukkan anda bagaimana rupa penghidap anoreksia nervosa. Rajah 5.7: Imej penghidap anoreksia nervosa Sumber: www.freakingnews.com Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) 108 TOPIK 5 MENGEKALKAN BERAT BADAN Anda boleh melayari pautan YouTube ini untuk memahami dengan lebih baik mengenai masalah ini di https://goo.gl/W2AycE. Bagi mereka yang menghidap anoreksia nervosa, kehidupan mereka menjurus ke arah usaha berterusan untuk kurus; mereka sanggup melakukan perkara yang ekstrem untuk menurunkan berat badan, walaupun mereka sudah kurus kering. Anoreksia bukan mengenai makanan atau berat badan tetapi adalah lebih rumit daripada itu. Seseorang yang mengalami keadaan ini boleh mati jika tidak mendapatkan rawatan yang sewajarnya. Mujurlah, pemulihan boleh dilakukan jika mereka mahu berubah. Terdapat dua jenis anoreksia nervosa seperti yang dinyatakan dalam Jadual 5.3. Jadual 5.3: Dua Jenis Anoreksia Nervosa Pengehadan Penyingkiran Penurunan berat badan dapat dicapai dengan mengehadkan bilangan kalori. Contohnya, mengikut diet yang drastik, berpuasa dan bersenam secara berlebihan. Penurunan berat badan dapat dicapai dengan muntah atau menggunakan julap dan diuretik. Sekarang mari kita bincangkan tentang ciri anoreksia nervosa. Apakah ciri tersebut? Orang yang mempunyai anoreksia nervosa biasanya introvert, emosinya terpendam dan kurang keyakinan sosial. Di samping itu, perasaan harga diri mereka berkait rapat sepenuhnya dengan cara mereka menilai bentuk badan dan berat badan mereka (Insel & Roth, 2008). Apakah risiko kesihatan jika anda mempunyai anoreksia nervosa? Kesan terhadap kesihatan yang boleh berlaku termasuklah perkara berikut: (a) Bagi wanita, ia boleh menghentikan haid kerana kehilangan berat badan yang melampau; (b) Tidak tahan suhu sejuk; (c) Tekanan darah rendah; dan (d) Kadar jantung rendah. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) TOPIK 5 MENGEKALKAN BERAT BADAN 109 Tahukah anda apabila lemak badan hampir hilang dan otot tersusut teruk, badan kita akan beralih kepada organ sendiri dalam usaha terdesak untuk mencari protein? Itulah sebabnya ia mungkin menjadi punca utama kematian bagi pesakit anoreksia nervosa. Di samping itu, keadaan terdesak untuk mereka kelihatan kurus boleh menjadi salah satu daripada sebab mereka membunuh diri. Jadi bagaimanakah kita mengatasi masalah ini? Dalam usaha untuk memastikan penyakit serius ini dirawat mengikut ciri penyakit tersebut, anda mesti tahu cara mengatasinya. Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah mengelakkan krisis perubatan dengan memastikan berat badan yang mencukupi, seterusnya mengatasinya dengan kaunseling psikologi. 5.3.2 Bulimia Nervosa Sekarang mari kita lihat tentang bulimia nervosa. Bulimia nervosa juga ialah gangguan pemakanan yang serius dan berpotensi mengancam nyawa. Orang yang menghidap bulimia mungkin makan banyak mengikut nafsu (binge-eating) secara rahsia dan kemudian cuba menyingkirkannya, bagi membuang kalori tambahan dengan cara yang tidak sihat. Contohnya, seseorang dengan bulimia nervosa boleh memaksa dirinya untuk muntah atau melibatkan diri dalam senaman yang berlebihan (lihat Rajah 5.8). Rajah 5.8: Memuntahkan makanan selepas makan adalah salah satu ciri bulimia nervosa Sumber: http://amarhealth.com Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) 110 TOPIK 5 MENGEKALKAN BERAT BADAN Kadangkala, terdapat orang menyingkirkan makanan selepas makan hanya satu snek kecil atau makanan saiz normal. Adakah anda pernah mendengar manamana selebriti terkenal yang mempunyai masalah ini? Bulimia boleh dikategorikan dalam dua jenis seperti yang dijelaskan dalam Jadual 5.4. Jadual 5.4: Dua Jenis Bulimia Nervosa Penyingkiran Bukan Penyingkiran Sering mendorong diri sendiri untuk muntah atau penyalahgunaan julap, diuretik atau enema selepas makan banyak mengikut nafsu. Menggunakan kaedah lain untuk membakar kalori dan mencegah peningkatan berat badan, seperti puasa, diet yang ketat atau senaman yang berlebihan. Apakah yang anda fikirkan tentang ciri-ciri seseorang dengan bulimia nervosa? Seseorang bulimia dalam keadaan makan banyak mengikut nafsu, akan memakan banyak makanan dan ini biasanya diikuti dengan penyingkiran, muntah atau menggunakan julap. Mereka sentiasa kelihatan makan seperti biasa tetapi dalam keadaan sebenar, mereka tidak merasa gembira apabila dikelilingi oleh makanan. Faktor yang boleh menyumbang kepada masalah ini adalah perubahan dalam kehidupan seperti baru melahirkan bayi, kehilangan pekerjaan atau tekanan. Apakah risiko kesihatan gangguan pemakanan ini? Salah satu risikonya ialah kerosakan gigi. Kerosakan gigi boleh terjadi kerana pengambilan gula yang banyak. Di samping itu, berulang-ulang muntah atau penggunaan julap dengan kombinasi kurang pengambilan kalori boleh merosakkan hati dan buah pinggang dan boleh menyebabkan ritma jantung yang tidak normal (aritmia jantung). Terdapat banyak lagi kesan kesihatan bulimia nervosa yang anda boleh membacanya dengan lebih mendalam di mana-mana laman web yang berkaitan. Salah satu contoh adalah dari laman web ini di http://goo.gl/K8dBXX. Jadi bagaimanakah kita merawat penyakit ini? Seseorang yang mengalami bulimia nervosa perlu menstabilkan corak pemakanan dan meningkatkan kemahiran menghadapi penyakit mereka. Untuk rawatan perubatan, mereka perlu mendapatkan nasihat daripada pakar psikiatri dan pakar pemakanan yang bertauliah. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) TOPIK 5 MENGEKALKAN BERAT BADAN 111 SEMAK KENDIRI 5.2 Buat satu jadual yang membezakan antara anoreksia nervosa dan bulimia nervosa. Gunakan „Definisi‰, „Ciri‰, „Risiko Kesihatan‰ dan „Rawatan‰ sebagai elemen perbandingan. AKTIVITI 5.2 Bayangkan anda menderita akibat gangguan pemakanan. Apakah langkah yang anda boleh ambil apabila anda menyedari bahawa hidup anda adalah lebih bernilai daripada masalah yang anda hadapi? 5.4 TEKNIK PENGURUSAN BERAT BADAN Akhir sekali, sebelum kita akhiri topik menarik ini, mari kita belajar cara untuk menguruskan berat badan kita. Diharapkan pada akhir subtopik ini, anda akan dapat merancang pengurusan berat badan anda sendiri dengan menggunakan teknik yang sesuai. Apakah yang boleh kita lakukan untuk mendapatkan berat badan ideal? Senaman? Mengehadkan apa yang kita makan? Kebanyakan daripada kita akan memilih pilihan yang kedua tetapi mengapakah anda perlu menderita apabila anda boleh menikmati makanan anda dengan merancang diet anda. Hanya perlu ingat bahawa anda mesti tahu cara untuk memastikan anda mendapat berat badan ideal dan kekal sihat. Dalam usaha untuk memastikan sasaran ini dicapai, anda perlu mempelajari teknik pengurusan berat badan. Pertama, mari kita lihat amalan gaya hidup sihat untuk pengurusan berat badan yang berjaya. (a) Tabiat Diet dan Makan Rancang diet anda dan nikmati makanan pilihan anda. Anda boleh rujuk pada mana-mana piramid makanan untuk membuat pilihan (lihat Rajah 5.9). Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) 112 TOPIK 5 MENGEKALKAN BERAT BADAN Rajah 5.9: Piramid makanan Sumber: https://tiffanycodilla.wordpress.com Ambil perhatian bahawa anda juga perlu memberi fokus kepada jumlah keseluruhan ambilan kalori dan saiz bahagian supaya dapat menyesuaikan tabiat pemakanan berdasarkan keperluan anda. (b) Aktiviti Fizikal dan Senaman Kami yakin anda bersetuju bahawa senaman secara kerap adalah sangat penting dalam pengurusan berat badan. Dalam usaha untuk mendapatkan berat badan ideal, anda perlu membakar kalori dan menggerakkan metabolisme agar badan menggunakan makanan sebagai tenaga dan bukan menyimpannya sebagai lemak. Terdapat banyak aktiviti yang boleh anda cuba seperti berjalan, berkebun, membuat kerja rumah, menari atau Zumba. Anda boleh memilih pilihan aktiviti anda sendiri untuk membakar kalori anda. (c) Pemikiran dan Emosi Sedarkah anda bahawa kedua-dua aspek tersebut adalah sangat penting dalam pengurusan berat badan? Ini adalah kerana apa yang masuk ke dalam kepala anda adalah pengaruh utama yang boleh mengubah pemikiran anda tentang gaya hidup anda untuk mendapatkan berat badan ideal. Secara umumnya, orang yang gemuk mempunyai harga diri yang rendah. Jadi, untuk berubah, anda perlu mengubah cara pemikiran anda; fikiran negatif akan menghalang anda daripada membuat satu permulaan. Oleh itu, anda perlu berfikir bahawa anda boleh melakukannya kerana Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) TOPIK 5 MENGEKALKAN BERAT BADAN 113 gaya hidup sihat memerlukan sokongan daripada pemikiran positif, kepercayaan realistik dan menetapkan matlamat untuk mencapai berat badan ideal anda. Kita kini membincangkan beberapa petua untuk memastikan anda berupaya mengamalkan teknik yang betul untuk pengurusan berat badan. Sekarang mari kita lihat bagaimana imej badan adalah penting untuk membantu anda berasa sihat. Objektifnya adalah memastikan anda gembira dengan berat badan ideal anda dan berupaya menyingkirkan fikiran negatif jika berat badan anda meningkat. Apakah yang dimaksudkan dengan imej badan? Imej badan terdiri daripada persepsi, imej, pemikiran, sikap dan emosi seseorang. Apabila anda mempunyai berat badan ideal, imej anda akan berubah dengan segera dan anda akan berasa gembira dengan penampilan anda. Walau bagaimanapun, sebahagian daripada kita mempunyai masalah imej badan yang teruk. Ini akan menyebabkan tekanan psikologi yang ketara. Remaja dan orang dewasa yang mempunyai imej tubuh yang negatif lebih cenderung untuk mempunyai diet terhad atau gangguan pemakanan lain. Secara umumnya, wanita lebih prihatin atau tidak berpuas hati dengan badan mereka (Insel & Roth, 2008). Bagaimanakah anda boleh mengelakkan masalah imej badan? Yang berikut ialah beberapa petua bagi mereka yang merancang untuk membuat perubahan: (a) Memberi tumpuan kepada diet yang sihat dan memastikan anda melakukan senaman yang betul. (b) Memastikan anda mempunyai kesihatan psikologi yang baik kerana nilai anda sebagai manusia bukannya berdasarkan penampilan anda. (c) Anda boleh mempengaruhi saiz badan anda dan menentukan gaya hidup anda sendiri. Anda mungkin mahu menerima saiz anda. (d) Menghargai dan menghormati orang lain. (e) Tabiat pemakanan yang sihat adalah sebahagian dari aspek penting dalam kesejahteraan. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) 114 TOPIK 5 MENGEKALKAN BERAT BADAN (f) Jangan menilai diri sendiri atau orang lain berdasarkan penampilan. Saiz badan hanyalah satu ciri; anda perlu ingat bahawa merasa gembira adalah lebih penting. AKTIVITI 5.3 1. 2. Bincangkan strategi anda untuk pengurusan berat badan. Strategi anda perlu merangkumi komponen ini: (a) Pilihan makanan. (b) Perancangan dan hidangan. (c) Aktiviti fizikal. Bayangkan anda ada rakan yang mengalami gangguan pemakanan. Apakah rancangan anda untuk membantu rakan anda mendapatkan semula keyakinan diri dan memulakan lembaran baharu dalam kehidupannya? Terdapat dua konsep penting dalam pengurusan berat badan, iaitu indeks jisim tubuh dan komposisi tubuh. Indeks jisim tubuh ialah indeks mudah bagi berat dengan ketinggian biasa dan digunakan untuk mengklasifikasikan berat badan berlebihan dan obesiti dalam kalangan orang dewasa. Ia didefinisikan sebagai berat badan seseorang dalam kilogram dibahagikan dengan kuasa dua ketinggiannya dalam meter (kg/m2). Komposisi tubuh merujuk kepada jisim bebas lemak dan jisim badan (lemak). Badan kita dibahagikan kepada dua komponen ini. Jisim bebas lemak termasuklah tisu tanpa lemak seperti tulang, otot, air, tisu perantara, tisu organ dan gigi, manakala lemak badan terdiri daripada lemak yang tergabung dalam saraf, otak, jantung, paru-paru, hati dan kelenjar mamari. Terdapat empat faktor yang menyumbang kepada lebihan lemak badan, iaitu genetik, fisiologi, gaya hidup dan faktor psikososial. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) TOPIK 5 MENGEKALKAN BERAT BADAN 115 Berat badan berlebihan terjadi apabila BMI anda melebihi daripada atau sama dengan 25 dan obesiti berlaku apabila BMI anda adalah melebihi daripada atau sama dengan 30. Terdapat dua jenis gangguan pemakanan, iaitu anoreksia nervosa dan bulimia nervosa. Anoreksia nervosa adalah gangguan kompleks dengan tiga gejala yang berikut: Keengganan untuk mengekalkan badan yang ideal dan sihat; Takut kenaikan berat badan; dan Imej badan terganggu (terherot). Orang yang mempunyai anoreksia nervosa biasanya introvert, emosi terpendam dan kurang keyakinan sosial. Bulimia nervosa ialah gangguan pemakanan yang serius dan berpotensi mengancam nyawa. Orang yang menghidap bulimia mungkin akan makan banyak mengikut nafsu dan kemudian menyingkirkannya, cuba untuk membakar kalori berlebihan dengan cara yang tidak sihat. Teknik pengurusan berat badan memerlukan seseorang mengamalkan gaya hidup sihat seperti tabiat pemakanan yang baik, bersenam dan bersikap positif. Anoreksia nervosa Jisim bebas lemak Berat badan berlebihan Jisim tubuh Bulimia nervosa Komposisi tubuh Gaya hidup sedentari Obesiti Imej badan Pengurusan berat badan Indeks jisim tubuh (BMI ă body mass index) Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) 116 TOPIK 5 MENGEKALKAN BERAT BADAN Centers for Disease Control and Prevention (CDC). (2015). Division of nutrition, physical activity and obesity. Dicapai dari http://www.cdc.gov/healthy weight/assessing/bmi/index.html Insel, P. M., & Roth, W. T. (2008). Core concepts in health (Ed. ke-10). Boston, MA: McGraw-Hill. Ismawati, S., Zainalabidin, M., & Golnaz, R. (2014). Healthy eating: The preventive factors among Malaysians. Journal of Economics, Business and Management, 2(4), 257ă261. Keyes, A. (2014). Infographic: Obesity skyrockets across the globe. Dicapai dari http://www.nbcnews.com/nightly-news/infographic-obesity skyrocketsacross-globe-n116996 Minsitry of Health Malaysia. (2010). Kenyataan akhbar Menteri Kesihatan Malaysia. Dicapai dari http://www.moh.gov.my/index.php/database_ stores/store_view_page/22/71 Wan Nazaimoon, W. M., Kamarul Imran, M., Amir Sharifuddin, M. K., AzizalSafi, I., Ikram Shah, I., Khalid, A. K., Nor Azmi, K., ... Wan Mohamad,W. B. (2011). Prevalence of overweight and obesity among: An update. Asia Pacific Journal of Clinical Nutrition, 20(1), 35ă41. William, M. H., Anderson, D. E., & Rawson, E. S. (2013). Nutrition for health, fitness and sport (Ed. ke-10). New York, NY: McGraw-Hill. World Health Organization (WHO). (2015). Obesity and overweight. Dicapai dari http://www.who.int/mediacentre/factsheets/fs311/en/ Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) Topik 6 Pencegahan Penyakit HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Membincangkan kepentingan pencegahan menggalakkan kesihatan dan kesejahteraan; penyakit untuk 2. Merumuskan faktor risiko, tanda dan gejala serta pencegahan penyakit kardiovaskular; 3. Menghuraikan jenis, faktor risiko, tanda dan gejala serta pencegahan kanser; 4. Membincangkan diabetes melitus dan penyebabnya, klasifikasi, faktor risiko dan pencegahannya; 5. Merumuskan faktor risiko dan pencegahan osteoporosis; dan 6. Menerangkan penyakit buah pinggang dan penyebabnya, tanda dan gejala, faktor risiko serta pencegahannya. PENGENALAN Mari kita mulakan pelajaran kita dengan melihat petikan yang masyhur ini: Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) 118 TOPIK 6 PENCEGAHAN PENYAKIT Kami pasti anda sudah biasa dengannya. Apakah yang dimaksudkan oleh petikan ini? Mesej tersirat di sini ialah menggalakkan tabiat yang baik untuk mengekalkan kesihatan yang merupakan pilihan yang lebih baik daripada mencari penawar untuk penyakit. Implikasi mesej ini mencadangkan orang yang mengamalkan tabiat yang sihat sebagai cara hidup mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk bebas daripada penyakit. Ini kerana kebergantungan pada ubat-ubatan dan rawatan untuk mengekalkan kesejahteraan bukanlah cara yang sihat untuk kehidupan. Adakah anda sedar bahawa pada masa kini, penyakit tidak berjangkit yang disebabkan oleh pilihan gaya hidup muncul sebagai corak penyakit yang utama? Orang yang tidak mengamalkan gaya hidup sihat akan lebih terdedah kepada penyakit ini. Beberapa contoh penyakit tersebut termasuklah penyakit jantung koronari, kanser, diabetes melitus, osteoporosis dan penyakit buah pinggang. Lima penyakit tersebut menjadi fokus dalam topik ini. Anda akan mempelajari definisi, faktor risiko, tanda dan gejala serta pencegahan lima penyakit ini. Diharapkan pada akhir topik ini, anda boleh merancang perancangan peribadi anda untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan anda serta mencegah lima penyakit ini. 6.1 KEPENTINGAN PENCEGAHAN PENYAKIT Mengapakah kita perlu mempelajari kepentingan pencegahan penyakit? Sebenarnya, kita perlu mempelajari tentang pencegahan penyakit sebagai cara untuk menggalakkan kesihatan dan kesejahteraan diri kita sendiri. Oleh itu, subtopik ini akan menyampaikan butirannya untuk anda ingati. Tahukah anda sejak awal abad ke-20, jangka hayat telah meningkat secara mendadak di seluruh dunia terutamanya di negara maju? Kini, manusia hidup lebih lama dengan kualiti hidup yang semakin bertambah baik dan tidak tunduk dengan mudah kepada penyakit yang lemah. Di Malaysia, purata jangka hayat telah meningkat secara mendadak dalam tempoh 50 tahun lepas, dari di bawah 60 tahun semasa era kemerdekaan kepada purata 75 tahun pada hari ini (MOH, 2015). Menggalakkan gaya hidup sihat dan pencegahan penyakit melalui perubahan gaya hidup telah banyak menyumbang dalam meningkatkan taraf kesihatan di negara ini. Memperkasakan rakyat dengan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai untuk mengubah suai gaya hidup mereka dan mengambil peranan yang lebih aktif untuk mencegah penyakit telah menjadi dorongan yang menarik bagi mereka yang memahami manfaat untuk sentiasa sihat. