MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI KHAMIS, 21 JULAI 2022, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 2 WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI 1. PR-1452-MQT1785 Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil [ Lembah Pantai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan perancangan Kerajaan berkaitan dasar menangguh atau membatalkan projek-projek baharu, serta menamakan projek-projek tersebut dengan kos yang dijimatkan. 2. PR-1452-MQT1790 Tuan Che Alias bin Hamid [ Kemaman ] minta PERDANA MENTERI menyatakan pembaharuan dan inisiatif-inisiatif terkini yang telah diperkenalkan oleh Tabung Haji dalam menjaga kebajikan jemaah haji yang menunaikan ibadah haji semasa fasa endemik. 3. PR-1452-MQT1794 Tuan Wong Hon Wai [ Bukit Bendera ] minta MENTERI KANAN PERTAHANAN menyatakan apakah bentuk perancangan kerjasama ketenteraan trilateral (trilateral cooperative arrangement) TCA antara Filipina, Indonesia dan Malaysia dan sama ada kerjasama ketenteraan akan dilanjutkan kepada negara-negara ASEAN lain. MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI KHAMIS, 21 JULAI 2022, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 20 WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PR-1452-L16559 Tan Sri Haji Idris bin Jusoh [ Besut ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan strategi Kementerian dalam menggalakkan penggunaan teknologi disruptif sebagai pemacu inovasi dalam industri sawit, khasnya berkaitan mesin untuk menuai. 2. PR-1452-L15558 Puan Yeo Bee Yin [ Bakri ] minta MENTERI ALAM SEKITAR DAN AIR menyatakan status terkini rangkaan pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (ataupun akta baru yang menggantikannya). 3. PR-1452-L16544 Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [ Pasir Mas ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah peruntukan bagi bantuan banjir yang telah disalurkan ke negeri-negeri yang terkesan bagi mangsa banjir Monsun Timur Laut (MTL) 2021/2022. 4. PR-1452-L15501 Tuan Kesavan A/L Subramaniam [ Sungai Siput ] minta MENTERI KANAN PERTAHANAN menyatakan rumah merupakan keperluan asas penting bagi sesiapa pun termasuk Warga ATM dan Veteran ATM. Kerajaan Pakatan Harapan umumkan blueprint Perumahan 2.0 pada tahun 2019. Nyatakan status terkini blueprint tersebut. AUM DR 21/7/2022 2 5. PR-1452-L15328 Dato' Dr. Xavier Jayakumar A/L Arulanandram [ Kuala Langat ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan projek-projek jangka masa pendek dan jangka masa panjang yang dirancang untuk mengatasi masalah banjir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Berapa jumlah bajet yang diperuntukkan dan adakah apa-apa jawatankuasa khas diwujudkan untuk tujuan ini. Jika ya, siapakah ahli dalam Jawatankuasa ini. 6. PR-1452-L16327 Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [ Lumut ] minta MENTERI KANAN KERJA RAYA menyatakan langkah yang diambil bagi menangani isu 50,000 kontraktor Bumiputera yang akan gulung tikar akibat kenaikan harga barangan binaan. 7. PR-1452-L16446 Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [ Kuala Krai ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan apakah perancangan Kementerian dalam usaha membantu memperkukuh lagi sistem sekuriti makanan negara memandangkan dunia kini memperlihatkan produktiviti boleh ditingkatkan dengan memperkukuhkan kemahiran teknologi moden yang cekap. 8. PR-1452-L16232 Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin [ Hang Tuah Jaya ] minta MENTERI KANAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan jumlah kelulusan Lesen Pengilangan secara 'fast track' melalui platform digital e-Manufacturing License (e-ML) dan apakah mekanisme yang dilakukan oleh Kementerian ini berjaya menambah prestasi pelaburan di dalam negara. 9. PR-1452-L15978 Datuk Robert Lawson Chuat [ Betong ] minta MENTERI ALAM SEKITAR DAN AIR menyatakan berapa jumlah projek dan peruntukan yang disediakan bagi pengurusan banjir dan saliran mesra alam di Sarawak bagi tahun 2022. 10. PR-1452-L16045 Puan Hajah Fuziah binti Salleh [ Kuantan ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan sama ada pihak Kementerian berhasrat mengarahkan Lynas menghantar balik ke Australia sisa buangan radioaktif (WLP) dari kilang Lynas memandangkan pihak Lynas sudah pun mempunyai tapak pelupusan kekal (PDF) untuk sisa radioaktif mereka bertempat di lombong rare earth milik Lynas di Pergunungan Weld di Australia. 3 AUM DR 21/7/2022 11. PR-1452-L16111 Tuan Che Alias bin Hamid [ Kemaman ] minta PERDANA MENTERI menyatakan usaha-usaha dakwah yang telah dilakukan Kerajaan terhadap golongan orang kurang upaya (OKU). 12. PR-1452-L15468 Tuan Chan Ming Kai [ Alor Setar ] minta MENTERI ALAM SEKITAR DAN AIR menyatakan berkenaan projek penyelenggaraan sungai di Kedah:(a) berapa peruntukan dipohon oleh JPS Kedah serta bila dan jumlah yang telah diluluskan ; dan (b) adakah Sungai Tanjung Bendahara serta sungai lain yang berhampiran kawasan perumahan termasuk dalam senarai projek selenggara. 13. PR-1452-L15594 Tuan Anyi Ngau [ Baram ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilangan serta nama dan lokasi projek fisikal yang dikategorikan 'tenat' atau 'sakit' di Sarawak dan di kawasan Parlimen Baram khas setakat ini. Nyatakan jumlah peruntukan yang terlibat serta tindakan penyelesaian yang diambil pihak Kerajaan. 