Uploaded by Nour El Shams

SYARAT masakan (1)

advertisement
SYARAT-SYARAT
PERTANDINGAN MEMASAK PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUALA MUDA/ YAN
KOLABORASI BERSAMA UniSHAMS dan ADABI
PADA 27 OGOS 2022
1. Penyertaan adalah secara berkumpulan dengan maksimum 3 orang bagi setiap kumpulan yang
terdiri daripada Pelajar sekolah menengah yang bersekolah di daerah Kuala Muda Yan sahaja.
2. Peserta dikehendaki menyediakan hidangan bertemakan: SET SARAPAN PAGI SIHAT Hidangan
peserta meliputi:
i) Hidangan berasaskan karbohidrat ( roti/pasta/nasi/mi/bihun).
ii) Hidangan berasaskan sumber protein (ayam/telur/tuna/keju).
iii) Minuman sihat.
3.Penganjur akan menyediakan sebuah meja. Peralatan tambahan lain seperti dapur memasak
perkakasan elektrik perlu dibawa sendiri oleh peserta. Penganjur turut membekalkan bahan
keluaran ADABI.
4 Peserta dikehendaki membawa peralatan memasak, rencah masakan dan peralatan hidangan
sendiri untuk dipersembahkan kepada juri.
5. Peserta dibenarkan membuat persediaan awal seperti mengupas, memotong dan mengisar.
6. Semua hidangan hendaklah dimasak semasa pertandingan.
7. Peserta hendaklah mematuhi segala peraturan pertandingan.
8. Masa yang diperuntukkan kepada peserta menyediakan hidangan adalah selama 90 minit (1 jam
30 minit). Kegagalan peserta menyiapkan hidangan dalam masa yang diberikan akan
menyebabkan kumpulan tersebut tersingkir.
9. Peserta diminta menyediakan (2) Dua Set Hidangan iaitu satu hidangan untuk juri dan satu
hidangan untuk dipamerkan (display)
10. Pemarkahan pertandingan adalah berasaskan kriteria berikut
a) Komposisi makanan, dan teknik -20 markah
b) Tekstur dan rasa -40 markah
c) Persembahan makanan dan kreativiti -20 markah
d) Kebersihan dan keselamatan makanan -10 markah
e) Semangat kerjasama berkumpulan -10 markah
11. Keputusan juri adalah muktamat dan sebarang bantahan tidak akan diterima.
12. Peserta tidak dibenarkan mengemas hidangan mereka selagi belum mendapat arahan daripada
urus setia pertandingan walaupun penilaian telah selesai.
13. Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada pihak penganjur.
14. Peserta diminta berada di lokasi pertandingan 15 minit sebelum pertandingan bermula
Download