Uploaded by mazlan.gt4

ucapan perpisahan nuraini 25feb 2021

advertisement
Terima kasih kepadaTuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Tuan Guru Besar,Pn. Masnita bt
Hj.Abdul Razak, yang dihormati, Penolong Kanan 1, En. Mohd Najib bin Yahya, Penolong
Kanan HEM, En Nor Adami Bin Sulaiman, Penolong Kanan Ko-Kurikulum,En Ismail bin
Asaari, Ajk Kelab Guru dan Staff, Ajk Panitia Bahasa Inggeris guru-guru dan rakan-rakan
yang sedang menonton secara langsung melalui google meet yang saya kasihi sekalian.
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana diberi peluang
untuk menyampaikan ucapan dalam majlis ini. Saya mewakili rakan-rakan guru ingin
menyatakan perasaan sedih dan berat hati untuk berpisah dengan Teacher Nuraini yang
kami sayangi.
Teacher Nuraini telah menjalankan tugas sebagai pendidik di sekolah baharu, iaitu SK
Beta Hulu pada bulan lepas. Teacher Nuraini merupakan seorang guru yang
bertanggungjawab dan berdedikasi. Beliau juga pandai mengambil hati murid-murid di
dalam kelas. Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada pihak sekolah dan
murid-murid.
Jasa dan pengorbanan Teacher Nuraini kepada SK Kedai Piah tidak ternilai harganya.
Beliau banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada murid-murid serta sentiasa
membantu rakan-rakan guru dalam apa jua kerja.
Saya mewakili semua guru mengucapkan jutaan terima kasih kepada Teacher
Nuraini. Kami amat menghargai segala usaha dan jasa Teacher Nuraini.
Kami juga ingin meminta maaf daripada Teacher Nuraini atas segala kesilapan yang
telah kami lakukan sepanjang berada di SK Kedai Piah. Kami doakan agar Teacher Nuraini
gembira bertugas di sekolah baharu dan jangan lupakan kami di sini.
Sebelum mengakhiri ucapan ini, izinkan saya sampaikan serangkap pantun.
Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti;
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah,
budi yang baik dikenang jua
Sekian, terima kasih.
Download