14. PR-1452-L16536 Tuan Mordi Bimol [ Mas Gading ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah terdapat perancangan untuk menambah sistem radio GIRN (Government Integrated Radio Network) di kawasan Parlimen Mas Gading memandangkan Balai Bomba dan Penyelamat Bau, Hospital Bau dan Angkatan Pertahanan Awam Daerah Bau tidak berupaya menggunakan sistem tersebut kerana tiadanya liputan. 15. PR-1452-L16461 Tuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir [ Setiu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan selaras dengan pelancaran Dokumen Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera, bagaimana konsep Lelaki Qawwam boleh diintegrasikan supaya masalah sosial yang melibatkan institusi keluarga dapat dikurangkan. 16. PR-1452-L16527 Tuan Gobind Singh Deo [ Puchong ] minta MENTERI ALAM SEKITAR DAN AIR menyatakan apakah rancangan Kerajaan dalam merangka strategi dan untuk berdepan dengan perubahan iklim yang sedang melanda sekarang. AUM DR 21/7/2022 4 17. PR-1452-L15883 Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [ Pontian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan semua program dan inisiatif atas nama Keluarga Malaysia, jumlah peruntukan yang terlibat untuk setiap satu serta kejayaan yang diperoleh berserta contoh dan perancangan masa depan mengenainya. 18. PR-1452-L15881 Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub [ Pulai ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan jangkaan projek-projek pembinaan yang tergendala di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur akan dapat disiapkan, ekoran isu kesesakan jalan raya yang semakin serius yang turut disebabkan oleh projek-projek pembinaan yang masih tergendala. 19. PR-1452-L15389 Tuan Steven Choong Shiau Yoon [ Tebrau ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan langkahlangkah Kementerian untuk mengelakkan pekebun-pekebun kecil kelapa sawit mengalami kesusahan yang berpunca daripada harga jualan merosot pada masa depan dan juga kekurangan pekerja untuk memetik buah-buah kelapa sawit. 20. PR-1452-L16421 Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah semakan skim gaji sektor awam akan dibuat setelah 20 tahun tidak dilakukan. 21. PR-1452-L16455 Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman [ Muar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah duta lantikan politik dan bertaraf Menteri yang telah dilantik. Berapa jumlah kos perbelanjaan yang telah Kerajaan belanjakan untuk menampung jawatan mereka sehingga kini dan apakah manfaat yang telah diperoleh melalui perlantikan-perlantikan ini sama ada daripada segi pelaburan dan hubungan antarabangsa. 22. PR-1452-L15844 Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor [ Cameron Highlands ] minta MENTERI KANAN KERJA RAYA menyatakan apakah status terkini cadangan pembinaan Jalan Pintasan Cameron Highlands dan adakah ianya telah dibentangkan kepada pihak Unit Perancang Ekonomi (UPE), Jabatan Perdana Menteri (JPM). 5 AUM DR 21/7/2022 23. PR-1452-L16256 Dato' Sri Azalina Othman Said [ Pengerang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan senarai 147 undang-undang yang dikenal pasti sebagai sudah lapuk sepertimana dibangkitkan oleh YAB Perdana Menteri semasa ucapan pada 17 Jun 2022 serta jangka masa cadangan penyelesaiannya. 24. PR-1452-L15901 Tuan Teh Kok Lim [ Taiping ] minta MENTERI KANAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan impak terhadap perdagangan antarabangsa ke atas negara kita akibat Perang Ukraine-Rusia yang masih berlangsung. Adakah peningkatan harga minyak mentah sedunia memanfaatkan hasil kutipan tahun ini dan berapa kerugian yang masih perlu ditanggung susulan perang tersebut. 25. PR-1452-L16086 Dato' Haji Che Abdullah bin Mat Nawi [ Tumpat ] minta MENTERI KANAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan langkahlangkah yang telah dilaksanakan oleh Kementerian untuk menarik pelaburan asing ke negeri Kelantan. 26. PR-1452-L16236 Tuan Khalid bin Abd Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah pendirian Kerajaan terhadap dasar Kerajaan India yang menindas umat Islam. 27. PR-1452-L16441 Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [ Kuala Krai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah yang diambil oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) selaku pihak berkuasa melantik utama negara ini untuk memastikan calon-calon yang dilantik ke perkhidmatan awam bebas daripada masalah integriti dan salah laku jenayah. 28. PR-1452-L15302 Tuan Wong Hon Wai [ Bukit Bendera ] minta MENTERI KANAN PERTAHANAN menyatakan bilangan anggota-anggota Angkatan Tentera Malaysia mengikut pecahan kaum, pangkat dan perkhidmatan terkini. 29. PR-1452-L16056 Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :(a) sebab-sebab kelulusan diberikan untuk Petaling Jaya Traffic Dispersal Elevated Highway (PJD Link), BangiPutrajaya Expressway (BPE) dan Kuala Lumpur Northern Dispersal Expressway (KL NODE); dan AUM DR 21/7/2022 (b) 6 langkah-langkah yang diambil untuk meningkatkan pengangkutan awam alternatif seperti MRT/ LRT. 30. PR-1452-L16338 Tuan Sim Tze Tzin [ Bayan Baru ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan perkembangan "ASEAN 5 point consensus" terhadap Kerajaan Junta Myanmar. Apakah tindakan Malaysia seterusnya memandangkan masalah pembunuhan, pelarian, dan penindasan yang terus berlaku walaupun ASEAN telah melakukan segala tindakan diplomatik. 31. PR-1452-L15399 Tuan Charles Anthony Santiago [ Klang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bersedia mengkaji semula Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) berikutan kadar inflasi dan harga makanan yang meningkat. Adakah Kerajaan bersedia menyalurkan bantuan perlindungan sosial RM250 sebulan kepada keluarga B40. 