Uploaded by Syaheen Farhana

IDUL ILMI 2022- PIDATO BI & BA

advertisement
PERATURAN PERTANDINGAN
KARNIVAL IDUL ILMI
2022
ACARA: PIDATO BAHASA
INGGERIS & BAHASA
ARAB
YAYASAN TERENGGANU
PERATURAN PERTANDINGAN PIDATO BAHASA
INGGERIS & BAHASA ARAB SEKOLAH MENENGAH IMTIAZ YAYASAN
TERENGGANU
1. BILANGAN PESERTA
1.1. Bilangan peserta pidato dihadkan bagi setiap sekolah seperti berikut:
1.1.1. Kategori Menengah Bawah (pidato Bahasa Inggeris): Seorang peserta lelaki dan
seorang perempuan.
1.1.2. Kategori Menengah Atas (pidato Bahasa Arab) : Seorang peserta lelaki dan
seorang perempuan.
1.1.3.
Semua peserta
hendaklah
mendapat kebenaran
bertulis daripada ibu
bapa/penjaga.
2. BORANG PENYERTAAN
2.1. Borang penyertaan yang lengkap dan disahkan hendaklah sampai kepada pihak urus
setia pada masa yang ditetapkan.
3.
TEMA
“AL-QURAN DIHAYATI ISLAM DISANJUNGI ”
4. PAKAIAN PESERTA
4.1. Peserta lelaki hendaklah memakai pakaian kebangsaan lengkap atau berpakaian baju yg
kemeja yang kemas.
4.2. Peserta perempuan hendaklah memakai pakaian yang menutup aurat yang dibenarkan
dalam pertandingan iaitu berbaju kurung yang lengkap dan bertudung sempurna
menutup dada.
4.3. Perhiasan dan solekan yang keterlaluan adalah tidak dibenarkan.
4.4. Semua peserta lelaki dan perempuan tidak dibenarkan memakai vest dan blazer
4.5. Semua peserta tidak dibenarkan sama sekali memakai sebarang tanda pengenalan
sekolah.
5. MASA
5.1. Masa bagi setiap peserta menyampaikan pidato adalah selama 8-10 minit.
5.2. Masa dan markah dikira bermula dari peserta menyampaikan pidato.
5.3. Loceng pertama akan dibunyikan sebagai tanda masa penyampaian pidato bermula.
5.4. Loceng kedua akan dibunyikan sekali pada minit kelapan dan loceng ketiga akan
dibunyikan sebanyak dua kali pada minit kesepuluh menandakan tamat masa
penyampaian pidato.
5.5. Markah akan dipotong jika penyampaian kurang dari 8 minit atau melebihi masa 10
minit yang telah ditetapkan.
6. TEKS
6.1. Menyerahkan 3 salinan teks pidato kepada pihak urus setia pada masa yang ditetapkan.
6.2. Menulis nombor giliran mengikut undian pada teks tersebut.
6.3. Para hakim boleh membantu peserta sebanyak 3 kali sekiranya peserta tidak mengingati
teks.
6.4. Peserta tidak dibenarkan sama sekali menyatakan nama sekolah masing-masing didalam
teks dan ketika menyampaikan pidato.
7. CARA PENGHAKIMAN
7.1. Penghakiman dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu :
7.1.1. Bahasa
7.1.2. Gaya/Persembahan
7.1.3. Isi
- 40 markah
- 40 markah
- 20 markah
8. PENENTUAN KEPUTUSAN
8.1.1. Keputusan hakim adalah MUKTAMAD.
Download