KERTAS KERJA PROGRAM „ENGLISH LANGUAGE CAMP‟ PELAJAR DIPLOMA BAHASA INGGERIS SEMESTER 4 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 1.0 TUJUAN Rasionalnya, kertas cadangan ini disediakan adalah untuk memohon pertimbangan dan kerjasama daripada pihak tuan yang bertujuan untuk merealisasikan program yang ingin dianjurkan iaitu “English Language Camp”. Program ini akan diadakan pada 27 Ogos 2014 (Rabu), manakala Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang Ipoh telah dipilih sebagai lokasi program. 2.0 PENGENALAN Program Diploma Bahasa Inggeris merupakan salah satu program di bawah pengendalian Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) yang ditawarkan di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Program ini bermatlamat untuk meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris dalam kalangan pelajar. Program ini merangkumi empat aspek utama iaitu kemahiran membaca, kemahiran menulis, kemahiran mendengar dan kemahiran berkomunikasi. Untuk makluman pihak tuan, salah satu kursus yang disediakan di bawah program ini ialah BIK 1123 – English Language Camp yang dirasakan berupaya menjadi landasan terbaik buat para pelajar untuk menterjemahkan teori-teori yang telah dipelajari dalam bentuk praktikal. Memandangkan kursus ini merupakan kursus wajib dalam program Diploma Bahasa Inggeris, maka para pelajar semester 4 diberi peluang untuk menganjurkan program tersebut sekaligus mencapai objektif kursus berkenaan. Sejajar dengan rasional kursus ini, program ini secara tidak langsung memberi peluang kepada para pelajar ( Pelajar Diploma Bahasa Inggeris, Semester 4) untuk memberi sumbangan sebagai sebahagian daripada komuniti pendidik sebagai usaha bersama-sama berkongsi ilmu dan pengetahuan kepada masyarakat. 3.0 MISI Program ini diadakan dengan misi untuk membuka ruang dan peluang kepada kumpulan sasaran untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris selaku bahasa kedua (L2) seterusnya meningkatkan tahap keyakinan mereka agar mampu bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan lebih selesa. Sementara itu, program ini juga mampu meningkatkan kemahiran insaniah mahasiswa-mahasiswi UPSI. 4.0 MATLAMAT Secara dasarnya, matlamat utama program ini dijalankan adalah untuk mengasah kualiti kepimpinan dalam diri setiap individu. Sebagai tambahan, mereka dikehendaki untuk melaksanakan peranan yang dipertanggungjawabkan di bawah satu organisasi yang sama dan mampu menerapkan nilai-nilai kerja sebagai satu pasukan. 5.0 OBJEKTIF 5.1 Mempraktikkan konsep „Fun-based learning‟ sebagai salah satu medium pengajaran dan pembelajaran bagi menarik minat pelajar untuk mempelajari bahasa kedua. 5.2 Mewujudkan „English environment‟ sebagai alternatif dalam usaha para pelajar bagi menguasai Bahasa Inggeris. 5.3 Memupuk kesedaran pelajar akan kepentingan untuk mahir berbahasa Inggeris memandangkan Bahasa Inggeris memainkan peranan sebagai bahasa antarabangsa. 5.4 Memberi peluang kepada mahasiswa- mahasiswi untuk menyumbang kepada komuniti melalui penganjuran kem berbahasa Inggeris dalam situasi yang sebenar dan memberi kelebihan kepada mereka dari segi pengalaman. 5.5 Penganjuran kem ini juga secara tidak langsung mampu memberi peluang kepada mahasiswa-mahasiswi untuk menonjolkan bakat dan kemahiran mereka mengendalikan sesuatu program. 5.6 Memenuhi keperluan kursus BIK 1123 – English Language Camp sebagai salah satu kursus wajib program Diploma Bahasa Inggeris yang berupaya untuk menyediakan para pelajar sebelum memasuki alam pekerjaan. 6.0 TEMA „Learn English and be Superheroes‟ telah dipilih sebagai tema program “English Language Camp”. Tema yang berkenaan membawa maksud kehebatan seorang perwira bukan terletak pada kekuatannya tetapi pada penggunaan Bahasa Inggeris. Idea ini tercetus apabila menyedari bahawa „Superheroes‟ merupakan trend remaja masa kini. Terdapatnya filem-filem „Superheroes‟ dari negara barat yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai medium komunikasi. Justeru itu, perkara ini adalah merupakan suatu aspek yang menarik perhatian para pelajar untuk mempelajari Bahasa Inggeris dan bertutur secara fasih apabila menggunakannya. Kepentingan untuk menguasai Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua selain fasih bertutur bahasa ibunda untuk berdaya saing maju dalam era modenisasi kini. 7.0 ANJURAN 1. Pelajar Diploma Bahasa Inggeris Universiti Pendidikan Sultan Idris Semester 4 Sesi 2013/2014 2. Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) Universiti Pendidikan Sultan Idris 3. Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak 8.0 TARIKH DAN MASA Program ini dicadangkan untuk diadakan pada: Tarikh: 27 Ogos 2014 (Rabu) Masa : 7.30 pagi hingga 5.30 petang 9.0 TEMPAT PROGRAM Tempat yang dipilih untuk mengadakan program ini ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang, Ipoh. 10.0 PUBLISITI Mengikut perancangan oleh pihak media bagi publisiti, 2 keping banner akan disediakan dan dipamerkan di sekitar lokasi. Persetujuan akan dipohon untuk mempamerkan banner di pintu pagar utama sekolah dan juga dewan. Poster-poster bersifat interaktif juga akan diedar dan dilekatkan pada papan kenyataan di setiap kelas para pelajar yang terlibat. 11.0 CADANGAN PERASMI Berdasarkan perbincangan awal, perasmian program „English Language Camp‟ dijangka akan disempurnakan oleh Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang ataupun akan dirasmikan oleh wakil beliau. Penglibatan ahli-ahli program: Jumlah pelajar = 100 orang Jumlah fasilitator = 46 orang Penyelaras program = 1 orang 12.0 STRUKTUR ORGANISASI SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA Penasihat Program: Encik Ahmad Zainuri Bin Loap Ahmad Pengarah Program: Nur Ameerah Binti Abdul Rahim Timbalan Pengarah Program: Yamunaa A/P Sivalingam Setiausaha Program: Goh Yi Ting Bendahari Program: Mohd Ibrahim Bin Pishol Ahli-Ahli Jawatankuasa Program: AJK Pendokumentasian : Chin Liu Jing Ting Siew Ching Ong Jie Ying Elina Fazliana Binti Zainol Ketua Jabatan Aktiviti: Wan Mohamad Akid Bin W.Zaid AJK Aktiviti: Muhammad Arif Anwar Bin Aribain Nurfarahin Binti Arif Janatulnaimah Binti Abd Rashid Nurul Sabrina Anasuha Bt Mohd Sabri Siti Amirah Rasyidah Binti Mustafa Nurlyana Aqilah Binti Mohd Terfizi Aimi Suraya Binti Moerdanny Siti Nor Kamilah Bt Masri Narumatha A/P Mohana Das Nurul Awanis Binti Muhammad Bakaruddin Nur Ain Bt Ahmad Siti Nur Azwani Binti Azahar Ketua Jabatan Logistik: Yohalaa A/P Netaji AJK Pengangkutan: Muhamad Amirul Fadhil Rushdan Bin Arif Rahimi AJK Makanan: Nida Shafiqa Binti Mohamad Zabidi Nur Hazwani Binti Shaik Mohd Hashim Nur Amalia Binti Zuhairi Dhamirah Binti Mohar Nurul Amira Binti Mohd Noor Lillimalar A/P Sekaran Nuradila Binti Halim AJK Teknikal: Mohamad Fajrul Naim Bin Edris Ketua Jabatan Media dan Publisiti: Khairun Niesa Bt Anuar AJK Jabatan Media dan Publisiti: Ammelia Anak Peter Degat Yuhana Shahzlin Bt Mohd Tarmizi Nur Ezzati Edmund Nur Ain Amalina Binti Amran Mega Sarah Liyana Binti Mohd Shahar Hanis Sofea Binti Osmera AJK Hadiah dan Cenderahati: Patricia Antai Anak Robin Logeswary A/P Papakrishnan Nadirah Binti Muhammad Nur Amirah Arinah Binti Shafie Nur Syahirah Binti Selamat AJK Protokol dan Sambutan: Andy Reza Rohadian Bin Khairul Anwar Nurul Farehah Binti Fisal 13.0 TENTATIF PROGRAM MASA 5.30 a.m. – 7.30 a.m. AKTIVITI Urusetia bertolak dari UPSI Persiapan dewan Taklimat Ringkas Pengarah Program 7.30 a.m. – 8.00 a.m. Pendaftaran Pelajar 8.00 a.m. – 8.15 a.m. Pengenalan 8.15 a.m. – 10.00 a.m. Slot Pertama: The Winter Soldier 10.00 a.m. – 10.30 a.m. Minum Pagi 10.30 a.m. – 1.00 p.m. Slot Kedua: Explorace – The Ultimate Journeys 1.00 p.m. – 2.00 p.m. Solat Zuhur & Makan Tengahari 2.00 p.m. – 4.00 p.m. Slot Ketiga: Superheroes On Action 4.00 p.m. – 5.30 p.m. Majlis Penutup Minum Petang 14.0 PERINCIAN PROGRAM 14.1 Pembahagian Kumpulan Para peserta akan dibahagikan kepada beberapa buah kumpulan kecil yang akan dibantu oleh para fasilitator yang lebih mesra dan seronok dikenali sebagai „Superheroes‟, iaitu panggilan lain bagi „kawan‟. Ini adalah untuk melahirkan kemesraan dan bertujuan untuk merapatkan silaturrahim dalam kalangan peserta dan fasilitator. 