32. PR-1452-L15928 Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah secara spesifiknya pindaan-pindaan akan dibentangkan untuk penghapusan hukuman mati mandatori dan sama ada Kerajaan akan menggubal satu garis panduan untuk dijadikan panduan kepada hakim-hakim dalam mempertimbangkan untuk menjatuhkan hukuman mati dalam kes-kes yang tertentu. 33. PR-1452-L15797 Tuan Tan Kok Wai [ Cheras ] minta MENTERI KANAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan kadar eksport kereta Proton dan Perodua ke luar negara secara terperinci mengikut pecahan bilangan, hasil pendapatan, negara yang mengimport, dan jenis kereta untuk tahun 2015, 2016, 2017, 2018, 2019, 2020, 2021 dan 2022. 34. PR-1452-L16169 Datuk Ignatius Darell Leiking [ Penampang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan siapa yang bertanggunjawap untuk melaksanakan peruntukan Ahli Parlimen Daerah Penampang (Seorang Ahli Pembangkang yang tidak menandatangani Memorandum Persefahaman dengan Kerajaan dan tidak berhak mendapat Peruntakan Parlimen) dan berapa jumlah yang telah dibelanjakan daripada Peruntukan Parlimen Penampang sehingga ke Jun 2022. 7 AUM DR 21/7/2022 35. PR-1452-L16503 Tuan Noor Amin bin Ahmad [ Kangar ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan berapa banyakkah penemuan dan rekaan atau inovasi baru dalam bidang pertanian telah dihasilkan sejak 5 tahun lalu. Apakah impaknya. 36. PR-1452-L15771 Tuan Khoo Poay Tiong [ Kota Melaka ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :(a) mengapakah SPRM tidak menyiasat penama-penama yang dikaitkan menerima wang daripada syarikat Ultra Kirana Sdn. Bhd. (iaitu YB Pagoh, YB Rembau, YB Kepala Batas, YB Sembrong, YB Semporna dan Datuk Seri Anifah Aman) walaupun SPRM telah mempunyai akses terhadap bukti tersebut sebelum ini; dan (b) apakah status terkini siasatan terhadap penama-penama tersebut. 37. PR-1452-L16582 Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan jumlah buku “Mari Kenali Sawit” yang telah dicetak dan jumlah kos pencetakan. Nyatakan cara pengedaran buku ini dan kos pengedaran terlibat. 38. PR-1452-L16458 Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman [ Muar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan nisbah gaji antara Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dengan pekerja am dalam GLCs yang dimiliki oleh Kerajaan. Dilaporkan terdapat usaha Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) meningkatkan elaun tahunan Pengerusi bukan Eksekutif FGV daripada RM300,000 kepada RM480,000. Namun, gaji permulaan bagi penyelia yang berjawatan gred G19 di FELDA cuma RM1,357. Apakah langkah Kerajaan untuk meningkatkan kadar gaji pekerja am dan mengurangkan jurang kadar nisbah pendapatan yang begitu besar. 39. PR-1452-L15843 Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor [ Cameron Highlands ] minta MENTERI KANAN KERJA RAYA menyatakan perkembangan terkini tentang projek naik taraf jalan raya di Pos Terisu untuk fasa kedua dan adakah ianya akan dapat disiapkan dalam tempoh yang dicadangkan. AUM DR 21/7/2022 8 40. PR-1452-L16524 Tuan Haji Wan Hassan Bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI KANAN PERTAHANAN menyatakan keberkesanan usaha Majlis Industri Pertahanan Negara dalam memasarkan produk keluaran syarikat tempatan di peringkat negara dan antarabangsa. 41. PR-1452-L15345 Datuk Liew Chin Jin @ Christina Liew [ Tawau ] minta MENTERI KANAN KERJA RAYA menyatakan bilakah cadangan Jalan Kalabakan-Serudong (Sabah) yang akan menghubungkan dengan jalan ke Simanggaris di Kalimantan, Indonesia, akan dibina untuk meningkatkan ekonomi sempadan Malaysia selaras dengan pemindahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan. 42. PR-1452-L15957 Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [ Lenggong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah penemuan terbaru dan perkembangan terkini berkaitan isu Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan yang dibuat oleh pasukan petugas khas dan sejauh manakah bukti sebelum ini yang ditemui National Archives of the United Kingdom boleh digunakan semula di dalam tuntutan tersebut. 43. PR-1452-L16069 Tuan Chang Lih Kang [ Tanjong Malim ] minta MENTERI ALAM SEKITAR DAN AIR menyatakan sama ada perlombongan nadir bumi di Hulu Perak bermula sebelum laporan penilaian kesan alam sekitar (EIA) diluluskan. Apakah proses penguatkuasaan undang-undang Kementerian dalam membendung dan menghukum projek yang tidak mematuhi prosedur EIA. 44. PR-1452-L15715 Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang [ Kota Samarahan ] minta MENTERI KANAN PERTAHANAN menyatakan apakah usaha terkini daripada pihak Kementerian dalam menggantikan perumahan anggota tentera yang uzur khususnya di kawasan Kuching dan Kota Samarahan. 45. PR-1452-L16360 Puan Maria Chin binti Abdullah [ Petaling Jaya ] minta MENTERI ALAM SEKITAR DAN AIR menyatakan apakah rancangan tebatan banjir untuk jangka masa panjang negara Malaysia khususnya di kawasan yang terdedah kepada bencana dan apakah pampasan yang diberikan kepada mangsa bencana banjir. 