Uploaded by Herold Goyo

TUGASAN 1 KUMP MR VKMB1021

advertisement
VKMB 1021 PEMBANGUNAN MASYARAKAT II
UNIT PENDIDIKAN LUAR KAMPUS
PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE) UNIVERSITI
UTARA MALAYSIA
TUGASAN KUMPULAN MR 1:
HALANGAN-HALANGAN DALAM KOMUNIKASI
PUSAT: PJJ MIRI
VKMB 1021 PEMBANGUNAN MASYARAKAT II
SEMESTER JULAI SESI 2022/2023 (JJ222)
DISEDIAKAN UNTUK:
PROF. ZULHAIRI ZAKARIAH
DISEDIAKAN OLEH:
BIL.
NO MATRIKS
NAMA PELAJAR
NO.TELEFON
1.
284009
HEROLD SUBIL
013-5497355
2.
284105
PRAKASH ANANDASEKAR
016-6632331
ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN ................................................................................................... 1
2.0 DEFINISI KOMUNIKASI .................................................................................. 1
3.0 HALANGAN KOMUNIKASI ............................................................................ 2
3.1 HALANGAN FIZIKAL ...................................................................................... 2
3.2 HALANGAN BAHASA ..................................................................................... 2
3.3 HALANGAN SIKAP PENGHANTAR .............................................................. 2
3.4 HALANGAN SIKAP PENERIMA ..................................................................... 3
3.5 HALANGAN ALAM SEKITAR ........................................................................ 3
4.0 PUNCA HALANGAN KOMUNIKASI.............................................................. 4
4.1 Salah faham interpretasi bahasa badan dalam persekitaran silang budaya. ..... 4
4.2 Semantik .......................................................................................................... 4
4.3 Perbezaan nada suara ....................................................................................... 4
4.4 Emosi dan sikap ............................................................................................... 4
5.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI HALANGAN KOMUNIKASI .......... 5
6.0 KESIMPULAN .................................................................................................... 6
7.0 RUJUKAN ........................................................................................................... 7
VKMB 1021 PEMBANGUNAN MASYARAKAT II
1.0 PENGENALAN
Komunikasi adalah komponen penting dan perlu kepada strategi pembangunan
masyarakat. Ini kerana komunikasi menghubungkan pihak-pihak yang terlibat dalam
pembangunan untuk bersama-sama berkongsi idea, masalah dan pandangan atau
untuk merancang dan melaksanakan strategi pembangunan. Di samping itu,
komunikasi juga boleh memberikan pengetahuan baru, sikap baru dan kaedah baru
melalui perkongsian maklumat. Pembangunan masyarakat memerlukan penglibatan
atau penyertaan ahli masyarakat sebagai sasaran usaha untuk mengubah keadaan hidup
mereka. Justeru, kerjasama yang jitu dan harmoni dapat diterapkan di kalangan
pihak-pihak berkepentingan itu melalui jaringan komunikasi.
2.0 DEFINISI KOMUNIKASI
Kamus Dewan mendefinasikan komunikasi sebagai perhubungan secara langsung
dengan perantaraan yang mana bertujuan untuk menyampaikan maklumat, mesej atau
tujuan. (Rozana, 2001) mendefinisikan komunikasi sebagai proses menghantar mesej
dengan tujuan untuk tindak balas orang lain. Manakala (Johnson, 1987) menyarankan
komunikasi sebagai satu proses menyatupadukan individu-individu dalam satu
kelompok. Komunikasi merupakan satu proses pertukaran maklumat dan idea di
dua atau lebih manusia untuk mencapai persetujuan bersama dan melaksanakan
aktiviti-aktiviti ke arah pencapaian matlamat.
.
1
VKMB 1021 PEMBANGUNAN MASYARAKAT II
3.0 HALANGAN KOMUNIKASI
Halangan komunikasi boleh dikelaskan kepada lima kategori iaitu yang pertama,
halangan fizikal, kedua adalah halangan bahasa, ketiga halangan sikap penghantar,
keempat halangan sikap penerima dan kelima adalah halangan alam sekitar.
3.1 HALANGAN FIZIKAL
Halangan fizikal ini adalah halangan yang melibatkan kedua-dua belah pihak.
Keadaan fizikal yang membezakan penyampai dan penerima dari sudut pendidikan,
latar belakang, pemahaman, tahap intelektual dan sebagainya. Ada orang yang biasa
menggunakan cara komunikasi yang agak kasar dan ada juga yang lemah lembut.
