Uploaded by Herold Goyo

Contoh Tugasan Individu 1

advertisement
GMGM2023
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DI SEKTOR AWAM
PENGAJIAN LUAR KAMPUS
PUSAT PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
KOD DAN NAMA KURSUS
GMGM 2023 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DI SEKTOR AWAM
SEMESTER
JANUARI SESI 2021/2022 (JJ211)
PUSAT
UUM (KUMPULAN M-SIBU)
TUGASAN
TUGASAN INDIVIDU
WORKPERFORMANCE AND ITS CORRELATES:
AN EMPIRICAL STUDY
DISEDIAKAN UNTUK
PROFESOR MADYA DR.MUHAMMAD IDRIS BULLARE @ BAHARI
DISEDIAKAN OLEH
LAU LI NA (276763)
TARIKH HANTAR
16 OKTOBER 2021
NO. MATRIK: 276763
GMGM2023
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DI SEKTOR AWAM
Isi kandungan
1.0 Pengenalan
Muka Surat
1
2.0 Perbincangan topik dan sub-topik yang dipilih
1-2
3.0 Metodologi dan Dapatan Kajian
2-4
4.0 DUA (2) cadangan untuk membaiki isu yg dipilih
4-5
5.0 Kesimpulan
6.0 Rujukan
NO. MATRIK: 276763
5
GMGM2023
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DI SEKTOR AWAM
1.0 Pengenalan
Jurnal ini ditulis oleh Norasyikin Shaikh Ibrahim dan Rozailin Abdul Rahman daripada Universiti
Islam Antarabangsa Malaysia. Jurnal ini bertajuk “Sustainable Human Resource Management
Practices in the Malaysian Public Sector: An Exploratory Study” atau dalam bahasa melayu ialah
“Amalan Pengurusan Sumber Manusia yang Mampan di Sektor Awam Malaysia: Satu Kajian
Eksploratori”.
Jurnal
ini
diperolehi
daripada
laman
sesawang
“http://dx.doi.org/10.6007/IJARBSS/v7-i4/2920” pada 23 September 2021. Jurnal pengurusan
sumber manusia ini diterbitkan pada tahun 2017, merupakan Jilid 4, Volume 7 bermula daripada
mukasurat 1124 sehingga 1137.
2.0
Perbincangan topik dan sub-topik yang dipilih
Artikel ini membincangkan tentang kepentingan sumber manusia didalam setiap organisasi
terutamanya dalam sektor perniagaan ataupun sektor awam. Didalam artikel, penulis menumpukan
kajian kemampanan amalan pengurusan sumber manusia yang dijalankan oleh sektor awam di
Malaysia. Pengurusan sumber manusia yang strategik sangat penting untuk memastikan pekerja
dalam organisasi dapat memberikan sumbangan yang terbaik supaya pembangunan negara
mencapai tahap yang membanggakan kerana pekerja di sektor awam merupakan tulang belakang
pembangunan negara. (Basit, Sebastian & Hassan, 2018). Tujuan artikel ini ialah untuk
memastikan sektor awam dapat mepraktikkan pengurusan sumber manusia yang mampan agar
dapat memberikan impak positif kepada pembangunan kerjaya pekerja, memberikan
keseimbangan diantara kerja dan kehidupan pekerja dan seterusnya membantu sektor awam
1
NO. MATRIK: 276763
GMGM2023
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DI SEKTOR AWAM
mencapai matlamat organisasi sekiranya mempunyai modal insan yang kompetatif dan dapat
bersaing untuk memajukan organisasi.
Artikel ini menyatakan dua persoalan yang penting iaitu apakah amalan pengurusan
sumber manusia yang mampan di agensi kerajaan Malaysia? dan bagaimana pengurusan sumber
manusia yang mampan dapat membawa kepada pembangunan lestari di sektor awam? Melalui
persoalan penulis ini, kajian ini ingin melihat sumbangan yang diberikan oleh kemampanan
pengurusan sumber manusia jika ia dipraktikkan oleh sektor awam dengan baik. Keberkesanan
pengurusan sumber manusia yang mampan dapat membantu sektor awam mentadbir orga nisasi
dan menguruskan pekerja dengan cemerlang.
3.0
Metodologi dan Dapatan Kajian
3.1 Metodologi Kajian
Didalam kajian ini, penulis telah menggunakan pendekatan interpretatif iaitu pendekatan yang
merangkumi teori dan perspektif sosial yang merangkumi pandangan secara realiti. Ia dijalankan
secara bersosial atau berinteraksi untuk lebih memahami individu dan sesuatu keadaan. Dalam
pendekatan ini pengkaji akan memfokuskan kepada penggunaan simbol, bahasa dan juga interaksi
sosial individu. (Putnam & Banghart, 2017).