9 AUM DR 21/7/2022 46. PR-1452-L16090 Dato' Haji Che Abdullah bin Mat Nawi [ Tumpat ] minta MENTERI KANAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan status ratifikasi Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian TransPasifik (CPTPP) oleh negara kita pada waktu ini. 47. PR-1452-L16577 Tuan Wong Tack [ Bentong ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan adakah Lynas telah memohon untuk mengekalkan fasiliti ‘cracking and leaching’ mereka di Malaysia. Jika ada, apakah status permohonan ini. 48. PR-1452-L15984 Puan Nurul Izzah binti Anwar [ Permatang Pauh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan status terkini kajian dan usaha mengemas kini angka ubah yang digunakan dalam pengiraan kemiskinan multidimensi di Malaysia selaras dengan komitmen yang digariskan dalam RMK-12 dan saranan Bank Dunia dalam laporan Malaysian Economic Monitor yang diterbitkan pada Jun 2022. 49. PR-1452-L16355 Puan Maria Chin binti Abdullah [ Petaling Jaya ] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapa Menteri mengumumkan kelulusan pembinaan tiga lebuh raya baharu di Lembah Klang iaitu PJD Link, Lebuh Raya Bangi-Putrajaya (BPE) dan KL Node apabila kajian impak alam sekitar, sosial dan trafik belum diterima oleh Kerajaan Negeri Selangor serta penduduk-penduduk yang terjejas. 50. PR-1452-L15821 Dato' Seri Anwar bin Ibrahim [ Port Dickson ] minta PERDANA MENTERI menyatakan unjuran jumlah keuntungan oleh Petronas dan unjuran jumlah hasil Kerajaan Persekutuan daripada cukai pendapatan petroleum (PITA) bagi tahun 2022. 51. PR-1452-L16119 Datuk Rozman bin Isli [ Labuan ] minta MENTERI ALAM SEKITAR DAN AIR menyatakan adakah benar paip pengedar air di seluruh Labuan kesemuanya sudah tamat tempoh hayat dan berapa bajet yang diperlukan untuk mengganti kesemuanya dan berapa lamakah proses tempoh penggantian itu diperlukan. AUM DR 21/7/2022 10 52. PR-1452-L15323 Tuan Ma'mun bin Sulaiman [ Kalabakan ] minta MENTERI ALAM SEKITAR DAN AIR menyatakan perancangan untuk menaik taraf loji-loji pemprosesan air di seluruh kawasan Tawau dan Kalabakan terutama loji air Kg Murut Kalabakan yang usang dan sering mengalami pelbagai kerosakan sehingga menyebabkan keperluan bekalan air kepada penduduk terputus. 53. PR-1452-L16302 Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [ Lumut ] minta MENTERI KANAN PERTAHANAN menyatakan sama ada Kerajaan bersedia untuk menukarkan status bandar Lumut daripada Bandar Maritim kepada Bandar Tentera Laut bagi mengiktiraf ia sebagai pangkalan utama Tentera Laut Malaysia. 54. PR-1452-L15471 Tuan Chan Ming Kai [ Alor Setar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan yayasan yang berdaftar dengan Lembaga Zakat Wilayah Persekutuan yang melayakkan yayasan membantu urusan agihan zakat serta jumlah terimaan zakat bagi setiap yayasan tersebut setiap tahun. 55. PR-1452-L15663 Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah Kerajaan telah mula menggaji penjawat awam secara kontrak (seperti pihak swasta) dan bukan lagi mengikut skim berpencen. 56. PR-1452-L15409 Tuan Charles Anthony Santiago [ Klang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk menubuhkan sebuah agensi, seperti TERAJU, untuk kaum India di peringkat Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. 57. PR-1452-L16345 Tuan Sim Tze Tzin [ Bayan Baru ] minta MENTERI ALAM SEKITAR DAN AIR menyatakan status permohonan projek Tambakan Laut Pulau Pinang Selatan (PSR). Nyatakan kronologi permohonan, apakah proses yang perlu dilalui dan bilakah ia dijangka akan diluluskan. 11 AUM DR 21/7/2022 58. PR-1452-L16067 Tuan R. Sivarasa [ Sungai Buloh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan daripada 79 laporan kes kematian tahanan dalam lokap PDRM dalam tempoh Januari 2015 hingga September 2021, mengapa 30 kes telah diklasifikasikan "No further action" oleh Pendakwa Raya (jawapan bukan lisan oleh Menteri Dalam Negeri kepada saya pada Mesyuarat Kedua penggal Keempat) padahal seksyen 334 Kanun Acara Jenayah ( Akta 593 ) mewajibkan seorang Majistret melakukan satu inkuiri penuh atau inkues terhadap punca kematian dalam semua kes kematian tahanan dalam lokap PDRM. 59. PR-1452-L15305 Tuan Wong Hon Wai [ Bukit Bendera ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan masalah-masalah perinci yang menyebabkan kelewatan mencapai kesepakatan dalam perbincangan Kerangka Kod Tatalaku Laut China Selatan. 60. PR-1452-L16047 Dr. Kelvin Yii Lee Wuen [ Bandar Kuching ] minta PERDANA MENTERI menyatakan hasil carian kumpulan pakar perundangan dan pengkaji yang telah pergi ke London untuk meneliti dokumen rujukan berkaitan hak Sabah dan Sarawak dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Apakah rancangan Kerajaan untuk merealisasikan dan mengimplementasi hasil kajian atau carian tersebut. 61. PR-1452-L15915 Tuan Cha Kee Chin [ Rasah ] minta MENTERI ALAM SEKITAR DAN AIR menyatakan apakah syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian terhadap pembinaan insinerator. Mengapa pihak Jabatan Alam Sekitar bersetuju dengan pembinaan insinerator baru di Lot 43852 (PT6327)/HS(D) 206502, Bandar Seri Sendayan, daerah Seremban yang mana lokasinya berdekatan dengan projek perumahan, komersial, pendidikan dan perindustrian yang pesat membangun. 62. PR-1452-L15727 Tuan Chan Foong Hin [ Kota Kinabalu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan status penggubalan Rang Undang-undang (RUU) Pembiayaan Politik. Bagaimanakah RUU ini dapat membendung salah laku atau kecurangan dalam hal menguruskan sumber dana politik. AUM DR 21/7/2022 12 63. PR-1452-L15739 Puan Hajah Natrah binti Ismail [ Sekijang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan berhasrat untuk meminda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat (Akta 711) dalam usaha untuk memperkasa akta ini. 64. PR-1452-L15704 Datuk Seri Panglima Madius Tangau [ Tuaran ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah Rang Undang-undang Pendanaan Parti Politik dan Reformasi Suruhanjaya Pilihan Raya akan dibentangkan di Parlimen. 