Uploaded by aiman lim

Karangan Jenis Forum

advertisement
KARANGAN BERFORMAT: FORUM
KARANGAN FORUM
Panduan Umum
1.
Forum adalah karangan yang mempunyai format dan bersifat formal.
2.
Forum memerlukan seorang pengerusi dan beberapa orang ahli panel.
3.
Ianya lebih formal jika dibandingkan dengan temubual dan dialog.
4.
Bahasa yang digunakan mestilah formal, padat, tepat, mantap, mudah difahami dan sopan.
5.
Pengerusi akan menanyakan soalan dan ahli panel akan menjawab soalan. Namun dalam sesuatu
keadaan jika ahli panel lain ingin menambah terhadap huraian ahli panel lain juga dibolehkan.
6.
Setiap soalan yang diajukan mestilah berkisar dan berkait rapat dengan tajuk yang telah
diberikan.
7.
Panggilan dan gelaran yang sesuai haruslah digunakan untuk setiap ahli panel mengikut pangkat
mereka.
8.
Pengerusi tidak boleh sesekali menyatakan soalan-soalan yang sensitif.
Format Karangan
1.
Pengenalan - Menulis tentang latar belakang forum seperti tajuk forum, memperkenalkan ahli
panel,tempat, masa. Ditulis dalam satu perenggan.
- Ucapan selamat datang dan terima kasih kepada semua ahli panel.
2.
Isi-isi
- Pengerusi dan nama ahli panel ditulis dengan huruf besar di sebelah kiri
- Diikuti dengan noktah bertindih
- Mula mengajukan soalan kepada ahli panel pertama
- Soalan dijawab dengan menggunakan cara yang sama.
- Diulang hingga selesai kepada soalan yang diaju kepada semua ahli panel
- Biasanya seorang ahli panel akan menjawab dua atau tiga soalan
3.
Penutup
- Ucapan terima kasih kepada semua ahli panel
- Harapan pengerusi supaya para pendengar dapat mengambil manfaat daripada forum
tersebut.
1
KARANGAN BERFORMAT: FORUM
SOALAN KARANGAN: Satu majlis forum diadakan bagi membincangkan masalah
pencemaran alam yang kian berleluasa sejak akhir-akhir ini. Sehubungan dengan itu,
kamu diminta menyediakan teks perbincangan dalam majlis forum itu.
Sebuah pertubuhan sukarela bukan kerajaan telah menganjurkan satu majlis forum bagi
membincangkan masalah pencemaran alam yang semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini. Dua
orang tokoh masyarakat telah diundang bagi membincangkan masalah tersebut.
Pengerusi
:
Salam sejahtera dan selamat datang saya ucapkan kepada para hadirin
sekalian. Selaku pengerusi majlis, saya mengambil kesempatan untuk
mengucapkan terima kasih kepada pertubuhan sukarela bukan kerajaan,
Persatuan Pecinta Alam Sekitar, kerana menganjurkan majlis forum ini. Pada
petang ini, dua orang tokoh masyarakat telah diundang bagi membincangkan
topik ini, iaitu Dato Nabil Abdul Rasyid dari Jabatan Alam Sekitar dan Profesor
Dato Aziz Idris, sebagai wakil dari Persatuan Pecinta Alam. Saya berterima
kasih atas kesudian ahli-ahli panel untuk hadir pada hari ini. Perbincangan
kita adalah tentang pencemaran alam di Malaysia. Sebagai pembuka tirai,
saya mempersilakan Dato Nabil untuk memberikan gambaran umum
mengenai masalah pencemaran alam yang semakin meruncing dewasa ini.
Dato Nabil
:
Terima kasih tuan pengerusi majlis, tuan-tuan, puan-puan dan para hadirin
sekalian. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur
kerana menjemput saya menyertai forum ini. Jika kita lihat pada hari ini,
tahap pencemaran alam sekitar di Malaysia adalah pada tahap yang
membimbangkan. Mengikut Indeks Pencemaran Udara Malaysia, kadar
kepekatan karbon dioksida dan sulfur dioksida semakin tinggi tahun demi
tahun terutamanya di sekitar bandar-bandar perindustrian, yang berpotensi
mengancam kestabilan ekonomi dan politik negara kita.
Pengerusi
:
Terima kasih Dato Nabil. Ada sesetengah pendapat mengatakan bahawa
punca terjadinya pencemaran ini adalah disebabkan oleh kegiatan
perusahaan dan perkilangan. Asap-asap yang dibebaskan dari kilang-kilang ini
menyebabkan pencemaran udara. Adakah Profesor Aziz bersetuju dengan
pendapat-pendapat ini?
Prof. Dato Aziz :
Terima kasih tuan pengerusi. Saya amat bersetuju dengan pendapat ini.
