Uploaded by nahhla9

Syarahan BM

advertisement
Assalamualaikum wrt.... pembuka bicara
‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬
‫الحمد هلل رب العالمين والعاقبة للمتقين والصالة والسالم على سيدنا محمد وعلى اله وأصحابه أجمعين‬
Yang dimuliakan saudara pengacara majlis, barisan panel hakim yang menjunjung panji
keadilan, penjaga masa yang setia dengan masanya. seterusnya hadirin dan hadirat yang
dirahmati Allah. Tampilnya saya di pentas ini adalah untuk menyampaikan syarahan yang
bertajuk 'SUNNAH DIHAYATI,UMMAH BERKUALITI.Terlebih dahulu izinkan saya
mendefinisikan satu persatu tajuk syarahan saya pada hari ini.
Sunnah dihayati insan berkualiti begitulah tajuk syarahan yang akan saya sampaikan pada
hari ini.Menurut Ulama Hadis, sunnah dihayati bermaksud perkara yang disandarkan
kepada Nabi Muhammad SAW yang kita perlu kita amalkan.Manakala frasa kata insan
berkualiti pula ialah insan yang %cemerlang gemilang dan terbilang. Tuntasnya tajuk
syarahan
saya pada hari ini adalah dengan mengamalkan sunnah Nabi Muhammad S.A.W dapat
melahirkan insan yang hebat.
Pertama & sunnah mencintai saudara seagama melahirkan mukmin cemerlang.Sebagai
muslim,kita perlulah mencintai dan menyanyangi saudara seagama.Firman Allah S.W.T
dalam surah hujurat ayat 10:
ۡ َ ‫ِا َّن َما ۡالم ُۡؤ ِم ُن ۡو َن ا ِۡخ َوةٌ َفا‬
‫صلِح ُۡوا َب ۡي َن اَ َخ َو ۡي ُكمۡ ‌ۚ َ‌وا َّتقُوا هّٰللا َ َل َعلَّ ُكمۡ ُت ۡر َحم ُۡو َن‬
Mafhumnya:Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka
damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada
Allah supaya kamu beroleh rahmat.
Lihatlah sikap Saidina Saad Bin Rabbi,dek kerana cinta dan sayangnya kepada Saidina
Abdul Rahman Bin Auf,beliau sanggup menyerahkan separuh dari hartanya kepada Saidina
Abdul Rahman Bin Auf.Begitu jugalah sikap yang ditunjukkan oleh Raudah Arafah yang
perlu kita contohi.Beliau sanggup menggadaikan nyawa demi menyelamatkan umat islam di
palestin.Terbuktilah insan cemerlang lahir dari insan yang mencintai saudara seagama.
Yang kedua,Sunnah wasatiah melahirkan dermawan.Insan yg memiliki sifat wasatiah tidak
akan sama sekali akan terlampau taksub dengan perkara duniawi.Sifat wasatiah ialah sifat
yang bersederhana.Sifat wasatiah yang cemerlang ini terpancar melalui firman ALLAH
S.W.T dalam surah Al-Baqarah ayat 201:
‫ار‬
َ ‫َوم ِۡنهُمۡ م َّۡن َّيقُ ۡو ُل َر َّب َنٓا ٰا ِت َنا فِى الد ُّۡن َيا َح َس َن ًة وَّ فِى ااۡل ٰ خ َِر ِة َح َس َن ًة وَّ ِق َنا َع َذ‬
ِ ‫اب ال َّن‬
Mafhumnya:Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan
kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab
neraka".
Sifat wasatiah inilah yang menjadikan Saidina Abdul Rahman Bin Auf seorang
dermawan.Begitu jugalah sifat wasatiah yang telah ditunjukkan oleh Tan Sri Sheikh Mukhtar
al Bukhary dengan mendermakan berjuta juta ringgit demii pembangunan islam.Dengan
sifat wasatiah inilah yang menjadikan seseorang insan yang dermawan.
Yang ketiga,istiqomah melahirkan seorang insan yang gemilang.Insan yang gemilang sudah
tentu merupakan seseorang yang melakukan kebaikan secara berterusan.Firman ALLAH
S.W.T dalam surah Hud Ayat 112:
ۡ ‫َف‬
َ ‫اس َتقِمۡ َك َم ۤا اُم ِۡر‬
‫ك َواَل َت ۡط َغ ۡوا‌ؕ ِا َّن ٗه ِب َما َت ۡع َملُ ۡو َن بَصِ ۡي ٌر‬
َ ‫اب َم َع‬
َ ‫ت َو َم ۡن َت‬
Mafhumnya. Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas
jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan hendaklah orang-orang
yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah kamu
melampaui batas hukum-hukum Allah; sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang
kamu kerjakan.
Contohnya sifat istiqomah yang ditunjukkan oleh As-Syahid Imam Hassan Al-Banna telah
menjadikan beliau seorang insan yang gemilang.Lihatlah sifat istiqomah dalam
mendaulatkan islam yang dipamerkan oleh Almarhum Syahibus Samahah Tan Sri Dr
Harusani Zakaria,Mantan Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan.Benarlah bahawa insan yang
gemilang datang dari insan yang mengamalkan sunnah istiqomah.
Kesimpulannya ialah tanpa mengamalkan sunnah Rasullah S.A.W mana mungkin seorang
insan yang hebat mampu dilahirkan.Saya menyeru hadirin dan hadirat seluruhnya untuk kita
bersama-sama menghayati Sunnah Nabi Muhammad S.A.W bagi melahirakan insan yang
cemerlang,gemilang dan terbilang
Pohon bidara tempat beradu
Girangnya rasa si anak dara
Baliklah tuan membawa ilmu
Binalah bangsa bangunkan negara
Sekian sahaja syarahan saya pada hari ini…moga-moga semua diberkati Allah S.W.T.Buang
yang keruh,amik yang jernih..Wabillah hitaufiq walhidayah wassamualaikum warahmatullah
hiwabarakatuh.
Download