65. PR-1452-L16579 Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapa anggota rombongan rasmi dan berapa pihak persendirian yang mengikuti Perdana Menteri melawat Jepun pada Mei tahun ini. Beri pecahan perbelanjaan lawatan rasmi yang dibiayai oleh Kerajaan dan kos yang ditanggung oleh pihak swasta/persendirian. 66. PR-1452-L15353 Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan berhasrat untuk mengembelingkan semua agensi Kerajaan memberikan maklumat dan pendedahan kepada remaja berumur 18 tahun yang akan mengundi dalam Pilihan Raya Umum nanti termasuk maklumat berhubung syarat, peraturan dan tempat di mana mereka akan mengundi. 67. PR-1452-L15916 Dr. Ong Kian Ming [ Bangi ] minta MENTERI KANAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan bilangan penilaian “Readiness Assesment” (RA) yang telah dijalankan pada tahun 2021 dan sehingga Jun 2022 serta jumlah dan amaun pengeluaran dana Business Intervantion (BI) pada tahun 2021 dan sehingga Jun 2022 di bawah program Industri 4WRD / Industri 4.0. 68. PR-1452-L15906 Dr. Ong Kian Ming [ Bangi ] minta PERDANA MENTERI menyatakan nama syarikat pemegang konsesi PJD Link, Lebuh Raya Bangi-Putrajaya (BPE) dan Lebuh Raya Penyuraian Utara Kuala Lumpur (KL NODE) dan sama ada syarikat tersebut telah menandatangani perjanjian konsesi untuk projek lebuh raya masing-masing. 13 AUM DR 21/7/2022 69. PR-1452-L15610 Datuk Mohd. Azis bin Jamman [ Sepanggar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan secara terperinci Pindaan Perlembagaan mahupun Akta yang perlu dipinda bagi membolehkan perkara-perkara yang tertakluk di dalam Perjanjian Malaysia 1963 dapat dilaksanakan sepenuhnya dan nyatakan jangka masa yang ditetapkan. 70. PR-1452-L15931 Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] minta PERDANA MENTERI menyatakan status cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi menjelaskan tafsiran berkenaan pemberian kerakyatan kepada anak yang lahir kepada ibu atau ayah yang merupakan warganegara Malaysia dan status pembentangan cadangan pindaan tersebut kepada Majlis Raja-Raja. 71. PR-1452-L15551 Puan Alice Lau Kiong Yieng [ Lanang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah yang telah diambil untuk memberi bantuan kepada golongan miskin atau miskin tegar yang belum berdaftar dengan e-KASIH, DMOA atau DSA memandangkan bukan semua golongan miskin atau miskin tegar akan didaftar secara automatik dan apakah Kerajaan akan mempertimbangkan supaya mendaftarkan mereka agar bantuan seperti KWAMP dan bantuan lain dapat diberi kepada mereka yang memerlukannya tanpa sebarang halangan atas keciciran pendaftaran data dalam e-KASIH, DMOA atau DSA. 72. PR-1452-L15796 Tuan Tan Kok Wai [ Cheras ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan tujuan dan hasil penglibatan pakar Malaysia dalam bengkel perbincangan pembangunan Stesen Sains Antarabangsa Lunar, China pada September 2021 dan apakah langkah susulan. 73. PR-1452-L16593 Tuan Prabakaran A/L M Parameswaran [ Batu ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan peruntukan projek mitigasi banjir dan kemaskini 31 orang pegawai di setiap hotspot yang dikenal pasti dan apakah usaha Menteri bagi membantu penduduk Kg. Baru. 74. PR-1452-L15532 Dato' Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta MENTERI KANAN KERJA RAYA menyatakan status rancangan menaik taraf Jalan Persekutuan FT003 dari Kampung Kubang Jela ke Bulatan Batu Enam. Begitu juga status rancangan menyiapkan jalan Kampung Gemuroh, Kampung Banggol Nyiur dan Kampung Padang Lalang di Kuala Nerus. AUM DR 21/7/2022 14 75. PR-1452-L15523 Datuk Dr. Hasan bin Bahrom [ Tampin ] minta MENTERI KANAN PERTAHANAN menyatakan skim perumahan anggota tentera yang telah bersara, apakah terdapat skim memiliki rumah atau tanah bagi anggota tentera yang telah bersara, sejauh mana Kementerian membantu anggota tentera memiliki rumah atau tanah selepas bersara, bagaimana Kementerian membantu kelestarian hidup anggota tentera selepas mereka bersara. 76. PR-1452-L16122 Datuk Rozman bin Isli [ Labuan ] minta MENTERI KANAN KERJA RAYA menyatakan jumlah projek Kerajaan (mengikut negeri dan kos) yang mengalami masalah, sebab-sebabnya dan tindakan yang telah dikenakan. 77. PR-1452-L16346 Puan Isnaraissah Munirah Majilis [ Kota Belud ] minta PERDANA MENTERI menyatakan secara terperinci hasil dapatan dan kajian yang diperoleh di London berkenaan hak Sabah di dalam Perjanjian Malaysia 1963 yang diketuai oleh Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak serta rombongan beliau. 78. PR-1452-L15723 Tuan Chan Foong Hin [ Kota Kinabalu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kerja-kerja yang telah dilakukan oleh setiap duta-duta khas Perdana Menteri secara perinci mengikut pecahan tajuk urusan kerja, tarikh dan perbelanjaan pada tahun 2020, 2021 dan 2022. 79. PR-1452-L15338 Tuan Karupaiya A/L Mutusami [ Padang Serai ] minta MENTERI KANAN PERTAHANAN menyatakan penjelasan mengenai elaun Pingat Jasa Malaysia yang bernilai RM500 masih belum diberikan kepada semua veteran yang layak. 80. PR-1452-L15773 Tuan Khoo Poay Tiong [ Kota Melaka ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :(a) jumlah Program Pendidikan Pengundi yang telah dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dari tahun 2018 – 2022, termasuk maklumat mengenai jumlah peserta, tempat dan perbelanjaan; dan (b) apakah kandungan/silibus terperinci Program Pendidikan Pengundi tersebut. 