Oleh kerana kajian ini berkaitan dengan sosial, maka pengumpulan data penyelidik adalah
menggunakan penyelidikan kualitatif. Penyelidikan kualitatif merupakan kaedah yang lebih sesuai
yang digunakan untuk mengetahui makna dan permasalahan yang berkaitan dengan manusia.
(Rizo & Levitt, 2021). Manakala Denzin & Lincoln (2008) menyatakan penggunaan penyelidikan
2
NO. MATRIK: 276763
GMGM2023
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DI SEKTOR AWAM
kualitatif dapat memberikan data yang lebih banyak kerana penyelidikan jenis ini membolehkan
penyelidik menyediakan soalan yang banyak dan mendapatkan jawapan yang lebih lengkap dan
ini sesuai dengan kajian bersifat penelitian.
Semasa mengumpul data, pengkaji mengadakan temubual dengan pekerja disektor awam.
Menurut Qu & Dumay (2011), kaedah temubual merupakan kaedah yang penting dalam
penyelidikan kualitatif. Ini kerana, semasa menemubual untuk mendapatkan data pengkaji akan
membuat catatan dan juga membuat rakaman audio.semasa pengumpulan data pengkaji
menyediakan sebelas soalan terbuka. Manakala soal selidik dibahagikan kepada 2 bahagian ia itu
yang pertama ialah berkaitan dengan pengurusan sumber manusia yang mampan dan kedua ialah
tambahan idea seperti keperluan keseimbangan diantara kerja dan kehidupan, cabaran yang
dihadapi individu ditempat kerja dan persepsi individu terhadap pengurusan sumber manusia di
sektor awam.
Persampelan penyelidikan ini melibatkan persampelan teori. Pengkaji menggunakan
persampelan bola saji iaitu dengan menghubungi pengurus sumber manusia di agensi yang ingin
temubual dan pengurus tersebut membantu memberikan nama individu yang akan dihubungi untuk
ditemubual. Dalam kajian ini, perserta kajian adalah pegawai pengurusan dan profesional,
terutamanya individu yang telah berkhidmat di agensi selama enam bulan hingga lima tahun.
Terdapat enam pegawai kanan yang bekerja di Kerajaan Persekutuan Malaysia telah berjaya
ditemubual untuk penyelidikan ini.
Kaedah lain untuk melakukan kajian ini adalah mengunakan sumber sekunder. Pengkaji
juga menggunakan dokumen dalam bentuk bahan bercetak dan elektronik bagi membantu untuk
mendapatkan maksud yang jelas dan memahami serta mengembangkan pengetahuan empirikal.
3
NO. MATRIK: 276763
GMGM2023
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DI SEKTOR AWAM
Proses pencarian bahan sekunder ini ialah seperti mencari artikel laporan tahunan, brosur,
kenyataan akhbar, laman web, media sosial dan lain-lain. Tujuan ini adalah untuk mengesahkan
dapatan kajian hasil dari temubual untuk menyokong jawapan individu yang ditemubual.
3.2 Dapatan Kajian
Dapatan kajian oleh penulis mendapati beberapa perkara yan g amat berkait rapat dengan
kemampanan pengurusan sumber manusia iaitu seperti maksud kemampanan dalam pengurusan
sumber manusia itu sendiri iaitu sama ada sektor awam mempraktikkan pengurusan sumber
manusia yang mampan. Faktor yang harus diberi perhatian oleh sektor awam adalah pengekalan
pekerja ditempat kerja, sikap kepimpinan, aktiviti yang diamalkan dalam pengurusan sumber
manusia dan juga cabaran yang dihadapi untuk mencapai objektif kelestarian pengurusan sumber
manusia seperti pembangunan kerjaya pekerja, latihan dan pembangunan dan bu daya kerja.
Kesemua faktor tersebut berkaitrapat dengan pengurusan sumber manusia dan pekerja.
4.0
DUA (2) cadangan untuk membaiki isu yg dipilih
Kemampanan pengurusan sumber manusia memberikan impak yang besar kepada semua
organisasi. Tanpa pengurusan sumber manusia, kualiti pencapaian organisasi tidak dapat mencapai
tahap yang dibanggakan. Cadangan untuk menambahbaikan kemampanan pengurusan sumber
manusia yang pertama ialah menggunakan pelan strategik pengurusan sumber manusia dan yang
kedua ialah memastikan sistem pengurusan dalam organisasi telus.