Tetapi, saya ingin menegaskan di sini bahawa selain itu terdapat punca-punca
lain yang menyumbang kepada pencemaran ini. Tambahan pula takrif kepada
pencemaran alam ini bukan hanya bertumpu kepada pencemaran udara
semata-mata, tetapi juga pencemaran air, darat dan bunyi.
Pengerusi
Bolehkah Prof. Aziz nyatakan apakah punca-punca penyumbang kepada
pencemaran alam?
:
Prof. Dato Aziz :
Antara punca-punca yang menyebabkan pencemaran sungai ialah
pembuangan sisa toksik, kegiatan pembangunan, penerokaan hutan,
2
KARANGAN BERFORMAT: FORUM
tumpahan minyak daripada kapal tangki di laut, dan kegiatan perladangan.
Pencemaran udara pula boleh terjadi apabila kenderaan-kenderaan yang kita
gunakan membebaskan karbon dioksida, sulfur dioksida dan plumbum.
Seterusnya pencemaran darat boleh berlaku disebabkan oleh pembuangan
sampah yang tidak bersistem dan penggunaan racun serangga yang
berleluasa.
Pengerusi
:
Hadirin yang dimuliakan. Seperti yang telah dijelaskan oleh Prof. Aziz, jelaslah
kepada kita bahawa terdapat banyak faktor penyumbang kepada
pencemaran alam. Jadi, saya berharap semua pihak mengambil langkahlangkah pencegahan supaya masalah ini dapat diatasi. Semua rakyat Malaysia
perlu sedar bahawa dunia dalam keadaan tenat, bahaya ancaman
pencemaran akibat perbuatan segelintir manusia yang tidak
bertanggungjawab. Sekarang saya meminta Dato Nabil menjelaskan di sini
apakah usaha-usaha yang akan dan telah dilakukan oleh kerajaan bagi
mengatasi masalah ini.
Dato Nabil
:
Terima kasih pengerusi majlis. Kerajaan Malaysia telah melaksanakan
pelbagai usaha dalam mengatasi masalah ini. Pertamanya, kerajaan telah
melancarkan kempen bagi meningkatkan kesedaran sivik dalam kalangan
masyarakat pada semua peringkat melalui media elektronik dan juga media
cetak. Sebagai contohnya, ‘kempen kitar semula’ bertujuan untuk
menyedarkan masyarakat tentang pentingnya alam sekitar yang bersih.
Melalui kempen ini, masyarakat didedahkan kepada kesan-kesan negatif
daripada pencemaran air, udara, darat dan bunyi, seperti penyakit kulit,
kanser, hilang daya pendengaran dan sebagainya. Selain itu kerajaan juga
mengambil inisiatif dengan mengarahkan supaya kilang-kilang dibina jauh
dari kediaman dan menghadkan kegiatan pembalakan dan penerokaan.
Kerajaan juga sedang berusaha memperketatkan undang-undang dan
mengenakan hukuman yang berat kepada individu-individu yang tidak
bertanggungjawab yang mencemarkan alam sekitar.
Prof. Dato Aziz :
Tuan pengerusi, saya ingin menambah di sini. Usaha secara besar-besaran
untuk mengawal pembangunan, pembalakan secara berterusan, dan
menggantikan hutan yang musnah menuntut penyertaan daripada pelbagai
pihak dan tidak hanya meletakkan tanggungjawab ini kepada pihak kerajaan
semata-mata. Sebaliknya pihak NGO dan individu perlu memainkan peranan
aktif dalam merealisasikan hasrat bersama ini.
Pengerusi
Hadirin yang saya muliakan. Kita mestilah berganding bahu, dan bekerjasama
dalam menangani masalah pencemaran ini. Kita tidak seharusnya meletakkan
tanggungjawab ini pada bahu pihak kerajaan semata-mata, dan saling
menuding jari menyalahkan satu sama lain. Sekarang saya meminta Dato
Nabil membuat kesimpulan tentang tajuk forum kita ini. Silakan.
:
3
KARANGAN BERFORMAT: FORUM
Dato Nabil
:
Terima kasih tuan pengerusi. Saya cukup bersetuju dengan pendapat Prof.
Aziz dan tuan pengerusi yang menekankan bahawa semua pihak perlu turun
padang dan bekerjasama dalam menangani masalah ini. Terima kasih.
Pengerusi
:
Terima kasih. Prof. Aziz silakan.
Prof. Dato Aziz :
Pada pendapat saya, semua pihak perlu bekerjasama kerana masalah ini
adalah masalah global. Sebagai contohnya lapisan ozon yang semakin
menipis akan mengancam semua populasi dunia. Terima kasih.
Pengerusi
Begitulah kupasan di sebalik tajuk forum kita pada petang ini. Marilah kita
sama-sama mengambil iktibar daripada buah fikiran yang dicetuskan tadi.
Yang penting, masalah pencemaran alam sekitar perlu ditangani dengan
tindakan bersepadu melibatkan semua pihak. Terima kasih.
:
(790 patah perkataan)
4
Download