KERTAS KERJA TRANSISI KEUSAHAWANAN KEMAHIRAN ASAS VOKASIONAL ASAS MASAKAN Anjuran: Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Ayer Baloi 1.0 TAJUK Transisi Keusahawanan 2.0 PENGENALAN 2.1 Merupakan satu program yang membantu meningkatkan potensi diri muridmurid dari segi fizikal dan kognitif. Keusahawanan merupakan bidang kerjaya yang sangat penting di negara ini. Menyedari kepentingan pendidikan keusahawanan untuk membekalkan pelajar dengan peluang dan potensi untuk memilih kerjaya sebagai usahawan. 3.0 MATLAMAT Matlamat program ini ialah untuk membentuk pelajar pendidikan khas sebagai pencipta kerja yang berpotensi dan bukan sebagai sebagai pencari kerja. Bekerja sendiri dan memiliki perniagaan adalah satu opsyen yang realistik untuk pelajar Pendidikan Khas yang mempunyai kemahiran vokasional dan teknikal. 4.0 OBJEKTIF a) Meluaskan pemahaman dan mengamalkan prinsip asas perniagaan dan keusahawanan supaya boleh bertindak sebagai seorang pengguna atau pengeluar yang sejajar dengan nilai etika perniagaan. b) Memupuk sifat kreatif ,inovatif ,suka berusaha ,jujur,bekerjasama dan mengamalkan cara kerja yang bersistem ,tabiat kerja yang selamat,sihat dan bertanggungjawab. c) Memberi peluang kepada pelajar pendidikan khas untuk merasai pengalaman berniaga. d) Memberi peluang kepada pelajar pendidikan khas untuk berinteraksi dengan pelajar perdana,masyarakat dan sebagainya. e) Memupuk, menyemai dan melahirkan budaya keusahawanan di kalangan pelajarpelajar pendidikan khas. f) Melatih pelajar-pelajar pendidikan khas dalam bidang perniagaan secara amali. g) Memberi pendedahan peringkat awal kepada pelajar-pelajar pendidikan khas tentang pelbagai cabaran dan persaingan dalam dunia perniagaan. h) Meningkatkan ilmu pengetahuan dalam pengurusan perniagaan dan melatih pelajar mengamalkan nilai-nilai etika dan perniagaan. 5.0 BUTIRAN JUALAN Hari Operasi Jualan Masa 6.0 : Khamis : 9.00 pagi hingga 10.30 pagi STRATEGI PERLAKSANAAN 5.1 Membincang aktiviti, tarikh, masa dan tempat. 5.2 Membentangkan cadangan di peringkat pentadbiran. 5.3 Pelaksanaan aktiviti. 7.0 SASARAN Semua guru, pekerja swasta, AKP, dan murid-murid PPKI. 8.0 JAWATANKUASA KERJA Guru-guru yang bertanggunjawab: Cik Siti Rozita binti Sakor Cik Siti Nur Qudsiyah binti Zahari Puan Lee Bee Hiang PPM yang bertanggungjawab: Puan Suriani binti Husin AJK : Murid-murid PK1 dan PK3 9.0 PENUTUP Semoga matlamat perancangan program ini akan tercapai dengan mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak. Disediakan Oleh, ................................................. SITI ROZITA BINTI SAKOR GURU PPKI SMK AYER BALOI .................................................................. SITI NUR QUDSIYAH BINTI ZAHARI GURU PPKI SMK AYER BALOI ................................................. LEE BEE HIANG GURU PPKI SMK AYER BALOI Disemak oleh, Disahkan oleh, ......................................... SITI FATIMAH BINTI RATMAN PENYELARAS PPKI SMK AYER BALOI ................................................. HJ. ISMAIL BIN ROSDI PENGETUA SMK AYER BALOI 23 OGOS 2022 LAMPIRAN BAHAGIAN A: Tempoh Pelaksanaan : Setiap Khamis ( September hingga Disember 2022) Menu & Harga Jualan : Vietnam Gulung ( Vietnam Roll)- 3 keping RM 6 Kuih Selayang- 100gram RM 2; 1kg RM 18 NO. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. TARIKH 8 Sept 2022 15 Sept 2022 22 Sept 2022 29 Sept 2022 6 Okt 2022 13 Okt 2022 20 Okt 2022 27 Okt 2022 3 Nov 2022 10 Nov 2022 17 Nov 2022 14 Nov 2022 8 Dis 2022 BAHAGIAN B: Tempoh Pelaksanaan Menu & Harga Jualan NO. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. TARIKH 5 Jan 2023 12 Jan 2023 19 Jan 2023 26 Jan 2023 2 Feb 2023 9 Feb 2023 16 Feb 2023 MENU JUALAN Cuti Penggal 2 Vietnam Gulung Kuih Selayang Vietnam Gulung Kuih Selayang Vietnam Gulung Kuih Selayang Vietnam Gulung Kuih Selayang Vietnam Gulung Kuih Selayang Vietnam Gulung Kuih Selayang : Setiap Khamis ( Januari – Februari 2023) : Vietnam Gulung ( Vietnam Roll)- 3 keping RM 6 Kuih Selayang- 100gram RM 2; 1kg RM 18 Kentang goreng (Wedges) – RM 3 MENU JUALAN Vietnam Gulung Kuih Selayang Kentang Goreng (Wedges) Vietnam Gulung Kuih Selayang Kentang Goreng (Wedges) Vietnam Gulung PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SMK AYER BALOI 82100 AYER BALOI, PONTIAN, JOHOR KERTAS KERJA TRANSISI KEUSAHAWANAN KEMAHIRAN ASAS VOKASIONAL ASAS MASAKAN