Uploaded by hanafi mamat

KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR

advertisement
KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR
SEKOLAH KEBANGSAAN SELIAU
SEK. KLUSTER KECEMERLANGAN
71200 RANTAU
NEGERI SEMBILAN D.K
1.0
PENDAHULUAN
Berpegang kepada
pepatah “jauh
berjalan,
luas
pemandangan,
banyak
pengalaman”, maka Sekolah Kebangsaan Seliau telah bercadang untuk mengadakan lawatan
sambil belajar ke Kuala Lumpur. Selain menjadi antara program tahunan, ia juga merupakan satu
program yang amat baik sebagai landasan untuk memberi pendedahan dan pengalaman secara
langsung kepada murid-murid sekolah. Melalui program ini juga, diharapkan guru-guru dapat
mengambil inisiatif untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam menghasilkan corak
pengajaran dan pembelajaran yang lebih memberangsangkan minat murid.
2.0
RASIONAL
Selaras dengan hasrat Negara, maka program ini diadakan untuk memberi pendedahan
secara langsung kepada murid-murid sekolah rendah. Melalui aktiviti seperti ini, keyakinan
mereka untuk berhadapan dengan masyarakat akan dapat dipertingkatkan. Selain itu, lawatan
seperti ini merupakan satu aktiviti sosial yang penting dalam usaha membuka minda dan
memberi inspirasi kepada murid untuk meneroka masa depan yang lebih baik.
1.
2.
3.
4.
3.0 OBJEKTIF
Diharapkan program ini dapat dijadikan sebagai landasan kepada murid-murid untuk membina
keyakinan diri melalui aktivti sosial yang bersesuaian.
Dapat membuka minda dengan suasana dan pengalaman yang baru.
Dapat memberi keyakinan kepada murid-murid untuk berhadapan dengan dunia luar dan
masyarakat.
Memberikan inspirasi kepada murid dan guru dalam merancang pengajaran dan pembelajaran
yang lebih kondusif.
4.0
DESTINASI
Kilang Coklat, Kidzania
5.0
PERLAKSANAAN LAWATAN
Tarikh
Hari
: 25 April 2015
: Sabtu
: 7.00 pagi – 7.00 petang
Masa
6.0
KUMPULAN SASARAN
Program ini disasarkan kepada murid-murid tahap 2.
7.0
KUTIPAN
KUTIPAN
Kutipan Murid
Kutipan Guru
40 x RM 110.00
4 x RM 110.00
JUMLAH
JUMLAH
RM 4400.00
RM
440.00
RM 4840.00
8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
PERKARA
Bas
Kidzania
Makanan
KUANTITI
1 x RM 600.00
40 x RM 85.00 (murid)
4 x RM 85.00 (guru)
40 x RM10.00 (murid)
4 X RM10.00 (guru)
Air Mineral
JUMLAH
9.0
RM
RM
RM
RM
RM
RM
RM
JUMLAH
600.00
3400.00
340.00
400.00
40.00
20.00
4840.00
AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
Pengerusi
Naib Pengerusi
Setiausaha
Bendahari
AJK Dokumentasi
AJK Pengangkutan
AJK Makanan dan Minuman
: En Azman bin Ambia
(Guru Besar SK Seliau)
: Pn. Anis binti Md Nasir
(Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
: Pn Siti Maryama binti Zakaria
: Cik Nor Aidah bt Mohd Sulong
En Faiz Nor b Ahmad
: Pn. Siti Norzaliza binti Razali
: Pn. Ashbenoriemie binti Che Ghani
10.0 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB AHLI JAWATANKUASA
a) SETIAUSAHA
Menyediakan surat menyurat, menghubungi pihak-pihak yang terlibat dengan proram lawatan.
Memaklumkan kepada Pengerusi/Naib Pengerusi tentang perkembangan terkini urusan program.
Membuat follow up pada setiap AJK. Menyediakan semua tindakan AJK.
b) BENDAHARI
Menerima wang pendapatan, kutipan dan sumbangan. Mengawasi perbelanjaan dan
menyelaraskan wang keluar masuk.
c) JK PENGANGKUTAN
Menghubungi pihak bas, bayaran, memastikan mempunyai permit dan insurans serta memastikan
kedudukan murid semasa di dalam bas.
d) JK MAKANAN
Menguruskan makan dan minum murid sepanjang lawatan.
e) JK DOKUMENTASI
Membuat laporan tentang lawatan
11.0 TENTATIF LAWATAN
07.00 AM – 08.30 AM
08.30 AM – O8.40 AM
09.00 AM – 10.00 AM
10.00 AM
11.00 PM – 04.00 PM
4.00 PM
7.00 PM
BERTOLAK KE KUALA LUMPUR
KUDAPAN
KILANG COKLAT
BERTOLAK KE KIDZANIA
KIDZANIA
BERTOLAK BALIK
DIJANGKA SAMPAI DI SK SELIAU
12.0 PENUTUP
Dengan adanya program lawatan ini diharap dapat memberi satu pengetahuan baru
kepada murid-murid Sekolah Kebangsaan Seliau. Melalui program ini juga murid diberi
pendedahan dan pengalaman yang kemudiannya boleh dikongsi bersama-sama rakan-rakan.
Pengetahuan dan pengalaman ini juga boleh digunakan sebagai panduan hidup pada masa
hadapan. Semoga lawatan ini memberi manfaat kepada semua peserta yang mengikuti lawatan
ini.
Disediakan oleh :
Disahkan oleh :
………………………………
(SITI MARYAMA BINTI ZAKARIA)
Setiausaha Lawatan
Sek. Keb. Seliau
71200 Rantau
N.S.D.K
……………………………
(ANIS BINTI MD NASIR)
Penolong Kanan HEM
Sek. Keb. Seliau
71200 Rantau
N.S.D.K
Download