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) TOPIK 6 PENCEGAHAN PENYAKIT 119 Di samping itu, ramai orang kini lebih gemar memainkan peranan aktif dalam membuat keputusan yang berkaitan hal kesihatan mereka kerana mereka takut terpaksa bergantung pada ubat-ubatan untuk seumur hidup bagi mengawal penyakit kronik. Tambahan pula, peningkatan kesedaran mengenai peranan kebersihan alam sekitar ke atas kesihatan dan kesejahteraan juga menjadi perhatian utama dalam kalangan ramai orang kerana mereka mula menyedari kesan langsung alam sekitar kepada kesihatan mereka. Hasilnya, terdapat trend yang semakin meningkat dalam kalangan individu yang mementingkan kesihatan dan memainkan peranan yang lebih aktif dalam mewujudkan persekitaran yang bersih dan sihat secara kondusif untuk kesejahteraan menyeluruh. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO World Health Organization) bekerjasama dengan negara anggota untuk menggalakkan kesihatan dan kesejahteraan masyarakat. Penggalakan tingkah laku sihat oleh pihak berkuasa kesihatan dilihat berkesan mengurangkan beban penyakit yang boleh dicegah dan menggalakkan kualiti hidup yang lebih baik dan perasaan sejahtera dalam kalangan penduduk. Contohnya, beberapa penyakit yang boleh menyebabkan kematian seperti penyakit cacar dan poliomielitis dikatakan telah terhapus sama sekali pada masa kini. Dengan kawalan berkesan terhadap jangkitan yang amat ditakuti dan penyakit berjangkit terutamanya di negara yang mempunyai sistem penjagaan kesihatan moden, penyakit kronik dan penyakit tidak berjangkit pula kini muncul sebagai bentuk corak penyakit yang utama yang disebabkan oleh pilihan gaya hidup. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, kenaikan penyakit tidak berjangkit ini disebabkan oleh pilihan gaya hidup seseorang. Orang yang tidak mengamalkan gaya hidup sihat akan lebih terdedah kepada penyakit tidak berjangkit tersebut yang mempunyai kesan jangka panjang ke atas badan kita dan jauh lebih sukar untuk dikawal. Tahukah anda bahawa kebanyakan jenis penyakit tidak berjangkit ini juga dikenali sebagai penyakit kronik? Apakah contoh penyakit ini? Beberapa contoh penyakit ini termasuklah penyakit jantung koronari (CHD ă coronary heart disease), kanser, diabetes melitus, osteoporosis dan penyakit buah pinggang. Penyakit jantung koronari juga dikenali sebagai penyakit arteri koronari (CAD ă coronary artery disease). Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) 120 TOPIK 6 PENCEGAHAN PENYAKIT Anda akan mempelajari lebih banyak lagi mengenai kelima-lima penyakit ini dalam subtopik seterusnya. Diharapkan anda dapat memahami bahawa kebanyakan penyakit ini boleh dikawal dan juga boleh dicegah dengan pengubahsuaian gaya hidup. Mari kita berikan tumpuan kita kepada beberapa penyakit yang serius tetapi sering tersebar di negara ini. AKTIVITI 6.1 1. Bezakan antara penyakit berjangkit dengan tidak berjangkit. 2. Cari Health Facts 2014 (Fakta Kesihatan) yang diterbitkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di https://goo.gl/qcdXV7. Kenal pasti empat contoh penyakit berjangkit dan lima contoh penyakit tidak berjangkit. 3. Nyatakan secara ringkas tabiat gaya hidup yang berkaitan dengan punca setiap penyakit yang anda telah kenal pasti dalam Soalan 2. 6.2 PENYAKIT KARDIOVASKULAR Subtopik ini memberi tumpuan kepada penyakit kardiovaskular. Diharapkan, anda akan dapat mengenal pasti jenis penyakit jantung lazim yang berkaitan dengan pilihan gaya hidup setelah menyelesaikan pelajaran ini. Pertama, apakah yang dimaksudkan dengan penyakit kardiovaskular? Penyakit kardiovaskular ialah pelbagai penyakit yang berkaitan dengan kepincangan fungsi dalam jantung dan juga peredaran darah dalam badan. Penyakit kardiovaskular yang paling serius berkaitan dengan pilihan gaya hidup ialah penyakit jantung koronari, kegagalan jantung, tekanan darah tinggi dan strok. Terdapat beberapa keadaan jantung yang disebabkan oleh faktor lain seperti penyakit jantung reumatik dan penyakit injap jantung yang disebabkan oleh jangkitan dan kecacatan septum yang berlaku kerana kecacatan kongenital. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) TOPIK 6 6.2.1 PENCEGAHAN PENYAKIT 121 Memahami Jantung Apakah yang boleh kita katakan untuk mentakrifkan jantung? Jantung ialah organ berotot bersaiz sebesar genggaman tangan anda dan terletak di tengah-tengah dada, di belakang tulang sternum. Rajah 6.1 berikut menunjukkan kepada anda lokasi dan rajah jantung. Rajah 6.1: Jantung manusia Fakta yang menakjubkan bahawa jantung kita mengepam lebih kurang 70 kali seminit bagi orang dewasa untuk mengedarkan darah beroksigen kepada sel badan melalui rangkaian arteri dan menerima kembali darah nyahoksigen melalui salur darah vena. Arteri yang membekalkan darah beroksigen ke otot jantung sendiri dikenali sebagai arteri koronari. Ambil perhatian bahawa terdapat penyakit yang berkaitan dengan arteri koronari. Ia dikenali sebagai penyakit jantung koronari (CHD ă Coronary heart disease) yang menyumbang kepada paling banyak kematian dalam kalangan penyakit kardiovaskular terhadap golongan orang dewasa. Dengan kata lain, penyakit arteri koronari menyebabkan penyakit jantung koronari. Oleh itu, kita akan mempelajari penyakit ini supaya anda akan dapat mengenal pasti faktor risiko yang biasa bagi penyakit jantung koronari. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) 122 TOPIK 6 PENCEGAHAN PENYAKIT Penyakit Jantung Koronari Apakah makna CHD? Penyakit jantung koronari ialah keadaan yang bekalan darah ke jantung berkurangan atau tersumbat sepenuhnya oleh plak yang terbentuk kerana pembentukan lemak atau deposit lain seperti tar daripada rokok dalam dinding arteri koronari. Tahukah anda bahawa penyempitan arteri disebabkan oleh plak dikenali sebagai aterosklerosis? Ambil perhatian bahawa saiz plak secara beransur-ansur menjadi lebih besar, bekalan darah beroksigen berkurangan yang menyebabkan kerosakan sel otot jantung. Ketika kejadian ini berlaku, seseorang akhirnya akan mengalami serangan jantung yang kelihatan seperti sakit dada. Dalam istilah perubatan, serangan jantung kecil (minor) atau sakit dada transien (sementara) dikenali sebagai angina pectoris, manakala serangan jantung besar dikenali sebagai infarksi miokardium. 6.2.2 Faktor Risiko yang Menyebabkan Penyakit Jantung Koronari (CHD) Apakah faktor yang menyebabkan serangan jantung? Serangan jantung boleh dicetuskan oleh faktor berikut: (a) Merokok; (b) Diabetes melitus; (c) Tekanan darah tinggi; (d) Kolesterol darah tinggi; (e) Obesiti; dan (f) Tekanan yang berlebihan dan berpanjangan. AKTIVITI 6.2 1. Kenal pasti bahaya merokok terhadap kesihatan. 2. Bincangkan kesan obesiti ke atas jantung anda. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) TOPIK 6 6.2.3 PENCEGAHAN PENYAKIT 123 Keseriusan Penyakit Jantung Koronari Tahukah anda bahawa penyakit jantung koronari ialah punca utama kematian di Malaysia? Ini berdasarkan statistik daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM, 2015) yang menunjukkan bahawa CHD ialah punca kematian nombor satu, berjumlah kira-kira 25% daripada semua kematian di hospital pada tahun 2013. Malah, penyakit jantung koronari juga menjadi antara lima sebab tertinggi kemasukan ke hospital di Malaysia sejak dekad yang lalu. Arah aliran ini adalah sama dengan negara maju dan membangun utama yang lain. Sebagai contoh, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC Centers for Disease Control and Prevention) (2015) melaporkan kira-kira 610,000 orang mati kerana penyakit jantung di Amerika pada setiap tahun, iaitu satu daripada empat kematian. Bagi United Kingdom, kira-kira 1 daripada 6 lelaki dan 1 daripada 10 wanita mati disebabkan oleh CHD setiap tahun. Fakta yang menggerunkan ini adalah peringatan ngeri tentang ancaman serius yang ditimbulkan oleh CHD terhadap kesihatan dan kesejahteraan orang ramai. AKTIVITI 6.3 1. Rujuk Health Facts 2014 (Fakta Kesihatan), yang diterbitkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di https://goo.gl/qcdXV7. Kenal pasti lima penyakit yang paling utama menjadi punca kemasukan ke hospital di negara ini pada tahun 2013. 2. Bincangkan berapa banyak daripada disebabkan oleh faktor gaya hidup. 6.2.4 penyakit tersebut Tanda dan Gejala Penyakit Jantung Koronari Apakah tanda dan gejala penyakit kardiovaskular? Untuk penyakit arteri koronari, sakit dada adalah gejala yang paling biasa dialami oleh seseorang. Manakala bagi penyakit jantung koronari, mangsa juga mungkin mengalami beberapa tanda dan gejala, iaitu: (a) Kesakitan pada bahagian lengan kiri, leher, rahang, bahu atau perut; (b) Sesak dada; Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) 124 TOPIK 6 PENCEGAHAN PENYAKIT (c) Sesak nafas; (d) Jantung berdebar-debar; (e) Berpeluh secara berlebihan; (f) Pening kepala atau pengsan; dan (g) Mual. Ambil perhatian bahawa bukan semua mangsa serangan jantung mengalami tanda dan gejala yang dinyatakan tadi kerana seseorang mungkin mendapat serangan jantung secara senyap semasa tidur. Serangan jantung secara senyap diketahui boleh berlaku dalam kalangan penghidap diabetes. 6.2.5 Mencegah Penyakit Jantung Koronari Bagaimanakah kita boleh mencegah CHD? Subtopik ini akan memberikan jawapan supaya anda menyedari cara untuk mencegah dan mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. Pilihan gaya hidup adalah berkaitan dengan penyakit jantung koronari. Antara cara tertentu untuk mengelakkan CHD adalah seperti yang berikut: (a) Mengekalkan tekanan darah dalam keadaan terkawal; (b) Mengekalkan gula dalam darah dalam keadaan terkawal; (c) Menguruskan tekanan; (d) Mengambil makanan yang sihat dan seimbang; (e) Aktif secara fizikal dan kerap bersenam; (f) Mengekalkan berat badan yang normal dan sihat; (g) Menahan diri daripada merokok, mengambil dadah rekreasi dan alkohol; (h) Sering makan ubat yang diberi preskripsi; dan (i) Mempunyai pandangan yang positif terhadap kehidupan. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) TOPIK 6 PENCEGAHAN PENYAKIT 125 SEMAK KENDIRI 6.1 1. Berikan definisi penyakit jantung koronari (CHD ă coronary heart disease). 2. Senaraikan semua faktor yang menyebabkan serangan jantung. 3. Huraikan tanda dan gejala penyakit jantung koronari serta pencegahannya. AKTIVITI 6.4 Bincangkan kesan merokok dari segi risiko penyakit jantung koronari. 6.3 MEMAHAMI KANSER Sekarang mari kita belajar tentang kanser. Diharapkan pada akhir subtopik ini, anda menyedari bahawa kanser merupakan penyakit yang dikaitkan dengan pilihan gaya hidup kita. Tahukah anda bahawa sejak 50 tahun yang lalu, kanser telah menanam rasa takut yang besar dalam kalangan orang ramai? Ini kerana kemungkinan ia menjadi penyakit yang membawa maut dengan hampir tiada harapan untuk sembuh. Walaupun terdapat kemajuan yang besar dalam bidang sains perubatan dan teknologi, penyakit ini terus menimpa orang ramai pada semua peringkat umur, jantina, asal usul etnik dan status sosioekonomi. Sebelum ini, kanser merupakan gejala yang membimbangkan dalam kalangan kumpulan umur yang lebih tua tetapi kini kanser kanak-kanak seperti leukemia dan kanser tulang dilaporkan kian meningkat. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM, 2015) melaporkan 4,414 kematian adalah akibat kanser pada tahun 2013; berada dalam kedudukan yang keempat sebagai punca kematian utama di hospital Malaysia. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) 126 TOPIK 6 PENCEGAHAN PENYAKIT 6.3.1 Apakah yang Dimaksudkan dengan Kanser? Mari kita ketahui definisi kanser. Adakah anda mempunyai sebarang idea mengenainya? Kanser ialah keadaan yang sel pada bahagian tertentu dalam badan mula berkembang pada kadar yang tidak normal dan tidak terkawal. Ia dihasilkan daripada pembentukan tumor. Apakah pula yang dimaksudkan dengan tumor? Tumor ialah sekumpulan sel tisu tidak normal yang telah berkembang dan membiak secara berganda dengan pesatnya. Tumor tersebut boleh jadi benigna atau malignan. Apakah perbezaan antara kedua-duanya? Marilah kita lihat Jadual 6.1 untuk mengetahui jawapannya. Jadual 6.1: Tumor Benigna Berbanding Tumor Malignan Tumor Benigna Tumor Malignan Ketumbuhan setempat yang tidak mengancam nyawa ă ia tidak merebak ke bahagian badan yang lain. Berkembang pesat dan merebak dari tapak asal primer untuk membentuk ketumbuhan tumor sekunder baharu di bahagian lain badan melalui proses yang dipanggil metastasis. Walau bagaimanapun, ia boleh menjadi besar dan mengganggu peredaran darah dan limfa atau boleh menghalang fungsi badan lain. Sel kanser boleh menyusup masuk ke dalam sel sekitarnya dan memusnahkan salur darah, organ, saraf dan sistem limfa. Keterukan tumor malignan sering diklasifikasikan dengan tahap pembezaan dan tahap lanjut pertumbuhan sel. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) TOPIK 6 PENCEGAHAN PENYAKIT 127 Mari kita lihat Rajah 6.2 yang menunjukkan kepada anda perbezaan antara tumor benigna dengan tumor malignan. Rajah 6.2: Perbezaan antara sel benigna (bukan kanser) dengan sel malignan (kanser) Sumber: www.medicinenet.com SEMAK KENDIRI 6.2 Huraikan perbezaan antara tumor benigna dengan tumor malignan. 6.3.2 Jenis Kanser yang Biasa Tahukah anda bahawa tumor kanser biasanya diklasifikasikan mengikut jenis tisu dari mana ia berasal? Terdapat empat jenis kanser seperti yang diterangkan dalam Jadual 6.2. Jadual 6.2: Empat Jenis Kanser Jenis Kanser Deskripsi Karsinoma Berasal daripada lapisan luar tisu badan dipanggil tisu epitelium. Sarkoma Terbentuk terutamanya dalam tisu serat dan tisu perantara dalam badan. Limfoma Terbentuk dan merebak dalam sistem limfatik. Leukemia Menjejaskan leukosit yang merupakan satu bentuk sel darah dalam badan. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) 128 TOPIK 6 PENCEGAHAN PENYAKIT Selain daripada empat kanser tersebut, kanser juga ditentukan oleh organ di mana ia membiak. Bolehkah anda fikirkan beberapa contoh? Jawapannya ialah kanser paru-paru, kanser payudara, kanser prostat, kanser usus, kanser otak dan lain-lain. Perlu diingat bahawa diagnosis dan rawatannya adalah berbeza bagi setiap jenis kanser. 6.3.3 Faktor Risiko Kanser Subtopik ini menerangkan faktor risiko yang biasa untuk kanser. Diharapkan pada akhir subtopik ini, anda boleh mengenal pasti faktor risiko yang biasa untuk kanser. Jadi, apakah faktor risiko untuk kanser? Pakar percaya bahawa punca kebanyakan jenis kanser adalah pelbagai faktor. Jadual 6.3 memberikan anda faktor risiko untuk pembentukan kanser. Jadual 6.3: Faktor Risiko bagi Pembentukan Kanser Faktor Risiko Deskripsi Pilihan gaya hidup Sesetengah jenis diet, merokok, tekanan dan obesiti boleh menyebabkan pembentukan kanser. Pendedahan alam sekitar kepada karsinogen Asbestos, tembakau, alkohol, radiasi, pelepasan karbon, hasil produk petroleum, bahan kimia toksik, pewarna tertentu, bahan pengawet makanan, cahaya ultra ungu dan lain-lain boleh menyebabkan pembentukan kanser. Virus Herpes II, hepatitis B, HIV dan virus Epstein Barr dikaitkan dengan beberapa jenis kanser. Kerengsaan kronik Mengunyah tembakau menyebabkan kerengsaan kronik pada bahagian lapisan dalam mulut. Genetik Kehadiran onkogen yang mempengaruhi pertumbuhan kanser. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) TOPIK 6 6.3.4 PENCEGAHAN PENYAKIT 129 Tanda dan Gejala Kanser Pertama, anda perlu peka dengan badan anda. Perhatikan perubahan yang berlaku secara tiba-tiba, yang tidak dapat dijelaskan pada bahagian dan proses normal badan seperti kemunculan ketulan atau darah dalam air kencing atau najis; ia perlu disiasat untuk tanda awal kanser. Potensi lain bagi tanda dan gejala kanser termasuklah yang berikut: (a) Penurunan berat badan secara tiba-tiba yang tidak dapat dijelaskan; (b) Ketulan di payudara atau bahagian badan lain; (c) Pendarahan antara tempoh haid, darah dalam air kencing, batuk atau muntah; (d) Batuk kronik, rasa sakit yang hambar (tidak mencucuk) dan berterusan pada satu bahagian badan, demam ringan dan sesak nafas; (e) Perubahan tabiat membuang air besar seperti darah dalam najis, cirit-birit atau sembelit tanpa sebab yang jelas; dan (f) Tahi lalat yang semakin membesar lebih daripada tujuh milimeter diameter, bentuk dan saiz tidak teratur, gatal, berkuping atau pendarahan. SEMAK KENDIRI 6.3 1. Terangkan secara ringkas lima faktor risiko bagi pembentukan kanser. 2. Kenal pasti lima perubahan yang tidak normal dalam badan yang boleh memberi isyarat terhadap permulaan kanser. 6.3.5 Strategi Pencegahan Kanser Sebelum kita mengakhiri perbincangan kita mengenai kanser, mari kita mempelajari cara pencegahannya supaya anda boleh mencadangkan pendekatan yang boleh kita ambil untuk mencegah atau mengurangkan risiko peribadi terhadap kanser. Apakah yang dimaksudkan dengan pencegahan kanser? Pencegahan kanser merujuk kepada pengecaman bahaya yang berpotensi menyebabkan kanser dan melaksanakan program bagi mengelakkan pendedahan berpanjangan kepada karsinogen daripada sumber makanan dan bahaya alam sekitar lain. Beberapa strategi pencegahan yang khusus dijelaskan dalam Jadual 6.4. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) 130 TOPIK 6 PENCEGAHAN PENYAKIT Jadual 6.4: Strategi Pencegahan Khusus untuk Kanser Strategi Meningkatkan tingkah laku gaya hidup Deskripsi • Berwaspada tentang faktor risiko seperti pemeriksaan saringan secara teratur jika terdapat sejarah kanser dalam kalangan ahli keluarga yang ada hubungan darah dan mengelakkan pendedahan berlebihan kepada bahan pencemaran yang diketahui sebagai satu jenis bahaya pekerjaan. • Mengelakkan bahan kimia toksik dan pendedahan kepada sinaran radioaktif. • Perlindungan terhadap pendedahan berlebihan kepada cahaya ultra ungu. • Makan makanan yang seimbang dan sihat. • Mengelakkan alkohol dan tembakau. • Mengawal berat badan yang berlebihan. Kerap bersenam. Mengurus tekanan. Pemeriksaan teratur pada bahagian badan untuk mengesan perubahan tidak normal secara tiba-tiba seperti yang berikut: C A : : Perubahan terhadap tabiat membuang air besar atau kecil (Change in bowel or bladder habits). Luka yang tidak sembuh (A sore that does not heal ). U : Pendarahan luar biasa atau pengeluaran cecair daripada badan (Unusual bleeding or fluid discharge from the body). T : Penebalan atau ketulan pada payudara atau di tempat lain (Thickening or lump in breasts or elsewhere). ă I : Masalah penghadaman yang berterusan atau kesukaran untuk menelan (Indigestion that persist or difficulty in swallowing). ă O : Perubahan yang jelas pada ketuat atau tahi lalat (Obvious change in a wart or mole). ă N : Batuk berterusan atau suara menjadi serak (Nagging cough or voice hoarseness). Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) TOPIK 6 Menjadi pengguna yang bertanggungjawab PENCEGAHAN PENYAKIT 131 • Walaupun mengekalkan alam sekitar yang sihat memerlukan usaha bersama dalam masyarakat yang lebih besar, seseorang boleh: Mula menjalankan haknya dengan melaksanakan tabiat pembelian yang bagus. Memilih produk yang lebih „hijau‰. Memilih produk makanan organik. Mengelakkan pencemaran. Menyertai rekreasi yang bertanggungjawab. Menjadi pejuang yang aktif untuk kesihatan anda • Menyedari pilihan yang lebih selamat ketika mencari rawatan perubatan. • Kesedaran dan mengelakkan faktor risiko terhadap diri sendiri, keluarga dan masyarakat. • Menyebarkan kesedaran tentang peranan sebagai warganegara yang bertanggungjawab. masyarakat • Menjalankan hak mengundi bagi tadbir urus yang selamat, alam sekitar yang sihat dan undang-undang terhadap dasar kesihatan yang baik. 6.4 MEMAHAMI DIABETES MELITUS Sekarang mari kita mengalihkan perhatian kita kepada diabetes melitus. Kami berharap dengan membaca subtopik ini, anda akan dapat meningkatkan kesedaran anda tentang diabetes melitus kerana ia keadaan kronik yang berkaitan terutamanya dengan pilihan gaya hidup yang tidak sihat. Tahukah anda sesiapa di keliling anda yang mempunyai penyakit diabetes melitus? Kemungkinan dengan mudah anda boleh mengingati seseorang yang anda tahu menghidap diabetes melitus. Ia telah menjadi salah satu daripada keadaan penyakit yang paling pesat berkembang melanda manusia dalam era moden. Mengapakah ia dianggap sebagai suatu keadaan penyakit yang sangat serius? Diabetes melitus ialah keadaan penyakit yang sangat serius kerana ia membawa kepada pelbagai komplikasi badan seperti ateriosklerosis, penyakit jantung koronari, tekanan darah tinggi, jangkitan, katarak, buta, penyakit buah pinggang kronik, jangkitan kulit, gangren dan gangguan fungsi erektil. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) 132 TOPIK 6 PENCEGAHAN PENYAKIT 6.4.1 Penyebab Diabetes Melitus Sebelum kita melihat sebab diabetes melitus, mari kita lihat definisinya dahulu. Biasanya, penyakit diabetes melitus ialah satu gangguan endokrin yang berlaku kerana ketidakteraturan pengeluaran insulin atau tindakan fisiologinya di dalam badan. Apakah makna insulin? Insulin ialah hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Fungsinya adalah membolehkan glukosa (daripada metabolisme karbohidrat) dalam aliran darah untuk masuk ke dalam sel badan bagi penghasilan tenaga. Apakah yang akan berlaku jika insulin tidak mencukupi? Jika insulin tidak mencukupi, paras glukosa kekal tinggi dalam aliran darah yang membawa kepada hiperglisemia. Begitu juga, kurang tahap glukosa darah atau tahap insulin berlebihan dalam aliran darah akan menyebabkan hipoglisemia. Rajah 6.3 menunjukkan anda perbezaan dari segi tanda dan gejala untuk kedua-dua keadaan yang insulin adalah tidak mencukupi. Rajah 6.3: Tanda dan gejala hiperglisemia dan hipoglisemia Sumber: http://positivemed.com Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) TOPIK 6 PENCEGAHAN PENYAKIT 133 SEMAK KENDIRI 6.4 Kenal pasti penyebab dan juga tanda dan gejala hiperglisemia dan hipoglisemia. 6.4.2 Klasifikasi Diabetes Melitus Tahukah anda secara umumnya terdapat tiga jenis diabetes melitus? Ia diterangkan dengan lebih lanjut dalam Jadual 6.5. Jadual 6.5: Tiga Jenis Diabetes Melitus Jenis Diabetes Melitus Deskripsi Diabetes melitus Jenis 1 Ia juga dikenali sebagai pergantungan pada insulin, permulaan diabetes juvenil. Diabetes melitus Jenis 2 Ini diabetes yang tidak bergantung pada insulin, biasanya permulaan diabetes orang dewasa. Ini jenis diabetes yang paling biasa. Diabetes gestasi Selain dua jenis utama tersebut, ini jenis diabetes sementara yang terdapat pada sesetengah wanita semasa tempoh kehamilan dan sembuh apabila kehamilan berakhir. Dalam perbincangan kita seterusnya mengenai diabetes melitus, kita akan memberi tumpuan kepada diabetes melitus Jenis 2 kerana risiko bermulanya penyakit ini biasanya dikaitkan dengan amalan gaya hidup tidak sihat. SEMAK KENDIRI 6.5 Nyatakan perbezaan utama antara diabetes melitus Jenis 1 dengan Jenis 2. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) 134 TOPIK 6 PENCEGAHAN PENYAKIT 6.4.3 Faktor Risiko Diabetes Melitus Dengan membaca subtopik ini, diharapkan anda akan dapat mengenal pasti faktor risiko yang biasa bagi diabetes melitus. Jadi, apakah ia? Faktor risiko untuk diabetes melitus berpunca daripada gabungan pengabaian pilihan gaya hidup sihat dan beberapa elemen faktor risiko yang tidak boleh diubah suai seperti yang berikut: (a) Obesiti dan tidak aktif secara fizikal; (b) Tahap gula yang tinggi dalam darah semasa berpuasa; (c) Umur semakin lanjut; (d) Kecenderungan genetik; dan (e) Etnik. Daripada lima faktor tersebut, kita dapat lihat bahawa obesiti, tidak aktif secara fizikal dan tinggi tahap gula dalam darah boleh dikawal dan dengan itu diklasifikasikan sebagai risiko yang boleh diubah suai. Sebaliknya, kita perhatikan bahawa lanjut usia, kecenderungan genetik dan etnik ialah faktor risiko yang tidak boleh diubah suai untuk diabetes melitus. AKTIVITI 6.5 Lakukan carian dalam talian dan sediakan penerangan ringkas tentang bagaimana obesiti boleh menyebabkan penyakit diabetes melitus. 6.4.4 Pencegahan Diabetes Melitus Akhir sekali, bagaimanakah kita boleh mencegah diabetes melitus? Subtopik ini memberikan anda jawapannya supaya anda boleh mencadangkan pendekatan untuk mengelakkan risiko penyakit ini. Sehingga kini, diabetes dianggap sebagai keadaan penyakit yang tidak boleh diubati dan intervensi perubatan hanya cuba untuk mengawal tahap gula dalam darah dengan pelbagai cara untuk mengatasi kesan komplikasi penyakit diabetes ke atas tubuh badan. Oleh itu, pencegahan diabetes adalah pilihan yang lebih baik kerana ia tidak mempunyai penawar; adalah bijak untuk mencegah diabetes Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) TOPIK 6 PENCEGAHAN PENYAKIT 135 daripada berakar umbi. Ini boleh dilakukan dengan pengecaman dan kawalan faktor pencetus dalam bentuk faktor risiko boleh diubah suai dan tidak boleh diubah suai. Berwaspada dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengurangkan faktor risiko terpendam adalah penting untuk pencegahan penyakit. Yang berikut ialah aspek penting dalam pencegahan untuk mengelakkan permulaan berlakunya diabetes melitus: (a) Mengekalkan berat badan ideal; (b) Melibatkan diri dalam program latihan kecergasan aerobik yang teratur; (c) Mengekalkan tahap normal glukosa darah; dan (d) Pengecaman awal tanda amaran diabetes. 6.5 OSTEOPOROSIS Sekarang mari kita mempelajari osteoporosis. Diharapkan setelah membaca bahagian ini, anda akan dapat mengaitkan osteoporosis sebagai satu keadaan yang berkaitan dengan pilihan gaya hidup kita. Apakah yang anda tahu tentang osteoporosis? Apakah yang anda boleh katakan mengenainya? Osteoporosis ialah keadaan yang tulang menjadi lemah dan rapuh akibat kandungan mineral yang rendah, biasanya disebabkan oleh penuaan progresif. Kehilangan kandungan mineral secara beransur-ansur, terutamanya kalsium fosfat menjadikan tulang berisiko lebih tinggi untuk patah dan penyembuhan yang lambat. Wanita terutamanya adalah berisiko lebih tinggi mendapat osteoporosis tidak lama selepas badan mereka berhenti menghasilkan estrogen ketika putus haid. Rajah 6.4 menunjukkan kepada anda bagaimana rupa osteoporosis. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) 136 TOPIK 6 PENCEGAHAN PENYAKIT Rajah 6.4: Tulang yang normal berbanding tulang osteoporosis Sumber: http://scienceblogs.com 6.5.1 Faktor Risiko Osteoporosis Apakah faktor risiko untuk penyakit ini? Mari kita teruskan pelajaran kita supaya anda boleh mengenal pasti faktor risiko yang biasa untuk osteoporosis. Osteoporosis boleh terjadi hasil daripada kombinasi faktor seperti yang berikut: (a) Genetik; (b) Saiz rangka tubuh; (c) Jantina; (d) Bangsa; (e) Umur semakin lanjut; (f) Puncak jisim tulang berkurangan; (g) Tahap estrogen dan testosteron yang rendah; (h) Tidak aktif secara fizikal; (i) Pengambilan kalsium dalam diet yang tidak mencukupi; (j) Merokok; dan (k) Pengambilan alkohol. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) TOPIK 6 PENCEGAHAN PENYAKIT 137 AKTIVITI 6.6 Lakukan carian dalam talian mengenai amalan gaya hidup biasa yang meningkatkan risiko osteoporosis. Kongsi hasil carian anda semasa sesi tutorial. 6.5.2 Strategi untuk Osteoporosis Diharapkan pada akhir subtopik ini, anda boleh mencadangkan pendekatan yang boleh kita ambil untuk mencegah osteoporosis. Ambil perhatian bahawa satu aspek penting dalam pencegahan termasuklah membuat pilihan gaya hidup yang betul pada peringkat awal untuk mengurangkan kadar kehilangan jisim tulang pada tahun kemudian. Beberapa strategi termasuklah yang berikut: (a) Meningkatkan aktiviti fizikal; (b) Mengambil kalsium sebagai makanan tambahan seperti yang diperlukan; (c) Berhati-hati dengan senaman yang berlebihan; (d) Mengawal pengambilan alkohol; dan (e) Berhenti merokok. AKTIVITI 6.7 Kenal pasti lima contoh produk makanan tempatan yang mengandungi kandungan kalsium yang tinggi, sesuai bagi seseorang untuk mengelakkan osteoporosis. 6.6 PENYAKIT BUAH PINGGANG Akhir sekali, sebelum kita tamatkan topik yang menarik ini, mari kita lihat penyakit buah pinggang. Diharapkan dengan mempelajari subtopik ini, anda boleh mengaitkan penyakit buah pinggang sebagai keadaan penyakit yang ada hubungan dengan pilihan gaya hidup kita. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) 138 TOPIK 6 PENCEGAHAN PENYAKIT Tahukah anda bahawa penyakit buah pinggang telah menjadi punca utama yang biasa bagi penyakit kegagalan buah pinggang? Ia menyebabkan pesakit perlu menjalani rawatan dialisis, selalunya untuk seumur hidup. Statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (2015) memetik bahawa penyakit buah pinggang sebagai penyebab kelapan yang paling biasa untuk kemasukan ke hospital pada tahun 2013, menyumbang lebih daripada 5% daripada semua kemasukan ke hospital di Malaysia. Manusia mempunyai sepasang buah pinggang dalam rongga abdomen pada kedua-dua belah tulang belakang, di atas pinggang (rujuk Rajah 6.5). Rajah 6.5: Kedudukan buah pinggang Sumber: www.ehealthstar.com Apakah fungsi buah pinggang? Buah pinggang melakukan beberapa fungsi mampan kehidupan seperti: (a) Mencuci darah dengan mengeluarkan bahan buangan dan cecair yang berlebihan; (b) Mengekalkan keseimbangan garam dan mineral dalam darah; (c) Membantu mengawal atur tekanan darah; Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) TOPIK 6 PENCEGAHAN PENYAKIT eritropoietin yang 139 (d) Menghasilkan hormon bernama pengeluaran sel darah merah; dan merangsang (e) Menghasilkan satu bentuk vitamin D yang kita perlukan untuk kesihatan tulang. Kehilangan fungsi buah pinggang dipanggil kegagalan buah pinggang akut atau kecederaan buah pinggang akut. Ia sebahagian besarnya disebabkan oleh tiga kesan berikut yang mengganggu fungsi buah pinggang: (a) Kekurangan aliran darah kepada buah pinggang; (b) Kerosakan secara langsung kepada tisu buah pinggang; dan (c) Sekatan aliran air kencing daripada buah pinggang. Ambil perhatian bahawa kegagalan buah pinggang boleh membawa maut dan memerlukan rawatan segera dan intensif. 6.6.1 Penyebab yang Biasa bagi Penyakit Buah Pinggang Apakah penyebab yang biasa bagi penyakit buah pinggang? Beberapa faktor yang biasa yang menyebabkan penyakit buah pinggang termasuklah: (a) Kecederaan trauma kepada tisu buah pinggang yang membawa kepada pendarahan; (b) Dehidrasi berpanjangan yang teruk; (c) Kerosakan kepada buah pinggang disebabkan oleh renjatan ketika sepsis yang teruk; (d) Sekatan aliran air kencing akibat pembesaran prostat, penyempitan atau kalkuli (batu karang) buah pinggang; (e) Kerosakan dari ubat nefrotoksik tertentu atau racun; dan (f) Komplikasi berkaitan dengan kehamilan seperti eklampsia. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) 140 TOPIK 6 PENCEGAHAN PENYAKIT 6.6.2 Tanda dan Gejala Penyakit Buah Pinggang Kadangkala, kegagalan fungsi buah pinggang akibat penyakit mempunyai permulaan insidius (tersembunyi) yang perlahan dan tidak menunjukkan sebarang tanda yang ketara. Ia dikesan secara kebetulan melalui ujian makmal rutin yang dilakukan atas sebab lain. Walau bagaimanapun, anda boleh melihat tanda dan gejala fizikal yang jelas, iaitu: (a) Pengeluaran air kencing berkurangan; (b) Pembendungan cecair menyebabkan bengkak di kaki, kawasan buku lali dan kaki; (c) Mengantuk; (d) Sesak nafas; (e) Keletihan kronik; (f) Kekeliruan; (g) Mual; (h) Sawan atau koma dalam kes yang teruk; dan (i) Sakit dada atau tekanan. 6.6.3 Faktor Risiko Penyakit Buah Pinggang Tahukah anda bahawa diabetes dan tekanan darah tinggi ialah dua punca utama kerosakan buah pinggang? Ini kerana ia menyebabkan kerosakan berbahaya kepada saluran darah halus dalam buah pinggang. Faktor risiko yang lain termasuklah: (a) Penyakit kardiovaskular; (b) Sejarah keluarga dengan penyakit buah pinggang; (c) Jangkitan; dan (d) Ubat nefrotoksik dan bahan kimia. