Uploaded by mazlan.gt4

Peraturan Bola Baling MSSD KB 2022 (1)

advertisement
PPDKB.800-4/11Jld.3 ( 60 )
Lampiran
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG
KEJOHANAN BOLA BALING BAWAH 12 TAHUN
MSSD Kota Bharu 2022
1.
NAMA KEJOHANAN
Kejohanan Bola Baling Bawah 12 tahun MSSD Kota Bharu 2022
2.
ANJURAN
MSSD Kota Bharu
3.
PENGELOLAAN
PPD Kota Bharu dan Jawatan Kuasa Teknik Bola Baling MSSD Kota Bharu
4.
UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN
Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-Undang
Antarabangsa (IHF) dan Peraturan-Peraturan Am MSSM.
5.
Persekutuan
Bola
Baling
SISTEM PERTANDINGAN
Pusingan Pertama
Pasukan akan ditempatkan dalam kumpulan secara pengundian.
Pusingan suku- akhir dan seterusnya
Johan dan Naib Johan setiap kumpulan layak ke pusingan kedua. Dua pasukan terbaik akan
dipilih secara merit daripada pasukan tempat ketiga setiap kumpulan
Pasukan akan diundi (suku akhir) dan perlawanan dijalankan secara kalah mati.
6.
CARA MENENTUKAN KEPUTUSAN KUMPULAN
Secara Liga
Cara memberi mata
Menang
Seri
Kalah
-
2 mata
1 mata
0 mata
Jika dua atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama maka pemenang akan
ditentukan sebagaimana berikut :
a.
b.
c.
d.
Pemenang yang memperolehi perbezaan gol yang terbanyak akan dikira
menang.
Jika masih seri, pasukan yang menjaringkan gol terbanyak dikira menang.
Jika masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira menang.
Jika masih seri, cabutan undi akan dijalankan.
Secara Kalah Mati
Jika perlawanan sepenuh masa berkeputusan seri , langkah-langkah berikut akan dipatuhi
untuk menentukan pemenangnya.
6.2.1 Perlawanan masa tambahan 3 : 1 : 3 akan diadakan setelah berehat
3 minit.
1
PPDKB.800-4/11Jld.3 ( 60 )
Lampiran
6.2.2 Selepas 3 minit perlawanan separuh masa pertama, satu minit diberi untuk
bertukar tempat dan perlawanan diteruskan.
6.2.3 Jika keputusan masih seri, balingan 7 meter akan dijalankan.
6.2.4 Jika balingan 7 meter tidak dapat dijalankan kerana cuaca, penglihatan kurang
jelas atau keadaan-keadaan lain yang tidak mengizinkan, maka lambungan
syiling sebanyak 3 (tiga) kali hendaklah dijalankan.
6.3 Sistem Balingan 7 meter
6.3.1 Tiap-tiap pasukan mengambil 5 balingan dari garisan balingan 7 meter dengan
cara membaling berselang-seli oleh 5 pemain.
6.3.2 Jika masih seri, maka balingan 7 meter hendaklah diteruskan secara
berselang-seli dengan sistem “Sudden Death” sehingga keputusan diperolehi.
6.3.3 Pengadil akan memutuskan gol mana balingan 7 meter itu dijalankan.
6.3.4 Pengadil hendaklah membuat undian dan pasukan yang menang akan
membuat balingan dahulu.
6.3.5 Hanya pemain-pemain yang layak menyertai perlawanan tersebut dibenarkan
mengambil balingan 7 meter.
6.3.6 Pemain-pemain yang akan mengambil balingan 7 meter dan penjaga gol
pasukan mestilah berada di luar garisan balingan percuma.
6.3.7 Semua pemain lain hendaklah berada di garisan tengah gelanggang.
6.3.8 Penjaga gol boleh ditukar pada bila-bila masa semasa balingan 7 meter
dijalankan.
7.
MASA BERMAIN
Pusingan awal, suku akhir dan ke-3/ke-4
Separuh akhir dan akhir
7 minit – 1 minit – 7 minit
10 minit – 3 minit – 10 minit
8.
PERINGKAT UMUR
12 tahun ke bawah lelaki / perempuan.
Semua peserta hendaklah menyediakan salinan Sijil Beranak atau Mykid (sekolah rendah)
yang disahkan oleh guru besar/pengetua atau penolong kanan sekolah yang berkenaan.
9.
PENDAFTARAN PEMAIN
Setiap pasukan hendaklah mendaftar tidak lebih daripada 12 orang pemain terdiri daripada
7 orang pemain dengan 5 orang pemain gantian.
10.
PAKAIAN
Sila rujuk Undang-Undang Bola Baling Antarabangsa (IHF) dan perkara-perkara berikut:
10.1
10.2
10.3
.
2
Semua pemain dimestikan memakai kasut dan bersarung kaki.
Setiap pasukan dikehendaki membawa sekurang-kurangnya 2 set jersi yang
berlainan warna bagi setiap kategori. Jersi mestilah bernombor (belakang dan
hadapan) antara 1 hingga 99 di bahagian belakang dengan ukuran ketinggian
nombor sekurang-kurangnya 20 cm dan 10 cm di bahagian hadapan.
Jika berlaku pemakaian jersi yang sama warna sebelum pertandingan,
pasukan yang
namanya tercatat dahulu dalam jadual perlawanan
dikehendaki menukar jersi.
PPDKB.800-4/11Jld.3 ( 60 )
Lampiran
11.
GELANGGANG PERMAINAN
Sila rujuk Undang-Undang Bola Baling Antarabangsa (IHF).
Satu kawasan keselamatan hendaklah disediakan di luar kawasan permainan dengan
ukuran sekurang-kurangnya 1meter dari garisan tepi dan sekurang-kurangnya 2 meter dari
garisan gol.
12.
ALATAN (BOLA)
12 tahun lelaki / perempuan
Berat 290 – 330 gm
Lilitan 50-52 cm (Saiz 1)
13.
KELEWATAN
Hanya 10 minit diberikan kepada sesuatu pasukan yang lewat. Selepas itu, pihak lawannya
akan diberikan kemenangan dengan 3 jaringan gol.
14.
MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH
Pasukan / peserta tidak dibenarkan menarik diri semasa pertandingan dijalankan . Sekiranya
satu pasukan atau peserta menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja daripada
pertandingan, semua keputusan pertandingan yang disertainya akan dibatalkan. Pasukan
tersebut tidak dibenarkan menyertai perlawanan
seterusnya dan tindakan tatatertib
akan diambil ke atas pasukan berkenaan.
15.
KAD MERAH DAN PENGGANTUNGAN
Jika seseorang pemain atau pegawai pasukan menerima satu kad merah dalam satu satu
perlawanan, ia akan digantung satu perlawanan berikutnya. Pemain yang menerima kad
merah kerana digantung (2 minit) 2 kali berturut-turut, ia hanya tidak dibenarkan bermain
untuk perlawanan itu sahaja dan dibenarkan bermain untuk perlawanan seterusnya.
Jika sessorang pemain menerima kad merah diikuti dengan kad biru ( Laporan ), bentuk
hukuman akan diputuskan oleh jawatankuasa pengelola kejohanan
16.
BANTAHAN
Bantahan secara bertulis dengan menggunakan “Borang Bantahan” yang ditandatangani
oleh seorang pegawai berdaftar hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Jawatankuasa
Pengelola Pertandingan atau wakilnya tidak lewat daripada 30 minit setelah tamat
perlawanan dengan disertakan wang pertaruhan (Ringgit Malaysia : Seratus Sahaja).
Tempoh penyerahan bantahan rasmi tertakluk kepada peraturan dan undang- undang
permainan berkenaan. Wang pertaruhan tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan
ditolak. Jika sesuatu pasukan membuat bantahan, perlawanan mereka selepas itu
hendaklah dijalankan denga keadaan bermain dalam bantahan. Juri hendaklah mengadakan
mesyuaratnya selepas Jawatankuasa Pengelola Pertandingan mendapati bahawa bantahan
yang dibuat perlu dipertimbangkan sejam selepas bantahan itu diterima.Keputusan Juri
Rayuan hendaklah disampaikan secara rasmi kepada pasukan berkenaan dan
keputusannya adalah muktamad.
17.
LEMBAGA JURI RAYUAN
Ahli Juri Rayuan :
a.
Timbalan SPM
b.
Penolong Pegawai PPD UPMBS
c.
Pengerusi Teknik Bola Baling MSSD.
d.
Ketua Pengadil Bola Baling MSSD.
3
PPDKB.800-4/11Jld.3 ( 60 )
Lampiran
18.
19.
4
SUMBANGAN PENDAFTARAN
Sumbangan penyertaan bagi satu pasukan adalah RM 70.00 bagi setiap kategori.

