VKMB 1021 PEMBANGUNAN MASYARAKAT II SEMESTER JULAI SESI 2022/2023 (JJ222) DISEDIAKAN UNTUK: PROF. ZULHAIRI ZAKARIAH DISEDIAKAN OLEH: HEROLD SUBIL- 284009 PRAKASH ANANDASEKAR-284105 1.0 PENGENALAN Komunikasi adalah komponen penting dan perlu kepada strategi pembangunan masyarakat. Ini kerana komunikasi menghubungkan pihak-pihak yang terlibat dalam pembangunan untuk bersama-sama berkongsi idea, masalah dan pandangan atau untuk merancang dan melaksanakan strategi pembangunan. 2.0 DEFINISI KOMUNIKASI Kamus Dewan mendefinasikan komunikasi sebagai perhubungan secara langsung atau dengan perantaraan yang mana bertujuan untuk menyampaikan maklumat, mesej atau tujuan. (Rozana, 2001) mendefinisikan komunikasi sebagai proses menghantar mesej dengan tujuan untuk tindak balas orang lain. Manakala (Johnson, 1987) menyarankan komunikasi sebagai satu proses menyatupadukan individu-individu dalam satu kelompok. 3.0 HALANGAN KOMUNIKASI Halangan komunikasi boleh dikelaskan kepada 5 kategori iaitu: 3.1 HALANGAN FIZIKAL 3.2 HALANGAN BAHASA 3.3 HALANGAN SIKAP PENGHANTAR 3.4 HALANGAN SIKAP PENERIMA 3.5 HALANGAN ALAM SEKITAR 3.1 HALANGAN FIZIKAL Halangan fizikal ini adalah halangan yang melibatkan kedua-dua belah pihak. Keadaan fizikal yang membezakan penyampai dan penerima dari sudut pendidikan, latar belakang, pemahaman, tahap intelektual dan sebagainya. 3.2 HALANGAN BAHASA Perbezaan asal usul dan keturunan menyebabkan bahasa menjadi salah satu halangan komunikasi berkesan. Penggunaan dialek yang kurang jelas, laras bahasa yang berbeza, panjang ayat yang digunakan, kefasihan sebutan, kelancaran perkataan yang digunakan dan nada suara. 3.3 HALANGAN SIKAP PENGHANTAR Sikap penghantar yang sering memerintah, mengarah, mengancam, memberi amaran dan menghakimi menyebabkan kesan kepada penerima dimana mereka akan menjadi pasif, tidak kreatif, takut dan terkongkong. Ini juga menjadi halangan yang besar kerana komunikasi akan didorong dengan emosi dan pemikiran yang negatif. 3.4 HALANGAN SIKAP PENERIMA Halangan sikap penerima adalah sikap prejudis, konflik antara penerima dan pengirim, persepsi terhadap mesej yang hendak disampaikan. Ada penerima yang telah mengetahui maklumat yang ingin disampaikan oleh penghantar akan menganggap komunikasi itu membosankan dan mula memberi perhatian terhadap perkara lain. 3.5 HALANGAN ALAM SEKITAR Keadaan persekitaran yang tidak selesa, bising, jarak jauh, gelap dan kotor turut mempengaruhi keberkesan satu proses komunikasi. Dalam situasi ini manusia akan mudah rasa tertekan dan tidak menumpukan kepada apa juga yang ingin disampaikan. 4.0 PUNCA HALANGAN KOMUNIKASI 4.1 Salah faham interpretasi bahasa badan dalam persekitaran silang budaya. Bahasa badan atau isyarat anggota badan merupakan bahasa yang tidak mengeluarkan bunyi. Sebagai contoh adalah sentuhan dan memek muka. 4.2 Semantik Perkataan mempunyai makna yang berbeza terhadap sesuatu perkara. Maksudnya positif pada sesetengah budaya, namun pada masa yang sama negatif kepada pengamal budaya yang lain. Sebagai contoh adalah Bahasa melayu “lawa” bermaksud cantik namun bahasa Sarawak “lawa” adalah bermaksud sombong. 4.0 PUNCA HALANGAN KOMUNIKASI 4.3 Perbezaan nada suara Bagi sesetengah budaya nada bertukar mengikut situasi. Contohnya ialah status yang merujuk kepada tahap seseorang dalam organisasi. 4.4 Emosi dan sikap Merupakan tindak balas yang berasaskan perasaan yang mempengaruhi tindakan individu. Contohnya adalah orang yang marah, pendiam tetapi menyimpan kemarahannya. 5.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI HALANGAN KOMUNIKASI Kawal perilaku, kesopanan dan kehalusan budi pekerti. Gunakan perkataan tepat, ringkas dan tekanan suara yang lembut dan jelas. Mengawal mimik muka atau ekspresi wajah dan pergerakan diri. Bersedia untuk berkhidmat dan beri kerjasama serta cuba memahami masalah orang lain. 5.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI HALANGAN KOMUNIKASI Jadi pendengar yang baik dan dengar dengan aktif. Kedua-dua pihak perlu menjadi pendengar yang berkesan dan kurangkan gangguan bunyi. Hargai pendapat dan maklumat orang lain. Sentiasa memberi maklumbalas dan mengelak perkataan yang boleh menyinggung perasaan orang. Sentiasa insaf dan berfikiran terbuka 5.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI HALANGAN KOMUNIKASI Berhenti bercakap semasa penyampai maklumat sedang bercakap dan memberi tumpuan kepada penyampai. Sentiasa bersabar, kawal perasaan dan bertanya dengan jelas dan tepat. kawal emosi negatif semasa berkomunikasi. Ini kerana, emosi negatif boleh menjejaskan isi kandungan maklumat. 5.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI HALANGAN KOMUNIKASI Gunakan tanda-tanda bukan lisan terutama pada bahagian penting maklumat. Jangan mengkritik kerja orang lain kecuali anda memberi cadangan yang praktikal bagaimana hendak memperbaikinya. Bersedia bertanggungjawab iaitu mengaku bertanggungjawab terhadap sesuatu perkara yang tidak diingini serta memohon maaf ke atas kesilapan yang dilakukan. 5.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI HALANGAN KOMUNIKASI Jangan membuat serangan peribadi mengumpat seseorang dibelakangnya. Elak daripada wujudnya klick iaitu mereka merasakan mereka yang lebih penting dan pihak lain perlu diperlekehkan. 6.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, jelaslah bahawa komunikasi berkesan dapat dijalankan sekiranya tidak ada halangan yang berlaku sepanjang proses komunikasi tersebut. Halangan yang menjejaskan proses komunikasi ini dapat dikurangkan sekiranya penyampai dan penerima maklumat memahami peranan masing-masing dalam mendapatkan proses komunikasi yang berkesan. Oleh itu, demi mencapai komunikasi yang efektif segala kelemahan dan halangan perlu diperbaiki dari semasa ke semasa bagi meningkatkan peranan komunikasi dalam kehidupan seharian.