Uploaded by Wivian Carolyne

Kuliah 5 kelas sosial dan ketidaksamarataan peluang pendidikan

advertisement
Kesamarataan Peluang
Pendidikan di Malaysia
Kesamarataan Peluang Pendidikan
• Pendidikan adalah satu proses di mana seseorang memperoleh banyak
faedah sosial seperti pekerjaan, gaji yang mencukupi dan
kemungkinan,kuasa politik.
• Ketidaksamaan dalam pendidikan bermaksud sekatan hak seseorang untuk
mengembangkan potensinya.
• Ketidaksamaan dalam pendidikan juga berkaitan dengan mobiliti social.
Konsep mobiliti sosial merupakan satu proses perubahan individu atau
kelompok dari satu lapisan sosialkepada lapisan sosial yang lain dalam satu
sistem stratifikasi sosial. Proses perubahan kedudukan sosio-ekonoomi
seseorang dikenal sebagai mobiliti social.
• Kesamarataan Peluang Pendidikan merujuk kepada keadaan yang
membenarkan akses kepada pendidikan yang sama rata untuk semua
individu tanpa mengira latar belakang, lokasi dan kelas social.
• Hal ini bermaksud semua anggota masyarakat mempunyai peluang yang
sama dalam menikmati pelbagai aspek seperti kemudahan, peralatan,
peluang kejaya dan sebagainya.
• Pendidikan yang baik memberi peluang kepada mobiliti sosial ke atas, iaitu
peluang yang diberikan kepada status sosial seseorang untuk menaikkan
taraf diri daripada tahap yang rendah ke aras yang lebih baik.
• Faktor-faktor yang mempengaruhi mobiliti sosial:
a) pekerjaan
b) pendidikan
c) perkahwinan
d) keluarga
• Dalam konteks Malaysia, ketaksamaan peluang pendidikan mungkin
disebabkan oleh beberapa faktor seperti kedudukan sekolah, latar
belakang pelajar, status sosioekonomi, pencapaian akademik, minat
pelajar, peluang hidup, sosialisasi dan perbezaan bahasa
ASPEK KETAKSAMAAN PELUANG
PENDIDIKAN – Sosial Ekonomi
Kelas sosial
• Masyarakat menilai kedudukan dan status individu melalui
pencapaian pendidikan, kemahiran, pendapatan, harta yang dipunyai,
keturunan, kedudukan politik, kuasa atau autoriti yang dimiliki.
• Latar belakang status sosio ekonomi (SSE) merangkumi aspek bilangan
isi keluarga, pendapatan ibu bapa, pekerjaan ibu bapa dan aspirasi
sesebuah keluarga, yang lazimnya dikaitkan dengan komponen teras
sosial dan ekonomi
• kelas sosial menggambarkan perbezaan cara hidup atau pendapatan
di dalam sesuatu bangsa yang sama.
Jenis Pendidikan
/sekolah
Pandangan
sekolah
Kesihatan
Kesan kelas
sosial
terhadap
peluang
pendidikan
Sumbersumber
/guru
Pencapaian
akademik
• Kedudukan SSE mempengaruhi kanak-kanak yang secara langsung
dan tidak langsung belajar daripada persekitaran fizikal, sosial dan
iklim keluarga.
Sumber-sumber yang dinikmati
• Peralatan persekolahan seperti alat tulis, buku rujukan, buku latihan
dan keperluan persekolahan seperti pakaian seragam sekolah,
perbelanjaan harian dan kasut.
• Komputer, iphone dan sebagainya
• Suasana pembelajaran/tempat tinggal yang berbeza
• Tekanan ekonomi keluarga: tumpuan ibubapa
• Tahap pendidikan ibu bapa: cara komunikasi
Jenis Pendidikan/Sekolah
• Kelas atasan: sekolah antarabangsa/ sekolah swasta/sekolah
kerajaan/luar negara
• Kelas pertengahan: sekolah kerajaan/ sekolah swasta
• Kelas bawahan: sekolah kerajaan
Pencapaian Akademik
• Kajian lepas menunjukkan pelajar dari kelas sosio-ekonomi yang tinggi
memperolehi purata pencapaian yang tinggi berbanding dengan pelajar dari
keluarga yang berstatus sosio-ekonomi rendah, wujud hubungan yang
signifikan antara pencapaian akademik dengan pendapatan ibu bapa dan
tahap pendidikan ibu bapa
• Masalah kemiskinan, kesempitan hidup, dan kewangan menyebabkan ibu
bapa tidak mampu untuk menampung perbelanjaan sekolah anak-anak.