Justeru ianya menjadi halangan fizikal yang ketara apabila kedua-dua golongan ini
berkomunikasi. Ada juga individu yang kurang kemahiran komunikasi sejak kecil.
3.2 HALANGAN BAHASA
Perbezaan asal usul dan keturunan menyebabkan bahasa menjadi salah satu halangan
komunikasi berkesan. Penggunaan dialek yang kurang jelas, laras bahasa yang
berbeza, panjang ayat yang digunakan, kefasihan sebutan, kelancaran perkataan yang
digunakan dan nada suara. Kadang kala penggunaan bahasa yang tidak jelas seperti
menggunakan perkataan yang susah disebut dan difahami juga menjadi penyebab
maklumat yang ingin disampaikan tidak tepat. Sesuatu perkataan mungkin membawa
erti yang berbeza antara individu dengan individu yang lain.
3.3 HALANGAN SIKAP PENGHANTAR
Sikap penghantar yang sering memerintah, mengarah, mengancam, memberi amaran
dan menghakimi menyebabkan kesan kepada penerima dimana mereka akan menjadi
pasif, tidak kreatif, takut dan terkongkong. Ini juga menjadi halangan yang besar
komunikasi akan didorong dengan emosi dan pemikiran yang negatif. Penampilan
orang yang ingin menyampaikan sesuatu juga dilihat sangat penting dalam memberi
keyakinan penerima untuk mendengar apa yang ingin disampaikan. Sikap penghantar
yang kerap menasihat atau menyiasat dan bertanya secara terperinci akan menjadikan
penerima merasa tidak selesa dan seolah-olah telah melakukan kesalahan yang besar.
Ini juga akan menjadi penghalang kepada komunikasi.
2
VKMB 1021 PEMBANGUNAN MASYARAKAT II
3.4 HALANGAN SIKAP PENERIMA
Halangan sikap penerima adalah sikap prejudis, konflik antara penerima dan
pengirim, persepsi terhadap mesej yang hendak disampaikan. Ada penerima yang
telah mengetahui maklumat yang ingin disampaikan oleh penghantar akan
menganggap komunikasi itu membosankan dan mula memberi perhatian terhadap
perkara lain. Sesetengah penerima tidak dapat menerima maklumat baru kerana
menganggapnya tidak perlu. Manusia mendengar dan melihat apa yang mereka mahu
dengar dan lihat sahaja. Pekerja yang sering ditegur tentang kerja, sesuatu hari
mendapat pujian tentang kerja akan sukar mempercayai apa yang didengar dan
menganggap ada mesej yang tersirat. Sekiranya kenyataan atau maklumat yang
diterima bercanggah dengan apa yang disangka lebih awal akan menghalang individu
untuk terus mendengar dan menerima mesej.
3.5 HALANGAN ALAM SEKITAR
Keadaan persekitaran yang tidak selesa, bising, jarak jauh, gelap dan kotor turut
mempengaruhi keberkesan satu proses komunikasi. Dalam situasi ini manusia akan
mudah rasa tertekan dan tidak menumpukan kepada apa juga yang ingin disampaikan.
Komunikasi tidak akan dapat mencapai matlamatnya dalam keadaan persekitaran
yang tegang. Alam sekitar yang tidak selamat juga mengundang kepada gangguan
yang jelas dalam komunikasi misalnya sewaktu ribut petir dan banjir. Proses
komunikasi sering terjejas kerana medium yang menghantar maklumat terputus atau
terjejas akibat bencana alam. Halangan alam sekitar berkait rapat dengan masalah
persekitaran yang menyebabkan proses komunikasi tidak efektif.
3
VKMB 1021 PEMBANGUNAN MASYARAKAT II
4.0 PUNCA HALANGAN KOMUNIKASI
4.1 Salah faham interpretasi bahasa badan dalam persekitaran silang budaya.
Bahasa badan atau isyarat anggota badan merupakan bahasa yang tidak mengeluarkan
bunyi. Sebagai contoh adalah sentuhan dan memek muka.
4.2 Semantik
Perkataan mempunyai makna yang berbeza terhadap sesuatu perkara. Maksudnya
positif pada sesetengah budaya, namun pada masa yang sama negatif kepada
pengamal budaya yang lain. Sebagai contoh adalah Bahasa melayu “lawa” bermaksud
cantik namun bahasa Sarawak “lawa” adalah bermaksud sombong.
4.3 Perbezaan nada suara
Bagi sesetengah budaya nada bertukar mengikut situasi. Contohnya ialah status yang
merujuk kepada tahap seseorang dalam organisasi.