15 AUM DR 21/7/2022 81. PR-1452-L15946 Tuan Sim Chee Keong [ Bukit Mertajam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah seterusnya untuk mendapatkan keadilan bagi Adelina Lisao, pembantu rumah warga Indonesia yang diseludup masuk ke negara ini dan kemudian didera dan meninggal dunia setelah mahkamah membebaskan majikan beliau. 82. PR-1452-L16387 Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta PERDANA MENTERI menyatakan tentang kepentingan memastikan pendanaan politik sebagai antara langkah berkesan mengelak rasuah dan salah guna kuasa di kalangan ahli dan parti politik di negara ini, bilakah Perdana Menteri akan membentangkan Rang-Undang-undang (RUU) Pendanaan Politik. 83. PR-1452-L16228 Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin [ Hang Tuah Jaya ] minta MENTERI KANAN PERTAHANAN menyatakan status terkini mengenai keputusan Tender Terbuka Antarabangsa yang pernah ditawarkan oleh Kementerian sebelum ini dalam usaha untuk membeli aset jet tempur baharu bagi kegunaan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). 84. PR-1452-L15504 Tuan Kesavan A/L Subramaniam [ Sungai Siput ] minta PERDANA MENTERI menyatakan Markas Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Unit Sungai Siput (U) telah menutup operasinya pada penghujung bulan Julai 2021. Apakah tindakan Kerajaan untuk menyelesaikan isu penutupan Markas APM, kerana Parlimen Sungai Siput adalah kawasan hotspot banjir. 85. PR-1452-L15510 Puan June Leow Hsiad Hui [ Hulu Selangor ] minta MENTERI KANAN PERTAHANAN menyatakan mengapakah pelarasan pencen veteran ATM tidak dapat dilaksanakan dengan segera dan apakah tindakan Kementerian dalam menyelesaikan isu ini. AUM DR 21/7/2022 16 86. PR-1452-L15367 Tuan Sanisvara Nethaji Rayer A/L Rajaji [ Jelutong ] minta MENTERI KANAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah langkah-langkah yang sedang giat diambil oleh Kerajaan sekarang untuk memastikan pelaburan antarabangsa yang berterusan di Malaysia demi menyedia dan meningkatkan perkembangan ekonomi yang lestari dan peluang pekerjaan untuk belia negara kita. 87. PR-1452-L16010 Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail [ Kulim Bandar Baharu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan pencapaian atau kemajuan inisiatif-inisiatif dalam Pelan Anti Rasuah Nasional (NACP) yang dilancarkan sejak 2019 serta nyatakan juga sama ada terdapat inisiatif yang ditambah atau digugurkan dan jika ya, berikan rasionalnya. 88. PR-1452-L16479 Tuan Nga Kor Ming [ Teluk Intan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan secara teliti adakah Kerajaan mempunyai rancangan untuk meletakkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di bawah pengawasan Parlimen dan apakah langkah-langkah yang sedang diambil untuk memperbaiki kedudukan negara yang kini telah jatuh dari tangga ke-51 hingga ke-62 di International Transparency Index. 89. PR-1452-L16538 Tuan Mordi Bimol [ Mas Gading ] minta MENTERI KANAN PERTAHANAN menyatakan apakah status terkini tentang kehilangan Lans Koperal Moses Logers dan Koperal David Edmund Rapi semasa operasi di Pulau Perak pada Julai 2019 dan berapa bayaran ex-gratia yang diterima oleh waris atau wakil keluarga bagi kedua-dua askar tersebut. 90. PR-1452-L16051 Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta MENTERI KANAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan sebabsebab kejatuhan kedudukan ke-32 dalam 2022 International Institute of Management Development (IMD) World Competitiveness Ranking dan langkah-langkah yang diambil untuk menangani kelemahan-kelemahan tersebut. 91. PR-1452-L16598 Datuk Wira Haji Mohd. Anuar Mohd. Tahir [ Temerloh ] minta MENTERI KANAN KERJA RAYA menyatakan bilakah keseluruhan jajaran lebuh raya dari Bentong ke Kota Bharu akan siap dan berapa kos keseluruhan yang terlibat. 17 AUM DR 21/7/2022 92. PR-1452-L16609 Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan apakah usaha Kementerian dalam membantu pengusaha tanaman komoditi ketika harga pasaran produk komoditi merudum. 93. PR-1452-L15434 Dato' Sri Richard Riot anak Jaem [ Serian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapa bilangan orang muda yang bankrap dan apakah langkah yang diambil bagi menangani perkara ini. 94. PR-1452-L15359 Tuan Sanisvara Nethaji Rayer A/L Rajaji [ Jelutong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah yang berlaku kepada siasatan berkenan penyelewengan dana MITRA (Malaysian Indian Transformation). 95. PR-1452-L16529 Tuan Gobind Singh Deo [ Puchong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan tugasan harian dan pencapaian J-KOM. Nyatakan juga bilangan pegawai yang telah dilantik di bawah J-KOM sejak penubuhannya. 96. PR-1452-L16463 Tuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir [ Setiu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan peratusan dividen yang diberikan kepada Kerajaan Negeri Terengganu hasil daripada keuntungan yang diraih Petronas pada setiap tahun. 97. PR-1452-L15343 Tuan Karupaiya A/L Mutusami [ Padang Serai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilangan rakyat Malaysia yang telah muflis dari tahun 2020 – 2022 mengikut kaum dan apakah tindakan pihak Kementerian untuk mengatasi masalah ini. 98. PR-1452-L16188 Tuan M. Kulasegaran [ Ipoh Barat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :(a) langkah-langkah untuk membasmi kemiskinan; dan (b) mengapa jangka masa selama lebih daripada 2 bulan diambil untuk memproses pendaftaran seorang individu di bawah e-Kasih. AUM DR 21/7/2022 99. 