• Pelajar yang miskin didapati bekerja untuk membantu menyara keluarga,
membantu ibu bapa bekerja di sawah, ladang, kebun, laut, atau
mengusahakan perniagaan keluarga; dan membantu kerja rumah serta
menjaga adik-adik ketika ibu bapa bekerja.
• Ibu bapa yang berpendidikan mampu memberi tunjuk ajar, bimbingan
dan galakan kepada anak mereka untuk terus berjaya di dalam
pendidikan.
• Kajian lepas juga menunjukkan wujudnya hubungan antara SSE
keluarga dengan pencapaian akademik Bahasa Inggeris, Matematik
dan sains
Pandangan Sekolah / Guru
• Sesetengah guru lebih mementingkan pelajar daripada keluarga yang
berada dan berpengaruh. Ibu bapa yang menderma banyak wang
kepada pihak sekolah akan dipandang berat.
• Suasana sekolah lebih serupa dengan suasana keluarga atasan,
keluarga pertengahan.
• Pelajar dari keluarga atasan dan pertengahan lebih selesa dengan
suasana sekolah.
Kesihatan
• Tahap Kesihatan seperti kemudahan mendapatkan rawatan, makanan
berkhasiat dan kawalan penyakit
• Kajian terkini daripada Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (UNICEF) memberikan gambaran yang lebih kritikal
khususnya melibatkan golongan miskin bandar.
• Berdasarkan kajian itu, tinjauan daripada 17 projek perumahan rakyat
(PPR) di sekitar Kuala Lumpur mendapati masalah kemiskinan bandar
berkait rapat dengan masalah kekurangan zat makanan di kalangan
kanak-kanak, iaitu sebanyak 10 peratus kanak-kanak menikmati
kurang daripada tiga hidangan sehari.
15 peratus kanak-kanak bawah lima tahun yang tinggal di PPR
pula mengalami masalah kurang berat badan.
22 peratus kanak-kanak bawah lima tahun ke bawah yang tinggal di PPR
pula mengalami masalah tumbesaran terbantut.
20 peratus mengalami masalah kurus kering, manakala 23 peratus lagi
mengalami masalah obesiti atau berat badan berlebihan.
Dapatan kajian ini juga menunjukkan peratusan kanak-kanak mengalami masalah kekurangan zat makanan dan
ianya semakin parah seiring peningkatan usia kanak-kanak tersebut.
• Makanan yang berkhasiat membolehkan perkembangan mental yang
baik dan juga penting dalam setiap peringkat tumbesaran kognitif
kanak-kanak.
• Perkembangan kognitif dan pertumbuhan fizikal di kalangan kanakkanak bergantung kepada status pemakanan mereka
Apa yang diperlu oleh keluarga Miskin
http://ideas.org.my/wp-content/uploads/2017/03/Policy-No-12.pdf
• Malaysian education: what do the poor really want?
• 1. Information Gap: There is an information gap between government
education plans and the information received by the poor.
• 2. Accessibility to Education Aid: Government education aid is not reaching
the needy.
• 3. Dropouts: Lack of interest in school continues to drive students to drop
out at an early age.
• 4. Education Expenses: Education related expenses continue to be a burden
for parents from low-income households.
• 5. School Accessibility: Accessibility to schools continues to limit choice for
parents.
http://ideas.org.my/wpcontent/uploads/2017/03/Policy-No-12.pdf
• A majority of parents (67 percent) do not wish to have more
interactions with teachers and headmasters because they trust
teachers know better about educating their child
Peranan guru dalam menangani impak kelas
sosial pelajar
• Guru yang mengajar di dalam kelas harus mengajar tanpa membezabezakan kelas sosial pelajar. Layanan sama rata kepada setiap pelajar
perlu diberikan tanpa mengira sama ada pelajar tersebut dari kelas
atasan atau bawahan,kaya ataupun miskin.
• Guru harus membantu murid untuk memahami dan membentuk nilai
dansikap, tingkah laku yang sesuai sebagai seorang pelajar.
• Membantu murid untuk memahami kekuatan dan kelemahan diri
murid
• Murid yang lemah perlu diberiperhatian supaya pencapaian mereka
dapat ditingkatkan.
• Bersikap adil kepada semua murid.
• Hubungan mesra antara guru dan murid harus dipupuk.
• Memahami masalah yang dihadapi oleh murid.
• Mewujudkan suasana pembelajaran yang mesra tanpa mengira latar
belakang sosioekonomi .
Download