Hendaklah dijelaskan pada
o 2 Ogos 2022 untuk KBU & KBS Bawah 12 Perempuan.
o 3 ogos 2022 untuk KBU & KBS Bawah 12 Lelaki.

Sumbangan secara tunai dibayar kepada Bendahari Teknik atau cek ke akaun bank
KELAB SUKAN PPDKB (1101015277) – Bank Kerjasama Rakyat Malaysia
PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN
Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan kejohanan bola baling ini akan
diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan dan keputusannya adalah muktamad.
PPDKB.800-4/11Jld.3 ( 60 )
Lampiran
BORANG PENDAFTARAN PASUKAN MSSM
MSSD
M02
PERMAINAN/SUKAN : BOLA BALING
NEGERI
N
DAERAH
: KOTA BHARU
JANTINA
KUMPULAN UMUR:
: PEREMPUAN _______________________________________
Nama Pegawai
Jawatan
Sekolah
No Tel
1
WAN ABDUL HALIM BIN WAN OMAR
PENGURUS
SK KEDAI PIAH
013-9209358
2
FARAH SYAFANI BINTI IBRAHIM
FISIOTERAPI
SK KEDAI PIAH
019-5778353
3
MAZLAN BIN SHAARI
JURULATIH
SK KEDAI PIAH
017-4477876
4
5
Bil
Nama Pemain
No. KP
Sekolah
1
SK KEDAI PIAH
2
SK KEDAI PIAH
3
SK KEDAI PIAH
4
SK KEDAI PIAH
5
SK KEDAI PIAH
6
SK KEDAI PIAH
7
SK KEDAI PIAH
8
SK KEDAI PIAH
9
SK KEDAI PIAH
10
SK KEDAI PIAH
11
SK KEDAI PIAH
12
SK KEDAI PIAH
No
Jersi
Semua keterangan di atas adalah benar.
Disediakan oleh,
…………………………………………..
(
)
Pengurus Pasukan.
5
Disahkan oleh,
……..………………………………………
(
)
PPDKB.800-4/11Jld.3 ( 60 )
Lampiran
6
Download