18 PR-1452-L15829 Dato' Seri Anwar bin Ibrahim [ Port Dickson ] minta PERDANA MENTERI menyatakan status penyiasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dengan aduan insiden kecurian balak melibatkan Hutan Simpanan Kekal (HSK) di seluruh negara khususnya di Nenggiri, Kelantan. 100. PR-1452-L16573 Puan Vivian Wong Shir Yee [ Sandakan ] minta MENTERI KANAN KERJA RAYA menyatakan apakah langkah yang diambil oleh Kementerian untuk menyeragamkan Berat Dengan Muatan (BDM) bagi pengangkutan lori antara Semenanjung dan Sabah dalam mengurangkan kos logistik dan juga kos sara hidup di Sabah. 101. PR-1452-L15792 Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad [ Setiawangsa ] minta MENTERI ALAM SEKITAR DAN AIR menyatakan punca masalah bekalan air di Kelantan dan rancangan penyelesaiannya. 102. PR-1452-L15415 Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau [ Libaran ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bagaimana perkembangan teknologi yang pesat, peralihan demografi, serta pemindahan kuasa dan ekonomi dan politik global dari barat ke Asia dapat memanfaatkan Keluarga Malaysia. 103. PR-1452-L16294 Puan Noorita binti Sual [ Tenom ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah perkembangan terkini mengenai undang-undang untuk tidak menjadikan cubaan bunuh diri sebagai kesalahan jenayah di bawah Akta Kanun Keseksaan. 104. PR-1452-L15807 Tuan Oscar Ling Chai Yew [ Sibu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah yang akan berlaku kepada industri petroleum kita dengan pengharaman kenderaan petrol di Eropah bermula dari tahun 2035, dan sama ada Malaysia akan mengikut polisi yang sama ini, dan kalau tidak, apakah sebabnya. 105. PR-1452-L15299 Tuan Wong Hon Wai [ Bukit Bendera ] minta MENTERI ALAM SEKITAR DAN AIR menyatakan apakah dasar Kementerian berkaitan dengan sumber lautan dan aktiviti marin dan sama ada Kementerian berhasrat menetapkan satu Dasar Lautan Negara (National Ocean Policy) demi memelihara kepentingan biodiversiti, sekuriti makanan, alam sekitar serta kedaulatan sempadan air negara sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan SDG14. 19 AUM DR 21/7/2022 ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL 1. ( D.R 2/2022 ) Rang Undang-Undang Racun (Pindaan) 2022 Bacaan Kali Yang Kedua [ Menteri Kesihatan ] 2. ( D.R 10/2022 ) Rang Undang-Undang Pekerja (Pindaan) 2022. Keselamatan Sosial " Rang Undang-Undang Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2022. " ( Menteri Sumber Manusia) 3. ( D.R 11/2022 ) ( Menteri Sumber Manusia) 4. ( D.R 12/2020 ) Rang Undang-Undang Tatakelakuan Polis 2020 Suruhanjaya Bebas " Rang Undang-Undang Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021. " [ Menteri Dalam Negeri ] 5. ( D.R 20/2021 ) [ Menteri Kesihatan ] 6. ( D.R 15/2022 ) Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 Menyambung semula Perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang”. [ 11 April 2022 ] DAN Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang UndangUndang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 dan mengenai Peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar akan mencadangkan:“BAHAWA Penyata yang disiapkan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas yang dilantik oleh Majlis ini pada 11 April 2022 untuk mengkaji Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022, yang dibentangkan dalam Majlis ini sebagai Kertas DR 7 Tahun 2022, diperkenankan mengikut Peraturan Mesyuarat 60”. AUM DR 21/7/2022 7. ( D.R 12/2022 ) 20 Rang Undang-Undang Kesatuan Sekerja (Pindaan) 2022. Bacaan Kali Yang Kedua ( Menteri Sumber Manusia) 8. ( D.R 13/2022 ) Rang Undang-Undang (Pindaan) 2022 Mahkamah Kehakiman " Rang Undang-Undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2022 " [ Perdana Menteri ] 9. ( D.R 14/2022 ) [ Perdana Menteri ] 10. ( D.R 19/2022 ) Rang Undang-Undang Akta Pencetakan Teks AlQur'an (Pindaan) 2022 " [ Menteri Dalam Negeri ] 11. ( D.R 20/2022 ) Rang Undang-Undang Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 " [ Menteri Sumber Manusia ] 12. ( D.R 16/2022 ) Rang Undang-Undang Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Pindaan) 2022 " [ Menteri Pertanian Dan Industri Makanan ] 13. ( D.R 17/2022 ) Rang Undang-Undang Tenaga Boleh Baharu (Pindaan) 2022 " [ Menteri Tenaga Dan Sumber Asli ] 14. ( D.R 18/2022 ) Rang Undang-Undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (Pindaan) 2022 " [ Menteri Tenaga Dan Sumber Asli ] 15. ( D.R 21/2022 ) Rang Undang-Undang Kastam (Pindaan) 2022 [ Menteri Kewangan ] " 21 16. ( D.R 22/2022 ) AUM DR 21/7/2022 Rang Undang-Undang Eksais (Pindaan) 2022 Bacaan Kali Yang Kedua [ Menteri Kewangan ] 17. ( D.R 24/2022 ) Rang Undang-Undang Zon Bebas (Pindaan) 2022 " [ Menteri Kewangan ] 18. ( D.R 26/2022 ) Rang Undang-Undang Cukai Pelancongan (Pindaan) 2022 " [ Menteri Kewangan ] 19. ( D.R 27/2022 ) Rang Undang-Undang Levi Pelepasan (Pindaan) 2022 " [ Menteri Kewangan ] 20. ( D.R 25/2022 ) Rang Undang-Undang Levi Keuntungan Luar Biasa (Pindaan) 2022 " [ Menteri Kewangan ] 21. ( D.R 23/2022 ) Rang Undang-Undang Levi Kenderaan BarangBarang (Pindaan) 2022 " [ Menteri Kewangan ] 22. Menteri Kewangan akan mencadangkan :"Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan perenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan Malaysia melalui Menteri Kewangan (Diperbadankan) membuat pelaburan dengan menukar baki pinjaman Kerajaan Malaysia sebanyak RM969,268,000 kepada FELCRA Berhad (FELCRA), sebuah syarikat dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan) kepada ekuti bersamaan Sembilan Ratus Enam Puluh Sembilan Juta Dua Ratus Enam Puluh Lapan Ribu (969,268,000) unit saham biasa pada nilai RM1 bagi satu unit saham" AUM DR 21/7/2022 23. 