14.2 Pengisian Slot Sepanjang pelaksanaan program, “English Language Camp” ini berlangsung sebanyak tiga slot aktiviti akan dijalankan. Di dalam setiap slot, terdapat beberapa aktiviti yang berkonsepkan „fun-based learning‟ akan dijalankan berdasarkan tahap perkembangan pembelajaran para peserta. Di samping itu, para pelajar juga diberi peluang untuk menonjolkan kreativiti masing-masing melalui aktiviti persembahan yang akan dipersembahkan pada majlis penutup. Secara ringkasnya, konsep ini adalah berselang-seli iaitu antara pembelajaran dan diikuti oleh aplikasi para pelajar. 14.3 Penyampaian Hadiah Penyampaian hadiah bagi setiap pemenang untuk aktiviti yang telah dijalankan dan penyampaian cenderahati bagi tanda penghargaan. Pemberian sijil penyertaan dan cenderahati juga akan diberi kepada para peserta. 15.0 ANGGARAN KOS NO. KETERANGAN KOS SETIAP ITEM (RM) BILANGAN ITEM JUMLAH KESELURU HAN (RM) JABATAN LOGISTIK 1 2 3 Minum Pagi: Air Kotak Roti Makan Tengahari Set Nasi Tomato Air Bandung Minum Petang Kuih- muih Air Mineral 1.00 0.70 150 150 150.00 105.00 5.00 1.20 150 150 750.00 180.00 0.80 0.80 150 150 120.00 120.00 JABATAN MEDIA & PUBLISITI 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 Hamper Besar Hamper Kecil Hadiah bagi Peserta Terbaik Buku Rujukan Set Alat Tulis Ribbon Cello tape Bakul Hamper Bakul Rotan Sijil Penyertaan Rosette for VIP Plaque Set Mug Buah-buahan Pua Kumbu (Kain Ukir) T-shirt Banner Poster Tanda Nama 50.00 30.00 6 7 300.00 210.00 30.00 10.00 3.00 3.00 2.00 35.00 4.00 7.00 50.00 50.00 50.00 25.00 30.00 100.00 5.00 3.00 2 2 27 3 13 2 100 6 6 2 2 2 47 2 5 100 60.00 20.00 81.00 9.00 26.00 70.00 400.00 42.00 300.00 100.00 100.00 50.00 1410.00 200.00 25.00 300.00 JABATAN AKTIVITI 1 2 3 4 5 6 7 Kertas warna Kertas A4 Kad Manila Pen Marker Pen biru Cello tape Benang putih 10.00 10.00 1.00 2.00 10.00 3.00 2.00 4 4 24 10 2 5 10 40.00 40.00 24.00 20.00 20.00 15.00 20.00 8 9 10 11 12 13 14 15 16 Gam Gunting Belon Fotostat Marker Sharpie Tali Rafia Stapler Ubat stapler Gula-gula JUMLAH 1.00 3.00 2.00 20 10 6 3.00 3.00 3.00 1.00 10.00 14 3 4 10 3 20.00 30.00 12.00 60.00 42.00 9.00 12.00 10.00 30.00 Logistik = Media & Publisiti = Aktiviti = 1425.00 3703.00 404.00 5532.00 16.0 PEJABAT URUSAN Nur Ameerah Binti Abdul Rahim Pengarah Program, Program Kem Bahasa Inggeris, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjung Malim, Perak. No. Telefon: 017 875 8190 018 321 7803 17.0 PENUTUP Program “English Language Camp” ini merupakan suatu usaha dalam memberi banyak manfaat bukan sahaja kepada para pelajar yang terlibat, malahan semua pihak yang bertungkus-lumus demi menjayakan program ini. Program ini merupakan wacana terbaik untuk memberi pendedahan kepada para pelajar untuk memperkasakan penguasaan Bahasa Inggeris dalam meningkatkan keyakinan para pelajar dan juga mahasiswa-mahasiswi untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Diharap pihak tuan dapat mempertimbangkan kertas kerja kami dalam meluluskan permohonan kami untuk menjayakan program ini. Tinggilah harapan kami agar objektif yang disasarkan mampu dicapai dengan jayanya. Akhir kata, sekalung penghargaan dan rakaman terima kasih kepada pihak tuan atas kerjsama yang diberikan. Disediakan oleh: Nur Ameerah Binti Abdul Rahim Pengarah Program, Program Kem Bahasa Inggeris, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjung Malim, Perak. Tandatangan Tarikh Disemak oleh: Encik Ahmad Zainuri Bin Loap Ahmad Penasihat Program, Program Kem Bahasa Inggeris, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjung Malim, Perak. Tandatangan Tarikh Disokong oleh: Dr. Lajiman Bin Janoory Ketua Jabatan Bahasa dan Sastera, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjung Malim, Perak. Tandatangan Tarikh Diluluskan oleh: Dr. Raja Nor Safinas Binti Raja Harun, Dekan Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjung Malim, Perak. Tandatangan Tarikh