Uploaded by puanwawa80

mesyuarat pibg sekolah

advertisement
TEKS PENGACARA MAJLIS PERSARAAN 2021
Pagi yang indah penuh ceria. hari yang berbahagia penuh bermakna kita raikan Majlis “Kasih Disemai
Bakti Dituai” sempena persaraan USTZ ABD GHAN B. MOHAME,.
BismilLahir Rahmanir Rahim . Assalamu `Alaikum W.B.T
KATA ALU-ALUAN
Lenggang bertapak seni memandang
Silat sendeng menyusun jari
Salam Sembah selamat datang
SudilahTuan ke majlis kami
‫هللا ب سم‬
‫ال رح يم ال رحمن‬.‫هللا ورح مة ع ل ي كم ال س الم‬
‫ب رك ات ه و‬
Yang Berusaha,
HJ. Abdullah zawawi b. Hj Yahya
Peg. Pen Daerah Besut
Yang diHormati ,
Hj. Abd Ghani B. Mohamed
YDP PIBG SKBT
Yang Berusaha
Cg Hj. Norani B. Mahmud
Guru Besar SKBT
Yang Berusaha
Barisan guru- guru Penolong Kanan SKBT,
Barisan guru SKBT, AJK-AJK PIBG, ahli jawatankuasa program, para ibu bapa serta
hadirin hadirat sekalian.
Setinggi-tinggi rafak syukur dipanjatkan ke hadrat Illahi kerana berkat limpah
kurniaNya dapat kita sama-sama berkumpul dalam Mesyuarat Agung PIBG SKBT edisi
ke-46. Walaupun negara kita menghadapi pandemik Covid 19, ia tidak menjadi
halangan kita untuk bertemu dan bersua walaupun secara maya.
Pihak majlis merakamkan ribuan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran tuan
puan ke Mesyuarat Agung PIBG SKBT Edisi ke 46.
BACAAN DOA
Hadirin hadirat yang dihormati sekalian,
Dengan harapan agar majlis kita pada pagi ini memperoleh keberkatan, marilah samasama kita menadah tangan memanjatkan doa ke hadratNya. Untuk itu, majlis dengan
takzim menjemput Ustaz Faizal B. Zainal Abidin bagi memimpin bacaan doa.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Amin ya Rabbal alamin
Majlis merakamkan jutaan terima kasih.
***************************************************************************
UCAPAN GURU BESAR
Hadirin sekalian,
Seterusnya majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan Cg Hj. Norani B.
Mahmud, Guru Besar SKBT untuk menyampaikan ucapan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan itu tadi.
***************************************************************************
UCAPAN YDP PIBG
Hadirin yang dihormati sekalian,
Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Dihormati HJ Abd Ghani B. Mohamed
, YDP PIBG SKBT bg menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Majlis mengucapkan terima kasih.
***************************************************************************
UCAPAN PPD BESUT
Hadirin yang di hormati sekalian,
Seterusnya tiba lah masa kita menjemput dan mempersilakan , Tn Hj Abdullah Zawawi
b. Hj. Yahya, Peg Pend Daerah Besut bagi menyampaikan ucapan dan amanat beliau.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Majlis mengucapkan terima kasih diatas ucapan itu tadi.
MESYUARAT AGUNG
Hadirin sekalian,
Bagi menyempurnakan acara seterusnya, Dengan ini saya serahkan majlis ini kepada Hj
Abd Ghani B. Mohamed , YDP PIBG SKBT untuk menyempurnakan aturcara seterusnya.
Dipersilakan.
Download