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) TOPIK 6 6.6.4 PENCEGAHAN PENYAKIT 141 Pencegahan Penyakit Buah Pinggang Akhir sekali, marilah kita pelajari cara untuk mencegah penyakit ini supaya anda akan dapat mencadangkan pendekatan yang boleh kita ambil untuk mengelakkan risiko penyakit buah pinggang. Seperti yang telah kita baca dalam perbincangan sebelum ini, strategi pencegahan terbukti menjadi satu pendekatan yang berkesan untuk mengelakkan faktor risiko melalui ubah suai gaya hidup untuk mengawal faktor risiko yang boleh diubah suai bagi kerosakan buah pinggang. Oleh itu, seseorang yang menghadapi risiko kerosakan buah pinggang perlu mematuhi langkah berikut: (a) Menjadikan gaya hidup sihat sebagai keutamaan; (b) Pemeriksaan kesihatan yang teratur untuk menyaring kerosakan buah pinggang; (c) Mengurus diabetes, tekanan darah tinggi atau penyakit jantung; (d) Mengambil ubat yang diberi preskripsi secara teratur dan mengikut masanya; (e) Pastikan buah pinggang sihat dengan memilih untuk makan makanan yang bebas daripada bahan kimia toksik, dan meningkatkan pengambilan makanan segar dan sayur-sayuran hijau; (f) Mengekalkan penghidratan badan yang mencukupi dengan minum air kosong; (g) Kawal garam, makanan yang kaya dengan kalium dan pengambilan gula dalam diet; (h) Mengehadkan pengambilan alkohol; (i) Sentiasa aktif secara fizikal; (j) Menjaga berat badan pada tahap ideal; (k) Memastikan paras kolesterol dalam julat yang normal; dan (l) Berhenti merokok. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) 142 TOPIK 6 PENCEGAHAN PENYAKIT AKTIVITI 6.8 Lengkapkan penilaian risiko kesihatan peribadi yang berikut: Penaksiran Risiko Diabetes Jenis 2 Bulatkan jawapan yang betul dan jumlahkan mata kutipan. Bandingkan skor akhir anda dengan risiko mendapat diabetes melitus. Soalan Mata Umur Kurang dari 35 tahun 35 hingga 44 tahun 45 hingga 54 tahun 0 1 2 55 hingga 64 tahun 3 Melebihi 64 tahun 4 Indeks jisim tubuh (BMI ă body mass index) Kurang daripada 25kg/m2 25 hingga 30kg/m2 Melebihi 30kg/m2 0 1 3 Lilitan pinggang diukur pada tahap pusat Bagi lelaki Kurang daripada 94cm 0 94cm hingga 102cm Melebihi 102cm Bagi wanita Kurang daripada 80cm 3 4 80cm hingga 88cm Melebihi 88cm 0 3 4 Soalan Mata Berapa kerapkah anda makan sayursayuran atau buah-buahan segar? Setiap hari 0 Bukan setiap hari 1 Pernahkah anda mengambil ubat untuk tekanan darah tinggi secara teratur? Tidak 0 Ya 2 Pernahkah anda didapati mempunyai glukosa darah tinggi (seperti dalam ujian saringan kesihatan, semasa sakit)? Tidak 0 Ya 5 Adakah ahli keluarga anda atau saudara mara rapat telah didiagnosis dengan diabetes? Tidak 0 Ya, datuk, makcik, 3 pakcik atau sepupu Ya, ibu bapa, adik 5 beradik atau anak sendiri Jumlah skor risiko Tafsiran skor peribadi Lebih rendah Risiko rendah untuk daripada 7 mendapat diabetes 7 hingga 11 Risiko sedikit tinggi 12 hingga 14 Risiko sederhana 15 hingga 20 Risiko tinggi Melebihi 20 Sangat berisiko Adakah anda biasa melakukan sekurangkurangnya 30 minit aktiviti fizikal lasak atau bersenam setiap hari, tidak termasuk aktiviti harian? Ya 0 Tidak 2 Sumber: http://www.diabetes.fi Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) TOPIK 6 PENCEGAHAN PENYAKIT 143 Nasihat untuk Anda Mengurangkan Risiko Diabetes Jenis 2 Anda tidak boleh berbuat apa-apa tentang umur anda atau kecenderungan genetik anda. Sebaliknya, faktor penggalak untuk diabetes seperti berat badan berlebihan, kegemukan pada abdomen, gaya hidup yang tidak aktif, tabiat makan dan merokok adalah terpulang kepada anda. Pilihan gaya hidup anda boleh mencegah diabetes Jenis 2 sepenuhnya atau sekurang-kurangnya melambatkan permulaan sehingga umur yang lebih lanjut. Jika ada diabetes dalam keluarga anda, anda perlu berhati-hati untuk tidak menambah berat dalam tahun seterusnya. Pertambahan saiz pinggang, khususnya, meningkatkan risiko diabetes, manakala aktiviti fizikal sederhana akan menurunkan risiko. Anda juga perlu memberi perhatian kepada diet anda; mengambil inisiatif untuk makan banyak produk bijirin yang kaya dengan serat dan sayur-sayuran setiap hari. Tidak mengambil lemak keras yang berlebihan dalam diet anda dan memilih lemak sayur-sayuran lembut. Peringkat awal diabetes Jenis 2 jarang menyebabkan apa-apa gejala. Jika anda mendapat 12 hingga 14 mata dalam penaksiran risiko, anda akan dinasihatkan secara serius mempertimbangkan aktiviti fizikal dan tabiat makan anda serta memberi perhatian kepada berat badan anda untuk mengelakkan diri daripada diabetes. Sila hubungi jururawat kesihatan awam atau doktor anda sendiri untuk panduan lanjut dan ujian. Jika anda mendapat 15 mata atau lebih dalam penaksiran risiko, anda perlu membuat ujian ukuran glukosa darah (kedua-dua nilai puasa dan nilai selepas dos glukosa atau makan) untuk menentukan jika anda mempunyai diabetes tanpa gejala. Sumber: http://www.diabetes.fi Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) 144 TOPIK 6 PENCEGAHAN PENYAKIT Menilai Risiko Anda terhadap Osteoporosis Bagi setiap soalan berikut, tandakan sama ada ya atau tidak. 1. 2. Adakah anda mengalami putus haid atau ovari telah dikeluarkan melalui pembedahan sebelum berumur 50 tahun? 4. Adakah keturunan anda datang dari England, Ireland, Scotland, Utara Eropah atau Asia atau adakah anda mempunyai rangka badan yang kecil dan kurus? 6. Adakah anda mengambil atau telah mengambil ubat seperti kortison, steroid atau antikonvulsan (ubat sawan) untuk tempoh masa yang panjang? Adakah anda mempunyai gangguan tiroid atau paratiroid (hipertiroidisme atau hiperparatairoidisme)? 8. Adakah anda alah kepada produk susu atau adakah anda tidak sesuai dengan laktosa? Ya Ya Tidak 10. Adakah anda minum wain, bir atau Adakah keluarga anda mempunyai sejarah osteoporosis? (Adakah manamana saudara perempuan anda patah pergelangan tangan atau pinggul atau mempunyai bongkok udang atau dowagerÊs hump?) Ya 3. Ya 5. 9. Ya Tidak Ya Adakah anda pernah menjalani pembedahan pada mana-mana bahagian perut atau usus anda dibuang? Ya 7. Tidak Adakah tempoh haid anda pernah berhenti untuk lebih dari setahun atas sebab selain daripada kehamilan atau menyusu? Tidak Ya Tidak Adakah anda merokok? Tidak Tidak Tidak minuman beralkohol lain setiap hari? Ya Tidak 11. Adakah anda melakukan senaman kurang dari sejam seperti senamrobik, berjalan atau berjoging setiap minggu? Ya Tidak 13. Pernahkah anda mempunyai Ya Tidak 12. Adakah anda pernah melakukan senaman berat sehingga anda mempunyai tempoh haid tidak teratur atau tiada haid langsung? Ya Tidak gangguan makan (bulimia atau anoreksia nervosa)? Ya Tidak Bagaimanakah keadaan anda? Adakah anda mempunyai beberapa jawapan ya? Jika begitu, anda berkemungkinan mendapat peluang sangat tinggi mendapat osteoporosis. Ia idea yang baik untuk berbincang dengan doktor anda hari ini supaya anda boleh bekerjasama untuk menjauhkan penyakit melumpuhkan ini daripada berlaku kepada anda. Sumber: Donatelle, Snow & Wilcox (1999) Berdasarkan tahap skor peribadi anda pada setiap skala di atas, sediakan pelan tindakan untuk aktiviti gaya hidup sihat untuk diri anda. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) TOPIK 6 PENCEGAHAN PENYAKIT 145 • Penggalakan gaya hidup sihat dan pencegahan penyakit melalui perubahan gaya hidup telah banyak menyumbang kepada peningkatan standard kesihatan rakyat di negara ini. • Memperkasakan orang ramai dengan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai untuk mengubah suai gaya hidup mereka dan mengambil peranan yang lebih aktif untuk mencegah penyakit telah menjadi dorongan yang kuat bagi sesiapa yang memahami manfaat untuk sentiasa sihat. • Kebanyakan penyakit tidak berjangkit seperti penyakit jantung koronari, kanser, diabetes melitus, osteoporosis dan penyakit buah pinggang adalah disebabkan oleh pilihan gaya hidup. • Orang yang tidak mengamalkan gaya hidup sihat akan menjadi lebih mudah terdedah kepada penyakit tidak berjangkit yang mempunyai kesan jangka panjang pada badan dan sukar untuk dikawal. Penyakit kardiovaskular terdiri daripada pelbagai penyakit yang berkaitan dengan gangguan fungsi dalam jantung dan peredaran darah dalam badan. Penyakit kardiovaskular paling serius yang berkaitan dengan pilihan gaya hidup ialah penyakit jantung koronari, kegagalan jantung, tekanan darah tinggi dan strok. • Faktor risiko yang biasa untuk penyakit jantung koronari termasuklah merokok, diabetes melitus yang tidak terkawal, tekanan darah tinggi yang tidak terkawal, tinggi darah kolesterol, obesiti dan tekanan berlebihan dan berpanjangan. • Sakit dada ialah gejala yang paling biasa dialami oleh seseorang yang mempunyai penyakit arteri koronari. Bagi penyakit jantung koronari, sebahagian tanda dan gejala adalah mual, sesak nafas dan berpeluh yang berlebihan. Beberapa cara yang boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari ialah menguruskan tekanan, mengawal kandungan gula dalam darah dan mengawal tekanan darah. Kanser ialah keadaan yang sel pada bahagian tertentu badan mula berkembang pada kadar yang tidak normal dan tidak terkawal. Terdapat empat jenis kanser, iaitu karsinoma, sarkoma, limfoma dan leukemia. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) 146 TOPIK 6 PENCEGAHAN PENYAKIT Faktor risiko yang biasa untuk kanser termasuklah pilihan gaya hidup yang tidak sihat, pendedahan alam sekitar kepada karsinogen, pendedahan kepada virus yang dikaitkan dengan beberapa jenis kanser, kerengsaan kronik dan kecenderungan genetik kepada kanser. Sebahagian daripada tanda dan gejala kanser ialah kehilangan berat badan secara mendadak yang tidak dapat dijelaskan, ketulan pada payudara atau bahagian badan yang lain, tahi lalat yang tumbuh lebih daripada tujuh milimeter diameter dan lain-lain. Pencegahan am kanser merujuk kepada pengecaman potensi kanser yang menyebabkan bahaya dan mengambil tindakan menyokong untuk mengelakkan pendedahan berpanjangan kepada karsinogen daripada sumber makanan dan bahaya alam sekitar yang lain. Diabetes melitus ialah gangguan endokrin yang berlaku akibat ketidakteraturan pengeluaran insulin atau tindakan fisiologinya dalam badan. Ia boleh dibahagikan kepada tiga jenis ă Jenis 1, Jenis 2 dan diabetes gestasi. Faktor risiko lazim untuk diabetes melitus termasuklah obesiti dan tidak aktif secara fizikal, tinggi tahap gula dalam darah semasa berpuasa, usia yang semakin lanjut, kecenderungan genetik dan kecenderungan etnik. Pencegahan umum untuk diabetes melitus merupakan pengecaman dan kawalan faktor pencetus yang ada dalam bentuk faktor risiko boleh diubah suai dan tidak boleh diubah suai. Contohnya, mengekalkan berat badan ideal dan tahap normal glukosa darah, senaman dan pengesanan awal. Osteoporosis ialah keadaan yang tulang menjadi lemah dan menjadi rapuh akibat kandungan mineral rendah yang biasanya disebabkan oleh penuaan progresif. Faktor risiko lazim untuk osteoporosis termasuklah kecenderungan genetik, jantina, bangsa, umur semakin lanjut, penurunan puncak jisim tulang, tahap estrogen dan testosteron yang rendah, aktiviti fizikal, pengambilan kalsium diet tidak mencukupi, merokok dan pengambilan alkohol. Aspek penting dalam pencegahan osteoporosis termasuklah membuat pilihan gaya hidup yang tepat pada peringkat awal yang boleh mengurangkan kadar kehilangan jisim tulang pada tahun lewat usia. Pilihan gaya hidup yang tepat boleh dilakukan dari segi peningkatan aktiviti fizikal, mengambil kalsium tambahan dan berhenti merokok. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) TOPIK 6 PENCEGAHAN PENYAKIT 147 Kegagalan buah pinggang akut menghasilkan ketidakupayaan buah pinggang untuk menapis bahan buangan di dalam darah yang menyebabkan kemerosotan yang pesat pada kesihatan mangsa penghidapnya. Penyebab yang biasa bagi penyakit buah pinggang ialah kecederaan trauma pada tisu buah pinggang, dehidrasi yang teruk dan berpanjangan, eklampsia semasa kehamilan dan lain-lain. Sebahagian daripada tanda dan gejala penyakit buah pinggang ialah pengeluaran air kencing yang berkurangan, mengantuk, kekeliruan, mual, keletihan yang kronik dan lain-lain. Faktor risiko yang biasa untuk penyakit buah pinggang termasuklah yang wujud bersama penyakit kardiovaskular, sejarah keluarga dengan penyakit buah pinggang, jangkitan, pendedahan kepada dadah nefrotoksik dan bahan kimia. Sebahagian daripada pencegahan untuk penyakit buah pinggang ialah gaya hidup sihat, pemeriksaan kesihatan yang teratur, menjadi aktif secara fizikal, mempunyai berat badan ideal dan berhenti merokok. Berat badan ideal Limfoma Diabetes gestasi Osteoporosis Diabetes melitus Pencegahan Diabetes melitus Jenis 1 Pencegahan penyakit Diabetes melitus Jenis 2 Penyakit arteri koronari (CAD ă coronary artery disease) Faktor risiko Penyakit jantung koronari (CHD ă coronary heart disease) Gaya hidup sihat Kanser Penyakit tidak berjangkit Karsinoma Sarkoma Kegagalan buah pinggang akut Kegagalan jantung Leukemia Strok Tanda dan gejala Tekanan darah tinggi Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) 148 TOPIK 6 PENCEGAHAN PENYAKIT Centers for Disease Control and Prevention (CDC). (2015). Heart disease facts. Dicapai dari http://www.cdc.gov/heartdisease/facts.htm Donatelle, R., Snow, C., & Wilcox, A. (1999). Wellness: Choices for health and fitness (Ed. ke-2). Belmont, CA: Wadsworth. Finnish Diabetes Association. (2003). Programme for the prevention of type 2 diabetes in Finland. Dicapai dari http://www.diabetes.fi/files/1108/ Programme_for_the_Prevention_of_Type_2_Diabetes_in_Finland_20032010.pdf Ministry of Health Malaysia (MOH). (2014). Health facts 2014. Dicapai dari https://goo.gl/qcdXV7 NHS Choices. (2013). Cancer information and useful links. Dicapai dari http://www.nhs.uk/conditions/Cancer/Pages/Introduction.aspx NHS Choices. (2014). Osteoporosis. Dicapai dari http://www.nhs.uk/conditions/ Osteoporosis/Pages/Introduction.aspx Palevsky, P. M. (2015). Definition of acute kidney injury (acute renal failure). Dicapai dari http://www.uptodate.com/contents/definition-of-acutekidney-injury-acute-renal-failure Pruss-Ustun, A., & Corvalan, C. (2006). Preventing disease through health environment: Towards an estimate of the environmental burden of disease. Geneva, Switzerland: World Health Organization Press. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) Topik 7 Kesihatan dan Kesejahteraan Kewangan HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Membezakan antara kesihatan kewangan dengan kesejahteraan kewangan; 2. Mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh golongan dewasa „peralihan‰ dalam usaha mereka untuk kesejahteraan kewangan; 3. Membincangkan elemen kesejahteraan kewangan; dan 4. Membentuk pelan kecergasan kewangan. PENGENALAN Seperti yang dibincangkan dalam Topik 3 sebelum ini, kesihatan dan kesejahteraan kewangan adalah salah satu daripada lapan dimensi model holistik kesihatan dan kesejahteraan. Masihkah anda ingat? Ambil perhatian bahawa setiap satu daripada lapan dimensi tersebut perlu diikuti satu persatu tetapi seiring dengan usaha mencapai tujuh dimensi lain. Apakah yang akan anda pelajari dalam topik ini? Pada asasnya, topik ini dibahagikan kepada empat subtopik. Dalam Subtopik 7.1, kita akan diperkenalkan kepada kesihatan kewangan dan kesejahteraan kewangan. Ia juga membincangkan kepentingan kesejahteraan kewangan dalam konteks kesihatan keseluruhan seseorang. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) 150 TOPIK 7 KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KEWANGAN Kemudian pada Subtopik 7.2, kita akan membincangkan cabaran untuk mencapai kesejahteraan kewangan terutamanya dalam perjalanan seseorang ke alam dewasa. Pengetahuan cabaran masa lalu (yang telah dialami oleh generasi lalu) akan membolehkan seseorang untuk lebih bersedia menanganinya ketika seseorang melalui gangguan dalam menjalani kehidupan. Ini diikuti dengan Subtopik 7.3 yang akan membincangkan elemen kesejahteraan kewangan yang boleh membantu ketika seseorang berusaha mencapai kesejahteraan. Akhir sekali, subtopik terakhir akan merumuskan konsep kecergasan kewangan, yang menjadi ikutan dalam kalangan syarikat besar di seluruh dunia bagi membantu membiayai kos pencapaian kesihatan dan kesejahteraan dalam syarikat tersebut dan bahagian masing-masing. Diharapkan pada akhir topik ini, anda akan dapat membentuk pelan kecergasan kewangan yang sesuai dengan diri anda. Semoga berjaya! 