4.4 Emosi dan sikap
Merupakan tindak balas yang berasaskan perasaan yang mempengaruhi tindakan
individu. Contohnya adalah orang yang marah, pendiam tetapi menyimpan
kemarahannya.
4
VKMB 1021 PEMBANGUNAN MASYARAKAT II
5.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI HALANGAN KOMUNIKASI
Beberapa langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi halangan komunikasi
iaitu yang pertama, wujudkan suasana yang mesra. Kawal perilaku, kesopanan dan
kehalusan budi pekerti. Gunakan perkataan tepat, ringkas dan tekanan suara yang
lembut dan jelas. Selain dari itu,permudahkan bahasa yang digunakan. Pilih perkataan
dan bahasa yang senang difahami oleh penerima maklumat. Mengawal mimik muka
atau ekspresi wajah dan pergerakan diri. Bersedia untuk berkhidmat dan beri
kerjasama serta cuba memahami masalah orang lain.
Kedua, jadi pendengar yang baik dan dengar dengan aktif. Kedua-dua pihak perlu
menjadi pendengar yang berkesan dan kurangkan gangguan bunyi. Teliti maklumat
dan galakkan orang lain memberi pendapat. Hargai pendapat dan maklumat orang
lain. Sentiasa memberi maklumbalas dan mengelak perkataan yang boleh
menyinggung perasaan orang. Selain itu juga sentiasa insaf dan berfikiran terbuka.
Ketiga, kemahiran mendengar. Berhenti bercakap semasa penyampai maklumat
sedang bercakap dan memberi tumpuan kepada penyampai. Tunjukkan anda berminat
untuk mendengar. Sentiasa bersabar, kawal perasaan dan bertanya dengan jelas dan
tepat.
Keempat, kawal emosi negatif semasa berkomunikasi. Ini kerana, emosi negatif boleh
menjejaskan isi kandungan maklumat. Kelima, gunakan tanda-tanda bukan lisan
terutama pada bahagian penting maklumat. Sebagai contoh ekspresi wajah dapat
menerangkan erti maklumat yang ingin disampaikan. Keenam, jangan mengkritik
kerja orang lain kecuali anda memberi cadangan yang praktikal bagaimana hendak
memperbaikinya. Ketujuh adalah bersedia bertanggungjawab iaitu mengaku
bertanggungjawab terhadap sesuatu perkara yang tidak diingini serta memohon maaf
ke atas kesilapan yang dilakukan, Kelapan, jangan membuat serangan peribadi
mengumpat seseorang dibelakangnya. Kesembilan, elak daripada wujudnya klick iaitu
mereka merasakan mereka yang lebih penting dan pihak lain perlu diperlekehkan.
5
VKMB 1021 PEMBANGUNAN MASYARAKAT II
6.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, jelaslah bahawa komunikasi berkesan dapat dijalankan sekiranya
tidak ada halangan yang berlaku sepanjang proses komunikasi tersebut. Halangan
yang menjejaskan proses komunikasi ini dapat dikurangkan sekiranya penyampai dan
penerima maklumat memahami peranan masing-masing dalam mendapatkan proses
komunikasi yang berkesan. Penggunaan bahasa semasa bertutur haruslah ditapis dan
dikawal serta tidak menyinggung perasaan orang lain. Penggunaan bahasa yang kesat
dan kotor perlu dielakkan daripada digunakan dalam komunikasi dengan orang lain.
Isu-isu terkini mengenai keterampilan berbahasa juga haruslah diambil perhatian oleh
semua orang agar tidak berleluasa dan dapat melahirkan lebih ramai golongan yang
matang dalam membuat keputusan. Oleh itu, demi mencapai komunikasi yang efektif
segala kelemahan dan halangan perlu diperbaiki dari semasa ke semasa bagi
meningkatkan peranan komunikasi dalam kehidupan seharian.
6
VKMB 1021 PEMBANGUNAN MASYARAKAT II
7.0 RUJUKAN
Johnson, S. d. (1987). Practical Management Communication.
Mohamad, M. (1990). Komunikasi pengurusan awam.
Mustaffa, S. M. (2017). Kemahiran berkomunikasi secara berkesan dalam kalangan
pelajar sarjana muda sains serta pendidikan.
Pustaka, D. B. (2014). Kamus Dewan Edisi Keempat Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rozana, Z. (2001). Masalah Komunikasi dalam Pengurusan Projek. Disertasi
Universiti Teknologi Malaysia .
7
Download