Pengurusan sumber manusia merupakan aktiviti mentadbir, mengurus, mengawal selia dan
membangunkan modal insan yang terdapat dalam organisasi bagi mencapai matlamat organisasi.
4
NO. MATRIK: 276763
GMGM2023
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DI SEKTOR AWAM
(Mohamad Ismandi Wasli, 2006). Oleh itu, organisasi hendaklah bijak menguruskan dan
menyusun strategi untuk mengembleng pengetahuan kemahiran dan keupayaan yang ada dalam
setiap sumber manusia yang mereka ada kerana tenaga kerja yang mahir dan berpengetahaun
mempunyai potensi untuk membantu organisasi terus membangun.
Seterusnya ialah memastikan sistem pengurusan dalam organisasi telus. Pengurusan sumber
manusia memerlukan kepimpinan yang boleh memimpin sumber manusia didalam organisasi.
Sikap pemimpin akan mempengaruhi prestasi pekerja (Basit, Sebastian & Hassan, 2018),
mempengaruhi produktiviti yang dihasilkan oleh pekerja (Amofa, Okronipa & Boateng, 2016),
memberikan impak kepada budaya kerja yang baik dalam organisasi (Sarros, Gray & Densten,
2002) dan mempengaruhi penglibatan pekerja sepenuhnya dalam organisasi (Wiley, 2010).
5.0
Kesimpulan
Sebagai kesimpulan, pengurusan sumber manusia amatlah penting dilaksanakan dengan baik di
semua organisasi. Impak perlaksanaan pengurusan sumber manusia yang mampan akan membantu
organisasi sektor awam di Malaysia mencapai matlamat dan objektif ditahap yang maksimum. Ini
membolehkan sektor-sektor awam memberikan perkhidmatan yang cemerlang juga kepada orang
awam dan seterusnya memberikan sumbangan kepada pembangunan negara. Oleh kerana pekerja
adalah sumber utama dalam pembangunan organisasi sektor awam di Malaysia, mereka juga perlu
diberi perhatian terutamanya sikap kepimpinan yang memimpin mereka. Sikap dan gaya
kepimpinan amatlah mempengaruhi prestasi, pengelibatan, produktiviti dan budaya kerja mereka
semasa berkhidmat.
5
NO. MATRIK: 276763
GMGM2023
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DI SEKTOR AWAM
6.0
Rujukan
Amofa, A. K., Okronipa, G. A., & Boateng, K. (2016). Leadership Styles and Organisational
Productivity: A Case Study of Ghana Cement Limited. European Journal of Business and
Management Vol.8, No.2, 2016.
Basit, A. & Sebastian, V. & Hassan, Z. (2018). Impact Of Leadership Style On Employee
Performance (A Case Study On A Private Organization In Malaysia).
International
Journal of Accounting & Business Management
www.ftms.edu.my/journals/index.php/journals/ijabm Vol. 5 (No.2), 2017,DOI:
24924/ijabm/2017.11/v5.iss2/112.130
Denzin, N. K., & Lincoln, Y. S. (2008). The Landscape of Qualitative Research. In Handbook of
Qualitative Research (Vol. 1, p. 620). https://doi.org/10.1177/1094428109332198
Mohamad Ismandi Wasli. (2006). Pengurusan Sumber Manusia di Malaysia. McGraw-Hill
(Malaysia) Sdn. Bhd. Universiti Utara Malaysia
Putnam, Linda & Banghart, Scott. (2017). Interpretive Approaches. In book: The International
Encyclopedia of Organizational Communication.
https://doi.org/10.1002/9781118955567.wbieoc118.
Qu, S. Q., & Dumay, J. (2011). The Qualitative Research Interview. Qualitative Research in
Accounting & Management, 8(3), 238–264. https://doi.org/10.1108/11766091111162070
Rizo, Javier & Levitt, Heidi. (2021). Qualitative Research. In book: The SAGE Encyclopedia of
Trans Studies, pp.659-665. https://doi.org/10.4135/9781544393858.n225.
Sarros, J.C. & Gray, J. & Densten, Iain. (2002). Leadership and its impact on organizational
culture. International Journal of Business Studies. 10. Pp.1-26.
Wiley, Jack. (2010). The Impact of Effective Leadership on Employee Engagement. Employment
Relations Today.volume 37(2). Pp.47-52. https://doi.org/10.1002/ert.20297.
NO. MATRIK: 276763
Download