7.1 KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KEWANGAN Subtopik pertama ini menerangkan kesihatan kewangan dan kesejahteraan kewangan. Diharapkan pada akhir subtopik ini, anda akan dapat membezakan kedua-duanya. Sekarang, mari kita lihat dahulu definisi kesihatan kewangan. Adakah anda mempunyai sebarang idea tentang maksudnya? Kesihatan kewangan ialah istilah yang digunakan untuk menunjukkan „keadaan situasi kewangan peribadi seseorang‰. Ambil perhatian bahawa terdapat banyak dimensi kesihatan kewangan. Contohnya, pendapatan boleh guna, simpanan dan pembayaran balik pinjaman. Di samping itu, konsep ini juga tersemat sebagai amalan dalam organisasi. Bagaimanakah kita menentukan kesihatan kewangan pada organisasi perniagaan? Kesihatan kewangan sesebuah organisasi perniagaan ditentukan dengan menyemak perkara berikut: (a) Keadaan kewangan (apakah yang dimiliki oleh firma) seperti aset; (b) Liabiliti (apakah yang oleh firma telah berhutang); dan (c) Nilai bersih (jumlah bersih daripada apa yang dimiliki oleh firma selepas mengambil kira tuntutan pemberi pinjaman ke atas milik firma itu). Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) TOPIK 7 KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KEWANGAN 151 Selain daripada mengetahui jumlah mutlak setiap item, penting juga untuk kita mengetahui komposisi yang berkaitan dengannya. Walau bagaimanapun, item ini hanya menunjukkan kedudukan masing-masing pada satu ketika pada waktu tertentu. Aspek penting lain yang perlu dipertimbangkan ialah dimensi yang menunjukkan potensi peningkatan item ini dari semasa ke semasa atau sebaliknya. Dimensi ini pada dasarnya digambarkan sebagai keuntungan syarikat. Ini kerana keuntungan ialah penentu penting kewangan atau kesejahteraan bagi masa depan sesuatu syarikat. Bagaimanakah pula dengan kesihatan kewangan individu? Kesihatan kewangan individu ialah penjelasan bagaimana seseorang mengendalikan kewangan mereka dengan baik seperti membuat bayaran tepat pada masanya dan mengasingkan sejumlah tertentu untuk simpanan. Sekarang mari kita beralih kepada kesejahteraan kewangan. Kesejahteraan kewangan individu, sebaliknya ialah penerangan yang lebih holistik. Ia menandakan „keadaan kesejahteraan psikologi yang seseorang berasa mereka mempunyai kawalan ke atas kewangan semasa dan masa depan masingmasing‰. Tahukah anda kesejahteraan kewangan ialah konsep baharu yang muncul akibat daripada Kemelesetan Besar (Great Recession) global pada tahun 2008 hingga 2009? Kemelut Kemelesetan Besar ini menyebabkan ramai orang dalam keadaan lemah. Ramai yang tidak bersedia untuk menempuhi pengalaman krisis kewangan peribadi yang telah berlaku. Tempoh dua tahun Kemelesetan Besar tersebut bukan saja menjadi punca krisis kewangan peribadi. Kesan kemelesetan pada individu diburukkan lagi oleh peningkatan kekurangan penghayatan prinsip asas amalan kewangan peribadi yang baik. Akibatnya, penghasilan kewangan yang buruk telah dialami. Apakah impak daripada keadaan kewangan yang buruk ini? Kesan keadaan kewangan yang teruk ini diburukkan lagi oleh kehilangan pekerjaan secara meluas, penurunan nilai aset dan kejatuhan dalam nilai simpanan. Keadaan fenomena yang buruk ini menyebabkan ramai dalam keadaan kesukaran kewangan. Apakah yang dimaksudkan dengan kesukaran kewangan? Kesukaran kewangan ialah istilah dalam kewangan korporat yang menggambarkan keadaan sesebuah syarikat yang gagal menunaikan janji untuk membayar pemiutangnya mengikut terma kredit yang dipersetujui. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) 152 TOPIK 7 KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KEWANGAN Apakah yang akan berlaku jika kesukaran kewangan tidak boleh diatasi? Jika kesukaran kewangan tidak boleh diatasi, ia boleh menyebabkan bankrap. Oleh yang demikian, konsep kesejahteraan kewangan muncul sebagai dimensi penting dalam kesihatan dan kesejahteraan. Secara umumnya, kesejahteraan kewangan ialah keadaan hal ehwal kewangan yang individu telah mencapai perkara berikut: (a) Asas kewangan yang kukuh dengan sedikit atau tiada hutang, mempunyai beberapa dana simpanan kecemasan dan pendapatan melebihi perbelanjaan; (b) Pelan berterusan yang meletakkan seseorang di landasan yang betul untuk mencapai matlamat kewangan pada masa hadapan; dan (c) Ketiadaan tekanan kewangan. AKTIVITI 7.1 Layari laman web University of Wisconsin-River Falls dan ambil ujian penilaian kesejahteraan di https://goo.gl/rPHR1s. Jawab setiap soalan dengan jujur dan bayangkan sama ada anda boleh menjadi lebih baik jika setiap amalan tersebut telah dipatuhi sepenuhnya. 7.1.1 Kepentingan Kesejahteraan Kewangan dalam Konteks Kesihatan Keseluruhan Seseorang Lien (2012) dalam memperkenalkan Siri Kewangan Primal (Primal Finance Series) beliau, menggunakan hierarki keperluan Maslow untuk menggambarkan blok binaan pencapaian kewangan dan kebahagiaan peribadi. Berdasarkan Maslow, Lien merasakan bahawa adalah sukar bagi seseorang untuk mencapai kejayaan profesional jika tidak mempunyai tempat tinggal yang „bermakna‰ untuk didiami, pakaian untuk dipakai atau makanan untuk dimakan. Memenuhi keperluan asas perlu dilakukan sebelum anda mencuba untuk memuaskan keinginan pada tahap yang lebih tinggi. Lien dengan itu meletakkan tapak asas siri beliau selari dengan hierarki keperluan Maslow. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) TOPIK 7 KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KEWANGAN 153 Bagi tujuan kita, ia adalah munasabah untuk menggunakannya sebagai blok binaan untuk mencapai kesejahteraan kewangan peribadi. Mari kita kaji semula hierarki keperluan Maslow yang ditunjukkan dalam Rajah 7.1. Rajah 7.1: Hierarki keperluan Maslow Sumber: https://jimlien.files.wordpress.com Hierarki keperluan Maslow ialah model psikologi berdasarkan analisis keperluan manusia dan mencuba untuk memenuhinya mengikut susunan bertingkat. Keseluruhannya, keperluan dalam susunan bertingkat akan dijelaskan dalam Jadual 7.1; ia bermula daripada tahap asas kepada tahap yang paling tinggi. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) 154 TOPIK 7 KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KEWANGAN Jadual 7.1: Hierarki Keperluan Maslow Tahap Jenis Keperluan Keperluan Khusus 1 (keperluan paling asas) Fisiologi Pernafasan, makanan, air, seks, tidur, homeostasis dan perkumuhan. Secara umumnya, kesemua ini isu yang berkaitan dengan kesihatan. Perlukah anda mencuba mencapai sesuatu yang lebih baik daripada kesihatan jika anda tidak boleh menikmatinya? 2 Keselamatan Keselamatan tubuh badan, pekerjaan, sumber, kemoralan, keluarga, kesihatan dan harta benda. Kebanyakan perkara ini berkaitan dengan luaran terutamanya politik. Yang paling penting, adakah satu sistem moral diwujudkan di kawasan kediaman saya di mana saya berasa selamat secara peribadi dan bersama keluarga? Jika saya memperoleh sesuatu, adakah saya dapat menyimpannya? Adakah terdapat peluang yang mencukupi untuk mencari nafkah bagi menyara hidup keluarga saya? 3 Kasih sayang/ perasaan kekitaan Manusia ialah makhluk sosial. Kebanyakan orang yang berjaya ada penghubung. Mereka membantu seseorang bertemu orang lain yang kemudiannya boleh memberikan sesuatu nilai dalam cara yang saling menguntungkan. 4 Harga diri Menghormati diri, keyakinan, kekuatan, penguasaan, kemerdekaan dan kebebasan. Harga diri akhirnya datang hasil daripada hubungan yang baik, amalan dan pengalaman. 5 (keperluan paling tinggi/ lanjutan) Penghargaan kendiri Ini bermakna mencapai potensi penuh. Dengan menggunakan Maslow sebagai model, anda boleh menentukan bahagian mana anda perlu tumpukan usaha awal anda sebagai pendorong dari segi kewangan; ia cara yang baik untuk memulakannya. Sumber: Lien (2012) Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) TOPIK 7 KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KEWANGAN 155 SEMAK KENDIRI 7.1 Terangkan dengan ringkas hierarki keperluan Maslow berdasarkan lima tahap yang berlainan. AKTIVITI 7.2 Dalam kumpulan kecil, bincangkan bagaimana anda akan menerangkan „kebahagiaan kewangan‰ dalam konteks hierarki keperluan Maslow. 7.2 CABARAN KESEJAHTERAAN KEWANGAN Sekarang mari kita lihat cabaran kepada kesejahteraan kewangan. Maka, diharapkan dengan mengetahui lebih lanjut mengenai cabaran ini, anda boleh merancang pelan yang boleh membantu anda menghapuskan halangan untuk meletakkan asas pada kesejahteraan kewangan anda. Mari kita renungkan soalan ini: Pada umur berapakah seseorang itu dijangka berdikari dari segi kewangan? Ya, seseorang dijangka berdikari dari segi kewangan apabila seseorang memasuki alam dewasa. Ini kerana dewasa dari segi perundangan ialah seorang yang sudah mencapai umur majoriti dan oleh itu dianggap sebagai seorang yang berdikari, mampu menanggung diri sendiri dan bertanggungjawab. Tahukah anda kedewasaan boleh dikenal pasti dengan menggunakan penanda? Perjalanan daripada remaja hingga dewasa ditandakan dengan pengalaman peristiwa tertentu dalam hidup. Jadi, apakah penanda itu? Secara tradisinya, penanda utama telah dikenal pasti sebagai peristiwa hidup (lihat Rajah 7.2). Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) 156 TOPIK 7 KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KEWANGAN Rajah 7.2: Empat pengalaman untuk menandakan kedewasaan Pada masa lalu, sehingga era baby boomers (lahir antara tahun 1946 dan 1964), laluan ke alam dewasa agak lancar. Golongan peralihan kedewasaan akan memperoleh kemahiran kedewasaan terutamanya melalui bimbingan langsung dan sokongan daripada ibu bapa. 7.2.1 Cabaran Ekonomi Kebanyakan Generasi X (lahir antara tahun 1965 dan 1980 ) dan boomers percaya bahawa Generasi Y atau Milenium (lahir selepas tahun 1980) menghadapi lebih banyak cabaran ekonomi daripada apa yang mereka sendiri telah alami ketika mereka mula menjadi dewasa (Pew Reseach Centre, 2014). Keadaan yang lebih mencabar yang dihadapi oleh generasi Milenium sendiri telah menyebabkan mereka bersikap realistik mengenai perkara berkaitan kedudukan mereka. Satu tinjauan penyelidikan pada tahun 2014 mendedahkan bahawa hanya 42% daripada generasi Milenium memperkenalkan diri mereka sebagai „kelas pertengahan‰, manakala 53% daripada rakan Milenium mereka dalam pungutan suara lebih awal (yang diadakan pada tahun 2008) mendakwa diri mereka sama sahaja. Malah, lebih ketara, 46% daripada mereka menyifatkan Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) TOPIK 7 KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KEWANGAN 157 diri mereka sebagai lebih rendah daripada kelas pertengahan dalam kaji selidik baru-baru ini (Pew Reseach Centre, 2014). 7.2.2 Cabaran Lain Sedarkah anda bahawa terdapat lebih banyak perubahan perkembangan dan cabaran utama yang berkaitan dengan masa remaja? Contohnya, golongan belia Milenium perlu mendapatkan dan mengukuhkan kecekapan, sikap, nilai dan modal sosial mereka yang perlu untuk membuat peralihan ke alam dewasa yang berjaya. Tempoh lewat keremajaan dan yang berikutnya (sering dirujuk sebagai peralihan kedewasaan) telah diperhatikan sebagai penting. Ia merupakan satu peringkat perkembangan berterusan yang mana individu mula membuat pilihan dan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti yang akan menjadi pengaruh kuat untuk sepanjang hidup mereka. Ambil perhatian ketika belia melangkah ke alam peralihan kedewasaan, pilihan dan cabaran mereka turut beralih. Ini termasuklah keputusan berkaitan dengan penanda tradisional kedewasaan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.2. Baru-baru ini, ahli sains sosial mendapati bahawa peralihan ke alam dewasa mengambil masa yang lama untuk dilengkapkan. Ini kerana menjadi orang dewasa pada hari ini (untuk Generasi Y dan Milenium) adalah berbeza sama sekali dari 30 tahun dahulu. Ini boleh dikaitkan dengan beberapa faktor penyumbang termasuklah yang berikut (Richardson, 2015): (a) Landskap ekonomi baharu; (b) Perubahan perspektif; dan (c) Perubahan laluan kepada profesionalisme. Namun begitu, generasi Milenium adalah hampir optimistik dengan kewangan masa depan mereka seperti Generasi X pada ketika usia yang sama. Individu yang bekerja ketika itu berkeyakinan bahawa mereka berpendapatan mencukupi untuk meneruskan kehidupan yang mereka cita-citakan, manakala mereka yang tidak bekerja menepati sasaran dalam kewangan masa depan mereka (Pew Reseach Centre, 2015). Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) 158 TOPIK 7 KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KEWANGAN Walaupun individu peralihan kedewasaan yang belum berpindah keluar rumah menyedari bahawa mereka telah melenyapkan perjuangan masa remaja mereka dan mula merasa bertanggungjawab ke atas diri mereka sendiri, mereka masih perlu bergantung pada ibu bapa yang menyediakan tempat kediaman kepada mereka (Munsey, 2006). Menurut Munsey, Arnett (2000) dengan itu mencadangkan satu tempoh baharu dalam jangka hayat manusia yang dikenali sebagai "peralihan kedewasaan". Peralihan kedewasaan ini mempunyai beberapa ciri tertentu yang berbeza seperti yang dijelaskan dalam Jadual 7.2 berikut. Jadual 7.2: Lima Ciri Peralihan Kedewasaan Ciri Deskripsi Usia yang meneroka identiti Belia sedang memutuskan siapa diri mereka dan apa yang mereka mahu daripada perihal pekerjaan, persekolahan dan kasih sayang. Usia tanpa kestabilan Tahun selepas sekolah menengah ditandakan dengan bertukar tempat kediaman berulang kali. Sebagai belia, mereka sama ada pergi ke kolej atau tinggal dengan rakan, atau dengan pasangan romantis. Bagi kebanyakan orang, kerap kali berpindah berakhir menjadi sebuah keluarga dan mendapat kerjaya tetap dalam usia 30an. Usia yang memberi fokus terhadap diri sendiri Bebas daripada ibu bapa dan rutin masyarakat, iaitu persekolahan, belia cuba untuk memutuskan apakah yang mereka mahu lakukan, ke mana mereka mahu pergi dan dengan siapa mereka mahu bersama ă sebelum pilihan itu dihadkan oleh kekangan perkahwinan, anak dan kerjaya. Usia perasaan di perantaraan Ramai golongan peralihan kedewasaan berkata mereka bertanggungjawab terhadap diri sendiri tetapi masih tidak benarbenar merasa lengkap seperti orang dewasa. Usia bagi segala kemungkinan Terus berkeyakinan optimis. Kebanyakan golongan peralihan kedewasaan percaya mereka mempunyai peluang yang baik untuk hidup „lebih baik daripada ibu bapa mereka‰ dan walaupun ibu bapa mereka berpisah, mereka percaya mereka akan bertemu dengan pasangan yang sejiwa dan bersama sepanjang hayat. Sumber: Arnett (2000) Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) TOPIK 7 KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KEWANGAN 159 Menurut Arnett (2000), golongan peralihan kedewasaan menyematkan harapan mereka untuk kehidupan ă pekerjaan yang bergaji besar dan penuh bererti bagi diri dan ikatan berkekalan dengan pasangan. Walau bagaimanapun, Arnett pesimis ă mungkin ramai akan berasa kecewa. Kebanyakan majikan hanya mahu seseorang yang boleh melakukan kerja. Jika kebahagiaan ialah perbezaan positif antara apa yang anda benar-benar peroleh dengan apa yang anda harapkan daripada kehidupan, maka ramai golongan peralihan kedewasaan menetapkan diri mereka mengharungi hidup tanpa kebahagiaan (Munsey, 2006). 7.2.3 Faktor Penyumbang kepada Kelewatan Kedewasaan Apakah faktor yang menyumbang kepada kelewatan kedewasaan? Mari kita cari jawapannya dalam Rajah 7.3. Rajah 7.3: Faktor penyumbang kepada kelewatan kedewasaan Faktor ini diterangkan dengan lebih lanjut seperti yang berikut: (a) Landskap Ekonomi Pernahkah anda bekerja di sebuah kilang semasa cuti sekolah atau cuti semester? Kebanyakan anda akan berkata „ya‰. Adakah saya betul? Pada masa lalu, walaupun sebelum tamat sekolah, ramai remaja boleh bekerja di kilang, mendapat wang yang cukup untuk menyara diri atau keluarga. Mereka yang berpandangan jauh pula akan memasuki kolej dan menikmati faedah. Contohnya, menyelia pekerja pengeluaran. Walau bagaimanapun, dari semasa ke semasa, kekosongan di kilang tempatan menjadi kurang kerana kilang pembuatan berpindah ke kawasan yang lebih murah. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) 160 TOPIK 7 KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KEWANGAN Mereka yang bercita-cita meninggalkan persekolahan tidak lama selepas itu menyedari bahawa mereka perlu untuk meningkatkan diri ă maka akan menyambung pelajaran di kolej. Setelah waktu berlalu, biasanya dapat dilihat seseorang itu perlu meneruskan pendidikan ke peringkat tinggi untuk berjaya. Oleh itu, kemasukan pendidikan ke kolej terus melonjak. Walau bagaimanapun, dengan kemasukan ke kolej, akan adanya hutang. Ia ditambahkan lagi dengan kenaikan kos sara hidup, makanan, penginapan dan pengangkutan. Jadi, bukanlah kejutan besar bahawa belia sering tidak dapat menyesuaikan diri dengan alam kerjaya dan kekeluargaan sehingga selepas mereka berusia dalam pertengahan 20-an. Ini semata-mata disebabkan mereka tiada wang. Faktor yang mendominasi ialah ia mengambil masa lebih lama bagi belia untuk beralih ke alam dewasa. Tempoh peralihan ini dilabel sebagai „peralihan kedewasaan‰ oleh sesetengah atau sebagai „usia di perantaraan‰ oleh sesetengah yang lain (Richardson, 2015). (b) Isu Perumahan Adakah anda sedar bahawa berjuta-juta belia masih tinggal dengan ibu bapa mereka? Tahukah anda mengapa? Malah, beberapa belia telah gagal untuk mengecap kehidupan dengan keberanian manakala yang lain sememangnya tidak mempunyai wang untuk hidup berdikari. (c) Pengangguran dan Guna Tenaga Tidak Penuh (Underemployment) Tahukah anda hampir 75 juta belia di seluruh dunia yang menganggur? Malah, kadar pengangguran belia global kekal pada 12.6% sejak tahun 2009. Di Malaysia, kadar pengangguran belia kekal tinggi sejak krisis kewangan Asia pada tahun 1998. Daripada serendah 6.7% pada tahun 1996, kadar pengangguran belia melonjak naik kepada 11.3% pada tahun 2010. Malah kadar pengangguran graduan yang tidak melebihi 2.3% pada awal tahun 1990-an sebelum krisis kewangan Asia, semenjak itu tidak berkurangan di bawah paras 2.9%. Angka tersebut belum lagi mengambil kira berjuta-juta belia yang menggunakan tenaga tidak penuh. Di samping itu, kos sara hidup, perumahan, penjagaan kesihatan dan penjagaan anak juga semakin meningkat, di sebalik peningkatan pengangguran dan guna tenaga tidak penuh. Ditambah pula dengan pengecutan peluang pekerjaan yang akan melanda dalam kalangan pencari pekerjaan yang disebabkan oleh Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) TOPIK 7 KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KEWANGAN 161 pertambahan umur persaraan yang lebih tinggi (Asia Pacific Youth Employment Network, 2012). (d) Pendekatan Baharu untuk Perhubungan Perubahan sosial dan ekonomi yang menyumbang kepada kebangkitan golongan peralihan kedewasaan termasuklah peralihan daripada bidang ekonomi pembuatan kepada ekonomi berasaskan teknologi maklumat dan perkhidmatan terutamanya. Ini telah menyebabkan lebih ramai belia melanjutkan pelajaran selepas sekolah menengah dengan lebih lama bagi mempersiapkan diri mereka untuk memperoleh pekerjaan dalam ekonomi baharu. Oleh itu, ini bermakna usia yang lewat untuk memasuki alam perkahwinan dan keibubapaan, dan penerimaan meluas (atau sekurang-kurangnya bertoleransi) terhadap seks sebelum berkahwin dan bersekedudukan, maka terciptanya pil perancang pada tahun 1960-an. Perlu diingat, tiada satu pun perubahan ini berkemungkinan akan berubah kembali pada masa akan datang. Atas sebab ini, adalah munasabah bagi kita melihat alam peralihan kedewasaan sebagai peringkat hidup baharu dan bukan sebagai peralihan generasi yang dalam masa terdekat akan beralih lagi (Richardson, 2015). Ambil perhatian bahawa selain daripada empat faktor yang dibincangkan tadi, terdapat dua faktor lain yang menyumbang juga kepada kelewatan kedewasaan (rujuk Rajah 7.3). Ia dihuraikan seperti yang berikut: (a) Tingkah Laku yang Tidak Stabil Tingkah laku ini boleh dibahagikan kepada dua jenis: (i) Pengaruh Vikarius (daripada Pemerhatian) Adakah anda setuju bahawa belia lebih mudah terdedah kepada pengaruh selebriti berbanding dengan orang tua mereka? Dengan kata lain, mereka cenderung untuk mengikut selebriti. Seperti yang dinyatakan oleh Boon dan Lomore (2006), "Remaja sering berdamping rapat dengan tokoh yang dikenali mereka melalui media popular.‰ Bintang sukan juga dikenali sebagai selebriti kesukaan ramai dan model peranan (role model) bagi golongan muda. Atlet model peranan diketahui boleh mempengaruhi niat dan tingkah laku remaja, terutamanya dari aspek berkaitan produk (lihat Rajah 7.4). Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) 162 TOPIK 7 KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KEWANGAN Rajah 7.4: Christiano Ronaldo dalam iklan Nike Sumber: www.nike.com Berdasarkan perkara ini, hasil daripada kajian relevan yang dijadikan replika dalam negara mendapati bahawa kedua-dua model peranan secara langsung dan daripada vikarius (pemerhatian) akan mempengaruhi niat dan tingkah laku membeli remaja Malaysia. Malah, dapatan kajian mencadangkan bahawa model peranan vikarius (daripada pemerhatian) memainkan peranan yang lebih berpengaruh daripada model peranan yang secara langsung (ibu bapa) (Cyril de Run, Butt & Chung, 2010). Tambahan pula, hasilnya seolah-olah bertentangan dengan nilai dan budaya ketimuran yang dipercayai telah berakar umbi dalam kalangan rakyat Malaysia. Barangkali, ia kesan daripada perkara berikut: (ii) Fenomena pertumbuhan ekonomi Malaysia yang dikecap dalam tempoh tiga dekad yang lalu; atau Perindustrian dan kemungkinan aliran kebaratan masyarakat Malaysia yang telah mempengaruhi nilai budaya golongan peralihan kedewasaan. Pembelian Impulsif Apakah yang dimaksudkan dengan pembelian impulsif? Pembelian impulsif merujuk kepada pembelian barangan dan perkhidmatan yang seseorang tidak merancang untuk membelinya. Secara tradisinya, pembelian impulsif (mengikut gerak hati) berlaku di dalam gedung jualan hasil daripada strategi paparan dan strategi jualan peribadi yang digunakan oleh peruncit. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) TOPIK 7 KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KEWANGAN 163 Mari kita renungkan dua senario berikut (rujuk Jadual 7.3). Jadual 7.3: Dua Senario untuk Refleksi Anda Senario Senario A Deskripsi Pernahkah anda membeli gula-gula dan coklat yang anda tidak merancang untuk membelinya? Namun, anda dengan mudah membelinya apabila terlihat barang tersebut di tempat juruwang semasa anda hendak membayar barang yang telah dirancang untuk dibeli (lihat Rajah 7.5). Rajah 7.5: Kaunter bayaran Sumber: www.novograf.co.uk Senario B Pernahkah anda membeli barangan dalam talian dan semasa anda berbuat sedemikian, perhatian anda telah diarahkan kepada paparan "pelanggan yang membeli barangan yang anda beli juga membeli barang ini‰ (rujuk Rajah 7.6). Rajah 7.6: Strategi membeli-belah dalam talian Sumber: http://www.lazada.com.my Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) 164 TOPIK 7 KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KEWANGAN Apakah yang boleh anda rumuskan tentang kedua-dua senario tersebut? Berdasarkan Senario A, penjual mencontohi strategi paparan dan strategi jualan peribadi penjual di dalam bangunan kedai. Bagi Senario B, berhatihati membeli barangan yang anda tidak pernah rancang tetapi secara impulsif berbuat demikian disebabkan anda telah termakan pujukan. (b) Kuasa yang Kuat Faktor terakhir untuk kita bincangkan ialah kuasa yang kuat. Sedarkah anda bahawa Generasi Y juga dianggap tenaga buruh yang berpotensi besar? Malah, mereka mampu membentuk corak pembangunan sosioekonomi dalam kalangan pelbagai generasi masyarakat majmuk. Tambahan pula, mereka hidup dalam dunia teknologi dan Internet. Oleh itu, mereka sentiasa mahu melakukan sesuatu yang mencabar dan tidak mahu berasa bosan dengan rutin harian yang sama. Mereka mempunyai kegemaran aktiviti sosial mereka sendiri dan kebanyakan mereka hidup di dalam dunia di mana mereka boleh berhubung dan berinteraksi dengan cara tanpa sempadan global (Alwi, Amir Hashim & Ali, 2015). Pada masa ini, Generasi Y menguasai lebih daripada 50% tenaga kerja atau kira-kira 21% daripada 29 juta penduduk Malaysia (PriceWaterhouseCoopers, 2015). AKTIVITI 7.3 1. „Peralihan kedewasaan ialah peringkat baharu dalam kitaran hidup seseorang‰. Apakah pendapat anda tentang kenyataan ini? Bincangkan ciri yang berlainan pada „peringkat hidup baharu‰ ini dan implikasinya pada individu yang berusaha untuk kesejahteraan kewangan. 2. Baca artikel berikut dan bincangkan dalam kumpulan: The Malaysian Insider (15 Oktober 2015), Malaysia Gen Y in debt, living on the edge, survey reveals di https://goo.gl/poRSuW. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) TOPIK 7 7.3 KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KEWANGAN 165 ELEMEN KESEJAHTERAAN KEWANGAN Sekarang mari kita beralih untuk mengenal pasti elemen kesejahteraan kewangan. Diharapkan pada akhir subtopik ini, anda akan dapat memahaminya dengan lebih baik. Pertama, lihat petikan berikut daripada Financial Finesse (2013) yang diambil daripada laman web Kewangan Yahoo (Yahoo Finance). Sebanyak 62% daripada mereka dalam satu kaji selidik dalam kalangan umur di bawah 30, melaporkan bahawa mereka mempunyai „beberapa tekanan kewangan‰ dan 15% lagi mengatakan bahawa mereka mempunyai tahap tekanan kewangan „tinggi‰ atau „melampau‰. Bagaimanakah kita mengaitkan tekanan kewangan dengan kesejahteraan kewangan? Mari kita lihat dahulu tentang kesejahteraan kewangan. Apakah yang dimaksudkan dengan kesejahteraan kewangan? Secara ringkasnya, kesejahteraan kewangan boleh ditakrifkan sebagai keadaan yang seseorang dapat memenuhi tuntutan kewangan semasa dan berterusan, merasa terjamin dengan masa depan kewangan mereka dan mampu membuat pilihan yang membolehkannya merasai kenikmatan hidup. Di samping itu, kesejahteraan kewangan adalah berdasarkan keadaan berterusan yang terdiri daripada tekanan kewangan yang teruk kepada sangat berpuas hati dengan keadaan kewangan mereka. Sesetengah orang mungkin kelihatan mempunyai dan merasakan mereka ada tahap kesejahteraan kewangan walaupun mereka langsung tidak kelihatan mewah. Sebaliknya, ada sesetengah yang kelihatan kaya mungkin tiada atau merasa menikmati kesejahteraan kewangan pada tahap tinggi. Matlamat dan wawasan kehidupan yang memuaskan sangat berbeza dalam kalangan individu. Walau bagaimanapun, terdapat dua tema yang biasa muncul secara konsisten ă keselamatan dan kebebasan memilih sama ada pada masa kini atau pada masa hadapan (Biro Perlindungan Kewangan Pengguna, 2015). Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) 166 TOPIK 7 KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KEWANGAN Sekarang mari kita alihkan semula perhatian kita kepada elemen kesejahteraan kewangan. Terdapat empat elemen kesejahteraan kewangan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.7. Rajah 7.7: Empat elemen kesejahteraan kewangan Keempat-empat elemen ini akan dihuraikan dengan lebih lanjut seperti yang berikut: (a) Mempunyai Kawalan terhadap Kewangan dari Sehari ke Sehari, Bulan ke Bulan Individu yang kesejahteraan kewangannya pada tahap agak tinggi merasakan mereka boleh mengawal kehidupan kewangan harian mereka. Golongan ini mengurus kewangan mereka sendiri, dapat menampung perbelanjaan dan membayar bil tepat pada masanya serta tidak bimbang jika tiada wang yang mencukupi untuk meneruskan kehidupan. (b) Mempunyai Kapasiti untuk Menerima Kejutan Kewangan Individu yang berada pada tahap kesejahteraan kewangan yang agak tinggi juga mempunyai keupayaan untuk menyerap kejutan kewangan. Mereka mampu untuk menghadapi cabaran kewangan daripada peristiwa hidup yang tidak diduga. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) TOPIK 7 KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KEWANGAN 167 (c) Berada di Landasan untuk Memenuhi Matlamat Kewangan Individu yang mengalami kesejahteraan kewangan juga dikatakan berada di landasan yang betul untuk mencapai matlamat kewangan mereka. Mereka mempunyai pelan kewangan formal atau tidak formal dan secara aktif berusaha ke arah matlamat seperti menyimpan untuk membeli kereta atau rumah, membayar pinjaman pengajian atau mengetepikan dana untuk persaraan. (d) Mempunyai Kebebasan Kewangan bagi Membuat Pilihan untuk Menikmati Kehidupan Akhirnya, individu yang mengalami kesejahteraan kewangan dapat membuat pilihan yang membolehkan mereka menikmati kehidupan. Mereka boleh berbelanja besar sekali-sekala. Mereka mampu memenuhi „keinginan‰ seperti boleh pergi keluar untuk makan malam atau pergi bercuti, memenuhi „keperluan‰ mereka dan dapat membuat pilihan, misalnya, bermurah hati terhadap rakan, keluarga dan masyarakat mereka. Bagaimanakah kita mengaitkan empat elemen tersebut dengan dua tema yang biasa dalam kesejahteraan kewangan? Mari kita lihat Jadual 7.4 untuk jawapannya. Jadual 7.4: Hubung Kait antara Tema yang Biasa dan Elemen Kesejahteraan Kewangan Tema Semasa Masa Depan Keselamatan (jaminan hidup) Kawalan ke atas kewangan anda dari sehari ke sehari, bulan ke bulan Kapasiti untuk menerima kejutan kewangan Kebebasan untuk membuat pilihan Kebebasan kewangan untuk membuat pilihan bagi menikmati kehidupan Di landasan untuk mencapai matlamat kewangan Sumber: Ratcliffe (2015) Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) 168 TOPIK 7 KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KEWANGAN Sekarang, bagaimanakah kita mengimbangkan perkara ini? Mari kita lihat Rajah 7.8 untuk mengetahui jawapannya. Rajah 7.8: Hidup dengan belanjawan untuk mencapai kesejahteraan kewangan Yang berikut ialah beberapa cadangan tentang apa yang perlu dilakukan secara spesifik: (a) Mendaftar untuk pelan persaraan; (b) Menjadikan simpanan anda secara automatik; (c) Mewujudkan „dana bebas‰; (d) Membayar hutang anda; (e) Meletakkan matlamat anda secara bertulis; (f) Menjejaki skor kredit anda sendiri (menyimpan kad kredit lama terbuka; membayar bil anda tepat pada masanya pada setiap kali, elakkan penggunaan penuh kelayakan kad kredit; dan berada pada paras di bawah 30% bagi garis kredit yang anda ada); (g) Memahami cukai anda; dan (h) Menguruskan kewangan anda dengan teliti. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) TOPIK 7 KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KEWANGAN 169 Jadual 7.5 yang berikut menyenaraikan beberapa perkara yang perlu dilakukan dan dilarang untuk meningkatkan skor kredit anda. Jadual 7.5: Perkara yang Perlu Lakukan dan Jangan Lakukan untuk Meningkatkan Skor Kredit Anda Perlu Lakukan Jangan Lakukan Bayar bil anda tepat pada masanya. Pastikan baki kad kredit anda rendah. Tidak takut terhadap kredit ă Menggunakan kredit dengan bijak adalah penting untuk berjaya dari segi kewangan. Boros ă Gunakan untuk yang asas kerana ini akan membantu anda meletakkan asas kewangan keseluruhan menjadi yang lebih kukuh. Berbelanja mewah apabila anda mempunyai kewangan yang lebih selamat. Biarkan pinjaman membawa anda ke paras bawah ă Sesetengah pengkritik mempersoalkan sama ada pinjaman pelajaran berbaloi. Jawapannya ialah ya. Kajian telah menunjukkan bahawa pinjaman pendidikan akan dilunaskan sepanjang kerjaya anda. Biarkan jom jalan-jalan mengganggu bajet anda ă Pastikan anda mempunyai bajet bertulis untuk membantu menjejaki perbelanjaan dan apa yang anda mampu untuk berbelanja. Tidak peka pada kredit anda ă Anda perlu menjadi peka pada kedudukan kredit anda. Bersabar. Sumber: PR Newswire (2015); DiGangi (2015) SEMAK KENDIRI 7.2 Terangkan apakah elemen bagi kesejahteraan kewangan. AKTIVITI 7.4 Kongsi dengan rakan-rakan sekuliah anda sama ada anda mempunyai elemen kesejahteraan kewangan atau tidak. Berikan penerangan untuk jawapan anda. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) 170 TOPIK 7 KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KEWANGAN 7.4 KECERGASAN KEWANGAN Sebelum kita mengakhiri topik ini dan juga modul ini, mari kita lihat mengenai kecergasan kewangan. Diharapkan pada akhir subtopik ini, anda akan dapat menilai kecergasan kewangan anda. Mari kita mulakan dengan melihat dapatan daripada PriceWaterhouseCoopers (2015). Selama bertahun-tahun majikan telah mengetahui bahawa meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan tenaga kerja mereka menghasilkan manfaat yang sama bagi kedua-dua majikan dan pekerja. Majikan memperoleh tenaga kerja yang lebih sihat dan lebih produktif, kurang ketidakhadiran dan membuat kurang tuntutan terhadap insurans kesihatan yang ditaja majikan. Pekerja mendapat manfaat dengan peningkatan kesihatan dan kesejahteraan serta mengurangkan perbelanjaan perubatan. Daripada kenyataan tersebut, kita boleh rumuskan bahawa program kesejahteraan kewangan boleh mendidik pekerja mengenai risiko kewangan yang dihadapi oleh mereka dan menyediakan alat untuk menguruskan risiko tersebut. Oleh itu, kesejahteraan kewangan di tempat kerja perlu memenuhi kriteria berikut untuk dipasarkan sebagai manfaat kesejahteraan kewangan (tidak dikelirukan dengan pendidikan kewangan atau nasihat kewangan) (Financial Finesse, 2014): (a) Tidak berat sebelah ă Bebas daripada cubaan menarik jualan atau konflik kepentingan; (b) Direka bentuk dan disampaikan oleh pakar yang berkelayakan yang mempunyai banyak pengalaman dalam merancang kewangan; (c) Disampaikan sebagai proses yang berterusan ă Memberi sokongan dan kebertanggungjawaban bahawa pekerja perlu membuat, mengekalkan dan membentuk tabiat dan tingkah laku kewangan yang positif; (d) Ciri-ciri holistik dan menyeluruh ă Meliputi semua aspek perancangan kewangan daripada pengurusan hutang kepada perancangan harta secara lanjut; (e) Secara peribadi bagi pekerja berdasarkan keperluan khusus mereka; Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) TOPIK 7 KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KEWANGAN 171 (f) Mengintegrasikan semua manfaat kakitangan ă Dengan bimbingan tentang bagaimana pekerja boleh menguruskan manfaat mereka dengan cara paling berkesan sebagai sebahagian daripada perancangan keseluruhan kewangan mereka; dan (g) Ditawarkan sebagai faedah kepada semua kakitangan. Akhir sekali, terdapat lima elemen yang anda perlu ambil tahu dalam belanjawan kewangan anda (lihat Rajah 7.9). Rajah 7.9: Lima elemen bagi belanjawan kewangan Ini menandakan berakhirnya topik ini. Dengan ini diharapkan anda telah mendapat beberapa pengetahuan mendalam mengenai kesihatan dan kesejahteraan, dan kini boleh membuat perancangan untuk kekal sihat dan sejahtera (secara fizikal dan kewangan). Ingatlah, kesihatan adalah kekayaan (health is wealth)! Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) 172 TOPIK 7 KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KEWANGAN AKTIVITI 7.5 1. 2. Nilaikan kesejahteraan kewangan anda dengan menjawab soalan yang diberi. Berikan diri sendiri 1 untuk Ya dan 0 untuk Tidak. Jumlahkan skor anda. Kemudian, bandingkan keputusan anda dengan rakan anda. (a) Adakah anda membayar untuk diri anda terlebih dahulu? Mengetepikan jumlah wang tertentu untuk simpanan, persaraan atau melabur sebelum anda melakukan apa-apa yang lain. (b) Adakah anda menyimpan sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan anda? Ini bermakna pada akhir setiap tahun, anda mesti telah menyediakan lebih dari satu bulan daripada gaji anda untuk masa hadapan. (c) Sudahkah anda mengetepikan dana kecemasan untuk menampung sekurang-kurangnya tiga bulan nilai perbelanjaan? Ini untuk meredakan kesan tersebut jika apa-apa kejadian yang tidak dijangka berlaku. (d) Adakah anda tahu jumlah sebenar hutang anda dan apa yang boleh dibayar? (e) Adakah anda mempercepatkan pembayaran hutang anda? Ingat, hutang boleh menjadi semakin besar akibat proses dikenakan faedah (compound). (f) Adakah anda mempunyai matlamat kewangan? Jangka pendek, sederhana dan jangka panjang? (g) Adakah anda mempunyai sistem penyimpanan rekod? (h) Adakah anda hidup mengikut bajet? (i) Adakah anda tahu nilai bersih anda? Buat rangka bajet anda untuk bulan semasa. Pastikan anda senaraikan semua item dalam penilaian kesihatan kewangan anda. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) TOPIK 7 KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KEWANGAN 173 Kesihatan kewangan ialah istilah yang digunakan untuk menunjukkan „keadaan situasi kewangan peribadi seseorang‰. Terdapat banyak dimensi kesihatan kewangan seperti pendapatan boleh guna, simpanan dan pembayaran balik pinjaman. Kecergasan kewangan adalah sama seperti kecergasan fizikal; seseorang perlu melakukan sesuatu perkara dengan cara tertentu untuk menjadi cergas dari segi fizikal. Begitu juga dalam usaha untuk cergas dari segi kewangan, seseorang mesti mengendalikan kewangan dengan cara yang betul dan seimbang ă menguruskan perbelanjaan, simpanan, hutang dan lain-lain dengan cara yang bersesuaian. Kesan daripada keadaan kewangan yang lemah boleh diburukkan lagi oleh kehilangan pekerjaan secara meluas, penurunan nilai aset dan penurunan besar dalam nilai simpanan. Fenomena yang buruk ini boleh menyebabkan ramai orang berada dalam keadaan tekanan kewangan. Kesukaran kewangan adalah istilah dalam kewangan korporat yang menggambarkan keadaan yang syarikat gagal menunaikan janji untuk membayar pemiutangnya mengikut terma kredit yang dipersetujui. Jika kesukaran kewangan tidak boleh ditangani, ia boleh menyebabkan bankrap. Penanda kedewasaan merujuk kepada seseorang yang memperoleh peranan sosial dan tanggungjawab yang secara tradisinya menandakan proses menjadi orang dewasa. Penanda ini termasuklah perkara berikut: Meninggalkan rumah; Memasuki pasaran tenaga kerja; Berkahwin atau menjadi ibu bapa buat kali pertama; dan Berdikari dari segi kewangan. Cabaran yang dihadapi oleh golongan peralihan kedewasaan dalam usaha mereka untuk kesejahteraan kewangan boleh dikategorikan mengikut cabaran ekonomi. Generasi Y atau Milenium (lahir selepas tahun 1980) menghadapi lebih banyak cabaran ekonomi daripada Generasi X dan Generasi Y. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) 174 TOPIK 7 KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KEWANGAN Golongan peralihan kedewasaan ialah fasa dalam jangka hayat seseorang antara remaja dan dewasa sepenuhnya yang dianggap sebagai perkembangan semula jadi. Ia tempoh yang berlainan antara 18 dan 25 tahun yang seseorang berjuang untuk menerokai identiti, ketidakstabilan, fokus diri dan perasaan. Terdapat empat elemen kesejahteraan kewangan, iaitu: Mempunyai kawalan ke atas kewangan dari sehari ke sehari, bulan ke bulan; Mempunyai kapasiti untuk menerima kejutan kewangan; Berada di landasan yang betul untuk mencapai matlamat kewangan; dan Mempunyai kebebasan kewangan untuk membuat pilihan dalam menikmati kehidupan. Program kesejahteraan kewangan boleh mendidik pekerja mengenai risiko kewangan yang dihadapi oleh mereka dan membekalkan alat untuk menguruskan risiko tersebut. Ini boleh membantu mereka membentuk pelan kecergasan kewangan mereka. Alam dewasa Kesukaran kewangan Baby boomers Matlamat kewangan Berdikari dari segi kewangan Membuat pilihan Generasi X Milenium Generasi Y Pelan kecergasan kewangan Kebebasan kewangan Penanda kedewasaan Kejutan kewangan Peralihan kedewasaan Kesejahteraan kewangan Susunan bertingkat Kesihatan kewangan Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) TOPIK 7 KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KEWANGAN 175 Alwi, S., Amir Hashim, I. Z., & Ali, M. S. (2015). Factors affecting savings habit within millennials in Malaysia: Case study on students of TaylorÊs University. Dicapai dari http://globalbizresearch.org/Malaysia_Conference /pdf/KL539.pdf Arnett, J. J. (2000). Emerging adulthood: A theory of development from late teens through the twenties. American Psychologist, 55(5), 469480. Dicapai dari http://jeffreyarnett.com/articles/ARNETT_Emerging_Adulthood_theory. pdf Asia Pacific Youth Employment Network. (2012). Malaysia: Challenging times for the YOUNG: But do the OLD have easier? Dicapai dari http://www. apyouthnet.ilo.org/news/malaysia-challenging-times-for-the-young-butdo-the-old-have-it-any-easier Boon, S. D., & Lomore, C. D. (2008). Admirer-celebrity relationship among adults: Explaining perceptions of celebrity influence on identity. Human Communication Research, 27(3), 432465. Dicapai dari http://www. researchgate.net/publication/229593453_Admirercelebrity_relationships_a mong_young_adults Consumer Financial Protection Bureau. (2015). Financial well-being: The goal of financial education. Dicapai dari http://files.consumerfinance.gov/f/ 201501_cfpb_report_financial-wellbeing.pdf Cyril de Run, E., Butt, M., & Chung, Y. N. (2010). The influence of role models on young adults purchase. Jurnal Kemanusiaan, 15, 7081. Dicapai dari http://www.management.utm.my/jurnalkemanusiaan/attachments/article /116/JK15_116.pdf DiGangi, C. (2015). Millennials have low credit scores: HereÊs what they can do about it. Dicapai dari http://blog.credit.com/2015/08/millennials-havelow-credit-scores-hereswhat-they-can-do-about-it-122735/ Drakopoulos, S. A., & Grimani, K. (2015). The effects of pay cuts on psychological well-being and job satisfaction. Dicapai dari http://mpra.ub.unimuenchen.de/61195.pdf Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) 176 TOPIK 7 KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KEWANGAN Financial Finesse. (2014). Financial FinesseÊs official definition of financial wellness. Dicapai dari http://www.financialfinesse.com/wpcontent/ uploads/2014/09/Financial_Wellness_Defined1.pdf Financial Finesse. (2014). Financial Finesse releases 2013 research report on employee financial stress. Dicapai dari http://finance.yahoo.com/news/ financial-finesse-releases-2013-research- 165800163.html Lerner, M. (2015). 6 tips to make you happier financially. Dicapai dari http://www.dailyfinance.com/2015/04/29/6tips-happier-financially/ Lien, J. (2012). Primal finance: MaslowÊs hierarchy of needs and financial enlightenment. Dicapai dari http://blog.jimlien.com/2012/08/15/primalfinance-maslows-hierarchyof-needs-and-financial-enlightenment/ McDonald P., Relmondos A., & Utomo I. D. (2012). The 2010 greater Jakarta transition to adulthood survey Policy background No 3 Markers of adulthood. Dicapai dari http://demography.anu.edu.au/sites/default/ files/research/transitionto-adulthood/Policy%20Background%203%20 Markers%20to% 20Adulthood%20English.pdf Munsey, C. (2006). Emerging adults: The in-between age. Dicapai dari www.apa. org/monitor/june06/emerging.aspx Pew Research Center. (2014). Millennials in adulthood. Dicapai dari http:// pewsocialtrends.org/2014/03/07/millennials-in-adulthood/ PriceWaterhouseCoopers. (2015). Employee financial wellness survey 2015 result. Dicapai dari https://www.pwc.com/us/en/private-companyservices/ publications/assets/pwc-employee-financial-wellness-survey-2015.pdf PR Newswire. (2015). Millennials have the lowest credit scores of all generations. Dicapai dari http://www.prnewswire.com/news-releases/millennialshave-the-lowestcredit-scores-of-all-generations-300121178.html Ratcliffe, J. (2015). Four elements define personal financial well-being. Dicapai dari http://www.consumerfinance.gov/blog/four-elements-define-personal financial-well-being/ Richardson, M. (2015). Emerging adulthood and millenials crayons to careers: The modern way to reach adulthood. Dicapai dari http://health.abc4. com/articles/1938/Crayons-to-Careers Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) TOPIK 7 KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KEWANGAN 177 Securian Financial Group. (2010). Financial wellness: Tuning in to the total health model. Dicapai dari http://www.lifebenefits.com/lb/pdfs/F62382-28.pdf University of Wisconsin River Falls. (t. t.). Wellness assessment. Dicapai dari https://www3.uwrf.edu/Wellness/assessment.cfm World Health Organization, Western Pacific Region. (2011). Health of adolescents in Malaysia. Dicapai dari http://www.wpro.who.int/topics/ adolescent_health/malaysia_fs.pdf Zarrett, N., & Eccles, J. (2006). The passage to adulthood: Challenges of late adolescence. New Directions for Youth Development, 111, 1328. SEMAK KENDIRI7.1 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) Topik Insurans 8 Perubatan dan Kesihatan HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan asas insurans; 2. Menjelaskan insurans hayat; dan 3. Memilih polisi insurans perubatan dan kesihatan yang sesuai untuk memenuhi keperluan individu yang diinsuranskan. PENGENALAN Rajah 8.1: Insurans Sumber: http://www.apa.org/membership/insurance.aspx Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) TOPIK 8 INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN 179 Adakah anda percaya dengan insurans hayat? Jika jawapan anda adalah ya, apakah jenis insurans terbaik yang akan memberi faedah kepada anda dan keluarga? Lihat kembali Rajah 8.1 dan terangkan dalam perkataan anda sendiri apakah yang dimaksudkan dengan insurans. Sesetengah orang percaya bahawa insurans boleh membantu kita merasakan lebih cergas dan sihat dengan mengurangkan kos penjagaan kesihatan, menyediakan kewangan kepada orang yang tersayang selepas kematian dan membenarkan kita terus menerima pendapatan walaupun tidak bekerja selama berbulan atau bertahun akibat penyakit atau kecederaan. Dengan kata lain, motif insurans kesihatan adalah untuk membiayai perbelanjaan berkaitan penjagaan kesihatan kita. Topik 8 ini akan memberi anda beberapa idea tentang insurans dan menunjukkan jenis insurans hayat yang dibeli oleh individu dan syarikat dengan penekanan terhadap insurans perubatan dan kesihatan. AKTIVITI 8.1 Selidik dan pilih insurans sesuai yang anda fikir akan memberi manfaat kepada anda dan keluarga. Bincangkan perkara ini dalam forum myINSPIRE. 8.1 APAKAH INSURANS? Mari kita lihat definisi insurans seperti yang disebutkan di bawah: „Insurans membantu melindungi diri anda daripada risiko seperti kebakaran, kemalangan kereta atau pecah rumah. Anda juga boleh mendapatkan jenis insurans yang memberi anda wang sekiranya anda tidak berupaya untuk bekerja dan menyediakan kewangan untuk keluarga bahkan selepas anda mati‰. The Money Advice Service (t.t.) Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) 180 TOPIK 8 INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN „Pengurusan oleh sesuatu syarikat atau negara yang berjanji untuk memberi jaminan pampasan bagi kerugian, kerosakan, penyakit atau kematian tertentu sebagai balasan bagi pembayaran premium tertentu‰. Oxford Dictionaries (2017) Insurans pada asasnya adalah kontrak antara individu (pemegang polisi) dan syarikat insurans (insurer). Kontrak ini memperuntukkan bahawa insurer akan melindungi beberapa kerugian pemegang polisi selagi mereka memenuhi syaratsyarat tertentu yang ditetapkan dalam kontrak insurans. Pemegang polisi perlu membayar premium untuk perlindungan insurans (Pareto, t.t.). Oleh itu, sekiranya pemegang polisi menanggung kerugian yang dilindungi dalam insurans seperti kemalangan kereta atau rumah yang terbakar, pemegang polisi perlu memfailkan tuntutan untuk pembayaran balik dengan syarikat insurans. Sebelum kita meneruskan pelbagai aspek insurans hayat, mari kita lihat asas insurans. 8.2 ASAS INSURANS Bayangkan jika anda tidak mempunyai akses pengangkutan awam dari tempat anda tinggal dan tidak dapat berjalan atau menunggang motor ke destinasi anda, anda perlu memandu kenderaan untuk bekerja, menjalankan tugas harian dan menjalani kehidupan sosial. Walau bagaimanapun, memandu akan menyebabkan anda berisiko terlibat dalam kemalangan kereta. Namun, anda juga boleh mengurangkan risiko memandu dengan mematuhi had laju, memandu dengan berhemah, memakai tali pinggang keledar dengan betul, tidak menggunakan telefon bimbit semasa memandu dan memberi perhatian tambahan semasa situasi memandu yang mencabar seperti kesesakan lalu lintas atau hujan lebat. Walau bagaimanapun, secermat mana anda berada di jalan raya, anda masih boleh terlibat dalam kemalangan. Contohnya, anda tidak dapat meramalkan penunggang motosikal yang tiba-tiba jatuh dan menyebabkan anda secara tidak sedar bergerak ke lorong lain lalu melanggar seseorang di lorong tersebut. Insurans boleh membantu melindungi anda daripada risiko sedemikian. Dalam contoh ini, insurans memindahkan majoriti risiko kewangan akibat kemalangan kepada syarikat insurans sebagai gantian pembayaran dan berkongsi sebahagian daripada kerugian melalui potongan premium. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) TOPIK 8 INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN 181 Setiap polisi insurans menawarkan faedah yang berbeza. Syarikat insurans yang berlainan juga menawarkan skop perlindungan yang berbeza. Sesetengah syarikat insurans menawarkan polisi komprehensif yang memberikan perlindungan lebih daripada insurans asas. Oleh itu, pilihan adalah berdasarkan keutamaan pemegang polisi. Mari kita lihat tiga langkah utama dalam pembelian insurans; bermula daripada mengenal pasti dan memilih polisi kepada proses membuat tuntutan daripada syarikat insurans. Pertama, anda perlu mengenal pasti jenis perlindungan yang diperlukan. Syarikat insurans akan mengira risiko peristiwa yang akan diinsuranskan yang mana pihak insurans akan menentukan jumlah bayaran terhadap anda, sebagai pemegang polisi, perlu membayar yang mana ia dikenali sebagai premium. (a) Memilih Polisi Polisi insurans adalah dokumen yang menyenaraikan dengan tepat perkara yang dilindungi atau tidak. Anda perlu membandingkan polisi daripada syarikat yang berlainan sebelum membeli dan kemudian memilih polisi yang paling sesuai dengan anda. Luangkan masa untuk berbincang dengan ejen insurans mengenai polisi yang anda ingin beli. Kenal pasti aspek paling penting yang anda perlukan dengan memahami terma dan syarat polisi serta skop perlindungan yang disediakan. Sebagai contoh, polisi insurans perjalanan mungkin menyatakan bahawa ia akan melindungi bil perubatan jika anda mendapat kecederaan semasa melancong ke luar negara tetapi mungkin tidak termasuk dalam perlindungan jika anda cedera akibat terlibat dalam beberapa aktiviti berbahaya seperti menyelam. (b) Pembayaran Premium Premium adalah amaun yang perlu dibayar oleh pemegang polisi setiap bulan atau tahunan untuk menikmati perlindungan insurans. Jumlahnya bergantung kepada risiko dan nilai yang diinsuranskan daripada kejadian tersebut (The Money Advice Service, t.t.). Sebagai contoh, jika anda seorang pemandu yang tidak berpengalaman, anda lebih cenderung untuk mengalami kemalangan. Oleh itu, premium kereta anda akan menjadi lebih mahal. Tambahan pula, premium akan menjadi lebih tinggi jika anda memandu kereta mewah kerana kos membaikinya akan lebih mahal untuk kereta jenis ini. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) 182 TOPIK 8 INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN (c) Membuat Tuntutan Sekiranya kemalangan atau kejadian buruk berlaku dan ia dilindungi di bawah polisi, pemegang polisi boleh membuat tuntutan terhadap pihak insurans. Anda, sebagai pemegang polisi, perlu memaklumkan syarikat insurans apa yang telah berlaku dan memberi bukti yang sah untuk mereka menyemak dan memproses tuntutan anda. Sekiranya tuntutan itu berada di bawah peristiwa yang dilindungi seperti yang dinyatakan dan dipersetujui dalam polisi, pihak insurans akan meneruskan untuk membayar jumlah yang dipersetujui. AKTIVITI 8.2 Dalam forum myINSPIRE, bincangkan pelbagai jenis insurans yang ditawarkan oleh pelbagai syarikat insurans dan senaraikan faedah setiap polisi insurans tersebut. 8.3 INSURANS HAYAT Sering kali kita mendengar tentang pelbagai jenis polisi insurans hayat tanpa memahami kepentingannya, apa yang sebenarnya mereka lindungi atau rangkumi. Terdapat enam jenis insurans hayat iaitu hayat sementara, seumur hidup, endowmen, berkaitan pelaburan, perubatan dan kesihatan, dan jaminan pengurangan jangka gadai janji (mortgage reducing term assurance, MRTA). Dalam topik ini, kita akan membincangkan insurans perubatan dan kesihatan yang berkait dengan topik sebelumnya dalam modul ini. Rajah 8.2: Insurans hayat Sumber: https://www.google.com/search?q=Image+of+life+insurance&tbm Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) TOPIK 8 8.3.1 INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN 183 Apakah Insurans Hayat? Insurans hayat ditakrifkan sebagai perlindungan terhadap kerugian kewangan yang mengakibatkan kematian orang yang diinsuranskan. Penerima yang dinamakan dalam polisi akan menerima hasil dan dengan demikian dilindungi daripada masalah kewangan berkaitan dengan kematian orang yang diinsuranskan. Faedah kematian akan dibayar oleh pihak insurans hayat tertakluk kepada bayaran premium yang dibuat oleh pihak yang diinsuranskan sebelum kematiannya. Matlamat insurans hayat adalah menyediakan panduan jaminan kewangan untuk keluarga sekiranya pihak yang diinsuranskan meninggal dunia. Oleh itu, sebelum anda membeli polisi insurans hayat, pertimbangkan keadaan kewangan anda dan taraf hidup yang anda ingin tinggalkan kepada tanggungan anda. Soalan yang akan dipertimbangkan, sebagai contoh mungkin: Siapakah yang akan bertanggungjawab terhadap kos pengebumian orang yang diinsuranskan dan bil perubatan terakhirnya? Adakah keluarganya terpaksa keluar dari rumah mereka sekarang? Adakah terdapat dana yang mencukupi untuk perbelanjaan masa hadapan atau perbelanjaan yang berterusan seperti pembayaran penjagaan anak-anak, gadai janji dan pembayaran kolej? Oleh itu, adalah bijak untuk menilai semula polisi insurans hayat anda setiap tahun atau apabila anda mengalami peristiwa kehidupan seperti perkahwinan, perceraian, kelahiran atau pengambilan anak, atau pembelian barangan utama seperti rumah atau memulakan perniagaan. 8.3.2 Jenis Polisi Insurans Hayat Jika anda mempertimbangkan membeli polisi insurans hayat, anda perlu memahami jenis insurans hayat sedia ada, bagaimanakah ia berfungsi, berapakah kos dan jenis yang sesuai untuk anda. Sila rujuk Rajah 8.3 untuk jenis insurans. Dalam modul ini, kita hanya memberi tumpuan kepada insurans perubatan dan kesihatan. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) 184 TOPIK 8 INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN Sebelum kita teruskan dengan lebih lanjut, adalah baik untuk kita pertimbangkan pernyataan berikut apabila membuat keputusan mengenai keperluan insurans anda: „Majikan anda mungkin telah mengambil satu pelan kumpulan sama ada majikan anda membayar premium atau pekerja membayar premium dengan sendiri. Anda perlu mendapatkan butir-butir atau terma polisi serta perlindungannya. Walaupun anda menyertai pelan kumpulan, anda juga harus mempertimbangkan untuk mendapatkan pelan individu kerana ia bukan sahaja boleh diubah suai untuk memenuhi keperluan anda tetapi anda juga tidak perlu risau tentang kehilangan perlindungan insurans sekiranya anda meninggalkan pekerjaan‰. Insurance Info (2007) Rajah 8.3: Jenis insurans hayat Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) TOPIK 8 8.4 INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN 185 INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN Apakah yang anda faham berkaitan dengan insurans perubatan dan kesihatan (medical and health insurance, MHI)? Rajah 8.4: Insurans kesihatan Sumber: https://www.google.com/search?q=Image+of+life+insurance&tbm Insurans kesihatan juga merujuk kepada insurans perubatan dan kesihatan. Insurans perubatan dan kesihatan adalah polisi insurans yang diwujudkan untuk menampung kos rawatan perubatan swasta yang melibatkan kos yang tinggi terutamanya jika ia berkaitan dengan kemasukan ke hospital dan pembedahan. Insurans ini memastikan pemegang polisi tidak berasa risau dengan kos bagi mendapatkan rawatan semasa kecemasan. Tambahan pula, insurans ini turut menyediakan aliran pendapatan semasa pemegang polisi menjalani rawatan. Anda boleh mendapatkan informasi tambahan berkaitan insurans perubatan dan kesihatan daripada laman web: http://www.insuranceinfo.com.my. 8.4.1 Jenis Polisi Insurans Perubatan dan Kesihatan Berikut adalah empat jenis polisi insurans perubatan dan kesihatan: (a) Insurans Kemasukan ke Hospital dan Pembedahan ă Memberikan perbelanjaan semasa di hospital dan pembedahan disebabkan penyakit yang dilindungi di bawah polisi ini; (b) Insurans Penyakit Kritikal ă Memberikan faedah apabila didiagnosis dengan 36 penyakit kritikal yang tersenarai; Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) 186 TOPIK 8 INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN (c) Insurans Pendapatan Kurang Upaya ă Memberikan aliran pendapatan untuk menggantikan sebahagian pendapatan yang diinsuranskan sekiranya tidak boleh bekerja disebabkan penyakit atau kecederaan; dan (d) Insurans Pendapatan Hospital ă Dibayar dalam sejumlah wang setiap hari, setiap minggu atau setiap bulan (tertakluk kepada had tahunan) jika keperluan diinsuranskan untuk kemasukan ke hospital disebabkan penyakit atau kecederaan yang terkandung dalam polisi. Syarikat insurans boleh menawarkan produk secara berasingan atau gabungan. Anda perlu lebih berhati-hati semasa membuat pilihan polisi. Cara terbaik adalah berbincang dengan syarikat insurans atau agen berkaitan dengan polisi insurans perubatan dan kesihatan yang anda berminat untuk membeli. Anda perlu memahami skop perlindungan yang terkandung dalam polisi, pelbagai terma dan syarat serta kos perlindungan insurans. Anda juga perlu berhati-hati terhadap kemungkinan dan kesan yang berlaku sekiranya anda hendak menukar polisi daripada syarikat insurans kepada yang lain atau sekiranya anda perlu menukarkan daripada satu jenis polisi kepada yang lain. Sebagai contoh, ada ketikanya anda mungkin tertakluk untuk set terma yang berbeza dan keadaan polisi baharu atau syarikat insurans yang baharu. Sebagaimana yang telah dinyatakan, syarikat insurans menawarkan polisi insurans perubatan dan kesihatan sama ada secara berasingan atau gabungan. Untuk mencapai keperluan anda, terdapat beberapa perkara penting yang perlu diambil kira semasa anda membeli polisi insurans ini iaitu: (a) Anda perlu mengira dan menentukan sama ada anda mampu membeli premium perlindungan insurans perubatan dan kesihatan yang dipilih. Jangan membeli melebihi kemampuan anda; (b) Kekalkan informasi agen dan syarikat insurans, sebagai contoh, kad perniagaan dengan nama agen tersebut, nama syarikat, alamat dan nombor telefon. Ia sangat berguna apabila anda perlu membuat pertanyaan, memperbaharui atau membuat tuntutan terhadap polisi pada kemudian hari; (c) Memahami terma dan syarat polisi serta skop perlindungan yang diberikan; dan (d) Baca kontrak polisi anda dengan teliti. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) TOPIK 8 INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN 187 SEMAK KENDIRI 8.1 Terangkan kepentingan yang perlu diambil kira apabila membeli polisi insurans perubatan dan kesihatan. 8.4.2 Faedah Polisi Insurans Perubatan dan Kesihatan Faedah pembayaran bergantung pada jenis polisi yang dibeli. Pemegang polisi perlu menyemak kontrak polisi untuk maklumat berkaitan faedah, apakah faedah yang diberikan/atau tidak dilindungi serta bilakah dan bagaimanakah faedah akan dibayar. Untuk pertimbangkan polisi insurans perubatan dan kesihatan yang akan dipilih, mari kita lihat pilihan berikut: (a) Pelan Kumpulan (di Tempat Kerja) Pelan ini berlaku sekiranya majikan membayar premium atau apabila pekerja membayar premiumnya sendiri. Jika pelan kumpulan dijual di bawah skim tersebut, individu perlu mendapatkan butiran berkaitan terma polisi antara penganjur skim tersebut dengan syarikat insurans terutamanya yang berkaitan dengan terma dan syarat aspek skim berterusan. Ia penting untuk memastikan perlindungan insurans yang ditawarkan di bawah skim tersebut disediakan oleh syarikat insurans yang berlesen. (b) Pelan Individu Insurans individu secara umumnya melebihi kos insurans kumpulan. Walau bagaimanapun, pemegang polisi boleh menyelaraskan polisi mengikut kehendaknya berdasarkan keupayaan perbelanjaan sendiri. 8.4.3 Pembaharuan Polisi Syarikat insurans kebiasaannya akan menerangkan cara pembaharuan polisi kepada pemegang polisi apabila tiba masanya untuk memperbaharui polisi mereka. Pilihan untuk pembaharuan adalah: (a) Pembaharuan polisi pada tahap premium; (b) Pembaharuan polisi pada tahap peningkatan premium; dan (c) Menolak untuk pembaharuan polisi. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) 188 TOPIK 8 INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN 8.4.4 Pembatalan Polisi Polisi insurans perubatan dan kesihatan boleh dibatalkan dengan memberikan notis bertulis kepada syarikat insurans. Pemegang polisi berkemungkinan boleh mendapatkan kembali premium tertentu atau jenis tertentu polisi tersebut yang ditawarkan jika pemegang polisi belum lagi membuat tuntutan ke atas polisi sebelum ini. Pemegang polisi dibolehkan mendapatkan butiran berkaitan proses pembatalan daripada terma yang dinyatakan dalam kontrak atau daripada syarikat insurans atau ejen mereka. 8.4.5 Pengecualian Polisi insurans perubatan dan kesihatan juga mempunyai pengecualian tertentu. Pemegang polisi sepatutnya sedar dan tahu dengan pengecualian tersebut dan jika beliau tidak memahaminya, beliau perlu bertanya kepada ejen atau syarikat insurans untuk penjelasan lanjut. Beberapa pengecualian biasa adalah seperti yang berikut: (a) Situasi Sedia Ada Ia merujuk kepada keadaan dan penyakit yang dialami oleh pemegang polisi sebelum memohon polisi. Keadaan dan penyakit tersebut boleh dikecualikan daripada perlindungan oleh syarikat insurans. Pemegang polisi perlu menyemak dengan syarikat insurans berkaitan butiran keadaan sedia ada untuk polisi yang ingin dibelinya. (b) Penyakit Dinyatakan Ia ditakrifkan sebagai 12 penyakit (sebagai contoh, tumor dan gastritis) dan keadaan yang berkaitan dengannya. Pemegang polisi tidak akan dilindungi untuk penyakit tersebut jika salah satu penyakit telah dirawat atau ia berlaku dalam tempoh 12 bulan pertama polisi seseorang. (c) Kelayakan atau Tempoh Menunggu Pemegang polisi tidak layak untuk mendapat tuntutan daripada manamana perubatan atau keadaan fizikal dalam tempoh 30 hari pertama perlindungan kecuali untuk kecederaan yang tidak dijangkakan. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) TOPIK 8 8.4.6 INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN 189 Membuat Tuntutan Membuat tuntutan boleh menjadi mudah jika pemegang polisi tahu cara melakukannya dan apakah tanggungjawab mereka. Segala perkara penting berkaitan tuntutan adalah seperti yang berikut: (a) Tanggungjawab Pemegang Polisi (i) Pemegang polisi perlu memanggil syarikat insurans untuk memeriksa sama ada rawatan dilindungi atau jika hospital tersebut merupakan panel syarikat insurans sebelum menerima sebarang rawatan. Malahan, kebanyakan syarikat insurans mahu pemegang polisi mereka melakukan perkara ini sebelum mendapatkan rawatan; (ii) Borang tuntutan berkemungkinan perlu disiapkan dan ditandatangani oleh doktor atau pakar dan mereka mungkin akan mengenakan sedikit bayaran yang mana proses ini tidak dilindungi oleh syarikat insurans tersebut; (iii) Pemegang polisi perlu berhubung dengan syarikat insurans berkaitan status tuntutan mereka; (iv) Pemegang polisi mungkin disyorkan untuk melakukan ujian atau kemasukan ke hospital sebagai pesakit oleh pakar; dan (v) (b) Kebanyakan syarikat insurans akan membayar bil terus kepada hospital atau pakar. Syarikat insurans lain pula akan menghantar bil kepada pemegang polisi dahulu. Tanggungjawab Syarikat Insurans (i) Syarikat insurans akan memberikan segala panduan yang diperlukan kepada pemegang polisi, mengesahkan perbelanjaan yang dilindungi dan, jika perlu, menghantar borang tuntutan kepada pemegang polisi; dan (ii) Syarikat insurans akan memberitahu pemegang polisi bagaimanakah cara tuntutan pembayaran dilakukan. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) 190 TOPIK 8 INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN Insurans dianggap boleh membantu kita merasakan lebih cergas dan sihat dengan mengurangkan kos penjagaan kesihatan, menyediakan kewangan kepada orang yang tersayang selepas kematian dan membenarkan kita terus menerima pendapatan walaupun tidak bekerja selama berbulan atau bertahun akibat penyakit atau kecederaan. Jumlah insurans hayat yang anda perlukan adalah bergantung kepada jumlah wang yang anda gunakan untuk menyokong cara hidup dan pembayaran perbelanjaan apabila anda mengalami sakit kritikal atau kurang upaya disebabkan penyakit atau kemalangan. Apabila membuat tuntutan, pastikan semua dokumen yang diperlukan oleh syarikat insurans diberikan kepada mereka untuk mempercepatkan proses tuntutan. Insurans hayat Pengecualian Insurans kesihatan Perlindungan insurans Pembaharuan Premium insurans Pembatalan Tuntutan Astor, B. (2013). All about health insurance. Dlm. B. Astor, Roadmap for the rest of your life: Smart choices about money, health, work, lifestyle ... and pursuing your dreams (hal. 51ă70). Hoboken, NJ: John Wiley & Sons, Inc. Insurance Info. (2007). Medical & health insurance. Dicapai dari http://www.insuranceinfo.com.my/choose_your_cover/insure_your_ health/medical_health_insurance.php?intPrefLangID=1& Insurance. (2017). Dalam Oxford dictionaries (dalam talian). Dicapai dari https://en.oxforddictionaries.com/definition/insurance Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) TOPIK 8 INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN 191 Medical and health insurance (t.t.). Dicapai dari http://www.insuranceinfo. com.my/_system/media/downloadables/medical_health_insurance.pdf Pareto, C. (t.t.). Intro to insurance: What is insurance? Dicapai dari https://www. investopedia.com/university/insurance/insurance1.asp The Money Advice Service (t.t.). What is insurance? Dicapai dari https://www. moneyadviceservice.org.uk/en/articles/what-is-insurance Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) MODULE FEEDBACK MAKLUM BALAS MODUL If you have any comment or feedback, you are welcome to: 1. E-mail your comment or feedback to modulefeedback@oum.edu.my OR 2. Fill in the Print Module online evaluation form available on myINSPIRE. Thank you. Centre for Instructional Design and Technology (Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi ) Tel No.: 03-27732578 Fax No.: 03-26978702 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)