SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TINGGI KLANG MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH BIL 1/TAHUN 2021 Tarikh Masa Tempat Pengerus Kehadiran Yang Hadir 1.0 :18 Januari 2021(Isnin) :12.50-2.00 petang :Balai Warisan, SMK Tinggi Klang :YM Hajah Raja Rozita binti Raja Hanafi :14/14 : Semua ahli mesyuarat hadiri KATA ALU-ALUAN PENGERUSI MAJLIS 1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran jawatankuasa yang ada.. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan al-Fatihah 1.2 Tuan Haji Abdul Hakim memaklumkan Jawatankuasa PPDa berperanan melaksanakan kemenjadian murid dan menyampaikan maklumat pencegahan dadah dengan berkesan melalui pelaksanaan program-program PPDa. Jawatankuasa yang dibentuk pada tahun ini perlu melaksanakan amanah dan memberi impak kepada warga sekolah. Tindakan: Makluman 2.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU 2.1 Tiada minit mesyuarat dibentangkan atau disahkan kerana merupakan mesyuarat pertama pada tahun ini 3.0 PERKARA BERBANGKIT 3.1 4.0 Tiada hal-hal berbangkit PERKARA BAHARU 4.1 Pn. Zuaiza bt Paiman membentangkan rancangan tahunan bagi pelaksanaan program PPDa bagi tahun 2021. Rancangan tahunan merangkumi empat bidang utama yang perlu dilaksanakan bagi melengkapkan pelaksanaan program PPDa . Antara empat bidang yang utama ialah merangkumi kurikulum, kokurikulum, pembangunan kepimpinan dan pembangunan sahsiah. Tindakan: Makluman 4.2 Pn. Zuaiza binti Paiman menerangkan antara objektif PPDa dari sudut kokurikulum adalah meningkatkan pengetahuan tentang pendidikan pencegahan dadah dalam kalangan pelajar dan memberi maklumat 1 pendidikan pencegahan kepada warga sekolah. Manakala objektif aktiviti bagi bidang kurikulum pula adalah meningkatkan kefahaman dan penghayatan dalam melaksanakan aktiviti PPDa serta menyampaikan mesej anti dadah kepada rakan, guru dan warga sekolah. Objektif aktiviti bidang pengurusan kepimpinan adalah memberi kesedaran akan bahaya dadah dan menyemai kesedaran agar membenci dadah serta menyediakan panduan bagi setiap tindakan yang perlu diambil. Tindakan: Makluman 4.3 Puan Zuaiza binti Paiman juga membentangan takwim bagi tahun 2021 bermula januari hingga disember. Semua jawatankuasa merujuk kepada takwim PPDa tahun 2021 yang dibekalkan agar dapat mengetahui perjalanan program sepanjang tahun. Antara program yang berjalan sepanjang tahun adalah 5 minit anti dadah. Program 5 minit anti dadah ini, merupakan satu cara penyebaran maklumat berkaitan dadah kepada semua pelajar di tapak perhimpunan yang akan dikendalikan oleh pengawas PPDa dan SLAD. Tindakan: Makluman 4.4 Tuan Hj Abdul Hakim memaklumkan sesi pagi juga perlu dijalankan setiap hari selasa sebaran maklumat 5 minit anti dadah di tapak perhimpunan supaya semua pelajar mendapat pendedahan tentang bahaya dadah dan punca penagihan dadah. Bagaimanapun bergantung kepada pembukaan sekolah dan sop sekiranya ada perhimpunan Tindakan: Pn. Nik Norfarhana 4.5 Pn. Zuaiza binti Paiman menyatakan maklumat dadah berkaitan dadah perlu disediakan oleh guru penasihat PPDa dan pelajar akan membacakan maklumat yang dibekalkan. Tindakan: Makluman 4.6 Program Jambori Slad dan PPDa merupakan program setiap tahun yang akan dijalankan bertujuan untuk mencungkil bakat kepimpinan pelajar untuk membantu rakan-rakan lain dari terjebak dengan perkara yang tidak sihat seperti merokok dan dadah. Jawatankuasa PPDa juga diminta bersamasama mengenalpasti pelajar yang berpotensi untuk dijadikan pengawas PPDa dan Slad. Tindakan: Makluman 4.7 Pn. Zuaiza bt Paiman membentangkan pengagihan jawatankuasa PPDa kepada bidang-bidang tugas seperti pelaksanaan program, pengurusan fail, 2 pengurusan bilik PPDa, pengurusan lorong dan sudut PPDa dan sebagainya. Antara pengagihan tugas seperti berikut: i) Pelaksanaan program PPDa dan SLAD – Pn. Zuaiza bt Paiman - Pn. Nik Norfarhana bt Nik Yusoff ii) Pengurusan fail - Pn. Maziah bt Mohd Zain - Pn. Bathma Devi a/p Suppiah iii) Pengurusan Bilik PPDa - Pn. Zuaiza bt Paiman - Pn. Zakirah bt Zarawi iv) Pengurusan Sudut dan lorong - En. Tasruddin bin Marpongi - En. Khairuman bin Mohamed Jais - En. Rosmawi bin Zakaria - Pn. Juraida bt Jariah 5.0 HAL-HAL LAIN 5.1 Tuan Haji Abdul Hakim mengharapkan semua jawatankuasa dapat menjalankan tugas dengan baik dan jayanya supaya pelaksanaan PPDa dapat dijalankan secara menyeluruh dan dapat membantu pelajar ke arah yang lebih baik. Setiap jawatankuasa juga perlu sentiasa membantu Pn. Zuaiza bt Paiman dalam menceriakan bilik PPDa serta lorong dan sudut supaya sentiasa bermaklumat dan berinformasi untuk rujukan pelajar-pelajar khususnya. 5.2 Mesyuarat PPDa bilangan kedua akan dijalankan pada bulan april bagi membentangkan perkembangan tugas masing-masing. 6.0 PENUTUP 6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.00 petang 6.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua AJK kerana hadir mesyuarat kali ke 1/2021 ini. Urus Setia Setiausaha PPDa SMK Tinggi Klang Tarikh: 18 Januari 2021 3