22 PR-1452-U(27)210 Tuan Nga Kor Ming [ Teluk Intan ] akan mencadangkan :"Bahawa berdasarkan laporan Wall Street Journal, Malaysia telah dilaporkan sebagai negara yang paling korup untuk berniaga di dunia. Laporan media antarabangsa seperti ini telah menjejaskan imej negara dan jika najis rasuah tidak dihapuskan ia bakal menghancurkan masa depan bangsa dan negara. Oleh itu, Dewan Rakyat harus meluluskan satu usul supaya kerajaan mewujudkan sistem “National Ombudsman” yang berkecuali supaya menyiasat sebarang laporan salah laku, penyelewengan dan salahguna kuasa oleh mana-mana agensi kerajaan demi memulihkan imej negara dan menjaga integriti sistem perkhidmatan awam yang merupakan tunjang pembangunan negara." [ Perdana Menteri ] 24. PR-1452-U(27)211 Tuan Nga Kor Ming [ Teluk Intan ] akan mencadangkan :"Bahawa mengikut laporan “World population review, crime rate by country 2022”, Malaysia telah dilaporkan menduduki tangga keempat paling sebanyak 57.29 kes diantara 100,000 orang. Laporan di atas telah menjejaskan imej negara dan keyakinan pelaburpelabur asing terhadap pentadbiran kerajaan. Oleh itu, Dewan Rakyat harus meluluskan satu usul supaya satu Jawatankuasa Pilihan Khas Membanteras Jenayah diwujudkan segera untuk mengkaji dan mengambil tindakan menyeluruh untuk menjaga keselamatan nyawa dan harta rakyat serta memulihkan imej negara di pesada dunia." [ Menteri Dalam Negeri ] 25. PR-1452-U(27)212 Tuan Nga Kor Ming [ Teluk Intan ] akan mencadangkan :"Bahawa baru-baru ini, kadar inflasi dan kenaikan harga barang semakin memberi tekanan kepada kehidupan rakyat jelata. Oleh itu, Dewan Rakyat harus meluluskan satu usul supaya satu pelan tindakan produktiviti negara, (National Productivity Plan) perlu disediakan supaya kadar produktiviti makanan, tanaman dan ternakan dalam negara ini mencapai tahap “self-sufficient”, memperbaiki kedudukan negara dalam World Food Security Index yang sudah jatuh ke tangga-44 dan tidak lagi bergantung kepada makanan import yang kini sudah mencecah jumlah wang RM55.5 bilion setahun." [ Menteri Pertanian Dan Industri Makanan ] 26. PR-1452-U(27)213 Tuan Nga Kor Ming [ Teluk Intan ] akan mencadangkan :"Bahawa mengambil maklum bahawa kedudukan negara dalam World Transparency Index telah merosot dari tangga ke-51 pada tahun 2019 ke tangga-62 pada tahun 2021, demi mewujudkan sebuah Kerajaan yang bersih, telus dan berintegriti, Dewan Rakyat dengan ini hendaklah meluluskan satu usul supaya Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah Malaysia (SPRM) diletak di bawah Parlimen dan dipertanggungjawab terhadap Dewan Rakyat mulai tahun 2023." [ Perdana Menteri ] 23 AUM DR 21/7/2022 RISALAT-RISALAT YANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (DEWAN RAKYAT) TAHUN 2020 RISALAT/DOKUMEN TARIKH DIBENTANGKAN ST. 97 Laporan Tahunan Dan Penyata Kewangan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta Bagi Tahun 2018 21 Julai 2022 TAHUN 2022 RISALAT/DOKUMEN TARIKH DIBENTANGKAN ST. 24 Laporan Tahunan Dan Penyata Kewangan Lembaga Pelabuhan Kelang dan Lembaga Pelabuhan Melaka Bagi Tahun 2020 21 Julai 2022 ST. 25 Laporan Tahunan Dan Penyata Kewangan Lembaga Pelabuhan Johor Bagi Tahun 2020 21 Julai 2022 ST. 28 Laporan Tahunan Dan Penyata Kewangan Lembaga Pembangunan Langkawi Bagi Tahun 2019 21 Julai 2022 ST. 52 Laporan Tahunan Dan Penyata Kewangan Lembaga Totalisator Malaysia Bagi Tahun 2019 21 Julai 2022 ST. 72 Laporan Tahunan Dan Penyata Kewangan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia Bagi Tahun 2020 21 Julai 2022 ST. 73 Laporan Tahunan Dan Penyata Kewangan Perbadanan Stadium Malaysia Bagi Tahun 2019 21 Julai 2022 ST. 75 Laporan Tahunan Dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia Bagi Tahun 2021 21 Julai 2022 ST. 76 Laporan Tahunan Dan Penyata Kewangan Lembaga Pemantauan Audit Bagi Tahun 2021 21 Julai 2022 ST. 77 Laporan Tahunan Dan Penyata Kewangan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) Bagi Tahun 2020 21 Julai 2022 AUM DR 21/7/2022 24 TAHUN 2022 RISALAT/DOKUMEN TARIKH DIBENTANGKAN ST. 78 Laporan Tahunan Dan Penyata Kewangan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia Bagi Tahun 2020 21 Julai 2022 ST. 79 Laporan Tahunan Dan Penyata Kewangan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCER) Bagi Tahun 2020 21 Julai 2022 ST. 80 Laporan Tahunan Dan Penyata Kewangan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCorp) Bagi Tahun 2020 21 Julai 2022 ST. 81 Laporan Tahunan Dan Penyata Kewangan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Bagi Tahun 2020 21 Julai 2022 25 AUM DR 21/7/2022 **UCAPAN ( PERATURAN MESYUARAT 17 ) ( KAMAR KHAS ) Tarikh Ucapan Ahli Yang Berucap Tajuk Ucapan Menteri Yang Bertanggungjawab 1. 21.07.2022 (Khamis) 1. YB Datuk Dr. Hasan bin Bahrom (Tampin) 1. Cadangan Membina Kolumbarium dan Krematorium di Parlimen Tampin 1. YB Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan 2. 21.07.2022 (Khamis) 2. YB Tuan Charles Anthony Santiago (Klang) 2. Memohon Kementerian Menyatakan Langkah untuk Menangani Masalah Pencemaran Mikroplastik dalam Sumber Air 2. YB Menteri Alam Sekitar Dan Air ** Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (Peraturan Mesyuarat 17)